RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

24 Mac 2017

CAKAP POLITIK 2 APA BEZA MCA & DAP

MCA yang diketuai Presidennya yang juga Menteri Pengangkutan adalah jelas pelopor idea RNAA, dia boss no 1 Kementerian Pengangkutan

Manakala DAP tidak ada kena mengena dengan Kementerian Pengangkutan.

Dari sudut ini kedua-dua adalah berbeza, kerana MCA melalui Presidennya yang memegang tampuk Kementerian Pengangkutan bakal menganiaya KTMB, RUM & PEKERJA.

Manakala DAP tidak menganiaya kita, maka pilihan yang ada kini ialah dimana ada calon DAP bertanding dengan MCA, maka kita akan beri undi kepada DAP.

RUM bukan Parti Politik, RUM bukan RASIS, RUM hanya bertindak balas kerana akibat RNAA, organisasi RUM juga akan tersembam ke bumi, maka perkiraan ini wajar untuk tindakan sedemikian, sifat bertindak balas bukan bersifat dendam tapi sifat yang bertindak membalas sikap kezaliman yang dilakukan terhadap KTMB, RUM dan PEKERJA.

Kita akan lakukan, sekiranya RNAA tidak dihentikan, apa nak jadi.. jadilah.. alang-alang seluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan, kita lawan abis-abisan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


CAKAP POLITIK 1 RNAA FAIR GAME

Bila fikir balik mimpi aku ni, ada logiknya, Presiden MCA yang mencetuskan idea, dia lupa bahawa akibat RNAA, KTMB hancur, akibat RNAA pekerja ramai kena buang kerja, akibat RNAA, RUM juga ibarat telur dihujung tanduk.

Alang-alang tumbang, kita tumbang bersama, Presiden RUM tumbang tak kan Presiden MCA kita nak biarkan? RUM tumbang, tak kan MCA kita nak biarkan?

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, bagi bungkus Presiden MCA, bagi bungkus itu MCA macam mana Gerakan tersembam.

Lu mulakan...
Wa mau tenguk saja ka?
Lu ingat wa apa?
Tunggul kayu...

Lu ingat Lu Menteri banyak busat?
Lu dilantik oleh Rakyat...
Bukan untuk menganiaya Rakyat..
Rakyat akan bertindak balas..
Lu tunggu masa...

Saya kalah.. saya tarak rugi apa..apa..
Saya tetap sorang kuli..
Lu kalah...
Lu kalah... lu semua pun kalah...
Seperti KTMB tinggal nama...
MCA jugak tinggal nama...
RUM jugak tinggal nama..

Its fair game!

Presiden RUM


Pertahankan KERETAPI TANAH MELAYU

Ayuh kita!!!!
Misi mempertahankan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD..
Sejarah tertinta Pekerja KTMB 1963 adalah hebat...
Kali ini..

Keinginan Kami ingin MENANG lebih jitu lebih kuat..
X pernah sekalipun gentar...
Generasi 2017 ayuhhh!!!
Sejarah mungkin berulang..

Bersatu untuk cipta Kemenangan Besar..
TOLAK RNAA


BERSATULAH KAUM PEKERJA

Runtuhnya negara kerana tidak bersatu...
Runtuhnya kita kerana tidak bersatu...
Dunia akhir zaman..
Manusia jauh berubah..
Kepentingan diri diutamakan..
Maka esuk kita hancur...
Percayalah..
Hari ini kita masih bersama..
Esuk kita tidak lagi..
Hari ni kita ada semua..
Esuk tidak lagi..
Yang ada...
Nasi telah jadi bubur...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Mac 2017

TAHNIAH YB TIM MENTERI PENGANGKUTAN

Dengan cepat dan pantas MoU telahpun ditandatangani, maklum PRU dan nak dekat, tkasih juga pada sang mantan GM KTMB yang sama bersubahat, dulu beriya2 pesan kita kena sayangkan KTMB.

Kecewa dengan Kementerian Pengangkutan!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

#MinistryOfTransport


Faham tak ni...?


CAKAP POLITIK

Bila aku nilai balik Menteri Pengangkutan ni Presiden MCA, MCA anggota partinya ialah Bangsa Cina.

Aku duk perhatikan DAP, DAP juga anggotanya partinya Bangsa Cina.

Mungkin ideologi sahaja berbeza.

Bila aku fikir lagi... Presiden MCA ni nak mengancurkan KTMB dan Pekerja melalui RNAA?

Tak boleh ke kali ni aku melupakan MCA, lagipun MCA ni sokongan dari bangsa CINA pun dah tak de...

Duk pikir... pikir.. napa tidak sokong DAP... bagi satu tamparan kat MCA.. contohnya kat Parlimen Bentong... all out... kalau DAP bertanding... kita kempen ramai-ramai bagi MCA kalah.. haha... yang kalah tu bukan calang-calang... yang kalah tu Presiden MCA... kasi bungkus itu MCA macam parti GERAKAN pada pilihanraya yang lepas...

Apa ada hal...

Bukan apa... ini citer aku mimpi malam tadi... hahaha

Adeiiii.... sampai terminpi-mimpi....

Presiden RUM


22 Mac 2017

‘Jangan jadikan pekerja KTMB dan rakyat mangsa penswastaan’

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Langat menggesa kerajaan mengkaji semula Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) bagi mengelakkan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan rakyat menjadi mangsa penswastaan.

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, KTMB perlu beroperasi sebagai perkhidmatan sosial disubsidi kerajaan, bukannya diswastakan untuk mendapat keuntungan tanpa memikirkan kesan negatif kepada pengguna dan kakitangan.

RNAA ialah perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dengan syarikat swasta dan jika dipersetujui kerajaan, pengoperasian tren, kargo dan lokomotif akan diambil alih syarikat luar, manakala KTMB sekadar menyelaraskan waktu perjalanan tren dan menguruskan stesen perhentian.

“Hal ini akan menyebabkan sejumlah besar pekerja KTMB kehilangan kerja dalam bidang pengoperasian kereta api kerana tugas-tugas tersebut akan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

“Saya khuatir RNAA akan menyebabkan harga tiket komuter dan perkhidmatan KTMB lain meningkat. Hal ini kerana pelaburan syarikat swasta yang menyertai perjanjian tersebut memerlukan kos tinggi untuk memulakan penglibatan dalam industri kereta api seperti pembelian ‘rolling stock’, ‘wagon’ dan lokomotif.

“Situasi ini akan menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat, apatah lagi setelah kenaikan tambang komuter pada akhir 2015,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 21 Disember 2016, Presiden Kesatuan Pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan menyuarakan kebimbangan 4,000 kakitangan akan hilang kerja. Ketika ini, KTMB mempunyai 5,500 pekerja.

RNAA juga dikatakan akan memberi hak kepada kerajaan mencampur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

Sani yang juga bekas pemangku presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah dihadapi KTMB dan menyalurkan peruntukan secara telus kepada sektor pengangkutan awam.

“Peruntukan lebih kurang RM2 bilion setiap tahun melalui bajet kerajaan persekutuan sewajarnya mencukupi untuk KTMB memajukan operasi tanpa memerlukan penswastaan lanjut melalui mana-mana perjanjian.

“Saya khuatiri RNAA ini dibuat semata-mata kerajaan tidak mahu lagi memberikan peruntukan kewangan kepada KTMB, sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada syarikat swasta yang mendapat kontrak.

“Tambahan pula, perjanjian ini akan menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme, sekiranya tatakelola perolehan kontrak tidak telus,” dakwa wakil rakyat PKR itu. - FMT

 Freemalaysiatoday.com 


RAMAI NAK AMBIL ALIH (RNAA)

RNAA adalan nama timang-timangan nya "RAMAI NAK AMBIL ALIH"

Niat sebenar bukanlah nak membantu KTMB, kerana KTMB telah lama melakukan kerja-kerja sedemikian seperti penyelenggaraan maupun  larian pengangkutan kargo dll.

Andai ada yang mengatakan bahawa RNAA itu adalah untuk meringankan bebanan tanggungan perbelanjaan penyelenggaraan itu adalah tidak benar.

Kerana kos penyelenggaraan sebenar yang ditanggung oleh KTMB adalah lebih murah berbanding diserahkan secara subsidiari/smartpartnership atau pada syarikat luar (outsorce).

Syarikat luar pasti akan meletakkan harga yang boleh menguntungkan (profit) maka kos untuk mewujudkan keuntungan ini akan lebih tinggi berbanding apa yang dilaksanakan oleh KTMB, manakala RAC kononnya sebagai pemilik boleh dianggap sebagai "broker" maka "percentage" atau margin tambahan akan ditetapkan sebagai "kos urus tadbir", maka KTMB yang mengunakan semua 90% facilitis  untuk perkhidmatan larian tren, bangunan, landasan dan sebagainya akan membayar sewaan kepada RAC, implikasinya KTMB akan terus jadi mangsa.

Itu belum lagi dari aspek saingan yang bakal wujud, KTMB telah terbukti sebagai "kambing hitam" dari sudut biokrasi yang wujud, maka selepas itu akan wujud "kambing hitam" secara berterusan sehingga satu ketika KTMB akan dipersalahkan (wait n see) dengan kuasa yang ada KTMB akan terjual kepada Syarikat lain berdasarkan kononnya KTMB tidak mampu berniaga "best man win" yang dikatakan adalah "satu auta @ wayang gambar".

"Ramai Nak Ambil Alih" inilah muslihat yang sebenarnya, bukan atas dasar untuk kepentingan marhain maupun negara tapi atas dasar kepentingan diri, mereka sudah lari dari landasan berasaskan untuk kepentingan rakyat, mereka sudah lupa lagu "anak kecil main api".

Sedih... diakhir zaman ini, kita sudah lari kepada prinsip perjuangan sebenar, kita lupa bahawa kita dinaikkan kesesuatu jawatan untuk memainkan peranan demi kepentingan rakyat dan Negara.

Mudah-mudahan mereka sedar dan kembali kepangkal jalan, kepentingan Rakyat dan Negara hendaklah diutamakan kerana RNAA ini "satu sen pun tidak berguna".

Maka itu RUM mendesak RNAA hendaklah dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


INI KENYATAAN BARU BETUL KENYATAAN MEDIA YB ABDULLAH SANI

Terima Kasih YB Abdullah Sani, tanpa merujuk kepada RUM, mengeluarkan kenyataan ini, keperihatinan YB sebagai Ahli Parlimen amat kami hargai, satu sokongan dan memberi inspirasi kepada perjuangan kami.

Kami berharap semua YB Ahli Parlimen tidak kira dari pada mana Parti Politik memberi sokongan menolak RNAA.

Contohi YB Ahli Parlimen Kuala Langat yang sangat prihatin bukan sahaja kepada pekerja tetapi kepada rakyat dan negara. KTMB sebagai perkhidmatan sosial diwujudkan demi kepentingan rakyat, maka sewajarnya perancangan RNAA dihentikan sama sekali.

Jutaan terima kasih kepada YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat.

Kami "MERAYU"  semua Ahli Parlimen Malaysia dapat kiranya memberi sokongan kepada RUM dalam menolak RNAA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


[ Kenyataan Media ]

22 Mac 2017

KAJI SEMULA RAILWAY NETWORK ACCESS AGREEMENT (RNAA) YANG DIKATAKAN MEMBERI KESAN BURUK KEPADA RAKYAT DAN PEKERJA KTMB

Saya menggesa pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekarang. Terbaru, KTMB dikatakan bakal diswastakan kepada syarikat-syarikat luar melalui perlaksanaan Railway Network Access Agreement (RNAA), di mana perjanjian ini akan menyebabkan lebih kurang empat ribu pekerja KTMB bakal kehilangan pekerjaan.

RNAA merupakan sebuah perjanjian antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dengan syarikat-syarikat industri swasta. Sekiranya dipersetujui dan disokong oleh Kementerian Pengangkutan dibawah Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan; maka pengoperasian tren, kargo dan lokomotif akan diambil alih oleh syarikat-syarikat luar manakala KTMB sekadar menyelaraskan waktu pergerakan tren dan menguruskan stesen-stesen perhentian. Hal ini akan menyebabkan sejumlah besar pekerja KTMB akan kehilangan kerja dalam bidang pengoperasian kereta api kerana tugas-tugas tersebut akan diambil alih oleh syarikat swasta berkenaan.

Saya khuatir RNAA akan menyebabkan harga tiket komuter dan perkhidmatan KTMB lain akan meningkat. Hal ini kerana pelaburan syarikat swasta yang menyertai perjanjian tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk memulakan penglibatan dalam industri kereta api seperti pembelian 'rolling stock', 'wagon' dan lokomotif. Situasi ini menyebabkan kos sara hidup rakyat akan meningkat lebih tinggi, apatah lagi setelah kenaikan tambang komuter berlaku pada akhir tahun 2015.

Saya ingin mengingatkan Kerajaan Umno BN supaya lebih bertanggungjawab menguruskan KTMB ini melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan. Peruntukan lebih kurang RM2 bilion setiap tahun melalui bajet kerajaan persekutuan sewajarnya mencukupi untuk KTMB memajukan operasi tanpa memerlukan penswastaan lanjut melalui mana-mana perjanjian. Saya khuatiri RNAA ini dibuat bertujuan semata-mata untuk kerajaan tidak mahu lagi memberikan peruntukan kewangan pada KTMB, sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada syarikat-syarikat swasta yang mendapat kontrak.

Tambahan pula, perjanjian ini akan menyebabkan KTMB semakin terdedah pada ketirisan dan kronisme, sekiranya tatakelola perolehan kontrak yang tidak telus. Saya juga ingin mengingatkan bahawa kerajaan Umno BN sentiasa membuat perjanjian yang lebih menguntungkan syarikat swasta atau konsesi melebihi rakyat Malaysia sendiri, seperti mana yang dilihat dalam isu perjanjian tol.

Saya berharap agar rancangan RNAA dikaji semula dengan segera supaya isu ini dapat menyelamatkan pekerja-pekerja KTMB dan rakyat daripada menjadi mangsa pada pengswastaan KTMB. Saya komited dalam memperjuangkan industri kereta api yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

KTMB seharusnya beroperasi sebagai perkhidmatan sosial yang disubsidi oleh kerajaan, bukannya diswastakan untuk tujuan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan negatif terhadap penggunanya. Peruntukan wang secara telus dan betul kepada sektor pengangkutan awam adalah lebih baik dari melakukan pengswastaan operasi agar Kerajaan Umno BN melepaskan tanggungjawab membiayai KTMB. 

YB Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid
Ahli Parlimen Kuala Langat
Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Langgar tak kira siapa

Aku bukan orang politik
Aku unionist...
Aku hanya berjuang untuk kaum pekerja...
Itu kenyataan aku...
Sejak dulu...

Aku akan langgar...
Tak kira siapa...
Matlamat aku....
Hanya...
Nasib pekerja...
Itulah aku...

Waima...
Kau seorang Menteri...
Porahhhhhhh. 

U are nothing to me!

Presiden RUM


21 Mac 2017

RNAA- SIDANG PARLIMEN

Terima kasih YB Abdullah Sani yang membangkitkan isu RNAA di Parlimen pagi tadi.

Cuma kenyataan ini belum sesuai, persoalan sebenar ialah kepada Kementerian Pengangkutan.

Alangkah baiknya yang YB Abdullah Sani minta saya selaku Presiden RUM berdebat secara terbuka dengan Yb Menteri Pengangkutan atau Yb Tim Menteri Pengangkutan mengenai RNAA.

Seperti mana kenyataan dalam Suara RUM yang telah banyak menjelaskan bahawa isu RNAA bukan sahaja implikasinya kepada pekerja malah terhadap marhain dan negara.

RNAA atau nama timang-timangnya "RAMAI NAK AMBIL ALIH" adalah satu cadangan "berniat jahat" untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, keburukan utamanya boleh melenyapkan "Keretapi Tanah Melayu", Pekerja jadi mangsa, Perkhidmatan Sosial terhapus dan khazanah negara akan hilang di bumi Malaysia.

RUM tetap berpendirian RNAA HENDAKLAH DIBATALKAN!

Sekali lagi diucapkan ribuan Terima Kasih kepada Yb Abdullah Sani yang turut mempopularkan isu RNAA di Parlimen, kami amat menghargai usaha membantu golongan pekerja.

[https://youtu.be/2XPvyTD0wPQs]

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MESEJ DALAM IMBOX TERIMA KASIH KERANA MESEJ PADA ADMIN RNAA

"Assalamualaikum w.b.t, maaf sekiranya sy mencampuri urusan Suara Rum dan KTMB. Ini adalah kerana sy SAYANGKAN KTMB. Sy adalah BEKAS kakitangan KTMB.

Apa yg dapat sy perhatikan dan sy kaji... Pembangunan RNAA adalah untuk kebaikan sesetengah pihak yg mempunyai kedudukan dan kepentingan peribadi dengan memberi alasan KTMB mempunyai kekangan kewangan dan tidak mampu menguruskan syarikat. Ini jelas memberi peluang untuk pihak luar atau pihak ketiga yg selama ini menunggu masa untuk menjajah KTMB. Apakah impaknya???

SEJARAH membuktikan dan saat ini telah dan sedang berlaku. Apa yg dapat kita lihat dan perhatikan, saudara kita yg dahulunya dikenali sebagai Malaysia Airlines Sistem ataupun MAS. Apakah kita ingin menjadi seperti mereka yg dahulunya 6000 kakitangan telah dibuang kerja? Kini sebahagian daripada mereka ada yg masih bekerja di airport akan tetapi kebanyakan BEKAS kakitangan MAS kini menjadi seorang pengutip sampah. Hinggakan pihak ketiga dapat mewujudkan ramai vendor dan mendapat keuntungan peribadi. Mungkin ini memberikan peluang agar saingan yg sihat untuk pembangunan semula MAB yang kini dikenali dengan nama baru Malaysia Airlines Berhad.

Baru-baru ini, pekerja asing iaitu Bangladesh, Myanmar, Nepal dan warga asing telah dan dengan sebegitu mudah membuat mogok hinggakan bagasi dan kesan terhadap penerbangan dunia mengalami kelewatan dan menyebabkan kerugian. Ini juga secara tidak langsung keselamatan airport tidak terjamin.

Adakah kita mahu KTMB juga akan diuruskan oleh pekerja asing? Wahai kakitangan KTMB terutama pihak pegawai dan pengurusan, janganlah terlalu lena dan bangkitlah kakitangan KTMB agar kita tidak menjadi seperti mereka dimana BANGSA kita sendiri umpama merempat di tanah sendri. Hapuskan RNAA dan banyak lagi pilihan yg lain untuk membangunkan semula kedudukan KTMB.

SY SAYANGKAN KTMB.

Sekian."

Penulis adalah bekas pekerja KTMB yang kini bekerja dengan syarikat penerbangan melihat sendiri tentang apa yang berlaku ditempat kerjanya, dihati kecil beliau masih sayangkan KTMB, Admin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menulis kenyataan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KEMPEN.. KEMPEN WAR-WARKAN KEPADA RAKYAT IMPLIKASI RNAA...

Terima kasih kepada Exco Pelansir, sdr Zahit Zakaria, Ajk RUM, sdr Naim Tastik dan sahabat-sahabat yang lain diatas kesanggupan turun padang. Kali ini, kita akan war-warkan kepada RAKYAT dan UMUM, REALITI apa yang akan berlaku kepada KTMB, JIKA RNAA TIDAK DIHALANG...

Jelas, kenyataan terbaru, rakaman video Timb. Menteri Pengangkutan, di Parlimen,

"Nasib 4000 pekerja KTMB akan DIPERTIMBANGKAN untuk diserapkan dalam syarikat subsidiari.." JELAS, TERSIRAT, IMPLIKASI BURUK BAKAL BERLAKU SEPERTIMANA M.A.S...

Ini bukan omong kosong, bukan sekadar RETORIK, ini kisah yang benar, biar RAKYAT TAHU APA YANG BAKAL BERLAKU, TIADA LAGI PERKHIDMATAN SOSIAL, TIADA LAGI PENGANGKUTAN RAKYAT JUGA MUSNAHNYA KHAZANAH NEGARA yang kita tahu sudah melebihi 130 tahun...

#selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA
#bantahRNAA
#najibrazak

Kenyataan Rasmi KPPKTMB
Pen. SUA RUM...


KTMB boleh bergerak tanpa campurtangan MoT

KTMB mampu bergerak dengan baik tanpa campurtangan MoT, malah pemimpin muda Encik Mohd Hider Yusof  yang menampung tugas sebagai Presiden KTMB yang juga Pengurus Besar Perolehan boleh melaksanakan tugas dalam Plan Transformasi KTMB tanpa RNAA.

(http://www.sinarharian.com.my/nasional/hartanah-ktmb-jalin-kerjasama-dengan-jepun-1.646426)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB



19 Mac 2017

BERKEPENTINGAN RNAA

RUM terbaca dalam satu komen yang dicopypaste dari satu group...

Komen sangat menarik mengenai RNAA, malah pencetusnya pun turut komen, iya benar RNAA ini sangat baik untuk mereka yang berkepentingan, kalau RUM juga ada kepentingan pasti RUM juga akan berbicara hal sedemikian.

Tapi sedarkah mereka bahawa mereka telah pun lama menikmati hasil KTM malah dalam KTMB, mereka sempat membesarkan anak-anak mereka, tapi generasi baru, baru mula nak bertatih, ibarat baru mengenal dunia.

Tidak puaskah lagi apa yang dinikmati sebelum ini? Sehingga keakhir hayat masih lagi cari ruang kesempatan untuk kesinambungan kehidupan kononnya atau mungkin ada sikap ketamakkan?

Tidak sedikit ke rasa terlintas kasih kepada KTMB? tidak sedikit ke rasa terima kasih kepada KTMB? dimanakah naluri ini semua? atau naluri ini telah ditelan zaman? atau dialaf baru ini sifat kepentingan diri diutamakan?

Sedih rasanya bila baca tulisan sebegini, owh dunia, kehidupan penuh kepura-puraan, mengunakan agama sebagai landasan tapi naluri hati penuh dengan sifat kesetanan.

RUM tidak berniat untuk berhujah panjang, silakan terasa agar ada kesempatan untuk kesedaran, namun naluri hati kecil RUM sejumlah 3500ahli tidak akan memaafkan, kami hanya "KULI", kami sedar kami "KULI", kami "KULI" juga yang akan "PERTAHANKAN", kerana kami SAYANGKAN KTMB!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


18 Mac 2017

SIDANG PARLIMEN RNAA

Kenyataan YB Timbalan Menteri Pengangkutan dalam sidang parlimen semalam antara lain menyatakan bahawa nasib 4000 pekerja akan "DIPERTIMBANGKAN" diserapkan dalam "SYARIKAT SUBSIDIARI" .

Kenyataan ini adalah "SELARI" dengan apa yang diperkatakan oleh dalam Suara RUM dan di arus media Perdana yang dikeluarkan oleh RUM, kenyataan ini juga telah membuktikan semua hujah-hujah RUM telah diakui "BENAR" oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan.

Secara jelas dan nyata nasib 4000 pekerja KTMB adalah ibarat "TELUR DIHUJUNG TANDUK" manakala semua faedah seperti termaktub dalam PERJANJIAN BERSAMA secara otomatisnya akan TERHAPUS"

"SYARIKAT SUBSIDIARI" yang dibakal diwujudkan adalah satu langkah kononnya untuk meringankan bebanan tanggungan kerugian perbelanjaan KTMB berdasarkan perbelanjaan penyelenggaraan KTMB adalah tinggi yang menjadi punca kepada kerugian KTMB, kata YB Timbalan Menteri Pengangkutan.

Kenyataan ini juga mengesahkan bahawa kenyataan yang berunsur "NIAT TERSIRAT" yang tidak boleh membuktikan  bahawa dengan kewujudan SYARIKAT LUAR sebagai langkah untuk meringankan bebanan tanggungan perbelanjaan penyelenggaraan KTMB, dalilnya telah pun dinyatakan melalui kenyataan dalam SUARA RUM malah dalam siri ROAD SHOW yang dianjurkan oleh RUM telah mengemukakan hujah-hujah yang menolak kewujudan SYARIKAT SUBSIDIARI atau SYARIKAT LUAR.

RUM dengan tegas menekankan bahawa RNAA adalah unsur yang bakal meranapkan KERETAPI TANAH MELAYU dalam satu tempoh manakala yang meranapkan ini adalah datang dari Kementerian Pengangkutan itu sendiri.

RUM dengan tegas MENOLAK RNAA malah bersiap sedia untuk mengistiharkan PERANG terhadap KEMENTERIAN PENGANGKUTAN, dasar yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan adalah lebih DASYAT dari dasar yang mewujudkan PENGSWASTAAN KTMB pada 1/8/92.

Implikasi besarnya bukan sahaja pada Pekerja, KTMB malah kepada RAKYAT dan Negara.

Justeru itu kami menaruh harapan kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA dapat kiranya memberi ruang kepada kepimpinan RUM untuk berjumpa bagi menjelaskan hujah kami dari sudut implikasi agar YAB DATO SERI boleh menilai dan mempertimbangkan untuk membatalkan RNAA, kami MERAYU pada YAB DATO SERI PERDANA MENTERI meruangkan sedikit masa untuk bertemu dengan kami.

Harapan kami hanya tinggal kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, sesungguhnya kami telah hilang keyakinan kepada Kementerian Pengangkutan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#najibrazak
#PrayForKtmb

Cc Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB


Kamu boleh bohong semua orang tapi bukan kami (RUM)!!!

Kepimpinan RUM sudah mula bersuara dan bakal mengorak langkah, kami tidak gentar untuk melawan arus, kerana kami tahu niat kamu.

Kamu boleh bohong semua orang, tapi kamu tak boleh bohong kami!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Mac 2017

Pejuang muda generasi baru KTMB

Kami membesar bersama KTMB..
Kami diberi peluang bersama KTMB..
Tersemat azam murni kami untuk memajukan KTMB..
Dan.. Kami YAKIN.. Kami pejuang muda KTMB, mampu mengggalas tugas dan amanah ini...
Bukan untuk kami semata.. Untuk survival  KTMB.. Untuk kemajuan dn kebanggaan negara Malaysia..

Beri kami peluang... Beri kami ruang
Hanya kami pejuang generasi muda KTMB untuk meneruskan legasi KTMB... Berbakti kepada KTMB.. Rakyat.. Malaysia..

Dari Suraya RUM..

Suraya adalah Penolong Bendahari Agung RUM


Beranikah menteri berdebat?

Kalaulah YB Tim Menteri Pengangkutan bersedia "BERDEBAT" dengan saya...

Saya sangat bersedia...

Presiden RUM

#azizkarpawi


RUM siap untuk gembur demi masa depan pekerja

Dengarlah wahai ahli-ahli RUM, kenyataan YB Tim Menteri Pengangkutan di Parlimen.

Taklimat RUM melalui ROADSHOW baru-baru ini telah pun pihak RUM jelaskan, makanya kita perlu bersiasedia untuk berperang.

YB Datuk Aziz Karpawi, saya Presiden RUM amat mengenali YB Datuk, kita pernah berbincang mengenai perkara ini, saya telah melahirkan kenyataan bagi pihak RUM bahawa kami tidak bersetuju.

Saya tidak akan lahirkan kenyataan secara terbuka, demi menjaga nama baik YB Datuk.

Please... and I know u very2 well..

Presiden RUM


CERITA BOSS & DIN KALAULAH PENGURUSAN KTMB SEBEGINI?

Alkesah Boss dengan pegawai kanannya yang bernama din, seorang pegawai kanan yang sangat berdedikasi dan setia kepada Syarikat yang dia bekerja.

Disatu pagi...

Boss : nina (nama samaran) panggil din datang sini saya nak discuss pasal outsorce f n b ni

Nina : baik boss... (nina adalah setiausaha pada boss)

Nina : kring... kring.. (nina sedang menelefon en din)

Nina : Assalamualaikum En Din..

Din : Wsalam Puan Nina..

Nina : En Din.. Boss minta datang opis sekarang... nak bincang mengenai outsorce f n b.

Din : Ok Puan Nina saya datang sekarang.. Tkasih

Di Pejabat Boss...

Din : Assalamualaikum Puan Nina, boleh saya masuk jumpa boss..

Nina : Wsalam.. kejap En Din..

Nina : Tok..tok..tok..

BOSS : Iya nina..

Nina : En Din dah sampai Boss

BOSS : Panggil dimasuk..

Nina : Ok boss..

Nina : (keluar bilik boss lalu memanggil En Din masuk bilik boss) En Din.. silakan Boss panggil masuk..

Din : Terima kasih Puan Nina

Din : (Din terus masuk bilik Boss dengan memberi salam) Assalamualaikum boss...

BOSS : Wsalam Din.. sila duduk..

BOSS : Gini din.. aku baru terima proposal mengenai f n b ini, ada syarikat yang menyatakan hasrat nak mengambilalih f n b.. apa pandangan kau...

Din : Boss.. maaf boss.. pada pandangan saya.. tak perlu boss.. sebab.. f n b ni dari segi akaun ada peningkatan keuntungan... ianya memberi kita penambahan kepada kos pendapatan syarikat.

BOSS : tu lah man.. aku tenguk f n b ni membantu syarikat dari peningkatan pendapatan.. tapi nilah.. syarikat ni hantar proposal... ada rekemen dari atasan..

Din : Maaf boss... kalau saya tak setuju.. sebab.. kita boleh mengembangkan lagi perniagaan ini malah kalau kita luaskan perniagaan ini, perniagaan ini boleh berkembang dengan lebih baik, 2019 kita akan dapat set ETS baru.. ini akan merancakkan lagi perniagaan kita..

BOSS : Betul tu man.. tapi aku asyik terima telefon.. pressure dari atasan supaya terima proposal ni...

Din : Boss.. kita tak boleh membenarkan boss.. pedulikanlah... kita ada tanggungjawab kita.. kita mampu buat lebih baik..

BOSS : Aku setuju dengan pandangan kau... tapi cam mana aku nak elak dari tekanan atasan..

Din : Boss.. saya akan buat paper yang lebih kemas... mengenai unjuran pendapatan dan perbelanjaan, saya juga akan bentangkan keuntungan f n b malah saya akan kemukakan bahawa f n b boleh dikembangkan skop perniagaannya.

BOSS : Bagus din... kita pun tau pada 2019, 19 set ETS baru akan beroperasi, ini juga akan meningkatkan pendapatan melalui perniagaan f n b.

Din : Betul boss... malah perniagaan f n b boleh bersaing seperti Brahmin, kita boleh buat lebih bagus dari mereka, sekiranya tender dibuka dalam mana-mana syarikat penerbangan, kita juga boleh cuba untuk menyertai, bukan itu sahaja boss, potensi cukup luas kalau kita boleh mengunakan pendekatan terhadap bas-bas ekspress.

BOSS : Idea yang baik din, buat paper yang baik din, kita tunjukkan potensi perniagaan f n b ini lebih baik dari outsorce. Kita perlu beri komitment yang tinggi bagi memastikan Syarikat kita mampu bersaing serta mengembangkan perniagaan kita dengan lebih luas.

Din : In Syaa Allah Boss... saya akan lakukan yang terbaik demi Syarikat yang kita sayang ini.

BOSS : OK din, saya setuju dengan pandangan awak, saya akan menyakinkan pihak atasan kita mampu melakukan yang terbaik malah kita sama-sama membuktikan perubahan ini sebagai satu anjakan kepada Syarikat dalam masa yang sama kita bersama-sama menjaga kepentingan pekerja kita.

Din : Terima kasih boss.

BOSS : OK din, terima kasih.

Sekian, bertuahnya kalau kita selaku pekerja mempunyai Boss dan pegawai kanan sebegini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Mac 2017

PENGURUSAN KTMB PEMALAS 1

RUM  tak nak komen apa2 mengenai kenyataan di bawah ini...

Sendiri baca sendiri nilai...

Cuma...

"MEMALUKAN"

Yang susah pekerja bila PC dirampas, pekerja terpaksa kerja secara manual... adeiiiii.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 Mac 2017

CERITA PETANG RABU

Alkesah mad dipanggil boss untuk membincangkan hal kerja...

BOSS : Mad aku nak kau kaji samada outsorce F & B ini merugikan atau menguntungkan? (Ayat arahan)

MAD : Napa boss?

BOSS : Ada proposal masuk ni, kalau boleh outsorcelah... buat pening-pening kepala kita je... (dalam hati berdoa.. "mad kau terimalah arahan aku.. dapat aku masyuk sikit... hehe")

Mad : Baik boss (dengan bersemangat)
(Dalam hati aku dah nak pencen, lantaklah... kerja aku lagi senang...)

BOSS  : GOOD JOB MAD ( dalam hati boss lega.. "apa lah bodoh si Mad ni... agaknya kalau aku suruh makan tahi pun dia makan.... hahaha..." dengan gelak jahat)

Mad : Terima kasih Boss... (Dengan senyum lebar mad balik opis dia untuk prepare apa dokumen yang perlu... dalam hati... "aku ikut arahan..." sambil senyum berlalu pergi..)

#Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena samada yang hidup ataupun mati.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MESEJ LUAHAN HATI

RUM tidak berniat nak komen mesej yang diterima, RUM amat memahami isi hati penulis,  cuma berasa sedih bila baca kenyataan ini "LOA" telah ditandatangani, kalau benar apa yang tertulis dalam mesej ini.

HAK MAJIKAN! Untuk menyerahkan kepada mana-mana Syarikat!

Apa lagi nak kata?

Nantilah RUM olah satu kenyataan mengenai "PENGURUSAN KTMB PEMALAS"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM bukan "TUNGGUL KAYU"

TERIMA KASIH GM TMOD
F & B

Pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada GM TMOD yang telah mengambil keputusan membatalkan pertemuan antara pekerja F & B dengan Syarikat Brahmin dalam mesyuarat tergempar pagi yang turut dihadiri oleh GM INTERCITY.

Suka RUM nasihatkan GM INTERCITY jangan sekadar "BULLDOZED" atau kononnya ikut arahan, arahan boleh diikuti dengan syarat semua kehendak Perjanjian Bersama dipatuhi.

Jangan cari penyakit, RUM bukan "TUNGGUL KAYU" nak main langgar atau dengan niat "TEST MARKET".

Kalau ingat macam tu, maknanya memang sengaja nak cari penyakit.

Satu mesyuarat akan diadakan kemudian untuk membincangkan isu F & B pada jumaat ini  17.3.2017, yang mana mesyuarat ini telah ditentukan sebelum kes ini berlaku, maka adalah diharapkan GM INTERCITY menjelaskan secara terperinci apa yang diminta oleh RUM, saya sendiri selaku Presiden RUM berhasrat untuk hadir, maklum dah lama tak mengadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, nak juga bersua muka sambut Salam Perkenalan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


LANGGAR

RUM selalu pesan setiap perkara bawa bincang, setiap perancangan yang melibatkan implikasi pekerja bincang dengan RUM, RUM boleh dibawa berbincang, cuma RUM akan banyak mengemukakan soalan dalam setiap satu perancangan yang bakal dibuat bagi memastikan ianya benar-benar memberi faedah kepada KTMB malah kepada pekerja.

RUM tidak sesuka hati untuk menolak setiap perancangan, RUM bukan dengan sengaja hendak membantah atau menganggu urusan majikan malah RUM akan menyokong mana-mana perancangan yang memberi faedah kepada KTMB dan Pekerja dalilnya Plan Transformasi KTMB, RUM memberi sokongan penuh kecuali Railway Network Access Agreement (RNAA)

F & B satu usaha "BERNIAT JAHAT" dengan satu lagi percubaan "MELANGGAR RUM" seumpama dengan "OUTSORCE 24 KELAS", tindakan sedemikian jelas membelakangkan "PERJANJIAN BERSAMA" dalam sesuatu perkara hendaklah dibincangkan dengan Kesatuan Sekerja.

RUM berulangkali samada secara lisan, bertulis maupun dalam SUARA RUM, telah mengingatkan tapi inilah sikap Pengurusan yang tidak pernah mau cuba duduk semeja untuk berbincang dan menjelaskan duduk perkara sebenar seolah-olah menyembunyikan satu agenda demi mencapai matlamat.

RUM suka kalau sama-sama duduk berbincang, samada secara kedai kopi maupun secara rasmi, agar setiap permasalahan dapat dirungkaikan bagi memastikan hak pekerja terpelihara malah terjamin, RUM sesekali tidak akan berkompromi kalau ada sesuatu agenda tersirat yang boleh mengancam periuk nasi pekerja.

Justeru itu RUM memohon agar setiap perkara yang memberi implikasi kepada pekerja sila maklumkan kepada RUM dan kita duduk berbincang sama-sama, bagi RUM faham sefaham-fahamnya dari sudut kebaikan jangka pendek, jangka panjang malah menjelaskan segala keraguan yang timbul serta bagaimana mengatasi kekusutan dari sebarang persoalan yang timbul bukannya bila RUM berhujah jawapan yang diberi adalah "longgar" atau "sekadar melepaskan batuk ditangga" atau langsung tidak buat sebarang persediaan.

RUM harap antara Kesatuan dan Majikan sentiasa memegang prinsip Keharmonian Perusahaan janganlah hanya sebelah pihak sahaja, kerana RUM tidak akan "Melompat" sekiranya pihak pengurusan tidak mulakan dulu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Mac 2017

BRAHMIN nak jumpa staf KTMB

MESEJ DITERIMA
F&B

PERSOALAN

1. Siapa BRAHMIN nak jumpa staf KTMB

2. Perbincangan tempoh hari telah menjelaskan mengenai perkara ini malah belum ada sebarang keputusan dibuat.

3. Apa dah jadi dengan Pengurusan KTMB?

4. Pengurus Besar Intercity... What the hell?

Di bawah ini mesej yang diterima oleh RUM

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Brahmin akan mengadakan sesi perjumpaan dengan semua kru F&B kontrak di bilik Impian di stesen KL Sentral mulai 15 -18 Mac 2017 dari jam 0900 hingga 1700.

Semua kru diminta dapat melapangkan masa untuk  berjumpa dengan pengurusan Brahim bagi hala tuju masa hadapan semua.

Sekian terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Mac 2017

PERKEMBANGAN RNAA

Pihak RUM masih menunggu temujanji dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Difahamkan pengaturan sedang diaturkan dengan kehadiran YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dan YBhg Dato Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Kita harap pertemuan ini bisa menjadi kenyataan.

Namun harapan besar RUM ialah amat berharap dapat berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Harapan ini amat penting sebagai satu usaha RUM untuk menjelaskan implikasi RNAA kepada kerajaan, mudah-mudahan usaha ini berjaya.

Terus berusaha sampai kami tidak dipersalahkan...
Matlamat kami...
Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Mac 2017

Kita Patut Tiru China, Bukan Beli Dari Dia: Kesatuan KTMB

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) berpendapat kerajaan tidak perlu membeli lokomotif daripada China, sebaliknya meniru apa yang dilakukan negara itu terhadap perkhidmatan kereta apinya.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah ke belakang dengan mementingkan pihak lain untuk mendapatkan bekalan.

“China tak swastakan keretapi dia, lokomotif dia mampu buat sendiri. Kenapa nak jadikan kita lebih rendah martabatnya? Kita mampu tambah baik perkhidmatan KTM. Kalau betul nak pandang China, kita tiru dia, bukannya beli dari dia.

“Saya kaji China cara dia buat dan bangunkan. Enjin dia dapat dari Eropah, beberapa perkakas lain dari Jepun, tetapi body, wiring dan frame dia buat sendiri.Kita pun boleh buat, kenapa kita taknak buat? Menteri Pengangkutan berfikiran ke belakang, mementingkan pihak lain untuk outsource.

“Orang patutnya pandang ke depan, dia ni pandang ke belakang, saya tak faham kenapa,” katanya dalam temubual eksklusif bersama ismaweb.net.

Semalam, ismaweb melaporkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) cetusan idea Tiong Lai bakal menghapuskan sepenuhnya syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), jika ia dilaksana.

RNAA akan memberi hak kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

Tahun lalu, kerajaan menerusi syarikat RM2, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan firma dari China – China Communication Construction Company Ltd (CCCC) – bagi melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

China juga kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor).

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya, yang mana laluan kereta api akan berakhir di Beijing.

Abdul Razak berkata, perjanjian itu bakal memberi pelbagai impak yang amat negatif terhadap KTMB, termasuk pemberhentian pekerja.

Justeru, beliau berharap mendapat kesempatan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu ini.

“KTMB tidak perlu campurtangan RAC. Kembalikan KTMB kepada sektor awam. Sebab dalilnya, KTMB ini adalah perkhidmatan sosial. Saya tidak mahu penumpang terasa rugi apabila perkhidmatan sosial ini dihentikan.

“Implikasi ini tidak diterangkan kepada Datuk Seri Najib kerana beliau hanya mendengar dari perspektif positif. Saya tidak salahkan beliau. Kalau kerajaan boleh dengar pandangan saya, kami mahu terangkan mengenai implikasinya. Kalau fakta berkenaan RNAA boleh patahkan hujah saya, maka boleh teruskan. Berhujahlah dengan saya, sekiranya saya salah, buktikan saya salah,” katanya.

Mengenai kelewatan tren, Abdul Razak kesal apabila masyarakat sering menyalahkan pengurusan KTMB ketika berlaku kelewatan serta kerosakan tren tanpa mengetahui masalah sebenar yang dihadapi mereka.

“Bila keretapi lambat, selalu rosak, orang salahkan KTMB. Sedangkan orang tak tahu, kita punya koc tak cukup. Saya bagi contoh, ETS dari Ipoh ke Padang Besar, dengan jarak lebih 300 km, hanya dibekalkan 10 set sahaja. Berbanding dengan MRT, jarak 51 km, dibekalkan dengan 58 set.

“Orang awam akan melihat MRT lebih baik. Ya, memang, lihat sahaja berapa set yang dibekalkan pada mereka, dan lihat berapa yang dibekalkan kepada kami,” katanya.

Mengulas isu itu, Abdul Razak berkata, masalah berkenaan boleh diatasi dengan membeli set lokomotif sekurang-kurangnya 30 hingga 50 set.


07 Mac 2017

KTMB Bakal Lenyap Jika RNAA Terlaksana: RUM

KTMB bakal lenyap jika RNAA terlaksana: RUM
March 7, 2017 Berita Utama, Utama 0

Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api idea Liow Tiong Lai beri impak negatif, termasuk pemberhentian pekerja, hilang perkataan Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bakal menghapuskan sepenuhnya syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jika ia terlaksana, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Subramaniam a/l M Ramakrishnan.

Beliau berkata, kewujudan KTMB di tanah air selama 130 tahun ini akan terus lenyap begitu sahaja sekiranya perjanjian ini berjalan dan tiada tindakan daripada kerajaan untuk membanterasnya.

“Kalau Keretapi Tanah Melayu ini pun dah tak ada, nanti dah tak ada perkataan Melayu dalam mana-mana jabatan kerajaan.

“Itu antara apa yang mengkhuatirkan kita. Persoalannya sekarang ialah, apa agenda sebenar Menteri Pengangkutan di sebalik perjanjian ini?,” katanya dalam temubual eksklusif Ismaweb.net, hari ini.

Perjanjian yang merupakan idea cetusan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga, katanya, bakal memberi impak yang amat negatif terhadap KTMB, termasuk pemberhentian pekerja.

“Bila kita study, ia tak mendatangkan sebarang hasil kepada KTMB dan warga kerja keseluruhannya. Sebaliknya, hanya mengecilkan skop perniagaan di syarikat KTMB. Pekerja juga akan berkurangan iaitu daripada seramai 5,000 pekerja sehingga hanya sekitar 1,000 bahkan mungkini 500 sahaja,” katanya.

RNAA akan memberi hak kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

Tahun lalu, kerajaan menerusi syarikat RM2, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan firma dari China – China Communication Construction Company Ltd (CCCC) – bagi melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

China juga kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi, di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada ‘wilayahnya’ di bawah projek ‘one belt one road’ (Obor).

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya, yang mana laluan kereta api akan berakhir di Beijing.

Sementara itu, Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan juga memaklumkan bahawa pihaknya pernah menulis beberapa pucuk surat kepada Tiong Lai, namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada menteri itu.

Sebaliknya, hanya Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Seri Saripuddin Kassim yang memberi maklum balas.

Namun demikian, tiada apa tindakan yang boleh dilakukan daripada pihak KSU kerana segala keputusan terletak di tangan menteri itu sendiri, kata Abdul Razak.

Beliau juga pernah bertemu Tiong Lai di satu majlis pada tahun lalu dan mengajukan soalan berkenaan perjanjian itu.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, air muka menteri berkenaan terus berubah apabila mendengar soalannya dan mengelak dengan berjanji untuk mengadakan satu pertemuan lain bagi membincangkan isu berkenaan.

Sehingga kini, Abdul Razak memaklumkan bahawa tiada sebarang khabar berita daripada pihak Tiong Lai dan RUM masih menunggu tarikh pertemuan yang dijanjikan.

KTMB diswastakan sejak 1992, namun ia masih dimiliki sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.

Sejak tahun lalu, RUM kerap melakukan bantahan dan desakan mengenai isu RNAA dan RAC bagi menegakkan keadilan bukan sahaja buat KTMB, tetapi juga rakyat Malaysia khususnya pengguna.

[http://www.ismaweb.net/2017/03/ktmb-bakal-lenyap-jika-rnaa-terlaksana-rum/]


BR1M KECOH TAK DAPAT SATU PANDANGAN DARI RUM

Bila RUM scroll Facebook terlalu ramai yang marah kerana permohonan BR1M ditolak (reject) ada yang menyalahkan YAB Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, ada juga yang menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM), ada juga yang menyalahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada juga yang menyalahkan Rakyat yang memerlukan BR1M kerana tidak membuat kemas kini, malah dalam group Whatsapp RUM juga ramai yang marah-marah kerana BR1M ditolak, malah mereka ada asas untuk marah-marah dan diakui pula ahli-ahli RUM adalah golongan berpendapatan rendah.

RUM terfikir salah siapa? untuk mencari salah memanglah mudah, persoalannya ialah penyelesaian namun sebelum mencari penyelesaian kenapa semasa pertama kali wujud BR1M masalah ini tidak berlaku, dulu lebih ramai yang layak menerima BR1M tanpa ada prosedur "cerewet", kenapa wujud prosedur cerewet? Adakah peruntukan terhad? atau mungkinkah ramai yang menipu?  Persoalannya berapa ramai yang menipu berbanding berapa ramai rakyat yang berpendapatan rendah kehidupannya yang susah. Adakah wang BR1M kalau ditipu mampu jadi kaya? Itu dari satu sudut.

Gayanya hari ini BR1M dah jadi satu keperluan, kalau bukan jadi satu keperluan kenapa mahu marah-marah?
Ini juga satu sudut yang boleh dikaji.

Dari sudut kesatuan sekerja, RUM melihat BR1M sudah menjadi satu keperluan, bukan salah rakyat yang menerima BR1M tapi yang menganugerahkan BR1M pada awalnya yang menjadikan ianya kini sebagai keperluan malah dalam situasi kos harga barang yang meningkat ianya telah menjadi keperluan.

Bila sebut keperluan maka apa punca lain yang menjadikan ianya keperluan, puncanya selaras dengan asas BR1M adalah bantuan kepada pekerja atau rakyat yang berpendapatan rendah khususnya yang bergaji di bawah RM 3000.00, kononnya meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah kerana banyak subsidi yang telah wujud sebelum ini telah ditarik balik, sekurang-kurangnya BR1M dapat mengantikan wang subisidi yang telah ditarik balik.

Namun demikian rungutan dan kemarahan ini tidak boleh disalahkan kepada rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah, rata-rata pekerja yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, malah baru-baru ini harga kawalan seperti "GULA" telah dinaikkan, malah RUM yakin akan banyak lagi harga kawalan bakal dinaikkan berdasarkan kejatuhan RM berdasarkan wang US, maka yang menjadi mangsa ialah pekerja berpendapatan rendah.

Dari sudut ini maka jelas RAKYAT mungkin sejuk sedikit kerana ada BR1M, walaupun kos harga barang meningkat, tetapi dengan mengetatkan penerimaan BR1M akan menjadikan rakyat marah, janganlah salahkan rakyat@pekerja.

RUM memang tidak bersetuju dengan BR1M tapi lebih menekankan subsidi, tapi apakan daya subsidi telah banyak ditarik balik maka BR1M mungkin satu pilihan yang baik bagi golongan yang berpendapatan rendah tapi tetap juga tidak mampu mengatasi kos sara hidup yang meningkat.

Pada pandangan RUM, penyelesaian BR1M sebaiknya berbentuk "kopon" bukan wang, kopon atau satu kad berbentuk smartkad atau kad pengenalan yang boleh didebitkan wang sebagai kopon diberikan kepada rakyat yang  berpendapatan rendah untuk membeli barangan dengan kadar murah khususnya pemegang kad ini dikecualikan dari cukai GST, pembelian minyak petrol diberi potongan 10%-30% pembelian barangan kawalan yang telah dinaikkan harga di beri potongan sebanyak 10%-30%, pengangkutan awam diberi potongan 10% - 30% dan lain-lain.

Cara ini lebih berkesan untuk mengelakkan penipuan malah boleh membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang kos sara hidup yang kian meningkat, malah penapisan kepada yang layak boleh dibuat lebih terperinci, manakala yang berpendapatan sederhana maupun tinggi perlu dikenakan GST yang lebih tinggi maupun segala faedah yang bersubsidi perlu ditarik balik kepada golongan yang berpendapatan tinggi, pandangan ini berdasarkan kepada asas kerajaan berdasarkan mewujudkan BR1M untuk mengurangkan tekanan peningkatan kos sara hidup kepada golongan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.

Ini sekadar pandangan RUM kerana sewajarnya Rakyat yang berpendapatan rendah khususnya pekerja mendapat faedah dari kerajaan untuk menghadapi tekanan kos sara hidup yang meningkat, kos sara hidup yang meningkat menjadi satu bebanan, ianya cukup terasa apatah gaji atau upah yang diterima tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan kehidupan terutamanya adalah pekerja yang bergantung hidup gaji bulan.

Apapun semoga isu yang hebuh ini perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, janganlah menyusahkan rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah,  bantulah mereka, kasihanilah mereka, hentikan prosedur yang cerewet yang boleh menyusahkan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Mac 2017

Sokong kenyataan ini...

RNAA berapa banyak proposal dah masuk, dah ada ke surat sokongan?

Lupalak... berapa kali tel user, supaya user menyokong pembelian E-Loko?

RUM tanya je...
Tak kan tanya pun salah...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Mac 2017

SELAMATKANLAH...

Jika aku diberi pilihan, 1 Raja atau 5000 kuli untuk KU SELAMATKAN...

JAWAPANNYA, PASTI KU PILIH 5000 KULI, waima HAMBA ABDI....

selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA..
BantahRNAA

selamatkan Khazanah 130 TAHUN NEGARA...

Kenyataan RASMI KPPKTMB
Pen SUA RUM....


04 Mac 2017

SIAPA KTMB?

SIAPA KTMB?
KTMB terdiri dari:-

1. Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
2. Semua Lembaga Pengarah KTMB
3. Semua Pengurusan KTMB dari Pengurus Besar hingga Eksekutif
4. Semua Bukan Eksekutif.

Maka yang akan mempertahankan KTMB itu siapa?

Kita... kita itu siapa... Kita itu yang disebut 1, 2, 3 dan 4.

Kalau tidak kita pertahankan siapa lagi ingin pertahankan?

Malu kalau orang luar kata Pengurusan KTMB tidak mampu berubah dan mempertahankan KTMB maka KTMB akan terhapus bukan dari orang luar tapi dari KITA.

Sedarlah kita bukan sahaja Selamatkan KTMB, bukan sahaja Selamatkan Periuk Nasi Kita tapi Kita Selamatkan Khazanah Negara malah kita Selamatkan "Perkhidmatan Sosial" untuk kepentingan Rakyat.

Sedarlah.. sedarlah...
Jangan KITA sebagai PUNCA..
KTMB tinggal kenangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Kacang Lupa Kulit

Salam satu Malaysia..
Salam Sayang buat warga KTMB..

Baru memangku, dah memuat komen sebegini.. Jelas, selaku warga KTMB, ANDAI TIDAK PANDAI MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN, saya rasa lebih baik "TUTUP MULUT".. Itu lebih MOLEK..

Apa PERLU MEMUAT KOMEN YANG JELAS dan BISA MENJATUHKAN IMEJ SYARIKAT? IMEJ KTMB?

Apa maksud LUAHAN saudara?
Semua, kiri kanan dia nak SENTUH, nak KONDEM... KOMEN SECARA TERBUKA YANG BISA MENJAHAMKAN KTMB...MOHON PIHAK GM TMOD AMBIL TINDAKAN DENGAN KADAR SEGERA..

#selamatkanKTMBselamatkanPEKERJA
#bantahRNAA
#takperlutaburpasir5000pekerjaKTMB

Kenyataan Rasmi KPPKTMB..
PEN. SUA RUM..


03 Mac 2017

DALAM SETANDAN KELAPA TAK SEMUANYA BAIK

RUM akui dalam setandan kelapa tak semuanya baik, walaupun dihati kecil RUM mahukan semua terbaik, waima pengurusan sehingga pekerja, kerana tak semua baiklah maka kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

RUM merayu pada semua Pengurusan KTMB, Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM dalam keadaan kritikal ibarat "telur dihujung tanduk" kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan.

Diluar sana sedang memerhati, setiap kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, hari ini sosial media menjadi senjata utama, setiap kesilapan begitu mudah tersebar atau diviralkan, maka kerana yang busuk itu satu, maka seluruh organisasi akan terpalit termasuk RUM.

RUM MERAYU hentikan semua gejala yang tidak sihat yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib, walaupun tindakan tatatertib boleh diambil harus disedari bukan mudah untuk memulihkan imej KTMB yang kian tercemar dari mereka yang sengaja mencari kesalahan.

Justeru itu RUM merayu semua pihak samada pengurusan, pekerja dan ahli-ahli RUM tolong hentikan gejala tidak sihat, andai terus lakukan sebaiknya pergilah cari kerja lain, kami RUM tidak mahu kerana setitik nila rosak susu belanga, kerana sorang ribuan jadi mangsa.

Maaf, tiada pilihan lain selain berterus terang, walaupun pahit, teguran perlu dibuat demi Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Mac 2017

PERMOHONAN MAAF WAN AHMAD

RUM sangat berbesar hati dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Sdr Wan Ahmad terhadap  komen beliau dalam Astro Awani, pihak RUM menyedari bahawa umum tidak mengetahui masalah yang berlaku dalam KTMB semenjak KTMB di swastakan pada 1.8.1992.

Kami yang berada dalam RUM kekal mempertahankan KTMB bukan sahaja untuk kepentingan pekerja tetapi kepentingan Pengguna khususnya Nitezen yang mengunakan perkhidmatan KTMB.

Kami sendiri mempertahankan KTMB dari sudut "Perkhidmatan Sosial" yang memberi faedah kepada rakyat itu sendiri apatah KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun boleh dianggap sebagai Khazanah Negara.

Marilah kita sama-sama mempertahankan KTMB, bagi kami, kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik walaupun kami menghadapi seribu kekangan.

Justeru itu saya bagi pihak rakan-rakan yang lain memohon maaf sekiranya ada salah kata yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya menarik balik kenyataan screen shot yang dikeluarkan sebelum ini.

Tkasih


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PROTON GAGAL PROJEK TUN RNAA

RUM tertarik dengan kenyataan ini satu keberanian kerajaan menyatakan bahawa Proton atas usaha Kerajaan telah dikatakan "GAGAL" dan ia adalah cetusan idea Tun Mahathir, RUM sangat mengalu-alukan kenyataan ini.

Bukan sesuatu yang mudah untuk kerajaan  memutuskan satu kenyataan seperti ini,  RUM memuji kenyataan berani ini.

Maka RUM dengan tegas menyatakan bahawa PENGSWASTAAN KTMB adalah GAGAL.

PENGSWASTAAN KTMB adalah cetusan idea TUN MAHATHIR ianya adalah jelas kegagalan TUN MAHATHIR sehingga menyebabkan KTMB mengalami kerugian sehingga hari ini, seperti mana kenyataan yang sama mengatakan PROTON GAGAL, maka itu saranan RUM dengan KEGAGALAN PENGSWASTAAN KTMB yang berasaskan IDEA TUN, maka Kerajaan juga hendaklah BERANI mengembalikan KTMB ke Sektor Awam kerana JELAS DAN NYATA kegagalan KTMB hari ini berpunca dari idea TUN MAHATHIR.

Bukannya mewujudkan RNAA kerana idea RNAA adalah lebih teruk @ amat buruk dari idea Pengswastaan KTMB sehingga satu tempoh Keretapi Tanah Melayu akan pupus di bumi Malaysia.


http://kinitv.com/video/45324O74

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KOMEN PEMBACA

Hebat pembaca ni.. dia punya komen kalah yang arif... lagi bijak pandai... patut dia ni layak jadi Presiden KTMB, masa tu dia tau... teloq dia ada ke tak de..

Ni RUM nak bgtau...

1. Cuba check dalam tempoh KTMB di swastakan pada 1.8.1992 berapa kerugian KTMB berbanding dengan Prasarana?

2. Cuba check harga tambang perkm antara komuter KTMB berbanding dengan LRT STAR, MONORAIL, LRT PUTRA, ERL?

3. Apa dia Rail Safety?

4. Kenapa cermin komuter pecah?

5. Tren SCS buatan mana?

6. Tahun lepas 2016 Prasarana dapat suntikan RM 600 juta, KTMB dapat berapa?

7. KVDT gi tanya SOR MOT dan MOT sendiri kenapa pembaikan landasan tidak boleh 8 jam sahaja, kenapa kehendak "USER" ditolak mentah2?

Buat kajian sebelum berbicara, jangan orang kata nanti "BINGAI" atau nak memandai-mandai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


BAJET

KTMB tiada duit..
Harga tambang murah..
Beli set train tak de kualiti..
Suntikan tak nak bagi..
Nak perbaiki perkhidmatan perlu kos..
Marhaein duk bising..
KTMB dipersalahkan...

Adeiiii....

Nasib.. nasib...

Kata Pak Menteri..

Sampai bila orang melayu nak sedar tak kan sentiasa nak beri subsidi... kita perlu tuju sebagai negara maju... katanya bila berbicara 6 mata.

Last sekali...

Lepas tu dengan senang hati SALAHKAN KTMB!

KTMB jugak kambing hitam...

RUM angin satu badan...

Kita wujudkan RNAA, ini akan bantu KTMB membaiki perkhidmatan...

Adoiiiiiii..
RUM ni bodoh sangat sangat...

Tak pe Dato... saya terima tawaran untuk ambil salah satu jabatan... saya akan senyap.. puiiiiiiiiiii.....

This is Railwaymens Union of Malaya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SET TRAIN DARI CHINA KTMB KAMBING HITAM RNAA

RUM pernah menulis pasal ETS buatan CHINA malah pernah menulis mengenai SCS buatan CHINA, dijangka 19set ETS yang bakal hadir ke KTMB pada tahun 2019 juga adalah buatan CHINA, begitu juga pembeliaan 13 set DMU yang bakal hadir pada 2019 juga dari CHINA.

YBhg Datuk Elias Kadir mantan Presiden KTMB telah menulis surat ke YAB DS PM mengenai kelemahan SCS sehingga YB Menteri Pengangkutan marah-marah dengan YBhg Datuk Elias Kadir begitulah kehebatan tren-tren dari CHINA.

Sejarah KTMB dengan pembelian set lokomotif kelas 29kelas yang mempunyai sejarah tersendiri juga adalah lokomotif yang paling bermasalah, rekod telah pun menunjukkan bahawa set-set train dari CHINA sememangnya bermasalah.

Lokomotif elektrik yang beriya-iya hendak dibeli juga dari CHINA kononnya berdasarkan "alam sekitar" tanpa melihat kemampuan KTMB dari sudut infratruktur yang ada malah sekiranya dibeli Lokomotif Elektrik boleh menjadi "gajah putih"

Berpuluh surat kesatuan telah dihantar menggesa kerajaan agar tidak membeli set-set dari CHINA dengan dalil-dalil yang ada malah kalau hendak dibeli, belilah melalui "tender terbuka" agar pemilihan boleh dibuat bukan sahaja dari sudut komercial tetapi dari sudut teknikal.

Apa yang ada ialah pembelian berterusan tetap dari CHINA kehendak atau pandangan "USER" tidak pernah diambil kira, maka hadirlah loko-loko dari CHINA yang ramai puji dari kecantikannya tapi perutnya penuh dengan ulat.

Malah kononnya pengantaran pekerja ke CHINA untuk pertukaran teknologi juga sekadar wayang dan yang menariknya YB Menteri kononnya melahirkan rasa bangga latihan telah diberikan kepada pekerja syarikat yang membuat maintenance dari CHINA dalam satu majlis penganugerahan sijil juga adalah wayang yang orang tidak tahu maksud cerita tersirat.

Maka akan berterusanlah KTMB akan dirundung masalah dan tomahan, KTMB sentiasa jadi "kambing hitam" yang untung "BROKER" yang menjalankan aktiviti-aktiviti "KAYUH".

Inilah nasib KTMB sejak zaman berzaman yang master mindnya ialah MoT malah kewujudan RNAA adalah untuk mempermudahkan pembeliaan set-set sebegini tanpa merujuk kepada "USER".

RUM benar-benar bosan dengan tunding jari kepada KTMB kerana tuduhan sebegini memberi implikasi imej kepada KTMB dan Pekerjanya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Cc YB Dato Ir Dato Ir Nawawi Ahmad


01 Mac 2017

KOMEN YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKTIKAN KTMB TIDAK BERSALAH

RUM berharap pihak pengurusan KTMB bersikap jujur dan tanpa rasa takut hendaklah "BERANI"  untuk memberi penjelasan mengenai teguran YAB DS PM secara terbuka, ceritakan kedudukan dan kelemahan ETS yang sebenar termasuk dari aspek teknikal jangan terlampau berlapik malah dari sudut ticketing juga perlu dijelaskan kedudukan sebenar jangan duk bercakap melalut dengan membuktikan "KTMB TIDAK BERSALAH".

RUM sudah bosan dengan kelemahan yang berlaku kononnya berpunca dari KTMB, sedangkan pihak pengurusan maupun Lembaga Pengarah KTMB tidak mampu menjelaskan perkara sebenar.

Ambil kesempatan terhadap teguran terbuka ini menjelaskan perkara sebenar, sekiranya masih takut-takut maka teguran ini akan membuka ruang  yang lebih besar kewujudan RNAA.

Cukup cukup sudah... ini kali dengan keberanian buktikan KTMB tidak bersalah walaupun terpaksa meletakkan kesalahan kepada pihak yang benar-benar tidak membantu atau yang sebenarnya mewujudkan kelemahan.

Kalau pengurusan KTMB  gagal menjelaskan perkara sebenar maka memang sah teguran YAB DS NAJIB itu adalah "BENAR"  maka Pengurusan KTMB dan siapa yang bertanggungjawab perlu meletak jawatan.

Jangan jadikan KTMB dan Pekerja sebagai mangsa!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad