RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

28 Januari 2015

PERJUANGAN

Kita selalu berfikir kita mahukan yang lebih...
Kita pula selalu merungut, serba serbi tak cukup...
Kita selalu bertanya apa kita dapat...
Kita selalu bertanya... bertanya dan bertanya...
Kerana apa?
Kerana kita tidak berpuas hati...?
JADI??????
Tanya diri kita...
Apa yang kita mahu?
Tanya diri kita adakah semua itu tak cukup?
Tanya diri kita...
Adakah tahap keselamatan kita terjamin?
Andai semua itu cukup... memuaskan hati... maka kita patut mendiamkan diri...
Andai kita kaki ampu atau bodek... Kita memang pasti tutup mulut....
Andai kita mahu pangkat... maka kita angguk - angguk...
Andai kita mahu projek... maka kita akan kata "YES BOSS"...
Andai kita dah takut.... Kita lari tengah malam....
Maka itu jangan "SALAHKAN RUM", kerana kita dalam golongan ini, kerana kita sendiri dilemahkan kerana adanya sifat kepentingan diri atau kita hanya bijak menyalahkan orang lain atau kita sebenarnya dah kecut perut....
Andai pula ada rungutan, tak cukup, tak puas hati, geram dan marah sentiasa bermain di fikiran kita...
Ayuh bangkitlah...
Jangan diulit mimpi...
Jangan jadi "PENGECUT"...
Kerana kita tidak akan berjaya...
Biarpun kertas kerja berjela - jela...
Apatah lagi KTMB duit tak de...
Merudum pula....
Yang duk di atas sana tak reti kerja....
Citer lebih... bak sang pujangga...
Kita pula hanya kuli sahaja...
Cukup bulan gaji tak cukup belaka...
Bangkitlah...
Ayuh kita terus berjuang...
Demi periuk nasi kita...
Demi masa depan kita...
Jangan gentar...
Jangat takut...
Biar dilambung ombak...
Kita terus berjuang...
Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita...
Singkir mereka, mereka pembinasa...
Perosak masa depan kita....
AYUH..... BANGKIT... BANGKIT... BANGKIT.... TERUS BERSATU WAHAI PEKERJA... BERJUANG DEMI MASA DEPAN KITA..... KERANA KITA ADALAH KESATUAN SEKERJA......

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Januari 2015

RUNGUTAN PENUMPANG

Di Bawah ini rungutan penumpang yang dipanjangkan kepada RUM untuk dipaparkan, pihak RUM ingin memaklumkan ianya adalah masalah pengurusan KTMB dan bukannya pekerja, kelemahan sistem adalah tanggungjawab pengurusan KTMB.


RUM juga memohon pada penumpang, bahawa pekerja hanya menjalankan tugas seperti biasa sedaya upaya menerangkan masalah yang berlaku, mohon jangan menyalahkan pekerja sebaliknya tanya "PENERAJU KTMB", kerana semua tanggungjawab adalah pada "PENERAJU KTMB".

[sinarharian]

SEMANGAT

Sesekali RUM tidak akan lemah, RUM akan terus kuat, RUM akan terus menentang, RUM tidak pernah gentar dah takut.... RUM tetap hebat dan gah.... Biar onak dan duri.... RUM akan terus redah menentang "KEZALIMAN"!

Semangat juang RUM tidak akan pernah luntur, akan terus melawan dan menentang Presiden KTMB sehingga tersingkir nya dari KTMB.

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BUSUK HATI

Kalau hati tu memang dah busuk... tetap busuk... kalau hati tu dah hitam tetap hitam... tak kan mungkin jadi putih...

Begitulah...

Kalau dah undang-undang di cabul... bicara apa lah pun... tegaklah kebenaran semacam mana pun... undang-undang rimba tetap diamalkan....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

26 Januari 2015

TAHNIAH KTMB

Facebook KTMB hanya untuk staf KTMB.


Cuma yang menyertai Facebook KTMB dinasihatkan jangan komen bukan - bukan... sebab ianya tertutup dan berisiko tinggi.. maklumat "one way ticket".

Macam sebelum ini mengwar - warkan KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Tapi di sebaliknya.... nampak atas kertas cantik.... (rujuk suararum.blogspot.com) telah menjelaskan bahawa pengurangan kerugian berjaya dibuat berdasarkan tiada pembaikpulihan serta pembayaran dividen dari saham MRCB dan bukannya hasil pendapatan operasi.

Apapun SUARA RUM adalah suara pekerja yang akan terus menulis "suara kebenaran".

YANG BAIK KITA SOKONG 101%,

YANG BERTENTANGAN, JANGAN SALAHKAN RUM".

Selamatkan KTMB, Selamatlah PEKERJA!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

In Syaa Allah

RUM akan membuat lawatan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada 29.1.2015 untuk bertemu dan memberi sumbangan kepada semua Ahli-ahli RUM yang terlibat Banjir baru-baru ini.

Mengikut catatan yang ada pada RUM seramai 158 orang ahli-ahli RUM terlibat dari Cawangan Kuala Lipis hingga Cawangan Tumpat.

Semoga semua yang terlibat akan tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran ini...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 Januari 2015

Nasihat

RUM terbaca satu komen, individu ni baru acting.... dapatlah pangkat sikit... (acting je pun) hari tu perlanggaran koc masa (........) koc rosak.... tak pun diambil tindakan.. kononnya PO cover line... tap... tap.. dapat acting... Kepala pun jadi besar.... uniform pun tak pakai... oleh kerana besar sangat kepala tu... ialah.. acting kannnn... dia punya kacaulah pekerja... tegur sana tegur sini... konon dia bagus sangat...

Komen RUM acting tu belum tentu... bila2 boleh tarik balik.... tak yah nk bodek giler2... betulkan diri sendiri dulu... Kita tegur orang tak pakai uniform... tapi kita kenalah pakai uniform dulu... kalau sendiri tak betul... jangan tegur orang... tak eluk pun.... nanti bila orang marah... kau juga yang susah.... agak2lah tindakan tu...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TAHNIAH

Yang ini RUM menyokong 101%.... satu pujian diberikan kepada yang mencadangkan...


RUM sentiasa mengalu-alukan perkara terbaik terutamanya "INTERGRITI".

Semoga ianya akan memberi satu nafas baru kepada KTMB dalam membentuk "INTERGRITI TULIN".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kita ini...

Kita tak kan usik orang...
Kita cuba berdiam diri...
Kita tak mahu kacau orang..
Kita hanya buat kerja kita..
Kita biarkan orang usik kita..
Kita biarkan orang kata kita...
Kita biarkan orang umpat kita...
Kita biarkan biarkan..
Kita sabar sesabar mungkin...
Tapi janganlah melampau...
Kita pun ada perasaan. ..
Bukan ROBOT...
Kita juga tahu marah...
Kita juga tahu gaduh..
Cuma janganlah...
Sebab kesabaran kita ada batasnya...


Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

Lari dari perjuangan

Pada Mantan Exco RUM yang lari dari perjuangan kononnya memperjuangkan UPGRADE PEMANDU lari sekerat jalan meninggalkan ahli-ahli sebelum abis perjuangan dengan mengejar pangkat "CAPTAIN" (EKSEKUTIF)

Kemudian mempengaruhi ahli-ahli dengan mengadu domba menunjukkan beliau terbaik, mengunakan hadis memperkatakan beliaulah hati yang teramat bersih.

Jangan mempersoalkan sesuatu dengan membuat tuduhan dan fitnah... kerana Allah Swt sahaja yang lebih mengetahui...

Semoga beliau dirahmati Allah Swt dalam setiap perbuatannya...

Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

21 Januari 2015

JAWATAN

Bila kita dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan, kita sendiri yang menawarkan diri, maka itu amanah dan tanggungjawab.

Justeru itu ianya perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan amanah yang diberikan terlaksana.

Jangan sesekali kita gunakan jawatan kita untuk kepentingan diri, kerana ianya memakan diri.
Kerana setiap amanah yang diberikan kepada kita sekiranya tidak dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab, ingatlah kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Maka itu laksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

Tambah-tambah kita dibayar elaun oleh organisasi, ingatlah elaun itu adalah wang ahli, jangan sesekali memegang jawatan kerana elaun.

Ingatan untuk diri saya...

Abdul Razak Md Hassan
Presiden

20 Januari 2015

SEMINAR MEMPERKASAKAN RUM

RUM akan anjurkan seminar MEMPERKASAKAN RUM pada 23 - 26 Februari 2015 di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson. Semua Majlis Exco, Pengerusi / Setiausaha Cawangan / Belia n Wanita selama 4 hari 3 malam akan terlibat dalam seminar ini, ianya rutin biasa selepas Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan bagi menerapkan pemahaman tentang Kesatuan Sekerja/ Undang-undang Memperkasa serta Hala Tuju Perjuangan Kesatuan Sekerja.

Antara penceramah yang akan dijemput adalah Pemimpin Kesatuan Sekerja dalam Malaysia, Penceramah istimewa iaitu Sdr Zaharin Mohd Yassin dan buat pertama kali RUM akan mengundang dua (2) pemimpin Kesatuan Sekerja dari Indonesia.

In Syaa Allah penerapan ilmu Kesatuan Sekerja akan terus diterapkan pada pemimpin-pemimpin RUM.

Mudah-mudahan pemahaman ini akan memperkukuhkan pengetahuan, memperkasakan perjuangan Kesatuan Sekerja khususnya RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

19 Januari 2015

PROJEK

Bila sebut projek, KTMB boleh dianggap "LOMBONG EMAS", samada projek dalaman mahupun luaran...

Projek inilah yang menjadi rebutan... yang tiada... diadakan... yang tak tahu hal keretapi, berminat sangat dengan keretapi, ada yang langsung 0 (zero) semena - mena nak jadi orang keretapi walaupun kontrak... tak kesah lah walau setahun... waima sebulan...

Maka ada juga yang jual nama, ada yang bawa nama... ada yang bawa surat sekeping... haha... Macam-macam cerita disebalik cerita...

Yang jadi mangsa KTMB... 
Yang jadi mangsa PEKERJA...
Opssss... apa kena mengena dengan pekerja...

Nak tau ke?

Tunggu lah ada masa RUM jawab....

Yang penting nak bagitau KTMB adalah "LOMBONG EMAS"...

Kata orang banyak sangat "MAFIA"....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KOS PEGUAM KTMB Berdasarkan Kemelut RUM

Pihak kesatuan baru mendapat maklumat bahawa kos perkhidmatan lawyer luar (outsource) untuk mendapat khidmat nasihat dan menulis bagi menjawab surat kesatuan dalam tempoh kemelut RUM ialah RM100.000.00 ++++

Mana dia lawyer KTMB, sampai Presiden KTMB terpaksa mengunakan perkhidmatan lawyer luar untuk menentang RUM.

Lawyer KTMB tidak berkemampuan, sebab surat - surat RUM mereka tak mampu untuk menjawab, malah lawyer luar pun tak berani reply surat RUM.

Tidakkah ini satu tindakan pembaziran? Sebab dilihat sudut pertuduhan yang dikeluarkan melalui syarikat guaman luar atau nasihat yang diberikan kepada Presiden KTMB berdasarkan undang-undang rimba atau Syarikat Guaman yang mana berkenaan hanya akur kehendak Presiden KTMB sehingga membelakangkan undang-undang.

Tindakan ini jelas dan nyata satu pembaziran kerana Presiden KTMB mengunakan khidmat peguam luar untuk mempertahankan kepentingan jawatan Presiden KTMB, ianya ibarat mementingkan diri sendiri.

Persoalannya adakah Lembaga Pengarah KTMB menyedari pembaziran ini?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Januari 2015

PENAFIAN REKEMENDASI PRESIDEN KTMB

RUM dengan ini menafikan sekeras - kerasnya kononnya RUM ada merekemendasi mana-mana individu sebagai Presiden KTMB, yang kini tersebar luas dan telah diperkatakan oleh pihak - pihak tertentu.

Sukacita dinyatakan bahawa RUM tidak mendapat sebarang mandat dari Majlis Exco untuk merekemendasi mana-mana individu untuk menjawat jawatan Presiden KTMB.

Justeru itu khabar-khabar angin yang dibawa oleh pihak - pihak tertentu mengatakan bahawa RUM merekemendasi mana-mana individu untuk menjawat jawatan Presiden KTMB adalah "TIDAK BENAR".

RUM tidak akan merekemendasi mana-mana individu, kecuali Majlis Eksekutif mengarahkan berbuat demikian.

Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

15 Januari 2015

SOTONG

Kita berusaha menjalinkan hubungan baik, kita cuba beralah, kita mahu semua kembali seperti sedia kala, tapi malangnya manusia seperti ini, angkuh, main tarik tali, lembik ibarat "sotong".

Saya dah terbakar, tinggal sorang, dulu bebanan saya pikul sangat berat, pemulihan jawatan rakan-rakan saya melegakan walaupun syarat persetujuan tidak boleh diterima langsung, akur demi memikirkan nasib keluarga mereka yang hilang sumber pendapatan kerana kezaliman Presiden KTMB.

Kini tinggal saya sorang dibuang kerja, tidak akur demi menegakkan kebenaran, demi memastikan hak Kesatuan Sekerja (RUM) dihormati, hak kehilangan faedah seperti sumbangan hari raya, backdated, cuti tahunan yang dipotong, ex gratia dikembalikan kepada semua yang terlibat, ugutan melalui Perjanjian yang ditandatangani hendaklah ditarik balik.

Mengambil hak pekerja itu "zalim", mengambil hak pekerja itu "penindasan", menganiaya pekerja itu sifat paling keji, malah kesengsaraan pada saya, tidak akan saya maafkan dunia akhirat.

Semua berpunca dari "SOTONG", hidup dengan kepura-puraan, membenarkan semua perkara ini berlaku, maka maksudnya "SOTONG" ini "BERSUBAHAT".


Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Maybank Loses Defamation Suit Against NUBE

KUALA LUMPUR, Dec 31 (Bernama) — The Malayan Banking Berhad (Maybank) on Wednesday lost in its suit against the National Union of Bank Employees (NUBE) and its general secretary J. Sandagran Solomon over defamatory statements on the company which were published on the NUBE website.
High Court Judge Datuk Hue Siew Kheng, when dismissing the suit, said, the trade union and its officers were immune from lawsuits as provided under Section 22 of the Trade Unions Act 1959.
“The defendants are immune from being sued under Section 22 of the act,” she said in her brief judgment and ordered Maybank to pay RM30,000 in costs to the two defendants.
She made the ruling after hearing evidence from two witnesses from the bank and a testimonial from Solomon.
NUBE
On Nov 24, 2011 the High Court had allowed NUBE’s application to strike out the suit. However, upon an appeal at the Court of Appeal in 2012, the bank succeeded in setting aside the High Court’s ruling and the suit went for a full trial.

Maybank filed the suit on April 22, 2011, claiming that Solomon, acting on his own behalf and NUBE, had in February or March, 2011 published articles containing defamatory statements of the company on the NUBE website.
It claimed that the statements meant that the plaintiff (Maybank) had conducted its affairs in a dishonest manner by seeking to use funds for the sole benefit of its senior management at the expense of and in total disregard of its employees.
Among others, the plaintiff claimed that the statements had implied that the plaintiff (bank) had conducted its affairs in a grossly oppressive and exploitative manner.
The bank contended that it had being seriously injured in its business trading, reputation and goodwill due to the publication of the statements.
It sought damages for libel, aggravated damages and injunction to restrain the defendants from publishing similar defamatory statements against the bank.
Counsel B. Gajendran represented the bank while counsel M. Pathmanathan acted for the defendants.
Source: Bernama

14 Januari 2015

MMC & KTMB KARGO JV

Maklumat yang diterima bahawa satu "presentation" dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB akan diadakan pada 15.1.2015 mengenai JV MMC & KTMB.

Andai benar, maka persoalannya apa specialnya MMC dalam KTMB kerana mampu masuk dalam KTMB untuk membuat due - diligence mengena JV, apa specialnya MMC untuk membuat presentation kepada Board. Luar biasa, perancangan begitu rapi, strategi yang berkesan, tapi tetap di hidu oleh RUM.

Inilah gerakan bawah tanah yang cuba mencari jalan pusing kiri dan pusing kanan sebagai langkah atau cara yang membolehkan MMC memasuki KTMB.

RUM mendesak Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan semua Lembaga Pengarah KTMB menolak sebarang cadangan JV yang boleh mengakibatkan "kerugian peluang" dalam perniagaan KARGO yang sangat berpotensi melalui KTMB. Jangan pecah belahkan KTMB menjadi kepingan roti sehingga tunggak pendapatan KTMB dimiliki orang.

Lembaga Pengarah KTMB perlu mempertahankan Kargo terus kekal dalam KTMB.

RUM juga akan menulis surat rasmi kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA dan Semua Ahli Parlimen Malaysia membantah sebarang usah memperkecilkan skop perniagaan KTMB, kekalkan KTMB seperti biasa demi kepentingan pekerja, seluruh warga KTMB dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 Januari 2015

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( PART 9, AKHIR)

Menyedari ianya melibatkan salah laku dasar, maka perlantikan yang dibuat itu tidak betul, maka Lembaga Pengarah KTMB perlu mengambil tindakan segera memberhentikan gejala pembaziran ini, sekiranya ada salah laku tindakan tatatertib perlu diambil.

RUM juga akan menulis surat mengenai perkara ini kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, Semua Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Malaysia mengenai perkara ini.

RUM juga akan terus membongkar satu persatu.

TUNGGU.......

This is RAILWAYMEN UNION OF MALAYA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERCAYA

Pengalaman yang saya lalui ialah kesukaran percaya dengan saya. Tak mengapalah... masalah percaya ini, tidak boleh dipaksa...

"nak percaya... percaya... tak nak percaya... ya...udah... hehe"

Track record telah jelas, pernyataan saya pada setiap mereka yang berkenaan ternyata kebenaran, kerana tidak percaya, maka jadilah kemelut yang berpunca dari tidak percaya... (termasuk yang lama-lama)

Bila tidak percaya, maka yang berkenaan percaya pada orang yang salah, sedangkan orang yang salah mempunyai agenda tertentu..

Akhirnya... terserlahlah hasrat... punca percaya pada yang salah... tapi siapa tahu... tak ada orang tau... malah tiada yang mahu percaya...

Jawapanya terletak pada saya sendiri selaku Presiden RUM.

Sorrylah... kenyataan berbelit - belit... sebab yang dituju kenyataan ini sahaja yang akan faham...

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( PART 8 )

RUM turut difahamkan bahawa Lembaga Pengarah KTMB juga tidak merestui kewujudan jawatan ini, sebaliknya diwujudkan berdasarkan "special case" dengan "restu" melalui bidang kuasa "President KTMB", mungkinkah perlantikan ini kerana "menjaga hati" atau mungkin dengan hasrat "special case" boleh meletakkan "di bawah pengaruh".

Justeru itu, adalah dinasihatkan perkara seperti ini hendaklah dihentikan, harus disedari perlantikan tidak boleh dibuat sesuka hati, kerana KTMB mempunyai peraturan dan prosedur, janganlah guna sesuatu kehendak membelakangkan kehendak peraturan dan prosedur.

Ikuti sambungan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( Part 7 )

Suka dijelaskan bahawa KTMB bukan badan politik sehingga memerlukan "pegawai khas", manakala KTMB adalah sebuah Syarikat yang berorientasikan "Business", justeru itu "Pegawai Khas" yang "tidak perlu" tidak sepatutnya diwujudkan kerana boleh menyebabkan pembaziran wang malah perlantikan yang dibuat juga tidak memenuhi kehendak "PERJANJIAN BERSAMA".

Janganlah kita mewujudkan pembaziran, dengan hanya sekadar "mungkin" membalas budi, pengertiannya perlantikan yang berasaskan "membalas budi" adalah sesuatu yang tidak sihat. Eh... ni pun tak betul ke... maaf lah... RUM tersasul....

Ikuti sambungan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

12 Januari 2015

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB (PART 6)

Memang sukar hendak dipercayai, malah beberapa andaian boleh dibuat, adakah ianya merupakan fitnah, pada RUM kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoncang, mustahil pihak RUM membuat cerita, justeru itu, pihak RUM menyatakan bahawa sekiranya ingin kebenaran part 5 telah meminta pihak Lembaga Pengarah KTMB menyiasat kalau perlu memanggil Pegawai Khas yang mana berkenaan membuktikan dengan mengemukakan passport serta individu yang mana berkenaan bagi membukti dan mengesahkan tiada perjalanan ke luar negara pada tarikh berkenaan iaitu BERLIN. Andai terbukti RUM mengada-ngadakan cerita maka pihak RUM tiada masalah untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan ini. Andai kebenaran di pihak RUM maka tindakan perlu diambil bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berdasarkan perlantikan yang telah dibuat, pihak Lembaga Pengarah KTMB perlu berani menegakkan kebenaran bagi memastikan Lembaga Pengarah KTMB mempunyai integriti, kerana amanah dan tanggungjawab yang diberikan adalah untuk memastikan KTMB sebuah syarikat yang bersih, berintegriti dan berdaya maju.

Ikuti sambungan seterusnya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENGALAMAN

Saya belajar dari beberapa orang yang mahir dalam seluk beluk Kesatuan Sekerja, termasuk pemahaman undang-undang dan pengetahuan dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad, selebihnya dari pengalaman, pengalaman banyak mengajar saya, sehingga saya mampu membuat keputusan, keputusan itu betul... Alhamdulillah, keputusan itu salah... maka itu lah pengalaman...

Justeru itu saya akui bersama-sama dengan rakan-rakan kepimpinan kesatuan.. kita telah membuat satu kesilapan besar kerana merekemendasi Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia.

Pengalaman ini membuatkan kami jadi "FOBIA", kerana harapan kami pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB sangat tinggi ibarat permata, tapi meleset sama sekali, bila lama kelamaan kita mengenali bahawa yang dianggap permata sebenarnya kaca.

Justeru itu "FOBIA" ini telah mengantui kami, kerana kami terpedaya dengan watak tanpa mengenali latar belakang, kami terlambat mengkaji latar belakang, sehingga kami menimpa bala yang sangat dasyat, kami teraniya, kami dizalimi dan kami dibuang kerja tanpa notis, semata-mata dengan niat Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja.

Cukup-cukup sudah, itulah jawapan yang sewajarnya.. sememangnya kami menyesal... tersangat menyesal... kesilapan kami berdasarkan ketetapan Persidangan Perwakilan yang ke 11.
Kepercayaan yang diberi hanya sekali, tidak mungkin dua kali.... tidak mungkin mengulanginya lagi....


Abdul Razak MD Hassan
Presiden

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( Part 5 )

Sekiranya andaian ini salah, maka pembuktian selanjutnya ialah melalui pengesahan "passport" bagi tujuan siasatan, berkemungkinan Lembaga Pengarah KTMB boleh mengarahkan siasatan dibuat, kerana pihak RUM hanya mampu menghighlightkan perkara ini, tindakan yang jujur perlu dilakukan demi memastikan "tiada udang di sebalik batu", kerana pihak RUM sebagai "watch dog", sentiasa memantau dan menjaga kepentingan KTMB, kita tidak mahu imej KTMB terjejas kerana sikap yang tidak bertanggungjawab atau unsur-unsur yang boleh menimbulkan gejala yang tidak sihat.

Ikuti sambungan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( PART 4 )

Persoalannya apakah tujuan atau hasrat "Pegawai Khas" ini ke Berlin berdasarkan kepentingan KTMB atau kepentingan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dalam tugas atau keperluan tugas? atau sekadar urusan "peribadi" iaitu melancong, kalau benar melancong, itu tidak mengapa, tapi tak kan melancong, dalam masa yang sama berada dengan pihak - pihak tertentu bersama seseorang.
Siapakah gerangan seseorang itu?

Biarlah setakat ini dirahsiakan.

Ikuti sambungan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( Part 3 )

Bila mewujudkan "pegawai khas" "seolah-olah" ada sesuatu yang tidak kena, "andaian" mungkinkah mempunyai agenda "tersirat", kerana sesuatu kenyataan tanpa fakta memang sukar dibuktikan, tapi dari info yang diterima ketika di Inno Trans 23-26 September 2014 di Berlin melalui rombongan rasmi KTMB, "pegawai khas" ini turut berada di Berlin, rasa sangsi, mula timbul adakah ianya hadir atas urusan peribadi atau ditanggung oleh pihak tertentu, kalau hadir atas rombongan KTMB, apakah "expertise" yang dimiliki oleh "pegawai khas" ini? kalau pergi ke Berlin atas urusan yang sama, tapi tidak ditanggung oleh KTMB, maka siapa yang tanggung?

Ikuti sambungan seterusnya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Januari 2015

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB ( Part 2 )

Ketika Ybhg Dato Seri Ir Mohd Zin Mohamed Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang juga Ahli Parlimen Sepang dan beliau juga adalah koordinator BN Selangor, kesebukan beliau ketika itu dikira "teramat sangat" disebabkan kehadiran PRU 13 namun beliau tetap tidak mempunyai "pegawai khas", sebaliknya beliau sangat bijak menguruskan masa dalam urusan menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, malah pentadbiran KTMB melalui kerjasama semua Lembaga Pengarah KTMB berjalan dengan kemas dan terancang, mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi, cukup di hormati malah tiada sesiapa mampu meletakkan beliau di bawah pengaruh, ketelusan dalam menjalankan tugas dan seorang "pemimpin yang sangat baik" ketika menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Ikuti sambungan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEGAWAI KHAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB (Part 1)

Melalui pengalaman RUM dengan semua mantan-mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang lepas, tidak pernah RUM mendengar atau mengetahui bahawa mantan-mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mempunyai Pegawai Khas. Dari mendiang Tan Sri Selvarajah, Tan Sri Tong Yaw Hong sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif KTMB, seterusnya dengan jawatan Pengerusi (tiada eksekutif power) jawatan "pegawai khas" yang tidak wujud, kerana "job speck" Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB tidak memerlukan "pegawai khas".

Ikuti sambungannya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Januari 2015

Bukti kukuh

Ke Jabatan Perhubungan Perusahaan, Putra Jaya, di bawah aduan Seksyen 4, Akta 177.
Terima kasih Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memberi bukti kukuh pada RUM.
Same like u... No Compromised!
But we fight by laws... not jungle law!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

06 Januari 2015

KTMB rugi RM250 juta

Kuala Krai: Kira-kira 300 penduduk terjejas berikutan landasan kereta api yang dijadikan jambatan menghubungkan penduduk Kampung Kemubu, di sini, dengan beberapa kampung lain dekat Stesen KTMB Kemubu runtuh akibat banjir lalu.

Malah, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganggarkan kerugian ditanggung mereka mencecah RM250 juta bagi kerosakan aset miliknya di seluruh pantai timur.

Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, nilai kerugian itu membabitkan jambatan dekat Stesen KTMB Kemubu yang runtuh, lokomotif rosak dan beberapa landasan lain termasuk bangunan milik syarikat.

“Dua stesen kami iaitu di Kemubu dan Stesen Kuala Krai rosak dan tidak boleh digunakan lagi setakat ini termasuk landasan juga banyak yang musnah. [HM]

05 Januari 2015

Bukti Railwaymen Union of Malaya (RUM) di pihak yang benar

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

Dipaparkan Surat Rasmi Kesatuan kepada "UMUM" bagi membuktikan bahawa Railwaymen Union of Malaya ( RUM ) di pihak yang benar.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

--------------------------------------------------------------------------
Bil. : ( 128 ) dlm RUM 093
Tarikh : 2hb. Januari 2015

Kepada:
YB. Dato’ Ir Hj Nawawi Hj Ahmad
PengerusiLembaga Pengarah KTMB
Keretapi Tanah Melayu BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur

DAN

Semua Ahli Lembaga Pengarah.
Salinan:Datuk Elias Kadir
Presiden KTMB.

DAN

Semua Ketua Jabatan
UNTUK PERHATIAN
Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 
Putrajaya

YB. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem
Menteri Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9 Blok D3, 
Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 
Putrajaya

YB. Dato’ Pengerusi,

Tindakan Tatatertib Bertentangan Dengan Peruntukan Akta

Dimaklum baru-baru ini pada ‘26hb November 2014’ pihak pengurusan KTMB telah mengadakan ‘majlis urus tandatangan’ bagi maksud pengambilan balik kakitangan-kakitangan kononnya telah dibuang kerja atas sebab dakwaan ‘PENGURUSAN KTMB’ bahawa mereka didapati bersalah ‘TIDAK MENGIKUT KOD ETIKA dan MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PIKET HARAM PADA 9HB. MEI 2014’.

2. Berdasarkan ‘bukti kuat’ tentang kebenaran ‘hak peruntukan daripada ‘DUA NASKHAH AKTA’ iaitu ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 (AKTA 177)’ dan ‘AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 (AKTA 262)’ sebagai ‘asas dan panduan’ untuk menjustifikasikan tindakan bagi membuktikan yang mereka sebenarnya ’tidak bersalah (innocence)’ sebaliknya telah ‘dibuang kerja’ oleh ‘amalan tidak sihat PENGURUSAN’.

3. Secara jujur, pada masa yang sama juga surat ini menjadi suara ‘KESATUAN’ bagi mempertahan ‘kebenaran’ hujahan ‘KESATUAN’ yang telah didedahkan dalam naskhah ’memorandum’ kepada ‘YAB. Dato’ Sri Perdana Menteri’ bertarikh pada ‘‘19hb. November 2014’ atas topik ’Tindakan Tatatertib Bertentangan Dengan Peruntukan Akta’ di bawah rujukan ‘bil. (90) dlm RUM 082’ tentang penyelewengan ‘PENGURUSAN KTMB’. Adalah menjadi tanggungjawab ‘KESATUAN’ ini mempertahankan kebenaran hak peruntukan ‘AKTA 177 dan AKTA 262’ sebagai pelindung ‘URUSAN dan AKTIVITI KESATUAN SEKERJA’.

4. ‘KESATUAN’ ini berani melabelkan ‘PENGURUSAN KTMB’ yang diketuai oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ sebagai pihak yang ‘buta peraturan’ kerana telah mengeksposkan perbuatan ‘melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)’. Tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ secara sesuka hati ‘BUANG KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah dengan membelakangkan ‘peruntukan AKTA’ adalah satu perbuatan ‘berniat jahat’ untuk kepentingan tertentu dan kesannya merosakkan ‘IMEJ SYARIKAT’.

(BAHAGIAN ‘A’ )
MELANGGARI PERUNTUKAN HAK ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’DAN MENAFIKAN KEBENARAN PERUNTUKAN HAK ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’

5. Dakwaan ‘KESATUAN’ memang tepat bahawa ‘PENGURUSAN KTMB’ telah melanggar peruntukan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ di bawah peruntukan ‘SEKSYEN (5) - Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu’ iaitu dibawah subseksyen ‘(5)(1)Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja sedemikian boleh - (d) memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu - (d-ii) menyertai penajaan, pembentukan, atau aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja.

6. Dengan ini jelas bahawa dakwaan kami di’PARA (5)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata “memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu - (ii) menyertai penajaan, pembentukan, atau aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja” adalah benar kerana telah berlaku ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah dan pengambilan balik bekerja tidak mengikut kaedah ‘AKTA’. Perbuatan tersebut jelas merupakan suatu perkembangan yang tidak sihat menterjemahkan usaha tedesak ‘TANDA MELAKUKAN KESALAHAN’.

7. Jaminan ‘tanpa diskriminasi dan bias’ sebagai penghakiman ke atas ‘TUJUAN-TUJUAN AKTIVITI KESATUAN’ telah diyakini suaranya dalam ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dijelaskan di bawah ‘SEKSYEN (2) -Tafsiran’ dipetik sedikit butiran mustahak sahaja yang berkaitan dengan subjek ‘KESATUAN’ menyatakan antara lain ialah:- ‘kesatuan sekerja’ atau ‘kesatuan’ ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut yang berkenaan:-

(a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa, dan
(b) sama ada sementara atau tetap, dan
(c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:-
(bermula dari (i) dan (ia) dan (ii) dan (iia) dan (iii)).

8. Di sini, ‘KESATUAN’ ini perlu tekan kepada pernyataan hujah yang ‘bertanda garisan (underline_____) di bawah pernyataan ayat (c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut)’ adalah pernyataan penting dari sudut ‘perundangan’. Dengan ini jelas bahawa ‘BERPIKET’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’.

9. Diakui tentang kebenaran aktiviti ‘BERPIKET’ oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif. Pernyataan ini telah dijelaskan dalam ‘MINIT MESYUARAT ANTARA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN / KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD DAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB PADA 26 OGOS 2014’ dan dipetik cabutannya menyatakan ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif menyatakan kami tidak ada halangan untuk berpiket. Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan bukan sebab piket, Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan disebabkan tidak mengikut tatakelakuan mengikut Kod Etika’.

10. Pihak ‘KESATUAN’ mempersoalkan sejak bilakah kesatuan ‘wajib memberi komitmen’ mematuhi ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’?. Siapakah yang mengeluarkan kertas arahan ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’? Adakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ itu satu arahan daripada ‘PENGURUSAN’ secara ‘ex-parte’ kepada kakitangan atau kesatuan? Apa kena mengena dengan ‘KESATUAN’?. Adakah kertas ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ mendapat restu daripada pihak kesatuan? Adakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ lebih tinggi ‘mutu dan peraturannya’ daripada kebenaran ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku ‘AWARD Mahkamah Perusahaan’ yang dikhususkan untuk pekerja-pekerja sahaja tetapi bukannya untuk ‘KESATUAN’.

11. Sekali lagi ‘KESATUAN’ ini mempersoalkan apakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ itu termasuk dalam ‘PROVISO SEKSYEN 40 - Piket’?. Pada ‘KESATUAN’ jawapannya ‘pasti tidak’ kerana syarat-syaratnya telah dinyatakan dengan jelas di bawah ‘PROVISO SUBSEKSYEN 40 - (2)’. Sekiranya didapati ‘benar-benar berlaku kesalahan’ maka urusan ini adalah ‘urusan Mahkamah’ untuk ‘mensabitkan kesalahan’, tetapi ‘BUKANYA urusan MAJIKAN / PENGURUSAN KTMB’ kononnya menggunakan kuasa ‘prerogative (hak istimewa) Pengurusan’. Jika dilakukan juga ianya boleh ‘timbul keraguan’ kerana ‘menafikan hak prinsip keadilan’ di sebabkan urusan ini adalah ‘subjek perundangan’ yang ada hubung kait dengan ‘AKTA’. Persoalannya mengapakah pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ sengaja melakukan juga? dan jawapanya jelas ialah ‘SALAHGUNA KUASA’

12. ‘KESATUAN’ ini sarankan sekali lagi bahawa perbuatan ‘PENGURUSAN KTMB’ sedemikian jelas mendorongkan kepada suntikan ‘penyalahgunaan kuasa’. Sesungguhnya kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersandarkan kepada kebenaran peruntukan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ bahkan juga ‘tidak mematuhi’ kaedah ‘‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku “AWARD Mahkamah Perusahaan” adalah amalan merendah-rendahkan martabat intelektualnya.

13. Pada masa yang sama juga ‘KESATUAN’ ini menyelar tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ melanggar peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1)’ sebagai berkata ‘Tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktivi-aktiviti yang sah.’

14. Dipercayai pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ tidak mempunyai alasan ‘yang kuat dan kukuh’ untuk ‘menafikan mahupun menolak’ peruntukan ‘SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN - SUBSEKSYEN 4(1) - AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ yang mana intinya seperti dimaklumkan di ‘PARA (13)’ di atas dalam surat ini. Dipetik sekali lagi ‘ayat larangan’ sebagai berkata ‘Tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan menghalang menyertai aktivi-aktiviti kesatuan yang sah.’

15. Dakwaan ‘KESATUAN’ adalah benar dilihat peranan ‘PENGURUSAN KTMB’ secara terangan dan tidak ‘ragu-ragu lagi’ secara terangan berani ‘campurtangan’ dengan melanggar peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1)’. Isu ‘campur tangan’ ini adalah ‘FAKTA TERPENTING’ yang menunjukkan kegagalan urus tadbir syarikat dengan sengaja membelakangkan peruntukan ‘AKTA’. Agenda ‘gadai maruah’ seumpama ini boleh memberi implikasi buruk ke atas ‘syarikat KTMB’ khususnya dari sudut ‘persoalan disiplin urusan pentadbiran’ mengekposkan perlakuan ‘berniat jahat’ cuba menghalang ahli-ahli kesatuan menyertai ‘aktivi-aktiviti yang sah’.

16. Tiada sebarang keraguan lagi bahawa hak ‘BERPIKET’ pada ‘9hb. MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang hingga 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan termasuk mempamerkan slogan tentang ketidak wibawaan Presiden KTMB’ di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’ yang dibenarkan oleh ‘AKTA’. Pengakuan tentang kebenaran ‘BERPIKET’ telah disuarakan oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif’ dalam ‘MESYUARAT ANTARA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN / KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD DAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB PADA 26 OGOS 2014’. Sila rujuk kepada ‘PARA (7) dan PARA ( 8) dan PARA (9) dalam surat in.

17. Pendedahan tentang salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ yang dipimpin oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ hari ini yang ‘kabur undang-undang’ telah mengenakan pertuduhan yang ‘tidak cerdik’ ke atas ‘PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah melalui surat ‘PENGURUSAN’ di bawah perkara ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ adalah bukti ‘penyelewengan’. Butiran pertuduhannya ‘menafikan hak atau memaksa atau menghalang seorang pekerja menyertai aktivi-aktiviti kesatuan yang sah (mengingkari SUBSEKSYEN 4(1))’.

18. Dakwaan ‘pertuduhan cacat’ menunjukkan salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ secara ‘terancang’ bagi ‘mensabitkan kesalahan pekerja’. Perbuatan ini dilihatkan tidak konsisten dan ketidaksamaan sebaliknya menerjahkan ‘pembohongan dan propaganda’ menafikan ketelusan dalam urusan ‘tindakan tatatertib’ dalam tadbiran syarikat. Amalan ‘melampaui kuasa’ yang bercanggah dengan peruntukan ‘AKTA’ pasti boleh melahirkan ‘kerenah penyelewengan’ dan ‘fakta penyelewengan’ adalah ‘ibu segala penipuan’.

19. Dilihat cara susun atur penulisan ‘tindakan tatatertib’ yang terdapat dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ telah menyimpang jauh daripada ‘panduan siasatan tatatertib’ mengikut ‘prosedur tindakan tatatertib Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Pekeliling Syarikat ‘MNL / HRM / 01 / 2008’ ke atas ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ seolah-olah ideanya diilhamkan secara ‘gopoh-gapah dan bercelaru’ dalam keadaan ‘environment terdesak’. Kegagalan mematuhi aturan dan peraturan yang termaktub dalam ‘Pekeliling Syarikat - MNL / HRM / 01 / 2008’ yang telah dipersetujui oleh ‘KESATUAN’ untuk kegunaannya adalah ‘satu kesalahan’. Di sini ‘KESATUAN’ ini ingin memetik (quote) catatan dalam ‘prosedur tindakan tatatertib (MNL / HRM /01 / 2008)’ - Perkara (3) - ‘TINDAKAN DISIPLIN’ (muka surat 2 daripada 123) sebagai berkata ‘Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat kakitangan yang gagal mematuhi manual dan prosedur di atas atau menyalahgunakan kemudahan ini’.

20. Kes ‘PEMBUANGAN PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah kerana ‘BERPIKET’ sepatutnya pihak ‘Pengurusan KTMB’ menangani secara bijaksana dan jangan terjerumus ke dalam konfliks tidak berfaedah. ‘KESATUAN’ ini telah memaklumkan di ‘PARA (8)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata ‘dengan ini jelas bahawa ‘BERPIKET’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’ dan diakui kebenarannya oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif’. Penjelasan ini membawa makna bahawa ‘AKTIVITI KESATUAN’ adalah satu program pelbagaian atas perkara ‘kebolehjangkaan atau tidak’ selaras dengan kehendak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ seperti diterangkan di bawah ‘PARA (7) dan PARA (8)’ di atas dalam surat ini.

21. Tuduhan ‘KESATUAN’ bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah mencabuli urusan hak ‘AKTA’ adalah perkara ‘benar-benar berlaku’. Tiada keraguan lagi telah terbukti melalui dedahan ’tembelanganya’ tercatat dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ dan kertas ini adalah ‘dokumen bukti’ yang penting.

22. Sesungguhnya pertuduhan dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ ke atas ‘INDIVIDU’ adalah ‘rapuh’ di sebabkan ‘AKTIVITI BERPIKET dan semua jenis aktiviti pada hari tersebut ‘9hb.MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang dan 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan’ di bawah ‘Pelatform atau Pentas Kesatuan Sekerja yang dibenarkan oleh Akta’ 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ seperti penjelasan di bawah ‘PARA(7) dan PARA (8)’ di atas dalam surat ini.

23. Pertuduhan ke atas ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ seolah-olah mereka telah menjalankan ‘aktiviti cemar’ sedangkan ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ adalah pekerja-pekerja dengan ‘rekod nama baik cemerlang’ memberi ‘perkhidmatan kepada KTMB’ dengan ‘penuh didikasi. Malangnya telah dicemari oleh perbuatan ‘jahilliah yang tidak bertanggungjawab’ oleh ‘PENGURUSAN KTMB’ sendiri.

24. Justeru itu, tuduhan ke atas ‘pekerja-pekerja secara individu’ pada hari ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ kononnya tidak mematuhi ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ adalah pertuduhan ‘JAHAT’. Diulangi lagi pernyataan bahawa syarat-syarat ‘sebagai PROVISOnya’ telah diterangkan dengan jelas di bawah ‘Subseksyen 40-(2) - AKTA 177-PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’, tetapi ‘For Sure’ bukannya disebabkan ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ yang ditentukan oleh pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ mahupun ‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ sehingga menjadikan ‘Piket’ di bawah ‘Seksyen 40-Piket-AKTA 177-PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ sebagai ‘HARAM’.

25. Sekiranya benar didapati ‘ada unsur-unsur yang tidak sihat ATAU bersalah’ maka urusan ini adalah ‘urusan Mahkamah’ bagi ’mensabitkan kesalahan’, tetapi bukannya ‘urusan MAJIKAN’ kononnya boleh diletakkan sebagai penentuan kuasa di bawah bidang kuasa ‘prerogative (hak istimewa) Pengurusan’. Penjelasan mengenai ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ telah diterangkan ‘di PARA (10) dan PARA (11)’ di atas dalam surat ini.

26. Pihak ‘KESATUAN’ terkilan mengapa pertuduhan membabitkan dengan ‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’?. Perlu diingat bahawa ‘KESATUAN’ adalah ‘PEMETRAI PERJANJIAN KOLEKTIF’ yang dikawal ketat oleh ‘ARTIKEL (2) - PIHAK-PIHAK DALAM PERJANJIAN dan ARTIKEL (3) - PRAKATA’.

27. ‘KESATUAN’ ini sedar tujuan tersirat pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ mengadakan ‘majlis tandatangan’ pada ‘26hb. November 2014’ khususnya untuk kakitangan-kakitangan kononnya telah dibuang kerja ialah bertujuan ‘mengambil balik BEKERJA’. Di samping itu perkara utama ialah memelihara imej dan kepentingan ‘Datuk Elias Kadir, PRESIDEN KTMB’ selaku ‘ketua pentadbir syarikat’ bertujuan ‘menarik perhatian umum’ atau memberitahu ‘kononnya’ tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ sedemikian adalah ‘penanda tidak bersalah’ yang mereka tidak melanggari mana-mana ‘PERUNTUKAN AKTA’, sebaliknya pihak ‘KESATUAN’ lah yang ‘bersalah’ melanggari peruntukan ‘AKTA’. Di sebalik ‘sandiwara kelakar terancang’ melalui temasya ‘majlis tandatangan’ dilihat letak-duduknya ialah ‘bermotifkan kawalan’ bagi menghasil kuasa ‘jaminan atau akujanji’ yang ‘Penandatangan’ tidak akan lagi mengulangi ‘perbuatan sejenis sedemikian’.

28. Perbuatan ‘menandatangani’ melalui ‘majlis urusan tandatangan’ tidak mencerminkan kesungguhan ‘PENGURUSAN KTMB’ mempertahankan reaksinya ‘tidak melanggari’ mana-mana ‘PERUNTUKAN AKTA’ bahkan pada ‘KESATUAN’ bahawa perkara yang salah tetap ‘BERSALAH’. ‘KESATUAN’ ini ‘menentang’ kaedah sedemikian dan menzahir rasa bimbang atas ‘salah guna amalan hak perundangan’ yang tidak menjamin kebaikan kepada ‘Good Governance atau Urus tadbir baik dan bertanggungjawab’. Sebarang penyelewengan ke atas ‘Akta’ adalah sesuatu yang ‘tidak boleh dikompromikan’ kerana ianya adalah persoalan ‘etika amanah dalam prinsip-prinsip dasar kewibawaan, ketelusan dalam pengurusan’.

29. Tidak timbul lagi sebarang keraguan, pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ sedar bahawa ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ dan ‘tatakelakuan’ pada hari ‘BERPIKET’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan’ di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’. Dakwaan ‘KESATUAN’ adalah ‘benar’ berasaskan surat pertuduhan ke atas ‘ORANG-ORANG KENA TUDUH (OKT)’ sebagai ‘bukti kukuh’ yang dieksposkan melalui cara susun atur penulisan ‘tindakan tatatertib’ dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’. Anehnya di sini mengapakah pentingnya ‘majlis tandatangan’ diadakan? Siapakah yang‘mengilhamkan’ temasya karut ini?. Jelas temasya ini ialah bagi menghasilkan kuasa ‘jaminan atau akujanji’ yang ‘Penandatangan’ tidak akan lagi mengulangi ‘perbuatan sejenis sedemikian’. Penjelasan ini telahpun dimaklumkan di ‘PARA (27)’ di atas dalam surat ini.

30. Meletakkan ‘tandatangan’ sebagai syarat ‘jaminan atau akujanji’ memberi natijah jangan mengulangi lagi ‘perbuatan sejenis sedemikian’. Menilaikan kepada pengertian sebenarnya maksud istilah kata ‘jaminan atau akujanji’ itu boleh diterjemahkan ianya ‘meletakkan kesatuan’ di bawah pengaruh atau ‘di bawah kawalan majikan’. Perbuatan sedemikian telah mendorongkan kepada suntikan ‘penyalahgunaan kuasa’.

31. Perbuatan meletak ‘tandatangan’ oleh ‘ORANG-ORANG KENA TUDUH (OKT)’ bagi maksud ‘pelindung syarat atau akujanji’ adalah satu lagi perbuatan yang tidak sihat kerana membelakangkan undang-undang. Secara terangan perbuatan sedemikian boleh diterjemahkan sebagai sengaja ‘melanggari’ dan ‘menolak’ kebenaran peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(3)’ dipetik (quote) sebagai berkata ‘‘Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan dan tiada sesiapapun yang bertindak bagi pihak majikan tersebut atau kesatuan sekerja sedemikian boleh menyokong mana-mana kesatuan sekerja pekerja melalui kewangan atau lain-lain cara, dengan tujuan meletakkannya di bawah kawalan atau pengaruh majikan itu atau kesatuan sekerja majikan-majikan itu”.

32. Secara serius dan tiada keraguan lagi bahawa suara ‘KESALAHAN’ yang berasaskan ‘fakta perundangan’ bermula dari ‘PARA (5) hingga ke PARA (32)’ dalam surat ini, sesungguhnya ‘KESATUAN’ telah berjaya membuktikan ‘kes prima facie’ terhadap ‘PELANGGARAN DAN PENYELEWENGAN KE ATAS AKTA-AKTA’ khususnya atas ‘SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1) dan SUBSEKSYEN 4(3)’ DAN ‘SEKSYEN (5) - Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu’ - di bawah ‘SUBSEKSYEN (5-1-d-ii)’ DAN ‘SEKSYEN (40) - Piket’ yang mana ke semua ‘SEKSYEN’ yang dimaksudkan termaktub dalam ‘AKTA 177- AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’.

(BAHAGIAN ‘B’)
‘KESATUAN’SANGGUP MENGUGUR KESEMUA PERTUDUHAN

33. Diakui isu ‘PELANGGARAN DAN PENYELEWENGAN KE ATAS AKTA-AKTA’ adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan. Walau bagaimanapun ‘KESATUAN’ selaku rakan seperjuangan dengan ‘PENGURUSAN KTMB’ dan ‘KERAJAAN’ sentiasa ‘memberi perhatian utama’ khususnya untuk memajukan pengangkutan rel serta kebaikan ‘KTMB’ bahkan menjaga imej syarikat. Dengan ini ‘KESATUAN’ ini sedia ‘bertolak ansur’ dan sanggup ‘menggugurkan kesemua pertuduhan’ seperti dijelaskan di atas dalam surat ini ‘HANYA’ dengan syarat bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ hendaklah ‘MEMOHON MAAF’ kepada ‘KESATUAN’ dalam tempoh ‘TIGA PULUH (30) HARI’ dari tarikh surat ini.

( BAHAGIAN ‘C’ )
SOKONGAN KEWANGAN TIDAK BERADAB ATAS PERBUATAN YANG TIDAK SAH ATAU PENYELEWENGAN

34. ‘KESATUAN’ ini yakin ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ baru-baru ini adalah satu perbuatan yang ‘tidak sah’. Perbuatan sedemikian tidak berwibawa sarat dengan aksi ‘lakunan cerita wayang’. Tuduhan ‘KESATUAN’ secara berdisiplin dan jujur berdasarkan ‘hujahan dan dalil-dalil benar’ berpandukan peruntukan ‘AKTA’ bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah sengaja ‘melanggari’ dan ‘menolak’ kebenaran peruntukan ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan hak ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’. Tidak timbul lagi sebarang keraguan dan kelemahan tentang berlakunya ‘PELANGGARAN’ tetapi yang jelas telah wujud ‘elemen kepalsuan (falseness)’ dalam kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah yang mana perbuatan ini boleh ditafsirkan ‘menyeleweng’ ke atas ‘Akta’ atau ‘membelakangkan’ peruntukan ‘Akta’.

35. ‘KESATUAN’ ini telah mendedah tentang salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ yang dipimpin oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ mengguna kuasanya ‘melebihi hak kuasanya (ultra vires)’. Perbuatan mengenepikan undang-undang menjadikan ia pemimpin yang tersasar jauh dalam perjuangan untuk menegakkan ‘kepentingan etika amanah’ yang boleh menjatuhkan martabat ‘intelektual kepimpinannya’.

36. Dalam hubungan ini, pihak ‘KESATUAN’ tidak hairan lagi sekiranya ‘PENGURUSAN KTMB’ tidak menunjukkan ‘budaya pentadbiran yang TIDAK bersih dan TIDAK bermaruah’. Umpamanya, mengikut ‘khabar-khabar angin’ yang bertiup kencang bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah mengguna ‘kewangan syarikat secara tidak beradab’ membayar upah perkhidmatan kepada ‘syarikat guaman’ urutan dari kejadian ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ baru-baru ini ke atas mangsa - mangsa yang ‘tidak bersalah’.

37. Sekiranya ‘khabar-khabar angin’ sedemikian ‘BENAR’, maka amalan ini jelas mengutamakan ‘kepentingan peribadinya’ adalah ‘BENAR’ dengan menggunakan ‘wang syarikat secara tidak beradab’ atas tujuan ‘JAHAT’ dengan melakukan secara sengaja ‘memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu menyertai aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja’ seperti dimaklumkan di ‘PARA (5) dan PARA (6)’ di atas dalam surat ini. Perbuatan secara sengaja ‘memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja dengan sebab pekerja-pekerja berkenaan menyertai aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja’ adalah satu usaha pengurusan ‘membalas dendam (revenge)’ kononnya di sebabkan pihak ‘KESATUAN’ semasa ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ telah mempamerkan ‘slogan anti’ Presiden Syarikat ‘Datuk Elias Kadir’.

38. Sekali lagi ‘KESATUAN’ ini ingin memaklumkan seperti dijelaskan di ‘PARA (16)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata bahawa ‘‘BERPIKET’ pada ‘9hb. MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang hingga 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan termasuk mempamerkan slogan tentang ketidakwibawaan Presiden KTMB’ adalah di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’ yang dibenarkan oleh ‘AKTA’.

39. Bahawa pada ‘KESATUAN’, perbelanjaan menggunakan ‘wang halal’ untuk ‘membiayai perbelanjaan’ perkhidmatan yang ‘salah urus tadbir’ yang bertentangan dengan peruntukan ‘Akta’ juga boleh ditakrifkan sebagai ‘penyelewengan’ yang mungkin bertentangan dengan ‘polisi kewangan’ pertubuhan yang berkenaan. Secara jujur ‘KESATUAN’ ini tidak arif untuk mentafsirkan perkara ‘penyelewengan’ sedemikian, tetapi berjanji akan mencari pendekatan dengan badan-badan tertentu sebagai satu usaha bagi mendapat klarifikasi sebenar bertujuan mempertahankan kebenaran hak ‘polisi kewangan’ pertubuhan yang berkenaan sebagai kaedah mengatasi ‘SALAH GUNA’ perbelanjaan ‘wang syarikat’.

40. ‘KESATUAN’ ini memberi ‘fokus secara serius’ atas isu ini kerana amalan sedemikian boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan ‘membiayai perkhimdmatan’ yang bukannya mengikut ‘kaedah yang sah (salah urus tadbir)’ dilihat sebagai penyalahgunaan proses perbelanjaan yang boleh ‘menggadaikan maruah KTMB’. Sesunguhnya ‘KESATUAN’ ini ‘menentang’ sebarang gerak kerja yang ‘menyimpang jauh’ daripada ‘asas, panduan, aturan dan dasar’ sesuatu ‘polisi atau peruntukan’ yang telah termaktub seabagai ‘HAK PERUNDANGAN’.

41. Walau apapun pihak ‘LEMBAGA PENGARAH’ selaku ‘BADAN BERKUASA’ yang mewakili ‘KEMENTERIAN KEWANGAN / KERAJAAN’ ialah bertujuan ‘mengawal dan mengawasi urus tadbir syarikat’. Dengan hal yang sedemikkian badan ini hendaknya ‘jangan mengambil sikap lepas tangan’ khususnya atas perkara ‘kewangan dan terma perkhidmatan kakitangan’ kerana perananan mereka ‘selaku badan kuasa perundangan tertinggi’ di bawah sistem ‘SEMAK DAN IMBANG (check and balance) untuk menjaminkan ‘kebaikan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban’ dalam pengurusan urus tadbir syarikat sebagai ‘isu utama’.

(BAHAGIAN ‘D’)
PENGGULUNGAN HUJAH atau RUMUSAN

42. Saya yang bertandatangan di bawah ini sebagai ‘PRESIDEN KESATUAN’ mewakili ‘KESATUAN’ pada bila-bila masa sedia mencabar diadakan ‘WACANA MENGENAI AKTA’ atau ber‘DEBAT’ dengan sama ada ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ atau ‘YB. Dato’ Ir Hj Nawawi Hj Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB’ atas perkara hak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ dan juga atas perkara ‘KUASA EKSEKUTIF (EXECUTIVE POWER)’.

43. Tujuan utama ‘BERDEBAT’ ini ialah untuk menghasilkan ‘KEFAHAMAN’ atas perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘pekerja-pekerja’. Sesungguhnya ‘BERDEBAT’ adalah penting dalam kontek ‘menjelajah (explore) mencari kebenaran’ yang pasti memanfaatkan ‘Pemimpin’. Mana-mana ‘Pemimpin’ sememangnya tidak suka kalau ada sesiapa ‘bersikap prasangka’ dengan melempar tuduhan yang kita adalah ‘PEMANDU BUTA PERATURAN (blind pilot). Sebagai dikatakan bahawa ‘BERDEBAT’ dapat memberi pencerahan inti ‘AKTA’ agar benar-benar ‘tidak salahgunakan peruntukan’ yang dimaksudkan.

44. Dimaklum bahawa perjuangan ‘KESATUAN’ terus konsisten dan menitikberatkan kepada peruntukkan ‘KUASA AKTA’. Jelas dan terang gerak kerja ‘PENGURUSAN KTMB’ semakin sumbang telah melakukan ‘KESALAHAN’ melampaui ‘keraguan munasabah’ dan ‘BUKTINYA’ seperti dimaklumkan di ‘PARA (32)’ di atas dalam surat ini bermula dari ‘PARA (5) hingga ke PARA (32)’. Sesungguhnya perbuatan sedemikian bertentangan dengan asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan.

45. Perbuatan ‘melebihi hak kuasanya (ultra vires)’ amat kesal sekali. Justeru itu di ‘PARA (33)’ di atas dalam surat ini menyatakan bahawa ‘KESATUAN’ ini sedia ‘bertolak ansur’ dan sanggup ‘menggugurkan kesemua pertuduhan’ seperti dijelaskan di atas dalam surat ini ‘HANYA’ dengan syarat pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ hendaklah ‘MEMOHON MAAF’ kepada ‘KESATUAN’ dalam tempoh ‘TIGA PULUH (30) HARI’ dari tarikh surat ini.

Disudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden.

04 Januari 2015

KTMB alami kerosakan serius

BATU PAHAT – Perkhidmatan kereta api di Kelantan dijangka tidak akan beroperasi selama setahun kerana Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerosakan serius akibat banjir.

Perkhidmatan berkenaan termasuklah, kereta api antarabandar dan daripada negeri lain, yang mana ianya terganggu dan kerajaan sedang mentaksirkan jumlah kerugian sebenar.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, daripada siasatan dan kiraan awal pihaknya bersama KTMB, jumlah kerugian di negeri berkenaan mencecah RM100 juta.

Katanya, kerosakan serius membabitkan landasan kereta api, jambatan serta beberapa stesen yang telah ditenggelami air, di mana ada beberapa peralatan turut mengalami kerosakan, selain beberapa gerabak kereta api.

“Kami menganggarkan perkhidmatan terganggu selama setahun untuk kerja baik pulih.

“Saya harap rakyat di negeri Kelantan yang menjadikan kenderaan berkenaan sebagai pengangkutan utama dapat bersabar dan menggunakan alternatif lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa Program Jom Gunting Rambut Pelajar Sekolah Secara Percuma, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat, semalam.

Menurutnya, selain kerosakan landasan yang begitu serius hampir di keseluruhan negeri, jambatan turut mengalami kerosakan hampir sama, menyebabkan landasan terputus hubungan.

“Paling teruk, jambatan di Kemubu di mana ranap dan musnah akibat dihentam kayu balak yang dibawa arus.

“Dalam membaiki kerosakan berkenaan, pihak KTMB dan kementerian akan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin, dan sepantas yang boleh, kerana kereta api merupakan pengangkutan penting di sini.

“Kita jangka setahun, namun jika boleh beroperasi awal dari jangkaan, pihak kami akan maklumkan,” katanya. [SH]

02 Januari 2015

Pandangan, Kritikan dan Harapan saya terhadap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak KTMB atas perancangan membeli 10 set coach Electric Train Service (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Butterworth dalam masa tiga jam. Menurut Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Nawawi Ahmad, keretapi set baru yang dibeli dari syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR ZELC) dijangka mula beroperasi pada Jun 2015. Tiga set akan memulakan perjalanan mereka pada laluan KL-Butterworth pada bulan Jun 2015. Tujuh akan digunakan secara berperingkat menjelang Januari 2016. Keretapi ETS ini mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam dengan model keretapi sekarang hanya dengan kelajuan 140 kilometer sejam. Unit-unit baru akan dibawa ke Malaysia bermula bulan depan dan mereka akan diuji oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Semua ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik. Sekarang ini pun, kita sudah ada keretapi ETS yang mnghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dalam masa 1 jam 30 minit. Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pihak KTMB atas usaha anda meningkatkan taraf perkhidmatan ke tahap lebih selesa dan cekap.

Umum mengetahui salah satu faktor kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara-negara maju adalah jaringan sistem pengangkutan yang cekap, cepat, selesa dan murah. Apabila tempoh perjalanan boleh disingkatkan ke tahap maksimum, produktiviti pekerja juga meningkat kerana lebih banyak masa dan tenaga boleh ditumpukan untuk urusan pekerjaan berbanding urusan perjalanan. Malah, kereta api laju antara jenis pengangkutan yang mencatatkan kemalangan paling sedikit selepas kapal terbang kerana tidak berkongsi laluan dengan jenis pengangkutan lain (Right of Way). Mengikut kajian, peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan kereta api awam sebagai pilihan pengangkutan tidak sampai 10 peratus. Lebih 90 peratus rakyat Malaysia menggunakan kenderaan persendirian sama ada kereta atau motosikal sebagai pilihan pengangkutan. Kesannya, kita boleh lihat kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun jalan raya dan lebuh raya baru dibina, bilangan kenderaan persendirian yang mendaftar turut meningkat. Mengikut statistik, motosikal menyumbang 48 peratus kepada kemalangan di Malaysia manakala 36 peratus dari kereta. Alangkah ruginya bilamana ramai nyawa generasi muda yang diharapkan menjadi penyumbang kepada kepimpinan dan ekonomi negara banyak dikorbankan di atas jalan raya. Di negara-negara maju, kereta api merupakan sistem pengangkutan utama dan menjadi pilihan masyarakat kerana kepantasan, ketepatan masa dan tambang yang murah. TGV rekaan syarikat Alstom dari Peranchis bergerak pada kelajuan maksimum 574km/j dan merupakan kereta api paling laju setakat ini. Atas faktor keselamatan, TGV hanya bergerak dalam kelajuan 350 km sejam dan menjadi nadi pengangkutan utama di benua Eropah. Sepanjang tahun 2008 sahaja, TGV mengangkut lebih 98 juta penumpang di Eropah. Jepun pula memiliki Shinkansen yang bergerak di atas landasan konvensional. Pada tahun 1996, ujian ke atas Shinkansen berupaya mencecah kelajuan 443km/j. Banyak negara menjadikan Shinkansen sebagai model sistem tren laju mereka. Kelajuannya mampu mencapai lebih 300 km sejam menjadikan Shinkansen ikon kepada kemajuan Jepun dan kecanggihan teknologinya serta membolehkan rakyatnya bergerak pantas dalam persaingan.

Kecekapan sistem pengangkutan awam dan kecanggihan teknologi mempunyai perkaitan yang sangat kuat dengan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, Korea Selatan dan China adalah dua buah negara yang jauh lebih miskin dan ketinggalan berbanding Malaysia ketika merdeka dahulu. Namun, Korea Selatan pada hari ini bangkit menjadi antara negara Asia berteknologi tinggi dengan memiliki jenama besar bertaraf dunia. China pula bangkit sebagai kuasa besar ekonomi dunia. Seperti Jepun, kedua-dua negara ini iaitu Korea Selatan dan China kini menjadi negara utama yang mempelopori teknologi kereta api laju. China kini boleh berbangga dengan kereta api laju buatannya berjenama CNR yang menghubungkan Beijing dan Shanghai selama 5 jam berbanding kereta api biasa yang mengambil masa 10 jam. Kereta api laju yang bergerak pada kelajuan 330 kilometer sejam menyerap banyak idea dari Jerman, Perancis dan Jepun sebelum menukarnya menjadi produk yang lebih baik. Syarikat kejuruteraan gergasi Jerman itu dan Alstom, sebuah konglomerat dari Perancis yang pakar dalam bidang pengangkutan dan sistem janakuasa - telah bekerja untuk CNR selama beberapa tahun dengan membina sistem tren laju itu sebelum China mengambil kesempatan mempelajari pemindahan teknologi tersebut dan membangunkan sistem kereta api lajunya tersendiri. Teknologi kereta api buatan China bukan sahaja mendapat kepercayaan daripada kerajaan Malaysia, malah daripada kerajaan Arab Saudi bagi membina sistem kereta api monorel Mekah dan projek membina sistem kereta api laju Haramain yang akan menghubungkan Mekah dengan Jeddah dan Madinah dengan kelajuan 360 km sejam dan berupaya membawa 72 000 penumpang setiap jam. Kerajaan Turki juga memberi kontrak kepada syarikat China bagi membina sistem kereta api laju yang menghubungkan Ankara dengan Istanbul. Saya difahamkan kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura yang dijangka siap pada tahun 2020 juga menggunakan teknologi dari China. Perkara ini menjadi tanda tanya kepada diri saya, sampai bila negara-negara Islam termasuk Malaysia harus bergantung kepada negara Barat dan Asia Timur? Saya mengimpikan pada tahun negara kita mencapai status negara Islam yang pertama mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, kita akan mempunyai kereta api laju buatan sendiri, tetapi malangnya hasrat itu nampaknya tidak kesampaian. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang mempunyai daya cipta yang tinggi dan menyumbang sesuatu penghasilan dari segi sains dan teknologi.

Cadangan kepada KTMB

Saya mencadangkan pihak KTMB supaya mencotohi Proton iaitu syarikat pengeluar kereta tempatan kebanggaan kita dalam hal ini. KTMB dan Proton mempunyai beberapa persamaan. Pertamanya, Proton dan KTMB dimiliki atau majoritinya dimiliki oleh orang melayu-islam. Semua jawatan dari pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif, pengurus, jurutera sehinggalah teknikal terdiri daripada orang melayu-islam. Kedua, jenis perniagaan Proton dan KTMB memfokuskan kepada pengangkutan. Proton selaku pengeluar kereta, manakala KTMB selaku operasi dan penyelenggaraan kereta api. Tetapi, dari segi tahap kejayaan, Proton lebih berjaya kerana berjaya menjadi pengeluar produk bukan sekadar operasi dan pemasangan. Adakah KTMB tidak mampu mencotohi Proton dalam hal ini? KTMB bukannya baru ditubuhkan malah jauh lebih lama daripada Proton iaitu pada zaman penjajahan British dahulu iaitu 1885 berbanding Proton pada tahun 1985. Ada beberapa perkara yang saya rasa KTMB boleh mencotohi Proton. Pada awalnya, Proton bekerjasama dengan Mitsubishi sebagai rakan kongsi bagi mempelajari teknologi automotif kerana kita memang tiada kepakaran pada masa itu. Untuk Proton Wira, berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Proton Waja yang dikeluar pada tahun 2000 adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan konsultant dari luar dari Eropah dan Amerika disebabkan kekurangan kakitangan. Tahun 2003 mencatatkan kejayaan membanggakan buat Proton apabila kita berjaya mengeluarkan 100% buatan sendiri iaitu Gen-2 termasuk enjin. Enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Kenyataan ini saya ambil daripada jurutera Proton yang bekerja di bahagian RnD, Ada beberapa cadangan praktikal yang KTMB boleh ambil. Antaranya :

1.) Saya dimaklumkan mengenai pembukaan kilang gerabak dan lokomotif kereta api, CSR Rolling Stock Centre (Malaysia) Sdn Bhd, di Batu Gajah, Perak. Kilang itu akan dibina bersebelahan Akademi KTMB dan kilang operasi dan penyelenggaraan KTMB. Ambillah kesempatan ini mempelajari teknologi daripada syarikat tersebut. Kalau boleh, hantarlah beberapa staf dan jurutera tempatan ke kilang pemasangan dan RnD syarikat CSR di China untuk pemindahan ilmu dan teknologi.

2.) Tubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (RnD) dalam organisasi KTMB. Buat permulaan, ambillah konsultant dari Jerman, Amerika, Peranchis, Jepun, Korea dan China bagi melatih jurutera-jurutera tempatan. Walaupun terpaksa menggunakan peruntukan yang tinggi untuk itu, tetapi bagi saya ia mendatangkan keuntungan kepada pihak KTMB untuk jangka panjang. Biar pakar-pakar jurutera dan teknikal KTMB mempelajari teknologi kereta api dari pelbagai negara supaya pengetahuan dan kemahiran mereka bertambah dan dalam masa yang sama boleh manjana inovasi bagi mencipta sistem sendiri yang lebih baik. Apabila kita sudah ada ramai pakar jurutera dan teknikal kereta api kita sendiri, kita bukan sahaja boleh mengeluarkan kereta api sendiri di negara ini malah boleh mengeksport kepakaran dan teknologi ke negara luar yang sedang membangun.

3.) Setakat ini hanya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang menawarkan kursus kejuruteraan kereta api dalam peringkat sarjana dan saya salah seorang daripadanya. Banyakkan lagi kerjasama industri antara pihak KTMB dengan UTHM. Kalau boleh adakan pertukaran pekerja atau pelajar. Pelajar UTHM boleh mengadakan latihan industri di Akademi KTMB dan dalam masa yang sama, pekerja atau staf KTMB melanjutkan pengajian sarjana di UTHM. Hal ini secara tidak langsung boleh mempercepatkan bilangan pekerja mahir berpengetahuan tinggi dalam industri rel.

4.) Selain pemindahan teknologi, satu lagi perkara yang perlu diambil kira oleh KTMB ialah teknologi organisasi. Menurut Peter F Drucker, teknologi organisasi ialah segala ilmu dan amalan terbaik berkaitan pembinaan, pengurusan dan pengendalian organisasi bagi menghasilkan daya keusahawanan serta daya saing tinggi. KTMB mahupun syarikat korporat lain tidak harus memusatkan segala kuasa kepada pemimpin atasan di puncak hierarki. Keberkesanan dan kecekapan tidak akan dapat diperoleh selagi pemimpin atasan membolot semua kuasa dan menjadi pengerak semua inisiatif dan penyelesai segala masalah. Setiap individu dan setiap unit dalam apa jua organisasi termasuk KTMB wajib menyumbang dan memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat bersama. Beri insentif dan kenaikan gaji kepada kakitangan dan pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh, berdaya kreatif dan inovasi serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

Kesimpulannya, negara Malaysia yang sering menjadi model oleh negara-negara islam yang lain yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak harus mencari jalan mudah menggunakan wang dan kekayaan untuk membeli apa sahaja yang dijual oleh orang lain tanpa berusaha mencari jalan menghasilkannya dengan keupayaan sendiri. Bagi mencapai Wawasan 2020 dan negara maju berpendapatan tinggi, kita wajib menguasi ilmu dan teknologi yang diperlukan untuk maju bagi mengelak kita terus dilabel sebagai pengguna dan penumpang. Kecanggihan teknologi apabila digandingkan dengan teknologi organisasi menerusi syarikat berorganisasi besar mampu menjana ekonomi bertaraf tinggi kepada negara Malaysia dan bangsa Melayu-Islam selaku bangsa majoriti di negara ini.