RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 September 2016

PERJANJIAN BERSAMA KE 8

RUM merasa terkilan dengan Lembaga Pengarah KTMB, yang mengambil masa yang sangat lama untuk membuat keputusan dalam meluluskan Perjanjian Bersama ke 8.

Sedarkah Lembaga Pengarah KTMB bahawa pekerja KTMB kadar gaji yang diterima adalah rendah berbanding sektor awam, malah pihak consultant yang pernah dilantik juga mengakui bahawa pekerja KTMB bergaji rendah mengikut kadar pasaran.

Bulan berganti bulan, malah Mesyuarat Lembaga Pengarah 29.9.2016 semalam tidak memberi sebarang keputusan kononnya ada dokumen yang tidak lengkap maka satu lagi Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan pada minggu ke empat (4) bulan Oktober 2016 yang akan membincangkan Perjanjian Bersama ke 8.

Ibarat kata... Kalau orang mengandung sembilan (9) bulan sepuluh (10) hari dah bersalin, ini dah boleh dikatakan "BUNTING GAJAH".

RUM melihat seolah-olah Lembaga Pengarah begitu cerewet malah boleh dianggap tidak mempercayai "PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN" yang telah membuat keputusan secara "PERSETUJUAN BERSAMA" dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, sekiranya ini benar maka ianya sangat-sangat mengecewakan.

RUM merayu kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB agar dapat menyegerakan kelulusan Perjanjian Bersama ke 8, agar ianya segera diangkat ke Kementerian Kewangan untuk kelulusan selanjutnya.

Disedari bahawa kelulusan Kementerian Kewangan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan, maka kelulusan segera dari Lembaga Pengarah KTMB perlu disegerakan, sekiranya kelewatan terus berlaku akan menyebabkan pekerja seolah-olah ditindas oleh Lembaga Pengarah KTMB dengan beban kos kewangan yang meningkat untuk kelangsungan sebuah kehidupan malah mampu menjejaskan produktiviti syarikat, secara lansung Lembaga Pengarah KTMB adalah punca kepada kelembapan produktiviti KTMB.

Justeru itu RUM berharap YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mampu menggesa Lembaga Pengarah KTMB meluluskan Perjanjian Bersama ke 8, kesudian YB Dato Ir Nawawi Ahmad dalam menyegerakan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, kerana RUM sedar bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad sendiri pernah mengakui bahawa pekerja KTMB bergaji rendah maka pasti dengan kedudukan sebagai YB (Ahli Parlimen Langkawi) yang sentiasa melihat kepentingan rakyat maka ia juga akan melihat kepentingan pekerja selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PINJAMAN UNTUK PEMBUANGAN KERJA (KEMELUT)

Masih ramai yang tidak membayar pinjaman kembali, sedangkan ianya adalah wang RUM, hutang tetap hutang... wang ini adalah wang ahli-ahli... tak takut ke dituntut dikemudian hari.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


29 September 2016

SETUJU DAN TIDAK SETUJU

SETUJU DAN TIDAK SETUJU

Setuju kerana Presiden Cuepacs bercakap bagi pihak gabungan yang mewakili penjawat awam yang menjadi ahli kesatuan sekerja.

Tidak setuju kerana sebagai Presiden RUM pekerja KTMB makin ketinggalan jauh malah CA 8 pun belum selesai, kalau nak naik angin dengan pengurusan KTMB dah naik angin, tapi "SABAR" masih ada lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB


JAWAPAN KEPADA PERSOALAN

RUM TETAP RUM
Cam mana dulu.. itulah RUM..
RUM tetap sama...
Bergerak...
Tak kira secara terbuka...
Maupun tanpa bicara...

Ahli tak perlu risau..
Cuma gerak langkah berbeza...
Tidak ketara..
Tapi tetap membara..

Barisan kepimpinan RUM..
Sedar.. malah tidak pernah leka..
Sekali leka..
Bencana menimpa..

Jauh perjalanan..
Penuh ranjau dan duri..
Bergetah sana sini..
Hebatnya... tidak terkata..
Namun..
Matlamatnya...
Berjuang...
Dengan jayanya...

RUM TETAP RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TOPIK SUNGGUH MEMALUKAN

Di bawah ini jawapan balas dari Pengurus Wilayah Tengah KTMB (PWc Mus Zack) dalam komennya di Suara RUM diangkat sebagai topik untuk menjawab kenyataan melalui akhbar yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia.

Dalam kenyataan selanjutnya sambungan komen dari PWc Mus Zack juga dipetik dan dipaparkan di bawah ini :-

"Apa yg saya tulis disini hanya tulisan peribadi saya semata-mata dan bukannya perutusan mewakili mana2 entiti."
______________________________________________________

Satu tajuk yg menarik, terima kasih pd wartawan serta rakan sahabat yg terlalu prihatin dan ambil berat. Terima kasih diatas teguran dan perhatian ini.

Merujuk pd tandas stn Salak Selatan, saya dgn unit teknikal telah buat pemeriksaan dan di dapati sistem flushing mengalami kerosakan dimana tekanan airnya rendah.

Walau bagaimanapun tandas itu masih relevan utk digunakan.

Kami telah ambil tindakan menukar sistem flushing dgn sedikit ubah suai akn dilakukan, namun tak tahulah berapa lama ianya boleh bertahan.

Kami harap pengguna juga perlu mengamalkan  sikap kepenggunaan kendiri yg beretika.

Hormati hak awam dan tidak merosakkan harta benda awam.

Kena bentuk rasa hormat pd pengguna lain dan juga pencuci tandas itu sendiri.

Rata-rata tandas tidak ada yg cukup sempurna dan tidak bersesuaian sekiranya kita nak bandingkan tandas awam dgn tandas hotel 5 bintang dan rasanya tidak serasi sekiranya kita nak bandingkan tandas rumah atap rumbia dgn tandas rumah bungalow dan rasannya tidak elok kalau kita nak berkira-kira dgn kemudahan yg ada di bangunan stn yg baru di bina dan beroperasi dgn stn yg sudah puluhan tahun beroperasi dgn ribuan pengguna.

Janganlah begitu.

Mari kita sama-sama menjaga harta kita, sama sama beri idea serta teguran membina moga kita boleh bangkit dgn imej yg baik.

Terima kasih kpd wartawan utusan dan warga pengguna diatas sumbangsih ini.

Kami tidak akan menganggap ini adalah berunsur kepentingan politik maupun sabotaj. Ia adalah merupakan betapa keperihatinan wartawan serta wargapengguna utk melihat kita berubah.

Namun begitu kami juga berharap pd wartawan agar dpt menulis dan mengemukakan ruangan2 pendidikan sivik serta rasa sayang pd harta awam serta ruangan pendidikan kendiri bagi membantu dlm pembentukan sahsiah awam.

Harapan kami juga kpd wargapengguna berubahlah..... tiada upaya mana2 negara sekalipun utk berubah sekiranya minda pengguna dan rakyatnya masih ditahap miskin.

Kami akn cuba penuhi hasrat tetamu kami dgn kos yg kadang2 dilihat tidak dihargai oleh warga pengguna.

Terima kasih pd wartawan yg sanggup menulis sumbangsih satu muka surat penuh diatas tajuk TANDAS "mahal kos satu muka surat penuh ni" sumbangsih anda kami dahului dgn ribuan terima kasih.

Kepada semua warga yg terlibat kami berterima kasih di atas keperihatinan ini.

Pada warga kerja yg mencuci tandas, tugasan anda lebih mulia dari pengguna tandas yg tidak bersyukur diatas kemudahan yg di sediakan.

Anda akn di beri ganjaran di akhirat nanti....In sya Allah.

Terima kasih kpd semua warga prihatin.

Apa yg saya tulis disini hanya tulisan peribadi saya semata-mata dan bukannya perutusan mewakili mana2 entiti.

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB


28 September 2016

SUNGGUH MEMALUKAN

Tidak sewajarnya berlaku, diharap pihak pengurusan KTMB mengambil tindakan segera, sekiranya ianya di bawah penyeliaan kontraktor, harap ditamatkan kontrak dengan kadar segera, sekiranya di bawah mana-mana pegawai KTMB yang dipertanggungjawabkan, tindakan tatatertib hendaklah diambil, jangan membiarkan imej KTMB tercemar kerana kelemahan seperti ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc.

YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato' Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB


23 September 2016

KERJA LUAR NEGARA

Sekadar nak pesan.. bila diamanahkan.. maka ianya tanggungjawab.. maka lakukan tanggungjawab dengan sesempurna mungkin.

Berada diluar negara dengan tujuan "kerja" maka buatlah kerja dengan betul dan bukannya mengambil kesempatan, kerana keluar negara bukan untuk melancung tapi untuk mendapat dan menambah pengetahuan, sekembalinya ke tanahair untuk dikongsi malah dipraktikan.

20.51 Berlin
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

*mohonterasa*


15 September 2016

Larikan semula tren intercity

RUM suka kenyataan ini maka RUM paparkan:

"tentang masalah ETS semalam yang lewat,apa yg saya diberitakan adalah,masalah nya adalah kelewatan oleh tren shuttle JB - Gemas...bukan masalah ETS...ETS tiada masalah apa2,jadi janganlah nak salah kan ETS...
Penyelesaian masalah.

Adakan semula tren Ekspres Peninsular JB - P.Besar,in shaa Allah,masalah akan selesai...sebab peninsular la yang akan pergi dari hujung utara ke hujung selatan..
harap ada berita gembira buat kita nanti😂😂😄😄...."

Semoga tren intercity yang dihentikan perkhidmatan dilarikan semula demi kepentingan rakyat.

Harapan RUM, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Kementerian Pengangkutan Malaysia dapat melihat dan menpertimbangkan kembali semua perkhidmatan tren yang dihentikan.

Keputusan menyokong kenyataan ini selaras dengan keputusan Majlis Exco Kesatuan yang lalu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 September 2016

MASALAH KTMB & TANAH KERETAPI

RUM dah puas menulis mengenai masalah KTMB, dari sudut puncanya sehingga apa yang berlaku kini, kedudukan kewangan yang lemah, tanpa bantuan kerajaan (tiada suntikan kewangan) permainan Kementerian Pengangkutan, harga tambang yang rendah, akibat kelemahan pengurusan yang lalu, biokrasi kerajaan, banyak sangat bapa, RAC dan banyak lagi. Ibarat KTMB adalah anak tiri.

Semua ini masalah yang perlu diatasi, cara bagaimana?

Cara bagaimana ialah seseorang kena betulkan kembali dasar yang ada, sebab dasar yang ada telah jadi cacamerba, sekiranya ini tidak dilakukan maka KTMB akan kekal bermasalah seperti ini atau cara lain kononnya ialah jadikan KTMB hanya sebagai operator sahaja (idea MoT), kerana inilah jalan terbaik (anggapan MoT) kononnya akan memulihkan KTMB.

Anggapan MoT ini tidak boleh diterima oleh RUM, kerana RUM mengandaikan ada agenda yang tersembunyi, tanpa melihat kehendak sebenar KTMB sebagai pengangkutan sosial iaitu kepentingan rakyat.

Justeru itu RUM ingin bagitau kat MoT agar jangan sekadar hanya melihat pembelian dari CHINA tapi fikirkan bagaimana CHINA mampu mengeluarkan lokomotif tanpa mengadai sebarang tanah milik Keretapi China malah INDIA juga tidak mengadaikan tanah milik Keretapi India kerana CHINA & INDIA malah banyak keretapi didunia tidak buat seperti mana Malaysia lakukan hari ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 September 2016

TENDER TERBUKA VS RUNDINGAN TERUS(DIRECT NEGO)

RUM tertarik dengan kenyataan Mantan Menteri Kewangan 2 yang cuba mengekang "RUNDINGAN TERUS" (Directnego), bila RUM membaca kenyataan ini RUM nak "SALUTE" kepada beliau, cukup berintergriti..

Dalam MoT kini cukup popular dengan "DIRECT NEGO" masuk je proposal.. terus nak pertimbangkan... yang kontraktornya kayuh sana... kayuh sini... maka yang jadi mangsanya KTMB.

Track record dalam KTMB dah ada... yang teruknya semua melalui "direct nego" dari pembaikpulihan koc sampailah membeli Set SCS dan ETS.

RUM telah menulis surat berulangkali kepada pihak Kementerian Pengangkutan belilah secara "TENDER TERBUKA" kerana ianya akan memenuhi kehendak spesifikasi dari semua aspek tapi sedihnya sekadar tulis surat @ memberi ingatan, tindakan tetap sama...

Yang jadi mangsa semua pengurusan KTMB dan Pekerja, pengurusan KTMB ibarat "mulut tutup ketat-ketat", yang duk bising ialah RUM, kerana RUM tau semua itu... kerana yang mampu bersuara hanya RUM.

Sudah-sudahlah... buat ikut proses yang lebih telus dan berintergriti... fikirkan kepentingan PEKERJA, KTMB, RAKYAT MALAYSIA dan Negara. RUM sendiri dah bosan dengan kerenah yang ada... RUM akan "respect" kalau ianya pembeliaan yang benar-benar berkualiti bukannya harga murah beli mahal!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TANAH KEGUNAAN KTMB

RUM nak ingatkan pada semua pihak bahawa tanah/bangunan kegunaan KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" jangan sesekali diusik!

Pada mereka yang tidak faham apa itu "kepentingan perkhidmatan, jabatan perlu, perkhidmatan sosial" boleh berjumpa dengan kepimpinan RUM untuk  penjelasan.

Cuma RUM nak bagitau kalau "orang putih" dulu boleh fikirkan kuarters dibina ditepi landasan berdasarkan "kepentingan  perkhidmatan" kenapa manusia hari ini yang menduduki jawatan tertinggi tak boleh fikirkan, adakah mereka kini hanya mencari jalan mudah? atau mungkin hanya untuk memenuhi tembolok mereka? tidakkah mereka fikir untuk 100 tahun lagi?

Mereka kata RUM tidak pandang jauh, mai tang ni... kita debat... siapa yang lebih pandang jauh....

RUM nak pesan, pengalaman telah mengajar kami, so jangan cuba kali ini.. orang luar khususnya yang terlibat dengan KTMB...  RUM nak bagitau... hang semua tak tau apa-apa....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 September 2016

CADANGAN PEMBANGUNAN ATAS TANAH KTMB DI BUKIT BANGSAR TERMASUK LENGKUK ANDULLAH & BANGSAR UTAMA

Baru dapat mesej ini, dari seorang kenalan... kuarters keretapi Bangsar Utama dan kuarters keretapi Lengkuk Abdullah akan hilang... kalau tenguk bentuk plan.. macam tiada kuarters ganti, wah... hebat... hebat...

Komen RUM...

Belum bersedia nak membuat sebarang komen, sebab maklumat lengkap tiada, siapa company, siapa tangan ghaib belum dikenalpasti, sekadar makluman awal.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 September 2016

BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA

1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA
3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN

Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza, penjawat awam dapat lebih dari sektor swasta, tapi ada juga sektor swasta yang dapat lebih dari sektor awam, sebagai contoh pekerja swasta mampu dapat bonus 3 hingga 5 bulan tapi penjawat awam hanya dapat RM 1,000.00 sahaja atau maksimanya berdasarkan track record yang ada tidak lebih dari satu bulan gaji. Ada gaji di sektor swasta lebih tinggi dari penjawat awam, malah KTMB sendiri sebagai sektor swasta banyak ketinggalan dari sektor awam dari sudut gaji bulanan dan elaun, sedangkan KTMB taukeynya tetap kerajaan.

RUM sedikit pun tidak marah, sebab RUM faham perjuangan CUEPACS untuk ahli-ahli gabungannya antara Kesatuan Sekerja (CUEPACS) dengan Majikannya  (KERAJAAN MALAYSIA) kat sinilah berbeza antara syarikat swasta yang taukeynya dinamakan A, B atau C manakala penjawat awamnya taukeynya kerajaan Malaysia.

Andaikata pekerja swasta berkeinginan lebih baik, maka wujudkan kesatuan sekerja di syarikat masing-masing berjuang melalui perjanjian bersama, baru faedahnya dapat ditingkatkan.

Manakala sekiranya melibatkan seluruh pekerja swasta berkeinginan lebih baik atau sama dengan sektor awam (penjawat awam) yang perlu memainkan peranan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) peranan MTUC sangat besar sekiranya diolah dengan baik dan gabungan kesatuan sekerja dapat ditingkatkan dengan lebih banyak merangkumi semua syarikat yang wujud di Malaysia, perpecahan dalam MTUC boleh menghakibatkan seluruh pekerja di negara ini menjadi mangsa.

Maka MTUC perlu mengerakkan langkah bagaimana nak meningkatkan faedah melalui pindaan Akta Kerja, MTUC perlulah bijak menyusun langkah dengan lebih tepat agar pekerja swasta dapat menikmati faedah yang lebih baik, pada RUM penghalang tradisi MTUC sebenarnya ialah Malaysian Employers Federation (MEF).

Jadi kita harus berfikiran terbuka untuk membezakan antara penjawat awam dan pekerja swasta, bukannya terus meletakkan kesalahan pada kerajaan kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, wajarlah majikan menjaga pekerjanya untuk memberi faedah yang lebih baik.

Kita pula kesatuan sekerja wajar juga melihat kantung (kewangan) syarikat, dalam masa yang sama mesti berani menegur syarikat yang tidak benar-benar mencari peluang perniagaan atau tidak bersungguh-sungguh memajukan syarikat, kerana implikasinya kepada pekerja dari sudut penyemakan gaji khususnya melibatkan Perjanjian Bersama, malah kegagalan pengurusan boleh menghakibatkan pembuangan pekerja, kebiasaannya pekerja sentiasa jadi mangsa.

Masalah sebenarnya ialah Majikan, ada majikan baik, ada majikan yang macam Haji Bakhil, ada juga majikan anggap pekerja "hamba", ada juga majikan beranggapan pekerja "aset", ini lumrah sikap yang ada pada manusia.

Sebagai kesatuan sekerja pula perlu bijak menanggani majikan yang baik dengan majikan yang tidak baik, kalau nak harap undang-undang, al maklumlah.. undang-undang ni kadang-kadang menyempitkan, maka cara yang terbaik mengajar majikan yang tidak baik hanya menerusi kekuatan, sejauh mana kekuatan mampu dilakukan?

Kerajaan pula akan memikirkan dari semua sudut termasuk kehendak Malaysian Employers Federation (MEF), cuma kadang-kadang kerajaan terikut rentak MEF, MEF juga bijak dalam menyusun langkah, maka kita pula sebagai pejuang kaum pekerja perlu memikirkan bagaimana mengatasi langkah MEF dan Kerajaan.

Sewajarnya kerajaan juga perlu "berhati perut" dalam membantu pekerja swasta, kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara bukannya mendengar  dan menyokong sebelah pihak iaitu MEF atau mungkinkah kerajaan tidak mahu mendengar keluhan kaum pekerja melalui MTUC berdasarkan MTUC tiada kekuatan atau sebab-sebab yang tidak diketahui.

Dari aspek politik, kerajaan sewajarnya mendengar keluhan pekerja, kerajaan yang memerintah yang gagal menjaga kepentingan pekerja akan menghadapi masalah kerana pekerja adalah rakyat Malaysia yang menentukan siapakah kerajaan memerintah melalui pilihanraya umum.

Sebenar dalam apa perkara pun yang melibatkan perjuangan ialah bersatu padu diakhiri dengan kekuatan, sekiranya tiada kekuatan (kekuatan dari semua sudut) maka jangan haraplah nak mencapai "bintang dilangit".

Pokoknya perjuangan untuk pekerja datangnya dari Kesatuan Sekerja, maka itu Kesatuan Sekerja sangat penting kerana Kesatuan Sekerja adalah pelindung kaum pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 September 2016

SOKONG KENYATAAN CUEPACS

RUM sokong kenyataan Cuepasc mengenai perkara ini, malah tidak bersetuju dengan cadangan MTUC buat masa ini.

MTUC sewajarnya melihat skop yang lebih luas lagi dalam menangani masalah kaum pekerja khususnya dari segi pendapatan kaum pekerja,  gaji minima, kedudukan ekonomi negara, GST, pembuangan kerja, union busting dan sebagainya dan bukannya kurangkan jumlah jam bekerja.

Tindakan sedemikian sekadar mencari populariti sedangkan matlamat MTUC sendiri telah jauh tersasar dalam penggal ini.

Maaf, tiada satu pun kejayaan MTUC, sekadar cerita lama yang tidak bawa kemana, jangan tambah isu sekadar nak popular menjelang Pemilihan MTUC sedangkan isu lama belum selesai.

Jangan sampai saya selaku Majlis Am buka mulut!

Ahli Majlis Am MTUC
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 September 2016

PEMINJAMAN (SECONDED) INDUSTRI PERKERETAPIAN MENJELANG 2020 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MoT)

RUM menilai kembali penawaran "peminjaman" yang ditawarkan kepada pekerja maintenance EMU.

Kebiasaannya asas dan tujuan peminjaman kepada syarikat luar ialah memerlukan khidmat kepakaran pekerja KTMB dalam menjalankan tugas berkaitan bidang teknikal perkeretapian, maka itu tawaran dibuat dengan pemberian anugerah tambahan seperti "elaun".

Benarkah hasrat peminjaman ini berdasarkan "keperluan kepakaran pekerja" inilah persoalan yang perlu difikirkan.

Ada yang mengatakan ianya "perpindahan teknologi", maka itu penawaran peminjaman ini dilakukan.

Dua (2) perkara berbeza antara "keperluan kepakaran pekerja" dengan "perpindahan teknologi", berdasarkan surat tawaran berkenaan (tidak jelas maksud sebenar) intipati dari sudut persuratan boleh membuat tafsiran (tafsiran surat tidak boleh dihighlightkan).

Namun demikian RUM akan menilai dari sudut tersirat (sekadar andaian), apakah tujuan sebenar, mungkinkah sekadar sebuah "drama" yang kononnya ada pekerja syarikat perkeretapian berkhidmat sebagai pekerja pinjaman dengan ayat yang manis (cover line) iaitu  "perpindahan teknologi", bagi memudahcara untuk penyambungan kontrak atau memenuhi kriteria "kontrak maintenance" bahawa wujudnya "perpindahan teknologi".

Syarikat berkenaan telah pun menamatkan kontrak pertama selama dua (2) tahun, disambung kembali selama tiga (3) tahun dijangka tamat kontrak kali kedua pada tahun hadapan. (kalau tak silap) Lucunya tawaran peminjaman pekerja dibuat untuk tempoh lima (5) tahun akan datang. (kat sini pun leh nampak macam ada yang tak kena...)

Perpindahan teknologi yang "tepat" ialah menyerahkan set-set SCS itu di bawah pentadbiran KTMB, manakala perpindahan teknologi ialah pihak yang membekalkan SCS perlu menyediakan "pakar" (experties) untuk melatih pekerja/jurutera KTMB dengan menurunkan ilmu pengetahuan teknikal sekurang-kurangnya dalam tempoh "jaminan", BUKANNYA membuat "maintenance" secara kontrak dengan membawa pekerja mahir dari negara pembekal tanpa mewujudkan perpindahan teknologi yang betul.

RUM sungguh meragui tindakan penawaran peminjaman ini, apatah lagi ianya dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan RUM, seolah-olah ada agenda yang tersembunyi, maka itu RUM sangat tidak bersetuju dengan peminjaman ini, malah RUM melihat syarat dalam peminjaman ada yang tidak kena.

Kementerian Pengangkutan (MoT) perlu mengkaji semula "kontrak maintenance" ini, jangan hanya menekankan bahawa peruntukan disediakan oleh MoT maka ia berhak membuat sebarang keputusan walaupun keputusan itu tidak mencerminkan kebaikan untuk pekerja, KTMB, rakyat maupun negara, manakala pihak KTMB pula, jangan menyatakan bahawa kita tak payah fikir tentang peruntukan @ pembayaran  mengenai "maintenance" kepada syarikat yang membekal SCS" sebab MoT yang bayar, sebaiknya "jumlah wang" itu diberi pada KTMB untuk menguruskan  "maintenance" itu sendiri, prinsipnya sama pendekatan berbeza malah RUM yakin kos pembayaran adalah jauh lebih murah dari  kos pembayaran yang dibuat kepada "kontrak maintenance" syarikat pembekal apatah lagi ianya bukan cara "TENDER TERBUKA sebaliknya melalui "DIRECT NEGO", malah KTMB boleh mendapat lebihan "jumlah wang" yang dibayar kepada syarikat berkenaan, dengan wang lebihan tersebut boleh menampung kos pengurusan KTMB yang menghadapi masalah "flow cash".

Penerusan teknik ini, sampai bilapun pendedahan kepada teknologi perkeretapian tidak dapat dilakukan samada kepada pekerja KTMB, pekerja tempatan maupun rakyat malaysia.

Kononnya Malaysia "maju" tahun 2020 tapi kalau ini caranya, kita tidak akan mencapai hasrat,  kita akan ketinggalan dari aspek industri perkeretapian, tidakkah kita bangga dengan kejayaan "membina kereta proton", tidakkah kita terfikir dengan perpindahan teknologi perkeretapian maka kita telah gerak selangkah lagi dalam industri pembinaan keretapi, kalau berjaya, tidakkan kita bangga malah cukup manis menjelang tahun 2020 kita mampu mengeluarkan SCS maupun ETS.

Semua ini tidak akan terjadi, sekira MoT hanya berhasrat menjadi "PEMBELI" malah sekadar "memenuhi syarat" kami menyediakan set-set cantik kepada rakyat Malaysia, tapi hakikatnya MoT tidak pandang jauh kehadapan bagi mencapai wawasan 2020, malah pembelian set-set cantik ini sekadar luaran tapi dalamannya adalah "tidak berkualiti".

Persepsinya RUM berdasarkan kenyataan di atas hanya sekadar sebuah "DRAMA" yang kerap ditayangkan di kaca televisyen. Maka itu RUM berharap MoT kembali kepangkal jalan melihat kembali kehendak Industri Perkeretapian, tidak mustahil Malaysia @ KTMB mampu menjadi Industri Perkeretapian kerana sejarah perkeretapian negara telah terwujud sejak tahun 1885.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


03 September 2016

Beli barang yang tiada kualiti

Kenyataan ini disokong, cuma jangan sampai tergadai dengan membeli barang yang tidak berkualiti, maksud yang tidak berkualiti seperti apa yang terjadi dengan pembelian lokomotif 29 kelas dan SCS (rujuk surat mantan Presiden KTMB, YBhg Datuk Elias Kadir) saya lebih sokong kenyataan YBhg Dato Zaharin Mohd Yasin dalam hal ehwal ini.

KTMB berkemungkinan dengan niat baik akan jadi lambakan barangan CHINA, sedangkan banyak lagi negara juga yang sepatutnya diberi peluang atas dasar niat yang baik.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TAHNIAH MANTAN PRESIDEN KTMB

Set EMU yang telah dijual sebagai "besi buruk", sayang seribu sekali sayang, seolah-seolah kita "bodoh" sampai tak tahu apa itu "re-engineering", kita ketinggalan zaman, sedangkan kita mampu lakukan.

Sedih... sedangkan kalau kita "bijak sedikit" kita mampu menjadi pusat "re-engineering", pergi sampai "innotranz", tapi apa yang kita bawa balik... adeiii...

Owh iya... besi buruk ni dijual untuk bayar gaji pekerja... hehehe

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 September 2016

CONSULTANT

RUM senyap tak komen pun pasal consultant, consultant lantikan MOT dilantik selepas YBhg Dato Haji Sarbini Tijan dilantik sebagai Presiden KTMB.

Isu perlantikan consultant ni bukan lah perkara baru, ianya tidak  memberi manfaat kepada KTMB maupun pekerja berdasarkan track record dua (2) consultant sebelum ini.

Dari sudut pandangan RUM kewujudan yang ada ialah pembaziran  Ringgit Malaysia iaitu kos pembiayaan consultant dan kos "main power" kepada pengurusan KTMB yang terganggu tugas-tugas harian dengan arahan membantu consultant termasuk kajian outsorce "kerani kaunter".

RUM sedang memantau pergerakan consultant ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB