31 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 (2)
Secara umumnya 2014 meninggalkan seribu kenangan manis, pahit, getir, duka, kecewa, sedih, sebuah perasaan yang mempunyai pelbagai rasa.
Ianya menjadi kenangan yang tidak dilupakan, titik perjuangan yang penuh cabaran, yang menjadikan kita lebih matang, penuh dengan pembelajaran.
Hikmahnya kita dapat mengenali siapa rakan siapa sahabat, siapa takut siapa berani, siapa ikhlas siapa pura-pura, siapa yang hanya memikirkan diri sendiri, siapa yang benar-benar mahu terbakar, Alhamdulillah inilah hikmahnya.
Apa pun itu bukanlah matlamat, matlamatnya sebuah perjuangan tiada perhentian, dari sebuah harapan dengan sebuah kesanggupan, dari sebuah tanggungjawab dengan amanah yang diberikan.
Perjuangan Kesatuan Sekerja yang sungguh bermakna. Berdiri Kesatuan Sekerja untuk ahli-ahlinya dan pekerja keseluruhannya.
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
Terima kasih 2014, suatu kenangan indah yang pasti tidak dilupakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
30 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 (1) SEJARAH
Piket ini akan menjadi kenangan indah, satu tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kita bertindak demi memastikan tahap keselamatan pekerja dan penumpang terjamin, berikutan kegagalan Dato Elias Kadir sebagai Presiden KTMB.
Piket telah dilaksanakan dengan jayanya, satu landasan dalam perjuangan, perjuangan untuk memastikan KTMB dipulihkan, makanya faedah selepas dipulihkan akan mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja.
Inilah perjuangan, perjuangan yang akhirnya diambil tindakan buang kerja secara besar-besaran yang dinamakan "GRAND SACKING" iaitu percubaan melumpuhkan RUM melalui "UNION BUSTING".
Kenangan ini tidak akan terpadam malah menjadi satu "SEJARAH" lagi selepas MOGOK 1962 buat RAILWAYMEN UNION OF MALAYA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 ISTIQAMAH
Negara
MH 370, MH 17, Banjir Besar, yang terbaru kehilangan Kapal Terbang Air Asia.
RUM
Kes kegagalan Presiden KTMB, pembuangan kerja tanpa notis, Banjir Besar melanda Kuarters KTMB, Landasan KTMB tenggelam serta menenggelamkan Lokomotif dan Koc.
Hebat cabaran 2014, hanya dengan kekuatan dan ketabahan sahaja mampu mengatasi keadaan ini.
Semua yang berlaku atas kehendak NYA, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, Qada dan Qadar tidak boleh kita elakkan... Istiqamah setiap yang berlaku agar menjadi pengajaran buat kita.
Mudah-mudahan ini satu pengajaran, untuk kita melihat masa depan, memperbetulkan segala kekurangan, memperbaiki dan menambahbaikkan segala kelemahan.
Yang baik datang dari Allah Swt, yang buruk datang dari kita.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TABUNG KEBAIKAN (BANJIR)
Alhamdulillah, idea RUM mencetuskan TABUNG KEBAIKAN melalui Perjanjian Bersama (CA) pada CA ke 4 dengan setiap individu pekerja menyumbang RM 1.00 , Majikan RM 1.00 dan di naikkan RM 1.00 Majikan RM 1 pada CA ke 7 menjadikan sumbangan setiap individu Pekerja menyumbangkan RM 2.00 manakala majikan menyumbangkan sebanyak RM 2 bagi setiap pekerja.
Hari ini sumbangan setiap pekerja dan majikan dapat di manfaatkan kepada semua sahabat-sahabat kita yang ditimpa bencana.
Maksudnya setiap individu pekerja dan majikan secara tidak langsung membantu setiap pekerja yang ditimpa bencana.
Pekerja dan Majikan saling membantu mengurangkan bebanan ketika bencana alam, kita sentiasa saling bantu membantu di samping RUM mencetuskan idea "sediakan payung sebelum hujan". Inilah sifat kasih sayang antara pekerja sama pekerja termasuk majikan.
Harapan RUM semoga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sahabat-sahabat (pekerja) kita yang dilanda musibah.
RUM berharap pihak yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan setiap individu pekerja menikmati sumbangan dari Tabung Kebajikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
27 Disember 2014
Keretapi pun tenggelam...
Semalam saya maklumkan kpd rakyat dan pengguna melalui saluran tv..tentang masalah banjir dan keretapi di pantai timur yg tergendala. Pagi ini saya rasa amat pilu kerana dimaklumkan ramai anak kecil yg meninggal. Banjir ini bukan banjir biasa.
Tiap tahun jalan keretapi tak tenggelam tapi kali ini bukan saja jalan keretapi malah keretapi pun tenggelam sampai bumbung.
Saya berdoa 117 pekerja ktmb dan lebih 700 ahli keluarga mereka yg terlibat akan selamat tanpa kehilangan nyawa. Ini adalah ujian Illahi dan harap mereka bersabar tempuh dugaan. [Dato Ir Nawawi Ahmad]
25 Disember 2014
Rumah staff KTMB keseluruhannya terlibat banjir.
RUM baru dapat Info 100% kuarters KTMB di Kuala Krai terlibat dengan banjir, mohon Pengurusan KTMB dan Wilayah menghulurkan bantuan kepada semua pekerja yang terlibat.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Warga KTMB terbaik
Banjir di Kelantan - Gambar Malaysiakini |
Alhamdulillah...
Hebat sahabat, dapat mencari dan membantu mangsa banjir menghulurkan bantuan dengan mendapatkan 2 buah helikopter swasta, mencari sumbangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Pertolongan apa cara pun... adalah usaha yang terbaik...
Itu dia "Warga KTMB", warga KTMB masih ramai yang terbaik.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Banjir Besar
Gambar Hiasan |
Assalamualaikum n Salam Sejahtera
Semoga sihat dan ceria selalu..
Semoga yang terlibat dalam "BAH BESAR" ini tabah menghadapi setiap cubaan, kepada Allah Swt juga kita kembali.
Di bawah ini RUM paparkan mesej yang diterima dalam inbox dari "Warga KTMB", difikirkan menarik untuk dipaparkan, terima kasih kepada penulis.
"As'salamualaikum. Moga sihat.Hari ini terlintas di dada....Adjust punya adjust atas paper bagi cantik utk persembahan yg di bawa oleh seorang hero keperingkat kayangan. Bercerita dlm dua makna.....dgn satu maksud. Iaitu kejayaan dlm mengurangkan kerugian.Siapa tu yg berjaya lakukan?Maka tak kan tak boleh di lanjutkan tempoh.Sesungguhnya perancangan manusia tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Maka di datangkan ujian hanya dua hari satu mlm je....premis serta matabenda di tenggelamkan dgn nilaian jutaan ringgit. Doa mereka yg teranaiya tiada hijab dan Allah dtgkan dlm pelbagai bentuk. Wallahualam."
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
24 Disember 2014
PENGURUS BESAR POLIS BANTUAN KTMB
Ketika pemimpin RUM dibuang kerja, kami dilayan ibarat penjenayah, dalilnya pegawai RUM yang ingin menghantar surat dihalang masuk ke Ibu Pejabat KTMB.
Bila RUM protes, maka diiringi pula pegawai2 RUM sekurang-kurangnya 2 Polis Bantuan, malah ada yang bertindak kasar termasuk seorang inspektor yang baru dilantik.
Kononnya mereka menjalankan tugas dan sangat bagus.
Kes yang berlaku di Stesen Batang Benar dan Senawang apa jadi? Pengurus Besar Polis Bantuan duk wat apa, biarkan di perkarangan stesen berlaku kecurian, benarkan penjenayah mengambil kesempatan kepada penumpang atau pengguna stesen.
Mana aspek keselamatan? Kalau nak tunjuk bagus, pastikan tiada kecurian, pastikan tahap keselamatan penumpang dan pengguna terjamin.
Inikah Pengurus Besar Keselamatan baru dilantik yang dikatakan bagus?
Pemimpin RUM dianggap penjenayah, manakala penjenayah yang sebenar dibiarkan berleluasa.
RUM melihat macam failed je!!!!
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Keselamatan ??
Lagi Kes Di Stesen Keretapi Senawang pula....
Pengurus Besar Keselamatan duk wat apa?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Tolong ambi perhatian
Pihak Pengurusan KTMB khususnya Pengurus Besar Keselamatan, tolong beri perhatian.
Laporan Polis Oleh Pengadu. |
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Rungutan pengadu yang dipaparkan didalam FB:
"Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.
Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.
Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu. Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene. Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, “Laa pakai glove ke?” And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.
Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.
One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?
Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.
Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.
Wassalam."
Banjir
Assalamualaikum
Mohon ahli-ahli RUM memaklumkan terus kepada saya atau mana-mana pegawai RUM yang terhampir mengenai perkembangan banjir di pantai timur khususnya yang terlibat dengan banjir.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
23 Disember 2014
TOKOH
Kehadiran Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik ke Mesyuarat Majlis Eksekutif RUM jam 1 tengah hari sebentar tadi.
Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM.
Penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato Seri yang sudi hadir dan membantu RUM dalam pemulihan kerja seramai 96 orang.
Semoga Allah Swt membalas segala kebaikan dan pertolongan kepada Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik
Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM.
Penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato Seri yang sudi hadir dan membantu RUM dalam pemulihan kerja seramai 96 orang.
Semoga Allah Swt membalas segala kebaikan dan pertolongan kepada Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Banjir di Merapoh
Banjir melanda menenggelamkan landasan keretapi di Merapoh, Pahang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
22 Disember 2014
CONTOH ISU...
Isu yang dibawa ini sangat lemah sehingga boleh melibatkan natijah kepada pekerja...
Difahamkan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat SHE INDUK.
Benar isu ini boleh menimbulkan implikasi kepada pekerja kerana tahap kebisingan, namun demikian dari aspek keselamatan, pihak pengurusan telah pun menyediakan "ear plug" maksudnya ialah untuk mengurangkan atau menstabilkan kebisingan yang berlaku.
Adalah menjadi tanggungjawab pekerja memakai "ear plug" bagi memastikan risiko keselamatan telah pun diambil.
Tindakan membangkitkan isu sebegini akan mendatangkan implikasi kepada pekerja sendiri, iaitu sekiranya mana-mana pekerja yang tidak mengunakan "ear plug" dari aspek keselamatan boleh diambil tindakan tatatertib.
Justeru itu bila nak membangkitkan isu, pastikan natijahnya tidak dikembalikan kepada pekerja.
Jangan syok sendiri membangkitkan isu yang boleh menimbulkan natijah kepada pekerja sebaliknya bangkitkanlah isu sekiranya tidak dibekalkan, maka ianya hendaklah dibekalkan bukannya merungut tahap kebisingan sedangkan ruang mengurangkan kebisingan boleh diatasi.
Setiap isu ada pro & kontra, pastikan isu tidak terpalit kepada pekerja, justeru itu RUM membangkitkan sebarang isu yang natijahnya tidak mendatangkan implikasi kepada pekerja.
Belajarlah dulu... jangan terus terpa... isu keanak-anakan di bawa ke Induk! Inilah masalah bila bukan kesatuan sekerja cuba menjadi Kesatuan Sekerja!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
YES BOSS Part 3 KASIH SAYANG
Alangkah manisnya... pendekatan kasih sayang digunakan dalam mengerakkan organisasi, mendengar keluhan pekerja bawahan yang telah lama merasa kehilangan faedah selepas diswastakan.
Mengeratkan silaturahim rahim diantara sesama insan, kerana kita apa pun jawatan tak kira jawatan dia tinggi melangit, dia tetap seorang pekerja yang menerima upah (gaji)
Kasih sayang akan mampu melonjakkan kebaikan kepada organisasi khususnya KTMB yang kita sayangi.
Tapi masih adakah kasih sayang lagi? andai bicara menutup telinga, mahu mendengar tapi memekakkan telinga.
Maka kehidupan kasih sayang telah pudar atau sememangnya telah hilang, apakah peredaran waktu menjadi kasih sayang di telan zaman, yang ada telah kembali ke zaman "HAMBA ABDI" iaitu "YES BOSS".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
21 Disember 2014
YES BOSS Part 2 TEGURAN MEMBINA
RUM telah pun memainkan peranan dalam usaha mewujudkan "rakan kongsi" yang baik dengan melaksanakan "teguran membina", malah sentiasa berpegang kepada prinsip "keharmonian perusahaan". Pegangan ini untuk memastikan tiada sebarang pertikaian wujud demi memastikan matlamat membawa KTMB ke arah pemulihan seterusnya menjanakan pendapatan yang baik bagi memastikan hasil pendapatan yang baik dapat dipulangkan kepada pekerja dengan meningkatkan taraf hidup melalui gaji mengikut pasaran.
Peranan ini juga telah dicetuskan melalui teguran membina dan cadangan business plan iaitu "MULTIPLE OPERATOR".
Pendekatan telah dilakukan melalui "pintu belakang" dengan hasrat tidak mahu nama, berbicara empat (4) mata, agar idea - idea diwujudkan dapat disalurkan kepada yang berkuasa.
Dukacitanya setahun berlalu, jalan melalui "pintu belakang" gagal maka 27 pucuk surat dikeluarkan demi memastikan hasrat sebagai "rakan kongsi" berjalan dengan baik, bila niat murni ini tidak dilayan, maka secara prinsip pintu belakang telah pun dilaksanakan, persuratan juga telah dilaksanakan, tapi tidak dilayan, apatah lagi dengan cara permesyuaratan dijawab hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, maka pintu desakan telah terbuka dengan luas, pertikaian terwujud berdasarkan tempoh kurang lebih dua (2) tahun, maka selepas itu terjadilah "PIKET 9 MEI 2014", semuanya berdasarkan satu tempoh yang munasabah, adalah tidak wajar tindakan tatatertib diambil sehingga pembuangan kerja dilakukan, malah disedari bahawa tindakan sedemikian hanya untuk menutup malu, lebih dari itu untuk menutup mulut RUM dengan hasrat meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan, dalilnya surat persetujuan pemulihan kerja kepada 97 orang telah jelas dan nyata meletakkan ahli-ahli RUM dan Organisasi RUM diletakan di bawah pengaruh majikan, bukti dokumen secara bertulis sebagai satu fakta mengukuhkan hujah di bawah aduan Seksyen 4 dan 5 (Akta 177)
Desakan demi desakan dari akar umbi mengenai gaji mengikut pasaran tidak boleh dibendung lagi, bertahun - tahun telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco mahupun dalam Persidangan Perwakilan, maka itu tindakan yang diambil adalah berdasarkan kehendak akar umbi melalui plan strategi yang kemas, memulihkan KTMB, maka pihak pengurusan tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mempertimbangkan gaji di bawah pasaran, malah melalui satu tempoh RUM juga tidak boleh dipersalahkan.
Namun titik tolak ini berakhir dengan percubaan menutup mulut kesatuan iaitu dengan "pembuangan kerja tanpa notis", hasrat murni untuk "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA" dalam satu perjuangan telah diambil tindakan kejam dan sangat zalim.
Makanya wujudlah identiti bagi Presiden KTMB iaitu :-
"NOBODY CAN SAY ANYTHING"
"I'M THE BOSS"
Maka prinsipnya zaman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah :-
"YES BOSS", "OK BOSS"
Says something..
"I sacked u"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
"YES BOSS" PART 1 RAKAN KONGSI
Sebagai Kesatuan Sekerja peranan rakan kongsi adalah menjadi satu harapan, mengeratkan hubungan menjalinkan keharmonian perusahaan, matlamat ini sebagai pemangkin untuk memajukan organisasi.
Namun demikian, andai Syarikat merudum, pembaikpulihan tiada, kedudukan keselamatan terpinggir, gaji di bawah pasaran, maka janganlah kita bersuara, biarkan saja apa yang berlaku kerana kita adalah rakan kongsi.
Sedangkan berbual secara lisan lebih kurang setahun, selepas setahun surat rasmi di keluarkan berjumlah 27 pucuk surat, mesyuarat MBP tiada jawapan, mesyuarat OSHEN berdolak dalih yang memakan masa lebih kurang setahun, adakah itu dipanggil rakan kongsi?
Makanya rakan kongsi perlu berdiam diri, tutup mulut, angguk - angguk, buat apa pun.... Senyum... bila mesyuarat... tepuk tangan... Lepas tu kata.... "YES BOSS!", kalau tuntutan kita minta pun tak diberi, arahan bertentangan, maka kita kena kata "YES BOSS!".
Pada ahli-ahli kalau ini dimahukan maka, bila RUM buat tuntutan.... kemudian BOSS tak nak bagi.... jangan "BISING".... sebab rakan kongsi.... so bila kita tak dapat.... Kita kena jawab.... "YES BOSS!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
19 Disember 2014
YES BOSS
Benar dalam situasi seorang insan yang dinamakan "PEKERJA", maka seorang "PEKERJA" perlu pendekatan "YES BOSS", biarpun "BOSS" membuat salah laku, "YES BOSS" memberi manfaat kepada individu "PEKERJA" dari aspek "KENAIKAN PANGKAT" menikmati "KERJA MUDAH" peluang cerah iaitu "MUDAH HIDUP".
"YES BOSS" secara positifnya sangat baik sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan telah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berniat baik, sentiasa mengutamakan "organisasi" dengan jujur dan amanah demi meningkatkan atau melonjakkan "organisasi" ke arah kecemerlangan. Maka kerjasama kedua-dua pihak akan mewujudkan aktiviti yang sihat dan mampu melonjakkan organisasi.
"YES BOSS" juga boleh mewujudkan "sifat negatif", sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan tidak bertanggungjawab, tidak amanah, ambil mudah dan tidak mampu membawa "organisasi" ke arah kecemerlangan".
Maka implikasi kepada "YES BOSS" banyak memudaratkan "organisasi" sekiranya dijadikan amalan.
Contoh terbaik ialah sekiranya "YES BOSS" menjadi satu amalan, prosedur pula dikebelakangkan maka akan mewujudkan pekerja bawahan mengambil kesempatan "angkat beg". Pendekatan "YES BOSS", dengan hasrat "kepentingan diri" sebagai "batu loncatan" untuk "kenaikan pangkat" maka akan jadi satu pemilihan "kenaikan pangkat" kepada individu pekerja secara "pilih kasih" tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, maka akan runtuhlah "organisasi" atau "syarikat" kerana perlantikan melalui kenaikan pangkat ini kepada individu yang tidak berkualiti dan berintegriti.
Kualiti dan integriti adalah sifat saling berhubungkait untuk menjadikan sesuatu organisasi dalam melonjakkan mana-mana organisasi, prosedur serta peraturan yang wujud diperbuat untuk memastikan setiap perkara khususnya pemilihan dilakukan dengan proses yang ketat demi kepentingan organisasi.
Andai ianya tidak dilakukan, maka akan terjadi satu impak yang sangat berat iaitu "kelemahan organisasi".
Kalau diteliti maka contoh yang kerap berlaku ialah dalam KTMB sendiri, maka itu setiap perlakuan yang berlaku tidak mengikuti , prosedur, peraturan, pekeliling dan undang-undang, maka jadilah KTMB satu badan yang lintang-pukang atau cacamarba.
Secara nyatanya:-
BOSS : "I BOSS, I CAN DO WHAT I WANT TO DO"
STAF : "YES BOSS"
Pekerja :- tafsirannya ialah setiap individu samada Eksekutif atau Bukan Eksekutif adalah pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
16 Disember 2014
Banjir di stesen komuter Batu Tiga Shah Alam
Foto: FB Sukan Star TV |
UPDATE
Mesej di terima di highlightkan dalam Suara RUM
[16/12 22:55]
Kejadian 10 minit y lalu....banjir kilat di kuarters batu3...
[16/12 22:55]
Patot kene buat sesuatu tok kuarters batu 3....tlg bantuan kepada RUM pusat....untuk menyelesaikan masalah banjir y sekian LAMA....management x pena pandang!tolong SANGAT3....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
BELUM BERLAKU
RUM selalu menegur sebelum berlaku setelah mendapat maklumat akan berlaku, bermaksud mengingatkan bahawa perkara - perkara yang tidak sihat supaya jangan dibuat atau pun jangan dilakukan.
Membiarkan perkara berlaku, adalah lebih parah, kerana akibatnya bukan sahaja individu yang melakukan tetapi akibatnya adalah kepada seluruh organisasi.
Bila menyebut organisasi, maka organisasi adalah semua pihak yang terdapat dalam organisasi.
Jadi teguran perlu dibuat demi kebaikan organisasi khususnya KTMB yang menjadi tempat mencari rezeki pekerja khususnya ahli-ahli RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
CARI MAKAN
Sejujurnya kalau nak cari makan, biarlah cari makan dengan ikhlas, dengan tulang empat kerat, bukannya cari makan ikut pintu belakang, cari makan yang orang nampak... bukan orang tak nampak...
Walaupun cari makan ikut pintu belakang, Allah Swt nampak... RUM pun boleh tahu... sebab RUM banyak mata dan banyak telinga..
Jangan sampai RUM tembak...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
15 Disember 2014
SIMPATI
Bila seorang pekerja CSR dibuang kerja datang berjumpa saya minta khidmat nasihat...
Pekerja ini dibuang kerja tanpa diberi peluang membela diri, tanpa surat tunjuk sebab, tanpa siasatan dalaman.
THIS IS MALAYSIA! WE HAVE LAW!
Simpati sangat-sangat, sekiranya ditempat beliau ada Kesatuan Sekerja pasti perkara begini tidak akan berlaku, malah bila diamati pertuduhan dia sangat longgar.
Sebagai Kesatuan Sekerja kira tetap membantu dengan memberi khidmat nasihat agar individu berkenaan dipulihkan kerja, bantuan diberi berdasarkan kerana nasib seorang pekerja yang tempat bekerja tiada Kesatuan Sekerja.
RUM
LAWATAN ITF KE IBU PEJABAT RUM
Terima kasih kepada Bro Mahendra Sharma Setiausaha Agung International Transport Federation Asia Pacific Regional yang hadir ke Ibu Pejabat RUM untuk mendapatkan lapuran tentang "kemelut RUM".
Pihak RUM telah memberi persetujuan untuk membuat laporan ke International Labour Organisation (ILO) mengenai kemelut RUM serta bersetuju ITF campurtangan.
Penentangan RUM ialah tindakan Presiden KTMB yang mewujudkan "UNION BUSTING" terhadap Railwaymen Union of Malaya termasuk syarat-syarat persetujuan meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan pada 96 orang yang telah menerima syarat pemulihan serta syarat kepada Presiden RUM yang tidak menerima syarat persetujuan dan Presiden RUM yang masih dibuang kerja.
Kita akan lawan abis-abisan...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
12 Disember 2014
CERITA PAGI TADI
Pagi tadi aku berborak dengan seseorang, yang nak jumpa aku, kiranya "breakfast appointment" lah....
Bila dia bercerita, aduh... rupanya ramai lagi CEO bermasalah, termasuk seseorang yang sangat besar jawatannya dalam ......... ? sehingga terpaksa mengunakan satu NGO untuk mengusik dalam akhbar, bila keluar akbar, isu menjadi besar, akhirnya berjaya dihentikan seluruh negara, semua pasal wang....
Apa nak jadi... kena usik baru gerak... adakah ini trend zaman sekarang, diusik pula dibuang kerja....
haha .. dunia... dunia...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERJUANGAN BELUM SELESAI!
RUM tidak pernah berdiam diri, Presiden KTMB adalah "SETERU UTAMA" RUM, perlu disingkirkan dari KTMB!
Tidak berfaedah sama sekali menyimpan seorang "yang berniat jahat", terus berada dalam KTMB!
Penindasan dan Kezaliman tidak akan terpadam begitu sahaja!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
10 Disember 2014
PROGRAM KELUARGA KTMB 2014
Namun RUM banyak menerima rungutan bila mana Hari Pekerja KTMB pada 22 Disember 2014 hanya untuk pekerja yang bergaji di bawah RM 1.500.00 dan hanya untuk pekerja yang telah berkahwin.
Adakah pelaksanaan ini munasabah? tidakkah ianya melahirkan rasa kecil hati pekerja yang lain? tidakkah ini mengambarkan sikap pilih kasih? tidakkah ianya boleh dianggap diskriminasi? tidakkah ianya boleh "demoralised" pekerja yang lain? atau mungkinkah mempunyai maksud yang tersirat?
Sebelum nak melaksanakan sesuatu lihat kesannya, bukan membuat sesuatu keputusan mengikut selera sendiri, kerana implikasi kepada pelaksanaan tanpa mengambil kira aspek kesan kepada pekerja adalah satu kesilapan.
Walau bagaimanapun RUM mengucapkan tahniah kerana mengadakan Hari Keluarga KTMB, cuma Hari Keluarga KTMB zaman Pengarah Urusan KTMB terdahulu tiada pilih kasih.
Semua tinggal kenangan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
07 Disember 2014
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kita (RUM) sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik, prinsip "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" menjadi pegangan, dalilnya zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB dan semua Pengerusi KTMB saling hormat menghormati, sentiasa menjalinkan kerjasama, sentiasa bekerjasama dengan matlamat memajukan KTMB.
Dalam hal ini, masalah yang berlaku adalah untuk memastikan kepentingan KTMB dan hala tuju KTMB berada di landasan yang betul, sekiranya tidak maka RUM akan membuat teguran, teguran berdasarkan lisan, bersurat dan tindakan, semuanya berdasarkan tempoh yang munasabah.
RUM bukan sahaja untuk memperjuangkan hak pekerja, tapi KTMB, malah untuk rakyat dan negara.
Selepas 22 tahun diswastakan, KTMB seolah-olah makin kebelakangan, faedah pekerja melalui "take home pay", ketinggalan dari penjawat awam, sedangkan matlamat dan hala tuju tetap kekal sebagai "perkhidmatan sosial".
Kemanakah arah KTMB untuk menjadikan syarikat pengangkutan yang berpotensi, diakui benar kehadiran YB Dato Ir Nawawi Ahmad ada mencetuskan idea dengan "PEMANDU", melalui makluman yang kami terima idea yang dicetuskan adalah sangat baik, usaha YB Dato Pengerusi KTMB sangat kami alu-alukan.
Kami juga berharap ianya bukan setakat atas kertas, tapi "implementasi", kerana 22 tahun telah diswastakan, kami mahu satu anjakan dan lonjakan, demi "mertabatkan" KTMB kembali.
Dari sudut lain Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB tidak boleh keseorangan, kerana dalam melonjakkan sesuatu organisasi, maka KTMB memerlukan satu pasukan yang mantap.
"1. Asas, 2. dasar dan 3.sejarah tidak boleh diabaikan, maka ketiga - tiga struktur ini digabungkan dengan idea inovatif, maka tidak mustahil, KTMB boleh di lonjakan kembali.
RUM suara pekerja bukan eksekutif akan terus kekal sebagai "watch dog", untuk memastikan pemulihan dapat dilakukan.
Source: www.KTMRailwayFan.com |
RUM kekal sebagai rakan untuk memastikan KTMB mampu berubah, malah sebagai pekerja, kami alu-alukan sebarang perubahan, demi memastikan KTMB sebagai pusat pengangkutan yang telah wujud 127 tahun kekal sebagai "pengangkutan terunggul"
Ini hasrat kami golongan pekerja yang sayangkan KTMB.
Matlamat dan perjuangan RUM untuk memastikan KTMB diletakkan di landasan yang betul, landasan yang betul akan memberi pulangan yang baik kepada pekerja, pekerja KTMB telah pun menabur bakti tapi hasilnya mengecewakan kerana kegagalan memulihkan KTMB.
Persoalannya:-
1. Adakah itu salah pekerja?
2. Adakah itu salah RUM?
Kami mahu...
KTMB dipulihkan...
Kami mahu...
Selamatkan KTMB...
Kami tidak mahu...
Sudah terhantuk, baru nak tergadah..
Kami tidak mahu...
Seperti MAS...
Kami tidak mahu...
Kami jadi mangsa...
Kami pekerja...
Kami Rakyat Malaysia...
Kami berhak untuk menyuarakan hak kami....
Selamatkan KTMB..
Selamatlah Pekerja..
Presiden RUM
Mewakili seluruh Warga RUM
Kenyataan selaras dengan keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12.
06 Disember 2014
TANAH KERETAPI
Sedar atau tidak KTMB kini menumpang di atas tanahnya sendiri, semua aset KTMB di letakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Hasil aset keretapi semua dinikmati oleh PAK, KTMB hanya telan air liur sahaja, hilanglah pendapatan sampingan KTMB, sedangkan aset itu sepatutnya diletakkan di bawah KTMB agar KTMB mampu mendapat sumber pendapatan sampingan dan tidak bergantung hanya semata-mata hasil operasi.
Untung PAC, hasil milik KTMB mereka yang ambil, pekerja PAC pula boleh menikmati 2 bulan bonus, sedangkan pekerja KTMB hanya gigit jari mengharap ehsan kerajaan.
Justeru itu dalam "MEMORANDUM RUM" kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, yang telah pun siap, cuma belum diserahkan lagi, hanya akan diserahkan kepada YAB DATO Sri Perdana Menteri setelah kemelut ini selesai, antara lain memorandum ini memohon pertimbangan dari YAB DATO SRI PERDANA MENTERI untuk memulihkan KTMB melalui cadangan-cadangan yang akan dikemukakan melalui memorandum berkenaan.
Semoga dan harapan "aset aset" KTMB diserahkan kembali kepada KTMB untuk menjana pendapatan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
04 Disember 2014
PERMOHONAN "FRIENDS" di FB SUARA RUM
Ramai yang ingin "friends" dengan Suara RUM, setakat ini 162 individu sedang menunggu di "approved", bukanlah Suara RUM tidak mahu "approved", kebanyakannya menggunakan nama samaran, bukan gambar peribadi, terlalu baru dalam berfacebook.
Maka itu yang mana berminat bolehlah inbox untuk memperkenalkan diri, sekiranya ingin membaca, maka semua kenyataan dalam Suara RUM boleh dibaca di :- suararum.blogspot.com
Terima kasih kerana sudi membaca Kenyataan Suara RUM, suara Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB @ Media Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
ZAHARIN MOHD YASIN
Seorang yang saya tidak pernah kenali dahulu, hanya kenalan dalam Facebook, antara penulis Facebook yang saya ikuti penulisannya, boleh dianggap saya salah seorang "peminat setia" yang tidak akan lepaskan peluang bila Abg Zaharin menulis pasti saya akan membaca dan cuba faham maksudnya.
Dari kacamata saya, seorang yang sangat berani membuat teguran terbuka, tulisannya sungguh memberi kesan, sehingga hal ehwal pekerja juga disentuh melalui penulisannya, malah isu RUM juga turut diambil perhatian.
Berbangga dan tidak pernah terasa rugi mengenali beliau, malah ada sekali beliau "deactivate", saya terus inbox, bertanya khabar, kesudian beliau reply dan memberi jawapan balas, melegakan saya.
Akhirnya saya berkesempatan berjumpa di Hotel Hilton, berbual mesra, bertukar pendapat malah menceritakan perkembangan kemelut RUM, beliau melahirkan rasa simpati dan akan usaha untuk membantu, dalam pertemuan itu turut menghadiahkan saya sebuah analogi tulisan beliau dalam Facebook, terima kasih, buku itu satu hadiah yang bererti buat saya.
Alhamdulillah, atas pertolongan beliau juga, maka kemelut RUM dapat perhatian, pertolongan beliau, tanpa sesen pun bayaran dengan tulus ikhlas membantu, kerana beliau dapat menyelami naluri pekerja yang berpendapatan rendah.
Terima kasih, pada Abang Zaharin pertolongan ikhlas beliau telah "menghighlightkan" isu sehingga banyak pihak membuka mata, kini telah sampai ke penghujung sebuah penyelesaian.
Semoga Allah Swt membalas kebaikan dan pertolongan Abang Zaharin.
Bagi pihak RUM saya ucapkan jutaan terima kasih. Teruskan menulis, kerana pena yang menulis lebih tajam dari sebilah pisau.
Presiden RUM.
Dari kacamata saya, seorang yang sangat berani membuat teguran terbuka, tulisannya sungguh memberi kesan, sehingga hal ehwal pekerja juga disentuh melalui penulisannya, malah isu RUM juga turut diambil perhatian.
Berbangga dan tidak pernah terasa rugi mengenali beliau, malah ada sekali beliau "deactivate", saya terus inbox, bertanya khabar, kesudian beliau reply dan memberi jawapan balas, melegakan saya.
Akhirnya saya berkesempatan berjumpa di Hotel Hilton, berbual mesra, bertukar pendapat malah menceritakan perkembangan kemelut RUM, beliau melahirkan rasa simpati dan akan usaha untuk membantu, dalam pertemuan itu turut menghadiahkan saya sebuah analogi tulisan beliau dalam Facebook, terima kasih, buku itu satu hadiah yang bererti buat saya.
Alhamdulillah, atas pertolongan beliau juga, maka kemelut RUM dapat perhatian, pertolongan beliau, tanpa sesen pun bayaran dengan tulus ikhlas membantu, kerana beliau dapat menyelami naluri pekerja yang berpendapatan rendah.
Terima kasih, pada Abang Zaharin pertolongan ikhlas beliau telah "menghighlightkan" isu sehingga banyak pihak membuka mata, kini telah sampai ke penghujung sebuah penyelesaian.
Semoga Allah Swt membalas kebaikan dan pertolongan Abang Zaharin.
Bagi pihak RUM saya ucapkan jutaan terima kasih. Teruskan menulis, kerana pena yang menulis lebih tajam dari sebilah pisau.
Presiden RUM.
03 Disember 2014
Terima Kasih....
Terima kasih yang tidak terhingga pada "Dato" penulis ini dan komen - komen yang diberikan oleh semua penulis yang terus memberi sokongan pada RUM.
"Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262), Bahagian IX Peraturan2: Perkara 58(1) "Menteri boleh membuat peraturan2 bagi maksud menjalankan atau melaksanakan prinsip2 dan peruntukan Akta ini". Maksudnya Menteri ada kuasa, jika nak guna mengikut budi bicaranya. Tiada istilah salah guna kuasa. Khususnya nak selesaikan masalah pekerja KTMB." - Dato Sobri Ahmad didalam FB beliau.
Kami amat menghargai...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
02 Disember 2014
KOMEN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB DALAM WALL RUM
Bagi pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih mengenai komen YB Dato Ir Nawawi Ahmad dalam wall RUM mengenai "spare part", satu kenyataan terbaik, kerana beliau memahami keperluan "spare part", yang mana kenyataan ini menjelaskan bahawa satu kenyataan yang sangat berwibawa dan sangat memahami kedudukan lokomotif.
Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang berkeupayaan dan berkebolehan, namun tidak janggal bagi YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB kerana beliau adalah seorang "JURUTERA BERTAULIAH".
Komen beliau secara tidak langsung telah mengakui kebenaran salah satu dari 27 pucuk surat RUM mengenai kemelut yang berlaku, makanya kenyataan RUM mengenai kelemahan yang berlaku terbukti kebenaran.
Bagi pihak RUM, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB kerana mengesahkan kebenaran RUM.
Pada kami besar pengertiannya bila seorang Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB amat memahami dan mendalami masalah KTMB, pemahaman sangat penting, kerana dari pemahaman maka kita akan dapat mengetahui kelemahan, kunci kepada kelemahan ialah memperbaiki untuk pemulihan.
Terima kasih Yb Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
MAAF SETIAP HARI SELAMA 3 BULAN
Antara yang paling lawak didengari...
Antara ayat yang tidak bijak..
Antara ayat mengambarkan kebongkakan dan kesombongan...
Antara aspek mungkin di bawah "mental psikologi"...
Contoh ayat:-
Saya akan mohon maaf tapi saya tidak ikhlas...
Saya mohon maaf just copy paste..
Saya mohon maaf tapi saya ketawa berdekah - dekah...
Saya mohon maaf sekadar memenuhi syarat...
Pengertiannya :-
"PERMOHONAN MAAF YANG TIDAK IKHLAS"
"Lucu banget"
Apa yang dicari sebenarnya?
Kata sahabat....
"dah meroyan ni"....
Bila tanya wartawan masa sidang akhbar, "pernah tak you dengar permohonan maaf setiap hari selama 3 bulan?"
Tanpa jawapan wartawan....
"mereka hanya ketawa...."
Aduhhhhh..... malunya....
Siapa yang malu.....???????
Maka bertanya pula pada ramai sahabat?
Keputusan RUM tidak memohon maaf adakah satu tindakan betul atau salah?
100% sahabat mengatakan tindakan adalah betul!
Terlalu banyak sebab untuk tidak memohon maaf, kecuali permohonan maaf seperti yang dicadangkan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia bagi pihak kerajaan, maka RUM akan bersetuju.
Antara ayat yang tidak bijak..
Antara ayat mengambarkan kebongkakan dan kesombongan...
Antara aspek mungkin di bawah "mental psikologi"...
Contoh ayat:-
Saya akan mohon maaf tapi saya tidak ikhlas...
Saya mohon maaf just copy paste..
Saya mohon maaf tapi saya ketawa berdekah - dekah...
Saya mohon maaf sekadar memenuhi syarat...
Pengertiannya :-
"PERMOHONAN MAAF YANG TIDAK IKHLAS"
"Lucu banget"
Apa yang dicari sebenarnya?
Kata sahabat....
"dah meroyan ni"....
Bila tanya wartawan masa sidang akhbar, "pernah tak you dengar permohonan maaf setiap hari selama 3 bulan?"
Tanpa jawapan wartawan....
"mereka hanya ketawa...."
Aduhhhhh..... malunya....
Siapa yang malu.....???????
Maka bertanya pula pada ramai sahabat?
Keputusan RUM tidak memohon maaf adakah satu tindakan betul atau salah?
100% sahabat mengatakan tindakan adalah betul!
Terlalu banyak sebab untuk tidak memohon maaf, kecuali permohonan maaf seperti yang dicadangkan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia bagi pihak kerajaan, maka RUM akan bersetuju.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
01 Disember 2014
KESINAMBUNGAN TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA
Setiap perancangan yang lepas adalah baik, maka kesinambungan perlu diteruskan dengan langkah mencambah idea berinovatif, maka idea berterusan dengan penambahbaikan akan memberi manfaat untuk memaju dan melonjakkan sesuatu organisasi.
Secara "bernasib baik" maka pembelian ETS baru dari China ini di bawah "bidang kuasa Kerajaan Malaysia", maka kita bakal dapat melihat jentera baru iaitu ETS dalam KTMB, sangat cantik dengan gaya seiring negara maju.
Maka itu RUM merakamkan terima kasih kepada "KERAJAAN MALAYSIA", yang membeli set ETS baru untuk menampung keperluan pengunaan Rakyat Malaysia khususnya dari Kuala Lumpur ke Padang Besar yang telah siap landasan berkembar baru.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB