RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

28 Februari 2017

RNAA : BAGUS (BILA GAMBAR BERBICARA)

Gambar di bawah ini menunjukkan pihak pengurusan KTMB yang telah mengadakan perbincangan mengenai RNAA di MYRA baru-baru ini, turut dihadiri dalam perbincangan tersebut ialah Lembaga Pengarah KTMB


Menariknya gambar ini semua mengatakan bagus, mungkin RNAA memang bagus kot, RUM sekadar mentafsirkan gambar.

RUM sendiri duk pening tang mana "BAGUSNYA"?

RUM bagi 1 contoh

"PAY PER USED" adalah sebahagian perancangan RNAA.

Bengkel Batu Gajah sekarang ini tidak dikenakan sebarang cas sewaan, selaras dengan warta kerajaan 1992, selepas RNAA aset Bengkel Batu Gajah akan diserahkan kepada RAC, maka di bawah konsep "PAY PER USED" maka KTMB perlu membayar sewa Bengkel Batu Gajah ke RAC.

Katakan sewa bulanan RM 100.000.00 maka KTMB akan membayar sewa bulanan kepada RAC sebanyak RM 100.000.00, ini berdasarkan di bawah RNAA tujuan dan hasrat adalah membantu KTMB dari sudut kegagalan KTMB memenuhi inisiatif Plan Transformasi berakhir 2016 yang mana pencapaiannya adalah 62%.

Hak Milik Bengkel Batu Gajah adalah hak milik RAC di bawah RNAA.

Di suatu ketika ada satu syarikat akan menawarkan penyewaan sebanyak RM 120,000.00 sebulan, mungkinkah RAC akan mengambil keputusan iaitu sewaan yang ditawarkan adalah lebih baik, maka RAC menarik sewaan dari KTMB dan menerima tawaran dari Syarikat tersebut. Tidak mustahilkan...

Sekiranya ianya berlaku dimanakah KTMB ketika itu?

Ini baru 1 contoh, dalam taklimat RUM siri ROAD SHOW telah menerangkan beberapa contoh lagi kepada ahli-ahli yang akhirnya dalam satu tempoh KTMB tidak akan wujud lagi.

Di tafsirkan melalui gambar di bawah ini pihak pengurusan telah melahirkan dengan perbuatan RNAA adalah "BAGUS" atau mungkin hanya sekadar bergambar tetapi naluri hati mengatakan "aku terpaksa" tapi bila dilihat dengan senyuman maka perbuatan menunjukkan "BAGUS" itu boleh dianggap pihak pengurusan dengan ikhlas mengatakan RNAA itu bagus, Wallahu'alam.

RUM tetap menyatakan RNAA bakal melenyapkan KERETAPI TANAH MELAYU setelah lebih 130 tahun wujud di negara ini, perancangan bersifat kepentingan individu tanpa melihat kepentingan KTMB, PEKERJA, RAKYAT DAN NEGARA! maka RNAA tidak wajar dilaksanakan malah hendaklah dibatalkan, pencetus idea ini boleh dianggap sebagai PENGKIANAT NEGARA.

Maka itu pendirian RUM jelas bahawa RNAA hendaklah dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

27 Februari 2017

RNAA : ROAD SHOW RUM SATU KEJAYAAN

Pertemuan degan ahli RUM di JB
Konklusi lawatan ke cawangan-cawangan RUM dalam siri ROAD SHOW RNAA telah mengambarkan keseluruhan pertemuan diakhiri dengan satu keputusan MENOLAK RNAA. 

Kehadiran secara keseluruhan telah melangkaui 1000 ahli RUM, kehadiran ini sungguh memberangsangkan kerana situasi ahli yang perlu dikumpulkan bukan sesuatu yang mudah kerana kedudukan jadual kerja yang tidak menentu malah tempat perjumpaan untuk dihadiri kalangan ahli yang markasnya adalah jauh dari tempat berhimpun, kehadiran mereka berdasarkan tanggungjawab sebagai ahli dan secara sukarela.

Dengan kejayaan ROAD SHOW ini telah mengambarkan RUM dengan "TEGAS" menolak RNAA malah himpunan akan datang yang akan disebut "DEMONTRASI" akan lebih hebat sekiranya kami lakukan ke destinasi yang dituju.

Ledakan semangat berjuang kami sentiada meluap-luap dan bersedia berjuang abis-abisan untuk memastikan RNAA dihentikan, makanya tindakan akan diambil terhadap pihak yang mana berkenaan jangan dipandang remeh, kerana RUM akan bertindak setelah menilai semua usaha yang dilakukan adalah "GAGAL".

Malah tarikh perhimpunan yang bakal diadakan juga nanti adalah satu misteri yang dianggap "tarikh keramat" yang boleh menjadi satu tamparan hebat @ menghantui mana-mana pihak.

Kami harap perhimpunan @ demontrasi selanjutnya tidak menjadi, kerana kami masih berharap keluhan kami dapat didengari, masalah kami dapat diatasi dan RNAA hendaklah dihentikan, kami bukan sengaja hendak buat sebegini, tapi jangan memaksa kami untuk melakukan, jangan salahkan kami andai RNAA tidak dihentikan.

Prinsip kami mudah...

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".
"Alang-alang mandi, biar sampai basah"
"Kami tidak takut bermain dengam ombak"
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

25 Februari 2017

RNAA: ROAD SHOW JOHOR BHARU

Selesai sudah sessi ROAD SHOW RNAA disemua cawangan RUM yang terakhir cawangan Johor Bharu.

Sambutan sungguh hebat diJohor Bharu dengan gema Hidup RUM yang cukup bersemangat tanda perpaduan dan kekuatan RUM semenjak zaman Donald Uren Presiden RUM yang Pertama.

Gema ini akan terus mengegarkan sehingga RNAA dihentikan malah persediaan selanjutnya demi masa akan ditentukan kemudian didestinasi selanjutnya.

RUM TETAP RUM
KAMI TERUS BERJUANG
DEMI SELAMATKAN KTMB
SELAMATLAH PEKERJA









Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA ROAD SHOW GEMAS

Selepas kemelut RUM pada 2014, tiada sebarang lawatan ke Cawangan Gemas malah cawangan Gemas boleh dianggap lumpuh berikutan berlaku kemelut dalaman dimana ada dikalangan kepimpinan hilang hala tuju perjuangan kesatuan sekerja.

Alhamdulillah kehadiran pegawai utama RUM  di Cawangan Gemas selepas kemelut yang berlaku telah menampakan kesedaran dan kebangkitan, ahli-ahli kembali bersatu untuk bersama berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, kini Cawangan Gemas pulih 100%.

Kini pilihan yang ada untuk menolak RNAA adalah dengan BERSATU, hanya BERSATU maka KEKUATAN itu terwujud, KEKUATAN itulah senjata utama Kesatuan Sekerja, inilah harapan kepimpinan Kesatuan untuk meneruskan perjuangan menolak RNAA.

Terima kasih semua ahli-ahli RUM yang terus berjuang untuk Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, terus berjuang pasti menang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA ROADSHOW SELATAN GEMAS/JOHOR BHARU

Ayuh sahabat-sahabat ahli-ahli RUM, bersama kepimpinan RUM mendengar, memahami apa itu RNAA dan implikasinya.

ROAD SHOW terakhir setelah Utara, Tengah dan Pantai Timur kini kami turun ke Selatan.

Ini bukan isu remeh, ini bukan isu boleh buat ketawa, ini bukan isu main-main, ini isu "PERIUK NASI ANDA" dan masa depan KTMB.

Dengar cakap orang, percaya cakap orang, tanpa menilai dan mengkaji secara mendalam akan merosakkan pemikiran sendiri, malah jangan sampai sendiri masukkan pasir dalam periuk nasi, kerana menyesal kemudian sudah tidak berguna, nasi sudah pun menjadi bubur.

Kita turun padang untuk menjelaskan bersama bukti dokumen agar sdr/i sedar dalam satu tempoh sdr/i mungkin salah seorang yang kehilangan kerja, kita bersatu dan bersama menolak RNAA.

Kami lakukan kerja dan tanggungjawab kami... tanggungjawab anda adalah bersama kami atau tidak jangan salahkan kami...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA MENARIK SOKONGAN NGO DALAMAN & LUARAN KTMB

RUM sedang memikirkan perancangan selanjutnya untuk mendapat sokongan dari semua pihak samada dalaman dan luaran dalam menentang perancangan RNAA sehingga RNAA dibatalkan.

Ianya adalah kerana RNAA bukan sahaja masalah KTMB maupun pekerja @ RUM tetapi ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara dari sudut kedudukan KTMB sebagai khazanah negara dan memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat.

Kewujudan RNAA memberi kesan negatif serta implikasi yang besar sekiranya dikaji secara mendalam malah RUM juga perlu mendapat pandangan dari semua pihak samada dalaman maupun luaran  setelah taklimat diberikan kepada mereka, sokongan dari luaran terhadap KTMB sangat penting kerana ianya juga melibatkan kepentingan rakyat dari sudut perkhidmatan sosial apatah lagi KTMB yang telah wujud lebih 130 tahun boleh dianggap sebagai khazanah negara dengan nama "Keretapi Tanah Melayu" yang perlu dipertahankan.

Perancangan ini sangat penting agar semua yang terlibat nanti akan memahami masalah KTMB selepas pengswastaan dan mereka boleh membantu RUM untuk mempertahankan KTMB dari tersembam setelah KTMB diwujudkan dinegara ini 130 tahun yang lampau.

RUM akan bergerak dari semua sudut untuk mendapatkan sokongan untuk membantah RNAA sehingga RNAA dibatalkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

17 Februari 2017

Lama tak update?

Admin mohon ribuan ampun dan maaf, kerana agak lama admin tidak kemaskini blog suara rum, admin hanya nak beritahu bahawa admin mengalami masalah teknikal... PC admin meragam.

InsyaAlllah, admin dayakan semampu yang boleh, diwaktu-waktu yang mendesak ini... penyaluran maklumat amat perlu kepada semua ahli.


PERJUANGAN


Perjuangan bukan untuk kami..
Perjuangan bukan untuk kepimpinan kesatuan..
Perjuangan bukan untuk kepentingan peribadi..
Perjuangan kami..
Untuk kaum pekerja..
Yang ditabur pasir periuk nasinya..
Mereka ini "zalim"..
Mereka ini "pembohong"..
Mereka ini hanya untuk kepentingan peribadi..
Mereka menganiaya kita..
Kau terlena..
Kau terleka...
Kau alpa...
Kau percaya pada mereka..
Kau pekerja yang menjadi mangsa...
Andai kau merasa selesa..
Andai kau merasa ini semua mainan...
Andai kau rasa kau selamat..
Andai kau percaya dengan gula-gula..
Tunggulah...
Masa itu..
Sudah terlambat...
Bukan wang...
Bukan gaji..
Bukan CA..
Tapi..
Adakah esuk aku masih bekerja lagi?
Ayuh...
Bangkitlah...
Sedarlah...
Hanya RUM...
Jalan terakhir...
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

'Kau usik KTMB, RUM, langkah mayat aku dulu'

Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) memberi amaran akan berkempen bagi menewaskan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) diteruskan.

Malah, presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak meminta bantuan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), DAP dan PKR untuk berkempen di parlimen Bentong.

“Saya bukan orang politik, saya tak sertai mana-mana parti politik. Saya akan pergi pada orang sokong saya. Tapi kalau orang hentam saya, saya akan hentam dia.

“Kalau orang nak menjahanamkan kita, kita bagi dia bungkus. Saya dah nekad kalau jadi, saya akan hantar BERSATU, DAP, PKR dan , saya nak jadi penceramah dekat Bentong.

“Waima saya seorang, saya akan jatuhkan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Kau usik KTMB, kau usik RUM langkah mayat aku dulu,” kata Abdul Razak dalam sidang media di Pejabat NUBE, di Brickfields Kuala Lumpur, semalam.

RUM sejak setahun lalu membantah penubuhan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dengan mendakwa ia hanya merugikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

RNAA yang merupakan perjanjian antara RAC dan KTMB didakwa merupakan cetusan idea Liow yang dikatakan bakal menyebabkan campur tangan dalam operasi KTMB.


Jelas Abdul Razak, jika RNAA dilaksanakan ia akan memberi implikasi sangat buruk kepada KTMB, termasuk kemungkinan pembuangan pekerja.

Justeru, RUM menggesa Liow menunaikan janji untuk berbincang bagi menghentikan RNNA dan sekiranya gagal, pihaknya akan mengadakan piket di Bentong.
“Saya sendiri berusaha untuk bertemu dengan Liow, malah Liow berjanji dengan saya untuk bertemu, sampai ke hari ini, Liow tidak berjumpa dengan kami.

“Kemarahan kami agak tinggi dan kemungkinan kami akan turun di Bentong untuk buat piket supaya dia (Liow) sedar RUM bukan benda main-main, ia melibatkan periuk nasi dan KTMB.

“Kita tak nak buat piket di Kementerian Pengangkutan tetapi kita buat di Bentong,” katanya yang menerima sorakan padu daripada penyokong yang hadir. - MK

16 Februari 2017

RNAA ROAD SHOW LEMBAH KLANG

Terima kasih atas kehadiran Presiden MTUC, Setiausaha Agung MTUC, Presiden Uni Global sokongan kalian membakar semangat kami untuk terus berjuang.

Terus bangkit terus berjuang, tiada rasa gentar demi mempertahankan KTMB & PEKERJA.
BENTONG DESTINASI KAMI...

TUNGGU.....
















Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Persatuan pekerja tuntut janji Tiong Lai bincang isu KTMB

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menunaikan janjinya bertemu Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM).

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata isu berkaitan perjanjian Railway Network Access Agreement (RNAA) melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) perlu dibincangkan secara bersama.
“Kementerian Pengangkutan dan menterinya, Tiong Lai membuat kesilapan. Saya sendiri berusaha bertemu beliau, malah Tiong Lai berjanji dengan saya untuk bertemu di satu majlis.

“Tetapi sampai hari ini beliau tidak berjumpa dengan kami,” katanya sewaktu ditemui pemberita di majlis penerangan mengenai pengambilan aset RNAA di Brickfields, hari ini.

RNAA akan memberi hak kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.

KTMB diswastakan sejak 1992, namun ia masih dimiliki sepenuhnya kerajaan persekutuan.

Razak berkata, sekiranya pertemuan dengan Tiong Lai tidak berhasil, beliau tidak teragak-agak melakukan demonstrasi di kawasan Liow iaitu di Bentong, Pahang dan bukannya di Kementerian Pengangkutan.

“Kami punya kemarahan agak tinggi dengan beliau (Tiong Lai) dan kemungkinan kami akan turun di Bentong untuk adakan demonstrasi supaya beliau sedar RUM bukan boleh dibuat main kerana ia melibatkan periuk nasi dan masa depan KTMB.

“Tiong Lai perlu berjumpa kami. Buktikan RNAA itu mempunyai unsur positif dan memberi kepentingan kepada negara. Kalau hujah kami berjaya dipatahkan, maka kami terima perkara itu,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama RUM melakukan bantahan dan desakan mengenai isu RNAA dan RAC sebaliknya ia dilakukan sejak lebih setahun lalu.

RUM percaya, perjanjian diantara RAC dan KTMB akan merugikan pekerja malah sejarah KTMB sejak 69 tahun lalu juga akan terkubur.

Selain itu, RUM yakin jika perjanjian RNAA dimeterai, 4,000 kakitangan KTMB di pelbagai peringkat kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan. Ia ekoran proses penstrukturan semula dijalankan.

Jelas Razak, beliau tidak teragak-agak sepentas bersama parti pembangkang seperti DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menjelaskan mengenai bantahan RUM.
“Saya bukan orang politik. Saya tidak sertai mana-mana parti politik. Saya akan sokong mereka yang menyokong saya. Tetapi kalau orang hentam saya, saya akan hentam dia.

“Saya nekad, kalau RNAA diwujudkan, saya akan hantar PPBM, DAP dan PKR termasuk saya jadi penceramah di Bentong. Waima saya seorang, saya akan jatuhkan Tiong Lai. Usik KTMB, usik RUM, langkah mayat saya dulu,” katanya tegas. - FMT

15 Februari 2017

RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR & P.KLANG


ROAD SHOW esuk 16/2/2017 jam 3 petang di Dewan NUBE Brickfield sangat menarik kerana menghimpunkan 3 buah cawangan serentak.

Pihak RUM akan menerangkan mengenai Transformasi KTMB, RNAA dan implikasi RNAA kepada ahli-ahli yang hadir malah tetamu istimewa yang dijemput dan telah mengesahkan kehadiran ialah:-

  • YBrs Sdr Abdul Halim Mansor
  • Presiden MTUC
  • Bro J. Solomon
  • Setiausaha Agung MTUC
  • YBhg Datuk Haji Shafiee BP Mammal
  • Presiden Uni - Global

RUM berharap semua ahli dapat menghadirkan diri dalam ROAD SHOW ini, tugas kita berhimpun untuk mendengar taklimat RNAA seterusnya melahirkan BANTAHAN DAN MENOLAK RNAA.
Kehadiran ini sungguh penting bagi menunjukkan kepada Kementerian Pengangkutan idea RNAA adalah mengancam KTMB dan Pekerja.

Berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita (Pekerja)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA LAWAK BINGAI

DULU teringin sangat pergi kL
SEKARANG bekerja di KL.. kelakarkan...
DULU nak kahwin
SEKARANG dan kahwin... kelakarkan...
DULU nak ucap terima kasih...
SEKARANG nak ucap pegilah... kelakarkan...
DULU kita kawan...
SEKARANG kita lawan... kelakarkan..
DULU KTMB...
SEKARANG RNAA.. kelakarkan...
DULU Pak Menteri bagus..
SEKARANG Pak Menteri cari makan... kelakarkan..
DULU kita kerja...
SEKARANG kita nak kena buang kerja...
Kelakarkan...
DULU Pak Menteri buat untuk rakyat...
SEKARANG Pak Menteri buat untuk sendiri...
Kelakarkan...
DULU Pak Menteri kata kena tolong MELAYU
SEKARANG Pak Menteri kata Melayu tak perlu ditolong.. kelakarkan...
Macam - macam kelakar daaaa....
Kihkihkihkih...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA

RNAA
ABCDE itu katanya...
Macam budak sekolah rendah diajarnya...
Wa nak cakap..
Lu cari makan...
Pekerja jadi mangsa...
Poraaaaahhhhhhhhh.....
Dont think we stupid...
Dont think when we friend...
U can influence me...
Dont try to buy me...
Aiyaaaa...
We unionist...
We fighter...
n
This is RAILWAYMENS UNION OF MALAYA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

14 Februari 2017

RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR/PKLANG

Pegawai Utama RUM turun padang pagi ini berjumpa ahli-ahli untuk mengajak ke Road Show RNAA pada 16/2/2017 di Dewan NUBE Brickfield jam 3 petang.

ROAD SHOW pada 16/2/2017 mengabungkan 3 buah cawangan iaitu Sentul, Kuala Lumpur n Pelabuhan Klang.

Pengorbanan meluangkan sedikit waktu adalah untuk mempertahankan KTMB dan kerjaya sdra/sdri. Sdra/sdri tidak sanggup berkorban menghadirkan diri dalam Road Show maka tidak mustahil nasib sdra/sdri yang terkorban kerana RNAA

Ayuh kita bersama mendengar apa itu RNAA? Apa implikasi RNAA? Kita fahamkan dulu, setelah kita benar-benar faham implikasi RNAA baru kita menggempur, RUM mahu ahli-ahli faham sebelum kita menggempur.

Periuk nasi sdr/i terletak kepada "BERSATU", BERSATU itu KEKUATAN RUM.





Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

12 Februari 2017

ROAD SHOW PADANG BESAR

Sdr Faizal Pengerusi Belia RUM sedang memberi "presentation" pada ahli-ahli Padang Besar.

Pendedahan kepada ahli-ahli mengenai Plan Transformasi KTMB, SIAPA RAC?, RNAA dan Implikasi RNAA, agar ahli-ahli memahami kedudukan KTMB ibarat "telur dihujung tanduk", malah nasib pekerja KTMB sendiri berkemungkinan dibuang kerja, maka ROAD SHOW ini amat penting agar ahli-ahli RUM memahami kedudukan mereka.

RUM menyeru kepada ahli-ahli jangan merasa selesa, ambil mudah kerana nasib sdr belum lagi tahu, maka kita bersama-sama berjuang untuk mempertahankan KTMB, pertahankan KTMB akan menyelamatkan periuk nasi kita (pekerja)






Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RNAA MENGHARAP KEPIMPINAN UTAMA RUM

Ada kalangan ahli kebiasaannya "ambil mudah" dengan ayat "tak pe lah, Pegawai Utama RUM boleh menyelesaikan RNAA", sikap begini adalah sikap "NEGATIF" kerana bila berlaku RNAA, kemungkinan mereka ini akan pusing ayat "Apa Kepimpinan RUM buat?, sekarang kami dah kena buang kerja".

Sikap inilah yang tidak sihat kerana "ambil mudah", RUM nasihatkan ahli-ahli RUM turun ROAD SHOW belajar ambil berat, nanti bila RNAA berjaya dilaksanakan, KTMB kita "GAGAL" pertahankan, sdr/i adalah dikalangan yang "DIBUANG KERJA", RUM nak pesan "JANGAN SALAHKAN KEPIMPINAN RUM", tanya diri sendiri, kerana "KEGAGALAN ADALAH DATANG DARI DIRI SENDIRI"

"MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN SUDAH TIDAK BERGUNA"

TURUN ROAD SHOW, agar sdr/i tahu apa itu RNAA dan bersama kepimpinan RUM mempertahankan KTMB.

"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

11 Februari 2017

ROADSHOW PERAI

RUM bergerak secara berpasukan, sedia mengempur, hentikan RNAA, kalau tidak kami gempur Bentung.






Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

ROAD SHOW TAIPING

Pertemuan yang bersemangat sebentar tadi, terima kasih ahli-ahli RUM di Taiping terus berjuang.. kita bersama TOLAK RNAA.






Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

10 Februari 2017

ROADSHOW BATU GAJAH, IPOH, PERAK

Sambutan yang sangat menggalakan, perjuangan menolak RNAA, taklimat diberikan kepada semua ahli-ahli yang hadir



Terus berjuang MENOLAK RNAA







Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB