24 September 2015
SYUKUR ALHAMDULILLAH
RUM menyumbangkan seekor Lembu untuk di korbankan di Tumpat anjuran KTMB.
Terima Sdr Pengerusi RUM Cawangan Tumpat, Barisan Jawatankuasa Cawangan Tumpat dan Ahli-ahli RUM Cawangan Tumpat.
Salam Aidil Adha
Maaf Zahir dan Batin
Dari kami semua Majlis Eksekutif RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
23 September 2015
PERKONGSIAN INFO APA ITU PERJANJIAN BERSAMA? (Secara ringkasnya)
Perjanjian Bersama terwujud sekiranya Syarikat yang mana berkenaan telah mengikitiraf Kesatuan Sekerja, maksudnya mana-mana Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja tiada Perjanjian Bersama.
Bagi Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja syarat-syarat pekerjaan hanya tertakluk dengan Akta
Kerja. Akta Kerja adalah faedah minima bagi pekerja di negara ini.
Berbeza dengan Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja, ianya tertakluk dengan dua (2) Akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kerja. Kelebihan terwujudnya Kesatuan Sekerja adalah ianya "boleh merundingkan" faedah atau upah bulanan dengan persetujuan Majikan, malah mana-mana faedah "YANG LEBIH BAIK" yang terdapat dalam Akta Kerja dan Perjanjian Bersama ianya hendaklah digunapakai.
Perjanjian Bersama adalah sebahagian dari undang-undang yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan di bawah Seksyen 13. Persetujuan Bersama melalui Perjanjian Bersama akan didaftarkan di Mahkamah Perusahaan akhirnya disebut sebagai sebahagian dari Akta Perhubungan Perusahaan.
Kedua-dua pihak samada Majikan dan Kesatuan Sekerja hendaklah mematuhi Perjanjian Bersama sekiranya gagal maka ianya boleh didakwa ke Mahkamah Perusahaan.
Maksudnya "KUASA MUTLAK RUNDINGAN" bagi pihak pekerja adalah hak Kesatuan Sekerja, atau tiada pihak lain yang boleh merundingkan hal ehwal mengenai pekerja.
Kesimpulannya tanpa Kesatuan Sekerja, Perjanjian Bersama tidak wujud, faedah atau upah bulanan tidak boleh dirundingkan dengan Majikan, hal-hal melibatkan pertikaian tidak boleh di bangkitkan dah kes-kes penganiayaan tidak boleh dibawa ke Majikan atau Mahkamah Perusahaan malah kuasa rundingan di Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah hak Kesatuan Sekerja. Lebih menarik wakil Kesatuan boleh mewakili pekerja dalam Siasatan Dalaman, tambah menarik Wakil Kesatuan boleh mewakili pekerja ke Mahkamah Perusahaan iaitu bertindak seolah-olah seorang peguam.
Justeru itu pentingnya Kesatuan Sekerja kepada semua pekerja di Negara ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
22 September 2015
MEMORI PERCUBAAN ETS DI ANAK SYARIKATKAN
Kalau ikut topik di atas ianya adalah satu memori bila mana tercetusnya pertikaian antara RUM dengan Dr Aminuddin Adnan, Mantan Presiden KTMB sehingga tindakan "PIKET" dilakukan menolak Dr Aminuddin Adnan sebagai Presiden KTMB.
Alhamdulillah, ETS kekal di bawah KTMB, satu kejayaan RUM mempertahankan KTMB dari di kecikan operasi pengangkutan KTMB.
RUM sentiasa berpendirian operasi tren KTMB sentiasa di bawah satu bumbung dengan KTMB, justeru itu KTMB perlu merancakkan operasi pengangkutan rel sebagai pengangkutan yang terulung di negara ini kerana ianya telah wujud 130 tahun yang lalu.
Tindakan Dr Aminuddin Adnan, Mantan Presiden KTMB dengan niat untuk menganaksyarikatkan ETS adalah satu langkah "pentadbiran mudah" tanpa menyambut cabaran untuk memperkembangkan perniagaan keretapi dengan lebih luas di bawah satu bumbung.
Melalui pengalaman yang lalu, RUM yakin di bawah pentadbiran Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang juga "warga KTMB" akan memastikan bahawa pengekalan setiap tren samada ETS, SCS, KOMUTER, INTERCITY dan KARGO sebagai teras perniagaan KTMB kekal di bawah KTMB, dalilnya hari ini pengangkutan tren KTMB kembali rancak.
Hanya Warga KTMB yang memahami "BAHASA KERETAPI"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
18 September 2015
Additional ETS train during school break and Aidiladha
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) will provide additional train for its Electric Train Service (ETS) for the KL Sentral-Padang Besar route in conjunction with school break and Aidiladha celebration.
In a statement here Thursday, KTMB said the train from KL Sentral to Padang Besar will depart at 11am and arrive 4.35pm, while from Padang Besar to KL Sentral will depart at 6pm and arrive at 11.45pm.
The service of the additional train would commence Friday and to proceed on Sept 19, 22, 23, 25, 26 and 27.
The statement said the additional train also would stop at Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar and Arau stations.
Passengers can purchase the additional train tickets from now or call 1300 88 5862 for more information. - Astro Awani
17 September 2015
GAJI LAMBAT 2
Alhamdulillah, Terima kasih Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB yang mendengar keluhan pekerja.
Saya telah difahamkan bahawa "advance" 25% akan di bayar pada 21.9.2015, untuk kegunaan Hari Raya Aidil Adha.
Manakala pembayaran gaji yang di hebuhkan pada 30.9.2015 telah dipercepatkan kepada 28.9.2015 dengan baki gaji yang akan ditolak sebanyak 25% sebagai "advance" yang di bayar pada 21.9.2015.
Terima kasih kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, kami amat menghargai.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
12 September 2015
GAJI LAMBAT 1
Bila aku lihat komen... ramai yang mengeluh... ramai yang mengharap... adakah mereka tidak faham atau pura - pura tidak faham, sedangkan aku telah jelaskan melalui kenyataan berkenaan.
Memang semua termasuk aku sendiri mengharapkan gaji sebelum raya korban, cuma bezanya aku memahami, kerana aku mendekati pengurusan.. tapi aku juga faham mereka yang berharap.... bergantung dengan gaji bulan yang rendah...
Itulah naluri seorang pekerja...
Mengharap... selepas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja... kerana mereka seorang "kuli"..
Suara RUM... suara kuli... cuba dan berusaha memahamkan... tapi apakan daya... keluhan demi keluhan... kerana mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik... termasuk gaji awal... walaupun Akta membenarkan... tapi seorang "KULI", kais pagi makan pagi, mereka tetap tidak menyedari... kerana... mereka bergantung harapan dengan gaji bulan...
Itulah lumrah seorang "KULI"
Semoga keluhan mereka dipertimbangkan..
Aku hanya bersuara... bagi seorang "KULI" walaupun aku memahami keperitan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB.
Semoga Allah Swt memberi kekuatan pada Presiden KTMB dalam merencanakan, menterjemahkan kepentingan semua Warga KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
09 September 2015
PERKHIDMATAN KTMB
Alhamdulillah, kini perkhidmatan KTMB kembali rancak, pantai timur, utara dan selatan telah pun berjalan dengan lancar, penambahan set - set train dalam setiap larian.
Dari sebelum ini landasan agak lenggang kini telah kembali sebuk walaupun belum cukup sebuk kerana KTMB tidak mempunyai set yang mencukupi.
Tapi itu bukan masalah, peringkat demi peringkat usaha terus dilakukan demi menjadikan pengangkutan KTMB pengangkutan utama, usaha-usaha sedang dilakukan, perancangan bertambah baik, kerjasama erat antara Presiden KTMB, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB dengan memacu KTMB untuk menjadikan KTMB sebagai pilihan utama penumpang.
Malah YB Menteri Pengangkutan memberi perhatian pada KTMB, kerajaan khususnya akan berusaha membantu KTMB dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baru dan pembelian set - set train.
Seperti kata Pengerusi Cawangan Johor Bharu :-
"sekarang nampak ada perubahan sebab aku dah banyak kerja"
Pekerja tidak merungut malah bersedia menghadapi perubahan untuk memastikan KTMB pulih sepenuhnya, malah pekerja berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang telah merancang hala tuju perkhidmatan keretapi, malah perancangan Presiden KTMB untuk menubuhkan "Universiti Keretapi" sedang giat dijalankan.
Syukur Alhamdulillah, perubahan inilah yang RUM mahukan, RUM mahukan KTMB berjaya seperti mana Keretapi Indonesia yang pernah terkebelakang satu ketika dahulu, kini Keretapi Indonesia ke hadapan sebagai sebuah perkhidmatan keretapi yang baik berbanding KTMB.
Selamatkan KTMB - Selamatlah Pekerja
Kami berdoa kami tidak menjadi seperti "Malaysia Airline System" (MAS)
Perjuangan sediakan "Payung Sebelum Hujan" adalah tunggak strategi kami, biarpun kami "dibuang kerja" dahulu, tapi kami bangga kerana matlamat kami adalah menginginkan KTMB pulih dan diselamatkan, kerana masa depan @ periuk nasi kami berada dengan KTMB yang kami sayangi.
100 hari Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB menjawat jawatan banyak perubahan berjaya dilakukan.
In Syaa Allah kejayaan demi kejayaan akan di tinta sekiranya semua pihak bersungguh - sungguh untuk memajukan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
SIMULASI BENGKEL CA 8
Pem. Setiausaha Agung RUM, Sdr R.Subramaniam sebagai "Pemantau" dan tidak terlibat dengan perbahasan ketika Simulasi Bengkel CA di Johor Bharu berbahas bagi pihak Kesatuan Sekerja dengan pihak Majikan.
Tujuan untuk menunjuk cara dan memberi semangat kepada Peserta untuk berhujah ketika Simulasi Bengkel berjalan.
Satu pelajaran pada peserta yang terlibat agar lebih berani berhujah dalam memperkatakan hak Kesatuan Sekerja, rata - rata pemimpin muda yang bersemangat tinggi untuk mewarisi perjuangan "DONALD UREN".
Pemimpin muda ini akan menjadi pemimpin hebat Kesatuan Sekerja untuk meneruskan kesinambungan perjuangan membela nasib ahli-ahli RUM.
Mereka akan menegakkan kebenaran seterusnya RUM tidak sesekali menjadi "YELLOW UNION"!
RUM akan terus hebat sebagai Kesatuan Sekerja yang disegani dan di hormati.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DRAF PERJANJIAN BERSAMA (CA)
DRAF Perjanjian Bersama (CA) adalah "HAK MUTLAK KESATUAN PEKERJA2 KTMB", apa pun cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli RUM atau pemimpin-pemimpin RUM di peringkat mana sekali pun dengan alasan yang munasabah atau yang mana boleh di petik dari mana-mana CA Kesatuan Luar yang telah diluluskan oleh Pendaftar Mahkamah Perusahaan boleh di masukan dalam Draf Cadangan Perjanjian Bersama untuk kebaikan ahli-ahli RUM.
Bagi pihak Majlis Eksekutif, saya merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan yang telah menyumbangkan idea dan cadangan bagi menambah baik Perjanjian Bersama.
Perjanjian Bersama (CA) adalah untuk ahli-ahli yang berfaedah, maka yang terbaik adalah untuk ahli-ahli yang berfaedah.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERTIMBANGKAN PENCEN MINIMA PADA PESARA PENGSWASTAAN. CORETAN UNTUK
YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA
Aku ingin berbicara mengenai "pencen minima" berdasarkan pengalaman sendiri.
Sejujurnya aku tidak sama sekali bersetuju dengan penswastaan KTMB, tapi sebagai pekerja, aku akur, maka pilihan yang aku buat ialah pilihan "B", bersetuju dengan penswastaan.
Itulah pengalaman aku sebelum KTM diswastakan, maka 1.8.1992 aku telah berkhidmat dengan KTMB dengan menerima kenaikan sebanyak 10% dan tambahan gaji sebanyak 2 mata gaji, iaitu lebih baik dari Syarikat yang lebih awal terlibat dengan penswastaan malah lebih baik dari kakitangan awam. Ketika itu aku hanya ahli RUM atau ahli biasa sahaja.
Kini aku Presiden RUM, umur ku sudah melangkaui 52 tahun, faedah persaraan (wang pencen) yang aku terima dari penswastaan ialah RM 230.00, anggaran simpanan KWSP selepas bersara anggarannya antara RM 70.000 - RM 100,000.00.
Aku faham bila swasta kita menerima faedah melalui KWSP, tapi faedah melalui KWSP terlalu kecil disebabkan kadar potongan KWSP yang sedikit kerana gaji yang kecil.
Alasan Kerajaan adalah kerana adanya KWSP, bila diswastakan, tapi sedarlah dengan simpanan KWSP yang kecil, hutang yang ada, pencen yang tidak mencukupi, maka apa kah kehidupan yang ada selepas bersara?
Pertemuan dengan YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 4 tahun yang lalu mengenai pencen minima telah saya hujahkan melalui satu pertemuan bersama dengan UNI-GLOBAL, iaitu "pekerja KTM akur dengan kehendak Kerajaan, walaupun kami tidak bersetuju dengan penswastaan", YAB DATO SRI PERDANA MENTERI mencatitkan dalam buku nota, tapi selepas 4 tahun, pencen minima untuk pekerja yang terlibat dengan penswastaan tetap tidak berlaku.
Nilai RM 230.00 selepas bersara, kehidupan hari tua dengan kos sara hidup yang tinggi, apa yang boleh kami lakukan untuk menyambung sisa kehidupan? adakah kami rela dengan penswastaan? "kami tak rela", tapi "kami akur", walaupun kami rugi, gaji atau upah berbanding dengan "penjawat awam" bagi pekerja KTMB kini adalah rendah, tapi kami tetap memberi perkhidmatan, kerana kami sedar kami di bawah perkhidmatan sosial, memberi perkhidmatan kepada rakyat, dari kami sebagai wakil kerajaan untuk kesejahteraan rakyat melalui pengangkutan awam di bawah "perkhidmatan perlu".
Hari ini aku Presiden RUM, aku memahami masalah mereka yang terlibat dengan penswastaan berdasarkan pengalaman aku sendiri, bukan sahaja KTMB tapi semua syarikat yang diswastakan, pengalaman menjadikan aku terus untuk berjuang bagi memastikan kehidupan rakan-rakan yang terlibat dengan pengswataan agar selepas persaraan terjamin kehidupan.
Tapi adakah kerajaan menyedari perkara ini? Adakah ini kehendak kami? maka aku menulis bagi pihak semua yang terlibat di bawah penswastaan, kerana aku amat memahami kehendak mereka, kerana ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini, justeru itu aku menulis coretan ini.
Maka selaku Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, saya bagi pihak semua rakan yang telah dibersarakan atas sebab pengswastaan memohon dan merayu pada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA mempertimbangkan kadar "PENCEN PERSARAAN" untuk pekerja yang diswastakan seperti "PENCEN MINIMA" kepada pesara penjawat awam. Sebagai pemimpin kesatuan sekerja, saya berharap melalui pembentangan bajet akan datang Kerajaan akan mempertimbangkan kadar "PENCEN MINIMA" untuk kami yang telah diswastakan.
Kasihani kami, kami juga perlu kehidupan selepas bersara, fahami kami, kerana kami tidak pasti dengan kadar yang ada untuk meneruskan kehidupan selepas kami bersara.
Sekian, Terima kasih.
Kenyataan Rasmi Presiden Kesatuan Pekerja2 KTMB
01 September 2015
PERASMIAN BENGKEL CA KE 8
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB atas kesudian hadir Bengkel Perjanjian Bersama yang ke 8, di Hotel New York, Johor Bahru seterusnya merasmikan Bengkel CA.
Ucapan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan antara lain tentang perkembangan terkini, hala tuju KTMB seterusnya menyeru supaya pekerja bersama beliau untuk memartabatkan KTMB.
RUM memberi keyakinan dan kepercayaan malah berasa bangga dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB sebagai Warga KTMB akan memulihkan KTMB dalilnya kurang lebih 100 hari beliau menjawat jawatan Presiden KTMB beliau mampu memulihkan perkhidmatan landasan KTMB di Pantai Timur iaitu mengatasi zaman British membaikpulih landasan pada zaman Jepun yang mengambil masa lebih kurang 6 bulan.
Pembaikpulihan ini dilakukan oleh warga KTMB tanpa sebarang consultant dari luar.
Hanya Warga KTMB yang faham Bahasa Keretapi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
SIMULASI
Walaupun ianya berbentuk Simulasi tapi perdebatan yang dilakukan benar-benar hebat, seolah-olah ianya seperti "BENAR", satu perbincangan yang hebat sehingga pihak kesatuan mahu keluar dari perbincangan.
Saya tak duk dalam dewan, dengan tujuan memberi kebebasan pada peserta untuk menunjukkan kebolehan dan berbahas dengan secara terbuka.
Tahniah pada peserta, satu sessi pembelajaran yang hebat.
This is RAILWAYMEN UNION OF MALAYA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Bengkel Perjanjian Bersama Yang Ke 8
Bengkel Perjanjian Bersama Yang Ke 8 bermula jam 8.30 pagi, sessi perbincangan antara Majikan dan Kesatuan secara simulasi, semalam ceramah mengenai Perjanjian Bersama bermula jam 2 petang sehingga jam 6 petang.
In Syaa Allah Bengkel Perjanjian Bersama ini akan merumuskan cadangan yang terbaik untuk semua ahli-ahli RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB