RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 Oktober 2016

LAWATAN KE SPOT DERAILMENT

RUM merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus untuk menyegerakan pembaikpulihan landasan bagi memastikan landasan bebas untuk perkhidmatan tren. Sumbangan sdr/i tidak kira dari jabatan mana, amat RUM hargai.


Terima kasih kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, YBhg Dato Ahmad Zainuddin Lembaga Pengarah KTMB, Pengurus Besar2 KTMB, Pengurus Wilayah Utara, semua pegawai KTMB yang memainkan peranan untuk menyegerakan pembaikpulihan.

Anda semua terbaik.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

28 Oktober 2016

MOHON KERJASAMA AHLI-AHLI RUM MAJOR DERAILMENT

Saya mohon pada semua pekerja khususnya ahli2 RUM agar tidak menolak untuk tidak bekerja bagi memastikan kegelinciran yang berlaku pagi tadi dapat dibaikpulihkan dengan kadar segera. Keutamaan kita adalah untuk kepentingan 

KTMB dan kepentingan pengguna khususnya rakyat Malaysia.

Saya amat memahami kesulitan khususnya ahli-ahli RUM yang rata-rata tidak dibayar kadar lembur atau kerja lebih masa disebabkan kelemahan pentadbiran pengurusan KTMB yang menyebabkan kos perbelanjaan bulan ini agak menyukarkan pekerja.

RUM sangat berharap demi KTMB kita terus bekerja dan bekerja, dalam soal kerja lebih masa kita sedang berusaha untuk menggesa pihak pengurusan yang tidak di bayar bulan ini dapat di bayar dengan kadar segera.

Saya juga berharap yang berada di JEPUN tu balik dengan kadar segera, malah lawatan ke JEPUN itu sekadar "perabis beras". Masalah kat sini "kritikal" kita sebuk dengan lawatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB

48 jam paling awal [METROTV]

Batu Gajah: Sekurang-kurangnya 12,000 penumpang ETS dari Padang Besar hingga ke Gemas kedua-dua hala terjejas berikutan gerabak simen kosong tergelincir di Kampung Bakap, dekat sini, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ridhwan Arshad, pihaknya memerlukan 48 jam paling cepat untuk dipulihkan.

"Memandangkan sekarang adalah waktu puncak kerana cuti Deepavali, esok, semua tiket membabitkan 40 jadual perjalanan habis terjual dengan anggaran 12,000 penumpang.

"Kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi memulihkan keadaan dan cuba membuka satu landasan terlebih dahulu.

“Namun ia dijangka mengambil masa kira-kira 48 jam untuk landasan itu boleh beroperasi," katanya dalam sidang media di Stesen KTMB Batu Gajah di sini.

Menurutnya, kejadian adalah membabitkan kereta api kargo dengan dua lokomotif yang membawa 40 gerabak yang kesemuanya tergelincir.

"Sehingga ini, kita masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan berdasarkan siasatan awal ia tidak membabitkan unsur khianat.

"Hanya pemandu lokomotif 46 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Batu Gajah, manakala pembantu tidak cedera,” katanya. [ Metro TV ]

27 Oktober 2016

"radio karat"

Macam macam visi cerita, kadang-kadang nak ketawa pun ada... banyak betul "radio karat".... yang telefon pun ramai... mak oiii... jenuh nak menjawab...

Cam nilah... tak yah bawa citer... tak de citer menarik pun... kalau nak tau citer... cari dengan orang-orang yang betul-betul tau citer.. atau siasat dahulu kebenaran... untuk mendapatkan kesahihan...

Nak tanya dengan saya... saya pun tak tau nak jawab... nanti salah jawab... jadi isu pulak... lebih baik diam..

Presiden RUM

MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENYERAHAN 10 UNIT LOKOMOTIF 24 KELAS KEPADA MAJESTIC

Majlis Eksekutif Kesatuan berpendirian "MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA" penyerahan 10 buah Lokomotif kelas 24 kepada syarikat yang bernama Majestic.

Majlis Eksekutif mengambil pendirian perkara ini perlu disiasat sehingga akar umbi, sekiranya ada "KETIRISAN" tindakan tatatertib hendaklah diambil tanpa kira kedudukan atau jawatan.

Majlis Eksekutif mendesak membatalkan penyerahan 10 buah lokomotif kepada Majestic, malah bersedia untuk mengambil tindakan perusahaan.
Majlis Eksekutif juga mengambil ketetapan membantah semua pengunaan faciliti kepada pihak luar seperti Bengkel Batu Gajah dan Depoh KL Central.

Tindakan membenarkan adalah "BERNIAT JAHAT" dengan hasrat mengancurkan "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN".

"Periuk Nasi Pekerja" tidak akan sesekali tergadai selagi RUM wujud, maka itu RUM akan memanjangkan kepada agensi-agensi penguatkuasa bagi memastikan sesiapa yang bertanggungjawab diambil tindakan.

Namun demikian RUM memberi masa kepada Kementerian Pengangkutan khususnya untuk campurtangan dan memberhentikan gejala yang tidak berintergriti ini.

RUM juga memberi sokongan penuh kepada semua Lembaga Pengarah KTMB dan akan menyokong segala tindakan Lembaga Pengarah KTMB, malah bersedia mempertahankan semua Lembaga Pengarah KTMB, RUM juga akan menulis surat kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA menyokong penuh segala tindakan yang diambil oleh Lembaga Pengarah KTMB.

Justeru itu jangan guna pihak-pihak tertentu untuk mengunakan RUM membelasah LEMBAGA PENGARAH KTMB kerana RUM tetap tegas dan berpendirian "YANG BETUL DI SOKONG, YANG SALAH AKAN DITENTANG" waima siapa mereka!

"PRINSIP IS PRINSIP"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

26 Oktober 2016

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

RUM menegaskan dari sudut tugas dan tanggungjawab kepada ahli maka RUM akan bersuara samada melalui perbincangan tidak rasmi, persuratan malah melalui media "SUARA RUM".

Jangan salahkan RUM, kerana menjadi peranan RUM untuk mempertahankan mana-mana kepentingan pekerja, sekalipun kepimpinan RUM terpaksa terbakar, prinsip tetap prinsip.

Ketegasan ini telah RUM perjelaskan malah ianya bukan perkara baru, makanya sebelum lakukan sesuatu fikir dulu banyak kali, kerana RUM bukan sahaja mengingatkan melalui perbincangan lisan, mesyuarat rasmi, persuratan malah secara terbuka dalam SUARA RUM.

RUM sentiasa mementingkan "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" tapi kalau "MASUKKAN PASIR DALAM PERIUK NASI PEKERJA" RUM akan langgar.

"JANGAN SALAHKAN RUM"

"TENGUK CERMIN PUAS-PUAS"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

AL FATIHAH


RUM dapat maklum bahawa Sdr Raitul telah kembali ke Ramatullah..
Semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

25 Oktober 2016

ZAMAN BERUBAH/BUKAN MUDAH

Tiap sesuatu yang hendak dicapai bukanlah sesuatu yang mudah, ibarat mudah menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannya tanpa menyelidiki samada benar ataupun salah.

Sikap inilah yang menjadi trend hari ini, apa saja berita yang diterima terus diterima tanpa selidiki kebenarannya.

Zaman jauh berbeza... dulu tiada facebook, tiada twitter, tiada whatsapp dan tiada macam-macam... hari ini semua boleh menyampaikan berita... hanya sekadar mendengar... tapi kesahihannya... adeiiii....

Cukup besar cabaran hari ini, apatah lagi yang pandai buat komen, pandai berkata-kata... yang mendengar terus percaya... penat jugak nak menjelaskan.. tambah-tambah bila ianya "persepsi"...

RUM bila keluar kenyataan ianya "black n white" maka ianya pasti ada bukti maupun fakta... bukan cakap-cakap atau bukan "tin kosong"... dalilnya penulisan RUM adalah terbuka... semua friends RUM boleh baca malah open untuk "public", bukan mudah untuk menulis secara terbuka apatah lagi ianya terikat dengan undang-undang, silap percaturan boleh didakwa.

Justeru itu setiap kenyataan dalam SUARA RUM adalah benar... sekiranya tidak benar ianya tidak akan wujud penulisan, cuma kadang-kadang ayat yang dikeluarkan penuh teka teki hanya yang mengikuti penulisan Suara RUM akan mengerti.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

24 Oktober 2016

CA 8 (BOARD)

Pihak kesatuan telah dimaklumkan secara "tidak rasmi" bahawa CA 8 telah diluluskan dengan "bersyarat".

Justeru itu dinasihatkan pada mereka yang duk bawa mulut... citer sana.. citer sini... belum apa-apa... dah macam tau A-Z hentikanlah...

Pada ahli-ahli RUM setiap kenyataan dari sumber yang *tidak sahih* tu jangan cepat sangat nak percaya tunggu sampai Ibu Pejabat RUM mengeluarkan kenyataan rasmi kerana yang duk berbincang ni adalah pemimpin-pemimpin
RUM dan bukannya mereka yang bawa mulut.

Bagi pihak semua ahli-ahli RUM kami merakamkan ribuan terima kasih khusus kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan semua Lembaga Pengarah KTMB.

Pihak RUM akan menunggu jawapan secara rasmi dari Panel Perundingan Pengurusan seterusnya akan berbincang mengenai CA 8. Perjalanan masih bersimpang siur... maka banyak-banyak bersabar dan sama-sama berdoa segalanya dipermudahkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

CA 8

Bagi pihak RUM dan Semua Ahli-Ahli RUM kami amat berharap CA 8 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB hari ini dapat diluluskan.

Kami merayu pada YB Dato Ir Nawawi Ahmad dan Semua Lembaga Pengarah KTMB dapat meluluskan, semua ahli-ahli RUM menaruh harapan yang cukup tinggi dan berharap dapat mendengar khabar berita yang mengembirakan.
Kelulusan ini amat penting bagi mengorak langkah untuk mendapatkan pula kelulusan dari MoF, mudah-mudahan ianya dipermudahkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

23 Oktober 2016

Bajet 2017 tunjukkan pekerja swasta dianaktiri

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan kekecewaan berhubung pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Ini kerana menurut Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam, pembentangan bajet kali ini tidak memberi faedah kepada pekerja sektor swasta di negara ini.

"Kami berpendapat kerajaan tidak mengendahkan isu-isu berkaitan pekerja swasta.

"Antaranya isu kenaikan kadar gaji minima kepada RM1,200 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

 Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menganaktirikan pekerja swasta memandangkan pekerja di sektor ini turut menyumbang terhadap ekonomi negara.

"Sumbangan pekerja-pekerja sektor swasta amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tidak harus diabaikan," tegasnya.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, tindakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak akan memberi impak buruk terhadap harga makanan di negara ini.

Katanya lagi, tinjauan pihaknya juga mendapati sudah ada peniaga yang berani menyorokkkan stok minyak masak daripada terus menjualkannya di pasaran.

"Kami tidak menyokong sebarang kenaikan terhadap harga barangan makanan kerana tindakan kenaikan harga minyak pada bulan depan.

"Segala pemberian dan peningkatan bayaran bantuan rakyat tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harga barangan naik secara mendadak," katanya lagi.

Harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan.
Ia berikutan pemansuhan subsidi oleh kerajaan di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini.

Harga minyak masak akan meningkat sebanyak RM0.40 sen bagi sekilo dan RM1.90 bagi 5kg akan meningkatkan semua harga barangan.

Menurutnya, kenaikkan harga barangan boleh menjurus kepada pelbagai masalah dan menyukarkan kehidupan isi rumah dan golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos hidup.

"Lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi negara yang agak tinggi dengan kenaikan harga petrol dan GST.

"Pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebabkan ramai pembekal telah mengurangkan penjualan minyak masak di pasaraya," ujarnya lagi.

[ Sinar Harian ]

JOINT VENTURE / SMART PARTNERSHIP

Dua nama yang menjadi agenda popular untuk mewujudkan MRO yang kini sedang diusahakan. Joint Venture / Smart Partnership hanya sekada wayang untuk menyembunyikan agenda.

RUM tetap berpendirian apa pun sebutannya adalah untuk mengecilkan KTMB, apapun teknik adalah untuk kepentingan pihak tertentu sama sekali ianya tidak "berintergriti"

Tidak memberi faedah kepada KTMB malah tidak menguntungkan pekerja.
Majlis Exco yang bersidang pada 20.10.2016 telah mengambil ketetapan menentang sebarang idea untuk mengecilkan KTMB, malah memutuskan untuk memgambil tindakan perusahaan.

Maka itu RUM akan terus berjuang tidak kira siapa mereka akan membantah dan menentang abis-abisan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

22 Oktober 2016

Memori Majlis Bersama Pusat

Ingatan yang tidak pernah lupa rupanya ada tersimpan rakaman untuk dipaparkan.

MESEJ INBOX

Dipaparkan...


RUM tidak berniat nak komen, anggaplah ianya luahan hati seorang pekerja yang juga ahli RUM, melahirkan rasa kekilanan kerana pekerja tidak boleh membuat sebarang kenyataan maupun komen secara terbuka.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Passion to be KTMB Champion Business

RUM TAK FAHAM!

Kursus selama tiga (3) hari melibatkan kos sebanyak lebih RM 300 ribu.
Dimanakah relevannya dalam "CASH FLOW" tenat... klinik panel tidak berbayar, gaji lambat, lembur (overtime) tidak berbayar, semua dipotong-potong.

Lepas tu ada cadangan nak naik harga kuarters...

Tu belum duit parking kenderaan syarikat pekerja kena bayar sendiri claim berbulan-bulan, spare part tidak dibekalkan, ada guna duit sendiri untuk beli spare part... claim berbulan-bulan tak bayar.... adeiiiii.....

Ini baru satu kursus... belum lagi kursus sebelum ini melibatkan jutaan ringgit malaysia.

RUM berharap semua aktiviti yang melibatkan kos yang tinggi dan boleh dianggap tidak berfaedah dihentikan.

Jangan sampai RUM berhujah mengenai kursus anjuran tersebut serta "goal"nya.

RUM pun nak tau sapa Syarikat ini "Lawrence Walter Seminars" sapa contact person sehingga dia dapat peluang ini dengan kos selama 3 hari melebihi 300k.

Minta YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan mengarahkan Audit KTMB siasat. Difahamkan anjuran MYRA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

21 Oktober 2016

PANEL KLINIK

RUM tertarik satu tag yang dipaparkan dalam Suara RUM, justeru itu RUM ingin menjelaskan sebagai satu topik, malah dalam kenyataan akhbar semalam juga telah RUM highlightkan mengenai isu klinik panel. 


RUM juga telah banyak menerima rungutan mengenai Panel Klinik yang tidak membenarkan pekerja mendapat rawatan disebabkan kegagalan pihak KTMB menjelaskan bil tertunggak. Justeru itu RUM telah menulis surat kepada pihak pengurusan melahirkan rasa terkilan atas kegagalan membayar bil klinik panel tertunggak.

Perlu disedari bukan semua pekerja berduit untuk membayar bil yang dikenakan oleh panel klinik, apatah lagi bila pesakit (pekerja) yang perlu mendapat rawatan pada pertengahan bulan maupun hujung bulan yang pendapatan melalui upah yang diterima telah pun abis, ini sangat menyukarkan pekerja.

Di bawah ini sesalinan surat dari GM TMOD kepada pihak kesatuan yang menyalurkan mengenai kekilanan kesatuan kepada GM Finance dan Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Kerajaan disaran usah anak tirikan KTMB

20/10/2016 3:27pm
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR - Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mendesak kerajaan supaya memberi lebih banyak perhatian terhadap kebajikan pekerja di syarikat pengangkutan awam itu demi memastikan kelangsungannya pada masa depan.

Presidennya, Abdul Razak Md. Hassan berkata, KTMB kini seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaan yang lebih memberi perhatian terhadap Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Mass Rapid Transit Corporation (MRT) sedangkan syarikat pengangkutan yang telah diswastakan itu telah pun wujud sejak tahun 1885.

“KTMB ketika ini berdepan kesukaran dalam merancang pengurusan operasi dan menjana keuntungan setelah aset-aset dan tanah-tanah kami diambil alih oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

“Pulangkan kembali aset-aset dan tanah yang sebelum ini telah dirizabkan kepada KTMB kerana tanah dan aset itulah yang boleh membantu kelangsungan KTMB. Tanpa kelangsungan ini, KTMB akan hancur,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat KPPKTMB, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak, rancangan Kementerian Pengangkutan mahu menyerahkan kontrak penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) tren kepada syarikat swasta juga akan merugikan KTMB yang turut memiliki kepakaran melakukannya.

“KTMB telah wujud selama 131 tahun, jadi kami mampu membaik pulih segala benda yang ada dalam KTMB seperti lokomotif, koc, landasan mahupun semboyan.

“Kalau beri ruang kepada syarikat luar untuk mengambil alih kepakaran KTMB, maka di mana peranan pekerja-pekerja KTMB? Adakah kami hanya akan menjadi operator yang mengendalikan tren antara bandar sahaja? Adakah kerajaan mahu 5,300 pekerja KTMB menerima nasib yang sama seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)?” - [ kosmo ]

MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF

Alhamdulillah dah selesai Mesyuarat Majlis Exco hari ini, satu perbincangan yang hangat melibatkan isu terkini.

Antara lain Majlis Eksekutif telah membuat ketetapan untuk mengambil tindakan perusahaan kepada pihak-pihak yang terlibat, namun demikian Majlis Eksekutif bersetuju untuk mengambil tindakan mengunakan platform perundingan, mengharapkan penyelesaian dimeja perundingan, sekiranya melalui satu tempoh, tiada perbincangan maupun penyelesaian maka tindakan perusahaan akan diambil di tempat yang bakal ditentukan kemudian kelak.
Jawatankuasa Kerja telah diberi mandat oleh Majlis Eksekutif untuk menentukan tarikh, waktu dan lokasi yang bersesuaian dengan mereka yang terlibat dalam pertikaian ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

CERITA PETANG INI

"Jangan bagi tau RUM, 24 kelas dah bagi MAJESTIC, kalau RUM dapat tau dia kacau" dikatakan oleh seseorang... bukan RUM kata...

Apa lagi nak kata... buatlah.. taburlah pasir dalam periuk nasi pekerja... tak mengapa.. Allah Maha Besar...

"Bisik-bisik pun kedengaran juga ke telinga RUM..."

Kenapa boleh kedengaran... jawapannya mudah... yang menyampaikan itu samada tidak bersetuju, tapi tak nak komen... atau ikut arahan... atau tidak mahu bersekongkol@bersubahat... atau memang rasa tidak berpuas hati dengan cara sedemikian dan beranggapan ianya tidak betul.

Komen RUM

RUM "senyum je...."

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

TAK FAHAM

RUM memang tak faham mengenai perancangan yang dibuat oleh mereka, RUM sangat-sangat nak berdepan tidak kira siapa, beri penjelasan pada RUM agar RUM benar-benar faham hasrat hala tuju KTMB.

Bila RUM bertanya dengan rakan-rakan profesional luar mengenai MRO, jawapan yang RUM terima cukup mudah dan pendek... "INI TAK BAIK UNTUK KTMB"

Kalaulah seseorang yang pakar bertaraf "senior engineer" malah ada yang bertaraf "senior accountant" mengatakan sedemikian maka ianya selari dengan pandangan RUM.

RUM cuba menggali... menggali.. dan menggali dimanakah kelebihannya.. RUM masih tak nampak... yang RUM nampak adalah untuk kepentingan pihak tertentu bukan untuk kepentingan KTMB maupun pekerja apatah lagi rakyat sebagai pengguna.

Justeru itu perancangan sebegini rupa tidak lain tidak bukan hanya untuk kepentingan peribadi andai bukan... jemputlah RUM, terangkan kepada RUM, rungkaikan persoalan yang bermain dalam fikiran RUM, berhujahlah dengan RUM.

Andai kebaikan, pasti RUM akan menerima tapi kalau ianya memudaratkan KTMB dan Pekerja pasti juga mendapat tentangan RUM.

RUM akan menentang sesiapa sahaja yang cuba menjahanamkan KTMB dan pekerja, apatah lagi yang menjadi mangsanya adalah pengguna.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

18 Oktober 2016

PERKHIDMATAN AWAN DARAT

Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mengenai pengangkutan keretapi di perluaskan dalam bandar maupun luarbandar, saya juga bersetuju bahawa kita jauh ketinggalan dan lewat membangunkan perkhidmatan keretapi bandar seperti Monorail, Lrt, atau Metro Tren.

Dalam lawatan saya ke Berlin Jerman, sungguh menakjubkan perkhidmatan Metro Train bawah tanah telah wujud semenjak 1916, kewujudan Metro Tren telah berjaya mengurangkan pengunaan kenderaan persendiriaan seperti kereta malah jalan-jalan boleh dianggap lengang kecuali tempat-tempat tertentu.
Begitu juga di London, Greece yang saya telah lawati sungguh luar biasa berbanding di kuala Lumpur penuh kesesakan jalan raya kerana di Malaysia pengangkutan Metro Tren agak perlahan cuma baru-baru ini agak rancak setelah wujudnya MRT 1, kemudiannya dalam pembinaan MRT 2 n MRT 3, ini satu kejayaan yang tidak boleh dinafikan, saya mengucapkan tahniah pada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang mencetuskan idea MRT.

Malah saya menyokong SPAD merancang mewujudkan "TREM", lawatan saya ke Istanbul melihat TREM telah menarik minat saya, saya beranggapan ini adalah langkah yang sangat bijak bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, satu langkah yang sewajarnya disokong, dalam pada itu harga tambang tidak boleh dibebankan kepada pengguna sebaliknya harga tambang perlu kekal murah maka menjadi tanggungjawab kerajaan menanggung kos bersubsidi, ini akan membantu dan mengalakkan pengangkutan awam menjadi pilihan utama berbanding kenderaan persendirian

Namun begitu saya tidak bersetuju dengan keretapi laju, berdasarkan jarak pendek antara kuala lumpur dan singapura maupun singapura ke perlis dengan kos yang sangat tinggi pastinya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu menaiki sebaliknya pengangkutan KTMB yang boleh mencapai kelajuan sehingga 160 km sejam sudah memadai dengan jarak antara Kuala Lumpur ke Singapura.

Saya tetap beranggapan kewujudan Keretapi Laju satu pembaziran, kos yang digunakan untuk keretapi laju boleh merancakkan pembangunan KTMB maupun mewujudkan Metro Tren malah Trem disetiap bandar, kerana matlamat yang sepatutnya kerajaan pedulikan ialah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana malah mampu mengurangkan pengunaan kenderaan persendirian seperti negara-negara Eropah.

Makanya kerajaan perlu memandang serius dari sudut pengangkutan keretapi (KTMB) dan kewujudan lebih banyak Metro Tren maupun Trem dalam bandar bagi setiap negeri berbanding keretapi laju kerana ianya pengangkutan untuk rakyat berpendapatan rendah maupun sederhana tambahan KTMB maupun kewujudan Metro Tren atau Trem adalah perkhidmatan sosial untuk rakyat Malaysia yang wajar tanggungjawabnya diletakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

17 Oktober 2016

UCAPAN YAB DATO SERI PERDANA MENTERI. KTMB MAU DILIHAT UNTUNG

RUM tertarik dengan kenyataan ini berhasrat ingin mengulas dengan menyatakan bahawa KTMB boleh meraih keuntungan dengan beberapa perkara perlu diperbetulkan.


  1. Hentikan "BANYAK KEPALA" yang wujud seperti MOT, MOF, SPAD, MIGHT, PEMANDU, NKRA dll.
  2. Pulangkan kembali RAC kepada KTMB
  3. Hentikan MRO yang mau diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta
  4. Kos perbezaan tambang bersubsidi hendaklah ditanggung oleh kerajaan, sekiranya tidak apungkan tambang keretapi mengikut harga pasaran.
  5. Pembeliaan set-set hendaklah dibuat secara "TENDER TERBUKA" bukan "DIRECT NEGO" membeli barangan yang tidak berkualiti.
  6. Perancangan yang lebih tepat, tersusun dan teratur dalam mencari peluang-peluang perniagaan.
  7. Jangan jadikan KTMB anak tiri.
  8. Meningkatkan pengangkutan Kargo kepada yang lebih efiksyen.
  9. Memperuntukkan set-set ETS baru, lokomotif baru, penambahan wagon, peruntukkan spare part dan sebagainya.
  10. Perancangan yang lebih tersusun antara negara-negara asean.
Sepuluh (10) perkara ini diperbetulkan tidak dinafikan KTMB mampu meraih keuntungan, saranan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mampu menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

KUTIP/KERJA/PETIK LAST WARNING!

Pemimpin RUM dilantik untuk bekerja..
Itu tanggungjawab dan amanah.
Tiada rasa takut atau gentar..
Ianya untuk kepentingan pekerja..
Khususnya untuk ahli-ahli RUM.

Bila RUM bercakap @ menulis..
Itu "SUARA PEKERJA"
Ianya soal kerja..
Ianya soal rungutan..
Ianya soal keluhan..
Ahli-ahli RUM..
Yang setiap hari..
Menyampaikan aduan..
Keluhan demi keluhan..
Kerap kali diutarakan...
Soal gaji lambat..
Soal pertukaran..
Soal penutupan depoh kl central..
Soal klinik panel bayar sendiri..
Soal kerja lebih masa..
Soal pekerja diarah cuci tandas..
Soal 035..
Soal pertukaran..
Soal perpindahan yang tidak disediakan kuarters.
Soal outsorce 24 kelas..
Soal ramai jurutera berhenti...
Pemberhentian perkhidmatan tren seperti Eksress Rakyat dan Ekspress Wau...
Ishhhh... banyak lagi...
"Belum bersedia nak highlightkan"
Semua ini RUM tetap tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka...
Semua melalui rundingan..
RUM berperinsip menjaga keharmonian perusahaan...
Malas nak bermasalah...
Malas nak bergaduh...
Kalau ada..
Usik sikit-sikit...
Usik mengusik..
Tanda sayang...
Bila ayat "kutip"
Dah keluar...
Adeii...
Ibarat "jolok sarang tebuan"...
Harimau yang lapar...
Apa lagi..
Bila-bila masa...
Boleh menerkam...
Bila RUM diam...
Apa orang kata...
RUM dah kena beli...
RUM kena maki...
RUM tiada taring...
RUM lemah...
RUM itu dan ini..
Al kesah...
Macam-macamlah...
Isu tohmahan diperkatakan..
Akibatnya...
Kepimpinan RUM jadi mangsa tomahan..
Sedangkan semua ini bukan kesilapan RUM....
Kesilapan SIAPA?
RUM yang jadi mangsa!!!!
Tapi bila di sebut ayat "KUTIP"
maka dah usik RUM...
RUM cuba bersabar...
RUM tak nak melenting..
Naluri hati...
Benar-benar marah...
Tekanan memuncak..
Rata-rata pemimpin RUM..
Mula rasa naik angin...
Walaupun..
Dinasihatkan...
Bersabar...
Malah mereka kini...
"STANDBY"
RUM sekarang macam nak keluarkan taring...
Kalau nak test...
Ada taring atau tidak..
Cubalah...
RUM dah mula nak "PETIK"
Nak tunjuk taring RUM..
Taring RUM...
Dah nak menerkam...
Ibarat Harimau lapar...
Aummmmmmm........
Tapi..
RUM cuba bersabar...
Biarlah...
Mungkin test market...
Biarlah...
Selagi boleh bersabar...
RUM akan cuba bersabar...
Tidak mahu mengeruhkan lagi..
Cuma hentikanlah...
Perkara yang tidak berfaedah..
Tumpukan..
Keikhlasan..
Memulihkan KTMB...
MemulihkanKTMB...
Maka selamatlah pekerja...
Sekadar nak mengingatkan..
Sebelum...
Nasi menjadi bubur...
LAST WARNING!
DONT BLAME RUM!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

15 Oktober 2016

TERPINGA-PINGA

Aku lebih bagus dari Si A
Aku lebih bagus dari Si B
Aku lebih bagus dari Si C
Aku lebih bagus dari Si D

Nak bagitau...
Sebagus kita ada yang lagi bagus..
Zaman memang dah berubah..
Dari... "Masuk bakul angkat sendiri"
Sekarang.. "Tekan lift naik sendiri"
Kadang-kadang lift rosak..
Ingat...
Kena pakai tangga gak..
Tapi itulah..
Kata ramai orang..
Bukan aku kata..
Aku tak kata apa-apa..
Katanya..
Lagi teruk..
Ish... mana satu ni...
Aku pun tak tau...
Maklumlah..
Aku si kutip..
Duk dengar...
Apa orang kata..
So dengar je lah...

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

MUDAH LUPA

Kadang-kadang kita sengaja lupa..
Atau mungkin buat-buat lupa..
Apatah lagi..
Bila ego menguasai diri..
Maka berlaku pula "mudah lupa"

Maka jangan kita lupa...
Peluang yang kita dapat..
Dari masalah yang dihadapi..
Hakikatnya..
Peluang itu datang dari masalah...
Jangan juga lupa...
Kayuh sana... kayuh sini...
Jangan juga lupa...
Pasukan yang berlumba..
Ingat...
Allah Swt..
Maha Berkuasa..
Kembali ke pangkal jalan..
Semoga yang lupa..
Diingatkan...
Hadirnya dari sikutip...
Yang kutip..
Tidak mudah lupa..
Yang kutip..
Sentiasa percaya..
Rezeki datang dari Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

14 Oktober 2016

Leadership is not a Ladder.....

Orang baling batu - bata......
aku "kutip" bina bangunan......
* Apa maksud dia???????
Biar dihina........
KU TETAP TERUSKAN PERJUANGAN....
Leadership is not a Ladder.....
It's a Circle.....

Kenyataan Rasmi KPPKTMB.
Setiausaha Agung RUM.

13 Oktober 2016

KUTIP


Kutip macam-macam kutip..
Bila terdengar ayat kutip..
Aku terus tersenyum...
Biarlah dikutip pun...
Tiada sedikit terasa hati..
Aku tetap tersenyum..

Dalam kutip punya kutip..
Aku tak tau siapa yang kena kutip..
Aku kah..
Aku tau aku dikutip...
Kutip aku dengan ayat "kemaafan"
So aku tak kesah pun aku dikutip...
Kerana aku dikutip..
Untuk sebuah kemenangan...
Kemenangan kemuncak...
Bagi aku dan Railwaymens Union Of Malaya..
Kemenangan kemuncak..
Bagi seluruh...
"BARISAN TERAKHIR RUM"

Presiden RUM

MESEJ INBOX CA 8


1. "Sy dngr cerita dari geng2 operasi.. bln 9 tu punca rum CA x sign.. kerana kita tolak.. board nk bg 13% tp kte tolak.. mereka semua salah kn chip.. tp sy dh xplain.. yg tolak adalah board bkn kita.."

2. "24 okt rasa kn next meeting.. dwrg ckp kalw chip x dtg meeting mkna mmg rum tolak n sengaja buat2 lmbt.. geram plak geng2 operasi ni.."

KOMEN RUM

RUM telah pun mengeluarkan kenyataan dalam Suara RUM mengenai CA 8 pada 30 September 2016, jadi rujuk jawapan kat situ.

Kepada yang membuat cerita... henti-hentikanlah... kepada yang mendengar... siasat dulu kenyataan begini...

Kelewatan ini dikatakan Presiden RUM yang "bersalah".. hehe... bila Presiden RUM mengamuk pasal CA 8 atau apa jua isu.. Presiden RUM jugak yang bersalah... adeiii... tapi normal... itulah beban yang ditanggung oleh Presiden RUM dan rakan-rakan kepimpinan RUM.

Nak jelaskan lagi... Board Members tu Lembaga Pengarah KTMB, RUM atau mana-mana pemimpin RUM bukan Board Members, maka sebarang keputusan Board Members tidak ada kena mengena dengan RUM, maka berdoalah pada Allah Swt agar Board Members meluluskan CA 8 yang dijangka pada 24.10.2016.

Cuma nak bagitau kelulusan Board tidak mesti semua kelulusan yang diberi itu diterima oleh MoF, MoF pula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan, mudah-mudahan MoF pun meluluskan.

Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt agar CA 8 ini dapat disegerakan... pada mereka yang membuat tomahan mudah-mudahan diberi hidayah oleh Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

12 Oktober 2016

I KNOW U VERY WELL!!!

ADEIIIIII...
Apa kau temberang dalam ucapan kau?
Mesej tersirat kau aku faham..

I KNOW U VERY WELL!!!
I'm not stupid..
Never be stupid..
Dont try me!!

Presiden RUM

WHATSAPP CALL


Suka saya jelaskan... bahawa saya tidak menerima sebarang call dari Whatsapp... whatsapp hanya untuk mesej sahaja... sila gunakan call telefon biasa... sekiranya saya tidak angkat... mungkin saya kesebukan... sila tinggalkan pesanan... pada yang tiada nama dalam simpanan telefon saya... sila maklumkan nama dan dari mana... In Syaa Allah saya akan call kembali...
Terima kasih.

Presiden RUM

KITA HADIR UNTUK BUAT KERJA


Jangan peduli apa orang kata..
Jangan peduli apa itu persepsi..
Jangan kesah..
Kita terus buat kerja...

Kita fikirkan pekerja...
Kita fikir masa depan pekerja..
Kita mahu kehidupan pekerja terbela..
Bukan teraniaya...
Kalau kita kesah...
Kalau kita peduli...
Kita tak boleh buat kerja...
Pokoknya..
Hanya untuk kaum pekerja...
Pastikan nasib mereka terbela..
Kita selaku pemimpin..
Kita selaku pekerja..
Kita selaku ahli kesatuan sekerja..
Terus berusaha..
Bukan dengan kata-kata..
Tapi...
Penyelesaiannya...
Lambat...
Itulah keluhan..
Bukan semua..
Tak semua bagai menjentik jari...
Tapi perpaduan..
Kekuatan...
Tempuh...
Biar seribu halangan..
Tiada rasa gentar...
Demi kaum pekerja..
Berusaha terus berusaha...
Sehingga berjaya...
Bukan dengan kata-kata...
Bukan janji...
Tapi penyelesaiannya...
Semua ini...
Adalah kepuasan...
Semua ini..
Amal jariah...
Terus berjuang..
In Syaa Allah..
Pasti menang...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

TIDUR WAKTU KERJA

Rupanya ada satu QI yang jadi batu api, yang jadi jarum pada PO.. PO ni pulak "bodoh piaq" dengar cakap..

Yang PW duk senyap... simpan rahsia... QI ni tidur... (bukan ahli RUM) tak buat kerja... pengap rahsia... difahamkan.. gambar tidur QI ni pun ada pada PW... tapi pengap... cerita macam bagus... tapi sebenarnya bersubahat... tidak jujur kepada KTMB.. kalau jujur... QI ni dah diambil tindakan tatatertib... tempat sembunyi... tidur waktu kerja pun... dah tau... adeiii... orang macam ni tak layak kerja KTMB... perabis beras...

Tolonglah wahai PW... bongkarkan... jangan subahat... kerja buat cara kerja... jangan citer macam bagus... tapi... adeiiii....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

11 Oktober 2016

RUM dapat complain...

RUM dapat complain...

Katanya..

Ayatnya begini?

"Union tidak berhak mencampuri urusan majikan"

Kenyataan ini dikeluarkan oleh pegawai berkenaan melibatkan satu isu... kepada ahli RUM...

RUM nak tanya individu pegawai ini?

Dia faham ke ayat "Union tidak berhak mencampuri urusan majikan" dari sudut mana?

Kalau tak tau... jangan cakap... nanti kita panggil anda "BODOH PIAQ! opsss memang layak digelar... "BODOH PIAQ!

Nak tunjuk hebat sangat ke?

RUM tuju khas mesej ini kepada PO DAUD! kepada pengurus wilayah kuala lumpur.. tolong awasi mulut celupar ni... RUM dan lama dengar dah banyak sangat aduan dari ahli mengenai pegawai yang bernama PO Daud... datang dari bawah (asalnya "KULI") tapi berlagak macam ada PHD!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

DEPOH KL CENTRAL (BARANG LUSUH)

Maklumat diterima, beberapa syarikat sedang meninjau Depoh KL Central untuk menilai pembelian barang-barang lusuh selepas penutupan Depoh KL Central.


Punah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

10 Oktober 2016

TINJAUAN KEPADA PESARA KTMB (BERSARA SELEPAS KTMB DISWASTAKAN PADA 1.8.92)

Tinjauan ini bertujuan untuk memudahkan pihak kesatuan membuat kajian untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan "PENCEN MINIMA" bagi bekas penjawat awam yang terlibat dengan pengswastaan KTMB pada 1.8.92.

Pihak RUM memerlukan maklumat untuk mengemaskini butiran bagi mengukuhkan hujah tuntutan "PENCEN MINIMA"

Justeru itu pihak RUM memohon kerjasama pada semua pesara KTMB yang bersara selepas KTMB di swastakan pada 1.8.1992 khususnya kumpulan "bukan eksekutif" mesej inbox atau whatsapp di no 0123073731 atau maklumkan secara bersurat ke ibu pejabat RUM di alamat No 9A, Tingkat 1, Bangunan Tong Nam, Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur.

Keperluan maklumat ialah:-

1. Nama Penuh
2. No Perkhidmatan
3. Jawatan ketika pengswastaan 31.7.92
4. Jawatan ketika bersara
5. Sila maklumkan pilihan atau "option" iaitu "A", "B" atau "C" ketika pilihan dibuat. (Sebelum dikorporatkan pada 1.8.1992, borang option dikeluarkan, apa pilihan yang dibuat, "A" kekal sebagai penjawat awam, "B" bersetuju menyertai pengswastaan, "C" Bersara pilihan)
6. Bersara secara pilihan atau wajib KTMB
7. Gaji sebelum pengswastaan 31.7.92
8. Gaji akhir ketika bersara dari KTMB.
9. Pencen yang diterima ketika bersara dari KTMB
10. Pencen sekarang.

Mohon rakan-rakan sebarkan kepada semua pesara KTMB yang terlibat, maklumat selewat-lewatnya sebelum 20.10.2016

Kerjasama amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.

Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden UNI-MLC.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG,  Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Turut hadir pegawai kanan Bahagian Pasca JPA dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat dengan pengswastaan.

Perbincangan lebih menumpukan sessi perkenalan, hujah tuntutan pencen minima untuk bekas penjawat awam yang telah diswastakan, penjelasan teknikal oleh Datuk Yeow Chin Kiong, selaku Pengarah Bahagian Pasca.

Rumusan perbincangan adalah mewujudkan satu jawatankuasa teknikal untuk membincang kaedah yang munasabah sebelum satu keputusan boleh diambil samada hasrat kewujudan pencen minima boleh dicapai dan dipersetujui oleh Kerajaan.

Satu langkah permulaan yang sangat baik setelah enam (6) tahun bermula tahun 2010 usaha yang dicetuskan oleh Uni -Global, terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia yang membuka langkah untuk sessi perbincangan dan terima kasih khusus kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai tuntutan pencen minima bagi semua kakitangan awam yang dibersarakan atas sebab pengswastaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.

Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di bawah kepimpinan YBrs Tuan Haji Shafiee BP Mammal selaku Presiden UNI-MLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DATUK YEOW CHIN KIONG, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Turut hadir pegawai kanan Bahagian Pasca JPA dan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat dengan pengswastaan.


Perbincangan lebih menumpukan sessi perkenalan, hujah tuntutan pencen minima untuk bekas penjawat awam yang telah diswastakan, penjelasan teknikal oleh Datuk Yeow Chin Kiong, selaku Pengarah Bahagian Pasca.
Rumusan perbincangan adalah mewujudkan satu jawatankuasa teknikal untuk membincang kaedah yang munasabah sebelum satu keputusan boleh diambil samada hasrat kewujudan pencen minima boleh dicapai dan dipersetujui oleh Kerajaan.

Satu langkah permulaan yang sangat baik setelah enam (6) tahun bermula tahun 2010 usaha yang dicetuskan oleh Uni -Global, terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia yang membuka langkah untuk sessi perbincangan dan terima kasih khusus kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai tuntutan pencen minima bagi semua kakitangan awam yang dibersarakan atas sebab pengswastaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

06 Oktober 2016

yang bertanya...

Ada yang bertanya...

Apa itu RUM?
RUM itu adalah nama manja atau nama timang-timangan atau singkatan dari RAILWAYMAN UNION OF MALAYA atau Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Siapa Adminnya?
Adminnya adalah Abdul Razak Md Hassan yang juga Presiden RUM.

Apa dia SUARA RUM?
Suara RUM adalah media rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan.

Adakah kenyataan dalam Suara RUM mendapat kelulusan?

Setiap kenyataan yang dikeluarkan sekiranya melibatkan perkara serius akan dimaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan, sekiranya diluluskan maka baru dipaparkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TAKUT

Aku pernah bagi ceramah mengenai "TAKUT", takut itu mainan... takut itu perasaan...  takut itu hanya gembar gembur pada mereka yang kononnya berani, tapi kecut didalam.

Dalam perjuangan tiada perasaan "takut", kalau takut... lari tengah malam.. tapi nak selamatkan sebuah negara... takut.. maka tergadai sebuah negara...

Nak selamatkan KTMB?
Takut...
Tergadailah...
Periuk nasi kita...

Aku dah penah kena buang kerja?
So aku takut?
Tak pernah takut...
Kalau takut...
Jangan berumah di tepi pantai...

Matlamat aku..
Selamatkan KTMB...
Selamatlah Pekerja..

Matlamat RUM..
Selamatkan KTMB..
Selamatlah Pekerja...

Aku bangga..
Barisan Pegawai Utama..
Barisan Exco...
Mereke "sincere"..
Mereka yang beriya-iya...
Aku puji mereka...

Aku..
Aku akan langgar...
Tak kira...
Siapa mereka...

TEST ME!

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Oktober 2016

KETEGASAN RUM

INGATAN KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PIKET

Nak bagitau kat SEMUA AHLI-AHLI RUM.. tenguk Depoh KL Central... dah kena tutup... lepas ni Gemas... ugutan nak tutup Tumpat... dengar citer Depoh KL Central nak sewa kat satu syarikat... lepas ni agaknya Bengkel Batu Gajah pulak (mungkin) sebab lokomotif 24 kelas nak outsorce kepada satu syarikat... lepas tu RAC nak 50/50... Second Operator... Tren Intercity pun dah tiada... semua jabatan hancur... kita nak terantuk baru nak tergadah ke? Dah kene tumbuk dah kena belasah... kita hanya mampu menangis ke? Kata orang nasi dah jadi bubur... dan basi campak je ke longkang... mana semangat Panglima kita?

Ayuh semua bangkit... jangan sedikit pun gentar... kalau dah kena tumbuk dah kena belasah... kita nak menangis je ke.. adeiii...  jangan jadi anak jantanlah!

Kalau kita PANGLIMA & ANAK JANTAN nak SELAMATKAN KTMB, NAK SELAMATKAN PERIUK NASI KITA...  STANDBY!

PADA MEREKA...

HOIIIIIIIII!!!!!!!!!! Tak kenyang-kenyang lagi ke???????

Majlis Exco akan bincang buat satu keputusan untuk memberi ingatan kepada Kementerian Pengangkutan menghentikan semua agenda karut ini, satu surat rasmi akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan menghentikan semua idea-idea karut ini, dalam satu tempoh yang munasabah sekiranya Kementerian Pengangkutan gagal menjawab, pihak RUM akan memberi notis untuk mengambil tindakan PIKET di perkarangan Kementerian Pengangkutan.

RUM tetap berpendirian tegas menolak semua perkara yang menjejaskan KTMB dan PEKERJA.

LAWAN TETAP LAWAN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB


BELANDA DAPAT TANAH

Macam nilah... apa nak ckp... berlagak semacam.... pusing kiri... pusing kanan.. kira sana.. kira sini... ukur sana... ukur sini... pacak sana... pacak sini... "INI AKU YANG PUNYA"...
hahaha...

Bila-bila masa boleh debat dengan KETUA PENGARAH RAC... kalau yang  tukang pacak... wsalam je lah...

KOMEN RUM

RUM 100% menentang waima 50/50 yang dipersetujui... RUM bukan macam mereka yang boleh jadi "BARUA" untuk bersetuju 50/50!

Ada bantahan wahai yang bersetuju 50/50? kalau ada bantahan... aturkan DEBAT.... RUM tak de PHD... RUM tak de degree... RUM tak de Diploma... RUM sekolah tamat darjah 6... ayuh... waima KP RAC, PEMANDU, NKRA maupun MoT.

RUM BENAR-BENAR MARAH!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Menjana Pendapatan KTMB

Utk info sebenarnye da 11tahun keadaan stsen komuter btg benar ni aku peratikan..

Setakat yg aku kerja ni ade dua kali cubaan company luar utk amik amik business parking kat sini..

Td merupakan kali kedua..so mksdnye dgn kerjasama rac or syarikat luar (aku xpasti) berlaku la pemindahan kertas kerja yg mmbuatkan projek parking ni..itu  xde masalah

Yg mnghairankan kenapa ktmb car park sendiri x ambil tanah ni utk mnjana pndapatan..kenapa perlu company lain(luar)..

Oklah..its fine kalo korang nak bisness..tp dgn pelbgai company secuirity stesen..company secuirity landasan..company parking..nmpk macam nk mnjahanamkan ktmb dgn tuntutan semata2 bisnes yg mcm taik ni..

Bayangkan kecurian kerap gak jadi..kes cubaan rogol pun ade..moto aku sendiri ilang smpi skang senyap..org parking merata2 ikut suka(kawasan handicap)..xde sapa pantau..xnampak lagi ke..dato sarbini dah pun mengarahkan duty stesen kat pegawai2..diorang buta ke semua ni..xkan aku nk suap kat sekor2..

Aku boleh je bayar rm10 sejam pun..(bukan xmampu)..cuma mintak kalo nk bisnes biar cantik..buat betul2..kalo jadi jaga tu..jaga lah betul2..ni tak..cctv ade tp ade yg x fungsi..claim..claim jugak..puiihh

Pernah sekali aku repot mygov berikutan kes maksiat di parking hujung..jawapan diorang kami xboleh buat ape2 sebab dlm kawasan rac..jadinye rac ni penggalak maksiat ke apa..kalo tokan dadah buat bisnes situ..yg dapat buruknye ktmb bukan rac..org xckp "apelah rac"..org ckp "tulah ktmb"..

Kasihan ktmb..tp xpe..mungkin menjadi Tuah kita dipandang mulia..Alang2 tega biar tegar menjadi Jebat..derhaka..demi mulia..

Say no to RAC

Copypaste dari group.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Oktober 2016

LAWATAN KE SEIBU JEPUN

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB kerana tidak dapat menyertai lawatan Ke Seibu Jepun bersama pihak Profess Consulting Group yang dijadualkan pada 24-27 Okt 2016.

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Lembaga Pengarah KTMB yang bersetuju untuk menjemput saya menyertai lawatan ini, dukacita keadaan ketika ini tidak mengizinkan saya untuk menyertai atas kesebukkan menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja.

Untuk makluman saya juga telah membatalkan penyertaan saya ke Konvensyen Asia Pacific Regional International Transport Federation (ITF) yang dijadualkan pada 27 - 30 Nov 2016 di Jepun.

Bagi pihak RUM saya merakamkam ribuan terima kasih kerana jemputan yang diberikan, kami (RUM) amat menghargai dan sangat menghormati keikhlasan yang diberikan, ingatan dan jemputan ini adalah satu penghargaan kepada prinsip keharmonian perusahaan.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Oktober 2016

PENUTUPAN DEPOH KL CENTRAL

Ramai yang bertanya dengan RUM, bertubi-tubi soalan dikemukakan, ada yang menyalahkan RUM, pegawai RUM juga telah bertanyakan dengan pihak pengurusan dalam beberapa  mesyuarat rasmi yang diadakan, komen pegawai RUM alasan yang diberikan adalah tidak munasabah, ada juga jawapan melalui perjumpaan tidak rasmi "kami ikut arahan".

Puas RUM berfikir sekiranya RUM adalah Majikan, mewujudkan alasan yang munasabah, bagi tujuan melaksanakan penutupan Depoh KL Central dari sudut kebaikan, sudut keburukan, implikasinya, sudut kewangan sudut keselamatan apatah lagi dari aspek kepentingan perkhidmatan.

Sejujurnya RUM tidak mendapat sebarang jawapan, RUM sendiri terpinga-pinga untuk melahirkan rasa persetujuan kerana tidak mampu mencari alasan yang munasabah, malah rasa terkilan kerana gagal memberi jawapan kepada ahli-ahli yang bertanya.

1. Persoalannya adakah wajar RUM berdiam diri?
2. Kalau wajar maka akan wujud pertikaian...
3. Kalau berdiam diri maka RUM seolah-olah telah dibeli..
4. Maka tiada lagi keharmonian perusahaan...
5. Maka ada yang bertepuk tangan jika wujud pergeseran antara RUM & Pengurusan KTMB.
6. Sedangkan RUM sendiri berusaha segigih mungkin mempertahankan keharmonian perusahaan

Dalam terus memikirkan perkara ini, siapakah yang dapat keuntungan dari hasil penutupan Depoh KL Central?

Mungkinkah secara terbuka YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB bagi pihak semua Lembaga Pengarah KTMB boleh menjawab atau mungkinkah demi hubungan keharmonian yang baik YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB boleh menjawab secara terbuka kerana pekerja khususnya ahli-ahli RUM sedang menunggu jawapan yang munasabah.

Komen RUM...

Pening....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Oktober 2016

Salam Maal Hijrah..


Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati, dipermudahkan serta sentiasa dalam bimbingan juga hidayah dari yg Esa, yang berkekalan..

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik..

In shaa Allah..


Hangky Pangky

Kali ni RUM nak ingatkan Kementerian Pengangkutan (MoT)... banyak surat telah dihantar... surat terakhir adalah 2 minggu lepas... MoT jangan main hangky pangky!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


01 Oktober 2016

RUM menepati masa

RUM sentiasa menepati masa... mengikut kehendak Perjanjian Bersama...track rekord yang ada tanpa gagal...
bunting gajah juga jawapannya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja MTMB