RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Julai 2014

Untuk Pengetahuan Ahli-ahli

Di paparkan kepada ahli-ahli surat akuan penerimaan aduan Rasmi Kesatuan terhadap perlanggaran Akta oleh KTMB.

RUM akan mengemukakan lagi aduan selanjutnya kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai satu perlanggaran Seksyen di bawah Akta 177.

RUM akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang negara bukan berdasarkan undang-undang rimba.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

30 Julai 2014

EK THE "SHIT".Part 1.

EK the SHIT pernah penulis satu SAJAK bertajuk, Inilah Masanya..salah satu petikan dari baris Sajak berbunyi seperti berikut ,

Satu hari nanti,
Aku akan pergi,
Akan ku pastikan ,
Hidup Warga ku lebih baik,
Dari masa ku sampai dulu,
Itulah janji ku.

Inilah kata kata yang dituliskan oleh EK THE SHIT semasa baru masuk dalam syarikat KTMB,adakah apa yang dikata oleh EK THE SHIT ini dikotakan ?????.sebaliknya menganiaya pekerja pekerja khususnya AHLI AHLI RUM sehingga sanggup mengambil Tindakan Tatatertib sehingga di buang kerja..apa yang diperkatakannya dalam SAJAK boleh dijadikan indah dalam pandangannya oleh syaitan..EK THE SHIT hatinya begitu kotor sekali sehingga perbuatan kejahatannya tidak memanfaatkan 'BANTUAN KHAS HARI RAYA' RM.500.

EK THE SHIT .Tindakan KRIMINAL yang dilakukan EK THE SHIT ialah tindakan yang telah digiring oleh syaitan yang menyakiti hati AHLI AHLI RUM..EK THE SHIT begitu JIJIK sekali keluar kedunia ini melalui LUBANG DUBUR YANG DIPENUHI DENGAN "NAJIS"..EK THE SHIT tergolong dalam kumpulan BINATANG YANG MAKAN NAJIS...AWAK EK THE SHIT INGAT SEMASA AWAK DISEMADIKAN DILIANG LAHAD CACING PUN HIDUP SENGSARA OLEH 'LAHAK NAJIS EK THE SHIT'.berampuslah EK THE SHIT sepertimana awak katakan dalam Sajak..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB.TPR.

28 Julai 2014

BKK bukan duit Presiden KTMB

Biarpun tanpa Bantuan RM500.00, Alhamdulillah kita masih boleh bergembira, kerana kegembiraan bukan datang dari Presiden KTMB tapi dari Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Julai 2014

Selamat Hari Raya Ediul Fitri


26 Julai 2014

KETOLOLAN PENGURUSAN KTMB DI KETUAI PRESIDEN KTMB

Pihak Pengurusan KTMB telah pun membalas jawapan balas RUM mengenai "notis tunjuk sebab" yang ditandatangani oleh Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi (TMOD) 

Antara lain kenyataannya menolak jawapan balas, serta menyatakan "management provokatif" dan beberapa fakta lain.

Berdasarkan surat sedemikian maka jelas Pengurus Kanan dan Pengurus Besar TMOD jelas menunjukkan "kedangkalan" dalam menangani isu yang melibatkan "notis tunjuk sebab", andainya Pengurus Kanan ini main tandatangan sahaja, maka Pengurus Kanan ini memang tidak layak memegang jawatan berkenaan dan ianya dirumuskan Jabatan TMOD telah hancur dari aspek nama jabatan yang hebat yang dikelilingi oleh pegawai2 yang tidak berintegriti serta berpengetahuan yang sangat cetek dari segi perundangan. (ayat baik... kalau bahasa RUM @ bahasa kuli... "tolol@bodoh").

Andai ada cikgu yang mengarang surat berkenaan, bermaksud ada pihak yang lain yang mengarah dan menulis... maka Pengarah dia adalah "manusia paling bodoh dilahirkan di dunia ini", maka pengarangnya, walau apapun ketinggian pelajarannya... cikgu ini patut kembali ke sekolah rendah "darjah 1".

Inilah kelemahan "mutlak" dari Presiden KTMB, Penulis Surat, Pengurus Besar, TMOD dan Pengurus Kanan TMOD.

Maka kesian KTMB kerana KTMB mempunyai Pengurusan "TOLOL" dalam sejarah KTMB.

Kalau kenyataan RUM ini salah, tak betul, tuduhan ini mengarut... tohmahan dan sebagainya...

"We prepared to fight in court to confirm what RUM says is right"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 Julai 2014

DATUK PRESIDEN KTMB PEROSAK KTMB DAN WARGA RUM.

Gambar Hiasan
RUM nak ingatkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. 

Ini RAILWAYMEN UNION OF MALAYA! 

Kami Pewaris "DONALD UREN"
sedikit pun tidak pernah gentar dan takut.

Apa jua rintangan yang mendatang kami akan langgar, langgar kami, bicara kami berlandaskan undang-undang, bersedia dalam segala tindakan termasuk tindakan MAHKAMAH! 

We prepare to see u in the Court!

Matlamat kami pada Datuk Presiden KTMB kami akan menyingkirkan perosak KTMB dan Warga RUM iaitu pekerja KTMB, maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB "HENDAKLAH" disingkirkan dari KTMB. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEMARAHAN

Kemarahan ahli-ahli RUM sudah semaksimum pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. 

Di bawah ini satu bukti kenyataan yang dikeluarkan mengenai Bantuan Khas Aidilfitri yang telah ditukar kepada "Pendahuluan" kemudian perlu isi borang seolah-olah perlu menyembah atau mengemis dengan Presiden KTMB untuk meminjam duit.

Sebahagian dari cetusan kebencian pekerja yg dianiaya....
Makin meluat, benci ada yang doa... cepat mampus... ada yang dah panggil iblis... syaitan... Yahudi dan mcm - mcm kenyataan telah dikeluarkan. 

Bila orang dah marah, inilah akibatnya.... maka selayaknya cacian ini diterima oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. 


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Pada dasarnya pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri telah pun selesai, boleh dibayar atas arahan "VVVVIP" namun atas kedegilan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, maka ianya telah bertukar kepada wang pendahuluan, tindakan sedemikian disengajakan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB "dengan niat jahat" untuk menyusahkan pekerja, dengan menyediakan borang untuk diisi serta dikembalikan, kemudian baru pembayaran dibuat.

Pihak kesatuan tidak bermasalah dengan penggunaan ayat "wang pendahuluan" sekiranya didapati bersalah ianya akan dipotong kembali melalui gaji, persoalan sedemikian adalah persoalan kedua, itu boleh diselesaikan kemudian.

Pengurus Besar TMOD sepatutnya boleh menasihati bahawa cara mudah tidak menyusahkan pekerja ialah dengan "key in" RM 500. 00 dan kemudiannya mengeluarkan pekeliling memaklumkan pada mana pekerja berkenaan, ini lebih mudah, cepat, pantas dan tidak menyusahkan mana-mana pihak, tapi kenapa Pengurus Besar TMOD "tidak menasihatkan" terus menerima arahan dari Presiden KTMB bagaikan "LEMBU DICUCUK HIDUNG", mana peranan di bawah " "job spesifikasi" atau sebagai "expert" human resource, GM TMOD U FAILED

Konklusinya DATUK PRESIDEN KTMB sememangnya sudah hilang akal sehingga sanggup membuat apa sahaja termasuk menyusahkan/ menganiaya dan menzalimi pekerja, sesungguhnya pihak RUM memang tidak pernah berjumpa "manusia" yang bersifat demikian.

Mudah-mudahan pihak kerajaan yang membaca kenyataan ini dengan segera menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB!. 

Pada ahli yang memerlukan boleh mengisi borang berkenaan, difahamkan pembayaran akan di bayar melalui cek.

Pihak kesatuan tidak mahu berkata apa-apa selain Datuk Presiden KTMB adalah "ZALIM"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Untuk Pengetahuan Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB

Saya selaku Presiden RUM tidak akan berjumpa secara berdua atau atas dasar pertemuan peribadi lagi.

Kalau Dato nak jumpa saya secara peribadi, zaman tu dah berlalu, kerana saya dan mana-mana pegawai kesatuan terikat dengan minit mesyuarat jawatankuasa kerja yang menghalang untuk perjumpaan peribadi, so Datuk boleh tulis surat rasmi kepada Setiausaha Agung RUM serta memanggil perbincangan Rasmi.

Cadangan Agenda

Perbahasan antara Presiden RUM dan Presiden KTMB mengenai "notis tunjuk sebab" dan tafsiran "Bantuan".

Sorry Datuk.... No personal deal!

RUM bukan macam kawan baru Datuk yang kononnya ada kabel yang boleh Datuk bergayut atau pegang kaki dia dan menjadikan Datuk lupa diri sanggup menganiaya pekerja yang bergaji kecil, yang hampa dan kecewa kerana Datuk mengarahkan menahan pemberian "Bantuan", Datuk faham maksud "Bantuan", Bantuan tu maksudnya "sedekah" "ikhlas", "membantu orang susah", tak kan "Bantuan" pun nak ikut prosedur "ex gratia atau bonus". Kalau bahasa Melayu pun dah tak faham... susahlah Datuk.... 

Nak sedekah... sedekah itu ikhlas... bantuan maknanya membantu orang susah.... bukannya menganiaya dan menzalimi orang susah....

Berhenti je lah Dato....

Kami tetap berpendirian, Datuk patut undur, Datuk ibarat manusia yang tidak berhati perut, bertindak untuk kepentingan peribadi, Datuk bukan sahaja nak menjahanamkan KTMB serta merisikokan masa depan pekerja KTMB, menjejaskan keselamatan pekerja dan penumpang, kini Datuk menganiaya insan yang bernama "pekerja" dan rakyat Malaysia yang perlu keadilan dari undang-undang rimba yang Datuk Presiden KTMB amalkan sekarang. 

Undurlah Datuk...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Julai 2014

Perkembangan Terkini

Setakat ini di bawah pengetahuan RUM, seramai 80 orang pekerja yang menyertai aktiviti-aktivii RUM telah menerima "notis tunjuk sebab", pihak RUM memahami keadaan ahli-ahli yang tidak dapat menikmati "BANTUAN KHAS AIDILFITRI", kita sedar bantuan ini penting untuk meringankan bebanan dalam suasana menyambut Aidilfitri. 


Kami memohon kesabaran, kerana pihak RUM sedang berusaha untuk menangani kemelut ini, In Syaa Allah kita di pihak yang benar berlandaskan peruntukan undang-undang, kita akan ambil semua tindakan terhadap Presiden KTMB yang menganiaya kita.

Teruskan berjuang, tiada mengenal erti kalah, semangat perjuangan kita adalah tinggi, saya dan barisan pegawai utama RUM akan terus berjuang untuk memastikan hak kita terjaga.

Ikuti setiap perkembangan mutakhir dalam Wall Suara RUM. 

Pada ahli-ahli yang menerima "notis tunjuk sebab" sila menghubungi pejabat RUM atau inbox sertakan nama, no perkhidmatan, depoh dan no telefon, untuk memudah bicara harap ada Whatsapp, kerana semua maklumat mutakhir serta sulit akan di maklumkan dalam Group Whatsapp. Sebarang pertanyaan diharap inbox/whasapp atau sms saya.

Terima kasih kerana kita terus mengekalkan semangat perjuangan.

Selamatkan KTMB
Selamatlah Pekerja. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 Julai 2014

Bukan pengadai maruah

Tidak sesekali menjual MARUAH RUM"
Tidak sesekali RUM menjadi "YES MAN"
RUM is fighter!!!
Fighter for workers right..
Never...never...never can buy RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Usaha Yang Terbaik Harus Dipuji.

TERBAIK YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KUASA / BUDI BICARA / 'PLAY SAFE" / VETO?

Mana satu ingin digunakan?
Jalan Selamat?
Tak mampu mengenal Kaca dan Permata?
Terpedaya dengan sandiwara?
Terlupa ke ... Depan "YES", Belakang "NO"!
Permainan yang dimainkan... Tak sedar ke?
Pengalaman mengajar.... Jadikan pedoman...
Nanti sendiri menyesal...
Kerana kawan sudah mengingatkan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Senyum

Senyum lega terima duit raya..
Tidak mewah tapi gembira...
Syukur pada Allah yang Maha Esa...
Ramai gembira nak Berhari Raya...

Jangan lupa bila bergembira...
Ada yang sedih terasa kecewa...
Teraniaya kekejaman mereka...
Duit Hari Raya tak merasa...

Pesanku pada mereka...
Sabarlah seketika...
Sengsara tidak pun lama. ..
Derita hanya sementara...

Doa orang teraniaya. ..
Dimakbul sentiasa...
Kau gembira kami derita...
Tak mengapa Allah Swt tetap ada...

Syukur Alhamdulillah pada yang Esa...
Kami berdoa amalan biasa...
Kami tak kesah apa yang ada...
Berjuang juga matlamat kita..

In Syaa Allah kami kan berjaya...
Doa kita mengiringi sentiasa...
Berjuang sehingga berjaya...
Menerangi ahli, matlamat yang ada...

Itu prinsip pemimpin yang ada...
Membakar diri memberi cahaya...
Biarlah mereka gembira seketika...
Kita tetap kita, berjuang sehingga berjaya...

Tak terkilan duit tiada...
Memang sudah nasib kita...
Tetap menyambut hari raya...
Bahgia bersama keluarga...

Duit tiada apa nak kira...
Gembira tetap bersama keluarga..
Matlamat kita engkau tiada..
Masa depan kita kan cerah belaka..

Inilah nama perjuangan setia...
Membela ahli setiap masa...
Untuk esuk juga lusa...
Masa depan pasti bercahaya...

In Syaa Allah

Nukilan
Presiden RUM

22 Julai 2014

BANTUAN AIDILFITRI SYUKUR ALHAMDULILLAH


RUM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang meluluskan Bantuan Aidilfitri RM500.00 pada pekerja KTMB.

Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, atas daya usahanya, maka Bantuan Aidilfitri dinikmati oleh warga KTMB.

Bagi kami warga KTMB, kami benar-benar bersyukur, Alhamdulillah, rezeki dari Allah Swt, sedikit keringanan perbelanjaan pada kami yang berpendapatan rendah, tidak menjadikan kami mewah, tapi memberi kegembiraan, keceriaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Ex - Gratia

RUM mohon maaf tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan secara terbuka mahupun dalam inbox, Whatsapp & sms mengenai "WANG BANTUAN AIDIL FITRI" atau "EX - GRATIA".

Harap ahli-ahli semuanya bersabar, In Syaa Allah, YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mungkin akan mengumumkan sesuatu dalam masa dekat.


RUM yakin YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB tidak akan menghampakan pekerja KTMB khususnya kita yang berpendapatan rendah. 

RUM sangat yakin Yb Dato Pengerusi akan prihatin malah akan rasa simpati kepada pekerja-pekerja "non eksekutif" khususnya ahli-ahli RUM. 

Mohon ahli-ahli RUM bersabar.

Tkasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

EK akan lawan RUM hingga ke mahkamah

Mesej diterima dalam Whatsapp

Ek bgtau polis bantuan yg dia akan lawan rum hingga ke mahkamah...hehehe
_________________________________

Komen RUM

RUM sungguh gembira kalau Presiden KTMB lawan ke Mahkamah, itu yg kita mahukan... "KEADILAN", bukan macam sekarang guna undang-undang rimba...

Presiden KTMB kini menyalahgunakan kuasa yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama, bertentangan dengan Akta 177, atau ayat paling tepat, langgar saja undang-undang yang ada, samalah maksudnya mengunakan undang-undang rimba atau ayat undang-undang yang lebih tepat ialah "BERNIAT JAHAT".

RUM juga bersedia "BERDEBAT SECARA TERBUKA" dengan Datuk Presiden KTMB mengenai "Notis Tunjuk Sebab" berlandaskan peruntukan CA dan Akta 177, bila-bila masa...

Kalau takut "Debat Terbuka", RUM nak maklumkan, surat aduan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) mengenai perlanggaran Akta telah pun dihantar, RUM berharap JPP akan memanggil kedua-dua pihak mengenai perlanggaran Akta 177, dan RUM amat berharap Datuk Presiden KTMB dapat hadir sama, di hadapan Ketua Pengarah JPP, RUM bersedia berbahas, tolong Datuk Presiden KTMB, tolong hadir jangan lari seperti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Bersatu menghancurkan penganiayaan

Apakah ada lagi insan yang melahirkan perasaan simpati pada nasib sesama insan?

Apakah ada lagi insan yang prihatin sesama insan?

Apakah manfaat menganiaya sesama insan?

Kuatkan semangat, tabahkan hati, kita redah mereka yang menzalimi kita, kekuatan kita dengan bersatu, bersatu akan menghancurkan penganiayaan dan kezaliman.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

21 Julai 2014

ZOMBI

Gambar Hiasan
Kesian RUM tenguk penandatangani surat "notis tunjuk sebab", bukan sahaja bagai "lembu dicucuk hidung", tapi dah macam menghidap penyakit berjangkit "kecelaruan mental" dari Boss Besar dia orang yang sememangnya dah lama menghidap penyakit "kecelaruan mental" kini turun penyakit tu ke TMOD agak-agaknya penyakit ni memang berjangkit... mungkin ini wabak penyakit "zombi" tapi bukan "zombi kampung pisang", ini "Zombi Presiden KTMB"

"apa ke tidaknya... tarikh surat notis tunjuk sebab 17 Julai 2014, tarikh akhir jawab notis 14 Julai 2014"

Mintak jauhlah penyakit ini pada kami.... eeeeee....takutttttttttttttttttttt...........

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TURNAROUND KTMB "MARVELLOUS DATO PENGERUSI KTMB"

Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
Info diterima:-

Tarikh - 21.07.14
Masa - 4.00 -5.30 pm
Tempat- Ballroom KTMB
Sessi pembentang Turnaround KTMB akan dihadiri oleh Menteri dan pegawai2 kanan MOF,MOT,EPU, SPAD dan BOD KTMB.

RUM nak komen..

"JANGAN LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA"

Ini bukan usaha DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB, kalau ini usaha DATUK PRESIDEN KTMB kenapa tak buat 100 hari pertama atau 6 bulan pertama atau setidak - tidaknya tahun pertama menjawat jawatan Presiden KTMB. 

RUM banyak kali cakap dah PRESIDEN KTMB ni tak boleh pakai, bahasa perumpamaan yang sesuai digunakan ialah :-
"Hukum tembak punya"

Ini semua adalah usaha Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, usaha Dato Pengerusi mewujudkan bermacam-macam idea untuk mencetuskan TURNAROUND KTMB, Cetusan Idea Dato Pengerusi KTMB after 100 days!

Tahniah Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. 

"DATO MARVELLOUS"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

20 Julai 2014

Presiden NUFAM dalam sidang media - MH17

Saudara Ash, Presiden NUFAM (Sahabat RUM) dikelilingi pemberita dalam sidang akhbar malam tadi mengenai MH17.

RUM

TAKZIAH MH17 ALFATIHAH UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM

Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB, kami merasa sedih atas insiden yang berlaku mengakibatkan MAS MH 17 yang menyebabkan kehilangan nyawa seramai 295 penumpang termasuk krew penerbangan. 

Tragedi ini sungguh mendukacitakan kami warga RUM, sesungguhnya kami amat merasa simpati dengan semua keluarga MH 17.

Kami merakamkan rasa sedih dah ucapan takziah kepada semua keluarga yang terlibat dengan tragedi ini, khususnya krew penerbangan. Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada Kesatuan NUFAM, sahabat RUM, Bro Ash atas kehilangan ahli-ahli kesatuan NUFAM.

Semoga keluarga penumpang MH17 dan sahabat kami NUFAM akan tabah menghadapi segala dugaan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

19 Julai 2014

Haji Muhammad Saeed Saeed Statement

Haji Muhammad Seed Aian
(PLF )Urges To take serious action Those Responsible for Downing MH17.
(PLF) express shock over the downing of Malaysian Airline Flight MH 17

Haji Muhammad Seed Arian Founder/Secretary General, Ms Atia Saleem Chairperson,Mrs Asaf F vardag President Waheed Ahmad Ch Legal Advisor strongly condemned the killing of 298 Innocent Passengers on Malaysian Air Line crashed in eastern Ukraine and demanded that, those responsible should be brought to justice and hang them open place
They Send Condolence Message to the Families of the 189 Passengers of Netherlands 44 Malaysian,27 Australian,12 Indonesain,10 United Kingdom 4 Germany,4 Belgian 3 Philippines 1 Canada and 1 New Zealand.

They are deeply concerned that the crash site hasn’t been properly secured. Integrity has been compromised. "Any action that prevents us from learning the truth about what happened cannot be tolerated. It will be a betrayal for lives that were lost. "MH17 has become a geopolitical issue, but it is still a human tragedy. They called for an immediate ceasefire in Ukraine so that an international investigation can be carried out
They also send message of Condolence to the Malaysian Prime Minister Najib Razak and called for an enquiry to find out the Culprit those who caused the flight MH17 crash. 

They send condolences to the family members of the passengers and crew. Its a very tragic year for Malaysia. They demanded the UN and the US will do something about this act which is against the Law The person behind this act must be brought to justice and compensation must be made out to this families. The incident has also brought down MAS carrier of this country.
.
(Haji Muhammad Seed Aian)
Founder/Secretary General
Pakistan Lbaour Federation (PLF)
Affiliated with
World Federation of Trade Unions (WFTU)

Suara Perdana Menteri atau suara Elias Kadir ???

YAB Dato Sri Mohd Najib
Perdana Menteri Malaysi
a
Makanya suara siapa YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang mahu didengari...

Suara RUM yang mewakili 3500 ahli yang juga rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen bukti dan selaras dengan kehendak Akta malah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

atau 

Suara Dato Elias Kadir Presiden KTMB seorang individu "yang mengamalkan undang-undang rimba" dan "non performing president".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

CADANGAN RUM KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB "TOLOL"!

1. Semua pengurusan yang memberi sokongan moral ketika RUM berpiket berada di beranda ibu pejabat KTMB dan tingkat atas sebenarnya boleh dikategorikan berpiket, hendaklah juga diberi Notis Tunjuk Sebab, diantara yang memberi sokongan moral yang boleh dikategorikan berpiket adalah Pengurus Besar. 

2. Pengurus Besar Polis Bantuan dan Semua Polis Bantuan perlu diberi Notis Tunjuk Sebab kerana memberi sokongan moral pada ahli-ahli RUM yang berpiket malah "berselfie" dengan peserta piket RUM. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

LATEST INFO "LEMBU DICUCUK HIDUNG"

Gambar Hiasan
"LEMBU DICUCUK HIDUNG" telah mengarahkan semua Pegawai Wilayah, mengenal pasti semua ahli-ahli RUM yang menyertai piket melalui video yang dibekalkan, kesemua ahli-ahli RUM ini kemudiannya akan dikenakan notis tunjuk sebab.

KOMEN RUM

Bagus, ini satu tindakan yang sangat "TERBAIK", RUM sangat mengalu-alukan, kerana sebelum ini, RUM pernah mengeluarkan kenyataan agar semua ahli-ahli RUM yang menyertai aktiviti-aktivii kesatuan sekerja iaitu berpiket hendaklah diberi Notis Tunjuk Sebab dan RUM juga menyokong tindakan Presiden KTMB sekiranya semua 700 ahli-ahli RUM ini diambil tindakan "BUANG KERJA"!

RUM AKAN LAWAN!

RUM akan membuktikan Dato Presiden KTMB dan talibarut talibarutnya mengunakan undang-undang rimba! 

RUM akan membuktikan bahawa Presiden KTMB adalah zalim.

RUM akan membuktikan bahawa tindakan yang dibuat ini satu penganiayaan kepada pekerja di negara ini dan menzalimi rakyat Malaysia dan ianya bertentangan dengan Akta dan Perlembagaan Persekutuan. 

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (7) AKHIR.

Presiden RUM

Dengan ini sesungguhnya saya sebagai Tukang K2 Kanan merangkap Presiden Kesatuan tidak mahu menyaksi wujudnya pertikaian di antara kesatuan dengan pihak tertentu dalam syarikat yang sama. Kesatuan ini memahami dan tidak menolak nasihat baik sedemikian, tetapi malangnya dalam kes semasa ini didapati ‘pihak tertentu’ telah banyak kali melakukan ‘penyelewengan’ yang dilihat terjebak dengan isu yang boleh menimbulkan pertikaian (kontroversi). Amalan ‘pihak tertentu’ mencerminkan mirip kepada ‘hukum rimba’ yang boleh membawa kepada pelbagai tafsiran tidak sihat dan salah satunya boleh diklasifikasikan sebagai ‘tidak berintegriti’. Pendedahan hujah melalui ‘disclosure information (pendedahan maklumat)’ secara terbuka adalah salah satu daripada “AKTIVITI KESATUAN” yang menjadi ‘nadi’ kepada pergerakan kesatuan sekerja.

Sekian terima kasih

________________________________________________
* 7 para adalah petikan jawapan balas dikongsi kan pada pembaca, dari keseluruhan 28 para.

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB



1. PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (1)

PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (6)

Dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang berkenaan boleh dijadikan ‘dokumen sokongan (letter of support) kepada kes ini. Penyaksian dokumen ini adalah tersangat jelas dan bukan ‘pengakuan dengar cakap (hearsay evidence)’ tetapi ianya ‘dakwaan bertulis dari majikan’. Sesuai dengan peruntukan ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 (AKTA 177) yang mendorongkan mana-mana pihak hendaklah melaporkan secara bertulis kepada ‘Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan’ tentang campur tangan majikan menghalang kami menyertai aktiviti-aktivii kesatuan yang sah adalah ‘SATU KESALAHAN’ .

KENYATAAN RASMI Kesatuan Pekerja2 KTMB



1. PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (1)

PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (5)

Tuan selaku ‘pihak berautoriti’ dalam ‘syarikat KTMB’ sepatutnya ‘memandu’ mempertahankan kebenaran, tetapi malangnya tuan dan kroni-kroni khususnya ’Presiden Syarikat, Datuk Elias’ berlagak tolol tidak berpegang teguh kepada prinsip ‘keluhuran undang-undang’. Dilihat kapal tuan dan kroni-kroni sekarang ‘sedang sarat dengan muatan aksi penyelewengan’. Dari sudut ini terbukti wujudnya unsur-unsur ‘persepakatan, bersubahat dan bersekongkol’ bagi ‘tujuan yang tidak baik’ dan dipercayai semuanya ini ‘demi kepentingan diri’.

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB


1. PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (1)

18 Julai 2014

PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (4)

Pada saya jelas tuan telah menyalahgunakan proses ‘TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB’ mengarahkan kami agar kami ‘tunjuk sebab’ kerana ‘kenyataan pertuduhan’ seperti terpapar dalam dokumen ‘NOTIS TUNJUK SEBAB’ yang berkenaan memberi mesej yang kejadian tersebut adalah di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ dan ia tidak bertentangan dengan mana-mana ‘AKTA’ yang ada hubung kait dengan ‘pergerakan kesatuan sekerja’. Sehubungan dengan ini juga terbukti bahawa ‘tiada unsur-unsur yang boleh menimbul keraguan’ atas perkara yang boleh dituduh sebagai bertentangan dengan dokumen ‘PERJANJIAN BERSAMA (CA)’. 

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB



PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (3)

Gambar Hiasan
Beberapa kaedah yang boleh dibuat oleh kesatuan tentang pendekatan menyampai atau menyebarkan maklumat ialah melalui ‘DEMONSTRASI atau PIKET’ yang mana kaedah ini juga adalah salah satu daripada beberapa saloran ‘pendedahan maklumat secara TERBUKA’ untuk menyampaikan mesej ‘TIDAK PUAS HATI’ termasuk hebahan berita melalui ‘kenyataan akhbar’. Pada hakikatnya ‘disclosure information (pendedahan maklumat) secara terbuka ‘lebih effektif’ kerana ia menjadi ‘nadi’ kepada pergerakan kesatuan sekerja. Dimaklum bahawa ‘gerak aktiviti’ kesatuan adalah ‘luas dan ia bukan hanya tertumpu kepada masalah tertentu sahaja’. 


PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (2)

Dengan ini saya bagi pihak kesatuan menyatakan bahawa ‘AKTIVITI KESATUAN’ dikawal oleh ‘Majlis Exco Kesatuan’ mahupun pada program pelbagai atas perkara ‘keboleh jangkaan (predictability)’ atau pada program pembabitan peranan atas perkara ‘keperluan pelbagai dimensi semasa’ tetapi semuanya ini dijaminkan ‘KEKEBALANNYA’ oleh beberapa ‘AKTA’ yang ada hubung kait dengan ‘pergerakan kesatuan sekerja’ dan termasuk juga oleh kuasa tertinggi ‘PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN’.

KENYATAAN Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


1. PETIKAN JAWAPAN BALAS "NOTIS TUNJUK SEBAB" (1)

PETIKAN JAWAPAN BALAS :NOTIS TUNJUK SEBAB". (1)

Meninjau kepada perkembangan yang tidak tersusun seumpama ini sekarang melalui satu perlakuan jahil (ignorance) sampai ke tahap ‘TINDAKAN BIADAP’ zaman era baru menjadikan urus tadbir syarikat di bawah kelolaan tuan ‘tunggang terbalik’. Untuk dikiaskan umpama pakaian ‘SONGKOK’ hendaklah digunakan di atas ‘KEPALA’, tetapi malangnya digunakan ‘di KAKI’ manakala ‘KASUT’ hendaklah digunakan di kaki, tetapi dipakaikan di atas ‘KEPALA’.

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

BILA BARUA FOLLOW RUM

Gambar Hiasan
Siapa yang arahkan dan Siapa yang jadi orang suruhan?

1. Presiden KTMB
2. Pengurus Besar Korporat
3. Pengurus Besar Pengurusan
Bakat & Pembangunan Organisasi
4. Barua follow RUM

Ada 4 kepala di atas...

1, 2 , 3 & 4 kalau 1 dah bodoh... kenapa 2 pun bodoh, oppss 2 balaci, tambah - tambah bersemangat sebab dapat comfirm jadi Pengurus Besar Korporat tanpa iklan, tanpa temuduga, tanpa jawatankuasa pemilihan, yang no 3 & 4 pun sama bodoh kerana bagaikan "lembu dicucuk hidung".

Kenapa RUM cakap mereka berempat ni "BODOH", sebab mereka ini adalah "DIKTATOR" abad baru, abad baru yang "GAGAL" dalam membina fikiran baru, fikiran yang berwawasan, fikiran yang bijak@matang, fikiran yang menjuruskan kebaikan dan sebagai amalan amal jariah untuk kemudian hari.

Sebenarnya "BODOH" satu aspek, "DIKTATOR" satu aspek, kerana mereka ini tidak lagi berpandukan undang-undang, tidak membaca atau menilai kehendak undang-undang, mereka ini telah buta kepada kehendak undang-undang, jadilah mereka ini "BODOH", kerana nak menujukan "KUASA", sebagai satu sifat "DIKTATOR", sehingga mewujudkan "PENGANIAYAAN" kepada rakyat jelata andai KTMB itu dikatakan sebagai sebuah kerajaan.

Konklusinya, maka keempat-empat ini sebenarnya adalah pengamal "UNDANG-UNDANG RIMBA" yang layak @ yang sepatutnya dicampakkan ke hutan, bermastautin dengan haiwan, agar kehidupan mereka lebih sempurna @ dicampakkan ke dalam hutan untuk dibaham harimau.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

17 Julai 2014

Ngapa lari?

Ada BARUA Presiden KTMB follow kami ke Putra Jaya!

Tunggu lah tadi...

Apa lari!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Sila datang Ibu Pejabat RUM kpd yang dapat surat Tunjuk Sebab

Makluman pada ahli-ahli. 

Surat jawapan "Notis Tunjuk Sebab" telah siap, diminta ahli-ahli yang terima notis tunjuk sebab, sila datang ke Ibu Pejabat RUM untuk menandatangani surat tersebut.

Kehadiran Sdr2 dengan kadar segera sangat hargai.

Tkasih

Sembang Sahur TV 3


Majlis berbuka puasa anjuran RUM


16 Julai 2014

The Steering Lock

Famous wanita ini!
Publisiti Cukup Meluas!
Cuma Cara Salah!
Tapi sekurang-kurangnya...
Wanita ini Berani!
Berani Sehingga Ke Penjara!
Andai betul tempatnya...
Mungkin boleh jadi seorang pejuang..
Sayangnya...
Tempat yang salah...
Jenuh kena caci nista..

Hehehe.... mcm2 dunia ni..

Komen RUM...

Nk offer dia duk dalam RUM...
Jenuhlah Presiden KTMB kene belasah!

Kihkihkihkihkih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

100 hari


Solidarity


Kenyataan Rasmi Setiausaha Agung




15 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa

In Syaa Allah esuk 16.7.2014 (rabu) RUM akan membuat Majlis Berbuka Puasa.

Di Restoran Nailis Sentul, Berhampiran Taman Dato Senu, antara kehadiran ialah ahli yang menerima Notis Tunjuk Sebab, dengan hasrat memberi mereka semangat dan dorongan dalam menghadapi cabaran perjuangan. Turut bersama ialah Ajk Cawangan Sentul, P.klang, Kuala Lumpur, Wanita Rum, , Belia RUM dan jemputan.

Ahli-ahli RUM yang berminat untuk bersama boleh inbox RUM untuk bersama di Majlis Berbuka esuk, RUM tidak membuka kepada semua kerana tempat terhad namun bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli RUM maka dibuka kepada 20 ahli yang inbox RUM, sila kemukakan nama dan depoh mana.

Inbox RUM sebelum jam 10 malam ini, untuk booking.

Terima kasih.

RUM

14 Julai 2014

Pesanan pada Ahli-ahli

Ahli-ahli dinasihatkan jangan risau tentang perkembangan terkini, pihak ibu pejabat RUM telah mengambil semua perkiraan dalam menangani isu yang berlaku.

Tindakan pihak pengurusan dari aspek undang-undang dan hak kesatuan sekerja telah dicabuli oleh Pengurusan KTMB yang diketuai oleh Datuk Presiden KTMB.

Semua pertuduhan adalah tidak berasas sama sekali dan "BERNIAT JAHAT".

Pihak RUM juga telah mengemukakan aduan Rasmi kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan hari ini, tentang perlanggaran Akta 177.

Tindakan susulan akan diteruskan, sila ikuti kenyataan Suara Rum, maklumat sahih dan terkini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BERITA TV3

Gambar Hiasan
Kelajuan Bas Ekspres 
Kemalangan Maut

Apa komen SPAD? 

SPAD hanya pandai tutup laluan keretapi, tak payah siasat, tak payah apa pun, terus buat keputusan ad hoc, ini lah kehebatan SPAD! 

SPAD MAN! bijak menutup landasan keretapi & bertambah bijak menutup cerita mengenai kemalangan Bas di lebuhraya!

TAHNIAH SPAD MAN!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MUKADIMAH DI HARI ISNIN


CATATAN BARU NOTIS TUNJUK SEBAB. 
(ORANG GILA)

Datuk Presiden KTMB... ada catatan kenyataan terbaru ini.. boleh tambah dalam surat pertuduhan lagi . 

Dalam kandungan Surat Terbuka ada ayat :-

"Dasar hipokrit makan gaji buta"

Ini satu tuduhan berat... cepat arahkan GM TMOD tambah pertuduhan...

Contoh ayat:-
Kamu telah memalukan Presiden KTMB dengan mengeluarkan kenyataan dalam Facebook dengan menyatakan Datuk Presiden KTMB dengan ayat :-

"Dasar Hipokrit makan gaji buta"

Sila beri penjelasan...

Persoalannya...
Siapakah yang mencetuskan idea keluar notis tunjuk sebab? yang mendraf surat tunjuk sebab? siapa dalang - dalangnya sehingga tindakan sedemikian diambil.

FB SUARA RUM "bukanlah suara mana-mana individu pekerja" sebaliknya adalah suara organisasi Kesatuan Sekerja yang dikenali sebagai RUM, tiada mana-mana individu atau sebagai seorang pekerja boleh dikaitkan dengan FB SUARA RUM. 

Sebagai seorang pekerja.... mana boleh tulis macam tu.... kalau pekerja buat.... memang nak cari pasal... tulis atas nama pekerja... boleh dikenakan tindakan... selaras dengan prosedur tindakan tatatertib...

Awat lah hang semua bangang tahap gaban antara pekerja dan organisasi tak dapat dibezakan....

"FB SUARA RUM adalah lidah Rasmi Kesatuan atau kenyataan rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB yang didaftarkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKTA 262) maksudnya kenyataan yang dikeluarkan itu bukan kenyataan individu pekerja tetapi kenyataan 3500 ahli RUM yang berfaedah". 

Kihkihkih.... Awat hang semua bangang tahap gaban, hang ikut Datuk Presiden KTMB hang pun sama bangang!...

Kihkihkih....

Hang ingat, hang buat lagu tu, RUM semua ketaq lutut, RUM sebenarnya duk ketawa tengok telatah hangpa.... dah macam orang gila....

Siapa dia orang gila?
Siapa pula kurang siuman?
Siapa pula pengarang surat cinta? 
Maka semua mereka kena pi hantaq kat tanjung rambutan....

Awat lah nasib hang KTMB jadi lagu ni oiii.... duk semua kat atas tu dah jadi "gila..."

Kihkihkih.....

*Maka ginilah jadinya..
Bila orang gila memerintah...
KTMB hura hara...
Maka kita pekerja jadi mangsa...

Maka itu depa ini kena pi hantaq dulu kat tanjung rambutan dengan segera, digantikan orang yang berwibawa dan pastikan waras belaka*

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB 
(Adalah Suara 3500 ahli yang berfaedah, berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja)

13 Julai 2014

Ulasan RUM terhadap komen yang dipaparkan sebelum ini.

Ulasan RUM

RUM mengulas komen sahabat RUM yang telah dipaparkan sebelum ini.

Rum benar-benar tertarik komen tersebut, diakui benar juga tiada perancangan konkrit di bawah pentadbiran Presiden KTMB, di manakah hala tuju KTMB, di manakah masa depan KTMB, apa kah sebenarnya di sebalik permainan ini.

Benar sekali lagi, kerajaan telah melabur berbillion ringgit untuk infra KTMB, bagaimana infra ini digunakan secara maksimum, maka apa yang perlu ialah idea yang kreatif, inovatif ini lah perlu ada pada mana-mana CEO/Presiden. 

Rum tertarik dengan lawatan ke Glasgow oleh penulis tersebut, itulah cadangan RUM Multiple Operator. 

Sebenarnya ianya satu perkara yang perlu difikirkan kerana, kerajaan hanya memperuntukkan kewangan membangunkan infra, selanjutnya kerajaan pula perlu menyediakan set - set komuter, lokomotif, koc, wagon dll, sekiranya tidak apakah langkah alternatif? 

Menyedari bahawa kekerapan laluan tren boleh dilarikan setiap 7 minit, maka kelompongan dalam tempoh 24 jam perlu diisi dengan larian tren, bermakna infra yang telah siap boleh digunakan secara maksimum. 

Apakah perancangan ini telah dilakukan, iya kemungkinan ada, iaitu pembelian 10 set ETS dari CSR China yang kini dalam pembinaan, diikuti dengan rancangan - rancangan pembelian dengan CSR China berdasarkan "direct-nego" seperti dilihat dalam kenyataan akhbar bahawa majlis tandatangan MOU di China dengan kehadiran YAB PM, MOU diantara CSR dan NAZA. (RUM don't like direct-nego)

Namun prospek ini masih tidak mencukupi kerana masih banyak ruang dan perancangan perlu disegerakan demi memastikan KTMB terus relevan pada masa depan.

Ianya tidak semata-mata mewujudkan idea mengatasi masalah jangka pendek tapi jangka panjang, kita perlu melihat semua sudut bagi memastikan infra digunakan sepenuhnya maka KTMB mampu bersaing hebat.

RUM suka melihat bagaimana Indonesia yang dulu terkebelakang dari pengangkutan keretapinya kini boleh dilihat bahawa Indonesia telah jauh ke depan, keberanian ini terbukti bilamana Indonesia mampu membeli 150 lokomotif untuk mengerakkan operasi tren secara maksima, kerajaan Indonesia begitu berani melabur untuk mengembalikan prospek perkeretapian yang lebih inovatif.
Malah difahamjab kini bank - bank Indonesia lebih berani menawarkan pinjaman kepada keretapi Indonesia kerana yakin perkeretapian di Indonesia mempunyai prospek yang tinggi.

Mungkin pembaca mengatakan bahawa Indonesia tidak boleh disamakan dengan Malaysia, kerana lebuhraya yang ada di Malaysia menjadi sebab utama bersaing sehingga menjejaskan KTMB. 

Andaian ini sangat lemah kerana prospek perkeretapian di negara ini sebenarnya sangat luas, malah lebih jauh ke depan sekiranya ianya dikaji dengan teliti serta melihat prospek jangka panjang, tapi persoalannya siapakah yang ingin melihat prospek ini, siapakah yang ingin mengkaji prospek ini.

Sejujurnya MIGHT ada usaha membuat kajian tetapi kajiannya kepada Rolling Stock melalui cara MRO malah SPAD juga berminat apa yang dibuat oleh MIGHT, seolah-olah SPAD dan MIGHT tiada idea yang lebih inovatif sebaliknya kalau diteliti ada unsur yang tersirat, maknanya tidak jujur dalam kajian. (dah berebut lah pulak)

Kenapa tidak difikirkan satu idea yang lebih mencabar sesuatu yang boleh membawa kemajuan kepada keretapi dan negara yang faedahnya boleh diturunkan kepada rakyat, kerana rakyat perlukan pengangkutan yang baik dan selamat, bukannya idea-idea yang lemah tak mampu memberi kesan yang baik.

Kelemahan SPAD sendiri tidak meluaskan skop yang diberikan, yang ada mengunakan kuasa DIKTATOR, sedangkan mencari suatu solusi yang memberikan kebaikan bagi tempoh jangka pendek dan panjang secara kreatif tidak mampu dilakukan, perlu disedari bahawa SPAD dicetuskan berdasarkan Transformasi di bawah NKRA. (no komen)

Kerajaan perlu mewujudkan kumpulan pemikir untuk mengkaji sistem perkeretapian di negara ini dengan skop yang lebih luas, mengkaji dari sudut sejarah seterusnya kepada masa kini dan masa depan, ketiga tiga perlu dirangkumkan bagi mencari titik penemuan yang lebih mencabar dan berani, iaitu dalam mewujudkan satu era pembaharuan kepada negara maju, keretapi maju, selesa selamat asasnya perkhidmatan sosial perlu dititikberatkan. 

Konklusinya siapakan yang benar-benar jujur untuk mengkaji pemulihan KTMB serta pembangunan perkeretapian di negara ini?

Hentikan buat poket money!

Komen RUM

RUM menaruh harapan dan keyakinan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang RUM lihat komitmen dan kesungguhan yang ada, cetusan idea kreatif, malah seorang pendengar yang baik, mudah2an Dato Pengerusi KTMB mampu membuat sesuatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan KTMB 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB