RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 November 2014

PERTANYAAN WARTAWAN KETIKA SIDANG AKHBAR PADA 28/11/2014

Soalan Wartawan:

Presiden KTMB ada menyatakan bahawa KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Jawapan pada Wartawan:

Diakui benar bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Sebabnya:-

1. Tiada pembaikpulihan pada Lokomotif, Koc, PGC (PGC selepas surat kesatuan maka baru buat) Wagon, landasan dan lain-lain (27 surat kesatuan adalah dalil) sehingga menyebabkan tahap keselamatan berada di paras rendah. Dari sudut tiada pemulihan berlaku maka tiada perbelanjaan dikeluarkan, justeru itu berlakulah penjimatan.

2. Pembayaran sejumlah wang, difahamkan RM 120 juta (anggaran) telah dibayar oleh MRCB melalui saham tanah KL Central.

Justeru itu, penjimatan yang berlaku berdasarkan kepada strategi perniagaan yang lemah, kerana gagal untuk menambah baik KTMB, kegagalan ini melibatkan implikasi kepada penggerak atau cetusan peningkatan peluang perniagaan, salah satu dari 27 pucuk surat kesatuan di bawah perkara "opportunity lose" atau "kerugian peluang" telah menjelaskan.

Penjimatan yang dikatakan berlaku telah menyebabkan KTMB mewujudkan "kerugian peluang", serta menimbulkan implikasi keselamatan yang teruk, sebagai contoh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah mengarahkan untuk menutup landasan "GUA MUSANG – GEMAS", implikasi ini boleh mengakibatkan keselamatan pekerja tidak terjamin malah kerugian peluang untuk meningkatkan gaji pekerja KTMB kini di bawah pasaran.

Justeru itu RUM mengakui bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERTANYAAN RAKAN FB SUARA RUM

Kamil Zulkepli: Tuan presiden rum..adakah masa 2 taun cukup untuk kita expect datuk EK akan membuat keuntungan dgn kerugian ktmb setiap taun bepuluh juta.puluh juta bukan angka yg sikit sbb dr apa yg kita tau intercity xmenyumbang banyak mana sangat pun sebab penyumbang utama adalah kargo..
Atau tempoh 2 taun ni hanya pada fasa pemulihan untuk mengurangkan kerugian dulu?
Atau adakah kerugian akan bertambah dengan peningkatan bil utiliti stesen utara..dianggarkan bil elektrik 1 stesen xkurg drp 5k..gurun saja mula2 operasi rm13k, tasik gelugor 8k utk sebulan.lepas arahan penjimatan, baru la ada penurunan skit bg jumlah bil ni.. 
Mohon pandangan tuan

JAWAPAN RUM:

 Benar, dalam tempoh 2 tahun sebenarnya tidak mencukupi untuk membuat satu pemulihan secara besar - besaran, namun perancangan yang rapi mampu mengerakkan ke arah pemulihan. 

Pendekatan RUM ialah melalui teguran - teguran yang membina bagi memastikan tahap pemulihan berjalan dengan lancar, iaitu dengan mewujudkan business plan yang baik.

Kesinambungan idea melalui Presiden terdahulu perlu diteruskan, tetapi kesinambungan ini terbantut atau terbatal kerana sebab yang tidak diketahui. 

Sebagai contoh:-

Presiden terdahulu telah pun membuka tender untuk menyewa lokomotif sebanyak 40 buah, tapi telah dibatalkan tender berkenaan, selepas dua tahun tender penyewaan lokomotif dibuka kembali sebanyak 30 buah.

Makanya idea yang dicetuskan oleh Presiden terdahulu adalah baik kerana akhirnya Presiden KTMB akur dengan membuka tender kembali.

Bayangkan sekiranya idea kesinambungan ini diteruskan maka awal tahun 2014, KTMB telah pun mengunakan lokomotif penyewaan dan mampu menambah hasil pendapatan kepada KTMB.

Pembaikpulihan juga perlu dilakukan secara berperingkat seperti mana pernah dilakukan oleh mantan-mantan Presiden mahupun Pengarah Urusan KTMB.

Sistem yang digunakan oleh mantan terdahulu boleh diteruskan kesinambungan dengan penambahbaikan, dekat sini lah kelemahan berlaku, andai perancangan dibuat dengan betul, maka kelemahan melalui kaedah pembaikan adalah jalan terbaik bukannya kaedah yang terbalik, "reverse strategy".

Fasa mengunakan kaedah pengurangan kerugian pernah dilakukan oleh zaman Pengarah Urusan terdahulu sehingga mampu meraih sedikit keuntungan, namun implikasinya sangat teruk sehingga menyebabkan kerugian besar selepas itu.

Sebagai contoh..

Lokomotif yang sepatutnya dijadualkan baikpulih melalui tempoh yang ditentukan, kos penyelenggaraannya adalah rendah, kerana penggantian alat ganti adalah minima, sekiranya ianya melebihi tempoh berdasarkan jadual yang ditetapkan, maka kerosakan pada Lokomotif akan meningkat berdasarkan kerosakan yang berjangkit sehingga melibatkan parah, maka kos yang sepatutnya dikurangkan akan meningkatkan dengan banyak kerana tidak membaikpulih mengikut jadual. 

Setelah wujudnya landasan berkembar, kita semua ketahui, stesen - stesen keretapi berwajah baru dan stesen ini dikategorikan canggih dan luas, maka utiliti dan pengunaan sumber manusia pasti akan meningkat. 

Bila mana utiliti, penyelenggaraan, pengunaan sumber manusia meningkat maka kos perbelanjaan juga akan meningkat, justeru itu berkemungkinan ianya akan melibatkan penambahan kerugian dari aspek utiliti, penyelenggaraan dan pengunaan sumber manusia. 

Maka perlu difikirkan cara yang sesuai bagi memastikan peningkatan kos penyelenggaraan ini dapat dibendung dengan pendapatan setempat, maksudnya stesen - stesen besar ini tidak boleh dibiarkan sebagai tempat persinggahan sahaja, tapi mencari sumber pendapatan untuk menampung kos yang tersebut di atas.

Sekiranya gagal maka, akan wujud pembaziran dan akan menambah kerugian kepada KTMB.

Saya harap penjelasan berdasarkan pandangan ini memuaskan, ianya secara ringkas, kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan serta dalam laman suara Rum.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK

Satu kenyataan yang dangkal, kerana kenyataan yang berupa tidak tahu hujung pangkal, malah tidak tahu "hak kesatuan sekerja".

Bila tidak mengerti "hak kesatuan sekerja" di bawah peruntukan undang-undang maka ianya seolah-olah Kesatuan Sekerja melakukan kesilapan.

Persepsi lemah ini, kerana tidak mahu tahu, tidak mahu ambil tahu, tidak mahu belajar dan pura-pura tahu.

Justeru itu hak kesatuan sekerja melalui aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah "hak kebebasan bersuara", maka itu di bawah Akta Kesatuan Sekerja "imuniti" atau "kekebalan" dari sudut undang-undang di telah diberi kepada kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262)

Maka itu, semua tindakan yang dibuat berdasarkan hak kesatuan sekerja, maka tiada majikan berhak, menghalang, mengugut atau meletakkan di bawah pengaruh.

Justeru itu tindakan meletakkan persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB adalah bertentangan dengan hak undang-undang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RUM still unhappy with picketing solution

KUALA LUMPUR: The Railway Union of Malaya (RUM) is still not satisfied with the solution over the termination of 97 union members for picketing in May 9.

Its president Abdul Razak Md Hassan claimed the agreement memorandum signed on Wednesday was biased and was not the draft prepared by the Human Resources Ministry.

"The memorandum favours one party and it is not a win-win situation as requested by the Human Resources Ministry.

"However, as the president, I am calling on all members to sign the agreement so that go back to their positions quickly, even though I did not sign the agreement to seek justice for union members," he told a media conference here today.

Abdul Razak said the other factor causing his dissatisfaction was the content of the memorandum requiring him to apologise to KTMB president Datuk Elias Kadir each day consecutively for three months on Facebook and the RUM official blog.

"I consider it unreasonable," he said.

All the employees have been given back their positions after they signed the agreement behind closed doors witnessed by Deputy Human Resources Minister Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Meanwhile, KTMB chairman Datuk Nawawi Ahmad when contacted by Bernama declined to comment on the content of the memorandum but said he was happy that the workers have got their jobs back.

"My priority is to ensure the affected employees get back their jobs. As the chairman, I am happy the issue has been resolved based on humanitarian grounds," he said. – Bernama

28 November 2014

Manipulasi MoU, RUM ambil tindakan undang-undang atas presiden KTMB

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir Baba kerana memanipulasi memorandum persefahaman (MoU) penyelesaian pertikaian antara kedua-dua pihak.

Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan mendakwa, MoU itu pada awalnya dirangka Kementerian Sumber Manusia, namun diubah Elias pada saat akhir.

Katanya, Elias kemudiannya membuat MoU sendiri dan mengenakan syarat tertentu tanpa pengetahuan kerajaan.

MoU itu ditandatangani 26 November lalu bagi membolehkan 97 pekerja KTMB yang dipecat dan dikenakan tindakan disiplin dikembalikan semula jawatan mereka.
"Kami sudah buat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan mungkin akan dibawa ke mahkamah.

"Ini persetujuan berat sebelah," katanya.

Razak berkata, Elias dalam MoU itu juga tidak memohon maaf kerana mengisytiharkan piket pada 9 Mei lalu sebagai haram.

Sebaliknya, hanya pekerja saja yang diminta memohon maaf kepada Elias, KTMB dan pihak pengurusan atas segala tindakan dan tuduhan yang dibuat RUM.

Menceritakan mengenai majlis tertutup menandatangani MoU di ibu pejabat KTMB di Kuala Lumpur pada 26 November lalu, katanya, 90 pekerja itu diarahkan naik ke pentas dan membaca kandungan MoU menggunakan mikrofon sebelum menandatanganinya.

"Sekarang ini, permohonan maaf hanya sebelah pihak. Dia suruh ahli saya naik ke pentas minta maaf.

"Piket itu sah. Saya anggap ini belum selesai," katanya.

Katanya, piket itu sah mengikut Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Katanya, RUM membuat aduan kepada International Transport Workers Federation yang berpengkalan di London serta Pertubuhan Buruh Antarabangsa meminta campur tangan dalam isu ini.

Beliau berkata, aduan itu difailkan melalui bantuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"Kami minta bantuan gabungan kesatuan sekerja dunia kerana ini melibatkan 'union busting' dan salah di sisi undang-undang," katanya.

Katanya, apa yang berlaku terhadap RUM bukan saja menjejaskan pekerja keretapi tetapi seluruh kesatuan sekerja.

"Ini amat berbahaya kepada aktiviti kesatuan sekerja yang lain,” katanya.

Kira-kira 700 pekerja KTMB pada Mei lalu berpiket menuntut khidmat Elias ditamatkan kerana gagal membawa keuntungan kepada syarikat sejak 2 tahun lalu sehingga menjejaskan kebajikan pekerja.

Sebanyak 91 daripadanya ditamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos lalu selepas siasatan dalaman mendapati mereka bersalah menyertai piket berkenaan.

Pada 20 November lalu, KTMB menawarkan pengambilan semula kakitangan yang dipecat, dengan syarat perlu menandatangani MoU yang antara kandungannya, memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – 28 November, 2014. - [TMI]

RUM

RUM

Tetap akan bergerak selaras peruntukan undang-undang, tiada yang lebih daripada undang-undang.
Menyekat kebebasan bersuara dalam mengerakkan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah satu kesalahan.

Railwaymen Union of Malaya tetap berdiri gah, berjuang untuk ahli-ahlinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 November 2014

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH (1)

Gembira bila semua kembali bertugas, penat berkayuh, naik basikal ke hulu, ke hilir akhirnya berhasil.

Gembira melihat sahabat handai kembali tersenyum, perjuangan mereka berbaloi, walaupun syarat yang dikemukakan tidak menepati kehendak, namun ianya bukan persoalan, matlamat mengembalikan mereka telah pun berhasil.

Dari 97 orang, kini tinggal aku seorang, soal aku... pedulikan... aku ada tanggungjawab lain... yang penting mereka dipulihkan jawatan kerana mereka semuanya "tidak bersalah", hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai "seorang ahli kesatuan", mereka berjuang demi masa depan seluruh warga RUM malah KTMB.

Sejujurnya sebagai Presiden RUM aku berbangga, mereka sanggup berkorban, walaupun mereka mengadaikan periuk nasi bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga tapi seluruh warga KTMB, pengorbanan mereka sangat besar sehingga menimbulkan kesengsaraan pada diri dan keluarga, hari ini mereka telah mengukir senyuman tanda gembira, kerana kesengsaraan yang mereka alami telah dipulihkan, Alhamdulillah... aku cukup gembira...

Merekalah pejuang sejati, pejuang kesatuan sekerja, berjuang untuk masa depan, dengan nawaitu SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Bagi pihak Majlis Eksekutif RUM, saya merakamkan jutaan terima kasih, teruskan perjuangan, kerana perjuangan kesatuan sekerja tiada penghujungnya.

Jangan sesekali rasa gentar, kerana gentar akan melemahkan kita, kita perlu sedar bahawa "kuli" bila-bila pun boleh teraniaya.

Dalam masa yang sama, jangan kita lemah semangat, rasa kecewa maupun berputus asa, maka itu saya menyeru semua jalankan tanggungjawab se
bagai seorang pekerja yang penuh berdedikasi, kerana matlamat kita, tanggungjawab kita bukan untuk Presiden KTMB tetapi matlamat kita dan tanggungjawab kita semata-mata untuk melihat KTMB berjaya serta mampu menjana pendapatan sehingga meraih keuntungan, kerana harapan kita setelah sekian lama kita tertinggal "take home pay", berbanding penjawat awam dapat ditingkatkan seperti mana kita diswastakan pada 1.8.1992 pekerja KTMB menikmati lebih dua (2) mata gaji berbanding penjawat awam dengan elaun yang sama pada ketika itu dengan penjawat awam.

Semoga dan harapan, kekuatan RUM terus dikekalkan, semangat juang terus dipertingkatkan, jangan simpan rasa takut maupun gentar, kerana mereka juga makan gaji seperti kita.

"JUTAAN TERIMA KASIH PADA SEMUA PEJUANG - PEJUANG RUM".

SAUDARA/I TELAH MENCIPTA SATU SEJARAH KESATUAN SEKERJA KHUSUSNYA RAILWAYMEN UNION OF MALAYA"

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Presiden RUM
Bagi pihak Majlis Eksekutif, 
Kesatuan Pekerja2 KTMB

Alhamdulillah dan Terima Kasih (PEMULIHAN KERJA)

Seramai 98% pekerja yang dibuang kerja tanpa notis telah dipulihkan jawatan dan akan kembali bekerja bermula esuk. Arahan penerimaan persetujuan ini dibuat oleh RUM adalah demi memastikan semua yang terlibat boleh meneruskan kehidupan setelah sekian lama ditindas dan dizalimi.

Selaku Presiden RUM, saya berasa lega kerana semua pegawai kesatuan dan ahli-ahli RUM yang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja telah dipulihkan. Bebanan ini telah diringankan, keresahan dan kerisauan terhadap pekerja yang dizalimi telah meringankan tanggungjawab saya selaku Presiden.

Syukur Alhamdulillah...

Dengan itu bagi pihak Majlis Eksekutif dan seluruh warga RUM merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengarahkan isu ini "diselesaikan".

Terima kasih pada YB Dato Seri Ismail, Timbalan Menteri Sumber Manusia atas inisiatifnya maka 98% yang terlibat dengan pembuangan ini dipulihkan.

Terima kasih juga kepada Yb Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang turut memainkan peranan penting dalam menyelesaikan sehingga dipulihkan jawatan pada yang terlibat.

Namun demikian selaku Presiden RUM yang bertanggungjawab dengan Perlembagaan Kesatuan telah mengambil pendirian tidak menandatangani persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB (MAKA PRESIDEN RUM TETAP DI BUANG KERJA TANPA NOTIS), demi memastikan tiada pengugatan hak RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf oleh Hak Akta.

Maka itu, sebagai Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk "mengawasi Perlembagaan Kesatuan" maka kemelut ini atau pertikaian ini tidak boleh dianggap selesai dan akan terus berjuang memastikan hak Perlembagaan Kesatuan, Hak Akta yang berkaitan terus dipatuhi.

Satu sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan keadaan serta akan membentangkan "persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB" bagi menjelaskan sebab musabab kenapa ianya tidak boleh ditandatangani.

Pihak kesatuan tetap menegaskan bahawa "pembuangan kerja yang berlaku adalah tidak sah", "Piket adalah hak kesatuan sekerja", kenyataan dalam "Suara RUM", "Blog Rum" adalah Hak Kesatuan Pekerja2 KTMB ( RUM) selaras dengan hak Akta 177 dan Perlembagaan Persekutuan.

Selaku Presiden RUM maka saya bersedia untuk berdepan di Mahkamah untuk membuktikan "kebenaran", demi mempertahankan "HAK RUM" justeru itu aduan RUM mengenai perlanggaran Seksyen 4 dan 5 Akta 177 terus berkuatkuasa.

"PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI"
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"


Presiden
Kesatuan Pekerja2 KTMB
Bagi Pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 November 2014

JAWATAN KUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN INDUK.

Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang membincangkan hal ehwal dasar keselamatan KTMB dan Pekerja kini telah dicabuli oleh Presiden KTMB dengan meletakkan acuan sendiri dan membelakangkan Perjanjian Bersama.

Disini tempat RUM bangkitkan isu Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Kesihatan mengenai banyak perkara termasuk landasan di Pantai Timur yang gagal dibaik pulih sehingga menyebabkan banyak kegelinciran maka akhirnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan diantara Gemas - Gua Musang, kini disambung kembali perkhidmatan bila RUM mengemukakan bantahan, yang telah menyelamatkan pekerja dari ditukar ke merata tempat, dengan memastikan tahap keselamatan dipatuhi secara maksimum.

Kini Jawatankuasa Induk ini telah ternoda dengan meletakkan individu dari "PERSATUAN" yang tidak bertauliah bagi memastikan bahawa semua yang berbangkit boleh "dipengap" tanpa teguran dan ketegasan, maka bermaharajalelalah mereka serta bakal menutup semua kelemahan yang ada.

Maka hari ini hilanglah "INTERGRITI", Pengurus Besar Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran kerana tidak mampu mempertahankan hak dan kebenaran Perjanjian Bersama.

Maka tahap Keselamatan dalam KTMB dan Pekerja juga kini diwakili mereka yang hanya mampu untuk "MAIN MASAK-MASAK", berdasarkan keupayaan dan pemahaman mengenai tahap Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran serta segala bentuk peraturan berada di paras rendah.

Maka akan dibuli oleh mereka yang akan menutup segala kelemahan yang ada pada mereka yang tidak berpengetahuan.

Inilah kebijaksanaan Presiden KTMB yang merosakkan KTMB dan Pekerja, maka akan hancurlah dasar, akan mewujudkan kepincangan, akhirnya Pekerja KTMB jadi mangsa mereka yang jahil tentang Keselamatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 November 2014

Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti mana kenyataan yang dikeluarkan dalam TV 3 pada 21.11.2014 dan dalam taklimat pada 22.11.2014.

Maka pada yang terlibat dalam "pembuangan kerja" bahawa semuanya adalah diwajibkan hadir pada "Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan" pada 26.11.2014 jam 2.30petang.

Semua adalah dikehendaki membaca, memahami persetujuan seterusnya diarahkan menandatangani persetujuan tersebut bagi pemulihan jawatan.

Sekian

Terima kasih

Presiden RUM.

BERTENTANGAN DENGAN PERJANJIAN BERSAMA

Pihak RUM merasa terkilan dengan tindakan Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan yang bermesyuarat pada 12.11.2014 dengan mewujudkan wakil dari "persatuan" yang ada dalam KTMB. 

Pihak kesatuan dalam waktu terdekat akan mengemukakan "Bantahan Rasmi", kerana tindakan ini secara jelas dan nyata bertentangan dengan Perjanjian Bersama.

Perjanjian Bersama telah "jelas dan nyata" bahawa "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL BAGI PIHAK PEKERJA IALAH KESATUAN PEKERJA2 KTMB".

Tindakan ini sememangnya mencabar RUM untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kini "PERJANJIAN BERSAMA" telah di bakul sampahkan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 November 2014

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi, rakaman dibuat di Seri Pentas.


video


21 November 2014

Kenyataan Setiausaha Agung RUM

Berikut adalah kenyataan dari Setiausaha Agung RUM, sdr Jaafar Alias didalam laman Facebook beliau:

Saya mendapat makluman dari seorang Eksukutif TMOD akan adanya Majlis PENGAMPUNAN bg pekerja yg dibuang kerja tempohari pd 26 Nov 2014. Persoalan sy mengapa di sebut majlis pengampunan.APA DOSA kami. Berapa juta harta Ktmb yg telah kami samun dan rompak. Sudah hilang ke akal dan nilai budi orang melayu yg menerajui ktmb skrg. Mungkinlah tidak dapat tanduk telinga di pulas. Diluar sana perhatikanlah siapa yg bnyk onar, pekerja atau pengurusan ktmb. Nilailah sendiri.

suara seorang Presiden Kesatuan

Jangan main api..
Saya Unionist...
Saya Gila...
Saya tak kira siapa...
Saya akan lawan...
Saya sanggup di penjarakan....
Saya hanya mahukan "KEADILAN"
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

RUM terima SMS

INI SMS YANG DI TERIMA OLEH RUM
"As-salam & Salam Sejahtera, terima arahan dari En.Azhari TMOD maklumkan ada sesi pengampunan beramai-ramai kpd staf yg dibuang kerja isu piket pada 26/11/2014 jam 2 ptg di ballroom HQ dgn kehadiran Menteri, sila maklum kpd staf tuan yg terlibat sekiranya masih minat utk bekerja supaya hadir
Zailani ESTM"

RUM TIDAK BERNIAT NAK KOMEN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Surat ITF kepada PM Malaysia



20 November 2014

PERWAKILAN UMNO

Kita edarkan Pamplet....

Kita serang... 
bgtau ini lah manusia talam dua muka... 
depan pijak semut pun tak mati... bicara baik belaka... 
tapi kita jadi mangsa... 
membenamkan kesatuan sekerja agar tiada suara.... 
Perlembagaan Persekutuan tonggak utama... 
kini di baling sahaja. .. 
tong sampah juga tempatnya.....

Kenyataan Rasmi Presiden RUM

Buat baik berpada-pada

Buat baik berpada - pada...
Buat jahat jangan sekali...

Ku anggap permata...
Tapi tetap kaca...

Ku anggap boleh diyakini...
Tapi hampeh belaka...

Manusia depan baik...
Belakang Ya Rabbi...

Kata sahabat...
Nak kenal manusia ini...
Jangan kenal siang...
Kena kenal malam...

Maka akhirnya...
Dia telah membuktikan siapakah gerangan dirinya...
Maka satu hari pasti bala akan menimpa....


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RUM: Syarat turun gaji tidak adil

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan mendakwa lima anggotanya yang diterima bekerja semula oleh majikan terpaksa menerima bayaran gaji lebih rendah.

Abdul Razak mendakwa, ia merupakan syarat dalam perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani anggota tersebut dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Memorandum yang RUM persetujui adalah yang menguntungkan kedua-dua pihak. Ini tidak kerana mereka yang menandatangani perjanjian itu perlu turun dua mata gaji.

“Jumlah dua mata gaji ini bergantung kepada jawatan yang disandang,” katanya kepada Malaysiakini, dan menambah ia melibatkan jumlah antara RM100 hingga RM200.

Menurut beliau lagi, seharusnya pihak KTMB mengembalikan pekerja terbabit ke jawatan asal tanpa syarat kerana tindakan industri yang dijalankan mereka tidak menyalahi tindakan undang-undang.

“Seharusnya pihak KTMB tidak menurunkan dua mata gaji sekiranya pekerja mengaku bersalah, kita tidak bersalah dan kenapa kita harus diturunkan mata gaji?

“Piket adalah hak kesatuan pekerja sebahagian dari aktiviti kesatuan pekerja, ia tidak melanggar mana-mana undang-undang.

"Dalam Seksyen 4 dan 5 (Akta Kerja 1955), piket adalah aktiviti kesatuan sekerja dan tindakan melarang berpiket ini adalah tindakan yang beniat jahat," katanya lagi.

Katanya lagi, RUM akan meneruskan piket sekiranya pihak pengurusan tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. [MK]

Bertenang semua...


Semua yang terlibat dengan Pembuangan Kerja dalam kemelut RUM bawa bertenang, pihak RUM akan menilai semua perkara sebelum membuat sebarang ketetapan.

Satu taklimat akan diberikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

19 November 2014

PINDAH KUARTERS

Dua (2) pertanyaan dalam taklimat pada yang terlibat dengan pembuangan kerja ialah arahan keluar kuarters dan telah mengatakan saya telah pun keluar kuarters.
Jawapan balas.

1. Keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Ke 12 telah memutuskan mana-mana yang menerima arahan mengosongkan rumah kuarters tidak akan keluar sehingga kemelut ini diselesaikan.

2. Saya masih menduduki kuarters KTMB di Jalan Lengkok Abdullah.

Presiden RUM

18 November 2014

SURAT TERBUKA PADA DATUK ELIAS KADIR

Aku kenal kau..
Kau ibarat abg aku..
Itu aku tak nafikan..
Sebab naluri seorang adik tetap sayangkan abg...
Prinsip tanggungjawab...
Tidak sesekali menjual organisasi...
Prinsip tanggungjawab adalah amanah yang telah diberikan...
Tidak sesekali mengadaikan...
Kerana ianya akan dipersoalkan kemudian hari...
Hari ini...
Kau menzalimi...
Anak buah ku yang tidak berdosa...
Kau tutup periuk nasi mereka...
Kau humbankan dengan penuh penindasan...
Kau menzalimi mereka yang berpendapatan rendah...
Hanya dengan tujuan untuk menutup malu...
Itu yang kau perkatakan...
Pada adik mu..
Tidakkah kau sedari...
Bahawa itu penindasan...
Kalau benar kau ikhlas...
Kalau benar kau jujur...
Tidak sepatutnya kau menindas anak buah ku...
Kalau kau benar marah...
Kalau kau benar ingin balas dendam...
Atas sifat kerana "MALU"...
Bunuh aku seorang...
Tapi jangan usik...
Ahli-ahli ku..
Mereka semua saudara ku...
Tidak kau terlintas...
Di hati...
Betapa Kejamnya...
Menaruh pasir di periuk nasi..
Mereka ..
Hanya...
Kais pagi makan pagi...
Kais petang....
Betapa zalimnya kau....
Bunuhlah aku...
Asal kau mampu..
Menebus malu mu...
Aku tak kesah...
Aku mati...
Aku tak kesah tinggalkan anak isteri ku...
Aku tak peduli semua itu...
Tapi...
Jangan kau zalimi seorang kuli...
Yang hanya Kais pagi makan pagi....
Kerana itu zalim...
Zalim... sezalim... zalim nya...
Sedarlah abg ku...
Jangan hanya kerana nama...
Tapi kau sanggup menzalimi...
Kejamnya kau...
Demi malunya abg yang aku sayang...
Aku rela mati...
Demi menyelamatkan saudara ku yang tak berdosa...
Maafkan aku kerana luahan hati ini... aku kecewa kerana kau... abg ku... kerana kau. .. beranggapan kau malu... kau sanggup membuat... saudara aku sengsara... kau sanggup mengelapkan... masa depan mereka....
Tanya diri...
Betul kah tindakan kau...
Kalau betul...
Aku redha...
Kalau betul. ...
Bunuhlah aku....
Tapi aku...
Mohon...
Jangan zalimi....
Saudara ku....

Nukilan
Adik mu
Abdul Razak MD Hassan

Adik Mu...
Merangkap
Presiden RUM

AKU TETAP LAWAN

Biar apa pun andaian...
Aku tak pernah peduli...
Aku tau apa yang berlaku diluar sana...
Selagi aku di amanahkan sebagai seorang Presiden...
Akan aku jalankan tanggungjawab...
Aku sedar 70 orang dibuang kerja...
Aku sedar di atas kepala aku.. ada 70 orang yang telah hilang punca pendapatan...
Semata-mata niat aku untuk memulihkan KTMB, untuk memberi faedah yang lebih baik kepada ahli-ahli ku...
Tak mengapa...
Aku hadapi cabaran ini dengan tenang...
Aku terbakar juga tidak mengapa...
Selagi nyawa dikandung badan...
Mereka adalah tentera aku...
Aku tetap bertanggungjawab...
Sesekali tidak..
Lari dari medan pertempuran...
Kan aku lawan...
Abis-abisan mereka yang menganiaya tentera ku...
Mereka menganiaya ahli-ahli ku...
Mereka cuba membunuh aku...
Sedikit rasa gentar pun tidak..
Kerana aku yakin...
Dengan nawaitu ku...
Aku berjuang..
Semata-mata untuk pekerja....
Aku berjuang...
Kerana...
Railwaymen Union of Malaya
I AM UNIONIST!


Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini

Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam.

“Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pemecatan terkini itu, tetapi tidak menyatakan angka sebenar.

“Ya, ada pekerja yang dipecat tapi saya tidak ada data tentang mereka,” katanya yang juga ahli parlimen Langkawi ketika dihubungi hari ini.

“Hal ini pihak pengurusan yang tentukan dan akan mengambil tindakan tata tertib, jadi tindakan tata tertib tu berjalanlah.”

Piket sebelum ini disertai ratusan anggota RUM bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Mei 2012. - MK

17 November 2014

KWSP (60 TAHUN)

Bila CEO KWSP mengesyorkan pengeluaran caruman pada umur 60 Tahun? Maka bisinglah sekali lagi di kalangan yang membantah, maka sewajarnyalah "bising", kerana kegagalan membaca situasi persekitaran.

Tidak juga salah mengeluarkan cadangan, mengeluarkan cadangan perlu melihat ukuran sebenar samada ianya wajar atau tidak.

Namun ianya adalah "tidak wajar", berdasarkan bantahan banyak pihak tidak lama dulu boleh dijadikan ukuran.

Tidak perlu berhujah soal cadangan berkenaan tentang keperluan dan sebab perlu ditingkatkan kepada 60 tahun, kerana ianya telah pun dihujahkan.

Hujahan ialah kenapa dan mengapa mengeluarkan "cadangan berkenaan", sedangkan bantahan telah dibuat, apakah ingin mencari "populariti"?, mencari "kebencian"? atau ingin menunjuk "ketidakbijaksanaan"?

Maka siapa yang rugi?

RUM tetap membantah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENDIRIAN

Tidaklah ingin RUM menegakkan "benang yang basah", menegakkan benang yang basah ibarat "kesangsian dan kerapuhan", untuk membuktikan kebenaran.

Kesangsian dan kerapuhan mewujudkan "keraguan", maka keraguan akan mewujudkan kenyataan berdolak dalih, jadilah ianya "tiada pegangan dan pendirian".

Maka itu pernyataan jelas dan nyata berdasarkan hujah berserta dalil bagi membuat keputusan atau ketetapan dengan paduan "sebulat suara", tanpa sebarang keraguan.

Itu prinsip yang dipegang oleh RUM demi memastikan organisasi bermaruah dalam setiap perjuangan.

Kita tidak sesekali berubah pegangan mengikut angin ibarat lalang. Perubahan yang berlaku kerana terkait, tersepit, mungkin terpalit mengikut acuan yang salah, akhirnya mati beragan....
Maka jadilah pegangan itu pegangan bermaruah, kelak ianya akan dihormati dan disegani.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEKERJA

Kita nampak pendidikan, kita nampak harga minyak, kita nampak ekonomi, kita nampak kedudukan politik, tapi kita tak nampak pekerja, katanya "DENYUT NADI RAKYAT", tapi dimanakah "DENYUT NADI PEKERJA" yang juga "RAKYAT"

Inilah masalah utama bila kita lupakan pekerja, pekerja mungkin bukan "DENYUT NADI RAKYAT".

Katakanlah....
  1. Penjawat Awam ada lebih kurang 1juta Melayu
  2. 1 juta lagi adalah pekerja di badan berkanun, GOC dan GLC.
  3. Dari sejumlah 30 juta penduduk, lebih kurang 16 juta adalah Melayu. 
  4. Berapa juta Melayu yang berada di Sektor Swasta?


Makanya kita terlupa pada golongan "pekerja", kita tak peduli golongan pekerja, kita abaikan golongan pekerja, khususnya yang ada Kesatuan Sekerja.

Bila ini kita tak sedari, siapa yang harus dipersalahkan?

Maka jangan buat silap, kerana kesilapan memakan diri.

Jangan lupa bahawa dalam menghitung langkah, pekerja adalah sumber atau aset kepada negara, tapi ianya dipandang sepi....

Itulah nasib pekerja iaitu seorang "KULI"!

Maka itu RUM cadangkan "TUBUHKAN PASUKAN KHAS UNTUK MENYELAMI MASALAH PEKERJA!

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 November 2014

RUM terpaksa menjawab kononnya "FITNAH".

RUM dah berulang kali mengatakan bahawa RUM mempunyai bukti dokumen, sebanyak 27 pucuk surat yang tidak dijawab oleh Presiden KTMB.

Bagi membuktikan bukan "FITNAH", RUM sedia berdebat terbuka dengan Presiden KTMB. (Tapi sampai sekarang tiada respon)

Kalau tak berani berdebat terbuka, seperti permintaan RUM dalam Mesyuarat Runding Damai di bawah aduan Seksyen 5 Akta Perhubungan Perusahaan ( 177 ) di JPP Wilayah Persekutuan, iaitu adakan Majlis Bersama Pusat dengan syarat kehadiran dari MOT, MOF, SPAD n JPP bagi membuktikan kebenaran kenyataan RUM, persoalannya kenapa ianya juga ditolak oleh Presiden KTMB?

Buktikan dengan kebenaran, bukannya menghamburkan kata "FITNAH", tapi tidak berani berdepan.

Seperkara lagi kenapa lari dari Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran Induk kemudian meletakkan Pengurus Kanan jadi Pengerusi mesyuarat, selepas itu cuba buat pindaan dengan mengurangkan komposisi JKKP INDUK kepada 2 orang sedangkan hak itu adalah hak Kesatuan Pekerja2 KTMB selaras dengan Perjanjian Bersama, so kat sini undang-undang mana digunapakai?

Maka hari ini, KTMB dipimpin oleh Presiden KTMB makin bercelaru, so siapa yang perlu perbetulkan?

Tiada lagi, kerana itu Presiden KTMB mengunakan sistem "UNION BUSTING", untuk menghentikan teguran - teguran RUM agar Presiden KTMB boleh terus "menyalahgunakan kuasa".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Plan Tindakan RUM

Selepas kegagalan perbincangan pada 13.11.2014.

  1. Esok RUM akan hantar Memorandum 35 helai muka surat pada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
  2. RUM juga akan mengedarkan Pamplet pada semua Perwakilan Umno dan semua pemerhati yang ada.
  3. Tindakan Piket setiap hari di Perkarangan Ibu Pejabat KTMB
  4. Tindakan Piket di Kementerian Kewangan turut disertai oleh keluarga yang terlibat.
  5. Tarikh akan di maklumkan dari masa ke semasa melalui Pegawai Cawangan, Group Whatsapp dan Suara RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO (Pandangan RUM)

Suatu waktu dulu, suara pemuda UMNO digeruni kerana
membawa permasalahan masyarakat, apakah kini suara
keramat itu masih berbisi lagi? Nantikan PAU nanti. - admin
Adakah kali ini Persidangan Perwakilan Umno akan membangkitkan isu pekerja Melayu?

Disedari bahawa penjawat awam 90% adalah pekerja Melayu, maka isu pekerja penjawat awam mungkin tidak timbul kerana faedah yang dinikmati sangat baik, walaupun ada beberapa perkara perlu dikaji semula.

Bagaimana dengan pekerja Melayu yang bekerja di sektor GOC, GLC, Badan Berkanun?

Bagaimana pula kedudukan pekerja Melayu yang bekerja di Sektor Swasta?

Maka adalah diharapkan perwakilan akan membangkitkan isu pekerja Melayu khususnya di Sektor Swasta yang kini telah dipinggirkan, memberi kuasa kepada Majikan mengunakan kuasa sesuka hati tanpa memperdulikan hak undang-undang yang ada, malah hak pekerja yang makin terhakis serta gaji minima yang diwujudkan adalah tidak munasabah. Peluang pekerjaan pekerja-pekerja Melayu di syarikat Swasta perlu di beri perhatian yang serius.

Kedudukan KTMB dari tempoh penswastaan sehingga kini tidak mampu diterjemahkan sebagai syarikat yang berpotensi untuk meraih keuntungan. Kegagalan Presiden KTMB untuk menjadikan Syarikat KTMB yang berpotensi sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing. Disedari jua bahawa KTMB adalah milik Kerajaan malangnya sikap Presiden KTMB yang secara nyata telah menganiaya pekerja Melayu dengan mengunakan undang-undang rimba telah menjejaskan imej Kerajaan malah telah menjejaskan imej Umno sebagai Kerajaan yang memerintah malah seolah-olah Umno tidak membela nasib pekerja Melayu, sedangkan majoriti yang terlibat dalam pembuangan kerja adalah "Ahli Umno".

Maka itu suka pihak RUM memberi pandangan bahawa Perwakilan Umno perlu melihat sudut kepentingan "PEKERJA MELAYU", yang kini boleh dianggap tidak terbela oleh pemimpin - pemimpin Melayu itu sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

15 November 2014

TOKOH KAPITALIS MALAYSIA

Aku tak nak bicara politik, kalau aku bicara politik, aku patut masuk politik... tapi dulu aku juga orang politik, cuma aku tak minat, kerana ada sebab tertentu.

Tapi aku suka kesatuan sekerja, aku nampak hala tuju perjuangan, aku nampak siapa yang patut dibela, kerana kesatuan sekerja lebih kepada perjuangan.

Tapi sayangnya ramai yang tidak mahu mengetahui apa itu Kesatuan Sekerja, sebaliknya sekatan - sekatan terus dilakukan melalui pindaan undang-undang, seolah-olah pihak tertentu beranggapan kesatuan sekerja ini adalah golongan yang bermasalah.

Tujuan Kesatuan Sekerja adalah:-

  1. Membela nasib pekerja
  2. Meningkatkan faedah pekerja
  3. Bersama dengan syarikat untuk memajukan syarikat.


Ketiga - tiga aspek ini telah dirangkumkan untuk memastikan matlamat Syarikat berjaya dan faedahnya dikongsi bersama.

Sekiranya ini gagal maka pasti Kesatuan Sekerja melahirkan kebimbangan, apatah lagi "kadar gaji di bawah pasaran", malah tahap keselamatan pekerja yang bekerja perlu terjamin.

Maka itu pendirian RUM sebagai Kesatuan Sekerja perlu bertindak demi memastikan KTMB dipulihkan bagi memastikan faedah pekerja "gaji mengikut pasaran" dapat dinikmati oleh pekerja.

Maka matlamat RUM ialah :-

"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA",

Dengan niat ketiga - tiga perkara ini, maka 69 orang pemimpin RUM dan Ahli RUM yang berjuang demi masa depan KTMB dan Pekerja akhirnya "dibuang kerja tanpa notis".

95% adalah bangsa Melayu yang bekerja untuk sesuap nasi.

Inilah penindasan dan kezaliman Presiden KTMB "TOKOH KAPITALIS MALAYSIA"

"THE GRAND SACKING IN MALAYSIA"

PRESIDEN
Kesatuan Pekerja2 KTMB

FIKIRKAN... BANGKITLAH PEJUANG!

A. Maka jadilah "Yahudi" wujud membunuh, menindas, menzalimi, menjahanam, merampas kuasa dan menakluki sebuah kerajaan.

B. RUM diibaratkan sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat kini hari - hari dibuang kerja dari 1 jadi 2 dan kini 69 dibuang kerja (dibunuh) keluarga jadi sengsara, wang tiada, dan pelbagai lagi (menindas dan menzalimi) dengan hasrat mengancurkan RUM (menjahanamkan) meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan (merampas kuasa) dan mengancurkan RUM (menakluk sebuah kerajaan).
Perhatikan (A) dan (B), mesej yang sama cara yang berbeza.

Maka bangkitlah pejuang-pejuang RUM, kita menentang mereka, jangan biarkan mereka bermaharajalela, andai dibiarkan tiada lagi Kesatuan Sekerja bukan sahaja dalam KTMB tapi dalam negara ini.

Andai kita bukan pejuang, maka akan hancurlah sebuah negara (RUM), maka kita pula bersubahat dan bersetuju dengan sistem "YAHUDI".

BANGKITLAH PEJUANG RUM!!!!
KITA LAWAN DAN SERANG ABIS-ABISAN!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

14 November 2014

SMS YANG DI TERIMA DARI INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF) LONDON

It certainly is madness on part of KTM. I will come to KL 14-16 December and in January ITF will send a high level mission to meet Malaysian Government. We ar also planning a complaint to ILO

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENJAWAT AWAM

Aku pernah menulis mengenai "penjawat awam", penjawat awam kini lebih kepada "makan gaji" lebih kepada "kerja mudah", tak seperti yang aku kenali pada zaman 90an.

Kerja mudah memanglah senang, cukup bulan ambil gaji, buat keputusan pun mudah, meleret - leret utara selatan, selatan - pantai timur, pusing kiri - pusing kanan, last sekali, lepas ke Mahkamah, decision pun tak berani buat, sedangkan undang-undang depan mata, tulis surat berjela - jela, faham pun tidak, di bakul sampahkan sahaja.

Cakap awal...

"Aiyaaaa ini banyak berat"

Lepas tu...

200 batu berubah...
"Aiyaaaaaaaaaaaaaa"

Yang jadi mangsa ialah "Kerajaan yang Memerintah"!

Kemana hilang "integriti"?

Aku pening....
Apakah kerana perubahan zaman membuatkan sikap telah berubah?

Beginilah....

"NASIB SEORANG KULI"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Hanya manusia biasa

Aku bukan orang politik...
Aku hanya seorang kuli...
Aku berjuang untuk sesuap nasi...
Aku "UNIONIST"
Aku tak peduli mereka...
Yang aku peduli...
Periuk nasi...
Yang aku peduli...
Kuli...
Kerana kuli...
Aku rela mati...
Aku tak peduli...
Kezaliman akan aku tentang...
Biarpun nyawa aku tergadai...

Presiden RUM

MARAH

Aku tak marah..
Buanglah pekerja..
Aku tak marah...
Tak ada duit pun tak pe..
Aku tak marah...
Keta kena tarik pun aku ketawa..
Aku tak marah...
Anak menangis susu tiada..
Aku tak marah...
Kena halau keluar rumah..
Aku tak marah...
Biarpun aku dizalimi...
Aku tak marah...
Duit hospital bayar sendiri..
Aku memang tak marah...
Sebab aku penyabar...
Sebab aku kena sabar...
Sebab aku di suruh sabar..
Maka apa yang berlaku...
Aku kena senyum...
Senyum mesti sampai ke telinga...
Apa aku kesah....
Aku tak kesah...
Ada aku kesah...
Aku tau...
Ada orang ketawa...
Aku tau...
Ada orang ambil kesempatan...
Aku tau ada orang fikir perut..
Biarkan....
Aku tak marah...
Aku tengok sahaja...
Aku senyum sahaja...
Aku ketawa berdekah - dekah. ..
Aku tak marah...
Aku redha...
Maka aku tak marah...
Adakah itu aku?
Kalau bukan aku?
Apa aku patut buat...
Terus tak marah?
Jangan marah?
Maka kalau begitu biarkan sahaja apa yang berlaku...
Sebab aku tak marah...
Maka janganlah marah - marah. ..
Sebab aku tak marah...
Maka aku itu kau...
Kau itu aku...
Kalau aku itu kau...
Kau itu aku. ..
Janganlah marah...
Kalau semua tak nak marah...
Redhalah...
Sebab aku dan kau tak marah...
Tapi aku dah marah..
Adakah kau marah...
Kalau aku dan kau marah?
Kita sama-sama marah...
Jomlah kita marah...
Kita tunjuk marah kita..
Biar dia tau marah kita..
Marah kita macam singa...
Kita terkam siapa sahaja..
Kita lapah dia...
Kita gulai dia...
Kita makan dia...
Kita dah marah...
Itu kalau kita marah...
Kalau kita tak marah..
Janganlah marah...
Ada sesiapa tak marah?
Ada sesiapa marah?
Tapi aku memang dah marah!!!!
Kalau aku dah marah??????

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 November 2014

PERBINCANGAN GAGAL

Kesatuan Pekerja2 KTMB dalam perbincangan Jawatankuasa Kerja telah bersetuju sebulat suara :-

  1. Bersetuju menarik balik draf Kesatuan Pekerja2 KTMB.
  2. Menerima draf persetujuan Timbalan Menteri Sumber Manusia
  3. Menolak draf persetujuan Presiden KTMB.


PRESIDEN KTMB bertegas mahukan draf persetujuan KTMB dikekalkan.

Maka itu perbincangan kandas dan RUM akan membincangkan tindakan susulan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sebentar lagi untuk mengambil tindakan selanjutnya atas kedegilan Presiden KTMB yang enggan menerima draf cadangan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Si Zalim yang disimpan oleh kerajaan

Terima kasih

Tiada lain perkataan yang dapat diungkapkan, jutaan terima kasih kepada Zaharin Mohd Yasin yang "menghighlightkan" kemelut RUM.

Isu RUM adalah isu "NASIONAL" yang melibatkan pembuangan kerja seramai 60 orang pemimpin dan ahli RUM di bawah tafsiran "UNION BUSTING", satu tindakan yang meranapkan Kesatuan Sekerja.

RUM pernah "MOGOK" pada tahun 1962 - 1963 selama 23 hari, mogok yang terbesar di negara ini, namun tiada seorang pun yang dibuang kerja, individu perantara penyelesaian ketika itu ialah Profesor Diraja Ungku Aziz.

Tindakan RUM adalah semata-mata hanya ingin "SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA", kerana harapan RUM untuk melihat KTMB dipulihkan sepenuhnya mampu meraih keuntungan.

Di Indonesia terbukti Pak Jonan yang kini telah dilantik sebagai Menteri Transportasi (Pengangkutan) mampu memulihkan Keretapi Indonesia dalam tempoh 2 tahun, terbukti bahawa Keretapi masih mampu meraih keuntungan sekiranya percaturan perniagaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka kalau sebelum ini Keretapi Indonesia terkebelakang kini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tertinggal ke belakang.

Dari aspek keselamatan juga KTMB mundur, dalilnya tidak pernah dalam sejarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengarahkan landasan Gua Musang – Gemas ditutup, banyak lagi yang telah diutarakan.

Kerana keinginan RUM untuk melihat perubahan dan pemulihan KTMB, maka hari ini semua pemimpin utama RUM, pemimpin cawangan dan ahli-ahli RUM dibuang kerja.

Keikhlasan perjuangan RUM adalah semata-mata kerana kami sangat "SAYANGKAN KTMB". Pemulihan KTMB akan memberi impak yang baik kepada pekerja yang kini hanya menikmati "kadar upah di bawah pasaran".

Harapan RUM ialah semua yang terlibat dalam pembuangan kerja ini dipulihkan, kerana mereka mempunyai keluarga untuk diberikan kehidupan, mereka cukup sengsara dengan penindasan ini, kasihanilah mereka, cukuplah penindasan ini, hentikanlah penindasan ini.

Pada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, kami merayu untuk campurtangan dengan segera, demi menyelamatkan nasib pekerja yang teraniaya.

Terima kasih pada semua yang membantu kami khususnya Dato Ir Nawawi Ahmad, bagi pihak Kesatuan Pekerja2 KTMB, saya rakamkan jutaan terima kasih. Hanya Allah Swt sahaja yang mampu membalas pertolongan yang diberikan kepada kami.


Abdul Razak MD Hassan 
Presiden RUM
Bagi pihak Majlis Eksekutif dan semua Warga RUM.

11 November 2014

kita semua adalah milik Allah

Innalillahiwainnailaihirojiun, "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan pulang kepadanya".

Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada Ayahanda Sdr Bisri yang telah kembali ke rahmatullah di Kuala Krai, Kelantan jam 7.45 petang sebentar tadi.

Al Fatihah...


Semoga Allahyarham ayahanda Bisri ditempatkan dengan orang2 yang beriman.

Sdr Bisri, Pemandu Lokomotif, sahabat kita adalah salah seorang yang telah dibuang kerja tanpa notis, malah anak beliau yang juga pekerja KTMB turut dibuang kerja tanpa notis.

Semoga Sdr Bisri tabah dalam apa jua cabaran yang diterima.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KTMB PECAH REKOD UNION BUSTING 1MALAYSIA

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD YANG DIPIMPIN OLEH DATUK ELIAS KADIR TELAH MEMECAHKAN REKOD UNION BUSTING DALAM NEGARA INI!

SATU TINDAKAN YANG KEJAM TERAMAT ZALIM MEMBUANG PEMIMPIN DAN AHLI KESATUAN SERAMAI 58 ORANG.

PERBINCANGAN SEDANG BERJALAN, PENYELESAIAN AKAN WUJUD, TAPI KEZALIMAN TERUS BERLAKU!

KATA TINGGAL 1%???????

INI BUKAN 1%.... INI MACAM 100%.....

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB AKAN MEMBUAT KENYATAAN AKHBAR SEDIKIT MASA LAGI.

KEMARAHAN SUDAH MAKSIMUM!!!!!!!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Zaman Sekarang

Kebelakangan ni macam-macam berlaku... semuanya merangkumi Pegawai Kanan Kerajaan, dari Cameron Highland sekarang JPJ, tapi RUM tak terkejut.. kerana mereka sendiri menunjukkan kesilapan, orang awam nampak kesilapan yang telah berlaku atau ada yang tahu, tapi sorok bawah katil.

Bezanya RUM, kami nampak apa yang berlaku, kami tak sorok bawah katil, kami buka awal-awal, kerana kami tak nak dah "terhantuk baru nak tergadah", dah berlaku baru nak hebuh, baru buka mata, masa tu nasi dah jadi bubur, jadilah berlakunya seperti Cameron Highland.

Ini kenyataan, maka hari ini, apa yang kami highlightkan khususnya aspek keselamatan, maka kami dibuang kerja, supaya kami tutup mulut, maka kami pun ditindas, kami jadi mangsa kezaliman.
Maka zaman sekarang... agaknya mulut tak boleh buka... tenguk sahaja, dah berlaku baru bising satu dunia...

Kenyataan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

TOLONG SIASAT

Siapakah gerangan individu ini? dari info yang diterima, individu ini telah mencuri minyak diesel lokomotif, melalui maklumat yang diterima individu ini berulang kali mencuri dan menjual dengan pihak - pihak tertentu.

individu ini disyaki telah mencuri minyak diesel lokomotif

Satu siasatan hendaklah dibuat bagi membendung dari sifat yang buruk yang boleh merugikan KTMB, kita kuatiri gejala tidak sihat ini terus berlaku tanpa dikawal, manakala individu ini pula mungkin akan bermaharajalela melakukannya tanpa segan silu yang kononnya dibelakang tadbir ada yang membela beliau.

Kenyataan ini adalah untuk siasatan sahaja (bukan tuduhan), sekiranya tidak benar, maka kenyataan ini tidak memberi sebarang pengertian sebaliknya sebagai ingatan kepada semua yang mana berkenaan agar perkara yang tidak betul hendaklah dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

10 November 2014

YANG MEMBAWA PERUBAHAN PADA KERETAPI INDONESIA. (PAK JONAN)

Tak perlu berjalan jauh...
Kat seberang pun boleh belajar...


RUM

Cotton urges Malaysian PM to act over rail unionist dismissals

ITF general secretary Steve Cotton has strongly urged the Malaysian prime minister to ensure the immediate and unconditional reinstatement of 18 leaders and activists of the ITF-affiliated Railwaymen’s Union of Malaya (RUM) dismissed by KTMB (Malayan Railways Ltd), and insisted that the KTMB cease any victimisation of the union’s members
16/10/2014

Both the RUM president, Abdul Razak Md Hasan, and deputy president, R Subramanian, are among those dismissed, apparently for taking part in a picket on 9 May over safety concerns arising from the use of old locomotives.

The ITF understands that another 88 KTMB members have been issued with show cause notices (which require them to make a court appearance to explain why legal action should not be taken against them).

In his letter of 13 October to Dato’ Sri Mohammed Najib, Steve Cotton expressed ITF rail affiliates’ full support and solidarity for the RUM, and their backing to the picket organised by the Malaysian Trade Union Congress outside the KTMB head office in Kuala Lumpur on 3 October.

He reminded the prime minister that actions such as the dismissals in response to legitimate protest action seriously violated fundamental workers’ rights, as enshrined in ILO Conventions. Steve Cotton wrote: “Railway safety – keeping the railways as a safe workplace for railway workers and also safe for passengers and the public in general – is of paramount importance.

As I am sure you are aware, the provision and proper maintenance of appropriate rolling stock and infrastructure is a significant aspect of railway safety oversight. “I therefore strongly urge you to instigate a government intervention to ensure that meaningful social dialogue is established and negotiations can be opened to resolve the issues being raised by the union, in the interests of all parties concerned and out of concern for public safety.”

sumber: ITFGlobal

09 November 2014

AKU SEORANG AYAH

Aku seorang ayah..

Tanggungjawab aku sebagai ayah adalah pada sebuah keluarga terdiri isteri dan anak - anak.
Pasti dalam kehidupan seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya, berjaya dari segi kehidupan di dunia dan akhirat, bahagia bersama keluarga, mempunyai pekerjaan yang baik mampu menanggung kehidupan untuk masa hadapan.

Adakala... ada anak yang nakal maupun yang baik, adakala... ada yang tidak mahu mendengar kata, adakala ianya menurut perintah, apa pun tetap seorang anak, tanggungjawab seorang ayah memberi semua kebaikan untuk memastikan anak itu bahagia, tidak kira anak itu baik maupun nakal, kerana ianya tetap seorang "anak". Tanggungjawab ayah juga perlu adil pada anak-anaknya, tanpa ada perasaan pilih kasih, walaupun kadangkala anak-anak suka beranggapan sebegitu, kerana anak itu tidak memahami naluri seorang ayah.

"Begitulah seorang pemimpin mana-mana organisasi, organisasi itu di ibaratkan rumahtangga, ahli-ahlinya ibarat anak-anak, perlu dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan kasih sayang, kerana itu sebuah tanggungjawab dan amanah yang diberikan".

Kesusahan dan kesengsaraan anak-anaknya akan menitiskan air mata seorang ayah... seorang ayah pula pasti tidak mahu melihat setiap anaknya dalam kesusahan. Seorang Ayah pula tidak akan menunjukkan sebuah kesedihan, sedaya upaya tidak akan menitiskan air mata di hadapan anak-anak, kerana tanggungan itu adalah tanggungjawab seorang ayah, biarpun seorang ayah menitiskan air mata, ia tetap sembunyikan disebalik sebuah senyuman.

Itulah harapan seorang ayah, tidak mahu melihat kesengsaraan dan keperitan seorang anak, yang penting anak - anaknya gembira dan bahagia.

Kebahagiaan dalam kehidupan seorang ayah, sesekali tidak akan membenarkan anak - anaknya sengsara. Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab maka ia akan sanggup berkorban nyawa demi keluarga dan anak-anaknya.

Kelukaan hati seorang ayah... anaknya tidak akan mengetahui, kerana anak-anaknya beranggapan bahawa itu adalah tanggungjawab seorang ayah, tika ayahnya tiada lagi, tika itu kekesalan tidak berguna lagi.

Kesedihan dan kesengsaraan seorang ayah hanya Allah Swt yang mengetahui, kerana ayah itu adalah seorang pemimpin bagi sebuah keluarga.

Presiden RUM

SEMUANYA NAWAITU

Perkara yang tidak betul tetap tidak betul..

Perkara yang salah tetap salah..

Perkara yang bertentangan tetap bertentangan...

Maka yang mengetahui hal sebegini perlu memainkan peranan yang betul dan ikhlas.
Kita tidak semestinya tunduk untuk mengakui benda yang salah dikatakan betul, maupun benda yang bertentangan dikatakan benar.

Justeru itu kejujuran dan keikhlasan adalah tunggak utama, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, bukannya meletakkan diri bahawa aku di arahkan. Pokoknya "NAWAITU".

Tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak "BERPRINSIP" apatah lagi ianya boleh dikatakan..

"DENGAN NIAT JAHAT".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

07 November 2014

KERETAPI INDONESIA.

Presiden Keretapi Indonesia (Pak Jonan Ignasius) berjaya memulihkan (turn around) Keretapi Indonesia dalam tempoh 2 tahun.

Satu ketika Keretapi Indonesia ketinggalan di belakang Keretapi Tanah Melayu Berhad, kini dengan plan pemulihan yang bijak Pak Jonan Keretapi Indonesia telah berjaya (turn around) Keretapi Indonesia.

Mungkin kerana kehebatan Pak Jonan Ignasius yang berjaya memulihkan Keretapi Indonesia maka hari ini dalam Kabinet Baru Indonesia, Pak Jonan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Indonesia.
TAHNIAH BUAT PAK JONAN

Alangkah bangganya Keretapi Indonesia mempunyai seorang "pemimpin" iaitu Presiden Keretapi Indonesia yang berjaya dalam pentadbirannya dengan memulihkan Keretapi Indonesia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
__________________________________________
Pak Jonan urged to reduce logistics costs
Posted on 26 October 2014. Tags: costs, Jonan, logistics, Reduce, Urged
Share on FacebookShare on TwitterE-mail
Newly appointed Transportation Minister Ignasius Jonan should make serious efforts to lower Indonesia’s logistics costs, which are disproportionately high and have stifled the growth of logistics operations in the country, the Indonesian Logistics Association (ALI) has said.
ALI chairperson Zaldy Masita said high logistics costs remained a major problem the government needed to immediately deal with as logistics costs accounted for around 25 percent to the country’s gross domestic product (GDP), while they should stand at less than 15 percent.
“It is very important for the government to be able to reduce logistics costs,” said Zaldy as quoted by Antara in Jakarta on Sunday.
He added that due to such inefficiencies Indonesia currently ranked 59th out of 160 countries listed on the World Bank’s Logistics Performance Index. The data showed that Indonesia’s logistical services remained uncompetitive compared to other countries in the region, such as Singapore which ranked fifth on the index, and required more improvements, especially in the lead-up to the ASEAN Economic Community in 2015.
Zaldy said it was hoped that Jonan could further develop both passenger and freight services.
“Pak Jonan had a good track record when he served as president director of state-owned rail operator PT Kereta Api Indonesia (KAI); however, he has not yet been successful in developing logistics services for freight,” said Zaldy.
He said that there would likely be negative responses from the logistics business sector unless Jonan could make railway-based logistics services much cheaper.
Zaldy also urged Jonan to create a conducive climate for private parties to invest in logistics infrastructure and to return seaport and airport regulatory roles to the private sector.
“During this time, the management of seaports and airports has been monopolized by the state-owned enterprises and transportation ministries, giving no chance for private parties to play regulatory roles in the sector,” said Zaldy, adding that domestic logistics costs remained high although they were managed by state-owned enterprises.
President Joko “Jokowi” Widodo named Jonan as transportation minister of the Cabinet for the period of 2014-2019 in a meeting at the Merdeka Palace in Jakarta on Sunday evening, replacing his predecessor EE Mangindaan. (dyl/ebf)
Full News here – The Jakarta Post Breaking News