RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Mac 2014

DILEMA PEKERJA KTMB

RUM suka menghightlihgtkan masalah pekerja, apakah masalah pekerja sebenarnya? Apakah kehendak pekerja sebenarnya?

Pekerja mahukan gaji mengikut pasaran, kerana semua menyedari bahawa pekerja KTMB samada Eksekutif dan Bukan Eksekutif bekerja dibawah gaji pasaran.

Pekerja bukan eksekutif khususnya hari ini bekerja mengharapkan bekerja luar, bekerja lebih masa untuk menambahkan pendapatan, tanpa kerja luar atau lebih masa maka pekerja akan mengalami tekanan iaitu "mengikat perut", menjadi satu trend kehidupan bahawa keperluan tidak mencukupi kerana kos sara hidup yang meningkat.

Dalam menghadapi kekurangan pendapatan, KTMB pula dirundung malang, kedudukan KTMB dari segi hala tuju telah menjadi caca-merba, kehilangan fokus dalam urus tadbir, maka jadilah pentadbiran luaran dan dalaman pun buruk.

Hari ini kerana kesilapan urus tadbir, maka pekerja yang diarah bekerja menghadapi dilema, tertekan dengan arahan pekeliling yang mengarut, berdepan dengan tekanan penumpang, berdepan dengan kegagalan lokomotif dan koc, malah kedudukan landasan dipantai timur yang boleh dianggap teruk. Pekerja mula merasakan ketidakselesaan bekerja, keselamatan dan tekanan. Ini menghakibatkan daya usaha bekerja telah di "demoralized" oleh kegagalan urus tadbir.

Usah cakap belakang.

Kepada :
Pemangku Pengurus Besar, 
Perkhidmatan Korporat.
KTMB.

DENGAN INI RUM MENCABAR EN PEMANGKU PENGURUS BESAR PERKHIDMATAN KORPORAT AMBIL TINDAKAN TATATERTIB DENGAN RUM.

Jangan cakap belakang-belakang, RUM tahu setiap pergerakan!

Ada berani????????

Jangan main-main dengan RUM atau anda akan termasuk dalam golongan desakan RUM, cukup 2 individu, jangan tambah lagi jadi 3, nanti jadi "three stooges"!

Walaupun RUM tahu sebenarnya "three stooges"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

The Star hari ini

Akhbar The Star hari ini


Pekeliling 21: KONKLUSI

Kenapa ini semua berlaku? punca pada berlakunya perkara sebegini adalah kegagalan menyelami masalah yang ada, kegagalan penguatkuasaan, kegagalan melihat asas, kegagalan mengetahui persekitaran dalaman dan luaran.

Bila kegagalan ini tidak dikenal pasti dari semua sudut, maka akan wujud kepincangan mengurus sehingga terjerumus kepada pengeluaran pekeliling yang kononnya satu penguatkuasaan telah dilakukan demi memastikan kesempurnaan pematuhan dan keselamatan.

Bila dilihat aspek ini lebih menjerumuskan kepada koc sahaja, tidak kepada lokomotif, wagon, pgc, ets, komuter dan scs, seolah-olah masalah yang berlaku hanya kepada koc, sedangkan masalah yang berlaku ialah semua rolling stock.

Kalau kita analisis, masalah koc ianya bukanlah perkara baru, ianya masalah lama yang bertahun-tahun tidak diatasi, walaupun ada percubaan untuk diatasi tapi syarikat yang bernama Hartasuma Sdn Bhd yang mendapat projek melalui "langit" gagal "performe and deliver", maka puncak masalah terus berlaku dari segi pembaikan koc, ini satu lagi masalah, masalah syarikat turun dari "langit", semua nak projek, semua nak untung, tapi tak mampu "deliver", yang jadi mangsanya ialah KTMB! ("The best way is by tender, find quality must deliver, by track record, not turun from langit")

30 Mac 2014

Pekeliling: 20 Aircond

Kita juga menyedari bahawa antara masalah yang dihadapi koc ialah aircond, ramai penumpang merungut dikala perjalanan ke destinasi yang dituju ada aircond koc mengalami kerosakan yang menghakibatkan kepanasan, pasti penumpang akan marah, yang menjadi mangsa ialah pekerja di atas tren.

Surat kesatuan telah pun dikirimkan iaitu membantah tender yang dikeluarkan "mengoutsourcekan" kerja mengantikan aircond lama kepada baru serta maintenance aircond telah dibawa dalam Mesyuarat Majlis Bersama Pusat.

Maklumat diterima ialah apa yang diperkatakan oleh RUM iaitu "outsource" mengantikan aircond lama kepada baru dan Maintenance adalah adalah lebih mahal berbanding membeli baru serta maintenance dibuat oleh pekerja KTMB adalah lebih murah adalah benar.

Ini telah dibuktikan oleh satu kajian yang telah dibuat oleh pihak pengurusan, difahamkan tender berkenaan akan dibatalkan, pembuktiaan bahawa apa yang diperkatakan oleh RUM adalah benar.

Pekeliling 19

Hari ini dimaklumkan tren 83/84 di batalkan perkhidmatan, tapi yang hairannya lokomotif ircon masih meneruskan perkhidmatan, kalau koc ditahan KTMB akan kehilangan pendapatan malah melibatkan kerugian seperti mana mengunakan tren 1tn (ekspress rakyat) menarik 2 koc sahaja. 

Kalau membatalkan lokomotif ircon, KTMB akan menjimatkan wang iaitu penyewaan Lokomotif dan minyak yang banyak, kerana ada jajaran yang digunakan dengan 1 larian tren mengunakan 2 lokomotif.

Lokomotif ircon tidak layak dan tidak memenuhi specifikasi aturan peraturan, aspek keselamatan tapi masih terus digunakan.

Why? Adakah lokomotif ircon terlalu istimewa sehingga tidak terlibat dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD?

Harus disedari bahawa Singapura dan Thailand tidak membenarkan lokomotif ircon memasuki negara berkenaan, hanya KTMB di Malaysia yang membenarkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

29 Mac 2014

Pekeliling 18



Tren 1tn hanya manarik 2 koc sahaja, setelah berkuatkuasanya pekeliling hari ini 29 Mac 2014.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 17: Penumpang 1

Bagi pihak semua warga KTMB kecuali "Datuk Presiden KTMB", kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Mohon kerjasama semua penumpang jangan menyalahkan mana-mana pekerja yang secara langsung terlibat berurusan dengan penumpang, mereka hanya menjalankan tugas serta mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Pengurusan Tertinggi KTMB.

Kepada pekerja yang berurusan secara terus dengan penumpang beri layanan yang baik pada penumpang serta cuba manahan kesabaran malah kita berusaha memberi kerjasama dengan penumpang.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 16: PENUMPANG


RUM ingin menasihatkan penumpang yang tidak berpuas hati dengan pembatalan tren dan menerima refund kembali, pastinya telah menganggu dan menyusahkan penumpang, sila buat kenyataan akhbar bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KTMB. RUM amat mengalu-alukan mana-mana penumpang yang ingin membuat kenyataan akhbar.

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 15 : Hebahkan kepada semua ahli kesatuan

Semua pegawai-pegawai RUM sila memaklumkan kenyataan RUM dalam FB Suara RUM pada semua ahli-ahli RUM.

AHLI-AHLI RUM HENDAKLAH MEMATUHI ARAHAN PEKELILING BERKENAAN!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 1

Pekeliling 14 : tolak untuk membawa tren bermasalah

Kita menyedari kebanyakan Pemandu Lokomotif merungut pelbagai masalah lokomotif, macam-macam rungutan, semua itu RUM telah membawa kepada pihak pengurusan, tapi tindakan tidak diambil...

Ini kalilah.... Kita buktikan melalui pekeliling yang dikeluarkan, kita refuse untuk membawa tren bermasalah atau yang tidak mengikuti aturan peraturan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Pekeliling 1

Pekeliling 13

Pemandu Lokomotif pastikan semua sijil di patuhi, tiada sijil jangan lepaskan tren, pastikan semua aturan dan peraturan dipatuhi, sekiranya gagal refuse untuk membawa lokomotif, minta lokomotif ganti.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB



Pekeliling 1

Pekeliling 12 - SILA PATUHI PEKELILING



Depoh Padang Besar
Depoh Bukit Tengah
Depah Batu Gajah
Bengkel Batu Gajah
Depoh Kuala Lumpur
Depoh P Klang
Depoh Gemas
Depoh Kempas
Depoh Kuala Lipis
Depoh Tumpat

Sila mematuhi arahan pekeliling!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 11

Gambar hiasan
JAMINAN

RUM memberi jaminan pada setiap warga KTMB yang terlibat untuk mematuhi pekeliling ini tidak akan diambil tindakan tatatertib!

RUM memberi jaminan "WORK TO RULE" melalui pekeliling ini adalah disebabkan kelemahan "PRESIDEN KTMB", sehubungan dengan itu semua warga KTMB hendaklah mematuhi pekeliling ini dengan tidak boleh tidak!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 10:



29 Mac 2014 (Penguatkuasaan)

Tindakan Work To Rule bermula!

GOOD JOB!

TERUSKAN KITA SEMUA WAJIB MEMATUHI ARAHAN GM TMOD!

28 Mac 2014

Pekeliling 9

Pengurus Besar Fleet/ Pengurus Besar Kargo/ Pengurus Besar Intercity / Semua Pengurus Kanan/ Pengurus/ Eksekutif Kanan dan Eksekutif yang terlibat sekiranya tidak mengikuti arahan pematuhan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD hendaklah diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Justeru itu kalau tidak mahu dibuang kerja sila patuhi arahan pematuhan pekeliling!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 8

RUM mendesak Datuk Presiden KTMB menghentikan perkhidmatan Lokomotif Ircon berkuatkuasa esuk 29 Mac 2014, selaras mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD.

JANGAN PANDAI KELUAR ARAHAN TAPI SENDIRI TIDAK MEMATUHI ARAHAN!!!!

CAKAP MESTI MAU BIKIN LO!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 7

Pastikan semua pekerja Fleet @ Maintenance, Pemandu Lokomotif, Penyelia Tren dan Pembantu Trafik yang bekerja tren Kargo dan Intercity khususnya ahli-ahli RUM mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD bekerja "WORK TO RULE", kegagalan mematuhi, sdr-sdr akan dikenekan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Esok 29 Mac 2014 tarikh kuatkuasa.

RUM menyokong penuh arahan pengurusan untuk " WORK TO RULE"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 6


Aduan diterima sebentar tadi!

asalam tuan presiden,sya ada satu dua aduan mengenĂ i tren nipon express dari padang besar ke bangsue(bangkok)..1,kakitangan fleet dan LI kna excot tren tersebut setiap kali larian tren di adakan setiap minggu..masalah kakitangan yg excot tren tersebut ialah tiada kebagikan langsung dari pegawai2 atasan ktmb seperti tiada banglo di sedia kn di bangsue,mkanan dan tidak amik tahu langsung tren dah smpai bangsue ke or masalah2 dlm pejalanan,semua pegawai atasa hnya lepas tgn apa bila tren da berlepas dari padang besar..setiap larian tren satu hala dari padang besar ke bangsue mengambil masa sehingga 26jam or 30jam tanpa hnti dan trej hala pulang dari bangsua ke padang besar 26-30jam tanpa hnti..kami sebgai kaki tangan yg excot tren tersebut hnya ingin sedikit perhatian dari pegawai2 atasan mnyedia kn banglo di sna untuk berehat,makanan di sedia kn dlm perjalan dan call kakitangan tya cammna keadaan loko,masalah2 dlm perjalan tp smua tu tidak di perduli kn..

27 Mac 2014

Credit utk Dato Ir Nawawi Ahmad

RUM bukanlah nak bodek pengerusi KTMB, tapi kalau dilihat dari Facebook Dato Pengerusi, beliau sendiri yang post dalam wall, malah beliau sendiri meluangkan masa untuk reply komen yg ada, jawapan balas sangat bersahaja, kalau ahli politik lain, mereka byk mengunakan Setiausaha untuk post mahupun reply.

Malah dalam wall RUM yang dishare oleh Dato Pengerusi telah dijawab oleh Dato Pengerusi, memang hebat Dato Pengerusi, harap-harap berterusan bersikap begini.

#Credit utk Dato Ir Nawawi Ahmad

CADANGAN RUM UNIVERSITI PERKERETAPIAN

Pusat Pentadbiran dan Latihan KTMB di Batu Gajah
Asalamualaikum Dato Pengerusi

(komen Rum dalam share Dato Pengerusi ke wall Rum lawatan ke MYRA)

Dah Dato datang ke MYRA, bagi pihak RUM suka dicadangkan supaya MYRA ditingkatkan pembelajarannya ke taraf Universiti.

Kita menyedari bahawa kalau dilihat institusi pengajian tinggi di negara ini tidak terdapat pembelajaran khusus mengenai perkeretapian, maka kewujudan universiti keretapi adalah sangat bertepatan dalam situasi memperkasakan perkeretapian di negara ini.

Kita juga menyedari bahawa sistem keretapi di negara ini bertambah pesat dengan kewujudan tren-tren seperti putra, star, erl dan terbaru mrt.

PEKELILING 5

Andaian RUM setelah berfikir...berfikir dan berfikir...

Datuk Presiden KTMB agaknya nak sabotaj Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dengan mengeluarkan arahan kerja berupa "work to rule"!

Wow!!!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


PEKELILING 4

Gambar Hiasan
RUM sedar bahawa pekeliling ini pasti dikeluarkan atas arahan Datuk Presiden KTMB.

RUM memang gelak besar.... RUM gelak dulu lah.... Hahahaha...

Nak kata tak bijak... Tak boleh... sbb sekolah tinggi.... Hehe...

Tapi yang jelas, Datuk Presiden KTMB tidak berterima kasih kepada pekerja malah menghina pekerja dalilnya kerjasama yang diberikan walaupun bertarung dengan isu keselamatan, tetap melarikan tren atas dasar perkhidmatan sosial.

PEKELILING 3

RUM ingin mengingatkan semua Pemandu / Pembantu Trafik dan Pekerja Fleet mematuhi pekeliling berkenaan yang telah dipaparkan dalam wall Suara Rum.

Pastikan sdr2 tidak diambil tindakan tatatertib, justeru itu semua aspek dalam aturan peraturan dan aspek keselamatan hendaklah dipatuhi.

Sebagai contoh speedo meter tidak berfungsi, pamandu lokomotif berhak menolak untuk memandu lokomotif tersebut, manakala sekiranya ada cermin koc yang pecah iaitu tinggal 1 layer, maka penyelia tren berhak menolak koc berkenaan untuk digantikan koc lain atau pintu-pintu koc yang tidak dapat ditutup, penyelia tren berhak menolak koc berkenaan bagi mengantikan koc lain.

Kegagalan sdr2 boleh diambil tindakan tertib, arahan pematuhan ini berkuatkuasa pada 29 Mac 2014.

Sdr2 jangan compromise dengan isu keselamatan ini.

Pekeliling ini terbaik kerana mengarahkan pekerja "work to rule"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pekeliling 2

Oleh kerana pekeliling telah dikeluarkan, maka RUM ingin mendesak Pengurus Besar Fleet & Maintenance dan Pengurus Besar Intercity menahan semua lokomotif koc, pgc, wagon dll yang tidak mengikut specifikasi yang dikehendaki hendaklah dihentikan perkhidmatan dengan segera bagi memastikan semua krew train dan penumpang berada dalam keadaan selamat berkuatkuasa 29 Mac 2014 seperti mana arahan melalui pekeliling yang telah dikeluarkan.

Hentikan semua perkhidmatan Lokomotif Ircon yang tidak mematuhi syarat-syarat specifikasi yang dikehendaki serta keselamatan berkuatkuasa 29 Mac 2014.

Semua pekerja fleet / krew tren hendaklah mematuhi arahan ini dan memastikan aturan peraturan dan semua aspek keselamatan dipatuhi, kegagalan seperti termaktub dalam pekeliling boleh diambil tindakan tatatertib.

Pekerja perlu bekerja mengikut peraturan iaitu "work to rule"!

Berani keluar arahan, mesti patuh pada arahan!

Alamak.... Pengurusan sendiri suruh kerja "work to rule"... ini macam tak de tren nak berjalan... hahaha...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEKELILING 1

RUM tertarik dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD dan sesalinan kepada Presiden KTMB bertarikh 27 Mac 2014, tanpa perkara..

Pekeliling yang dikeluarkan adalah sangat dialu-alukan, kerana pekeliling ini digambarkan tersangat baik bagi menjaga kepentingan perkhidmatan dan pengguna, malah pekeliling yang dikeluarkan adalah prosedur biasa yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua pihak.

Berita KTMB Di KiniBiz

Berita mengenai Keretapi Tanah Melayu telah dimuatkan oleh akhbar online KiniBiz yang melaporkan secara 'dekat' perkembangan didalam KTMB.
Print Screen www.kinibiz.com

Kesatuan pekerja KTMB gesa Najib singkirkan presiden KTMB

Akhbar online telah memuatkan Kenyataan Media RUM berhubung gesaan pihak Kesatuan supaya Perdana Menteri Malaysia menamatkan khidmat Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir untuk menyelamatkan KTMB dari terus mengalami kerugian. Lapuran penuh boleh di ikuti di laman sesawang Free Malaysia Today

Print Screen http://www.freemalaysiatoday.com/


26 Mac 2014

Perjumpaan dengan ahli2 cawangan KL di Depoh KL Central.


RUM sokong YB Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

RUM ingin menegaskan bahawa RUM menyokong sepenuhnya YB Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, beliau adalah seorang Jurutera Bertauliah, mempunyai pengalaman yang luas ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional sebagai Ketua Jurutera TNB Kawasan Utara.

Berdasarkan perancangan yang dibuat melalui Business Plan, Yb Dato Pengerusi mempunyai idea yang sangat "inovatif" dan berusaha untuk memulihkan KTMB, RUM memberi keyakinan sepenuhnya kepada YB Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

Keperluan kini ialah YB Dato Pengerusi perlu gandingan yang mantab dalam merencanakan hala tuju KTMB dengan kehadiran Presiden Baru.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Kenyataan Akhbar RUM menggesa Perdana Menteri menggugurkan Presiden KTMB

Gambar Malaysiakini.com
Kenyataan Akhbar RUM yang di keluarkan hari ini di Ibu pejabat RUM. Kenyataan akhbar tersebut telah disiarkan oleh akhbar versi online Maaysiakini didalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Versi penuh Bahasa Malaysia adalah seperti dibawah:
"Kesatuan sekerja menggesa perdana menteri menggugurkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir ekoran kerugian dan dakwaan kelemahan urus tadbir.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) Abdul Razak Md Hassan mendakwa, perkara itu menyebabkan pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad masuk campur.
"Sekarang keadaannya seolah-olah ada dua nakhoda KTMB iaitu pengerusi

25 Mac 2014

Aktiviti esok 26.3.2014.

Aktiviti esok 26.3.2014

Jam 9.00 pagi - Taklimat Pilihanraya dan Perkembangan terkini kepada semua Setiausaha Cawangan.

Jam 11.30 - Sidang akhbar di Ibu Pejabat Kesatuan.

Jam 5.30 petang - Taklimat pertama di Depoh KL Central mengenai perkembangan terkini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Mac 2014

MH 370

Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) merakamkan ucapan takziah pada semua keluarga yang terlibat dengan kejadian Kapal Terbang MAS terhempas seperti mana yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Perdana Menteri.

Kejadian yang tidak diingini sungguh mengejutkan kami warga RUM, kami turut merasa sedih, sebak atas pengumuman yang dibuat, kami warga RUM melahirkan rasa simpati yang amat sangat kepada semua keluarga terlibat.

ALFATIHAH UNTUK YANG BERUGAMA ISLAM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pertemuan dengan Pegawai Utama Kesatuan

Pertemuan dengan Pegawai Utama Kesatuan

Pada : 26 Mac 2014
Jam : 5.30 petang
Di Depoh KL Central

Semua Ahli -Ahli RUM di Jemput Hadir.

Topik :

Taklimat perkembangan terkini.

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 Mac 2014

Selamat Datang Dato

Selamat Datang YB Dato Ir Nawawi ke dalam Facebook Suara RUM.

"YB Dato kene rajin-rajin baca kenyataan RUM, kenyataan RUM dari awal lagi sokong YB Dato"

Jangan lupa YB Dato - "MAGIC"! untuk memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

21 Mac 2014

Surat Kedua

Hari ini surat kedua (2) kepada YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan 2, Pemangku Menteri Pengangkutan, KSU dan semua yang berkaitan dengan KTMB telah dihantar.

Perkara : Menamatkan Perkhidmatan Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB 

9 MEI 2014 - SEMATKAN DI HATI

20 Mac 2014

KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Pihak pengurusan telah memaklumkan bahawa kenaikan gaji tahunan akan dibayar pada gaji bulan April bersekali dengan tunggakan.

Kelewatan berlaku disebabkan pemulangan borang penilaian PMS ke pihak GM TMOD hanya pada bulan Februari dari jabatan yang mana berkenaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PIKET : HALA TUJU DATO' PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB

Gambar Hiasan
Business Plan yang dianjurkan oleh Dato Pengerusi adalah lebih munasabah kerana mempunyai hala tuju, walaupun secara umumnya tidak meletakkan "Target".

Kenapa tidak diletakkan "Target" jawapan mudah iaitu Dato Pengerusi mahu memfokuskan kelemahan-kelemahan yang ada bagi tujuan memperbetulkan apa yang tidak dibetulkan oleh Datuk Presiden KTMB.

Jawapannya Dato Pengerusi menyedari bahawa masalah utama ialah "rolling stock" dan "infra", kalau ini dibetulkan (dasar) maka selepas itu mudah untuk mencapai "target"!, maksudnya menjalankan operasi yang sedia ada, seterusnya memperbetulkan kelemahan, mewujudkan percambahan idea business baru, pemasaran baru serta memperbanyakkan larian tren khususnya Kargo, kerana kargo boleh dijadikan punca pendapatan utama KTMB. 

Disinilah kebijaksanaan Dato' Pengerusi!

Teruskan RUM sentiasa bersama Dato' Pengerusi.

Jangan lupa 9 Mei 2014, Kita turun ramai-ramai tolak Datuk Presiden KTMB!

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB

19 Mac 2014

PIKET : Tanggungjawab dan Amanah!

Pada dasarnya RUM tidak mahu berpiket, piket ni satu kerja yang berat malah bukan mudah, setiap perkara diperhalusi, mempunyai dalil yang kukuh malah keputusan dibuat berdasarkan satu tempoh yang munasabah.

Gerak kerja, fikiran, masa, tenaga dan wang banyak digunakan, memang tanggungjawab ini sangat berat, apa tah lagi, tindakan diambil pada seorang yang sangat akrab, seorang abang dan seorang sahabat baik.

Namun demikian, tindakan terpaksa diambil, walaupun sukar, walaupun pahit, demi menjaga kepentingan ahli, warga KTMB, KTMB dan kepentingan rakyat amnya.

Justeru itu tiada pilihan lain RUM mengambil pendirian ini, semata-mata atas tanggungjawab yang diamanahkan, kami melihat, kami mengetahui, maka keputusan adalah untuk memastikan KTMB di pulihkan.

18 Mac 2014



Saya suka yang ini.... Yang berlaku tetap berlaku, kita sama-sama mendoakan supaya selamat (MH 370) dalam masa yang sama kita juga perlu meneruskan kehidupan, kekurangan, pembetulan dan memperjuangkan hak kita.

SELAMATKAN KTMB!

9 MEI 2014

RUM

PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN

Maka pengumuman melalui Business Plan 11 (akhir) telah dibuat:

PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN

PADA : 9 MEI 2014

JAM : 4.30 - 7.00 PETANG

LOKASI : DIPERKARANGAN IBU PEJABAT KTMB, JALAN HISHAMUDDIN, KUALA LUMPUR.

(Rujuk Business Plan Part 11 "akhir", 13 dalil kenapa tindakan diambil)

"UNITY IS OUR STRENGTH"

KENYATAAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB.

Business Plan Part 11 (akhir)

KONKLUSI (13 Dalil)

1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB.

2. Pembuktian bahawa Yb Dato Pengerusi KTMB telah hilang kepercayaan kepada Datuk Presiden KTMB, dalilnya apa perlu Yb Dato Pengerusi mencampuri urusan pengurusan KTMB iaitu urusan Presiden KTMB yang mempunyai "executive power".

3. Para 1 dan 2 telah membuktikan bahawa semua surat kesatuan berjumlah 31 pucuk surat dan kenyataan dalam Suara RUM adalah benar.

4. Surat kesatuan yang menjelaskan kegagalan Datuk Presiden KTMB di bawah tajuk kerugian peluang (opportunity loss)

5. Datuk Presiden KTMB masih mengekalkan consultant made in India yang tiada membawa sebarang kebaikan kepada KTMB, menyebabkan kerugian melalui pembayaran upah yang besar serta pembaziran wang KTMB.

BERULANGKAH LAGI?

MACAM NAK BUAT PIKET JEEEE..


RUM

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan mandat Majlis Eksekutif akan bersidang esuk 18.3.2014 bagi membincangkan kenyataan kesatuan mengenai Business Plan Part 1 - 10.

Perbincangan akan memperincikan semua perkara seterusnya mengambil ketetapan bagaimana menyelamatkan KTMB.

Cawangan-cawangan boleh bersiap-sedia untuk mengadakan Mesyuarat Cawangan seminggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. (Pengerusi/Setiausaha sila ambil perhatian). Pihak Ibu Pejabat akan menghubungi cawangan sebaik mesyuarat Jawatankuasa Kerja selesai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

17 Mac 2014

UNITY IS OUR STRENTGH


Tingkatkan semangat perjuangan, tempoh telah pun hampir tamat...


"UNITY IS OUR STRENTGH"



RUM

Business Plan Part 10

ADILKAH KEPADA YB DATO PENGERUSI?

Kalau ikut kebiasaannya Pengerusi KTMB jarang-jarang turun padang kecuali dalam majlis tertentu sahaja, lebihnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah atau di Pejabat Lembaga Pengarah KTMB, itulah kebiasaannya.

Datuk Presiden KTMB mempunyai kuasa "EXECUTIVE POWER", perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan, pembuat keputusan dll di bawah kuasa Presiden KTMB, maka disinilah letaknya tanggungjawab besar kepada Presiden KTMB dalam menerajui KTMB, jatuh bangunnya KTMB terletak kepada Presiden KTMB! 

Mungkin pembaca mengatakan tidak adil, kenapa hanya perlu Presiden KTMB sahaja, kenapa tidak semua pegawai atasan KTMB dan semua pekerja KTMB? 

Business Plan Part 9


Harapan Dan Cabaran Pengerusi


Dalam pengetahuan RUM, satu-satunya Pengerusi KTMB semenjak pengswastaan pada tahun 1992 yang turun padang serta melaksanakan program Business Plan! malah kini YB Dato Pengerusi lebih kerap turun padang untuk mengetahui, mempelajari, mendekati dan memahami KTMB, usaha-usaha ini adalah dengan tujuan keinginan beliau secara bersungguh-sungguh untukmemulihkan KTMB. (good job)

RUM mengikuti setiap perkembangan YB Dato Pengerusi, justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada RUM untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

15 Mac 2014

Business Plan Part 8.

Apakah Business Plan ke 2 mampu mencapai apa yang diharapkan?

Dari pemerhatian RUM, Business Plan yang dicetuskan idea oleh YB Dato Pengerusi adalah baik, walaupun RUM tidak melibatkan diri, RUM berkeyakinan bahawa YB Dato Pengerusi berkemampuan mencetuskan idea- idea yang bernas, bagaimana nak memulihkan KTMB serta meningkatkan pendapatan (revenue) KTMB, walaupun RUM menulis sebelum berakhirnya Business Plan, malah tidak tahu apa yang diputuskan, tapi naluri RUM sangat yakin kebolehan dan kemampuan YB Dato Pengerusi, RUM pasti bahawa diakhirnya satu rumusan yang mampu membina KTMB ke era pemulihan.

Namun demikian, RUM tetap mengandaikan bahawa Business Plan yang disediakan nanti gagal diimplementasikan, RUM beranggapan usaha Yb Dato Pengerusi, akhirnya sia-sia sahaja, kenyataan Business Plan Part 6, surat kesatuan telah pun dinyatakan.

Business Plan Part 7

KEWAJARAN

Sesuatu yang pelik/luarbiasa/lucu berlaku, bila perancangan dibuat melalui Business Plan untuk tahun 2014 dibuat 2 kali, satu dianjurkan oleh Presiden KTMB, satu lagi dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang baru.

(kalau org tk faham, pasti akan ketawakan KTMB, lucu banget, kihkihkih)

Secara logiknya adalah tidak wajar sama sekali dilakukan Business Plan buat kali ke 2, kecuali ada sebab yang munasabah (gagal), kerana Business Plan yang pertama telah pun dilaksanakan, pastinya Business Plan peringkat pertama yang dicetuskan idea oleh Datuk Presiden KTMB adalah terbaik. Pada dasarnya Business Plan peringkat pertama adalah digunapakai sebagai garis panduan untuk membina perniagaan serta target pencapaian KTMB yang berakhir pada 31 Disember 2014. 

Business Plan Part 6

Surat Kesatuan Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dipaparkan untuk tatapan umum, bertarikh 10 Mac 2014.

BUSINESS PLAN AND KTMB TRANSFORMATION RETREAT

Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan kepada pihak kesatuan untuk menghadiri program seperti perkara di atas.

Pihak kami berbangga dan sangat berbesar hati menerima jemputan berkenaan, malah sentiasa akan berusaha untuk memberi kerjasama dalam semua aspek penganjuran KTMB khususnya dari YB Dato’, apatah lagi ianya satu perancangan yang sangat baik, bagi memastikan KTMB berjaya dipulihkan, pihak kesatuan sentiasa mengalu-alukan setiap usaha untuk menambahbaikan KTMB.

14 Mac 2014

Business Plan Part 5

Ada 2 gambar yang dipaparkan, kedua-dua gambar telah dimasukan sebelum ini.

1. Business Plan 2014 oleh Datuk Presiden, KTMB

2. Business Plan 2014 oleh Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.



Apa maksudnya?

Ikuti episod seterusnya...

Jawapan kepada SMS yg tak dikenali

Gambar Hiasan
Pihak RUM ada menerima SMS dari nombor +6014726XXXX (13.4.2013 Jam 10.31/ 10.52, mesej yang sama dipaparkan dibawah ini, RUM telah member komen di bawahnya.

"Bismillahirrahmanirrahhim Salam syabas pada rum dalam mengendalikan kes kes siasatan dalaman hingga menang Alhamdulillah bukan nak cmpur kerja rum tetapi kes kes yang melibatkan jutaan ringgit hanya dihukum rm 12 kes ps rawang ada lagi banyak kes kes dapat dimenang oleh rum syabas syabas kerana buktian wakil rum kendalian sesuatu kes dengan sungguh sungguh tahniah akibatnya management yang tanggung dari segi pekerja bila nak sedar langgar peraturan operasi ini ISLAM mengajak setiap pemimpin agar bersikap adil dalam menilai orang"

KOMEN RUM

Pihak RUM akan mempertahankan setiap pertuduhan yang dibuat oleh pendakwa dengan menyediakan hujah-hujah berlandaskan fakta, fakta merangkumi setiap sudut termasuk kelemahan-kelemahan pengurusan dari segi perancangan, sistem, dasar dan sebagainya.

13 Mac 2014

Business Plan Part 4

"ONTIME EVERYTIME"

Setahun 9 bulan slogan "ONTIME EVERYTIME" ini digunapakai melalui cetusan idea Datuk Presiden KTMB.

Kalau ditafsirkan atau digali kandungan "ONTIME EVERYTIME" ini cukup luas dan dalam maksudnya.

Apakah hasil dan kejayaan slogan ini, kalau dilihat hasil nya ialah "NIL", hanya seronok untuk glamour, seronok untuk disebut, kononnya slogan ini akan membawa satu kejayaan kepada KTMB.

Slogan ini tiada membawa sebarang pengertian atau "kurang gali, kata Ogy Ahmad Daud dalam Akedemik Fantasia sebagai pengkritik" yang ada ialah menunjukkan kegagalan Presiden KTMB, kerana kegagalan Presiden KTMB sendiri mendalami atau mengali maksud "ONTIME EVERYTIME".

Justeru itu adalah wajar slogan ini ditarik balik, kerana ianya tidak lagi praktikal, malah tidak menunjukkan sebarang keberhasilan.

U FAILED!!!!!

ikuti episod selanjutnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Bussines Plan Part 2

Business Plan Part 3

Hari ini 13 Mac sehingga 16 Mac 2014, maka akan berlangung Businesee Plan di MYRA, Batu Gajah, Perak.

Pihak Rum merakamkan tahniah kepada YB Dato Ir Haji Nawawi, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang merencana dan membentangkan Business Plan KTMB.

Walaupun hanya lebih kurang 3 minggu menjejaki di KTMB, YB Dato telah menunjukkan langkah awal bagi mencari solusi untuk memulih KTMB,

PERTAMA KALI DALAM SEJARAH KTMB! Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB turun padang dengan mewujudkan idea dan mengetuai Business Plan KTMB, Tahniah Dato.

Usaha-usaha ini, sangat dialu-alukan oleh pihak RUM, kami warga pekerja mendoakan usaha ini akan membuahkan hasil seterusnya mampu mengembangkan Businees Plan yang berinovatif kearah memulihkan KTMB.

Tahniah kepada YB Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

ikuti episod selanjutnya....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB



12 Mac 2014

TABAH DAN BERSABAR

RUM berharap pada semua "experties" yang telah mengemukakan permohonan notis berhenti kerja dan yang bercadang mengemukakan notis berhenti kerja agar memikirkan kembali hasrat untuk berbuat demikian.

Beri RUM sedikit masa untuk memperbetulkan keadaan, RUM kini sedang berusaha untuk memulihkan keadaan, In Syaa Allah, dalam waktu terdekat, malah RUM kini bersedia bila-bila masa untuk mengambil tindakan perusahaan. RUM juga ingin maklumkan pergerakan RUM cukup aktif bagi memastikan PRESIDEN KTMB ditamatkan perkhidmatan. 

Anda amat diperlukan di KTMB, fikirkan untuk KTMB, berusaha untuk mempunyai daya tahan yang tinggi, setiap pergerakan adalah perjuangan, walaupun kita sedar bahawa di bumi Allah ini kat mana pun ada rezeki, tapi semangat untuk mempertahankan KTMB dan memulihkan KTMB perlu diterapkan seterusnya diletakkan sebagai keutamaan. 

Justeru itu, diharapkan bersabar seketika.

Sayangilah KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Mac 2014

Business Plan Part 2: ANGGARAN KOS PERBELANJAAN BUSINESS PLAN 3-5 SEPTEMBER 2013

Gambar Hiasan
RUM membuat perkiraan kasar kos perbelanjaan yang dianjurkan oleh YBHG Datuk Presiden KTMB bagi mengadakan Business Plan pada 3-5 September 2013 di Myra, Batu Gajah, PERAK.

Anggaran Perbelanjaan

3 hari 2 malam dengan jumlah peserta 150 orang.

150 x RM 50 x 3hari = RM 22.500.00

Andaian kos gaji purata eksekutif RM 4K (minima) x 150 x 3hari / 22 hari ialah RM 88.818.00

Pentadbiran, Pengangkutan dan hostel dianggarkan RM 30.000.00.

Jumlah keseluruhan ialah RM 141.318,00

IKUTI EPISOD SELANUTNYA....

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

Bussines Plan Part 1

NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KEPADA AHLI-AHLI RUM.

BAGI TUJUAN MEMUDAHKAN PEMBACAAN, DIPAPARKAN NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KEPADA AHLI-AHLI RUM.

DI HARAPKAN SEMUA CAWANGAN-CAWANGAN RUM TELAH MEMAPARKAN KENYATAAN INI KEPADA AHLI-AHLI RUM.

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

Tarikh Notis : 10hb Mac 2014
Bil : (1) dlm RUM 040/8 TR 12

NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL

Notis Untuk Pengetahuan Umum Semua Ahli
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad

1. Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali yang ke 12 bagi Penggal 2014/2017 akan diadakan pada 23 hb September,24hb September dan 25hb September di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

2. Pilihanraya Umum Tiga Tahunan Sekali Yang Ke 12 bagi penggal 2014/2017 akan diadakan disemua Cawangan pada tarikh-tarikh seperti yang dinyatakan di para 9 di bawah, untuk memilih :-

(i) Pegawai-Pegawai Utama Kesatuan
(ii) Pegawai-Pegawai Cawangan
(iii) Wakil-wakil Bahagian

3. NOTIS MEMPELAWA PENCALONAN

Dalam hubungan ini, saya adalah diarah menarik perhatian bahawa penamaan calon adalah dipelawa untuk jawatan-jawatan seperti berikut :-

10 Mac 2014

Business Plan Part 1


Pada 3-5 September 2013, Presiden KTMB telah pun mengadakan Business Plan di MYRA Batu Gajah, kehadiran seramai 150 orang.

Sehingga hari ini apakah rumusannya? RUM beranggapan Business Plan yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB telah gagal. Kenapa gagal? Adakah ianya satu pembaziran? Apakah bukti gagal? Apakah tindakan yang telah diambil?

Ikuti episod selanjutnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MH 370: RASA SIMPATI DARI RUM YANG JUGA GABUNGAN ITF.

RUM merasa terpanggil untuk menyatakan rasa sedih dan simpati yang amat sangat atas kehilangan MHS 370. Dari awal ianya berlaku, RUM tidak berbicara mengenai kejadian berkenaan, walaupun RUM berhak berbuat demikian atas platform International Transport Federation yang beribupejabat di London yang RUM telah menjadi gabungan sejak penubuhan RUM.

Macam macam spekulasi, cerita, kemungkinan, andaian dan dogengan dibaca, didengari dan dibualkan, termasuk juga tuduhan dan tomahan, RUM hanya mendiamkan tanpa bicara. Kerana RUM bukanlah expert bidang berkenaan, walaupun RUM juga mampu membuat sebarang andaian dan kemungkinan, bagi nak menyeronokkan suasana atau berkeinginan mengecapi suasana glamour atau semata-mata untuk menunjukkan kehebatan.

Pada RUM biarlah pihak yang lebih bertanggungjawab menjalankan tugas, kerana mereka lebih arif, lebih bijak, lebih berkemahiran dibidang berkenaan.

07 Mac 2014

INGATAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA

Gambar Hiasan
Merompak, mencuri, menyamun, memeras, "pocop" apa pun sebutan adalah salah disisi undang-undang, sekiranya didapati bersalah, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman samada didenda, dipenjara atau kedua-dua sekali.

Dari sudut agama, ianya adalah berdosa besar, maka jawapan di akhirat akan menerima balasannya.

Dari sudut pekerja, perjanjian bersama di bawah artikel 30, prosedur tindakan tatatertib memperuntukkan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Justeru itu adalah diingat kita tidak sesekali boleh melakukan perkara yang bertentangan, perlakuan ini sangat mendukacitakan, malah akan mengelapkan masa depan individu yang mana berkenaan.

05 Mac 2014

Care for Safety

video
sumber: https://www.facebook.com/care4safety

Pertemuan Rasmi RUM dengan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

Semalam 4.3.2014, jam 4.00 petang, pertemuan rasmi dengan Pengerusi KTMB telah berlangsung dengan suasana harmoni. Keakraban terpancar diantara kedua-dua pihak dalam menjalinkan hubungan baik.

YB Dato Ir Nawawi adalah Pengerusi paling muda dalam sejarah KTMB, iaitu pengerusi yang ke 5 selepas KTMB diswastakan, seorang yang rendah diri, peramah, mempunyai wawasan, malah kalau dilihat beliau adalah seorang yang sangat berani kerana mahu menjawat jawatan Pengerusi KTMB, kerana KTMB bukan sebuah syarikat yang menguntungkan.