30 Julai 2015
KOMEN PENGGUNA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KOMEN PENGGUNA
Benar setiap penumpang yang tiada tiket akan dikenakan denda, berdasarkan track rekod, "KTMB" mengalami kerugian yang besar kerana kegagalan penumpang yang membayar tambang keretapi. Maka itu pihak pengurusan telah mengarahkan pekerja menguatkuasakan peruntukan denda kepada pengguna yang tidak membayar tambang, undang-undang yang sedia ada ini bukan undang-undang baru tapi telah digunapakai semenjak sebelum penswastaan, tujuan penguatkuasaan adalah mengelakkan kebocoran hasil.
Dalam aspek pemulihan pihak KTMB sedaya upaya memperbetulkan sebarang kelemahan, pengguna juga tidak boleh sesuka hati menaiki tren tanpa membeli tiket, sekiranya ada kelemahan dari urusan pembelian tiket berdasarkan keperluan mendesak pengguna boleh mengunakan perkhidmatan lain bagi mengelakkan kelewatan atas dasar urusan yang sangat penting.
Suka dijelaskan tambang pengangkutan keretapi adalah paling murah berbanding mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di negara ini, pihak KTMB memberi diskaun (tidak nyata) lebih kurang 80%-200% sekali perjalanan mengikut jarak (kadar pasaran).
Pihak pekerja khususnya sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang terbaik, tuduhan mengatakan bahawa pekerja tidak menjalankan tanggungjawab adalah satu tuduhan tidak berasas, sekiranya ada, mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.
Pengguna perlu memastikan bahawa kad Touch n Go hendaklah mencukupi, sekiranya ingin menggunakan kad yang berkenaan, adalah tidak wajar kerana kekurangan isi dalam kad touch n go menjadi satu punca masalah sehingga meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Sebagai pengguna perlu membuat persediaan awal dalam memastikan perjalanan ke tempat destinasi berjalan dengan lancar, bukan dengan keadaan tergesa-gesa sehingga menyalahkan pihak lain.
Apa pun setiap rungutan akan diambil perhatian, pihak kesatuan berkeyakinan pihak KTMB akan berusaha mencari jalan untuk memperbetulkan segala kelemahan yang ada.
Bagi pihak pekerja, kami sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi, jadual waktu bertugas sentiasa dipatuhi mengikut satu giliran tugas, sekiranya tiada pekerja pada waktu tertentu, pasti ada sebab yang munasabah dan kesalahan itu tidak sama sekali diletakkan kepada pekerja.
KTMB sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dan keselesaan kepada pengguna kerana kami sedar KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar yang tersangat murah.
Bagi pihak pekerja kami merakamkan ucapan terima kasih atas segala teguran yang membina, kami yakin sedikit masa lagi, KTMB akan memacu pengangkutan yang cemerlang di bawah pentadbiran baru Tuan Haji Sarbini Bin Tijan selaku Presiden KTMB. Kini pengurusan dan pekerja saling berganding bahu meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memberi perkhidmatan rel yang terbaik dari aspek pengangkutan awam kepada semua pengguna khususnya rakyat Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Julai 2015
SAKI - BAKI
RUM amat kuartir dengan saki baki Mantan Presiden KTMB yang mungkin berhasrat ingin memecahbelahkan hubungan yang kini terjalin baik dari aspek keharmonian perusahaan.
Pemerhatian RUM masih ada lagi saki - baki yang mungkin boleh mencetuskan pergeseran terutamanya mereka yang rasa tidak senang dengan hubungan baik, perasaan terpendam dan terbuku di hati kerana penyelesaian kemelut telah berjaya diselesaikan.
Saki baki ini juga merasa tidak berpuas hati bila kenaikan 15% kepada semua Pengurus Besar dan Pengurus Kanan oleh Dato Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama dan tanpa kelulusan Kementerian Kewangan telah ditarik balik oleh Lembaga Pengarah KTMB. (Kenaikan gaji untuk membeli sokongan @ rasuah)
Maka perasaan tidak berpuas hati memungkinkan wujud satu sikap yang boleh mencetuskan unsur-unsur sabotaj. Sekiranya ada niat sedemikian RUM mengalu-alukan mereka ini meletakkan jawatan secara terhormat seperti mana ada seorang Pengurus Besar telah pun berbuat sedemikian (dah berambus) kerana pihak RUM memandang berat perkara ini malah tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba atau berusaha untuk mewujudkan keretakan keharmonian perusahaan malah akan menentang sesiapa sahaja yang cuba membantutkan usaha-usaha Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dalam usaha beliau untuk memulihkan KTMB.
Maka itu RUM memberi amaran keras pada pihak - pihak yang berkenaan jangan cuba-cuba mensabotaj atau sebaliknya hendaklah bersama dengan ikhlas membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB untuk Selamatkan KTMB, diulangi sekali lagi, kalau tidak mampu dengan ikhlas dinasihatkan letak jawatan sebelum RUM bertindak.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
28 Julai 2015
Dipantau
RUM tengah memantau pergerakan Pengurus Besar Modal Insan.... kot - kot dia ni saki baki Mantan Presiden KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Menteri Besar Guna ETS
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (kanan) turut menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau.Azlan memilih perkhidmatan tersebut bagi perjalanan beliau dari Arau ke Kuala Lumpur Sentral. Foto: Effendey Harun / BERNAMA
23 Julai 2015
HUBUNGAN
Hubungan terjalin bila wujudnya saling faham memahami. Begitu juga dengan Pengurusan maupun Pegawai Kesatuan, maka faham memahami akan menjalinkan hubungan yang sangat baik serta merapatkan hubungan Keharmonian Perusahaan.
Pasti di kalangan pegawai kesatuan akan menerima rungutan dari kalangan ahli-ahlinya, maka pegawai kesatuan adalah tempat mengadu serta tempat untuk menyelesaikan masalah sekiranya wujud.
Kadang - kadang pegawai kesatuan dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan masalah, kerana masalah itu tidak mempunyai alasan yang munasabah atau ianya tidak bertentangan dengan mana-mana artikel dalam Perjanjian Bersama.
Kadang - kadang pegawai@pengurusan sengaja mewujud masalah atau tidak mahu menggunakan "budibicara" atau dengan niat untuk mewujudkan pergeseran antara pegawai kesatuan dan ahli-ahli kesatuan, ini adalah sebahagian dari punca keretakan keharmonian perusahaan.
Pegawai Kesatuan pula dalam usaha untuk menyelesaikan masalah hendaklah mengemukakan alasan yang munasabah serta membuktikan ianya bertentangan dengan Perjanjian Bersama, maka baru masalah yang wujud boleh diatasi tanpa mewujudkan pergeseran.
Ahli-ahli perlu memahami bahawa dalam penyelesaian masalah bukanlah satu perkara mudah, adakala berjaya, adakala gagal, bukan semua kita mampu untuk memuaskan hati semua pihak, maka kita tidak boleh terus menyalahkan mana-mana pegawai kesatuan sekiranya kita tidak mencapai apa yang kita hasrat, kerana dalam sesuatu perkara yang melibatkan "dasar" atau peruntukan undang-undang ianya telah menentukan "hak majikan" dan "hak pekerja", manakala "hak kesatuan" adalah badan perundingan bagi pihak ahli-ahlinya.
Maka itu matlamat kesatuan adalah menjalinkan hubungan yang baik bagi memastikan "keharmonian perusahaan" sentiasa terjalin, justeru itu kedua-dua pihak "MAJIKAN" dan "KESATUAN" hendaklah saling faham memahami, kalau ada dan wujudnya masalah, hendaklah dirundingkan di meja rundingan, agar segala kekusutan dapat diselesaikan bagi memastikan pekerja-pekerja seronok bekerja dan hasilnya akan mampu meningkatkan produktiviti.
Justeru itu harapan RUM hubungan antara Majikan dan Kesatuan khususnya di peringkat wilayah akan terjalin erat serta berusaha sedaya upaya mengelakkan sesuatu yang boleh mencetuskan pergeseran sehingga mewujudkan "pertikaian".
RUM sentiasa dan akan terus berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik demi memastikan matlamat mengembalikan KTMB ke arah kecemerlangan, tambahan dengan kehadiran Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB yang kini bersungguh-sungguh untuk memulihkan KTMB, maka tidak kira samada Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Pertengahan, Pengurusan Bawahan serta semua Pekerja bersatu tenaga berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB memulihkan KTMB.
RUM dengan matlamat "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" akan bersama Presiden KTMB untuk memajukan KTMB. RUM yakin pemulihan akan berlaku sekiranya semua berganding bahu.
Mudah-mudahan hasrat murni ini akan tercapai dengan izin Allah Swt. In Syaa Allah.
Setiap kejayaan akan memberi pulangan yang baik berdasarkan "win-win situation" kepada semua pihak samada "Majikan, Pekerja serta Rakyat" khususnya "Kerajaan Malaysia" kerana KTMB adalah "PERKHIDMATAN SOSIAL".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
16 Julai 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya bagi pihak Pegawai Utama dan Majlis Eksekutif RUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga RUM, Warga KTMB dan semua yang mengenali kami.
Kepada yang balik kampung hati - hati di perjalanan, kepada yang bekerja, Selamat Menjalankan Tugas.
Kita sebagai pekerja sentiasa memberi perkhidmatan yang baik tanpa mengira waktu, samada bertugas di waktu malam, hujan, panas malah di Hari Raya juga, kita tetap bertugas demi memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Terima kasih semua warga KTMB yang terus memberi khidmat bakti tidak kira apa waktu mahupun suasana.
Di kesempatan ini bagi pihak Pegawai Utama/ Majlis Eksekutif dan saya Abdul Razak Md Hassan secara peribadi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Menyusun Sepuluh Jari Memohon Ampun dan Maaf pada semua Warga KTMB dan kenalan yang mengenali kami/saya samada melalui penulisan, kata-kata mahupun perbuatan.
Semoga Aidil Fitri ini merapat dan mengembalikan silaturahim seterusnya bersama bermaaf - maafkan.
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM
Semua Ahli Jawatankuasa Kerja RUM
Semua Majlis Eksekutif RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
14 Julai 2015
TREN PANTAI TIMUR - TAHNIAH TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB
RUM merakamkan penghargaan "TAHNIAH" khusus kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berjaya mengerakkan kembali Tren Ke Pantai Timur satu usaha yang sangat cemerlang dalam tempoh perkhidmatan bermula dari 6 Mei 2015 sehingga hari ini 14 Julai 2015, kurang lebih 70 hari berkhidmat sebagai Presiden KTMB.
Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam mengerakkan kembali Tren Ke Pantai Timur, hasil kerja gabungan Pengurusan dan Pekerja secara bersama.
Hasil kepada pemulihan Pantai Timur ini berjaya menghentikan perpindahan pekerja malah yang telah dipindahkan kembali bertugas semula ke Depoh asal, semua pekerja gembira kerana kembali bekerja seperti biasa.
Rakyat yang menggunakan perkhidmatan Tren kembali ceria, dapat mengunakan perkhidmatan tren.
INILAH KEJAYAAN WARGA KTMB.
BUKTI KENYATAAN RUM SELAMA INI ADALAH BENAR.
BUKTI MANTAN PRESIDEN KTMB TAK TAHU KERJA.
RUM berjuang demi SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
13 Julai 2015
SPAD
Kenyataan SPAD, RUM mengakui SPAD telah menjalankan tugas dengan betul, dari aspek keselamatan dengan tren baru yang mempunyai kelajuan 160 kmj maka ciri - ciri keselamatan hendaklah menepati syarat-syarat ketika "commissioning".
KTMB juga pernah melakukan hal sedemikian ketika "commissioning" lokomotif 29 kelas satu ketika dahulu, jadi tiada isu mengenai SPAD, malah dalam siasatan RUM kenyataan SPAD terbukti benar.
RUM tidak boleh komen lebih - lebih.... "tersurat dan tersirat..." mengenai SET ETS DARI CHINA INI", RUM mengambil pendirian menyokong kenyataan SPAD demi kebaikan KTMB.
Semoga semua kelemahan diperbetulkan dan menepati kehendak keselamatan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
12 Julai 2015
Perkhidmatan Tren ke Pantai Timur pulih
Ekspres Timuran akan bermula pada 13.7.2015. |
Jadual Tren Kuala Krai - Kemubu bermula 11hb julai 2015 |
10 Julai 2015
MAJLIS BERBUKA PUASA
Majlis Berbuka Puasa anjuran RUM bersama dengan Pengurusan KTMB telah diadakan pada 9 Julai 2015 di Restoran Nailies adalah bertujuan untuk menjalin hubungan keharmonian perusahaan serta mengerat silaturahim diantara pemimpin kesatuan (RUM) dan pengurusan tertinggi KTMB.
RUM merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang turus serta pada Majlis tersebut, RUM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran RUM.
Kehadiran ini sesungguhnya mencerminkan bahawa hubungan baik di antara RUM dan KTMB terjalin erat demi satu semangat untuk bersama dalam memajukan KTMB, RUM sentiasa menitikberatkan keharmonian perusahaan demi memastikan hak pekerja dan KTMB terpelihara.
Kami bersatu dalam satu bumbung untuk memartabatkan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Perkhidmatan ETS KL-Padang Besar bermula esok
KUALA KANGSAR - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula esok.
Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.
"Perkhidmatan ini bermula esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita jangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa.
"Perkhidmatan ini juga akan dijalankan secara tetap," katanya dalam sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS dari stesen kereta api Batu Gajah ke Kuala Kangsa.
Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.
"Perkhidmatan ini bermula esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita jangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa.
"Perkhidmatan ini juga akan dijalankan secara tetap," katanya dalam sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS dari stesen kereta api Batu Gajah ke Kuala Kangsa.
Sebelum itu, Tiong Lai melakukan lawatan kerja ke kilang CRRC Rolling Stock Center Malaysia (CRM), yang sebelum ini dikenali sebagai CSR Rolling Stock Center Malaysia yang bertanggungjawab menghasilkan tren baharu.
Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM81 dan mengambil masa selama empat jam 45 minit untuk sampai ke destinasi.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada SPAD untuk melakukan perkhidmatan ini. Masanya akan diumumkan nanti oleh pihak KTMB. Bagaimanapun perjalanan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen.
"Pada masa hadapan, kita juga berharap dapat memberikan perkhidmatan komuter Sungai Siput-Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar bagi penduduk yang duduk berhampiran Lembah Kinta," katanya sambil menambah tren ETS yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
Sementara itu, berhubung ETS baharu menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, yang sepatutnya beroperasi pada awal Julai lepas, beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan kelulusan daripada pihak SPAD.
"ETS yang baharu ini, ia mengambil sedikit masa untuk pentaulaihan. Sebab itu hari ini kita menyertai perjalanan ini untuk menguji semua ciri-ciri keselamatan. Kita perlu kebenaran SPAD, apabila kita mendapat kebenaran, kita boleh menggunakan tren ini," kata Tiong Lai.
Katanya, 10 tren ETS baharu itu melibatkan kos sebanyak RM506 juta.
Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.
Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh. - Bernama
Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM81 dan mengambil masa selama empat jam 45 minit untuk sampai ke destinasi.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada SPAD untuk melakukan perkhidmatan ini. Masanya akan diumumkan nanti oleh pihak KTMB. Bagaimanapun perjalanan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen.
"Pada masa hadapan, kita juga berharap dapat memberikan perkhidmatan komuter Sungai Siput-Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar bagi penduduk yang duduk berhampiran Lembah Kinta," katanya sambil menambah tren ETS yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
Sementara itu, berhubung ETS baharu menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, yang sepatutnya beroperasi pada awal Julai lepas, beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan kelulusan daripada pihak SPAD.
"ETS yang baharu ini, ia mengambil sedikit masa untuk pentaulaihan. Sebab itu hari ini kita menyertai perjalanan ini untuk menguji semua ciri-ciri keselamatan. Kita perlu kebenaran SPAD, apabila kita mendapat kebenaran, kita boleh menggunakan tren ini," kata Tiong Lai.
Katanya, 10 tren ETS baharu itu melibatkan kos sebanyak RM506 juta.
Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.
Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh. - Bernama
09 Julai 2015
KELUHAN SEORANG GRADUAN
Satu ucapan yang sangat baik, seorang graduan yang melahirkan kedudukan kewangan dalam situasi semasa khususnya generasi baru sekarang.
Ucapan graduan ini adalah berbentuk keluhan tapi satu kenyataan realiti pada hari ini, cuba bayangkan keluhan mereka yang bukan graduan khususnya pekerja yang berpendapatan rendah.
Keluhan ini di sampaikan di hadapan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, adakah keluhan ini sekadar keluhan dan ianya diambil perhatian.
Tahniah pada graduan ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
05 Julai 2015
MASALAH
Masalah tidak akan wujud sekiranya yang mewujudkan masalah sengaja mencari masalah, masalah yang wujud berpunca kepada pemula yang mewujudkan masalah.
Cara penyelesaian ialah jangan mencari masalah atau mewujudkan masalah atau menjadi pemula masalah.
Bila masalah diwujudkan oleh pemula masalah ianya akan bertindak balas oleh penerima masalah, cara bagaimana bertindak balas terletak pada cara pemula mewujudkan masalah.
Lemah atau tidak sejauh mana pengawal masalah menghalang pemula masalah, gagalnya pengawal yang mengawal masalah boleh dianggap ianya selemah - lemah manusia kerana gagal mengawal masalah sehingga wujudnya masalah.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
04 Julai 2015
ATAS PERMINTAAN
Oleh kerana ramai yang bertanya siapakah "TUAN" MOHAN maka RUM paparkan di Suara RUM.
Inilah wajah "TUAN" MOHAN yang ingat "DUNIA NI DIA PUNYA", boleh buat sesuka hati!
Inilah wajah "TUAN" MOHAN yang ingat "DUNIA NI DIA PUNYA", boleh buat sesuka hati!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
HANTU
Bayang hantu ada lagi rupanya.. Pewaris kepada Mantan Presiden KTMB.
Aloooooo Tuan MOHAN.... ini PEMANGKU PENGURUS yang naik pangkat turun dari langit..... lu betul - betul bikin RUM panas...
Lu mahu tenguk RUM panas ka??????????
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PENGHARGAAN TERIMA KASIH (SUMBANGAN HARI RAYA)
RUM bagi pihak semua ahli-ahlinya merakamkan penghargaan "Terima Kasih Yang Tidak Terhingga" kepada:-
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang meluluskan pemberian Sumbangan Hari Raya kepada "Pekerja KTMB" seperti mana yang diumumkan oleh YAB Dato ' Sri Perdana Menteri kepada Penjawat Awam.
Kami menyedari bahawa YAB DATO' SRI PERDANA MENTERI tidak pernah menghampakan permintaan RUM, Kami sesungguhnya sangat menghargai.
Terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada TUAN HAJI Sarbini Tijan, PRESIDEN KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB yang memberi sokongan agar Sumbangan Hari Raya diberi pertimbangan kepada Pekerja KTMB dipanjangkan untuk kelulusan Kementerian Kewangan.
Sumbangan ini sungguh bermakna kepada kami yang berpendapatan rendah dalam meraikan Hari Raya Aidil Fitri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
03 Julai 2015
LAWATAN KE LUAR NEGARA (PERKONGSIAN INFO)
Pegawai - pegawai RUM sejak dahulu lagi tiada membuat sebarang lawatan kerja ke luar negara.
Kalau ada hanya Mesyuarat di peringkat antarabangsa itu pun ditanggung oleh penganjur Kesatuan Antarabangsa.
Sebut soal lawatan kerja luar negara tentunya kos perbelanjaan adalah sangat tinggi, kos kapal terbang, kos penginapan, kos persegaran dan lain-lain.
Dalam erti kata lain samada ianya satu pembaziran ataupun kebaikan.
Kebaikan sekiranya kita mampu membawa kebaikan yang kita terima melalui lawatan dengan membawa pembaharuan kepada organisasi yang dipimpin.
Kerugian andainya kita sekadar melancong dan kita tidak membawa sebarang perubahan kepada organisasi yang kita pimpin, iaitu "wal hasil balik asal", justeru itu sebarang lawatan ke luar negara yang tidak memberi faedah hendaklah dihentikan, tambahan kedudukan kewangan yang tenat.
RUM sentiasa melihat kedudukan kewangan bagi memastikan hala tuju tidak tersalah arah, sentiasa memastikan kantung kewangan dibelanjakan untuk yang berfaedah, tambahan pengunaan wang adalah wang ahli-ahli.
Maka itu sebagai organisasi yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh maka adalah tidak wajar lawatan ke luar negara dijadikan sebagai satu anjakan paradigma kononnya untuk membawa pengetahuan luar ke organisasi yang dipimpin sedangkan ianya tetap di takuk lama.
Banyak sumber dan ilham boleh datang dengan pelbagai cara yang lebih manfaat di samping mampu mengelakkan pembaziran.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
02 Julai 2015
LENGKOK ABDULLAH
Ramai penduduk dah merungut mengenai parking dan kawalan keselamatan tapi tiada tindakan dari pengurusan terdahulu di bawah "JABATAN TMOD""yang sememangnya lemah dari semua aspek.
Pekerja / Penduduk membayar sejumlah kos untuk untuk kawalan keselamatan khususnya menghalang orang luar atau bukan penduduk dari memasuki kawasan perumahan Lengkok Abdullah dukacita rungutan yang diterima ialah kemasukan dari orang luar iaitu penduduk Sri Pahang dan ada juga dari penduduk Bangsar Utama.
Justeru itu RUM memohon pengurusan baru TMOD tolong kuatkuasakan keselamatan penempatan pemastautin Lengkok Abdullah serta pastikan "PENGAWAL KESELAMATAN" yang kini seolah-olah tidak berfungsi di terminate di gantikan dengan yang baru.
Semua kereta - kereta luar bukan pemilik penduduk Lengkok Abdullah hendaklah dikeluarkan atau dihalang dari memasuki kawasan perumahan Lengkok Abdullah.
RUM berharap dengan pengurusan baru ini semua bentuk aspek kebajikan yang terabai dahulu di perbetulkan kembali. RUM yakin khususnya Badan Kebajikan KTMB yang baru mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB