Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan berhubung isu pemecatan 11 anggotanya yang berpiket pada 9 Mei lalu. Katanya, tindakan presiden syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir bertentangan undang-undang dan cuba 'membunuh' kesatuan sekerja. [kinitv.com]