RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

28 Februari 2015

KURSUS SIASATAN DALAMAN

In Syaa Allah, selanjutnya RUM akan menganjurkan kursus intensif "SIASATAN DALAMAN" kepada pegawai RUM terpilih. Kursus ini adalah memberi pendedahan selengkapnya bagi membela ahli-ahli yang di tuduh melakukan kesalahan.

Tanggungjawab RUM perlu memastikan bahawa Orang Kene Tuduh (OKT) mendapat pembelaan sewajarnya.

RUM sentiasa melatih dan memastikan pegawai-pegawai RUM mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menjalankan aktiviti-aktivii Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

DI MANA HAK KAMI? PEKERJA

RAJA UNION BUSTING MALAYSIA
Tanggungjawab seorang pekerja adalah melaksanakan serta mematuhi Perjanjian Bersama.
AHLI KESATUAN

Tanggungjawab seorang ahli Kesatuan adalah mematuhi "PERATURAN KESATUAN".

"PEKERJA SYARIKAT" dan "AHLI KESATUAN" adalah dua (2) perkara berbeza.

Perbezaan inilah mengambarkan bahawa KTMB dan RUM adalah 2 buah organisasi yang berbeza, walaupun pada dasarnya menjadi Ahli Kesatuan Sekerja mestilah pekerja sesebuah Syarikat, namun dalam hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam undang-undang yang telah memberi kebenaran hak kebebasan bersuara selaras dengan Hak Akta 177 dan Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan.

Dalilnya...

KTMB didaftarkan di bawah Akta Syarikat.

manakala...

RUM di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262)

Sebagai dua (2) organisasi yang berbeza sama sekali...

Maka itu jelas dan nyata seperti mana yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan seperti di sebutkan di bawah Seksyen 4 dan 5 tiada mana pihak samada majikan, kesatuan majikan-majikan dan kesatuan sekerja boleh mencampuri urusan serta menghalang aktiviti-aktivii Kesatuan Sekerja.

Sekiranya berlaku campurtangan, maka jelas dan nyata ianya adalah satu kesalahan yang boleh di dakwa.

Maka itu tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB jelas dan nyata mencampuri urusan Kesatuan dan mengugut pegawai-pegawai utama RUM, pihak RUM akan membuat aduan pada Jabatan Perhubungan Perusahaan serta Suhakam, membenarkan tindakan sedemikian adalah "SALAH", satu amalan "UNDANG-UNDANG RIMBA".

Datuk Elias Kadir Presiden KTMB secara jelas dan nyata telah mengepalai atau "RAJA UNION BUSTING MALAYSIA".

KERAJAAN MALAYSIA HENDAKLAH MENYEKAT TINDAKAN PRESIDEN KTMB SERTA MENGEMBALIKAN HAK UNDANG-UNDANG SERTA MENGEMBALIKAN HAK BERKESATUAN SEKERJA.

Perlu disedari bahawa KTMB adalah hak milik tunggal KEMENTERIAN KEWANGAN DIPERBADANKAN, justeru itu tindakan sedemikian boleh mengakibatkan imej Kerajaan Malaysia tergugat, sekiranya kerajaan gagal menyekat maka seolah-olah Kerajaan Malaysia telah mengizinkan kewujudan "UNION BUSTING"

Justeru itu pilihan yang tepat ialah Kementerian Kewangan hendaklah menamatkan kontrak atau tidak menyambung kontrak Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kerana merosak dan menjejaskan imej negara.

Peranan menyekat "UNION BUSTING" pula, adalah hak Kementerian Sumber Manusia, seharusnya Kementerian Sumber Manusia secara langsung yang memahami hak undang-undang serta konvensyen ILO perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang bersikap sedemikian.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA

U CAN KILL ABDUL RAZAK MD HASSAN PRESIDEN RUM BUT 1000 WILL CREATE TO BE ABDUL RAZAK MD HASSAN
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
OUR IDOL IS "DONALD UREN"

We will fight until our death end!

Presiden RUM







27 Februari 2015

SEMINAR RUM

Harus disedari SEMINAR RUM itu adalah dengan perbelanjaan melalui Kewangan RUM. Maksud pada KEWANGAN RUM, sumbernya adalah dari wang kutipan yuran ahli-ahli.

Sdr Jaafar Alias, Setiausaha Agung RUM  menyampaikan ucapan.

Maka itu, RUM mengunakan masa maksimum setiap sen yang digunakan iaitu dari siang hingga malam berkursus.

Justeru itu peserta yang terlibat yang terpilih harus menyedari bahawa ilmu yang di curahkan adalah dengan tujuan untuk pembangunan keseluruhan ahli-ahli.

Penceramah telah menurunkan pengetahuan untuk diterapkan kepada semua peserta bagi memperkukuhkan kepentingan kesatuan.

Justeru itu adalah diharapkan ahli-ahli RUM terus mempergunakan ilmu yang telah diterima untuk kepentingan organisasi RUM, kerana setiap sen wang ahli yang digunakan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

BERGAMBAR DENGAN RAKAN SEPERJUANGAN
PRESIDEN SYARIKAT KERETAPI INDONESIA.
Harapan saya dengan ilmu yang sedikit kita terima ini, akan membangkitkan semangat perjuangan yang sangat tinggi untuk terus berbakti kepada ahli-ahlinya serta bersama KTMB dalam berusaha untuk menjadikan KTMB syarikat pengangkutan yang cemerlang.

PRESIDEN RUM




26 Februari 2015

Terima Kasih Untuk Semua

Presiden RUM memberi ceramah tanggungjawab pegawai kesatuan sebagai pekerja KTMB serta tanggungjawab sebagai pegawai kesatuan seterusnya memberi ceramah mengenai Perjanjian Bersama. 

Terima kasih semua peserta yang terlibat dengan seminar, semoga ilmu yang diterima dijadikan pengetahuan dan digunakan untuk RUM.

Sdr Bruno, Naib Presiden MTUC memberi ucapan yang panjang dan menceritakan
kedudukan kesatuan sekerja di Negara ini seterusnya menutup Seminar RUM

Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Teruskan berjuang...

25 Februari 2015

MALAM AKHIR SEMINAR

Setelah siang malam berseminar, dengan keadaan stress, maka malam akhir diadakan makan malam santai dengan karoeke kumpulan, setiap peserta mengikut kumpulan akan membuat persembahan sambil berkaroeke dengan topik yang berkisar dengan ceramah. 

Antara tujuan ialah mengeratkan hubungan silaturahim sesama serta mewujudkan perpaduan serta memperkukuhkan kesatuan. 

Hubungan sangat penting demi memantapkan perjuangan serta mampu mengharungi cabaran yang mendatang. 

In Syaa Allah... RUM akan terus kukuh dengan perpaduan yang erat dan akan terus berjuang demi kepentingan ahli-ahlinya, memartabatkan RUM di arena Kesatuan Sekerja.

Perjuangan tetap di teruskan biarpun ugutan kepada pemimpin RUM.

RUM akan terus hebat memperjuangkan haknya selaras dengan peruntukkan undang-undang. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 Februari 2015

SEMINAR UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI RUM DI PORT DICKSON

Seminar Rum telah dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Dato Zainal Rampak, Setiausaha Agung International Transport Federation (ITF)









Sdr Indra Yana dari KSTN UNION Indonesia sedang memberi ceramah.
Penceramah jemputan khas dari Jakarta, Indonesia.
Sdr Syafriadi, Presiden Kesatuan Keretapi Indonesia dijemput khas, Beliau  memberi ceramah mengenai perkembangan dan kemajuan Keretapi Indonesia
Penceramah jemputan pagi ini ialah Sdr Zaharin Mohd Yasin pembukaan minda
memperkatakan tentang Kesatuan Sekerja dan Politik.

Tuan Haji Shafiee BP Mammal President UNI GLOBAL menyampaikan ceramah bertajuk
Cabaran Berkesatuan Di Masa Akan Datang.
Ybhg Dr Zainudin Sharif, Pensyarah UITM Lendu Melaka  menyampaikan ceramah
dengan topik Komunikasi Berkesan.
Sdr Joseph Solomon Setiausaha Agung NUBE sedang memberi ceramah.
Sdr Jauhari Abdullah Syakur, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Negeri Sembilan,
memberi ceramah mengenai "GST"


20 Februari 2015

CABARAN RASMI KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB

Dari 2 Mei 2012 sehingga hari ini, di bawah pemerintahan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang menerajui KTMB, maka saya Presiden RUM ingin mencabar Datuk Presiden KTMB buktikan kejayaan KTMB dari aspek "pemulihan KTMB", "Keselamatan" dan "Pembuangan Kerja Yang Tidak Sah"

Berdepanlah dengan Abdul Razak Md Hassan Presiden RUM untuk membuktikan kenyataan ini, serta menjawab 27 pucuk surat kesatuan, aspek keselamatan dan undang-undang rimba yang Datuk Presiden KTMB amalkan.

Sekiranya Datuk Presiden KTMB bersetuju aturkan mana-mana tempat, saya sangat bersedia.
Sekiranya Datuk Presiden KTMB gagal, Datuk Presiden KTMB hendaklah letak jawatan Presiden KTMB, sekiranya saya gagal, saya juga akan meletakkan jawatan sebagai Presiden RUM.

Kenyataan Rasmi Presiden RUM

19 Februari 2015

Apa ni...

Saya nak bagitau dengan si polan ni... suruh gaji dia turun RM 900.00.... dia boleh hidup ke tak... apa pekerja ni tak tau nak hidup ke... asyik fikir beban majikan.... beban pekerja macam mana? Tenaga pekerja kau nak perah!

Kau pun sama dengan Presiden KTMB nak jadikan pekerja "HAMBA ZAMAN MODEN".

MTUC TAK KAN NAK SENYAP DENGAN KENYATAAN INI!?
INGAT KAMI KULI... KAMI BANGKIT LU ORANG BARU TAU....

ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN
KESATUAN Pekerja2 KTMB
_________________
Baca:
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, menggesa kajian semula dilakukan berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak terbeban.

Presidennya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan mikro antara golongan yang terpaksa menanggung beban yang besar hasil pelaksanaan gaji minimum ini.

“Jumlah majikan mikro berdaftar di negara ini adalah sekitar 400,000. Majikan mikro ini hanya mempunyai bilangan pekerja yang kecil iaitu sekitar lima ke 10 dan sumber pendapatan mereka juga tidak besar jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat besar lain.

“Sebagai contoh, sebuah kedai makan pasti mempunyai bilangan pekerja sekitar lima ke tujuh dan jika dibuat pemantauan saya rasa rata-rata majikan ini tidak mampu untuk membayar gaji minimum seperti yang disarankan kerajaan iaitu RM900,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat semula demografi perniagaan di negara ini kerana wujud perbezaan ketara antara bandar dan luar bandar.

“Mungkin kerajaan terlepas pandang mengenai perkara ini. Contohnya, saya berikan adalah pendapatan bulanan antara penjual goreng pisang di bandar dan luar bandar sudah memperlihatkan perbezaan ketara dari segi pendapatan.

“Saya lihat kerajaan cuba meniru cara pelaksanaan gaji minimum di Korea tetapi kajian terperinci dan keseluruhan tidak dilaksanakan berhubung pendapatan purata di bandar dan luar bandar,” katanya.

Menurutnya, angka 98 peratus majikan telah melaksanakan gaji minimum seperti yang diumumkan Kementerian Sumber Manusia hanya meliputi majikan-majikan yang mempunyai syarikat-syarikat besar dan kukuh.

“Saya rasa jika pemantauan dilakukan terhadap peniaga mikro seperti pengusaha kecil dan sederhana (PKS) pastinya mereka tidak boleh katakan sejumlah 98 peratus majikan telah melaksanakan gaji minimum,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan ini pasti memberi impak negatif kepada peluang pekerjaan di negara ini.

“Hal ini kerana apabila gaji minimum  dilaksanakan, majikan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membayar gaji.

"Jika sebelum ini seorang majikan perlu membayar sekitar RM120,000 bagi 150 pekerja sebelum pelaksanaan gaji minimum, sekarang majikan perlu membayar sekitar RM200,000 untuk jumlah pekerja.

“Pastinya majikan akan mengurangkan jumlah pekerja untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat,” katanya.

Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum juga menarik kedatangan pekerja asing untuk di negara ini.

“Sebagai contoh pekerja dari Nepal sebelum pelaksanaan gaji minimum ini sekitar 190,000 dan selepas pelaksanaan gaji minimum ini, jumlah mereka meningkat kepada kira-kira 400,000, " katanya. [SH]
SAYA ULANGI LAGI....
"KALAU TAKUT BERMAIN API, JANGAN BERUMAH DI TAPI PANTAI"
Faham - faham je lah...
Presiden RUM
_____________________________________________________
BERJUANG
Kita berjuang utk apa?
Kita berjuang utk sesuap nasi...
Kita kuli..
Siapa peduli..
Mereka kaya ...
Mereka gaji besar...
Kita gaji berapa...
Mereka pedulikan kita?
Owh tidak....
Kita selesa?
Kita takut?
Iya kita takut....
Sampai bila?
Bila?
Adakah kita redha?
Adakah kita seperti luncai?
Terjun dengan labu - labunya...
Ingatlah...
Kita...
Tetap seorang kuli...
Bangkitlah...
Tiada siapa pedulikan kita...
Bangkitlah...
Hanya kita...
Kuli...
Yang...
Mempertahankan hak kita...

Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

KADAR TAMBANG KARGO

RUM mengalu-alukan cadangan menaikkan harga tambang baru bagi pengangkutan Kargo, berdasar kadar tambang pengangkutan Kargo masih di tahap murah atau di bawah harga pasaran.

Namun ianya tidak boleh bergantung kepada kenaikan harga tambang Kargo semata-mata, langkah ini adalah sebagai sumber pendapatan sampingan atau lain perkataan "idea mudah".

Apa yang perlu ialah bagaimana melarikan perkhidmatan Kargo dengan banyak, kerana kita menyedari bahawa sumber pendapatan melalui perkhidmatan Kargo adalah sangat besar serta sangat berpotensi berbanding dengan perkhidmatan penumpang yang lebih kepada "perkhidmatan sosial".

Justeru itu rujuk kembali surat - surat kesatuan (27 pucuk surat) antara lain pembaikpulihan wagon - wagon, Lokomotif serta penambahan lokomotif baru bagi memastikan facilities mencukupi, kerana kita menyedari bahawa kedudukan wagon yang uzur, Lokomotif sakit malah mengunakan lokomotif IRCON yang tidak lagi sesuai berada di negara ini berdasarkan aspek keselamatan.

Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi, maka sudah pasti pengunaan secara maksima perlu dilakukan, kita tidak boleh membiarkan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar dijadikan sebagai hiasan semata-mata, walaupun kehadiran ETS baru sebanyak 10 set ianya masih tidak mencukupi kerana ruang waktu yang kosong dalam tempoh 24 jam sehari perlu dilarikan tren sekurang-kurangnya 7 minit satu larian.

Andai teguran RUM didengari oleh Presiden KTMB seawal kemasukan pada 2 Mei 2012, maka tahun ini, dengan pembukaan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar akan sangat rancak serta mampu menjanakan pendapatan.

Pergerakan yang sangat lembab, sekadar mencari idea mudah, ianya tidak akan mencapai hasrat penswastaan yang dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Maka KTMB akan terus bergantung dengan Kerajaan, maka KTMB tidak akan mampu membuat "BUSINESS" yang berorientasikan "KEUNTUNGAN".

Maka itu pendekatan Railwaymen Union of Malaya ialah :-

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

18 Februari 2015

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB

Presiden RUM.
Datuk sebenarnya dah kalah... Datuk tak dapat nak kenakan Presiden RUM, Datuk buang kerja seramai 97 orang termasuk saya selaku Presiden RUM.

Sekarang, 96 orang dan masuk, masuk dengan syarat "GILA" Datuk, syarat Datuk untuk menakutkan pegawai-pegawai RUM dan ahli- ahli RUM, supaya semua pegawai RUM dan ahli-ahli RUM "SEMBAH" Datuk, jadikan mereka "HAMBA", Datuk ingat ini zaman apa? zaman 1800 ke? zaman Kunta Kinte ke? Datuk boleh buat sesuka hati, ikut kehendak hati, gunakan kuasa "DIKTAKTOR".

Datuk Presiden KTMB, mengaku kalah je lah... hahaha... Datuk tak boleh buat apa-apa kat saya... semangat saya... semangat yang cukup kental, tak penah goyah... 5 bulan saya di buang kerja.... 

Rezeki saya tetap ada... Allah S.W.T. tu Maha Adil... baru kejap tadi... Tuan Haji Shafiee BP Mammal sedekah kat saya RM1000.00, ramai lagi pemimpin kesatuan sekerja yang lain bantu saya.... malah Isteri saya juga membantu saya.... sokongan kuat Isteri saya cukup kuat.... semangat saya tetap terbakar untuk menentang Datuk Presiden KTMB.

Alhamdulillah, bila Datuk buang saya kerja... ada hikmah.. perniagaan saya juga berkembang.... kerana apa Datuk... Rezeki bukan tangan Datuk... Rezeki dari Allah SWT... lagipun... saya tak naiya orang... kalau saya naiya pun... saya naiyakan Datuk... sebab Datuk naiyakan KTMB dan seluruh Pekerja KTMB.... takkan saya nak pertahankan Dato seorang... sebab belakang saya ada ribuan orang termasuk keluarga mereka.

Datuk Presiden KTMB, saya selaku Presiden RUM hanya buat kerja untuk ahli-ahli RUM, kerana mereka melantik saya... bukan Datuk yang lantik saya sebagai Presiden RUM.

Saya bukan Hamba Datuk... saya hamba kepada ahli-ahli RUM... seluruh masa saya untuk RUM.... malah keluarga saya di tempat ke 2 kerana RUM ibarat nyawa saya....

Hari ini... Datuk keluar ugutan... ugut pegawai utama saya... apa salah mereka... sebab mereka menyokong saya... selaku Presiden RUM... betullah... sebab dia orang di lantik oleh ahli-ahli RUM... mereka menjalankan tanggungjawab dalam RUM.

Dalam Suara RUM... mana dia orang ada komen, dia orang pun tak komen dah... sebab arahan saya telah keluarkan sebelum ini... jangan buat sebarang komen... tumpukan kepada kerja... kerana saya mahu mereka tumpukan kepada kerjaya... biar saya seorang bertentangan dengan Datuk....

Ini Datuk ugut mereka... Datuk tak dapat kalahkan saya... Datuk tak boleh beli saya... ingat tak Datuk.... semasa kita baik... berapa kali Datuk offer saya... Datuk kata apa....

"RAZAK AKU TAU KAU SUSAH... KAU NI EKSYEN JE... KAU BAWA LAH MANA-MANA KONTRAKTOR... AKU AKAN BANTU"

Apa saya jawab...


"MAAF DATUK... SAYA BUKAN BROKER, SAYA ADA REZEKI LAIN... ORANG RUMAH SAYA MENIAGA KECIL-KECILAN... SAYA BOLEH HIDUP.... TAPI KALAU DATUK NAK UBAT KUAT... SAYA ADA JUGA JUAL... LEPAS TU SAYA KETAWA".

Udah-udahlah Datuk.... Bila umur dah tua-tua ni kita cari pahala... bukan cari sumpah seranah orang.. maki hamun orang... dan bukannya naiya orang...

Jujurlah pada diri Datuk.... Datuk boleh tipu semua orang... Datuk boleh bermuka-muka dengan semua orang... Datuk boleh buat semua pengurusan terkencing dalam seluar.... tapi tidak saya Datuk.... sebab saya hanya "KULI" saya hanya "PEJUANG KAUM PEKERJA" saya buat kerja ini kerana "NAWAITU" saya untuk membuat amal jariah pada ahli-ahli RUM, ini sahaja sumbangan saya ketika saya hidup.

Datuk dah kalah.... udah-udah lah Datuk.... ightifar banyak-banyak... ingat bila umur dah hujung ni... berbuat baik lah.... jangan naiya orang... tak eluk Datuk....

Oklah Datuk... setakat ini... surat terbuka saya... nanti ada masa saya sambung lagi...

Cuma nak pesan kan Datuk...

Datuk tak boleh lawan saya.... sebab saya seorang "PEJUANG KAUM PEKERJA" saya rela "BIARPUN DIPENJARA, SAYA TETAP GEMBIRA".

Surat ini bukan surat Peribadi, surat terbuka ini adalah surat dari :-

ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

KENYATAAN PRESIDEN RUM

RUM ingin menasihatkan pada semua ahli-ahli RUM terus bersatu, terus memperkukuhkan Kesatuan, kita berhadapan dengan DIKTATOR ZAMAN MODEN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB.

Oleh kerana beliau "DIKTATOR" dan sedang "MENGGANAS", maka jangan membuat sebarang komen sebagai "INDIVIDU PEKERJA".

Biar saya selaku Presiden RUM berdepan dengan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
Tanggungjawab dan Amanah untuk ahli-ahli RUM selaras dengan Perlembagaan Kesatuan dan Hak Akta akan saya perjuangkan tidak kira apa yang berlaku biarpun saya "TERBAKAR".

PEJUANG KAUM PEKERJA TIDAK PERNAH GENTAR!

Presiden RUM

SURAT PERTUDUHAN

Cuba baca surat tunjuk sebab ini.

"TAK DAPAT TANDUK, TELINGA DI PULAS"

Surat tunjuk sebab ini di tujukan kepada pegawai utama RUM.

Tak dapat PRESIDEN RUM nak pulas PEGAWAI UTAMA RUM.

Mereka tidak terlibat langsung dalam sebarang komen yang dikeluarkan, SUARA RUM adalah hak KESATUAN PEKERJA2 KTMB, maka ianya tiada kaitan dengan mana-mana individu pekerja.
Justeru itu tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab adalah "SALAH" dengan tujuan mengugut, meletakkan pegawai kesatuan di bawah "PENGARUH MAJIKAN".

DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB adalah "DIKTATOR MAJIKAN" dalam Malaysia.
DATUK PRESIDEN KTMB saya selaku Presiden RUM "MENCABAR" adakan "DEBAT TERBUKA" mengenai peruntukan undang-undang samada Perjanjian Bersama atau Seksyen 4, Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) pada bila-bila masa, aturkan tempat, waktu dan tarikh. Tolong jemput Menteri Kewangan, Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia, SPAD, PEMANDU dan EPU.

Jangan jadi "PENGECUT" dengan mengunakan kuasa "DIKTATOR".

Selaku Presiden RUM saya tidak gentar untuk berdebat dengan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.

PRESIDEN RUM

PENJAWAT AWAM (CUEPACS)

Kalau penjawat awam masih beranggapan gaji mereka masih rendah, di manakah KTMB bekas kakitangan awam?

Adakah kami pekerja yang telah diswastakan ini lebih tinggi dari Penjawat Awam?

Bermakna rungutan kami adalah sangat benar, selepas penswastaan pada 1.8.1992 "take home pay" kami bukan sahaja di bawah pasaran tapi lebih rendah dari penjawat awam.

Maka itu kami mendesak KTMB dipulihkan kerana kami ingin menuntut gaji mengikut pasaran.
Justeru itu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak layak menduduki kerusi Presiden KTMB kerana gagal memulihkan KTMB dan Pekerja terus kekal begini menikmati "take home pay" di bawah pasaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BERJUANG

Kita berjuang utk apa?
Kita berjuang utk sesuap nasi...
Kita kuli..
Siapa peduli..
Mereka kaya ...
Mereka gaji besar...
Kita gaji berapa...
Mereka pedulikan kita?
Owh tidak....
Kita selesa?
Kita takut?
Iya kita takut....
Sampai bila?
Bila?
Adakah kita redha?
Adakah kita seperti luncai?
Terjun dengan labu - labunya...
Ingatlah...
Kita...
Tetap seorang kuli...
Bangkitlah...
Tiada siapa pedulikan kita...
Bangkitlah...
Hanya kita...
Kuli...
Yang...
Mempertahankan hak kita...

Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

17 Februari 2015

DULU SAMA SEKARANG PUN SAMA

Logo lama KTM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semoga semua sukses dan ceria selalu, anak muda ahli-ahli RUM bacalah tulisan ini...


Bila ayat ini disebut maka apa yang RUM lakukan ialah sebuah anjakan paradigma, satu pembaharuan kearah pemulihan KTMB.

Kenapa KTMB perlu pemulihan dan apa kepentingan RUM?

Jawapan mudah...

Gaji Pekerja KTMB ketinggalan atau di bawah pasaran dan bosan dengan alasan KTMB rugi bila tuntutan dibuat.

Dalilnya....

Semasa KTMB diswastakan pada 1.8.1992 pekerja KTMB menikmati tawaran gaji melalui pelarasan gaji sebanyak 10% dan tambahan 2 mata gaji iaitu lebih baik dari kakitangan awam, perbezaan ini memberi peluang pada pekerja KTMB menerima tawaran melalui "option" iaitu :-

A. Kerajaan
B. Swasta
C. Bersara Pilihan

Maka 95% (anggaran) memilih "B" memandangkan itu pilihan yang ada untuk meneruskan kerjaya serta mencari rezeki, sebagai pekerja, kita juga akur dengan kehendak kerajaan.

Pilihan ini juga boleh dianggap baik, kerana "take home pay" pekerja KTMB lebih tinggi dari kakitangan awam.

Kini 2015 selepas 23 tahun diswastakan, perbezaan "take home pay" pekerja KTMB dan "penjawat awam" telah ketinggalan.

Jaminan kerajaan bahawa KTMB akan berdaya maju dan mampu meraih keuntungan adalah meleset sekali.

Kedudukan KTMB sebaliknya makin teruk dengan keadaan landasan yang uzur khususnya di Pantai Timur, Lokomotif, Koc, Pgc, Wagon telah "overdue" iaitu tahap keselamatan di bawah paras rendah, tidak mampu bergerak secara efektif dan dianggap "sakit".

Sekiranya ini berterusan maka KTMB tidak mampu menjana pendapatan sebaliknya mengurus apa yang ada tanpa membawa sebarang perubahan bagi menjadikan KTMB sebuah pengangkutan yang "efisien". Sebaliknya KTMB masih terus bergantung dengan Kerajaan tanpa ada percambahan idea, KTMB tidak mampu berdikari kerana kegagalan kepimpinan KTMB yang kecelaruan dalam merancang pemulihan.

KTMB akan kekal dan terus bergantung kepada kerajaan tanpa mampu berusaha untuk memulihkan serta mencapai keuntungan, seperti mengharapkan durian runtuh contohnya kehadiran 10 unit ETS untuk kegunaan laluan utara, harus disedari kehadiran ETS ini tidak mencukupi untuk membantu pemulihan KTMB.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12, 3 tahun yang dulu telah menyedari hakikat ini serta bergantung harapan kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB kerana yakin dengan jaminan yang diberikan bahawa beliau mampu memulihkan KTMB dan akan berusaha untuk mengembalikan faedah atau "take home pay" mengikut pasaran semasa atau setidaknya mengembalikan lebihan berbanding penjawat awam ketika swasta atau sama dengan penjawat awam.

Hampir 3 tahun berlalu, yang menjadi kebanggaan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah mencatatkan sejarah pembuangan kerja besar-besaran terhadap pekerja yang berpiket demi "KESELAMATAN DAN PEMULIHAN KTMB" atas "KEGAGALAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB"

Tujuan dan hasrat ialah untuk "MENUTUP MULUT KESATUAN", "MENGUGUT AHLI RUM", MELETAKKAN RUM DI BAWAH PENGARUH".

Sedangkan "NAWAITU" RUM ialah ingin "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA ", maka pembongkaran kelemahan perlu dilakukan, tindakan perlu disertakan melalui "tempoh-tempoh" yang munasabah serta "dalil-dalil" yang kukuh bagi membuktikan bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah "NON PERFORMING PRESIDENT".

Semua tindakan ini adalah semata-mata untuk memastikan KTMB mampu meraih keuntungan serta faedah yang baik iaitu "take home pay" dapat diselaraskan.

Akhirnya dengan niat baik ini serta demi nama baik Kerajaan yang memerintah, maka kami RUM dijadikan "MANGSA" kerakusan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan mengunakan kuasa "DIKTATOR", 97 pekerja dibuang kerja tanpa notis, satu pembuangan kerja secara besar-besaran dalam sejarah negara.

Dengan campurtangan kerajaan maka 96 orang berjaya dipulihkan namun Abdul Razak Md Hassan selaku Presiden RUM masih dibuang kerja kerana mempertahankan maruah RUM, maruah Kesatuan Sekerja di negara ini dari tindakan "undang-undang rimba" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, kerana syarat yang diberikan kepada 96 diletakkan "status quo" iaitu "mengugut" dengan niat meletakkan ahli-ahli RUM di bawah pengaruh majikan, manakala syarat yang dikemukakan kepada Presiden RUM adalah satu tindakan yang akan melemahkan Kesatuan Sekerja.

Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah melahirkan satu tindakan meletakkan pekerja "HAMBA ZAMAN MODEN".

Beliau mewujudkan satu contoh "MAJIKAN SONGSANG" dan mengembalikan zaman "KEZALIMAN DAN PENINDASAN" di negara ini.

Teruskan berjuang, dengan kekuatan kita mampu mencapai hasrat..

Lawan tetap lawan...

Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Februari 2015

PERJANJIAN BERSAMA 8

Mohon semua ahli-ahli RUM mengemukakan cadangan baru Perjanjian Bersama yang ke 8, seperti mana termaktub dalam Perjanjian Bersama pihak kesatuan boleh menghantar draf cadangan seawal 1.10.2015, pekeliling RUM telah pun dipapar dalam Suara RUM dan diedarkan melalui cawangan-cawangan. tarikh akhir ialah 10 Mac 2015 jam 5 petang.

Ambil kesempatan ini untuk mencadangkan sesuatu yang baru atau cadangan-cadangan bagi menambahbaik Perjanjian Bersama.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

12 Februari 2015

Takziah kepada keluarga TGNA

Dari Kami Seluruh Warga RUM melahirkan rasa sedih atas kembalinya ke Ramahtullah Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 12hb Febuari 2015 jam 9.40 malam, rakaman takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Al- Fatihah



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TREN SRT


Gambaran di Stesen Butterworth, tren State Railway of Thailand (SRT) penumpang berpusu - pusu, sambutan menggalakkan, belum lagi di stesen -stesen lain yang mana telah ditetapkan kuota, sayangnya tiada attachments dengan koc KTMB, dimanakah koc KTMB?

Ada sesiapa boleh bagi clarification?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Februari 2015

RUNGUTAN PENUMPANG DAN PERSOALANNYA?

Dari sudut ini RUM mengakui bahawa ada kebenaran bagi mewujudkan keselesaan dan kehendak SRT maka pihak KTMB perlu mematuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak SRT, maka tidak wujud sekiranya ada rungutan dari penumpang.

Bagaimanapun kita perlu melihat kenapa penumpang merungut? Maka…

  1. Rungutan penumpang berkenaan ialah kerana mereka tidak dapat menaiki tren disebabkan ada kuota?
  2. Bila ada kuota bermakna koc tidak mencukupi, kenapa koc tidak mencukupi?
  3. Adakah Lokomotif dan PGC juga tidak mencukupi? Mengapa tidak cukup?
  4. Berapa kekerapan tren penumpang (INTERCITY) di sebelah utara?
  5. Adakah pihak pengurusan KTMB hanya bergantung dengan ETS (BARU) yang dibekalkan oleh kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan tren, maka tren penumpang lain di abaikan?
  6. Adakah Pengurusan KTMB tidak lagi mampu berdikari sehingga bergantung semata-mata dengan kerajaan untuk membekalkan lokomotif atau set-set ETS baru.
  7. Apakah pengurusan KTMB ketandusan idea?
  8. Ada idea, sedang menunggu gerakan Transformasi… BILA?
  9. Dari 2 Mei 2012 semenjak Presiden KTMB menerajui KTMB inikah hasilnya?
  10. Adakah 27 pucuk surat kesatuan itu tidak benar belaka?

Pihak kesatuan ingin memberi penjelasan bahawa pembelian set-set baru bukanlah idea Datuk Presiden KTMB, ianya adalah dari idea mantan Presiden yang lepas dan di dokong oleh Kementerian Pengangkutan.

Bagi mendapatkan pengesahan persoalan ini, maka sesiapa pun boleh menunggu di stesen sebelah utara, tunggu disitu lihatlah sendiri berapa kekerapan tren Kargo dan Penumpang dalam tempoh 24 jam, kemudian boleh nilai sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

10 Februari 2015

Kuota Penumpang Ditetapkan?

Alamak... betul ke... tetapkan kuota?


RUM tak terkejut pun... Andai ianya benar... Kenyataan RUM sebelum - belum ini dan surat RUM 27 pucuk telah pun jelas...

Apa lagi nak katakan...

Persoalannya?

Adakah ini juga TRANSFORMASI?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

ZAMAN CAKAP BAIK - BAIK

Gambar ikhsan Utusan Online
Zaman cakap baik - baik dah berlalu, kerana cakap dengan orang pekak (Maaf... perumpamaan) dah tak guna... cakap je.... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... ini dah kira baik... masalahnya dengan Presiden KTMB.... telinga kiri tak masuk... telinga kanan tak masuk.... dulu kalau cakap dengan Presiden KTMB... bila beliau tak nak dengar.... dia tutup telinga.... sekarang cakap apa pun.... tak payah lagi tutup telinga dah.... memang tak kan dengar langsung.... kata dia saja betul... kata orang semua tak betul .... tu yang kata... pekak....

So bila lokomotif tersadai... jadi tempat budak - budak bermain.... ada yang tulis dalam wall FB... dengan nada baik... ada yang masukkan gambar sahaja... ialah dia orang tak ada lesen... so itu kenyataan yang boleh diberi.... RUM ada lesen.... lagi pun.... RUM dah tak reti nak cakap baik - baik dengan manusia yang di gelar Presiden KTMB.... satu sen pun tak guna.... KTMB hancus pun... dia tak peduli.... janji kerja jalan... atas buku nampak cantik... yang tenguk apa Presiden KTMB buat.... terus di kaburkan.... janji gaji ada.... orang ni bahasa dia yang patut tulis ialah "BAHASA KURANG AJAR".... itu saja yang layak untuk Presiden KTMB....

Kalau tulisan blogger Zaharin Mohd Yassin dalam FB dia terus cakap "anjing"... tapi RUM tak gamak lak nak cakap cam tu.... cakap bahasa kurang ajar sahaja dah cukup....

"tak kenal tak cinta.... dah kenal... memang bawa bala..."

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

09 Februari 2015

SIMPATI

Sampai beku kepala otak Presiden KTMB sehingga Lokomotif KTMB jadi tempat bermain, sebulan lebih musibah banjir dah berlalu, yang jadinya tempat bermain anak-anak...

Nak jual besi burukkah, EK???

Apakah Lokomotif ini berkemungkinan jadi TUKUN?

Teori RUM... kalau RUM jadi Presiden KTMB.... ini jawapannya....

"Owh Tidak! saya ada idea yang lebih baik... dengan syarat sambung kontrak saya maka saya akan turunkan "master plan" bagaimana nak selamatkan lokomotif, koc dan landasan di Pantai Timur, buat masa ini biarkan anak-anak main, susah sangat nanti kita boleh jual sebagai besi buruk... dapat juga hasil....."

Wakakakaka.....

Buat lawatan dan berselfie boleh ler..... Lepas tu masuk surat khabar atau post dalam Facebook.....

Wakakakaka

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

07 Februari 2015

BANJIR PANTAI TIMUR - PERTUKARAN

Berdasarkan maklumat yang diterima maka akan berlaku pertukaran pekerja kepada beberapa gred jawatan kerana penutupan operasi di Pantai Timur disebabkan penutupan operasi.

Persoalannya adakah wajar berlaku pertukaran?

Pihak RUM ingin menegaskan bahawa pertukaran yang berkemungkinan berlaku pada pekerja di Pantai Timur adalah "tidak wajar: berdasarkan :-


  1. Pekerja yang terlibat banjir ini menghadapi masalah besar apabila kelengkapan mereka rosak dengan teruk.
  2. Kerosakan yang teruk ini telah menjejaskan kehidupan ibarat memulakan satu kehidupan baru.
  3. Februari, anak-anak telah mula sessi persekolahan ini akan menjejaskan sessi pembelajaran serta menyulitkan pertukaran anak-anak.
  4. Ada pekerja faktor usianya telah melangkaui umur 50 tahun, ini akan menjejaskan kehidupan kekeluargaan.
  5. Kedudukan menyediakan rumah kuarters yang disedari tiada kosong, ini akan menjejaskan kedudukan kewangan bila perlu menyewa rumah, sedangkan rumah di bandar kos sewa adalah tinggi dan gaji pekerja adalah di bawah rendah, ini akan menjejaskan kehidupan kerana kedudukan kewangan.
  6. Sekiranya dikekalkan keluarga di lokasi asal manakala pekerja (ketua keluarga) pula berpindah ini banyak menimbulkan masalah pada keluarga khususnya anak-anak yang berjauhan, malah pekerja yang terlibat pula sedang membina kehidupan keluarga yang baru mengalami musibah serta menyusahkan pekerja berkenaan ini juga akan menjejaskan prestasi dan "demoralised" pekerja.
  7. Sekiranya berlaku pertukaran ini maka pekerja yang berkenaan ibarat "telah jatuh ditimpa tangga".
  8. Adalah menjadi tanggungjawab KTMB memastikan pekerja terlindung dari beban yang ditanggung, apatah lagi KTMB di bawah perkhidmatan sosial.
  9. Penutupan ini hanya melibatkan "penutupan sementara", maka itu adalah tidak wajar ditutup sebaliknya guna tenaga kerja yang ada bekerja dengan kesesuaian kerja yang boleh diwujudkan.
  10. Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam akhbar semalam telah menjelaskan bahawa pembaikpulihan landasan pantai timur memakan masa selama 6 bulan, justeru itu pertukaran yang cuba dijalankan oleh pihak pengurusan adalah tidak sewajarnya berlaku.

Maka itu RUM memohon semua pertukaran yang bakal dilakukan adalah "tidak wajar" dan "tidak dilakukan" bagi memastikan pekerja "TIDAK JATUH DITIMPA TANGGA".

RUM akan menulis surat pada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan sesalinan kan kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri dan Menteri yang berkaitan bagi memohon agar tiada pertukaran dilakukan kepada pekerja di Pantai Timur.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

DAP desak henti salahguna kuasa tindas kesatuan sekerja KTMB

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanggungjawab menghentikan penyalahguanan kuasa pihak pengurusan KTMB terhadap Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) Abdul Razak Md Hassan.

Pengarah Dasar DAP Johor Wong Shu Qi berkata, tindakan KTMB bersifat balas dendam peribadi terhadap Abdul Razak kerana mengetuai piket menentang pihak pengurusan KTMB yang tidak efisyen.

Menurut laporan Malaysiakini, Abdul Razak diminta mempamerkan mesej permohonan maaf setiap hari di akaun facebook beliau serta laman web RUM sepanjang 90 hari kepada Elias Kadir selaku Presiden KTMB.

Kata Shu Qi, selaku Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai tidak boleh mendiamkan diri dalam kes yang tidak masuk akal ini.

“Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan seharusnya bertanggungjawab keatas KTMB yang mempunyai tahap prestasi rendah, khasnya pemimpin yang menyalahguna kuasa dalam kes piket RUM.

“Beliau mesti menukar pemimpin pengurusan KTMB, mengembalikan keadilan kepada semua pekerja-pekerja KTMB segera,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Abdul Razak diminta membuat pemohonan maaf harian selama tiga bulan kepada kepimpinan KTMB dalam media sosial menyifatkan hukuman itu sebagai tidak logik dan tidak masuk akal.

Menyelar tindakan KTMB, Shu Qi berkata, tidak ada sesiapa yang mempunyai fikiran rasional boleh menerima tindakan yang diambil KTMB yang jelas tidak mengikut undang-undang.

“Suatu masa dahulu KTM pernah menawarkan perkhidmatan yang amat efisyen dan penting untuk penduduk-penduduk di pekan.

“Walaubagaimanapun, KTMB semakin diketepikan dalam perkembangan ekonomi negara kita kerana kerajaan BN tidak berhasrat menggunakan sepenuhnya aset yang sedia ada mahupun menjaga kepentingan pekerja-pekerja KTMB.

“Sebaliknya, kerajaan BN lebih berminat menerima tawaran pembinaan projek besar dan kos tinggi yang menguntungkan kroni.

Sekiranya pihak pengurusan KTMB yang dilantik kerajaan BN tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan hati, Liow Tiong Lai perlu mengambil keputusan untuk menukar pengurusan syarikat tersebut,” tegas Shu Qi. – Roketkini.com

06 Februari 2015

MTUC raps bully KTMB's 'sorry x 90'

The Malaysian Trade Union Congress (MTUC) is vexed at Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) for its repeated attempts to humiliate and bully unionists.

MTUC secretary-general N Gopal Kishnam said KTMB president Elias Kadir's (right in photo) demand that Railwaymen's Union of Malaya president Abdul Razak Md Hassan apologise for 90 continuous days if he wanted his job back is the latest round of bullying.

"They are bullying (the union)... being a union leader, Razak has his obligation but Elias is punishing him," Gopal told Malaysiakiniwhen contacted.

Razak and more than 90 KTMB employees were sacked for participating in a picket against Elias.

They were picketing over what they said were weak leadership by Elias.

Gopal also revealed that prior to this, there was also another attempt to humiliate KTMB workers who were reinstated after being sacked for picketing against Elias.

"When KTMB reinstated the workers, they deliberately held an amnesty ceremony.

"But at that point of time, we did not make it an issue as we only wanted the workers to get their jobs back," he said.

Gopal said the incident happened sometime in September last year.

"They are humiliating the workers and now the president wants 90 consecutive apologies to further humiliate the union," he said.

He said the demand was "shocking" and "difficult to absorb".

Gopal stressed that MTUC will stand by Razak (right) and is seeking the government's intervention.

"I am going to write to the human resources minister tomorrow as well as to the prime minister who is also finance minister as KTMB is a government-linked company," he said.

He added that it was unbecoming of a government linked company to treat union leaders as such.

source: Malaysiakini

TERBAIK...

RUM simpan keratan ini (foro) sebagai gambaran bukti ianya dapat disiapkan dalam tempoh 6 bulan. RUM tidak mahu hanya manis dalam akhbar tapi pelaksanaan tidak seperti yang dikatakan. 


RUM mahu ianya dilaksanakan mengikut jadual, bagi memastikan pekerja dan penumpang iaitu Rakyat Malaysia tidak menjadi mangsa kelewatan dan kelemahan perancangan. 

Kenyataan RUM pedih.. tp ini satu cabaran untuk mereka agar laksanakan tanggungjawab dengan berkesan. RUM akan sentiasa memantau pembaikpulihan landasan ini, demi memastikan pekerja lebih dari 400 orang khususnya ahli-ahli RUM dapat kembali bekerja seperti biasa.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

05 Februari 2015

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA

Bil : (1) dlm RUM 058 (2016 – 2018)
Tarikh : 11hb Februari 2015

Kepada :
i. Semua Pengerusi / Setiausaha Cawangan
ii. Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
iii. Semua Ahli Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB (RUM)

Saudara/Saudari,

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama yang ke Tujuh (7) akan berakhir pada 31hb Disember 2015, bagi maksud persediaan seperti mana yang termaktub di Artikel 4.2 Perjanjian Bersama, Pihak Kesatuan boleh mengemukakan satu notis bertulis tiga (3) bulan sebelum berakhir Perjanjian Bersama yang ke Tujuh (7), untuk merundingkan satu perjanjian baru pada atau selepas 1hb Oktober 2015, maka Pihak Kesatuan perlu merangka dan menyediakan Perjanjian Bersama bagi maksud untuk menyampaikan pada pihak pengurusan pada atau selepas 1hb Oktober 2015.

2. Pihak Kesatuan menjemput saudara – saudari untuk mengemukakan pandangan atau cadangan kepada Ibu Pejabat Kesatuan untuk penyediaan Perjanjian Bersama. Untuk tujuan itu saudara – saudari boleh mengemukakan pandangan atau cadangan seperti berikut :-

2.1 Pandangan atau cadangan mestilah berbentuk kertas kerja,
2.2 Kertas kerja mestilah mempunyai :-
1.1.1 Pendahuluan,
2.1.2 Sebab dan mengapa pandangan atau cadangan ini dituntut,
2.1.3 Fakta
2.1.4 Konklusi

2.3 Kertas kerja ini hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Cawangan, tarikh tempoh penyerahan kepada Setiausaha Cawangan ialah pada 10hb Mac 2015 tidak lewat dari 5.00 petang.

2.4 Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah diadakan sekurang – kurangnya tujuh (7) hari selepas tarikh tamat tempoh penerimaan kertas kerja.

2.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengkaji, menilai menambah, membantu mana – mana yang kurang dan memutuskan mana – mana kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Setiausaha Agung.
2.6 Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan semua kertas kerja yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari 28hb Mac 2015, jam 5.00 petang.

3. Sehubungan dengan itu, adalah diharap saudara dapat memberi kerjasama untuk menyampaikan segala pandangan atau cadangan dalam penyediaan Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8) 1hb Januari 2016 hingga 31hb Disember 2018, kerjasama ini mencerminkan setiap individu ahli memainkan peranan untuk mencapai hasrat sebagai sebuah Kesatuan yang berwibawa dan bertanggungjawab kepada sebuah organisasi yang kini disegani.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

TT
(JAAFAR ALIAS)
Setiausaha Agung

Sk:
i) Semua Ahli Jawatankuasa Kerja
ii) Semua Majlis Eksekutif
* Setiausaha Cawangan
- Sila Photostat, dan sampaikan kepada Semua Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bertindak Bahagian.
- Sila paparkan pada papan kenyataan agar semua ahli dapat membaca pekeliling ini agar dapat memberi pandangan dan pendapat.

04 Februari 2015

KHABAR

RUM tidak akan faham.... sekiranya Datuk Presiden KTMB disambung lagi.... pihak kerajaan perlu menilai kedudukan KTMB dengan lebih jelas dan nyata dan bukannya berdasarkan atas kertas yang kononnya KTMB telah berjaya jimatkan kos, sedangkan KTMB terumbang - ambing tanpa hala tuju dan kini bala menimpa landasan di Pantai Timur.

Mengikut maklumat yang diterima Datuk Presiden KTMB sedang kayuh dengan sangat gigih untuk menyambung kontrak beliau. Tindakan menyambung kontrak berdasarkan "KAYUH" adalah sesuatu yang "TIDAK SIHAT", maka mohon Kerajaan tidak melayani "KAYUHAN" ini.

RUM juga telah mendapat INFO bahawa pihak - pihak tertentu menjadi orang perantaraan untuk "KAYUHAN" ini.

Sekiranya benar adalah sangat-sangat mendukacitakan, jangan biarkan KTMB dilanda bala lagi!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MELALUT @ ARAHAN BUANG TEBIAT! (1)

Bila tenguk surat berkenaan, ianya ditandatangani oleh Pengurus Besar, Pembangunan Bakat & Organisasi, RUM yakin bahawa ianya berdasarkan arahan dari Datuk Presiden KTMB.

Dukacitanya sebagai penyandang jawatan Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi yang dikira arif dengan Sumber Manusia (Human Resource) dimanakah peranan beliau sebagai yang arif dari aspek undang-undang untuk menasihatkan Datuk Presiden KTMB mengenai peruntukan undang-undang.

Makanya Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi kini hanyalah "PUPPET" atau hanya "MENGIKUT TELUNJUK" atau bahasa hodohnya "MAKAN TAHI", justeru itu KTMB kini terumbang - ambing dari sudut Sumber Manusia.

Maka "BERMAHARAJALELALAH" diktator yang di kenali sebagai PRESIDEN KTMB bukan sahaja Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi malah Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB juga telah mengikuti jejak sebagai "PUPPET"

KTMB akan terus terumbang - ambing bukan sekadar Sumber Manusia tapi seluruh organisasi dengan kepincangan dan lakunan yang dikenali "TRANSFORMASI".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MELALUT @ ARAHAN BUANG TEBIAT!

Berderet mesej RUM terima mengenai perkara ini, bertanyakan soalan...



Komen RUM ialah:-


  1. RUM tidak menolak bahawa mana-mana Mesyuarat yang dijalankan oleh Pengurusan KTMB dengan mana-mana jabatan atas urusan majikan maka lapuran mesyuarat berkenaan perlu dilaporkan, ini adalah proses biasa.
  2. Mana-mana pengurusan (majikan) yang bermesyuarat dengan Kesatuan juga perlu menghantar lapuran, ini juga proses biasa.
  3. Mana-mana ahli-ahli kesatuan yang bermesyuarat mengenai hal ehwal yang termaktub dalam Perjanjian Bersama, Perlembagaan Kesatuan dan semua Akta yang berkaitan adalah tidak dibenarkan menyampaikan sebarang hasil permesyuaratan kepada pengurusan (majikan) kerana ianya adalah hak mutlak Kesatuan Sekerja. Semua perbincangan adalah SULIT!


Perlu disedari KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat manakala RUM di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja, kedua-dua Akta ini telah membezakan peranan dan hak masing-masing.
Arahan sedemikian adalah satu arahan yang "melalut" dan "buang tebiat" yang langsung terkeluar dari hak yang terkandung dalam Akta.

RUM beranggapan Datuk Presiden KTMB "melalut" atau "buang tebiat" atau "kurang siuman" atau "sengal" atau apa sahaja sebutan yang sesuai.

Maka itu adalah dinasihatkan kepada Datuk Presiden KTMB bawa - bawa "ightifar", makin hari dah makin teruk, jangan sebuk nak cari maklumat dalam RUM sebaliknya fikir.... fikir... fikir.... apa dah jadi dengan KTMB, fikir jugak macam mana nak pulihkan KTMB di Pantai Timur, kalau tak boleh berfikir asyik nak cari info RUM.... adalah di nasihatkan "LETAK JAWATAN", Datuk Presiden KTMB you are nothing! You FAILED!!!!!

GAJI YANG DI BAYAR PADA PRESIDEN KTMB adalah satu pembaziran dan kerugian kepada KTMB.

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB