29 Oktober 2014
29.10.2014 (Genap 2 bulan)
Genap 2 bulan Presiden dan Timbalan Presiden RUM "di buang kerja tanpa notis" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Pembuangan kerja ini jelas adalah "tidak sah" berdasarkan peruntukan "Perjanjian Bersama" dan peruntukan undang-undang.
Tindakan ini secara nyata mewujudkan "UNION BUSTING" secara langsung untuk membunuh "RAILWAYMEN UNION OF MALAYA" (RUM).
Kemelut ini sama sekali tidak melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad atau Pengurusan KTMB, ianya melibatkan "PERSONALITI" yang jelas gagal menjalankan tanggungjawab memulihkan KTMB dan menjejaskan keselamatan pekerja dan penumpang KTMB, dalilnya dokumen - dokumen RUM sebanyak 27 pucuk surat dan beberapa kali mesyuarat Majlis Bersama Pusat dan Mesyuarat Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Induk KTMB. "PERSONALITI" ianya telah dilabelkan "NON PERFORMING PRESIDENT", tidak lain tidak bukan iaitu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. "Kenyataan ini telah diakui baru-baru ini oleh YB Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen iaitu "PERSONALITI". Piket RUM semata-mata dengan hasrat murni iaitu "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA".
Diikuti "pembuangan kerja tanpa notis" selanjutnya, kini sejumlah secara keseluruhan 41 pemimpin RUM dan Ahli RUM telan "dibuang kerja tanpa notis" dan sejumlah 40 orang pemimpin dan ahli RUM telah "digantung kerja". Tindakan ini adalah satu tindakan "ZALIM" yang membunuh kehidupan seorang yang digelar "PEKERJA", berjuang atas "TIKET" atau "PLATFORM" kesatuan sekerja selaras dengan peruntukkan Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.
Tindakan Presiden KTMB telah mengheret kemelut ini pada tahap kritikal sehingga boleh mengakibatkan satu tindakan agresif oleh RUM, malah RUM bermula bulan November ini akan mengerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan "SOLIDARITY" di peringkat antarabangsa, demi memastikan "penindasan dan kezaliman" ini dihentikan. Tindakan Presiden KTMB secara langsung "boleh dianggap" menjejaskan imej Kerajaan Malaysia kerana KTMB adalah milik "KERAJAAN MALAYSIA" secara jelas MAJIKAN ialah "KERAJAAN MALAYSIA".
Babak penyelesaian mula wujud, cuma sedikit kelewatan, beberapa siri perbincangan telah pun diadakan di pimpin oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia atas arahan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, perbincangan turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kementerian Kewangan mewakili YAB Dato ' Sri Perdana Menteri, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, barisan Pegawai Tertinggi Jabatan Perhubungan Perusahaan di ketuai Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Presiden KTMB serta pengurusan KTMB dan Pegawai Tertinggi RUM.
Penangguhan perbincangan disebabkan oleh kegagalan mendapatkan persetujuan dari Presiden KTMB yang meletakkan syarat yang tidak sepatutnya, sedangkan pihak RUM telah difahamkan bahawa arahan dari YAB Dato Sri Perdana Menteri ialah "SELESAIKAN", malah melalui kenyataan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato Sri Ismail ialah penyelesaian mestilah berdasarkan "WIN - WIN SITUATION".
Maka itu RUM beranggapan bahawa "WIN - WIN SITUATION" adalah satu kaedah yang terbaik untuk penyelesaian kemelut ini, maka pihak RUM akur dengan semua cadangan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia malah cadangan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB juga RUM turut akur kerana RUM beranggapan bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Yb Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pengerusi KTMB adalah cadangan dari "KERAJAAN", makanya RUM bersetuju syarat yang ditetapkan oleh "KERAJAAN" berdasarkan "win - win situation".
Dukacitanya Presiden KTMB masih berkeras dan mahu mengekalkan syarat yang telah ditetapkan, maka disebabkan syarat Presiden KTMB maka perbincangan telah ditangguhkan.
Kelewatan juga berlaku disebabkan juga ketidakbolehan Pengerusi KTMB untuk menghadiri atau menguruskan perbincangan selanjutnya disebabkan Pengerusi KTMB membuat lawatan kerja ke Jepun, makanya tertangguhlah proses perundingan bagi mewujudkan penyelesaian.
Mudah-mudahan minggu ini perbincangan yang diharapkan dapat diadakan dengan kadar segera, perlu disedari bahawa 41 orang yang dibuang kerja kini menanggung beban kewangan yang teruk, masalah keluarga, masalah perubatan, masalah rumah kuarters, yang paling ketara beban persekitaran yang boleh menganggu mental keluarga khususnya isteri atau suami yang isterinya "dibuang kerja tanpa notis".
RUM merayu YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mencampurtangan sekali lagi bagi menyegerakan proses penyelesaian ini, kerana kami yakin YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia tidak berkeinginan kemelut ini berpanjangan berdasarkan ayat "SELESAIKAN".
Semoga dan harapan, kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera, kepada Allah Swt kami bermohon, penganiayaan dan kezaliman ini dihentikan segera.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
MP: Tak salah berpiket, majikan biadap pecat pekerja
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membidas beberapa majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang memecat pekerjaan tanpa mengikut undang-undang.
Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antara lain menamakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines (MAS) dan Maybank. - MK
Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antara lain menamakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines (MAS) dan Maybank. - MK
Kemelut KTMB berpanjangan
Semua diluar sudah tahu kemelut kesatuan pekerja2; KTMB dengan Preseden KTMB telah berlarut hampir 3 bulan dengan 41 orang pekerja KTMB dan pegawai kesatuan telah dibuang kerja.
Jaafar Alias
Dibuang kerja bermakna tiada gaji. Rundingan telah diadakan atas arahan YAB PM malangnya pergerakan rundingan amat perlahan kerana lawatan Pengerusi KTMB keluar negara dan ada perkara2 yg tidak dipersetujui kedua dua pehak terutama Preseden KTMB.
Dikabarkan akan ada rundingan lagi .Sekiranya rundingan terus berlarutan akan bertambah payahlah keluarga 41 org yg dibuang kerja. Terima kaseh yang bersimpati dan bertanya kabar. Tetapi keperluan untuk hidup mesti di isi. Saya telah bercakap dengan rakan-rakan apa perlu kita buat untuk mengisi perut anak keluarga kita. Antaranya:
1) Pergi Baitulmal minta bantuan.
2) Jumpa parti politik minta bantuan
3) Edarkan pumplet masa Persidangan UMNO di PWTC 25-28 Nov, akan ada yang panas punggong nanti.
4) Ada orang India yang kena buang nak mengadu kat Gereja dan pasti akan tolong.
5) Mengadu pada parti pembangkang mesti mereka tolong pada masa ini dengan syarat berarak bersama.Tak Ada hal
asalkan tidak kebulor.
6) Buat apo yang patut piket lagi ke, work to rule ke, piket kat putrajaya ke, mogok ke, jln terakhir.
7) Mengadu kat ILO, ITF, WFTU.
Semuo ini akan kita lakukan demi keadilan dan kepayahan mengharungi kemelut ini.
INI bukan ugutan tapi nak beri tahu Rakyat Malaysia, yang kesatuan pekerja2 ktmb tidak main2.
Jaafar Alias
Kenyataan Rasmi Setiausaha Agung RUM
Solat Hajat
Semua Cawangan RUM telah dan akan mengadakan "Solat Hajat".
Mudah-mudahan kemelut yang dihadapi ini dapat diselesaikan dengan segera.
Pada Allah Swt kita bermohon agar semua yang terlibat dalam kes "buang kerja tanpa notis" seramai 41 orang dan "gantung kerja" seramai 40 orang yang "tidak sah" diselesaikan dengan segera.
26 Oktober 2014
MENGHADAPI KEZALIMAN PENGUASA & PENGANIAYA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah.
Ya Allah, ya Tuhanku, Engkaulah pemberi segala kurnia dan kuasa; dan Engkaulah jua yang menarik kembali segala kurnia dan kuasa.
Ya Allah, ya Tuhanku, hambamu ini memohon kekuatan akal dan jiwa daripadaMu untuk berhadapan dengan ancaman dan kezaliman yang dicipta manusia-manusia zalim dan penganiaya yang Engkau jadikan sebagai pemimpin dan orang-orang disekelilingnya untuk bertandang dihadapanku.
Ya Allah, ya Tuhanku, perkenankanlah hambamu ini melangkah dengan keyakinan sebagaimana telah engkau berikan petunjuk berkali-kali di dalam hidupku akan jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah, ya Tuhanku, berilah segala yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku yang turut sama mendoakan yang terbaik untuk diriku.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika senyuman itu yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah senyuman pada bibirku dan bibir-bibir mereka.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika tangisan itu lebih baik untuk diriku dan untuk diri keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah kepada hambaMu air mata sebanyaknya untuk hambaMu menangis dengan rahmat dan ujianMu.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini bersandar kepada ketulusan hati mereka untuk mendaulatkan agamaMu, maka berilah mereka segala taufik dan hidayahMu beserta rezeki yang melimpah ruah.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini untuk menganiaya dengan tujuan mengampu dan membodek kezaliman orang-orang yang diberi kuasa tetapi mengadu domba, maka percepatkanlah taubat atau azab kepada manusia-manusia zalim dan penganiaya itu.
Ya Allah, ya Tuhanku, peliharalah keikhlasan hatiku diatas segala bantuan dan sumbangan diriku dalam hidup harianku; dan terhadap mereka dan keluarga mereka.
Ya Allah, ya Tuhanku, jauhkanlah dari hatiku sifat dendam, dengki dan iri hati.
Ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah diriku insan soleh yang bertaqwa dan beriman teguh kepada agamaMu.
“...Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Huud:88)
22 Oktober 2014
Solat Hajat
In Syaa Allah Minggu ini seluruh cawangan RUM akan mengadakan "solat hajat" memohon pada Allah Swt agar kemelut "pembuangan kerja tanpa notis" melibatkan 41 orang pemimpin dan ahli kesatuan telah berlarutan selama 2 bulan dapat diselesaikan dengan segera.
Mudah-mudahan dengan izin Allah Swt kemelut ini dapat diselesaikan dan semua kesengsaraan ini dapat dihentikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERIT
Cakap salah, tak cakap pun salah, perit rasa hati, pedih rasa jiwa, kita di sini sengsara, mereka gembira di sana.
Sabar... terus bersabar...
Sabar... separuh dari iman...
Biar pun hati pedih...
Mulut terkatup demi kesabaran...
Sabar... separuh dari iman...
Biar pun hati pedih...
Mulut terkatup demi kesabaran...
Tidakkah ada kesedaran...
Menyelami kesengsaraan...
Berusaha mempercepatkan...
Agar kesengsaraan dihentikan...
Menyelami kesengsaraan...
Berusaha mempercepatkan...
Agar kesengsaraan dihentikan...
Hakikatnya tetap kecewa...
Naluri kemanusiaan...
Tiada kini...
Yang popularnya....
Dinegara ini...
"I WANT YOU TO TOUCH A DOG"
Naluri kemanusiaan...
Tiada kini...
Yang popularnya....
Dinegara ini...
"I WANT YOU TO TOUCH A DOG"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
21 Oktober 2014
20 Oktober 2014
Kesatuan jalan kaki bantah isu cabul hak berpesatuan
Kira-kira 150 pekerja termasuk 20 pemimpin kesatuan pekerja hari ini berjalan kaki bagi menyerahkan memorandum membantah pencabulan hak berpesatuan.
Kumpulan ini bergerak daripada stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula jam 10 pagi dalam dua kumpulan secara berasingan menuju ke pejabat Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Mereka yang memakai baju berwarna hitam melaungkan "Hidup pekerja" dan "Hentikan pencabulan hak pekerja" dan ada di antara mereka menyanyikan lagu KTMB sambil memegang sepanduk "Jangan cabul hak kami".
Bagi kumpulan pertama, mereka menyerahkan memorandum di Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum bertemu kumpulan kedua yang berkumpul depan pusat membeli belah Sogo bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam.
Antara wakil kesatuan sekerja yang terlibat dalam kempen itu ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE).
Hadir sama Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud.
Sementara, Presiden MTUC Khalid Atan yang mengetuai kumpulan pertama menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Peguam Chan Oy Sim di pejabat Majlis itu.
Memorandum itu antara lain meminta Majlis Peguam dan Suhakam mendesak kerajaan menghentikan segala dakwaan pencabulan hak kesatuan pekerja dan memperkenal undang-undang yang lebih berkesan bagi menghalang majikan melakukan pencabulan hak berpesatuan di kalangan pekerja.
Mereka kemudiannya berjalan kaki menuju ke pusat membeli belah Sogo bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam bersama-sama dengan ahli kesatuan yang lain.
Sementara itu, kira-kira jam 12.00 tengahari, Khalid bersama Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan dan beberapa wakil RUM dan Nufam menemui Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam untuk menyerahkan memorandum dan mengadakan perbincangan selama 10 minit.
Sebelum itu, Abdul Razak berkata kempen berjalan kaki secara aman ini adalah kemuncak terhadap tindakan menamatkan perkhidmatan 41 pekerja KTMB kerana berpiket.
“Kita berjalan kaki hari ini untuk mengutuk pencabulan berpesatuan yang boleh menghancurkan kesatuan pekerja di negara ini”
“Pencabulan ini memberi kesan yang buruk kepada masa depan pekerja di negara ini,” katanya.
Sebelum ini, RUM mencabar presiden syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir berdebat dengan pihak kesatuan bagi menjelaskan sebab pemecatan anggotanya dari syarikat tersebut.
Kira-kira jam 12.45 tengahari peserta yang menyertai perhimpunan itu bersurai secara aman. [MI]
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menggesa majikan menghentikan segala bentuk penindasan "Union Busting" terhadap pekerja mereka.
Presiden MTUC Khalid Atan berkata, pihaknya mewakili pekerja yang tertindas mengharapkan campur tangan badan hak asasi manusia itu untuk membela nasib pekerja yang diberhentikan majikan tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Kumpulan berkenaan mengadakan bantahan secara aman di perkarangan pejabat Suhakam dengan membawa plakad tertera perkataan "Hentikan Union Busting" sambil melaungkan "Henti Penindasan", "hidup, hidup pekerja", dan "hidup Suhakam".
"Kita hari ini di Suhakam, berbincang dengan pesuruhjaya atas tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab, dan kita mahu Suhakam memberi pembelaan kepada pekerja yang dibuang tanpa sebarang alasan.
"Mereka (Suhakam) mungkin akan anjurkan pertemuan antara majikan dan pekerja untuk membincangkan permasalahan ini," kata Khalid dalam ucapannya sejurus penyerahan memorandum kepada Anggota Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam.
Sebelum itu, MTUC turut berarak ke pejabat Majlis Peguam untuk memorandum yang sama.
"Hari ini kita berhimpun membantah tindakan majikan membuang pekerja tanpa sebab munasabah.
"Pagi tadi kita serah memorandum kepada Majlis Peguam, dan mereka janji akan kaji aduan kita dan membawa perkara ini kepada pihak atasan," kata Khalid di depan lebih 50 peserta piket.
Program yang dikenali sebagai "MTUC Walk" itu bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan peserta berhimpun di depan bangunan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebelum bergerak ke pejabat Majlis Peguam.
Program berkenaan kemudiannya tamat sekitar jam 12 tengahari sejurus memorandum bantahan diserahkan kepada Suhakam.
"Union Busting merupakan satu trend yang semakin ketara di mana majikan memberhentikan, menamatkan, memecat, menggantung dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin kesatuan sekerja dan ahli serta pekerja yang terlibat dalam aktiviti kesatuan sekerja yang dianjurkan secara sah," kata memorandum mereka.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut menyatakan contoh beberapa pemimpin kesatuan sekerja yang dikenakan tindakan oleh syarikat mereka.
Antaranya ialah Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (RUM) Abdul Razak Md Hassan, Presiden Kesatuan Sekerja Pembantu Penerbangan Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin dan Naib Presiden Kesatuan Sekerja Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jalil Jalaludeen. – 20 Oktober, 2014. [TMI]
Walkers Walk anjuran MTUC (gambar)
Walkers Walk anjuran MTUC bermula di perkarangan Ibu Pejabat KTMB
Taklimat dari urusetia
Taklimat dari urusetia di perkarangan Ibu Pejabat KTMB |
Di pekarangan Ibu Pejabat Suakam |
Penyerahan Memorandum kepada Suhakam |
sumber foto:
1. FB Suara Rum
2. FB Mateja Kezmon
PERJUANGAN DAN HUKUMAN
Semua orang luar nampak, semua mantan pekerja KTMB nampak, semua ini telah perkatakan melalui RUM, tapi kesudahannya pemimpin di buang kerja.
Setahun berbicara awalan kemasukan Presiden KTMB, RUM percaya dengan "keharmonian perusahaan" pujuk, nasihat beri pandangan, tapi "ibarat mencurahkan air di daun keladi".
Selepas setahun tiada pergerakan maka RUM mula mengunakan persuratan, malangnya SURAT RUM juga tidak berjawab.
Bulan Disember 2013 RUM memberi amaran akan berpiket, namun tiada di endahkan, maka berpiketlah RUM tanggal 9 MEI 2014 dengan matlamat "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" itu dengan niat menyingkirkan Presiden KTMB yang ditakrifkan sebagai "non performing president" iaitu memastikan KTMB di pulihkan dan keselamatan pekerja dan penumpang terjamin.
Berlembut sudah, bertegas sudah maka berkeraslah pula, semua itu adalah sebahagian dari "aktiviti kesatuan" yang dibenarkan oleh Akta 177.
Maka dengan niat ikhlas, dalam perjuangan selamatkan KTMB "PEMIMPIN & AHLI RUM seramai 41 orang telah "dibuang kerja tanpa notis"
Apakah dengan niat yang ingin menyelamatkan KTMB maka dalam satu platform Kesatuan Sekerja maka hukumannya adalah "dibuang kerja".
Dimanakah keadilan?
Apakah penganiayaan dan kezaliman boleh dibenarkan berlaku?
Mudah-mudahan kemelut kezaliman, penindasan terhadap semua yang terlibat di bawah aktiviti kesatuan sekerja dapat diselesaikan.
Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt kezaliman dan penindasan ini dihentikan segera.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
19 Oktober 2014
18 Oktober 2014
WORKERS WALK MEMO IN BAHASA MALAYSIA WORKERS WALK DO & DON'T
MEMORANDUM UNTUK MENGHENTIKAN SEGALA BENTUK MEMECAH BELAHKAN KESATUAN ‘UNION BUSTING’ DAN PELANGGARAN HAK ASASI PEKERJA
'Union Busting'merupakan satu trend yang semakin ketara di mana majikan memberhentikan, menamatkan, memecat, menggantung dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dan ahli-ahli serta pekerja-pekerja yang terlibat dalam aktiviti kesatuan sekerja yang dianjurkan secara sah. Antaranya:
1. Pekerja-pekerja yang berpiket di hadapan bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menuntut hak kebajikan dan hak-hak masa dalam satu piket telah dikenakan tindakan disiplin. Presiden KTMB telah memecat Presiden Kesatuan pekerja-pekerjaKeretapi Tanah Melayu (RUM-Abdul Razak Md Hassan), dan Naib Presiden-R. Subramaniam bersamaan dengan 41 pekerja lain dan 27 orang lagi digantung dari kerja kerana mengambil bahagian dalam piket tersebut.
2. Manakala Presiden Kesatuan Kebangsaan Penerbangan Atendan Malaysia (NUFAM)Ismail Nasaruddin telah dipecat oleh Malaysia Airlines System Berhad (MAS) kerana telah mengeluarkan kenyataan media. Beliau telah dihentikan dengan alasan bahawa ia adalah salah laku bagi seseorang pekerja untuk mengeluarkan Pernyataan tersebut. Setiausaha Agungnya-Mohd Akram Osman bersama lima ahli kesatuan lain juga telah ditamatkan perkhidmatan kerana terlibat dalam aktiviti kesatuan.
3. Naib Presiden NUBE-Abdul Jamil Jalaludeen dan bendaharinya-Chen Ka Fatt telah ditamatkan perkhidmatan atas alasan terlibat dalam aktiviti kesatuan oleh pihak pengurusan bank.
4. Seterusnya RENESAS telah memecat Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Elektronik Wilayah Barat, Semenanjung Malaysia (EIEUWR),kerana menyuarakan dan membangkitkan hak-hak pekerjaserta ketidakadilan pekerja dalam kumpulan Facebook tertutup kesatuan.
5. Seterusnya penyerahan memorandum Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kepada calon yang akan bertanding dalam Pilihan raya Umum bagi mendapatkan sokongan terhadap hak-hak pekerja, 18 anggota kesatuan dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu (NUTEAIW) telah dipecat oleh anak syarikat DRB HICOM di Pekan, Pahang termasuk Pengerusi Bahagian MTUC Pahang Sdra. Rusaini Ramli telah dipecat.
6. PresidenKesatuan KebangsaanWartawan(NUJ), Mohamed HattaWahari, Timbalan Presiden, KetuaCawanganAmranAhmaddan Timbalan SetiausahaNorazriAbdulRahmantelah dipecat oleh Utusan Melayu(M) Bhd bagi mengeluarkan kenyataanmedia.
7.Presiden kesatuan, 17pemimpin kesatuan dan pekerja-pekerja dari Kesatuan Kakitangan
Pekerja-Pekerja Pelabuhan Barat telah dipecat oleh majikan kerana melibatkan diri dalam aktiviti kesatuan.
8. Bagi melakukan piketdi hadapanSyarikat AnselNP Melaka, yang menuntut hak kebajikan pekerja, Majikan SyarikatAnsel NP telah memecat Timbalan PengerusiCawangan (NUECMRP) dan 9 ahli kesatuan yang mengambil bahagian dalam piket tersebut.
9. Presiden dan Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Trinekiens telah dipecat bagi mengeluarkan pekeliling kesatuan untuk boikot Sambutan Hari Keluarga.
Senarai-senarai diatas adalah beberapa kes di manapekerja telah dipecat dan diambil tindakan disiplin oleh majikan-majikan mereka kerana penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesatuan.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seksyen 5 memperjelaskan bahawa:
The Industrial Relations Act 1967, section 5 - Prohibition on employers and their trade unions in respect of certain acts’ provides that ‘…(1) No employer or trade union of employers, and no person action on behalf of an employer or such trade union shall-(a) impose any condition in a contract of employment seeking to restrain the right of a person who is a party to the contract to join a trade union, or to continue his membership in a trade union;(b) refuse to employ any person on the ground that he is or is not a member or an officer of a trade union;(c) discriminate against any person in regard to employment, promotion, any condition of employment or working conditions on the ground that he is or is not a member or officer of a trade union;(d) dismiss or threaten to dismiss a workman, injure or threaten to injure him in his employment or alter or threaten to alter his position to his prejudice by reason that the workman- (i) is or proposes to become, or seeks to persuade any other person to become, a member or officer of a trade union; or (ii) participates in the promotion, formation or activities of a trade union; or (e) induce a person to refrain from becoming or to cease to be a member or officer of a trade union by conferring or offering to confer any advantage on or by procuring or offering to procure any advantage for any person….’
Peruntukan ini kini memberi perlindungan terhadap pemecatan, tindakan disiplindan / ataudiskriminasi terhadapahli kesatuantetapididapatimasih tidak memadai
Kerajaansering melaungkan keharmonian industri, dan mempromosikan penggunaan mekanisme aduan tetapi ketidakadilan sering berlaku keranapeniaga-peniaga dan majikan terusmementingkan keuntungan,manakala pekerja-pekerja diberhentikan dibiarkan merana tanpa pekerjaan dan pendapatan yang menjejaskan kebajikandan kesejahteraan pekerja dan keluarga mereka.Proses bagi menyelesaikan kes pemberhentian mengambil waktu bertahun-tahun untuk diselesaikan dan ramai dikalangan mereka tidak dapat kembali ke jawatan mereka pada peringkat akhir penyelesaian.
Pendaftaran kesatuan dan pengiktirafan mengambil masa terlalu lama, apatah lagi majikan membuat permohonan bagi semakkan kehakiman dan rayuan kepada mahkamah. Kelewatan ini, tertangguh bertahun-tahun dan sekaligus menafikan hak pekerja dari tertakluk kepada fungsi penuh KESATUAN SEKERJA dan memperolehi manfaat dari Perjanjian Bersama.
Apa yang paling membimbangkan ialah beberapa tindakan 'union busting' sedang dilakukan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia atau syarikat yang ada hubungkait seperti KTMB, MAS, WESPORT dan DRB-HICOM.
OLEH YANG DEMIKIAN,KAMI MENYERU SUHAKAM, MAJLIS PEGUAM NEGARA DAN SEMUAKUMPULANHAK ASASI MANUSIA BERGABUNGBERSAMA BAGI MENYERU KERAJAAN MALAYSIAUNTUK : -
1. Mengakhiri segala bentuk aktiviti union busting, dan menghormati serta promosi hak-hak asasi pekerja;
2. Memperkenalkan lebih undang-undang yang lebih berkesan yang akan menghalang majikan dari melakukan 'union busting', memecat atau mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin kesatuan dan ahli kesatuan yang menyertai kegiatan kesatuan. Majikan harus menghentikan tindakan mengambil tindakan undang-undang dan disiplin terhadap pemimpin dan ahli kesatuan yang melakukan aktiviti-aktiviti kesatuan, mempromosikan hak-hak pekerja, dan berjuang menegakkan ketidakadilan di tempat kerja;
3. Salah laku Pekerjaan perlu secara tegas dihadkan kepada salah laku yang berkaitan dengan tempat kerja, dan bukannya menghalang kegiatan kesatuan dan pekerja yang menuntut hak serta menegakkkan ketidakadilan atau mempromosikan hak asasi pekerja;
4. Memulihkan dan mengambil semula kerja semua pemimpin kesatuan dan anggota yang telah dipecat, ditamatkan kerja, dihentikan, digantung kerja dan dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dalam aktiviti kesatuan;
5. Mempercepatkan proses pendaftaran dan pengiktirafan kesatuan sekerja;
6. Mempercepatkan proses menyelesaikan pertikaian perhubungan perusahaan dan kes-kes pemberhentian kerja serta salahlaku;
7. Menamatkan segala bentuk kegiatan UNION BUSTING.
Bagi maklumat lanjut sila hubungi Sdra. N. Gopal Kishnam (Setiausaha Agung ) H / P: 019-3174717.
Kenyataan Tun Mahathir
1. Sewa Landasan
Idea RUM "MULTIPLE OPERATOR"
2. Ahmad Maslan menyatakan bahawa KTMB akan untung RM 31 juta 2015
27 surat kesatuan telah menjelaskan.
Tiada komen, sebab semua telah dijelaskan dalam kenyataan kenyataan yang lalu dalam SUARA RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
17 Oktober 2014
Solidarity Forever
Solidarity Forever
A Song by Ralph Chaplin©Ralph Chaplin 1915
When the union's inspiration through the workers' blood shall run
There can be no power greater anywhere beneath the sun
Yet what force on earth is weaker than the feeble strength of one
For the Union makes us strong
Chorus
Solidarity forever, solidarity forever
Solidarity forever
For the Union makes us strong
Is there aught we hold in common with the greedy parasite
Who would lash us into serfdom and would crush us with his might?
Is there anything left to us but to organize and fight?
For the union makes us strong
It is we who ploughed the prairies, built the cities where they trade
Dug the mines and built the workshops, endless miles of railroad laid
Now we stand outcast and starving 'mid the wonders we have made
But the union makes us strong
All the world that's owned by idle drones is ours and ours alone
We have laid the wide foundations, built it skyward stone by stone
It is ours, not to slave in, but to master and to own
While the union makes us strong
They have taken untold millions that they never toiled to earn
But without our brain and muscle not a single wheel can turn
We can break their haughty power gain our freedom when we learn
That the Union makes us strong
In our hands is placed a power greater than their hoarded gold
Greater than the might of armies magnified a thousandfold
We can bring to birth a new world from the ashes of the old
For the Union makes us strong
A Song by Ralph Chaplin©Ralph Chaplin 1915
When the union's inspiration through the workers' blood shall run
There can be no power greater anywhere beneath the sun
Yet what force on earth is weaker than the feeble strength of one
For the Union makes us strong
Chorus
Solidarity forever, solidarity forever
Solidarity forever
For the Union makes us strong
Is there aught we hold in common with the greedy parasite
Who would lash us into serfdom and would crush us with his might?
Is there anything left to us but to organize and fight?
For the union makes us strong
It is we who ploughed the prairies, built the cities where they trade
Dug the mines and built the workshops, endless miles of railroad laid
Now we stand outcast and starving 'mid the wonders we have made
But the union makes us strong
All the world that's owned by idle drones is ours and ours alone
We have laid the wide foundations, built it skyward stone by stone
It is ours, not to slave in, but to master and to own
While the union makes us strong
They have taken untold millions that they never toiled to earn
But without our brain and muscle not a single wheel can turn
We can break their haughty power gain our freedom when we learn
That the Union makes us strong
In our hands is placed a power greater than their hoarded gold
Greater than the might of armies magnified a thousandfold
We can bring to birth a new world from the ashes of the old
For the Union makes us strong
WORKERS WALK BY MTUC & LUN
LIST OF UNIONIST, MEMBERS &
WORKERS BEING DISMISSED BY EMPLOYER ON UNION BUSTING
1. KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)
· Abdul Razak Md Hassan - President of Railway Union Malaysia RUM),
· R.Subramaniam - Vice President
· 41 others exco & members (*27 suspended)
2. MALAYSIAN AIRLINES SYSTEMS BERHAD (MAS)
· Ismail Nasaruddin - President of the National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM),
· Mohd Akram Osman - Secretary General
· 5 union members.
3. BANKING SECTOR
· Abdul Jamil Jalaludeen - Vice-President of National Union of Bank Employees (NUBE)
· Chen Ka Fatt - Treasurer General.
4. RENESAS (M) SDN BHD
· Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah - President of Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR)/ Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenjung Malaysia (KSIEWBSM).
5. DRB HICOM subsidiaries (Pekan), Pahang
· Rusaini Ramli - MTUC Pahang Chairman & National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers/ Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat
Pengangkutan Dan Sekutu (NUTEAIW)
· 18 union members
6. UTUSAN MELAYU (M) BHD.
· Mohamed Hatta Wahari - President of National Union of Journalist (NUJ), · Amran Ahmad - Deputy President and Branch
Chairman
7. WESTPORT (M) SDN BHD
· Norazri Abdul Rahman - Deputy Secretary President Kesatuan Kakitangan Pekerja-Pekerja Westport (M) Sdn Bhd
· 16 Union leaders and members.
8. ANSEL NP SDN.BHD, MALACCA
· Megat - Branch Deputy Chairman (Worksite)
9 union members.
The above, are some of the cases in which workers have been terminated, and/or disciplined by reason of their involvement in union activities.
WORKERS BEING DISMISSED BY EMPLOYER ON UNION BUSTING
1. KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)
· Abdul Razak Md Hassan - President of Railway Union Malaysia RUM),
· R.Subramaniam - Vice President
· 41 others exco & members (*27 suspended)
2. MALAYSIAN AIRLINES SYSTEMS BERHAD (MAS)
· Ismail Nasaruddin - President of the National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM),
· Mohd Akram Osman - Secretary General
· 5 union members.
3. BANKING SECTOR
· Abdul Jamil Jalaludeen - Vice-President of National Union of Bank Employees (NUBE)
· Chen Ka Fatt - Treasurer General.
4. RENESAS (M) SDN BHD
· Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah - President of Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR)/ Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenjung Malaysia (KSIEWBSM).
5. DRB HICOM subsidiaries (Pekan), Pahang
· Rusaini Ramli - MTUC Pahang Chairman & National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers/ Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat
Pengangkutan Dan Sekutu (NUTEAIW)
· 18 union members
6. UTUSAN MELAYU (M) BHD.
· Mohamed Hatta Wahari - President of National Union of Journalist (NUJ), · Amran Ahmad - Deputy President and Branch
Chairman
7. WESTPORT (M) SDN BHD
· Norazri Abdul Rahman - Deputy Secretary President Kesatuan Kakitangan Pekerja-Pekerja Westport (M) Sdn Bhd
· 16 Union leaders and members.
8. ANSEL NP SDN.BHD, MALACCA
· Megat - Branch Deputy Chairman (Worksite)
9 union members.
The above, are some of the cases in which workers have been terminated, and/or disciplined by reason of their involvement in union activities.
16 Oktober 2014
KEMELUT RUM BERAPA LAMA?
Berapa lama?
Tak kesiankah mereka yang telah dibuang kerja...
Berapa lama?
Tak kesiankah mereka yang tiada faedah hospital?
Berapa lama?
Adakah sanggup membiarkan rumahtangga runtuh... yang kini retak menunggu belah...
Berapa lama?
Tiada wang untuk belanja dapur... Periuk tidak berasap....
Berapa lama?
Membiarkan anak2 yang bersekolah tanpa belanja...
Berapa lama?
Tidakkah merasa simpati terhadap nasib mereka yang dibuang kerja...
Berapa lama?
Keegoan ini dibenarkan, tiada kah siapa yang berani menghalang...
Berapa lama?
Membiarkan dan membenarkan kezaliman ini terus berlaku....
Mudah-mudahan semua ini dapat dihentikan segera....
BILA?????????????????????????
"Action must be taken!"
Tak kesiankah mereka yang telah dibuang kerja...
Berapa lama?
Tak kesiankah mereka yang tiada faedah hospital?
Berapa lama?
Adakah sanggup membiarkan rumahtangga runtuh... yang kini retak menunggu belah...
Berapa lama?
Tiada wang untuk belanja dapur... Periuk tidak berasap....
Berapa lama?
Membiarkan anak2 yang bersekolah tanpa belanja...
Berapa lama?
Tidakkah merasa simpati terhadap nasib mereka yang dibuang kerja...
Berapa lama?
Keegoan ini dibenarkan, tiada kah siapa yang berani menghalang...
Berapa lama?
Membiarkan dan membenarkan kezaliman ini terus berlaku....
Mudah-mudahan semua ini dapat dihentikan segera....
BILA?????????????????????????
"Action must be taken!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Seorang lagi pekerja KTMB dipecat, 11 digantung kerja
Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu.
Manakala 11 pekerja lagi digantung kerja minggu lalu atas alasan yang sama, kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan hari ini.
Dengan itu, katanya, 27 pekerja KTMB telah digantung kerja sehingga ini kerana menyertai 9 Mei lalu.
Sehubungan itu, katanya, RUM meminta agar krisis antara kesatuan dengan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir diselesaikan secepat mungkin memandangkan ramai pekerja yang sengsara akibat tindakan pemecatan dan digantung kerja.
“Saya mohon agar pihak KTMB selesaikan krisis ini secepat mungkin kerana pekerja yang dibuang kerja makin sengsara.
“Kalau dibuang kerja, bagaimana nak sara keluarga?,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pada 9 Mei lepas, kira-kira 700 pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut perkhidmatan Elias ditamatkan.
Lanjutan piket itu, 110 pekerja yang juga ahli RUM diberikan surat tunjuk sebab manakala 41 daripadanya termasuk Abdul Razak, dibuang kerja. [MK]
"WORKERS WALK"
RUM berharap ramai dari ahli-ahli RUM menyertai "WORKERS WALK" ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KEMELUT PRESIDEN KTMB VS RUM
Suka dijelaskan kepada semua yang terlibat dalam kemelut ini khususnya 41 pemimpin dan ahli kesatuan yang "dibuang kerja tanpa notis" bahawa proses penyelesaian sedang berjalan, beberapa perundingan telah pun dijalankan yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia atas arahan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Perundingan ini memerlukan penapisan yang terperinci bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dan Kesatuan Pekerja2 KTMB mencapai persetujuan di bawah "win - win situation".
Namun begitu, suka dijelaskan bahawa pihak kesatuan terpaksa berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan demi memastikan semua yang terlibat dalam kemelut ini tidak mengalami sebarang kerugian, dalam masa yang sama memastikan hak ahli-ahli dan kesatuan sekerja selaras dengan peruntukkan undang-undang terus dipelihara.
Justeru itu, semua ahli-ahli harap bersabar, perkukuhkan perpaduan dan tingkatkan kekuatan untuk terus berjuang. Gerak kerja kesatuan dalam berjuang menegakkan kebenaran tetap akan diteruskan bagi memastikan kebenaran ditegakkan. RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja tidak akan sesekali abaikan prinsip "kesatuan sekerja".
Dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Swt agar kemelut ini dapat diselesaikan segera.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Ahmad Maslan akui piket KTM kerana bantah Elias
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa siri piket oleh Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad.
Menurut beliau yang juga ahli Parlimen Pontian, personaliti itu merujuk kepada Presiden KTM, Datuk Elias Kadir.
"Mereka berpiket bukan kerana soal gaji atau soal kebajikan. Piket mereka itu kerana seorang personaliti iaitu Datuk Elias Kadir," kata Ahmad di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan dari Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta menteri kewangan menyatakan prestasi KTMB selepas ia dikorporatkan pada 1992.
Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sama ada sebarang tindakan akan diambil terhadap Elias yang dilantik memegang jawatan presiden KTM sejak 2 Mei 2012.
Beliau sebelum itu adalah ketua pegawai eksekutif Multimodal Freight Sdn Bhd - sebuah unit di bawah pentadbiran KTMB.
Sudah 8 minggu bincang
Menurut Ahmad lagi, pihak KTM yang diketuai Pengerusinya Datuk Ir Nawawi Ahmad kini sedang berbincang dengan RUM untuk menyelesaikan kemelut itu.
"Perbincangan sudah berlangsung selama lapan minggu dan saya percaya Datuk Nawawi akan mampu menyelesaikannya," kata Ahmad.
Sebelum ini, Presiden RUM, Abdul Razak Mad Hassan bersama lapan orang kakitangan RUM dipecat selepas berpiket pada 9 Mei lalu.
Pada masa yang sama, 15 orang lagi digantung kerja sementara 110 orang lain menerima notis tunjuk sebab kerana terlibat sama dalam piket itu.
Piket itu dilakukan bagi menuntut Elias meletak jawatan kerana didakwa gagal memulihkan KTM - satu tugasan yang sepatutnya dilakukan beliau sejak menerajui KTM dua tahun lalu.
RUM kemudian mengadakan dua lagi piket bagi menuntut perkara yang sama. [MK]
14 Oktober 2014
HARI INI
Apakah sesuatu yang baik dapat diterjemahkan...
Harapan setiap yang menghadapi dilema...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah...
Semoga hari ini akan memberi cahaya...
Bukan kemenangan...
Tapi "keadilan"...
In Syaa Allah....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
13 Oktober 2014
12 Oktober 2014
Jangan perbudak-budakan "Railwaymen Union of Malaya" (RUM)
RUM mendapat makluman, bila kenyataan melalui gambar di bawah ini di hebahkan pada semua warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM malah difahamkan pekerja perlu menandatangani dokumen ini.
Sebelum ini satu Buletin KTMB juga dikeluarkan kemudian difahamkan telah ditarik balik.
RUM tak nak komen, kalau RUM komen nanti kata tak menghormati perbincangan di peringkat tertinggi yang sedang diadakan.
Cuma boleh bgtau sedikit.....
Jangan perbudak-budakan "Railwaymen Union of Malaya" (RUM)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
10 Oktober 2014
Dasyatnya kapitalis
Dua (2) kali perbincangan di peringkat tertinggi telah dijalankan serta akan terus berjalan bagi menyelesaikan kemelut yang telah berlaku di antara Presiden KTMB dan Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM).
Difahamkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan bahawa semua proses telah dihentikan mulai 8.10.2014, dukacitanya surat gantung kerja, proses siasatan dalaman seperti dalam surat yang dikeluarkan dan surat keluar rumah kuarters masih dikeluarkan Pengurusan KTMB atas arahan Datuk Presiden KTMB.
Setakat ini....
1. 41 pegawai kesatuan dan ahli-ahli kesatuan telah "dibuang kerja tanpa notis".
2. 26 pegawai kesatuan dan ahli-ahli kesatuan telah digantung kerja.
3. Surat arahan keluar rumah kuarters masih dikeluarkan.
Dasyatnya....
RUM setakat ini tidak akan buat sebarang komen, kerana menghormati perbincangan di peringkat tertinggi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Piket: Tindakan KTMB pecat pekerja agak drastik
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Majlis Kesatuan Pengangkutan Antarabangsa (ITF) Malaysia kesal dengan tindakan yang diambil syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terhadap pekerja-pekerjanya yang menyertai piket bagi menyuarakan bantahan terhadap pihak pengurusan pada 9 Mei lalu.
Setiausaha Agungnya, Tan Sri Zainal Rampak (gambar) berkata, setakat ini, sebanyak 41 pekerja termasuk pemimpin Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Malaya (RUM) iaitu Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan barisan Exco serta ahli-ahli telah berhentikan.
Menurut beliau, sebanyak 18 pekerja digantung kerja manakala 97 pekerja lagi telah menerima notis tunjuk sebab dan dipanggil oleh pengurusan KTMB untuk siasatan dalaman.
"Majlis ITF Malaysia berpendapat, tindakan membuang kerja yang diambil oleh KTMB kepada mereka yang mengambil bahagian di dalam piket adalah tindakan yang drastik.
"Sepatutnya mereka tidak dikenakan tindakan sedemikian kerana hak berpiket secara aman merupakan tindakan yang dibenarkan dari segi undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zainal memberitahu, pengurusan KTMB sepatutnya berbincang dan berunding dengan RUM terlebih dahulu bagi mencari jalan penyelesaian dan mewujudkan silaturahim serta mengekalkan keharmonian di tempat kerja.
Beliau menegaskan, siasatan dalaman hendaklah dihentikan dan pekerja-pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan mesti diambil bekerja semula serta-merta kerana kebanyakan mereka telah lama berkhidmat dengan KTMB.
"Persoalannya, apakah KTMB dan kerajaan mengambil kira pekerja yang dibuang akan hidup melarat dengan mempunyai tanggungan keluarga, anak-anak mereka yang masih bersekolah dan juga tempat tinggal kerana mereka tinggal di kuarters yang disediakan KTMB," katanya.
Zainal berkata, pada masa yang sama, Majlis ITF Malaysia merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk campur tangan kerana dikhuatiri lebih ramai pekerja yang akan diberhentikan jika isu tersebut tidak diselesaikan.
sumber: UM
09 Oktober 2014
USAHA
Gambar hiasan |
Dalam gerak langkah mesti ada usaha, biarpun kepayahan, jangan sesekali putus asa, biarpun ada onak dan duri, teruskan, jangan sesekali rasa kecewa.
Dalam mengharungi liku kepahitan menentang "kezaliman", permainan yang jahat, kita tidak keseorangan, teruskan semangat perjuangan, maka kita yakin bahawa setiap kezaliman yang terwujud boleh dihentikan, kerana Allah Swt tidak akan membiarkan hambanya dizalimi.
Usaha dan tawakal pada Allah Swt, In Syaa Allah, kita beroleh kejayaan, penzalim biarpun tidak dihukum tika ini, tapi pasti di akhirat tetap akan dihukum.
Sama sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt, kemelut kezaliman ini dapat dibendung dan dihentikan, kita bermohon pada Allah Swt kemelut ini selesai dengan segera.
In Syaa Allah
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
07 Oktober 2014
KES RUM MUNGKIN DI RUJUK PADA GABUNGAN LUAR NEGARA
Kesatuan Pekerja2 KTMB sedang memikirkan untuk membawa isu pembuangan kerja tanpa notis sehingga ke peringkat luar negara iaitu melalui International Transport Federation (ITF) beribupejabat di London dan World Federation Trades Union (WFTU) beribupejabat di Greece dan International Labour Organisations (ILO).
Lapuran lengkap sedang disediakan bagi mendapatkan sokongan serta tindakan tertentu dari pihak luar negara.
Tindakan sedemikian perlu diambil bagi memastikan nasib semua pemimpin kesatuan dan ahli-ahlinya terbela atas tindakan zalim Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Tindakan ini juga bagi memastikan pembunuhan kesatuan sekerja (UNION BUSTING) dapat dihentikan dengan kadar segera.
Tempoh masa makin hari makin berjalan, kezaliman terus berleluasa, tindakan sedemikian tidak boleh dibenarkan, tiada pilihan lain, selain memohon bantuan dalam negara, maka RUM juga "terpaksa" meminta bantuan luar negara.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
04 Oktober 2014
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Walillahilham
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan maka sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini sungguh bermakna bagi kami seramai 40 pemimpin dan Ahli-ahli RUM yang terkorban dengan "pembuangan kerja tanpa notis" dalam usaha memperjuangkan "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA".
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Swt, pengorbanan ini bukanlah sia - sia, pengorbanan ini membuktikan kami ikhlas dalam memperjuangkan hak kami sebagai Kesatuan Sekerja, menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan.
Kami redha dalam memperjuangkan hak, sehingga kami "dibuang kerja tanpa notis", tanpa pengorbanan apalah erti perjuangan.
Namun perjuangan ini tidak terhenti, kezaliman, penindasan dan penganiayaan hendaklah ditentang, ianya tidak boleh dibiarkan kerana ianya sebagai satu "virus" yang boleh merebak sehingga mewujudkan satu destinasi "HAMBA ABDI ZAMAN MODEN" iaitu membunuh kesatuan sekerja (union busting), tanpa kesatuan sekerja dimana lagi "suara pekerja" maka jadilah "hamba abdi".
Kita ingin maju, kita inginkan transformasi, kita ingin satu matlamat mencapai kejayaan, kejayaan untuk KTMB dan juga pekerja, tapi matlamat ini tidak akan tercapai, andai sikap kepura-puraan terwujud dalam diri, maka kita perlu bangkit menentang segala usaha "yang berniat jahat". Justeru itu setiap usaha kita dalam mencapai matlamat maka kita perlu berkorban, In Syaa Allah pengorbanan kita tidak sia - sia demi KTMB dan Pekerja yang kita sayangi.
Dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha, kita berdoa ke hadrat Allah Swt, semoga pengorbanan yang kita lakukan untuk "Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja" beroleh kejayaan, segala kezaliman, penindasan dan penganiayaan dapat dihentikan.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Walillahilham
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, saya bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB