RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 November 2015

KERTAS KERJA PELARASAN GAJI

Di bawah ini dipaparkan petikan kertas kerja pelarasan gaji dipara 9 untuk Perjanjian Bersama ke 8, Kos Sara Hidup bagi pekerja KTMB.
Kadar yang dimasukan dalam ini adalah minima atau anggaran kasar sahaja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

27 November 2015

MEMO

Info diterima bahawa Gamis dan PSM telah menyerahkan memo kepada SPAD sebentar tadi membantah kenaikan tambang yang dituntut oleh KTMB.

KTMB menuntut kadar tambang berdasarkan survival KTMB, sekiranya tidak KTMB tidak boleh atau mampu menjalankan perkhidmatan yang baik, harus disedari risiko KTMB yang akan diambilalih oleh pihak-pihak luar.

Risiko paling besar adalah kepada pekerja, tidak mustahil akan berlaku seperti MAS, apa yang dituntut oleh KTMB adalah harga tambang berdasarkan kos yang ditanggung oleh KTMB.

Benar kerajaan ada memperuntukkan suntikan kewangan tapi tidak memadai dengan tanggungan kos perbelanjaan, malah suntikan kewangan adalah sangat lambat dan sangat sedikit malah KTMB terpaksa mengemis untuk mendapatkan suntikan kewangan.

Sedarkah, KTMB berhutang dengan kontraktor yang berkhidmat dengan KTMB lebih dari RM 200 juta,  kelewatan pembayaran (payment) kepada kontraktor ada yang menjangkau 8 -10 bulan tidak di bayar, sehingga ada kontraktor tidak mahu supply spare part, minyak diesel semalam hanya tinggal 9500 liter berbanding puluhan ribu liter, lokomotif susut secara mendadak yang boleh menjejaskan operasi tren kargo dan intercity, syarikat cleaner tak mampu bayar gaji pekerja, maklumat diterima ada pekerja yang lari sebab tidak dibayar gaji, ada pekerja dari syarikat kontraktor pembersihan tidak hadir untuk membersihkan kebersihan stesen.

Semua kelemahan yang berlaku adalah berpunca dari kelemahan pentadbiran Mantan Presiden KTMB.

Namun dalam peringkat pemulihan maka kenaikan harga tambang diperlukan untuk menampung kos keseluruhan, itu belum lagi kedudukan gaji pekerja di bawah pasaran, maka pihak tertentu perlu memahami keadaan KTMB, kesilapan percaturan bukan sahaja KTMB jadi mangsa tetapi pekerja, RUM tidak sesekali membenarkan KTMB menjadi seperti MAS.

Kenaikan tambang yang dipersetujui oleh kerajaan masih di bawah paras kos sebenar maka kerajaan perlu menanggung baki kos sebenar, seperti mana maklumat yang diterima bahawa ada perancangan dibuat oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sekiranya perkhidmatan tren ini disewakan pada pihak luar untuk beroperasi, maka kebebasan harga tambang boleh diberikan tapi kenapa tidak kepada KTMB hanya perlu untuk menampung kos operasi.

Kerajaan juga perlu menyegerakan Suntikan Kewangan dari sudut perbezaan kos tambang yang terdiskaun bagi menampung kos operasi KTMB, kelewatan akan menjejaskan perkhidmatan KTMB.
Maka itu kenaikan tambang ini sangat diperlukan demi survival KTMB, RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja akan mempertahankan KTMB dari semua sudut demi Selamatkan KTMB, 

Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc Dato Ir Nawawi Ahmad

TAK FAHAM

Aku sendiri dah tak faham, sikap manusia yang lebih mementingkan diri tanpa melihat kepentingan organisasi, lebih bersikap tamak, mengutamakan kepentingan kumpulan tanpa melihat kepentingan masa depan atau mungkin merasa selesa atau lebih percaya pada mereka yang sengaja mewujudkan provokasi sehingga menimbulkan kepelbagaian persepsi.

Ada juga yang lebih suka merungut, mengeluh atau bercakap di belakang tanpa membuat kaji selidik atau menyiasat kebenaran dengan percaya hidup-hidup.

Ada juga yang faham, ada juga pura-pura tidak faham, ada juga sengaja tidak mahu faham, sehingga aku pun dah tak faham.

Tapi inilah sikap manusia, cuma aku terfikir kenapa masa dulu bila berjuang mereka akan berjuang, tapi tidak hari ini, kerana hari ini sudah jauh dengan dahulu, hari ini mereka mahu itu, mereka mahu ini, mereka mahu semua datang bergolek, tapi mereka tidak mahu berusaha untuk terus berjuang untuk mendapat apa yang mereka inginkan.

Owh... jauhnya berubah... tidak lagi ada rasa kasih sayang...  mungkin mereka manja... hanya mahu disuapkan.. adakah itu hakikat hari ini...

Tapi tidak semua... masih ada yang sedar... masih ada yang mahu bangkit... masih ada yang ingin terus berjuang... masih ada yang sanggup berkorban... mereka inilah bakal membela masa depan....
Semoga mereka yang masih di ulit mimpi bangkit dan sedar, bahawa andai mereka terus mahu disuapkan, tidak mustahil yang disuapkan itu terlepas.

Hati-hati... kerana tidak selamanya indah... tak selamanya panas.... siapa sangka hujan ditengah hari.

Presiden RUM

26 November 2015

KEDUDUKAN KEWANGAN KTMB

RUM menggesa Kementerian Kewangan menyegerakan Suntikan Kewangan dengan kadar segera demi memastikan kesinambungan perkhidmatan KTMB yang kini bertambah kritikal.

RUM akan buat Sidang Akhbar minggu depan untuk menggesa Kementerian Kewangan menyuntik kewangan kepada KTMB, kelewatan menyegerakan suntikan kewangan boleh menjejaskan perkhidmatan KTMB dan pengguna KTMB.

RUM akan membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan apa cara sekalipun selagi dibenarkan oleh undang-undang untuk memastikan KTMB berjalan dengan lancar.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

REPORT PEJABAT BUROH

Inilah masalahnya bila tak jadi Ahli RUM, maka bila jadi masalah maka nak report ke pejabat buroh, apa kemampuan pejabat buroh? Tak ada apa pun... akhirnya pejabat buroh akan bertanya:-

1. KTMB ada Kesatuan Sekerja, kenapa tak rujuk Kesatuan?
2. Kenapa dah tau ada Kesatuan Sekerja tak mahu jadi ahli kesatuan?

Percaya pada orang salah, terpengaruh dengan orang yang salah, percaya pada orang yang salah, sedangkan orang yang salah ini membawa unsur-unsur fitnah, sebab orang yang salah lebih kepada kepentingan diri, maka akhirnya siapa yang bermasalah? Jawapannya sendiri cari sakit...

Sedangkan RUM bukan sahaja tempat membuat aduan tapi adalah tempat rujukan untuk menerima khidmat nasihat, RUM adalah consultant bagi pihak pekerja akan memberi pandangan dari sudut undang-undang, memberi khidmat nasihat dari sudut syarat-syarat perkhidmatan, kerana RUM lebih memahami mengenai bidang pekerjaan khususnya dalam KTMB.

Justeru itu, tempat mengadu atau menerima khidmat nasihat adalah RUM malah bagi meningkatkan faedah seperti kenaikan gaji (pelarasan gaji) melalui Perjanjian Bersama adalah RUM.

Tiada kumpulan lain, tiada persatuan lain, tiada kesatuan lain kecuali Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

25 November 2015

MESYUARAT JKKPP INDUK KTMB

Alhamdulillah, JKKP INDUK KTMB berjalan mengikut peruntukan Perjanjian Bersama, setelah sekian lama saya selaku Presiden RUM tidak hadir kerana tidak bersetuju dengan Mantan Presiden KTMB yang membelakangkan Perjanjian Bersama mewujudkan wakil pekerja yang tidak diiktiraf malah tidak berpengetahuan dan tunduk pada pengurusan, perlu disedari bahawa "keselamatan" tidak sesekali boleh "dicompromise".

Kehadiran terdiri dari pihak pekerja yang di wakili RUM ialah 7 Pegawai Utama RUM.

Ada juga isu yang lari topik diminitkan kerana kurang pemahaman dari wakil yang berkenaan, malah kelemahan juga berpunca dari mantan Pengurus Besar Oshen yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini semua sukses, terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang mengembalikan hak Perjanjian Bersama.

3 isu dasar yang baru juga dibentangkan dalam JKKPP Induk hari ini yang melibatkan Keselamatan dan Persekitaran dan telah dijelaskan malah diambil perhatian oleh pihak pengurusan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KERTAS KERJA PIHAK KAKITANGAN BIL. 1/2015

DI PAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM
KERTAS KERJA PIHAK KAKITANGAN BIL. 1/2015
Tarikh : 23hb. November 2015

SEKALUNG BUNGA UNTUK TUAN HAJI SARBINI

A. SABAR MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

1. Persoalan ’ketirisan urus tadbir SYARIKAT KTMB’ kini dilindungi semula ‘KEKEBALANNYA’ oleh daya usaha dan kebijaksanaan ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah pimpinan ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, Perdana Menteri Malaysia’ dengan memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ atas perakuan Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, Menteri Pengangkutan Malaysia menerajui kepentingan ‘SYARIKAT KTMB’.

2. Pelantikan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ mengetuai kepentingan ‘SYARIKAT KTMB’ ialah demi ‘survival organisasi ini’ daripada ‘Budaya Kepentingan diri oleh Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ terubah bertukar menjadi ‘Budaya Perniagaan’. KESEDARAN ini telah dikejutkan oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ yang dipimpin oleh ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia’ memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’.

3. Dengan ikhlasnya dinyatakan bahawa dorongan ‘KERAJAAN’ menempatkan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ ialah untuk menolak sebarang ‘keraguan’ tentang kisah-kisah ‘blind pilot’ yang telah memandu ‘syarikat KTMB’ terkeluar daripada objektif ‘amanah perniagaan’ sebagai ‘prinsip utama’ dalam ‘urusan tadbiran KTMB’ selaku ‘pengangkutan rel’ yang ‘utuh dan berdisiplin’.

4. ‘Datuk Elias Kadir bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ adalah ‘Pembawa’ perangai ‘BADUT - KELAKAR DALAM SARKAS’ tanpa disiplin dan ini adalah satu perbuatan sia-sia yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya tingkah laku mereka sedemikian adalah perbuatan yang boleh terjerumus ke dalam konfliks tidak berfaedah. Dilihat dan dinilai ungkapan ayat yang disuarakan sendiri oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’ adalah satu perbuatan yang didorongkan oleh himpitan suntikan ‘pertarungan gila kuasa’.

5. Seandainya ‘permohonan beliau menyambung semula perkhidmatannya sebagai PRESIDEN KTMB’ telah ‘direstui’ oleh ‘kementerian’ mengapa tidak diumumkan secara rasmi melalui ’Pekeliling Syarikat’?. Jelas ayat ini boleh disimpulkan sebagai satu permainan ‘budaya kepentingan diri’ seolah-seolah beliau berlakun di bawah adegan babak ‘sandiwara kelakar terancang’ yang boleh menolakkan ‘intellectualnya’.

6. Imbaui kejadian terawal sehari dua sebelum tarikh terakhir ‘perkhidmatan Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’ pada ‘30hb. April 2015’ maka pada ‘28hb dan 29hb. April 2015’ telah menampakkan ‘kedangkalan fikiran Datuk Elias Kadir’ kerana telah berlaku ‘PERANG KETIRISAN PENTADBIRAN SYARIKAT KTMB’. Jelas telah wujud ‘penyelewengan’ ke atas kuasa ‘pelantikan calon PRESIDEN KTMB’ kerana didapati ‘pihak berautoriti KTMB’ telah menzahirkan kelemahan dalam urus tadbir syarikat ‘memungkiri amanah, memamaikan tanggungjawab dan mencemarkan nama baik KEMENTERIAN dan KERAJAAN SEMASA’ dengan mengemukakan ‘DUA SURAT TAWARAN BERASINGAN’ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ iaitu satu untuk ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ dan yang satu lagi ialah untuk ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’.

7. Atas sifat ‘ketelusan’ dengan semangat ‘bersabar’ pada menolak ‘elemen kepalsuan’ demi ‘kebaikan dan survival organisasi KTMB’, maka akhir ’terbukti kebenarannya’ bahawa ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ adalah calon ‘PRESIDEN KTMB’ yang dipilih oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ dan diarah mengambil ‘SURAT TAWARAN RASMI JAWATAN PRESIDEN KTMB’ pada ‘30hb. April 2015’ disaat-saat terakhir ‘pertarungan kuasa’.

8. Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah kepada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ kerana ‘bersabar menempuh dugaan dengan berperanan memberi fokus secara serius tentang kebenaran’ demi menolak penyelewengan. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’.

B. PENYELAMAT IMEJ KTMB

9. Kami, ‘Pihak Kesatuan (RUM)’ cuba memekakkan telinga apabila ‘KAKITANGAN KTMB’ yang tidak bersalah terhimpit dengan beberapa kerenah sepakatan jahat oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ khusus atas kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang bertentangan dengan kebenaran peruntukan ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ secara peringkat demi peringkat bermula pada ‘29hb. Ogos 2014 hingga 26hb. November 2014’ seramai ‘SEMBILAN PULUH TUJUH (97) orang kakitangan’.

10. Kami sedar bahawa sekiranya kami bawakan kes ini ke ‘Mahkamah’, kami ‘yakin’ kami boleh ‘MENANG’. ‘Kami sungguh SAYANGKAN SYARIKAT KTMB’ dan demi menjaga imej ‘SYARIKAT KTMB’, sebagai langkah awal bagi melindungi imej dari terus ‘dicemari’ oleh ‘PEMBUTA PERATURAN’, maka kami terpaksa menggunakan saluran yang sesuai. Justeru itu, kami telah majukan surat pertikaian kepada ‘pihak pengurusan KTMB’ di bawah rujukan ‘Bil. (128) dlm RUM 093 bertarikh pada 02hb. Januari 2015’.

11. Penjelasan kami melalui inti surat tersebut ialah semata-mata ‘mencari kedamaian’. Antara lain kandungan sebagai sebahagian isinya ialah mengadakan ‘WACANA MENGENAI AKTA’ atau ber‘DEBAT’ dengan ‘PENGURUSAN KTMB’ atas perkara hak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’. Pendirian kami adalah penting dalam kontek ‘menjelajah (explore) mencari kebenaran’ bagi memanfaatkan ‘kita semua selaku Pemimpin’ dan malangnya tidak disahut.

12. Pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ menghukumkan pekerja-pekerja sebelum disabitkan kesalahan oleh Mahkamah’. Perbuatan sedemikian adalah ’MENGHINA MAHKAMAH (CONTEMPT OF COURT)’. Cuba renungkan pengertian inti ‘SEKSYEN – 40 (Piket) - AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ sebagai perbandingan menyatakan:-

”40. PIKET
40 (3) - ‘Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya.

13. Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ tetap berpegang teguh kepada prinsip ‘keluhuran undang-undang’. Sekali lagi kami lahirkan kenyataan berani bahawa ‘tiada sebarang keraguan (beyond any shadow of doubt)’ mengikut tafsiran kami bahawa kes ini akan ‘berpihak kepada kami’ sekiranya kami bawa kes ini ke ‘MAHKAMAH’. Dengan hal yang sedemikian kami tiada pilihan lain kecuali ‘mempertarungkan undang-undang (legal battle) di ‘MAHKAMAH’ demi ‘mencari kebenaran’ walaupun imej ‘SYARIKAT KTMB’ disedari akan berhadapan dengan masalah ‘Penegapan Institusi’. Pihak Kesatuan sedar bahawa status ‘SYARIKAT KTMB’ ini telah dicemari oleh pakatan insan yang boleh dilabelkan sebagai ‘Pengkhianat dan Penyalahgunaan Kuasa’ oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’

14. ‘Alhamdulillah’ kita panjatkan ‘kesyukuran’ ke ‘HADRAT ILLAHI’ yang ‘MAHA AGUNG’ di atas limpah kurnianya. Di sini tercatat sejarah ‘di era baru’ dan secara langsung telah menentukan letak-duduknya ‘KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI (RUM)’ dan ’PENGURUSAN KTMB YANG BARU’ terkunci secara automatik oleh ikatan jalinan ’KEHARMONIAN PERUSAHAAN’ mengikut kehendak ’PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’. Ikatan ’KEHARMONIAN PERUSAHAAN’ ini dimetraikan ’melalui kebijaksanaan luahan jawapan’ daripada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, Presiden KTMB yang BARU‘ melalui suratnya bertarikh ‘6hb. Mei, 2015’ kepada surat ‘KESATUAN’ bertarikh ‘5hb. Mei, 2015’ di bawah rujukan ‘Bil. ( ) dlm RUM 093’ dan yang mana inti surat ini ada hubung kait dengan surat yang bertarikh ‘02hb. Januari 2015’ di bawah rujukan ‘Bil: (128) dlm RUM 093’ yang dihantar kepada Datuk Elias Kadir. Luahan jawapan oleh ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ melalui suratnya adalah persoalan ‘etika amanah dan etika bercakap benar’. Jawapan sedemikian mempunyai kaitan ‘sikap bertanggungjawab’ sebagai seorang ‘PEMIMPIN’ yang ingin menyelesaikan masalah ‘secara bijaksana’ berasaskan ‘Akta’ sebagai ’kuasa perundangan’ mengikat secara sah bagi menjaminkan keadilan dalam ‘sudut penghakiman’ dengan memberi ruang ‘kupasan’ yang tidak terbatas.

15. Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ‘YANG AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN KTMB’ kerana menyelamatkan ‘IMEJ KTMB’. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’.

C. PENYELAMAT HAK PERUNTUKAN 

PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) DAN WANG SYARIKAT

16. Dalam surat ‘ADUAN’ bertarikh ‘12hb. Ogos 2015’ daripada ‘64 Eksekutif’ menyatakan bahawa sekiranya ‘PIHAK PENGURUSAN KTMB’ yang baru enggan memberi balik status ‘KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI 15%’ kepada mereka yang dimaksudkan, maka mereka memohon agar ‘Persatuan Pegawai-pegawai KTM Berhad (PPPK-SOA)’ mengisytiharkan ‘PERTIKAIAN PERUSAHAAN’ ke atas ‘SYARIKAT KTMB’ sebagai bantuan moral.

17. Menilai kepada inti surat yang berkenaan didapati sukar melayani permintaan ‘PENGADU-PENGADU’ kerana kes ini diikat kuat oleh ‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku dokumen ‘PERUNDANGAN’. Apakah dengan mengisytiharkan ‘PERTIKAIAN PERUSAHAAN’ dapat menyelesaikan masalah dan mengapakah mereka tidak memberi perhitungan bahawa mereka juga adalah di bawah golongan ‘KUMPULAN PENGURUSAN’. Perlu diingat kesemua kakitangan sama ada di bawah ‘KUMPULAN EKSEKUTIF mahupun NON-EKSEKUTIF’ adalah dikawal ketat oleh ‘PERJANJIAN KOLEKTIF’ dan hendaklah mematuhi ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ tanpa tidak. Kebaikan faedahnya hendaklah dibahagi mengikut penentuan kaedah ‘PERJANJIAN KOLEKTIF(CA)’.

18. Disedari bahawa hal-hal ‘KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI’ diletakkan di bawah pengenalan ‘TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN’ adalah perkara ‘fundamental’ dan ianya ada hubung kait secara langsung dengan ‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku dokumen undang-undang sebagai ‘pendinding’. Sesungguhnya sebarang urusan pertukaran semula ‘TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN KAKITANGAN’ yang bersifat fiksyen hendaklah berpandukan kepada perundangan yang tersurat dalam dokumen yang berkenaan atau mematuhi ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku ‘AWARD Mahkamah Perusahaan’. ‘TIADA SESIAPA’ walaupun ‘PERDANA MENTERI’ boleh campur tangan atau meminda inti ‘PERJANJIAN KOLEKTIF’ kecuali atas arahan melalui kaedah yang termaktub dalam dokumen yang berkenaan itu sendiri sebagai ‘HAK UNDANG-UNDANG’. Dengan ini jelas terbukti perbuatan mereka sedemikian jelas menyimpang jauh daripada ‘asas serta panduan dan aturan yang ditentukan oleh PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ yang mana perbuatan ini adalah cuai yang boleh disamakan dengan pengertian wujud ‘penyelewengan’.

19. Demi mempertahankan kebenaran ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan wang syarikat’ daripada ‘pembaziran secara sengaja’ melalui ‘rekaan yang dirancang’ yang bertentangan dengan undang-undang hendaklah ditentang. Di sini pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ melahirkan ucapan terima kasih kepada ‘YANG AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN KTMB’ kerana ‘memegang amanah’ mempertahankan ‘kebenaran kaedah peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan wang syarikat’ yang ‘ditanganinya’ cara teratur dengan tidak mengenepikan ‘hak perundangan’. Beliau telah mengarahkan pihak ‘Jabatan Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi (TMOD)’ membekukan ‘kenaikan pangkat serta gaji dan kembalikan taraf dan gaji kepada asal sebagaimana keadaan sebelumnya (status-quo)’. ‘FOR SURE’ layanan seumpama ini adalah tertib dan beradab kerana ianya berlandaskan ‘perundangan’ menentukan ‘idahnya’ atau tempoh perubahannya ‘tidak terkeluar’ daripada kawalan peruntukan ‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’.

20. Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ‘YANG AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN KTMB’ kerana ketegasan menangani urusan pentadbiran khususnya pada mempertahankan kebenaran ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan wang syarikat’. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’’.

D. KENYATAAN MENGGAMBAR REALITI

21. Kami adalah kakitangan ‘SYARIKAT KTMB’ sungguh ‘SAYANGKAN SYARIKAT KTMB’ kerana ‘PERTUBUHAN’ ini adalah ‘PAYUNG UNTUK KAMI’ menentukan ‘letak-duduknya kami’. Justeru itu jawapan kami kepada persoalan asas ialah kami ‘pasti akan menentang sesiapa sahaja’ yang cuba memanipulasikan urus tadbir syarikat untuk ‘kepentingan tertentu’. Perbuatan memanipulasikan urus tadbir adalah suatu perbuatan yang ‘tidak beradab’ yang boleh merosakkan nama baik ‘SYARIKAT KTMB’ dan KERAJAAN SEMASA’. Kami tidak mahu ’perang prasangka’ kerana mana-mana pemimpin pertubuhan ‘sentiasa datang dan pergi’, tetapi pertubuhan seperti ‘SYARIKAT KTMB’ akan terus kekal untuk berkhidmat kepada ‘KAKITANGAN dan RAKYAT’.

22. Dengan ini, kami pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ mengambil ‘keputusan’ berdasarkan kebenaran akan mempertahankan kedudukan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ dengan apa cara sekalipun yang dihalalkan oleh undang-undang ke atas sebarang tindakan kontra dan menghormatinya selagi beliau tidak mengkhianati ‘SYARIKAT KTMB’ dan tidak membelakangkan undang-undang bertindak melebihi hak kuasanya (ultra vires). Kami telah mendapat ‘BISIKAN KHIANAT’ kononnya ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ tidak lama boleh mentadbir ‘Syarikat KTMB’. Perlu diingat bahawa kini kami masih berada dalam keadaan ‘kedua-dua mata kami tidak ditutup, mulut kami tidak dikunci dan kedua-dua tangan dan kaki kami tidak diikat’, maka dengan itu pasti kami boleh bergerak menentang ‘pengkhianat’ seberapa daya yang boleh dalam lingkungan kuasa yang tidak terkeluar dari lunas perundangan.

23. Kami pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah kepimpinan ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, Perdana Menteri Malaysia’ kerana telah memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ atas perakuan Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, Menteri Pengangkutan Malaysia. Kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ demi kepentingan, kecemerlangan dan kejayaan syarikat.

Hak Milik Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

23 November 2015

BAIK PULIH LANDASAN PANTAI TIMUR TAK GUNA, KENA BANJIR AKAN HANYUT LAGI

"BAIK PULIH LANDASAN PANTAI TIMUR TAK GUNA, KENA BANJIR AKAN HANYUT LAGI" Kata-kata kononnya seorang "Pemimpin".

Adoiiii.. mentaliti  seorang yang dikatakan pemimpin....

Apa busuk hati sangat!!!

Tahukah anda?

1. Kos pembaikpulihan lebih kurang RM 18 juta yang boleh dianggap murah dan ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan dan di bina dalam waktu singkat.

2. Tahukah anda semua pertukaran pekerja telah dibatalkan dan semua yang telah ditukarkan dikembalikan ke Depoh asal, betapa gembira mereka kembali kepangkuan keluarga masing2.

3. Tahukah anda kerugian ketika penutupan Landasan Pantai Timur kerugian sebanyak RM 70 juta.

4. Tahukah anda Rakyat yang mengunakan perkhidmatan Tren ke Pantai Timur gembira bila perkhidmatan keretapi kembali pulih.

5. Tahukah anda kerisauan Pemandu Lomomotif ke Depoh lain disebabkan penutupan Landasan Pantai Timur.

6. Sedarkah anda sekiranya Mantan Presiden KTMB masih kekal, pembaikpulihan Landasan Pantai Timur tidak dapat dilakukan, pekerja Pantai Timur akan ditukarkan, manakala pengguna KTMB ke Pantai Timur seperti dianak tirikan dan Kerajaan juga dipersalahkan kerana gagal membaikpulih landasan Pantai Timur.

Semua ini untuk kebaikan siapa? Adakah hanya untuk kebaikan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB sahaja?

Inilah mentaliti "sengkek", "dengki @ busuk hati" dan "mementingkan diri sendiri" tanpa melihat kepentingan "PEKERJA, KTMB dan RAKYAT".

Yang duk ikut eluklah sama-sama terjun lombong.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KERTAS KERJA MAJLIS BERSAMA PUSAT

Gambar yang dipaparkan adalah muka depan Kertas Kerja Majlis Bersama Pusat yang akan dibentangkan pada 24 November 2015. Kertas Kerja ini akan disampaikan kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia dan Semua YB Menteri yang berkaitan.

In Syaa Allah selesai Majlis Bersama Pusat, RUM akan paparkan untuk perkongsian umum.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

22 November 2015

DESAS DESUS @ KHABAR ANGIN

Saya telah menerima call dari Exco RUM mengatakan hebuh desas desus bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB tidak akan lama dalam KTMB, desas desus ini tersebar dengan cukup luas.

Saya ingin menjelaskan bahawa DESAS DESUS atau KHABAR ANGIN ini adalah "TIDAK BENAR"  malah di luar pengetahuan saya.

Desas desus ini berkemungkinan di bawa oleh gerombolan dari pihak-pihak atau saki baki Mantan Presiden KTMB yang sengaja mewujudkan provokasi yang tidak sihat malah RUM mengenali pihak-pihak yang berkenaan, kepada pihak yang berkenaan RUM nasihatkan hentikan dengan segera sebelum RUM menelanjangkan secara terbuka atau sekiranya tidak bersetuju dengan kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, maka RUM mengalu-alukan pihak yang berkenaan "LETAK JAWATAN" seperti mana "Mantan GM TMOD" lakukan.

RUM tetap berpendirian selagi Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan mana-mana Hak Akta, RUM akan mempertahankan beliau.

Malah "Kertas Kerja 1" di bawah topik "SEKALUNG BUDI" akan dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat, adalah menyokong kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB, "Kertas Kerja 1" akan dipanjangkan juga kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia dan semua YB Menteri yang berkaitan.

Justeru desas desus atau khabar angin ini hendaklah dihentikan dan di nasihatkan jangan percaya mana-mana khabar angin yang di bawa oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

21 November 2015

JAWATANKUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN PERSEKITARAN INDUK KTMB. (JKKPPI)

Setelah sekian lama JKKPPI bercelaru dengan sistem kelam kabut di bawah pentadbiran Mantan Presiden KTMB malah bertentangan dengan Perjanjian Bersama (CA) maka pembetulan telah dibuat oleh Presiden KTMB, Tuan Haji Sarbini Bin Tijan dengan mengembalikan semua sistem mengikut perundangan, maka yang tidak ada kena mengena dalam perundangan iaitu dengan kehadiran Persatuan dalam mewakili pekerja atau satu badan yang tidak diiktiraf telah terkeluar dari JKKPP.

Harus disedari bahawa JKKPI adalah badan INDUK yang di Pengerusikan sendiri Presiden KTMB yang akan membincangkan isu-isu dasar dan bukannya isu-isu yang kecil, isu kecil boleh dibincangkan melalui perundingan di peringkat Jawatankuasa Wilayah yang di wakili oleh RUM di peringkat  cawangan. Kehadiran Kesatuan adalah selaras dengan Perjanjian Bersama sebagai "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL UNTUK PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF".

Contoh isu dasar ialah :-

1. Lokomotif Ircon yang melibatkan keselamatan, persekitaran pekerja dan penumpang.

2. Isu Landasan

3. Kegelinciran

4. Peruntukan Kewangan bagi menyediakan keperluan Keselamatan.

5. Undang-undang serta peraturan-peraturan yang ada.

6. Membantu KTMB dalam mencetuskan idea-idea pembaikan dari semua aspek Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran.

7. Dan lain-lain

Justeru itu pegetahuan seperti ini sangat diperlukan kepada Jawatankuasa yang dilantik khususnya dari Kesatuan yang telah mempunyai pengetahuan mengenai perkara berkaitan termasuk perundangan maka ianya tidak boleh sembrono, kerana ia sangat penting melibatkan kepentingan Pekerja, KTMB dan Pengguna.

In Syaa Allah mesyuarat JKKPPI ini akan diadakan pada 25 November 2015.

Semua proses mengikut perundangan telah kembali dipulihkan. Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB yang mengembalikan hak Akta.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Anugerah dari SPAD

KTMB received award from SPAD on best innovation (rail).. Ladies coach.
(Hj Hilmi Senior Vice President technical)

-Admin

20 November 2015

MAJLIS BERSAMA PUSAT (MBP)

Kali terakhir Majlis Bersama Pusat ialah pada 13 Disember 2013 yang telah mencetuskan pertikaian. Sehingga tarikh tersebut tiada lagi Majlis Bersama Pusat.

Alhamdulillah, Majlis Bersama Pusat akan diadakan pada 24.11.2015 yang akan dihadiri 23 pemimpin RUM serta semua pengurusan tertinggi KTMB.

Majlis Bersama Pusat (MBP) ini adalah platform perundingan tertinggi diantara RUM, SOA dan KTMB, yang mana di Pengerusikan oleh Presiden KTMB dan Timbalan Pengerusinya adalah Presiden RUM, Majlis ini adalah mewakili semua warga KTMB dengan agenda perbincangan adalah perkara yang melibatkan isu dasar.

Majlis ini juga adalah satu peringkat perundingan tertinggi bagi menjalinkan keharmonian perusahaan serta usaha meningkatkan kerjasama bagi memajukan KTMB, majlis ini juga boleh mewujudkan pertikaian sehingga tindakan perusahaan diambil sekiranya kata putus dalam sesuatu isu tidak dapat diselesaikan.

RUM akan mengemukakan 2 kertas kerja untuk dibentangkan serta menyemak semua item dalam perkara-perkara berbangkit, perkara-perkara berbangkit adalah subjek biasa dalam mana-mana proses permesyuaratan.

In Syaa Allah, Majlis Bersama Pusat akan berjalan dengan lancar demi mengeratkan hubungan Keharmonian Perusahaan disamping matlamat RUM tidak pernah terkeluar dari visi RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

The WFTU in solidarity with the working class of Italy ahead of the Public Sector Strike on November 20th, 2015

18 Nov 2015

ITALY, SOLIDARITY, USB

The World Federation of Trade Unions representing currently 92 million workers in 126 countries conveys its fraternal salutation and extends its solidarity to the working class of Italy which organizes a Strike in the Public Sector on 20 November 2015.

The WFTU supports its affiliate, the Unione Sindacale di Base (USB) joins its voice with the workers in Italy demanding their fair rights against the onslaught of the anti-labor policy of the European Union and its Governments which attacks with the same brutality the workers either in the public or the private sector.

The working class in each country organized in its militant, class-oriented and democratic trade unions, with internationalist solidarity and in social alliance with the poor farmers, self-employed, youth and women movement has the power to overthrow this policy and open the way for the alternative in favor of the people, a world without exploitation and capitalist barbarity, a world of prosperity and peace.

THE SECRETARIAT

19 November 2015

SIMPAN MUKA DALAM POKET

Begitulah mana-mana Kesatuan pun, lumrah melalui pengalaman yang dilalui.
Satu kenyataan yang terbaik, setiap pemimpin kesatuan samada di dalam negara mahupun di luar negara mengalami situasi yang sama.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


________________________________________________

SIMPAN MUKA DALAM POKET

Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan yuran bulanan pada 28/11/2015..seperti biasa macam-macam tohmahan, makian dan segala persoalan juga timbul. Bab yang takde kena mengena pun timbul. Ada juga yang main campak2 je pekeliling tu kat muka saya, ada yang bersuara kuat seolah-olah menjatuhkan air muka saya di kalangan ahli dan pegawai yang lain, ada yg langsung tak pandang pun muka saya(ade ku kesah!!)...macam2 perangai duk ada..yg kecam saya pun ada.

Sebelum ni..segala pekeliling NUBE saya hanya sampaikan melalui emel pun ada yang kesah kata saya jadi IRC makan gaji buto..hakikatnya jangan kata 1%..tapi 1 sen pun saya tak dapat..setiap yg saya buat semata2 kerana kesatuan yang selama ini membela nasib ahli2 yang tak pernah berterima kasih...yang hanya tahu goyang kaki je tunggu ca sign..kalo tak sign korang maki lagi..itu tak kena...ini tak kena...begitu tak kena...begini tak kena.

...boleh dikatakan semua aktiviti yg kesatuan lakukan salah di mata korang..hah!!part kenaikan gaji..kenaikan elaun cola..kenaikan child care..segala kenaikan lagilah yang baru2 ni CA kita sign tu,takde plak korang bising eh..sepatutnya bila dengar berita kenaikan gaji dan lambakan benefit yang korang dapat neh..pegi la bunuh diri ke terjun lombong ke...ambik muka tu simpan dalam poket!..malu weh...tak malu ke korang makan hasil pengorbanan orang lain??? Bukan setakat perjuangan malah pengorbanan. Kalo kat mulut kemain lagi cakap one for all...all for one...tapi hakikatnya.....?!?!

Masa nube buat event, buat mandat, buat taklimat... korang cakap sibuk kononnya tak dapat hadir..ada hal itu..hal ini...hal begitu...hal begini..pendek kata kalah pak menteri lah korang punya sebok tuh!!!bila dijemput tak datang..bila tak dijemput kesah pulak nak datang..kata pulak kesatuan tak jemput. Yang kecik hati..kecik hempedu semua ada.

Sampaikan pucuk pimpinan pun korang pertikaikan kata tak layak jadi pucuk pimpinan...tapi korang sedar tak..yang tak layak tu la melayakkan korang menikmati lambakan faedah yang korang dapat selama ni. Sebab tu saya kata..sila simpan muka korang dalam poket. Hakikatnya korang yang tak layak duduk dalam kesatuan ini.

Sila sedar diri dimana kemanisan yang sedang korang nikmati sekarang takkan selamanya manis. Sekarang kita semua berada di zon selesa di bank..tetapi sedarkah kita ada kawan2 kita yang sudah merasa bahang... kot esok lusa kita plak yang terima bahang tu. Siapa tahu???Korang ingat bos yang sekarang ni baik dengan korang..selama-lamanya akan ikut bontot korang?Haalooo..dia pun ada bontot sendiri nak jaga.

Oleh itu...saya menyeru kepada yang rasa2 diri tu masih ahli Nube..SILALAH SEDAR DIRI! Kerana sikap sedar diri tuh yang akan bantu peningkatan taraf dan maruah kita kelak!!! Mengkritik tidak salah bila kena pada tempatnya. Jangan bunyi macam lalat hurung taik tapi bila disuruh ke depan semua jadi tikus jadian.

Titik.

18 November 2015

KESAH HUTANG

Paling takut ialah hutang dengan ahli-ahli RUM, jenuh nak jumpa setiap orang nak minta halalkan, maklumlah duit RUM adalah duit ahli-ahli RUM melalui potongan yuran, tambah-tambah ajal maut bukan tangan kitakan...

(Ingatan ini untuk diri sendiri juga)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

17 November 2015

GERAM

Amboi YB ikut sedap mulut je, lepas tengkuk salahkan KTMB kemudian kaitkan dengan harga tambang komuter...


YB jangan macam tu tak baik, RUM nasihatkan buatlah "homework" dulu sebelum buat kenyataan, malu tau... nama pun YB... mesti lebih bijak dari kami...

Letih ler....

Lepas tengkuk... jadikan KTMB kambing hitam, senang kerja macam ni YB....

Adoiiiiiii.......

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PEKERJA VS PENGURUSAN (Generasi "Y")

Kedua-dua pihak adalah sangat penting, saling berganding bahu untuk kepentingan Syarikat, hubungan dan kekeraban seperti saudara perlu dalam menjalinkan hubungan, jalinan hubungan yang baik akan memberi impak yang sihat untuk meningkatkan produktiviti.

Sesekali jangan beranggapan bila duduk ditempat pengurusan maka diri menganggap "I am the boss", kerana ini akan meminggirkan hubungan persaudaraan, khususnya pada generasi muda atau generasi "Y".

Sifat "dendam" adalah tidak sihat, sifat beranggapan "pekerja junior" adalah "budak-budak" atau mudah diperlekehkan hendaklah dijauhkan, setiap individu pekerja samada baru masuk kerja atau yang sudah lama bekerja statusnya tetap seorang pekerja dan juga seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan.

Kenali mereka, fahami mereka, rapatkan diri dengan mereka, maka hubungan akan menjadi mesra kerana mereka ini adalah juga seorang insan yang kita sebagai generasi lama boleh menganggap adik atau mungkin anak.

Tidak salah memberi teguran, tidak salah juga memberi nasihat, sekiranya mereka ini melakukan kesilapan, cuma teguran serta nasihat yang membina, teknik teguran yang boleh diterima, kerana mereka juga sudah dewasa dan perlu dihormati.

Justeru itu hubungan dengan pekerja muda atau generasi "Y" pewaris KTMB perlu dititikberatkan, mereka pemangkin untuk kemajuan KTMB masa depan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

UNDIAN BAJET 2016 (GAJI MINIMA)

RUM merakamkan terima kasih kerana meluluskan BAJET 2015.

Dari kacamata RUM mengenai aspek pekerja ada 2 perkara yang RUM lihat memberi kebaikan.

1. Gaji Minima RM 1000.00 untuk Negara

Maka dengan kelulusan ini semua Pekerja Swasta akan menikmati gaji minima RM 1000.00.

2. Gaji Minima RM 1200.00 untuk Penjawat  Awam.

Satu kenaikan yang baik, RUM mengucapkan tahniah kepada Penjawat Awam

Maka pada pandangan RUM kelulusan ini sangat penting untuk meningkatkan Gaji Minima, walaupun pada dasarnya Gaji Minima untuk Negara masih rendah di bawah paras tuntutan MTUC.

Justeru itu dari aspek Pekerja khususnya untuk kepentingan ahli-ahli RUM, RUM merakamkan penghargaan terima kasih khususnya kepada Kerajaan Malaysia meningkatkan Gaji Minima Negara dan Penjawat Awam

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

16 November 2015

MESEJ YANG DITERIMA MELALUI WHATSAPP

Assalamualaikum Tuan.. Apa kabar....
Sekadar bertanya.. Adakah KTMB akan di pecah pecahkn menjadi anak syarikat.. Apa yg saya dgr sekarang ni pun telah berjln membuat kertas kerja.. Bagaimana dgn RUM.. Menakutkn keadaan sekarang...😪😪

KOMEN RUM

Ada kenyataan telah pun dipaparkan dalam Suara RUM boleh rujuk dalam kenyataan sebelum ini, dalam taklimat di utara pada ahli-ahli RUM penjelasan telah diberikan, maka itu setiap penulisan RUM sebaiknya di baca dah difahami, ada kala tulisan RUM lebih bersifat "bayangan" atau "clue" tidak secara tepat, namun setiap tulisan pasti ada kaitan diantara satu sama lain.

Dalam hal yang sedemikian RUM sentiasa peka terhadap persekitaran dalaman mahupun luaran, cuma tahap kerisauan sekiranya wujud tidak membimbangkan.

Mesej jelas tersirat ialah:-

"Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Untuk mudah rujuk kenyatan Suara RUM sila ke blog Suara Rum



Suararum.blogspot.com

JADUAL (ROASTER) "PENYELIA VS PEKERJA"

Gambar Hiasan
Setiap pekerja hendaklah dijadualkan kerjanya mengikut peruntukan yang terdapat di dalam Perjanjian Bersama.

Penjadualan kerja adalah selaras dengan Akta Kerja dan ianya menjadi sebahagian daripada peruntukan undang-undang.

Maka tiada mana pihak boleh mengubahnya secara sesuka hati bilamana penjadualan waktu kerja yang telah ditetapkan.

BUDIBICARA

Sekiranya samada pengurusan khususnya Penyelia bersama-sama Pekerja bersetuju atas dasar Budibicara Bersama atau ayat pasar "MINTA TOLONG", atau "Persetujuan Bersama" maka kelonggaran boleh diberikan.

Maka itu paling tepat ialah bahasa dengan ayat "MINTA TOLONG" kerana "BAHASA MENUNJUKAN BANGSA", maka ayat "minta tolong" ini sangat mujarab dari bahasa "ARAHAN". 

Arahan tidak boleh digunapakai sekira waktu kerja telah dijadualkan, arahan hanya terpakai ketika menjadualkan waktu kerja, penjadualan waktu kerja itu merupakan arahan dan bukannya selepas penjadualan waktu kerja, kerana ianya telah di undang-undangkan.

Dalam saat "PEMULIHAN KTMB" hubungan melalui ayat "MINTA TOLONG" dengan "BAHASA TOLENRANSI" adalah sangat sesuai di amalkan, kerana Bahasa Undang-Undang kalau kita amalkan boleh mengakibatkan suasana yang suram serta boleh menjejaskan produktiviti malah menghakibatkan pergeseran antara ke dua-dua pihak khususnya yang berjawatan "Penyelia dan Pekerja Bawahannya". Maka itu amalan "Minta Tolong" adalah sewajarnya dijadikan satu amalan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

14 November 2015

BERGADUH DAN HARMONI

Dulu masa pertikaian, ramai yang mengatakan RUM ni kerja dia asyik bergaduh, bila RUM menjalinkan hubungan harmoni, lain pula kenyataan yang timbul dengan mengatakan RUM ini yellow union.

"BERGADUH" bahasa pasar atau bahasa Kesatuan Sekerja ialah "PERTIKAIAN" mesti berlandaskan sebab yang munasabah, melalui "TEMPOH" yang munasabah, sekiranya tiada sebab yang munasabah tanpa tempoh yang munasabah maka ianya adalah salah malah boleh bertentangan dengan undang-undang kerana tidak boleh disabitkan sebagai "PERTIKAIAN".

Pendirian RUM lebih jelas kepada "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" seperti mana pernah terjalin di bawah Pengerusi Exco KTMB, Dato' Mohd Nor Idrus, Pengarah Urusan KTMB, Dato Mohd Salleh Abdullah dan Pengarah Urusan KTMB Dato' Abdul Radzak Abdul Malek.

RUM sentiasa menitikberatkan kepada Keharmonian Perusahaan, kerana jalinan kerjasama antara Pengurusan dan RUM mestilah di dahulukan, prinsip ini kekal sampai bila-bila kecuali "PERTIKAIAN" terwujud.

Justeru itu Keharmonian Perusahaan yang terjalin antara Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dan RUM sehingga setakat ini berjalan dengan sangat baik, pihak RUM sentiasa berusaha mengekalkan ikatan Keharmonian Perusahaan malah akan membantu usaha-usaha Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB.

RUM ingin melihat KTMB dipulihkan demi kepentingan semua Pekerja KTMB khususnya Warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

13 November 2015

CADANGAN DARI PEKERJA (Mesej dalam inbox, menarik untuk dipaparkan)

"AsSalam ..

"Sudah sampainya masa hari dan seterusnya perubahan sikap pegawai terutama peringkat wilayah mesti main peranan utama dalam kongsep menjayakan "coustemers is All Right". 



"MAKA dasar mengatasi dan memudahkan perlu dijadi budaya dan amalan kerja atau kerja amal yang terbaik dalam memberi khidmat dan kepercayaan kepad pelanggan.

"Idea yang benar walaupun pahit ini perlu disedari oleh peringkat pegawai-pegawai kita khususnya pegawai-pegawai wilayah mesti menggerakkan exsekutifnya untuk sama kehadapan sebagai pegawai khidmat pelanggan mengatasi bersama dan memudahkan urusan.

"Kuasa ini perlu diberikan atau ditugaskan pegawai-pegawai terlibat dibarisan hadapan bukan sahaja berada dipejabat menyembunyi diri konon mereka orang pejabat, atau pegawai pejabat dirasakan tidak semestinya 24 jam dipejabat atau out station.

"Kita ramai eksekutif yang diperuntuk disatu wilayah masing-masing, gerakan mereka bersama dan juga perlu juga diPAMIRkan nombor telefon mereka pegawai-pegawai bertugas wilayah yang diberi kuasa dipaparkan disetiap stesen dan kaunter-kaunter khidmat pelanggan sebagai rujukan jika sesuatu masaalah dihadapi.."mengatasi dan memudahkan bagi kepuasan pelanggan.

"Mohon tuan perkara yang dicadang dpt diambilkira yang seolah satu gembelingan bersama tenaga dan fikiran bersama turun padang mmbantu dalam meningkat Imej KTMB kita yang harapkan dapat memberi satu khidmat yang terbaik untuk pelanggan kita.

"Kita perlu berubah dari sekarang. Kita jangan salahkan orang lain yang berjaya jika kita tidak mahu berubah. Buanglah budaya kerja lama yang merugikan syarikat khusus KTMB kita yang kiya sayangi.

Mohon maaf..mohon mencadangkan."

Kenyataan ini menjadi milik kenyataan rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

SALAH LAKU (CUSTOMER ALWAYS RIGHT)

RUM ingin nasihatkan kepada ahli-ahli RUM dalam menjalankan tugas ketika berhadapan dengan pelanggan kita harus banyak bersabar, kita perlu melayan pelanggan dengan baik dan sopan.

Kita sedar adakala pelanggan mewujudkan provokasi kepada pekerja yang khususnya bekerja secara terus dengan pelanggan, namun kita selaku pekerja tidak boleh terikut-ikut rentak pelanggan yang sengaja atau tidak sengaja mewujudkan provokasi.

Tahap kesabaran yang tinggi, ketahanan mental yang sangat kuat diperlukan, sekiranya kita gagal maka kita bukan sahaja menjejaskan imej KTMB tetapi kita selaku pekerja boleh diambil tindakan tatatertib.

Justeru itu RUM memohon kepada semua pekerja khususnya ahli-ahli RUM tolong kawal perasaan dan utamakan pelanggan, perkhidmatan yang baik akan menaikan imej KTMB seterusnya mampu melonjakkan nama KTMB, kita dalam proses pembaikpulihan, maka semua pihak perlu beri kerjasama yang baik.

RUM juga berharap pihak pengurusan pertengahan bijak memainkan peranan dalam pengaturan kerja serta bijak dalam "problem solving" bagi mengatasi masalah yang wujud khususnya yang terlibat dalam "sistem tiket" dan "khidmat pelanggan", perlu sedar bahawa pekerja yang terlibat sentiasa berdepan dengan provokasi sehingga boleh menghilangkan kesabaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

11 November 2015

ISTILAH "KULI", "BUROH" & "PEKERJA"

Sebagai pemimpin kesatuan sekerja, saya lebih gemar guna perkataan  "KULI", walaupun gabungan Kesatuan Sekerja induk mengiktiraf perkataan "BUROH", bagi kerajaan pula mengistiharkan perkataan "PEKERJA" kepada mereka yang bekerja "MAKAN GAJI". 

Sebelum di istilahkan dengan nama "PEKERJA" ianya lebih di kenali dengan nama "BUROH", istilah "PEKERJA" yang diiktraf namanya oleh kerajaan maksudnya lebih "MANIS", "SOPAN" dan seolah-olah ianya "SANGAT DIHARGAI".

Istilah memainkan peranan, cuma adakah istilah benar-benar di gunapakai?

Kalau ianya digunapakai maka hari ini "PEKERJA" dengan ayat "MANIS @ SOPAN" pasti dihargai. Adakah kita benar-benar dihargai?

"BUROH" boleh digunapakai tapi ianya masih di anggap definasi "STABIL" mempunyai dua (2) maksud iaitu samada di hargai atau tidak dihargai. Boleh juga dianggap ada "KEBANGKITAN" tapi tidak cukup untuk "PERJUANGAN".

Tetapi "KULI" lebih luas maksudnya untuk mewujudkan "KESEDARAN" dikalangan "BEKERJA MAKAN GAJI", bila-bila masa boleh teraniaya, tidak dihargai dan keringatnya diperah untuk kepentingan Majikan.

"KULI" lebih tepat kerana kita "SEDAR" siapa "KITA", tiada apa yang perlu dibangga kerana kita boleh bila-bila masa "TANPA SEDAR" telah dianiaya, "KULI" akan membuat kita tidak leka dan sentiasa "SEDAR & PEKA" tidak sesekali "RASA SELESA" dalam keadaan yang ada, sebaliknya sentiasa "BANGKIT" untuk mempertahankan "HAK" seorang "KULI" malah bersedia bila-bila masa untuk "BERJUANG".

Maka itu saya lebih gemar dan tanpa malu untuk mengunakan perkataan "KULI" untuk terus berjuang untuk kepentingan "PEKERJA", andai semua sedar bahawa "BEKERJA MAKAN GAJI" itu "KULI" maka tidak mustahil tak kira apa "IDEOLOGI" sekalipun, mereka akan bergabung tenaga untuk berjuang demi kepentingan "KAUM PEKERJA" di negara ini.

Pokoknya tak kira apa sebutan kita perlu ada "KESEDARAN" untuk "BANGKIT"! "BERJUANG" demi kita "GOLONGAN MAKAN GAJI"!. Tanpa "KESEDARAN", "KEBANGKITAN" dan "BERJUANG" kita tidak akan kemana, kita hanya golongan yang "MERUNGUT" atau lain perkataan kita "REDHA" dengan apa yang kita ada, kerana "KULI" yang sebenar tiada rasa "GENTAR dan TAKUT" demi berjuang untuk kepentingan Pekerja dan ianya terletak kepada semua golongan yang mengenali dirinya seorang "KULI".

Pandangan
Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

09 November 2015

HAPPY DIWALI

Bagi pihak Majlis Exco RUM, kami mengucapkan Happy Diwali pada semua Ahli RUM dan Rakan RUM yang berugama HINDU.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

USAHA BERTERUSAN

Usaha berterusan oleh Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Sokongan Lembaga Pengarah KTMB di ketuai YB Dato Ir Nawawi Ahmad berganding bahu untuk menjadikan KTMB sebagai sebuah Pengangkutan yang hebat melalui peningkatan ilmu dengan kerjasama UUM.



Hasrat Terbaik ini mendapat sokongan padu dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Makanya suara "PASAR" sekadar suara pasar yang tiada membawa sebarang pengertian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Kenyataan Kelab Peminat Keretapi & Komen Presiden KTMB

Rum terbaca kenyataan tersebut dalam komen group Intercity dan Group Sahabat KTMB.
Penjelasan RUM



1. PRINSIP RUM
RUM sentiasa akan mempertahankan mana-mana Tren samada Intercity, Kargo, ETS, Komuter atau apa nama tren sekalipun atas nama pengekalan Keretapi Tanah Melayu Berhad itu.

2. Terima kasih kepada kelab peminat Keretapi yang membangkitkan perkara ini.

3. Sepengetahuan RUM bahawa tiada penamatan perkhidmatan Tren Intercity dalilnya Kerajaan melalui MOF telah mengawardkan "pembaikpulihan koc", ini membuktikan koc yang digunakan oleh Tren Intercity masih terus beroperas.

4. Walaupun ada kenyataan dari Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB untuk menamatkan perkhidmatan Intercity, tapi kenyataan itu berupakan penjadualan tren yang lebih efektif yang mampu mendatangkan hasil.

5. RUM melihat kenyataan ini berupa satu kenyataan untuk memastikan Kerajaan menyuntik Sumber Kewangan bagi memastikan Tren Intercity terus beroperasi, kerana harga tambang bagi Tren Intercity telah tidak dinaikan sejak 20tahun yang lalu atau lain perkataan kenaikan tambang tren Intercity perlu dinaikan bagi menampung kos operasi Tren Intercity.

6. Seperti para 1, RUM akan mempertahankan KTMB demi kepentingan Pekerja, Rakyat dan Negara, maka RUM akan mendesak Kerajaan untuk menyuntik perbezaan kos tambang dan operasi Tren Intercity di tanggung oleh Kerajaan atau memberi kenaikan harga tambang yang munasabah atau kos sebenar kepada harga tambang KTMB.

7. Maka itu tidak ada isu timbul mengenai Penamatan Tren Intercity, sekiranya ada RUM akan mempertahankan Tren Intercity demi mengekalkan operasi Tren Intercity kerana implikasi besar akan berlaku kepada ramai pekerja KTMB sehingga pengurangan pekerja kerana tiada perkhidmatan Tren Intercity.

Konklusinya

RUM tidak sesekali membenarkan pemberhentian Tren Intercity waima apa terjadi sekalipun, namun yakin perkara ini tidak akan terjadi kerana Kerajaan tidak akan membenarkan perkara yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan rakyat Malaysia.

RUM sentiasa berjuang untuk:-

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

08 November 2015

KTMB Terus Berjaya

TAHNIAH

Satu lagi kejayaan KTMB
Daripada
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Terima kasih kepada JK Cawangan Alor Setar

Bagi pihak Majlis Exco kami merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Cawangan dan Ahli-Ahli Cawangan Alor Setar.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Komuter: KTMB masih rugi RM60 juta

MUKADIMAH: PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad (gambar) mengikuti komen-komen dari Facebook dan WhatsApp sebaik sahaja pengumuman kadar tambang baharu perkhidmatan komuter KTMB kelmarin.

Kenaikan baharu itu adalah daripada 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bermula 2 Disember depan. Ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

“Riuh dalam FB ‘post’ kan kenaikan 4 sen ini, kata mereka pasal apa nak naik sedangkan kerajaan telah kenakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).

“Tetapi dengarlah dahulu penjelasan kami (KTMB) mengapa keputusan ini terpaksa dibuat,” kata Ir. Nawawi yang juga Ahli Parlimen Langkawi kepada wartawan Utusan Malaysia ZULKIFLI JALIL dan MOHD. AZRAIE MD. YUSOF di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, kelmarin.

Boleh Datuk terangkan tentang operasi harian Komuter?

IR. NAWAWI: Setiap hari, KTMB menyalurkan 253 trip (perjalanan) perkhidmatan komuter dengan kadar penggunaan 140,000 orang. Dalam setahun, 51.1 juta penumpang. Sebanyak 53 stesen komuter beroperasi melibatkan empat aliran dua hala Rawang-KL Sentral sejauh 33 kilometer (km), Batu Caves-KL Sentral (14 km), Pelabuhan Klang-KL Sentral (43 km) dan Sungai Gadut-KL Sentral (82 km).

Sebelum kenaikan ini adakah KTMB sendiri ada mengutarakan cadangan kadar tambang tertentu?

IR. NAWAWI: Ya, sebenarnya KTMB minta kerajaan naikkan tambang komuter sehingga 20 sen kerana kami ketika ini masih menanggung kerugian kira-kira RM110 juta kesan kenaikan 5 sen sebelum tahun 2003.

Namun Kabinet hanya meluluskan kenaikan 15 sen. Dengan naikkan dari 11 ke 15 sen bermakna kerajaan kena beri subsidi 5 sen kerana kos adalah 20 sen satu km.

Dalam keadaan KTMB masih menampung kerugian kira-kira RM60 juta (kesan kenaikan tambang baharu ini), kerajaan pula masih sanggup membiayai (menampungnya) dalam bentuk subsidi.

Mengapa tambang komuter ini perlu dinaikkan?

IR. NAWAWI: Ini bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaraan yang meningkat setiap tahun. Sebenarnya sudah 12 tahun tambang ini tidak naik. Dengan gaji pekerja setiap tahun yang semakin meningkat dan kos penyelenggaraan memang tidak tertanggung, kami fikir ia suatu keperluan. Katakan dulu baiki tayar (komuter) naik sekitar RM100, tetapi kini naik RM200. Alat-alat ganti pula kena import dari China. Keadaan diburukkan dengan nilai mata wang Malaysia turun 30 peratus.

Tetapi bagi saya, kerajaan masih sayangkan masyarakat di bandar dengan hanya 4 sen kenaikan setiap kilometer ini.

Lagipun, dalam pengiraan kos KTMB ini, kita tidak ambil kira macam kenaikan elektrik dan air atau dalam bisnes biasa.

Kalau dilihat dari segi kos perbelanjaan sahaja, pembelian keretapi capital expenditure sebanyak RM1.8 bilion diberi cara geran oleh kerajaan. Ini memberi maksud subsidi pada tiket tanpa mengenakan kos ini dalam harga tiket. Harga tiket hanya guna operational cost opex iaitu gaji, senggaraan kecil, alat ganti, insurans, elektrik dan lain-lain.

Kalau dikira bisnes, tentu kami akan campurkan kos beli dengan kos operasi, tetapi KTMB tidak buat demikian.

Lebih dari itu, untuk menampung kos operasi (rugi RM60 juta ketika ini), kami tidak mahu buang pekerja. Kebajikan 7,000 pekerja KTMB ini keutamaan kami.

Kemungkinan kenaikan tambang ini bertujuan mengekang aliran keluar pekerja ke syarikat keretapi lain?

IR. NAWAWI: Kita pun tahu MRT akan beroperasi tahun hadapan. Dalam industri keretapi ini, banyak jurutera dan pakar berpengalaman diperlukan dan pihak berkenaan sanggup membayar gaji dua kali ganda. Kalau gaji RM10,000 akan menjadi RM20,000 sebulan, macam mana? Akibatnya KTMB akan alami masalah pakar di masa depan.

Justeru, soal gaji menjadi keutamaan kami yang mana pekerja KTMB patut diberi keseimbangan yang sepatutnya.

Jadi, apa rancangan KTMB untuk menampung kos yang meningkat ini?

IR. NAWAWI: Selain pengumuman tambang baharu ini, kami (KTMB) tubuhkan jawatankuasa bersama pengendali MRT, LRT, ERL dan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) beserta Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) melalui komitmen Unit Pelaksana dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) untuk memohon tarif elektrik khas daripada kerajaan bagi pengangkutan tren di negara ini.

Di tahap mana prestasi perkhidmatan komuter setakat ini?

IR. NAWAWI: Sebelum kerajaan membeli 38 set komuter yang baharu ini lima tahun lepas yang diusahakan atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketepatan masa operasi ialah 17 peratus, tetapi kini telah mencapai 98 peratus.

Apa perancangan masa depan KTMB?

IR. NAWAWI: Masalahnya dalam Lembah Klang ini adalah penggunaan trek lama yang berusia 25 tahun, nipis dan tidak stabil. Ini diburukkan lagi dengan kedudukan stesen hentian Komuter ini berada di kawasan banjir disebabkan himpitan pembangunan kawasan sekitarnya dengan pembinaan bangunan baharu. Ini menyebabkan kami terpaksa tambun trek ini ke tempat yang tinggi. Jadi, kerajaan telah luluskan peruntukan untuk melaksanakan pembaharuan dalam tempoh tiga tahun setengah ini.

Kami juga merancang membuat projek hilangkan bottle neck di KL Sentral yang akan dilaksanakan dalam projek RM1.4 bilion tahun depan yang dimasukkan dalam skop kerja. Projek RM10 bilion pula belum ada bajet tetapi kami sudah maklumkan kepada kerajaan untuk buat lencongan (bypass) dari Serendah ke Pelabuhan Klang dan dari Pelabuhan Klang ke selatan demi untuk memberi laluan lancar pada aliran kargo antara utara dan selatan tanpa melalui KL Sentral seperti sekarang. Sebab itu ada penumpang merungut mengapa komuter tiba-tiba kena berhenti. Ini adalah kerana bottle neck sedia ada yang terpaksa menunggu keretapi lain lalu.

Projek RM10 bilion lencongan itu sangat perlu di masa hadapan jika hendak lancarkan urusan kargo dalam negara antara Thailand, Malaysia, Singapura dan juga utara seperti Myanmar, Laos dan Vietnam kerana bottle neck yang ada di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini hanya memberi window (tingkap) 4 jam operasi kargo iaitu pukul 1 pagi hingga 5 pagi. Selepas itu tren penumpang akan menggunakannya. Walaupun sudah ada laluan yang lancar dari Padang Besar ke Kuala Lumpur dengan trek berkembar tetapi masih ada kekangan untuk kelancaran kargo dalam bandar raya Kuala Lumpur.

sumber: Utusan

07 November 2015

FLASHMOB (HERO KONON)

Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat.


Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya melihat dari satu aspek, tapi sedar ke mereka? KTMB adalah sebuah Syarikat berentitikan "SWASTA", dalilnya KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat. Maksudnya KTMB bukan lagi di bawah "PENTADBIRAN KERAJAAN".

Namun kedudukan KTMB di bawah sektor "SWASTA" masih di kawal oleh kerajaan khususnya dari segi "Kenaikan Harga Tambang", bila di kawal maka KTMB tidak mampu berdikari.

Andai mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan "kenaikan harga tambang"? maka RUM cadangkan mereka dari kumpulan mana, persatuan mana, politik mana, desaklah Kerajaan, kembalikan KTMB kepada "Sektor Awam".

RUM cadangkan pada kumpulan ini supaya "flashmob" atau "berdemontrasi"lah hari-hari, RUM akan bersedia bersama mereka ini, demi memastikan nasib pekerja KTMB terbela, KTMB terus kekal sebagai entiti pengangkutan awam serta di bawah pentadbiran awam. Kalau ini di laksanakan baru di katakan "HERO", kalau tidak pi main jauh-jauh.

Jangan hanya bercakap pasal "tambang"!, nak jadi "HERO!" kononnya memperjuangkan hak rakyat, tapi tidak memperdulikan kesengsaraan pekerja KTMB yang juga rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

06 November 2015

FLASHMOB

Awat masa 6000 Pekerja Mas di tamatkan perkhidmatan kumpulan ni tak buat flashmob?

Tau ke pekerja MAS ada anak juga belajar ke Universiti?

Kalau terjadi apa2 kepada pekerja KTMB macam pekerja MAS, kumpulan ni nak bagi makan ke kat pekerja keretapi?

Masa 97 orang pekerja KTMB di buang kerja demi Selamatkan KTMB mana pi kumpulan ni?


Pekerja KTMB juga ada anak, belajar kat Universiti, nak tanggung anak dengan gaji bawah pasaran, awat tak fikir tang ni...

Hangpa masih belajar... masih ditanggung mak bapak... belum jadi pekerja... bila jadi pekerja gaji rendah... hangpa baru tau lah...


Cukup-cukuplah duk flashmob...

Bukan tak boleh... tapi tenguk mana aspek yang perlu bantah, jangan semua pakai borong..

Adoiiiiiiiii....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

FLASHMOB

RUM telah menerima info bahawa ada satu kumpulan membuat Flashmob mengenai kenaikan tambang Komuter.



RUM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan yang sama dengan mengadakan Flashmob menyokong kenaikan harga tambang komuter.

RUM tetap berpendirian demi kepentingan KTMB dan Pekerja maka RUM bersedia mengadakan Flashmob sebagai tidak balas tenhadap bantahan yang di buat.


Kami menyokong Kerajaan menaikan tambang Komuter! Kenaikan ini adalah rendah hanya sekadar survival KTMB dan Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

USAHA TERPUJI

Satu lagi usaha bakal menjadi kenyataan ialah menjadikan Malaysian Railway Academic (MYRA) sebuah Universiti KTMB, kini MYRA telah setaraf kolej bakal mengeluarkan Sijil bertaraf Diploma. 


Sebelum ini MYRA pusat pendidikan untuk pekerja KTMB pernah dikenali sebagai Pusat Latihan Keretapi, kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Latihan Keretapi.

Usaha-usaha menjadikan MYRA sebagai sebuah Universiti sedang giat dijalankan, usaha ini untuk melahirkan pekerja KTMB bertenaga mahir dan berkelulusan, malah peluang ini akan terbuka luas kepada pelajar-pelajar dalam negara malah akan melibatkan syarikat keretapi negara-negara asean.

Sekiranya ianya menjadi kenyataan, maka ianya akan melakar satu sejarah dalam KTMB semenjak Keretapi dilahirkan 130 dahulu.

Sejujurnya inilah impian Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB ketika beliau ditawarkan jawatan sebagai Presiden KTMB, maka impian ini akan menjadi seluruh impian warga KTMB.

Semoga ianya menjadi kenyataan...
In Syaa Allah

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

05 November 2015

KENYATAAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB Dato Ir Nawawi Ahmad

Satu kenyataan atau jawapan yang paling tepat, RUM sendiri mengetahu perkara ini dan RUM menyokong penuh kenyataan ini.




Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB