RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Januari 2016

APAKAH YANG DIKATAKAN ASET PAK?

Aset yang dimaksudkan ialah semua harta benda yang dibeli atau disediakan oleh kerajaan selepas 1.8.1992 adalah milik Perbadanan Aset Keretapi (PAK)

Antaranya ialah...

1. Semua Tanah Keretapi
2. Kuarters Keretapi
3. Lokomotif 26 & 29 kelas
4. Elektrifikasi
5. Bengkel Batu Gajah, Bukit Tengah, Padang Besar, Gemas, Kempas Baru
6. Stesen Keretapi Selepas 1.8.1992
7. Six Car Set (SCS)
8. ETS
9. Landasan Berkembar
10. Dan lain-lain lagi...

Kalau semua ini dikatakan "ASET PAK" apa yang tinggal milik KTMB?

Renungkanlah....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KWSP SIMPANAN PEKERJA DIKURANGKAN 3%

RUM telah mengeluarkan kenyataan ini selepas ianya dicadangkan oleh Perwakilan UMNO. Maka implementasinya telah dibuat melalui semakan BAJET 2016. (Rujuk lampiran dibawah)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


https://facebook.com

GESAAN PERWAKILAN UMNO (KWSP PEKERJA DITURUNKAN)
RUM tertarik dengan kenyataan perwakilan UMNO yang menggesa agar caruman KWSP pekerja diturunkan supaya pendapatan bulanan bersih lebih tinggi.

Terlebih dahulu RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana Perwakilan UMNO sendiri mengakui bahawa peningkatan KOS SARA HIDUP meningkat bagi rakyat, kenyataan ini telah membuktikan bahawa rungutan RUM selama ini terbukti kebenaran, apatah lagi pekeja KTMB yang berkhidmat di bawah perkhidmatan sosial menikmati gaji di bawah pasaran.

RUM juga tertarik dengan gesaan penurunan kadar simpanan "KWSP PEKERJA", gesaan ini tidak melambangkan kebijaksanaan perwakilan berkenaan sehingga menggesa satu cadangan kononnya boleh mengurangkan kos sara hidup.

RUM ingin menekankan penurunan KWSP PEKERJA bukanlah langkah bijak kerana ianya menjejaskan simpanan hari tua, persoalannya adakah hari tua pada pekerja yang telah bersara boleh diberi jaminan bahawa tiada kos peningkatan sara hidup?

Penurunan 1% atau 2% atau 5 % daripada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah juga tidak memberi sebarang impak dalam menangani peningkatan kos sara hidup, malah bebanan kos sara hidup tetap dirasai oleh pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.

Sepatutnya cadangan perlu dibuat dengan membuat kajian kenapa kos sara hidup boleh meningkat sehingga membebankan rakyat, kerana bebanan ini sungguh dirasai sehingga kehidupan terjejas, gaji bulanan yang diterima tidak mampu untuk menanggung kehidupan.

RUM tidak berhasrat untuk menerangkan apakah punca tetapi RUM yakin khususnya perwakilan UMNO sendiri boleh menilai apakah punca kos sara hidup meningkat malah RUM yakin kehebatan perwakilan UMNO juga mampu memberi solusi terbaik tapi bukannya penurunan kadar KWSP.

Sepatutnya perwakilan berkenaan mencadangkan potongan KWSP MAJIKAN perlu dinaikkan kerana perlu disedari bahawa pekerja yang bersara khususnya yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos sara hidup yang kian meningkat malah pulangan simpanan ketika bersara adalah rendah untuk menanggung baki kehidupan seorang pesara.

Justeru itu RUM membantah cadangan penurunan kadar KWSP PEKERJA dan mengesyorkan supaya kenaikan gaji minima seluruh pekerja di negara ini ialah RM 1500.00 kerana cadangan ini adalah lebih munasabah untuk menanggani kos sara hidup.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.



29 Januari 2016

INGATAN PADA AHLI-AHLI RUM MULTIPLE OPERATOR (CADANGAN ASAL RUM)

Idea Multiple Operator adalah cetusan idea dari RUM, idea ni setelah melihat kegagalan Mantan Presiden KTMB yang seolah-olah ketandusan idea dalam menambah pendapatan, ianya berbentuk saingan dengan mengunakan landasan KTMB serta pembayaran pengunaan landasan keretapi kepada KTMB.

RUM sendiri telah membuat presentasi kepada Lembaga Pengarah KTMB yang Pengerusinya ketika itu ialah YBhg Dato Seri Ir Mohd Zin.


Kini idea ini telah diceduk oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK), mengikut maklumat yang diterima aktiviti Multiple Operator diambilalih oleh PAK dan sedang dalam proses penyediaan kertas kerja seterusnya perjanjian, ini berdasarkan PAK kini sedang berusaha menguatkuasakan hak milik "ASET" di bawah milik PAK, malah nadi atau jantung KTMB iaitu Operating Management Control (OMC) akan diambilalih oleh PAK, sekiranya ini benar maka KTMB hanya setaraf operator biasa atau dengan lain perkataan KTMB hanya menjalankan operasi larian tren dan bersaing dengan operator-operator tren yang akan diwujudkan kemudian.

Semua pengunaan facilitis landasan dan sebagainya oleh semua operator tren akan di bayar kepada PAK dan bukan kepada KTMB sedangkan idea RUM ialah semua pembayaran dibayar kepada KTMB.

Difahamkan Hak Milik ASET di bawah pengendalian PAK berasaskan selepas KTMB di swastakan iaitu 1.8.1992.

Usaha sedemikian boleh dianggap KTMB hanya beroperasi apa yang dikatogerikan miliknya sahaja berdasarkan "ASET" adalah milik PAK dan bukannya milik KTMB.

Ini adalah dasar baru yang bakal dilaksanakan, secara logiknya KTMB sebenarnya bukan dikembang dari sudut perniagaan tapi dikecilkan sebagai sebuah operator tren biasa.

Pada dasarnya RUM tidak bersetuju dengan cadangan ini, sepatutnya KTMB dibesar atau dikembangkan skop perniagaannya malah sepatutnya semua sistem keretapi dinegara ini adalah di bawah pengendalian KTMB tetapi sebaliknya berlaku KTMB hanya sebuah syarikat picisan dan akhirnya KTMB bakal turut dijual. Perancangan sebegini pada pandangan RUM adalah satu cadangan murahan.

Diakhirnya KTMB hanya tinggal sebuah nama sebagai satu lipatan sejarah negara.
Hanya tinggal sebuah memori yang indah seperti mana Bengkel Sentul suatu ketika dahulu "gah" sebagai sebuah Bengkel Keretapi terbesar di Asia Tenggara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

27 Januari 2016

MESYUARAT EXCO 26.1.2016 RAMAI TERTANYA CA 8

Alhamdulillah, Mesyuarat Exco semalam berjalan dengan lancar, kehadiran YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah di sebelah pagi manakala kehadiran YBhg Dato Haji Sarbini Tijan disebelah petang telah mengambarkan hubungan yang sangat baik diantara kedua-dua pihak.


Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB akan memberi sokongan kepada permohonan RUM untuk menambah pelarasan gaji namun akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak pengurusan.

Ucapan yang sama oleh Presiden KTMB juga sungguh menyakinkan bahawa beliau akan mempertimbangkan tuntutan RUM dengan memberi jaminan akan ada penambahan.


Jawapan balas ini berikutan ucapan Presiden RUM yang mengemukakan rayuan agar mempertimbangkan peningkatan Pelarasan Gaji berdasarkan persetujuan bersama yang dicapai ialah 13% Across The Board, walaubagaimanapun persetujuan RUM bersyarat menerima 13% dengan bantahan serta menuntut pertimbangan sebanyak 15%.

Bagi Gaji Minima persetujuan telah dicapai iaitu Gaji Minima pekerja KTMB ialah RM 1200.00.
Beberapa persetujuan juga telah dicapai dengan penambahan elaun yang sedia ada, cuma tinggal beberapa artikel yang masih kiv menunggu perbincangan semula.

RUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panel Pengurusan, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan, YB Dato Ir Nawawi Ahmad yang perihatin dengan permintaan RUM.

Harapan RUM ialah Lembaga Pengarah KTMB boleh meluluskan seterusnya Kementerian Kewangan.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

26 Januari 2016

Presiden MTUC Meninggal Dunia

AL FATIHAH

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Majlis Exco RUM yang bersidang hari ini melahirkan rasa sedih atas kembalinya ke Rahmahtullah Allahyarham Sdr Khalid Atan Presiden MTUC.

Semoga Allahyarham di tempatkan dengan orang yang soleh.

Secara peribada saya kehilangan seorang sahabat yang baik.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Silap menilai

PENULIS

Kenyataan ini menjadi Kenyataan Rasmi Kesatuam Pekerja-Pekerja KTMB

Saya petik rencana yg dilampirkan berbunyi:

"Misalnya, perkhidmatan KTMB yang mahu menjadi patuh syariah. Bagaimana selepas deklarasi itu direalisasikan, masalah keretapi dan tren yang rosak, lambat daripada jadual, sistem pendingin yang tidak berfungsi, yang mana selama ini kekal menghantui para penggunanya.

Bukankah ketika itu, penumpang baik Muslim ataupun bukan Muslim akan mempersoalkan "beginikah perkhidmatan syariah yang ditawarkan Islam" atau mungkin soalan sebegini akan timbul "adakah Islam agama yang tidak kisah perkara sebegini berlaku?". Maka pada akhirnya, rentetan daripada keghairahan sesetengah kita untuk menunjukkan betapa patuh agamanya produk dan perkhidmatan kita akan mengembalikan semula fitnah terhadap agama yang dicintai ini."

Mengapakah hendak dikaitkan dengan perkhidmatan KTMB? Apa masalah penulis dengan KTMB?
Antara komentar penulis mengenai KTMB:

1. Tren rosak
2. Lambat dari jadual
3. Sistem pendingin tidak berfungsi

Kesimpulan yang amat singkat digunakan terhadap KTMB adalah "kita perlu ada rasa malu untuk menggunakan label Islam"

Saya ingin tegaskan kepada penulis bahawa, sekurang-kurangnya pihak KTMB telah membuat pengasingan koc antara lelaki dan perempuan dikawasan yang difikirkan perlu. Penulis mungkin tidak pernah berada didalam kesesakan penumpang yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Penulis juga mungkin tidak peka dengan gangguan seksual. KTMB melaksanakan pengasingan untuk menyelamatkan maruah wanita.


"al_farafishah: 

berisalam Baguslah sekarang dah ada koc untuk wanita sahaja.. Tak adalah lagi gangguan terhadap wanita.. Boleh lagi diperluaskan untuk kemudahan awam yang lain contohnya bas, bas ekspres.. Asingkan tempat lelaki dan wanita, sebelah-sebelah... Ini duduk bercampur gaul, driver tengah drive, layan lagu, penumpang belakang buat maksiat.. Bagaimana kalau perjalanan long distance, waktu malam, apapun boleh berlaku.. Salah siapa? Sebab tak ada kesedaran dalam masyarakat dan tak ada usaha nak menangani masalah sosial. Apapun langkah dari pengusaha perkhidmatan awam perlu dimulakan dan masyarakat perlu menyambut baik dan memberikan kerjasama.... Wallahu a'lam..."

Dan banyak lagi yang memuji langkah yang diambil oleh KTMB.

Tren rosak, lambat, penghawa dingin tidak berfungsi bukanlah suatu isu yang patut dijadikan alasan untuk menyalahkan KTMB yang hendak menjadikan KTMB berpaksikan kepada syariah.

Penulis sendiri telah memperakui adanya tren rosak, apabila berlaku kerosakan sudah tentu tren akan lewat tiba distinasi, begitu juga dengan penghawa dingin yang rosak. Tahukan penulis bahawa kereta yang baru keluar dari kilang setelah lulus ujian itu pun pernah rosak?

Penulis cuba membandingkan dengan Jepun, ya saya akui Jepun adalah sebuah negara yang patut dicontohi, kerana ia walaupun tidak 100% mempunyai ciri Islam tapi ia mengambil apa yang telah Islam ajarkan boleh dikatakan hampir 70% mereka menepati ciri2 yang dituntut oleh Islam.

Kita gagal mengikuti langkah negara2 maju tersebut kerana antara sebabnya kita banyak menyalurkan wang kepada gaji menteri berbanding untuk pasarana kemudahan awam. Contoh

1. United Kingdom : 25 menteri kabinet menjaga 63 juta penduduk
2. India : 23 menteri kabinet menjaga 1 bilion penduduk
3. Malaysia : 35 menteri kabinet menjaga kita semua seramai 30 juta penduduk
4. Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja
5. Amerika Syarikat : 18 menteri kabinet menjaga 300 juta penduduk
6. Jepun : 16 menteri kabinet menjaga sekitar 127 juta penduduk

Kita hanya menjaga 30 juta penduduk memerlukan 35 orang menteri berbanding UK hanya 25 menteri untuk 63 juta penduduk dan Jepun hanya 16 menteri berbanding 127 juta penduduk.

Baru-baru ini KTMB memaklumkan kenaikan tambang, sudah ramai yang mengeluh dan menyalahkan KTMB, sedangkan perkhidmatan rel yang lain lebih tinggi dari kenaikan yang dikenakan oleh KTMB tidak pernah disentuh. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan menganti alat2 yang telah usang, kita perlukan duit, jika kita tidak mampu menjana pulangan yang munasabah sudah pasti sistem pengangkutan rel kita akan terus mundur. 

Berikanalah sokongan moral untuk KTMB terus maju kehadapan melepasi segala rintangan dan halangan.

1. The Malaysian Insider - Apabila Muslim menjual agama dan kafir melanggan nilainya – Siti Aishah
2.  Halaqah.net


25 Januari 2016

PENDAPAT APA KAH INI?

RUM beranggapan penulis ini "MEROYAN"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc
Dato Ir Nawawi Ahmad
Dato Sarbini Tijan

The Malaysian Insider

RENCANA

Apabila Muslim menjual agama dan kafir melanggan nilainya – Siti Aishah

Published: 13 January 2016 11:00 AM

"Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula, padahal hati mereka adalah serigala"  (HR Tirmizi).

Beberapa hari yang lalu, tersebar berita di portal-portal laman maya tentang hasrat pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk muncul sebagai perkhidmatan keretapi dan tren pertama di dunia yang berpaksikan kepada syariah. Lewat Disember lalu juga sebuah syarikat penerbangan yang dinamakan Rayani Air muncul sebagai syarikat penerbangan pertama yang berkosepkan syariah dalam penyediaan servis perkhidmatannya.

Malah bagi membuktikan betapa "syariahnya" pematuhan yang dibuat dikhabarkan pihak konglomerat tersebut bakal melantik penasihatnya yang merupakan mursyidul am parti Islam di Malaysia. Antara khidmat yang ditawarkan dan dikatakan menepati syara' itu adalah tiadanya alkohol yang dihidang dalam pesawat, para petugas kabin yang berpakaian menutup aurat, bacaan doa sebelum berlepas dan ketika mendarat.

Trend menempelkan label "Islam","syariah","hadis", dan ayat suci Al Quran ini bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam pelbagai industri di negara kita. Seolah menjadi tradisi, jika dahulu kita hanya mempunyai label "Islam" dan syariah ini pada institusi pengajian di peringkat universiti dan sistem perbankan namun mutakhir ini wabak mengatasnamakan agama ini turut terjangkit pada produk-produk berasaskan keuntungan seperti yang wujud dalam entiti perniagaan, daripada perkhidmatan penerbangan hinggalah kepada air kosong yang kononnya dikuatkuasa dengan 1001 kebaikan setelah dibacakan 30 juzuk surah Al Quran!.

Tidaklah saya mempertikaikan penggunaan terma sebegini. Kerana jika dilihat kepada positifnya seakan mampu menyuntik satu keyakinan dalam kalangan awam untuk lebih mempercayai kepada "halal" dan mencapai piawaian agama sesuatu produk itu. Sungguhpun begitu, daripada sisi pandang lain, elemen kepenggunaan islamik ini bukan sahaja berupaya mendatangkan fitnah kepada agama bahkan juga meruntuhkan "keimanan" dalam diri individu.

Misalnya, perkhidmatan KTMB yang mahu menjadi patuh syariah. Bagaimana selepas deklarasi itu direalisasikan, masalah keretapi dan tren yang rosak, lambat daripada jadual, sistem pendingin yang tidak berfungsi, yang mana selama ini kekal menghantui para penggunanya.

Bukankah ketika itu, penumpang baik Muslim ataupun bukan Muslim akan mempersoalkan "beginikah perkhidmatan syariah yang ditawarkan Islam" atau mungkin soalan sebegini akan timbul "adakah Islam agama yang tidak kisah perkara sebegini berlaku?". Maka pada akhirnya, rentetan daripada keghairahan sesetengah kita untuk menunjukkan betapa patuh agamanya produk dan perkhidmatan kita akan mengembalikan semula fitnah terhadap agama yang dicintai ini.

Sekadar menyelurusi semula sejarah, sekitar 1090 atau tepatnya pada zaman kegelapan eropah, munculnya segolongan paderi yang menjual indulgence letter (surat penghapusan dosa) secara besar-besaran kepada penganut Kristian. Malahan wujudnya pihak gereja yang mempergunakan agama sebagai propaganda menakutkan rakyat untuk terus berada di bawah cengkaman pemerintah.

Jika dilihat kepada peristiwa tersebut, ia seolah mirip dengan keadaan di negara kita yang berleluasa sekarang. Di mana setiap pemain industri berlumba-lumba menggunakan label agama bagi melariskan produknya.

Pelik bin ajaib kerana asimilasi sebegini banyak kedengaran wujud dalam kalangan umat Islam Malaysia dan lebih tepatnya pada sesetengah bangsa Melayu.

Kontradiksinya bagi bukan Muslim kebanyakan mereka lebih berkiblatkan kepada nilai-nilai seperti amanah,penjagaan masa yang tepat, jujur, keadilan dan pelbagai nilai yang baik dalam menjalankan perniagaan mahupun perkhidmatan yang ditawarkan.

Mereka ini tidak melaung produk mereka mematuhi ajaran agama mereka ataupun siap dibacakan dengan surah-surah dari Injil atau kitab Buddha malahan kebarangkalian dihembus dengan ayat dari kitab Hindu, namun tatacara mereka dalam memberikan perkhidmatan dan menjaga kepercayaan pelanggan mereka jauh lebih menghampiri nilai yang bukan sahaja ada dalam agama mereka bahkan juga terdapat dalam islam sendiri!.

Diulangi, mereka ini tidakpun meletakkan label Kristian, Yahudi, Hindu atau Buddha pada premis perniagaan mereka!.

Sekadar mengambil contoh, perkhidmatan tren di Jepun yang jarang sekali mengalami kelewatan jadual. Jika hal tersebut berlaku kapten yang bertugas ketika itu akan datang menghampiri setiap seorang penumpang dan menundukkan kepala sambil meminta maaf.

Walhal kelewatan yang berlaku hanya beberapa minit!. Malahan keadaan tren yang sentiasa bersih dan kecepatan jurutera pembersihan mereka yang melakukan tugas dalam masa kurang dua minit seperti pernah dilaporkan dalam rancangan Majalah 3, memberi gambaran sekiranya perkara tersebut berlaku di negara ini dengan sistem dan servis yang diamalkan pihak KTMB sekarang sewajarnya kita perlu ada rasa malu untuk menggunakan label Islam itu sedangkan nilai yang dibawa lebih teruk dari nilai digunakan sang kafir di negara kafir!

Kita sering mendengar istilah negara Islam walaupun implementasi kebanyakan negara ini banyak yang tidak selari dengan nilai Islam. Kadar bunuh, rogol, jenayah, rasuah dan penindasan minoriti acapkali berkait dengan negara Islam ini. Tidak pula kita mendengar ada negara kafir yang digelar negara Kristian atau negara Yahudi.

Bahkan pusat agama Kristian dan Yahudi sendiri digelar Vatican City dan Israel meskipun kita semua maklum kedua tempat itu mewakili apa! Tidak pernah lagi kita mendengar universiti Kristian wujud sepertimana kita mempunyai universiti Islam yang dibanggakan namun kedudukan kita dalam universiti terbaik jauh ditinggalkan universiti yang bukan Islam ini. Itu belum lagi mahu dibicarakan tentang kerenah birokrasi dan pentadbiran yang meranapkan terus nilai Islam itu.

Sungguh, saya menyambut baik sekiranya nilai-nilai agama seperti jujur, amanah, tiada riba dan sebagainya diadaptasikan dalam sebarang cabang perniagaan, perkhidmatan, politik mahupun kenegaraan. Dengan syarat tiada label "Iislam" atau dabikan dada "kami peneraju syariah pertama di Malaysia atau dunia".

Implikasinya amatlah besar dalam dunia yang serba fitnah ini. Ingatlah Nabi Muhammad SAW juga seorang peniaga, seorang utusan dan seorang pemimpin. Tika menjalankan perniagaan, tidak pula Nabi menggunakan kedudukannya sebagai nabi atau cucu seorang yang berpengaruh di Kota Mekah untuk melariskan jualannya.

Malahan semasa menyampaikan ajaran tidak pula Nabi memaksa kaum Quraisy untuk menerima Islam. Bahkan sewaktu menjadi pemimpin juga Nabi tidak menyatakan Kota Mekah yang berjaya ditawan ketika itu sebagai "negara Islam". Tetapi Nabi SAW menggunakan nilai-nilai yang ada dalam Islam semasa menjadi peniaga, pembawa utusan Tuhan dan pemimpin!.

Ironinya, kita pula kerap megah dengan laungan "Islam" dan "syariah". Dalam menjual produk, berpolitik, hubungan sesama manusia hinggalah kepada perkhidmatan dan servis namun nilai yang dibawa kita hanyut ke laut!.

Menyedihkan apabila wujudnya kelompok yang menyokong penggunaan label agama ini pada perniagaan mahupun politik. Ada yang berkata "sekurangnya ada juga usaha", " yakin untuk lebih guna kerana patuh syariah", dan pelbagai lagi.

Seolah agama itu akan kuat dengan label. Persetankan sahaja nilai dan bagaimana neraca sistem itu berjalan. Asalkan ada perkataan "Islam" dan syariah redah ikut suka sahajalah!.

Tidak mengapa kalau servisnya tidak baik, lambat, berlaku ketirisan, penyelewengan, kakitangan yang biadap, masalah teknikal. Janji ia ada nama Islam dimaafkan walaupun ada sesetengah pemiliknya bukan Islam dan cara pengendalian organisasi juga diragukan!.

Apabila sesetengah Muslim menjual agama dan kafir pula melanggan nilainya, tibalah saat kehancuran agama itu dalam keadaan dipandang hina. – 13 Januari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

MESYUARAT EXCO 26.1.2016

In Syaa Allah esuk akan diadakan Mesyuarat Exco, seperti peruntukan Perlembagaan Kesatuan, Mesyuarat Majlis Eksekutif hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun, kebiasaannya RUM akan mengadakan pada bulan Jun dan Disember, kali ini RUM lewatkan sedikit menunggu perbincangan CA 8, bagi tujuan untuk menjelaskan persetujuan bersama yang dibincangkan ketika di Langkawi.

Alhamdulillah buat pertama kali dalam RUM, RUM telah menjemput YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato' Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB untuk menghadiri sebagai tetamu kehormat dan memberi sepatah dua kata dalam Mesyuarat Exco nanti, kedua-dia individu penting dalam KTMB telah mengesahkan kehadiran.

In Syaa Allah YB Dato' Ir Nawawi Ahmad akan hadir jam 9.00 pagi manakala YBhg Dato Haji Sarbini Tijan akan hadir jam 3.00 petang. Kehadiran ini penting kerana ianya melambangkan "Keharmonian Perusahaan" antara KTMB dan RUM yang kini berada di landasan yang sangat baik, mempunyai matlamat yang sama untuk memajukan KTMB demi kepentingan Pekerja, Rakyat dan Negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

23 Januari 2016

Kaca mata Ajk Belia RUM

Tertarik dengan kenyataan dari seorang Ajk Belia RUM dalam group whatsapp... maka RUM paparkan kenyataan ini untuk dikongsi bersama.

Di paparkan di bawah ini sebagai kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
_______________________________________________

Ya..
Inilah permasalahan y paling besar..
Nilai duit semakin kecil...
Sejujurnya tiada lagi boleh membuat simpanan duit...
Gaji dah x dpt menampung perbelanjaan...
Ekonomi keluarga sudah menjangkaui inflasi...
Semenjak bulan April 2015...
Kita makin sakit....
Peredaran masa mengharapkan lebih baik dari masa ke semasa...
Namun ia bertambah teruk....

Jika dizaman y berlalu kita masih mempunyai perkerjaan....masih berpuashati walhal ekonomi sudah menghimpit kendiri sedikit demi sedikit...maka ada alternatif lain, melakukan 2 kerja dlm 1 masa untuk menstabilkan ekonomi...

Bermula November 2015....
Isu pembuangan di sekeliling kita sudah menjalar dalam Malaysia....wahai pekerja.... dimana nasib mu...adakah kamu sendiri menjangkakan ia....ia terus berteka teki...

Hint mengapa pekerja warga asing bertali arus masuk seolah tanpa dikawal oleh sesiapa..
Tidak tersedarkah kalian..
1.5 juta bangla menapak di Malaysia...
Apa akan terjadi pada nasib kalian....
Jika rezeki masih memihak pada kalian....fikirkan lah nasib anak cucu kalian....
Jgn berdiam diri wahai saudara2 sekalian....

Saya tahu ramai yang membaca....
Ketepikan fahaman politik anda masing2....
365 hari setiap hari berpolitik tanpa jemu.....hanya di Malaysia...Apakah hasilnya? Tang tu jgak....

Kita bergabung bkan sbagai rakyat... Tapi sebagai kaum pekerja sebagai buruh sebagai kuli..... berdiri teguh untuk kesatuan sekerja yang kita ada..... RUM bkn milik individu bkan milik kau tapi milik kita semua....
Ubah2.....jika ini jalan nya...maka buka kan lah jalan ini...untuk selamatkan pekerja2 KTMB......

19 Januari 2016

PERJANJIAN CA KE 8

Ramai yang bertanya, apakah keputusan perbincangan CA di Langkawi...
Buat masa ini, saya tidak boleh menjawab sebarang pertanyaan, saya perlu menghormati Majlis Eksekutif RUM, In Syaa Allah mesyuarat Majlis Eksekutif RUM akan diadakan pada 26.1.2015. Saya akan membentangkan keputusan persetujuan bersama antara Panel KTMB dan Panel RUM.

Saya juga berharap beberapa artikel yang masih "kiv" boleh diselesaikan dalam waktu terdekat bagi menyegerakan proses perjanjian bersama.

Namum demikian walaupun keputusan telah ada, saya beranggapan perjalanan masih jauh kerana perlu menempuh Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan, secara jujur saya berasa yakin Lembaga Pengarah KTMB khususnya YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB amat memahami situasi pekerja KTMB, Kementerian Kewangan saya tidak pasti, tapi saya akan berusaha untuk menyakinkan Kementerian Kewangan mengenai kehendak pekerja khususnya ahli-ahli RUM, mudah-mudahan Kementerian Kewangan merestui persetujuan bersama yang ke 8 ini.

Bayangan yang saya boleh bagitau, walaupun ianya tidak mencapai apa yang diharapkan, tapi ianya tetap terbaik, berbanding syarikat lain dan menyamai penjawat awam. In Syaa Allah..

Presiden RUM
MAJLIS EXCO RUM

PERJANJIAN BERSAMA 8 TERIMA KASIH PRESIDEN KTMB

RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Dato' Haji Sarbini Tijan khususnya dalam persetujuan bersama mengenai kelulusan tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama.

Sebagai pemimpin RUM persetujuan yang diberikan ini sangat berat mungkin beban yang besar untuk Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan, dijangkakan kos keseluruhan CA 8 ialah RM 21juta setahun bagi bukan eksekutif, satu jumlah yang besar serta peningkatan perbelanjaan tahunan KTMB.

Beban ini akan memaksa Ybhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan bertungkus lumus bersama pihak pengurusan untuk meningkatkan sumber pendapatan KTMB bagi mengimbangi perbelanjaan peningkatan kos pembayaran gaji pekerja.

Maka itu RUM menyeru semua ahli-ahli RUM bersedia sepenuh tenaga berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi membantu Ybhg Tuan Haji Sarbini Tijan dalam mencari penambahan pendapatan.

Peningkatan kenaikan gaji kepada pekerja perlu dibayar kembali oleh seluruh ahli-ahli RUM dengan mencurahkan tenaga bagi meningkatkan pendapatan KTMB seterusnya mengembalikan KTMB ke zaman kegemilangannya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

18 Januari 2016

KENAIKAN HARGA SEWA RUMAH KUARTERS (1) (TIDAK MENGHALANG)

RUM dengan ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan KTMB boleh menaikkan harga sewa rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM", RUM tidak akan menghalang kenaikan harga rumah kuarters kepada "BUKAN AHLI RUM".

RUM memang berhasrat ingin menyerahkan "BUKAN AHLI RUM" sebagai "HAK BUDIBICARA MUTLAK" kepada KTMB berdasarkan cadangan di dalam Draf Perjanjian Bersama 8.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KENAIKAN HARGA SEWA KUARTERS

Ramai yang tanya pada RUM mengenai kemungkinan dinaikkan harga sewa rumah kuarters, malah dikatakan kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Pengurus Kanan di MYRA, sejauh mana kebenaran mengenai kenyataan yang dikatakan oleh Pengurus Kanan ini tidak diketahui kebenarannya.

RUM beranggapan ini adalah khabar-khabar angin yang sengaja di bawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan kerisauan dikalangan pekerja khususnya ahli-ahli RUM.

Penjelasan RUM.

Tiada mana-mana kenaikan (sewa rumah kuarters) boleh dibuat tanpa persetujuan bersama diantara KTMB dan RUM, ianya "hendaklah" mendapat persetujuan RUM iaitu persetujuan Majlis Eksekutif RUM selaras dengan Perjanjian Bersama.

Sehingga hari ini tiada sebarang cadangan yang dikemukakan oleh GM TMOD kepada RUM justeru itu sebarang kenyataan yang dikeluarkan adalah "dengan niat jahat".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

15 Januari 2016

TAHNIAH PRESIDEN KTMB

Kami warga RUM mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan yang telah dianugerahkan gelaran Dato'.


Tahniah dari semua warga RUM kepada Y. Bhg. Lt Kol (B) Dato' Hj Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

14 Januari 2016

PERJANJIAN BERSAMA 8

Alhamdulillah... selesai perundingan diantara Panel RUM & KTMB peringkat Langkawi.
Berberapa Artikel telah dipersetujui bersama dan ada yang tertangguh (kiv) berikutan tidak ada persetujuan, In Syaa Allah akan disambung semula perbincangan di Kuala Lumpur.


Secara amnya boleh dikatakan sangat baik.


Terima Kasih kepada Tuan Haji Helmi Mohamad dan semua panel KTMB yang memahami kehendak pekerja walaupun RUM juga amat memahami kekangan kewangan KTMB.

Namun ianya juga bergantung kepada kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan setelah perbincangan akhir yang akan dibincangkan di Kuala Lumpur setelah mendapat persetujuan bersama.

Mudah-mudahan kelulusan dapat diberikan oleh Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan.

Perbincangan Perjanjian Bersama berakhir dengan menandatangani dokumen persetujuan bersama disamping pemberian cenderahati diantara kedua-dua pihak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

HARI KE EMPAT PERJANJIAN BERSAMA 8 (AKHIR)

Mudah-mudahan hari terakhir ini akan membawa penyelesaian yang baik, walaupun sebelum ini agak tegang, suatu keajaiban berlaku yang memberi sinar kepada pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM.

In Syaa Allah

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

13 Januari 2016

BERHUTANG

Kenapa pekerja berhutang? pekerja berhutang kerana gaji yang diterima tidak mampu untuk membeli barangan secara tunai, sebagai contoh, perabut, tv, motosikal malah belanja anak sekolah akhir tahun pun terpaksa berhutang.

Adakah ini dinamakan bahawa pekerja tidak pandai menguruskan wang gaji? Bukan tak pandai, tapi pendapatan tak mencukupi, bagaimana nak uruskan wang gaji dengan baik.

Senang je... cuba belajar bayangkan bahawa anda seorang pekerja yang bergaji diantara RM 900.00 hingga RM 3,000.00? jangan lah cakap pekerja tidak pandai menguruskan gaji, anda gaji besar pun sendiri tak cukup, nak dalilnya? jangan nanti anda termalu sendiri...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

HARI KETIGA PERBINCANGAN CA 8

Hari ini satu cabaran besar, berlembut mungkin berkeras atau mungkin juga memohon dengan wajah simpati, mana satu?

Simpati mungkin... tapi entahlah...

Samada panel KTMB boleh memberikan rasa simpati terhadap golongan "kuli", mungkinkah?

Kedudukan kos sara hidup...

Kedudukan ekonomi semasa yang seperti tidak pasti...

Bolehkah pekerja mengharungi teori ekonomi pertengahan 2016, 2017 dan 2018, bagaimana pula majikan ketika itu...

Pasti sukar... maka pilihan yang ada seperti tuntutan RUM, demi kelansungan hidup seorang kuli untuk mengharungi teori ekonomi 2016, 2017 dan 2018.
Semoga dan harapan, tuntutan RUM menjadi kenyataan.

Ya Allah.. sesungguhnya kami bermohon kepada mu, dibuka pintu hati mereka untuk merasa simpati kepada kami pekerja KTMB, kepada mu jua tempat kami mengadu agar tuntutan kecil kami dapat dipenuhi... amin

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

12 Januari 2016

HARI KE 2 PERBINCANGAN CA 8

Semalam semua artikel yang tiada pindaan telah dipersetujui bersama, artikel pindaan masih dalam "KIV" dan ada yang telah dipersetujui bersama, cadangan melalui pekeliling dan baru masih belum dibincangkan.

Harapan RUM hari ini, diharapkan lebih baik dari semalam, dapat kata putus secara bersama demi kepentingan pekerja-pekerja bukan eksekutif khususnya ahli-ahli RUM.

Selalu RUM pesan, pada semua ahli panel samada RUM mahupun KTMB apa yang diputuskan secara bersama adalah sebahagian dari amal jariah yang dilakukan, In Syaa Allah setiap kebaikan pasti ada ganjaran dari ALLAH SWT.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

11 Januari 2016

MENGHARAP

RUM tahu ramai yang mengharap, ramai yang bergantung harapan, melalui rundingan CA ke 8 untuk menghadapi masa depan dengan kos sara hidup yang meningkat.... berat... pada Allah Swt jua aku mohon, tuntutan RUM untuk pekerja bagi menikmati faedah yang lebih baik.

Harapan ini RUM galas... berdepan dengan pengurusan, bersilat melalui hujah, memohon yang munasabah, sejuk.. bahang... berpeluh... situasi ketika ini, memahamkan pada yang telah faham hanya mengharapkan sebuah imbuhan kepada kami kuli yang bergantung harapan ibarat kais pagi makan malam.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

08 Januari 2016

PERUNDINGAN CA 8 (10 - 14 JAN 2016)

Untuk makluman ahli-ahli RUM perundingan Perjanjian Bersama ke 8 akan diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi bermula pada 10 - 14hb Januari 2016.

Mudah-mudahan perbincangan ini akan dijalankan dengan harmoni serta memberi peningkatan faedah yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM.

Sama-sama kita berdoa agar pintu hati panel perundingan bagi pihak KTMB yang diketuai oleh Tuan Haji Helmi Mohamad Senior Vise President serta semua panel KTMB lembut dan terbuka hatinya mempertimbangkan tuntutan RUM melalui Draf Perjajian Bersama yang telah dihantar pada 1.10.2015.

PANEL PERUNDINGAN CA KE 8

PANEL PERUNDING KTMB

SVP. TN. HJ. HELMI MOHAMAD
GM TMOD Tn. Hj Helmi Hasan
GM FINANCE Pn. Haslina
GM Fleet. Johari Kamal
GM Kargo Zain Taha. 
GM TMO Hider

Secretariat 5 orang

PANEL PERUNDING RUM

1. Mokhtar (Ketua Perunding RUM) Tim Pres
2. Maniam (Perunding) S.Agung
3. Hairuddin (Perunding) B.Agung
4. Fadzli (Perunding @ Secretariat) Pen.S.Agung
5. Suraya (Perunding @ Secretariat)Pen.B.Agung
6. Roslan (Perunding) Naib Pres
7. Faizal (Perunding) Peng.Belia @ Exco
8. Razak (Perunding @ Secretariat) Pres

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

06 Januari 2016

GROUP WHATSAPP AHLI RUM

Atas permintaan, saya akan mewujudkan Group Whatsapp untuk ahli-ahli RUM sahaja.

Oleh kerana whatsapp group hanya menghadkan seramai 100 orang sahaja, maka siapa dahulu yang inbox....

- nama, 
- no perkhidmatan, 
- depoh, 
- jawatan dan 
- no telefon akan di masukkan dalam group.


Perlu disedari bahawa hanya ahli-ahli RUM yang berfaedah sahaja akan diterima untuk dimasukkan dalam group.

Tujuan group diwujudkan untuk mendapat maklumat terkini, berkongsi info dan menjalinkan silatulrahim.

Sila inbox, sekiranya berminat untuk menyertai group whatsapp ahli-ahli RUM.

Terima kasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PENDAPAT/KHIDMAT NASIHAT

Pada ahli-ahli RUM suka diberi pesanan, sebarang keraguan atau pertanyaan atau masalah atau inginkan pendapat atau nasihat dari segi aspek pekerjaan maupun undang-undang atau apa jua pertanyaan, sila berhubung terus dengan ibu pejabat RUM atau mesej dalam Suara RUM, In Syaa Allah kita akan usaha membantu.

Diperhatikan bahawa ada yang tanya pendapat pada rakan-rakan atau pihak pengurusan atasan pekerja yang mana berkenaan yang sebenarnya tidak arif atau mungkin memberi nasihat yang salah, maka sdr mungkin membuat kesilapan, pihak RUM banyak menerima aduan setelah kesilapan dilakukan dan kemudiannya baru minta bantuan RUM, tika ini RUM sukar untuk membantu kerana kesilapan keputusan yang dibuat.

Justeru itu sdr/i adalah diharapkan terus menghubungi pejabat RUM atau mesej dalam Suara RUM atau berjumpa dengan mana-mana pegawai RUM untuk khidmat nasihat, pihak RUM sentiasa berusaha membantu ahli-ahlinya.

Terima kasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PEMBUANGAN KERJA 2015, 2016?

Satu persoalan dan tandatanya, kerisauan selaku pemimpin kesatuan tetap terasa.

Ya Allah... jauhkanlah bala ini dari berlaku kepada warga KTMB.


Saudara-saudara ku... ayuh kita bersatu, berganding bahu, berusaha gigih memulih dan memajukan KTMB, marilah kita bersama Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB memacu KTMB ke arah kecemerlangan.

In Syaa Allah andai kita bersatu, kita berusaha, perkara sebegini dapat dijauhkan.

Ayuh sedar dan bangkitlah, terus berjuang demi kita "PEKERJA" dan "KTMB"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

05 Januari 2016

TAMBAH PENDAPATAN

Setiap Bapa @ Pekerja akan berusaha menambah pendapatan, samada sedar atau tidak ini telah pun dilaksanakan, kerana ianya menjadi tanggungjawab Bapa untuk memastikan kehidupan akan bertambah baik atau setidak-tidaknya mampu menanggung kehidupan bulanan.

Kadang-kadang Bapa yang juga pekerja tidak berkesempatan tambah "pendapatan" kerana tanggungjawab hakikinya sebagai pekerja tidak mengizinkan kerana sistem waktu kerja bukan waktu pejabat, iaitu pekerja di luar waktu pejabat atau pekerja syif atau pekerja berterusan.

Kerja lembur atau "overtime" juga adalah sebahagian dari "tambah pendapatan", walau ianya bukan hak pekerja tapi hak majikan yang menentukan berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kebanyakkan pekerja bergantung dengan "overtime" malah kerja luar pejabat "outstation". Malangnya bukan semua "overtime" dan "kerja luar pejabat" boleh diharap selama-lamanya kerana bergantung kepada kepentingan perkhidmatan. Ketika inilah masalah berlaku, bila "take home pay" tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan bulanan kerana "tambah pendapatan" melalui "overtime atau outstation telah dibekukan", bila ini berlaku nak "tambah pendapatan" cara lain tersangkut dengan kekangan waktu kerja dan arahan kerja yang bergantung kepada keperluan perkhidmatan.

Justeru itu berdasarkan perkara inilah, maka untuk menanggung kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi, maka keperluan tanggungan bulanan yang mencukupi bagi seorang pekerja @ bapa perlu ditingkatkan seperti "gaji minima" dan "gaji bulan" yang munasabah, "tambah pendapatan" dari aspek "overtime dan outstation" sebagai "bonus", "bonus" inilah sebagai "tabungan" samada untuk sambutan hari raya mahupun persediaan persekolahan.

Maka itu gaji minima yang bersesuaian ketika ini ialah RM 1500.00 kerana ia mampu menanggung kehidupan sebulan seorang pekerja.
Perlu disedari bahawa gaji atau upah yang baik akan memberi produktiviti yang baik, kualiti kerja meningkat kerana setiap permulaan kerja datangnya dari rumahtangga yang bahagia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

04 Januari 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

RUM tertarik dengan kenyataan ini, RUM juga mendapat keluhan yang sama, mungkin kita bernasib baik, tapi ada lagi yang masih tidak bernasib baik.


Kesempitan bergaji rendah, dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi sungguh membebankan, pada pekerja yang bergaji rendah mempunyai anak 3 atau 4 orang, sudah tentu merasa keperitan, RUM sendiri tak dapat nak bayangkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

RUM ingin ulangi bahawa kenyataan Kos Sara Hidup yang tinggi telah dibangkitkan dalam Persidangan Perwakilan UMNO tahun lepas, kita menyedari bahawa UMNO adalah Parti Pemerintah, maka itu kenyataan yang disebut dalam persidangan perwakilan UMNO telah mengesahkan kos sara hidup yang tinggi bukan sengaja dibuat-buat, ini adalah kenyataan dan kebenaran.

RUM berharap Kerajaan Memerintah dapat berusaha agar kos sara hidup yang tinggi ini dapat diatasi dengan segera demi sebuah kehidupan seorang pekerja.

Kesempatan ini RUM mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan kepada pekerja tabah dan terus berjuang untuk memastikan kehidupan kita selaku pekerja lebih baik.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

01 Januari 2016

SELAMAT DATANG 2016 SEBUAH HARAPAN

Setiap kepahitan pasti ada kemanisan, 2015 berlalu 2016 datang, pasti mengharapkan sebuah harapan, harapan yang mengunung tinggi.

Kos sara hidup menjadi satu cabaran dalam menghadapi sebuah kehidupan, seorang pekerja yang dikatogerikan berpendapatan rendah, satu perjuangan bagi kami Kesatuan Sekerja membela nasib kaum pekerja.

Perjanjian Bersama ke 8, In Syaa Allah perundingan akan bermula pada 11.1.2016, setiap ahli-ahli RUM menaruh harapan kepada RUM, RUM memohon gaji minima iaitu sebanyak RM 1,500.00 manakala kenaikan sebanyak 51% bagi mengeimbangi kos sara hidup. Harapan yang sangat tinggi bagi seluruh warga RUM.

Keharmonian Perusahaan adalah tunggak harapan kami, menjauhkan sengketa malah berusaha menolak sebarang pertikaian demi matlamat kami agar kedua-dua pihak RUM dan KTMB walaupun cara berbeza matlamatnya sama Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Menyedari bahawa dalam peringkat pemulihan maka pasti perancangan mengusarkan pekerja, kerisauan timbul bila melibatkan perancangan yang mengusik kestabilan pekerja, peringkat ini akan mewujudkan kepanasan, namun kesabaran amat penting dalam memastikan perancangan mengusahakan yang terbaik untuk KTMB dan Pekerja dengan syarat perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan perundangan.

KTMB masih dipersimpangan perjalanan, kewangan yang getir,  satu lagi cabaran yang akan dihadapi, justeru itu Kerajaan iaitu Kementerian Pengangkutan membantu KTMB dari sudut operasi manakala Kementerian Kewangan dapat membantu dengan kadar segera dalam menghadapi krisis kewangan, keperluan mendesak iaitu bantuan suntikan kewangan dengan segara demi menyelamatkan khazanah negara.

Sesuatu yang gusar berkemungkinan terjadi, pihak-pihak yang berkepentingan tidak berdiam diri, mencari peluang yang ada untuk memecahbelahkan KTMB, RUM berharap pada pihak yang berkepentingan ingatlah asal usul KTMB sebagai perkhidmatan untuk rakyat, kerana KTMB adalah khazanah Negara.

Politik pengurusan hendaklah dihentikan, tiada lagi masa berpolitik dengan niat untuk kepentingan diri, buanglah niat untuk mengkucarkacirkan KTMB sebaliknya bersama @ bersatu dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB demi memulihkan KTMB.

Perjalanan masih jauh, tiada alpa mahupun leka kerana cabaran yang mendatang tanpa diduga, tiada pilihan lain, setiap individu RUM perlu bersatu mengekalkan kekuatan demi menghadapi cabaran, tiada masa untuk berasa selesa, tiada masa untuk menyerahkan perjuangan hanya kepada kepimpinan semata-mata, tiada sesekali rasa gentar mahupun takut, kerana perjuangan mempertahankan periuk nasi memerlukan pengorbanan berpadu, bersatu mampu mengegarkan, ayuh terus berjuang demi kita seorang "KULI".

Akhir kata mari kita bersama-sama bersatu demi perjuangan dan maruah seorang pekerja, demi KTMB, Rakyat dan Negara, untuk memastikan KTMB terus gah dipersada pengangkutan terulung negara, semoga dan harapan 2016 sebuah cahaya yang menyinar  kesinambungan hidup sebagai seorang pekerja, kita juga berharap kemelut kos sara hidup dapat diatasi segera demi menjadi rakyat hidup dengan selesa.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB