31 Mac 2015
KONSPIRASI
Andai Datuk Elias Kadir Presiden KTMB benar-benar jujur dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka aduan kepada pihak polis dan SKMM perlu dilakukan bagi mengesan individu ini yang menggunakan nama samaran.
Tindakan sedemikian amat wajar bagi tujuan memulihkan imej Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang disebut ayat sangat mengerikan.
Kita tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terpilih, kerana tindakan terpilih akan membuktikan bahawa kewujudan "KONSPIRASI".
Maka itu adalah diharapkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB membuat aduan dengan segera dalam tempoh 24 jam, sekiranya gagal pihak RUM akan membuat aduan kepada pihak Polis dan SKMM mengenai penginaan ini serta mencari siapakah penulis yang mengunakan nick name "LABU LABI".
Mohon maklumkan aduan telah dibuat kepada RUM.
Tkasih.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Satu kenyataan
Dari Labu Labi yang berkemungkinan beliau adalah Abdul Hamid Bin Mire mantan Pengerusi RUM Cawangan Gemas yang memaparkan kenyataan yang menghina Datuk Elias Kadir iaitu
"Takkan binatang nak dijadikan abg"
Satu kenyataan yang memaparkan ayat berbentuk "penghinaan, mencerca dan memalukan Ybhg Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, secara peribadi dan selaku seorang pekerja di media sosial.
Maka itu RUM mencadangkan individu ini diambil tindakan tatatertib seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Bersama dan boleh diambil tindakan "SAMAN".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Perjanjian
Berdasarkan rumusan Perjanjian ketika perbincangan di Parlimen peringkat pertama, kedua dan ketiga yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan ialah :
1. Semua backdated kepada yang terlibat akan di bayar oleh Kementerian Kewangan.
Maka itu urusan Backdated tetap diuruskan oleh Kesatuan Pekerja2 KTMB seperti mana yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
30 Mac 2015
STRATEGI
Maka mari kita fikirkan apakah strategi selanjutnya dari Datuk Elias Kadir Presiden KTMB?
Setelah strategi beliau dipatahkan....
Setelah strategi beliau dipatahkan....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
RAILWAYMEN UNION OF MALAYA TETAP HEBAT
Pada awalnya Datuk Presiden KTMB telah memenangi strategi dengan menakutkan pemimpin-pemimpin kesatuan sehingga membuatkan kedudukan kesatuan hampir kucar - kacir sehingga saya selaku Presiden RUM hilang fokus kerana terlalu banyak masalah keliling berlaku dan cuba diselesaikan tapi agak buntu.
Hari ini RUM telah kembali pulih seperti sediakala dan boleh menumpukan fokus kepada matlamat tentang kemelut antara RUM dan Presiden KTMB seterusnya memfokuskan matlamat SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA.
Alhamdulillah, syukur pada Allah Swt dalam menangani isu yang berat ini dapat dilakukan dengan baik, penyelesaian telah dihuraikan. Maka strategi Datuk Presiden KTMB adalah "GAGAL", kini RUM melangkah lagi satu arah untuk terus berjuang selaras dengan peruntukkan undang-undang.
Datuk Presiden KTMB, RUM tetap akan terus hebat dan tidak sesekali boleh diletakkan di bawah "PENGARUH MAJIKAN", pemimpin pergi, makin ramai pemimpin yang ganti dan mereka benar-benar "PEMIMPIN TULIN", yang boleh digelar "UNIONIST".
Mantan Presiden RUM "DONALD UREN adalah idola kami, "DONALD UREN" terus meninggalkan "PEJUANG - PEJUANG TULIN" dalam arena "KESATUAN SEKERJA".
Kami akan terus berjuang demi ahli-ahli RUM seterusnya untuk warga KTMB dan yang penting kami akan menjaga kepentingan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Ruang Keadilan
(PELUANG KEADILAN)
BOLEH DI RUJUK KEPADA :-
1. PENIMBANGTARA
2. JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA
3. MAHKAMAH TINGGI.
Ini adalah proses yang patut digunakan bagi mencapai keadilan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Pihak Kesatuan tidak akan teragak - agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu seperti mana yang telah diluluskan oleh Majlis Eksekutif terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan dalam mana-mana media yang menganggu - gugat Peraturan Kesatuan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PESANAN
Saya ingin nasihatkan semua pihak jangan gunakan pendekatan "mengugut individu", kita ada saluran undang-undang, gunakan undang-undang adalah lebih selamat.
Saya baru dihubungi oleh pihak Polis ada pihak tanpa pengetahuan saya telah mengugut mengunakan telefon melalui mesej, tindakan ini adalah salah, tindakan ini secara langsung telah mengaitkan saya walaupun tanpa pengetahuan saya.
Saya mohon pada semua.
Saya bagi pihak semua yang terlibat memohon maaf mengenai perkara ini secara terbuka.
Terima kasih
Presiden RUM
Keputusan
Bila sesuatu keputusan dibuat, mungkin akan menimbulkan kepelbagaian persepsi serta andaian, malah akan mewujudkan kepelbagaian tuduhan.
Itu lumrah.. sebagai pemimpin maka semua itu asam garam dah perlu diterima, ibarat kata "jangan jolok sarang tebuan", "diam ubi tapi berisi", "alang-alang menyeluk pekasam biar, sampai ke pangkal lengan", "kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".
Yang penting ialah melihat ke depan, hala tuju dan matlamat, andai kepentingan diri didahulukan, maka hari ini apa yang berlaku tidak mungkin terjadi, tapi semua ini berlaku hanya semata-mata "prinsip" memastikan masa depan ahli-ahli terbela.
Biar kita berlawan berdasarkan "sebelum hujan sediakan payung", jangan "dah terhantuk baru nak tergadah", "dah basah kuyup baru nak cari payung", masa itu semua dah terlambat, masa itu "baru kini kau sedar".
Puas bicara... "Ayuh Bersatu", "ayuh berjuang" tapi "pisau terhunus dibelakang"...
Jangan salahkan sesiapa, tengoklah cermin, "istikhamah", kenapa ini terjadi... "tepuk dada tanya selera"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Mac 2015
1998 berulang lagi..
Andai itu Perjuangan, maka ianya pasti dipenuhi ranjau dan duri...
Tiada yang mudah. .
Tetap dihadapi dengan tabah...
Bukan niat...
Ianya demi RUM...
Biar pun Pahit...
Ianya langkah yang wajar diambil...
Langkah tidak dimulakan...
Langkah juga tidak disedari...
Tetiba tercucuk duri...
Duri di cabut, untuk diubati...
1998 berulang lagi...
Pengalaman lama telah pun ditempuhi...
Ala bisa, tegal biasa..
Mereka lupa Peraturan berkuasa...
RUM di terpahat di hati...
Andai di usik pasti mati...
RUM di jagai...
Dari dulu dan kini di hormati..
Kan kekal hingga akhir nanti..
RUM berdiri gagah..
Kekal terus berjuang...
Menentang, Kezaliman dan Penindasan...
Menegakkan Hak dan Membela nasib ahli-ahlinya.
RUM IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
WE NEVER... NEVER N NEVER BE YELLOW UNION.
Tiada yang mudah. .
Tetap dihadapi dengan tabah...
Bukan niat...
Ianya demi RUM...
Biar pun Pahit...
Ianya langkah yang wajar diambil...
Langkah tidak dimulakan...
Langkah juga tidak disedari...
Tetiba tercucuk duri...
Duri di cabut, untuk diubati...
1998 berulang lagi...
Pengalaman lama telah pun ditempuhi...
Ala bisa, tegal biasa..
Mereka lupa Peraturan berkuasa...
RUM di terpahat di hati...
Andai di usik pasti mati...
RUM di jagai...
Dari dulu dan kini di hormati..
Kan kekal hingga akhir nanti..
RUM berdiri gagah..
Kekal terus berjuang...
Menentang, Kezaliman dan Penindasan...
Menegakkan Hak dan Membela nasib ahli-ahlinya.
RUM IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
WE NEVER... NEVER N NEVER BE YELLOW UNION.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
24 Mac 2015
KASI BERSIH
Bagi tujuan membersihkan nama saya dengan tohmahan dan fitnah maka adalah dicadangkan kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, Pengurus Besar Audit dan pihak berkuasa bagi menyemak nama 7 pegawai utama RUM termasuk saya (walaupun telah dibuang kerja) bagi memastikan tiada mana-mana Pegawai Utama RUM yang mempunyai sebarang kepentingan "PROJEK" atau "TENDER" yang mengunakan nama "individu pekerja" atau "isteri pekerja" atau "anak-anak pekerja".
Sekiranya ada, pihak pengurusan KTMB "hendaklah" menarik balik tender berkenaan dan mengenakan "TINDAKAN TATATERTIB" sehingga "BUANG KERJA", kerana ianya jelas bertentangan dengan "PERJANJIAN BERSAMA".
Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan semua tujuh (7) pegawai utama mestilah bersih dari sebarang kepentingan atau unsur yang boleh meletakkan mana-mana pemimpin kesatuan di bawah pengaruh majikan.
RUM akan mengemukakan surat rasmi untuk tindakan Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. Yb Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, Pengurus Besar TMOD.
PRESIDEN RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
23 Mac 2015
KTMB rugi RM200 juta setahun
KENYATAAN AKHBAR DATO IR NAWAWI AHMAD, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB/SINAR HARIAN
RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mengakui secara terbuka bahawa :-
- KTMB rugi setiap tahun RM 200 juta.
- Sampai bila perlu bergantung suntikan kerajaan
- Berdikari
- Kos penyelenggaraan, gaji pekerja dll.
Semua yang tersebut di atas telah pun disuarakan oleh RUM samada dalam 27 pucuk surat atau melalui kenyataan dalam Suara RUM.
Maka kenapa tidak mahu mengakui tujuan RUM melahirkan tindakan sedemikian adalah semata-mata untuk menyelamatkan KTMB, sedangkan kenyataan RUM adalah benar, malah tindakan RUM berasaskan kepada risiko "Keselamatan Pekerja".
Kenapa berdolak dalik dan membenarkan pembuangan kerja seramai 97 orang yang seramai 96 orang telah dipulihkan dan sekarang mengugut dengan tujuan mencederakan pekerjaan nya kepada semua Majlis Eksekutif RUM dengan mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB?" yang jelas dan nyata bertentangan dengan undang-undang. (Tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berhak memberhentikannya)
Kenapa kebenaran ini sukar sangat di akui, sedangkan tujuan dan hasrat murni RUM semata-mata untuk kepentingan KTMB dan masa depan pekerja.
YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, kebenaran tetap kebenaran,
jujurlah kepada kebenaran, jangan bila dah tersepit dengan persoalan wartawan mengenai cadangan naik tambang, maka terpaksa melahirkan kebenaran.
Hentikanlah "KEZALIMAN DAN PENINDASAN" kepada kami "PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA", yang menjalankan aktiviti-aktivii yang sah dari sudut Hak Kesatuan Sekerja.
Semoga Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berani keluar menjadi "HERO" untuk melahirkan kenyataan yang "BENAR".
Semoga Allah Swt merahmati YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
21 Mac 2015
KEMANAKAH KITA?
TAKUT DI BUANG KERJA?
BIAR PUN...
KITA CUBA DIMUSNAHKAN?
RUMAH KITA DICEROBOHI...
RUMAH KITA DI ANCAM...
KITA DI ROGOL...
KITA DIAM...
KITA LARI...
KITA LUPA TANGGUNGJAWAB...
KITA LUPA KITA DIAMANAHKAN...
AKHIR KITA KECUNDANG...
AKHIR NYA...
KITA MENGALAH....
KERANA...
"TAK KAN KENA BUANG KERJA DUA KALI"...
AIYOOOOOOO.....
KITA CUBA DIMUSNAHKAN?
RUMAH KITA DICEROBOHI...
RUMAH KITA DI ANCAM...
KITA DI ROGOL...
KITA DIAM...
KITA LARI...
KITA LUPA TANGGUNGJAWAB...
KITA LUPA KITA DIAMANAHKAN...
AKHIR KITA KECUNDANG...
AKHIR NYA...
KITA MENGALAH....
KERANA...
"TAK KAN KENA BUANG KERJA DUA KALI"...
AIYOOOOOOO.....
DIMANAKAH KAMU?
HILANG ARAH....
SEDANGKAN KITA DI NODA....
AIYOOOOOO....
RUPANYA....
KITA SOTONG....
HILANG ARAH....
SEDANGKAN KITA DI NODA....
AIYOOOOOO....
RUPANYA....
KITA SOTONG....
BANGKITLAH SAHABAT KU...
INI SEBUAH PERJUANGAN...
PERJUANGAN KITA SEBAGAI KULI...
MENEGAKKAN HAK!
MENENTANG KEZALIMAN PENINDASAN....
INI SEBUAH PERJUANGAN...
PERJUANGAN KITA SEBAGAI KULI...
MENEGAKKAN HAK!
MENENTANG KEZALIMAN PENINDASAN....
KERANA KITA KULI...
KERANA SUARA KITA...
SUARA...
KESATUAN SEKERJA!!!!!
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TERUS BERJUANG...
DEMI MARUAH KITA...
PEJUANG KESATUAN SEKERJA....
DEMI MASA DEPAN KITA...
AYUH... KITA LAWAN....
KERANA SUARA KITA...
SUARA...
KESATUAN SEKERJA!!!!!
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TERUS BERJUANG...
DEMI MARUAH KITA...
PEJUANG KESATUAN SEKERJA....
DEMI MASA DEPAN KITA...
AYUH... KITA LAWAN....
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
SEDARLAH
Ramai yang tau...
Ramai yang merasakan...
Ramai juga tidak tahu...
Ramai juga tidak merasakan...
Kepahitannya...
Ramai juga tidak tahu...
Ramai juga tidak merasakan...
Kepahitannya...
Hari ni...
Mereka merasakan kemanisan...
Mereka lupa...
Kekejaman dan Penindasan...
Mereka Alpa...
Mereka selesa...
Mereka "TAKUT"...
Mereka lupa erti "PERJUANGAN"..
Kerana...
"KETAKUTAN MENGUASAI DIRI"...
Mereka merasakan kemanisan...
Mereka lupa...
Kekejaman dan Penindasan...
Mereka Alpa...
Mereka selesa...
Mereka "TAKUT"...
Mereka lupa erti "PERJUANGAN"..
Kerana...
"KETAKUTAN MENGUASAI DIRI"...
Bangkitlah Sahabat Ku...
Perjalanan masih jauh..
Penindasan dan kezaliman...
Tidak boleh dibiarkan...
Perjalanan masih jauh..
Penindasan dan kezaliman...
Tidak boleh dibiarkan...
Dulu...
Mogok terbesar berlaku...
Donald Uren...
Membangkitkan semangat perjuangan...
Satu kejayaan besar...
Dalam arena Kesatuan Sekerja...
Mogok terbesar berlaku...
Donald Uren...
Membangkitkan semangat perjuangan...
Satu kejayaan besar...
Dalam arena Kesatuan Sekerja...
Hari ini...
Kita mampu "BERSATU"..
Menggegarkan...
Mengoncang Dunia..
Agar kita tidak...
Di perkotakkatikan...
Oleh undang-undang rimba...
Oleh kezaliman yang bermaharajalela...
Kita mampu "BERSATU"..
Menggegarkan...
Mengoncang Dunia..
Agar kita tidak...
Di perkotakkatikan...
Oleh undang-undang rimba...
Oleh kezaliman yang bermaharajalela...
Maka kita...
Akan hancur...
Lupakan...
SUARA PEKERJA...
Lupakan penindasan...
Lupakan kezaliman...
Kerana..
Kita...
Masih diulit mimpi indah...
Akan hancur...
Lupakan...
SUARA PEKERJA...
Lupakan penindasan...
Lupakan kezaliman...
Kerana..
Kita...
Masih diulit mimpi indah...
Sedarlah sahabat ku...
Ini sebuah "PERJUANGAN"...
Andai kematian itu sebagai jaminan...
Aku sanggup...
Demi sebuah "PERJUANGAN"
Untuk...
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Ini sebuah "PERJUANGAN"...
Andai kematian itu sebagai jaminan...
Aku sanggup...
Demi sebuah "PERJUANGAN"
Untuk...
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERJUANGAN
Perjuangan tiada erti "TAKUT"..
Andai "TAKUT" menguasai diri...
Kehancuran akan menjelma..
Maka...
Kita seorang "KULI"
Akan dipijak-pijak...
RUM di perkotakkatikan...
Yang jadi mangsa...
Adalah "KITA"..
Kerana "KITA ADALAH KULI"...
Bangkitlah Sahabat Ku..
Terus Berjuang...
In Syaa Allah...
"MENANG"
Jangan hancurkan "MASA DEPAN"..
Dengan "KEKEJAMAN DAN PENINDASAN"..
Kerana perasaan "TAKUT"...
Kehancuran akan menjelma..
Maka...
Kita seorang "KULI"
Akan dipijak-pijak...
RUM di perkotakkatikan...
Yang jadi mangsa...
Adalah "KITA"..
Kerana "KITA ADALAH KULI"...
Bangkitlah Sahabat Ku..
Terus Berjuang...
In Syaa Allah...
"MENANG"
Jangan hancurkan "MASA DEPAN"..
Dengan "KEKEJAMAN DAN PENINDASAN"..
Kerana perasaan "TAKUT"...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
19 Mac 2015
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 6)
MENCABAR
Kenapa RUM mencabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengambil tindakan terhadap kurang lebih 3500 ahli-ahli RUM di buang kerja termasuk yang meletakkan jawatan dalam RUM atau berhenti menjadi ahli RUM seperti Part 4.
Tujuan RUM nak tenguk sejauh mana kegilaan Presiden KTMB yang mengunakan ayat "MANDAT" kelulusan "SUARA RUM" kerana ayat dalam surat pertuduhan untuk Siasatan Dalaman kepada Pegawai Utama RUM dan Majlis Eksekutif RUM terkandung ayat "MANDAT PERSIDANGAN PERWAKILAN".
Maklumat diterima dengan ayat "MANDAT" itu maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Bakat & Organisasi mengambil tindakan tatatertib kepada semua Perwakilan RUM.
Justeru itu maka RUM mencabar Presiden KTMB yang kini benar-benar katogeri "GILA" dan "TERLAMPAU BERANI" supaya membuang keseluruhan ahli-ahli RUM melalui pekerjaannya.
RUM yakin Datuk Presiden KTMB yang ini tidak berani, tapi kalau dia buat maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memang "SAWAN" atau "HILANG INGATAN" atau "BUANG TEBIAT" tapi paling tepat "GILA TAHAP GABAN" yang layak dihantar di Hospital Tanjung Rambutan kerana bukan sahaja menganiaya pekerja, mengancurkan "kebebasan bersuara" seperti termaktub dalam Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan, malah mensabotaj KTMB dan Kerajaan Malaysia.
Saya ulangi lagi CABARAN ini!
BUANG SEMUA AHLI-AHLI RUM IAITU YANG TELAH MEMBERI MANDAT BERDASARKAN PERLANTIKAN PERWAKILAN MELALUI MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN SEKALI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI- AKTIVITI RUM!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 5)
KETAKUTAN
Bila membaca Part 4, maka itu intipati kebenaran berdasarkan kepada pentafsiran Peraturan Kesatuan.
Bila ahli-ahli tidak memahami peruntukkan Peraturan Kesatuan melalui susur galur peranan maka ianya akan menimbulkan kekalutan, kecelaruan dan ketakutan.
Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah mengambarkan bahawa di sinilah kekuatan kesatuan sekerja, bukan hanya bergantung kepada pemimpin tapi sehingga ke akar umbi.
Maka bila kita BERSATU kita mampu menentang KEZALIMAN, apatah lagi tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB jelas dan nyata telah membelakangi undang-undang.
Kita tidak perlu gentar, andai kata kita masih berpandukan PERATURAN KESATUAN malah tindakan kita sama sekali tidak melanggari sebarang peruntukan Peraturan Kesatuan dan Akta Berkaitan.
Maka sebagai Pejuang Kesatuan Sekerja dari Pemimpin dan Ahli-ahlinya perlu bangkit berpadu suara menentang Kezaliman.
Lari dari perjuangan bermakna kita sebenarnya merelakan kita di zalimi seterusnya meruntuhkan Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Kini rumah kita telah diceroboh orang, adakah kita membiarkan penceroboh membinasakan rumah kita, andai kita membenarkan maka hancurlah kita.
Ayuh bangkit Pejuang-pejuang RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden yang jelas dan nyata telah mencerobohi rumah kita.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 4)
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB
Konco-konco Datuk mesti membaca dan photostat kenyataan dari Suara RUM, bagus... makanya....
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB
Saya cabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengambil tindakan pada semua ahli-ahli RUM kerana mereka telah memberi "MANDAT" untuk mewujudkan SUARA RUM seterusnya melahirkan kenyataan bagi pihak ahli-ahlinya.
Saya juga cabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB buang kerja mereka waima mereka letak jawatan dari RUM, waima mereka berhenti jadi ahli-ahli RUM kerana mereka yang meluluskan melalui mandat yang diberikan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali dan Perwakilan di beri "MANDAT" oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Dayus Datuk Presiden KTMB andai buat keputusan terpilih....
Saya PRESIDEN RUM YANG SAH mencabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 3)
TINDAKAN BUANG KERJA PERLU DI AMBIL TERHADAP SEMUA PEKERJA YANG MENJADI AHLI-AHLI RUM?
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB kini berada di tahap "GILA MEROYAN" bila mana akan mengambil tindakan buang kerja kepada semua Perwakilan RUM seramai 145 orang dari seluruh rangkaian KTMB yang telah meluluskan SUARA RUM sebagai Media Rasmi RUM.
RUM ingin jelaskan berdasarkan peruntukan PERATURAN KESATUAN maka Perwakilan yang dilantik adalah berdasarkan pemilihan Pilihanraya RUM melalui pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan seterusnya keputusan diumumkan oleh Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Wakil-wakil bahagian melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan secara otomatis adalah Perwakilan kecuali Pengerusi/Setiausaha dan Bendahari Cawangan adalah berstatus "PEMERHATI".
Makanya apa jua keputusan Perwakilan melalui Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali adalah keputusan dasar Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Justeru itu semua keputusan yang diputuskan oleh para perwakilan adalah keputusan ahli-ahli RUM iaitu melalui "MANDAT" yang telah diberikan ketika Mesyuarat Agung Cawangan.
Makanya keputusan menerbitkan Suara RUM adalah keputusan ahli-ahli RUM berdasarkan pemilihan melalui Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Maka itu tindakan tatatertib sehingga "BUANG KERJA" sewajarnya diambil terhadap semua ahli-ahli RUM yang berjumlah lebih kurang 3500 ahli kerana ahli-ahli RUM telah memberi "MANDAT" kepada Perwakilan untuk membuat sebarang keputusan Dasar.
Dengan itu dicadangkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB hendaklah mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB" seterusnya memanggil "SIASATAN DALAMAN" dan keputusan yang telah ditentukan iaitu "BUANG KERJA".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
18 Mac 2015
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 2)
Saya menyeru semua Perwakilan dan ahli-ahli RUM terus bersatu, jangan berpecah, tindakan ini adalah 100% salah dari segi undang-undang negara dan antarabangsa, sebagai Presiden RUM yang telah diamanahkan akan mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya.
JANGAN TAKUT, TINDAKAN PRESIDEN KTMB, TIDAK AKAN KEMANA, KERANA TINDAKANNYA BERSIFAT DENDAM PADA RUM DAN INGIN MELUMPUHKAN RUM.
Justeru itu terus perkukuhkan RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang bakal tamat kontraknya pada 30 April 2014.
Bersatu Teguh Bercerai ROBOH!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 1)
Saya telah menerima maklumat bahawa Presiden KTMB telah mengarahkan Pihak Pengurusan TMOD iaitu mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada semua Perwakilan RUM yang telah meluluskan media rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB iaitu SUARA RUM.
Tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata ianya satu campurtangan dalam organisasi Kesatuan Pekerja2 KTMB di bawah seksyen 4 dan 5 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)
RUM akan buat satu sidang akhbar dan mendesak Menteri Sumber Manusia yang bertanggungjawab dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) campurtangan dengan segera.
Tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata bersifat "Union Busting", satu tindakan "ZALIM" mengugut Kesatuan Sekerja, Pemimpin Kesatuan Sekerja, Memecahbelahkan Perpaduan Di kalangan Pemimpin serta Ahli-ahlinya, Meletakkan Kesatuan Sekerja di bawah Pengaruh Majikan dan Membunuh Kesatuan Pekerja2 KTMB.
SELAMATKAN RAILWAYMEN UNION OF MALAYA DARI KEZALIMAN PRESIDEN KTMB
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
"TUAN MOHAN" yang hebat
Hebat "TUAN MOHAN" Pegawai TMOD yang menghasut pegawai-pegawai RUM samada dengan berjumpa atau menghubungi dengan telefon.
Cakap macam bijak... sorry lah.. u bukan standard saya kalau nak menterjemahkan Peraturan Kesatuan dan Akta yang berkaitan.
MAJIKAN JANGAN CAMPUR ATAU MENGHASUT PEGAWAI RUM!
AMARAN KERAS JANGAN HUBUNGI MANA - MANA PEGAWAI KESATUAN.
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB
17 Mac 2015
Nyata dan Jelas
PERUNDANGAN
PERJANJIAN BERSAMA
Kenyataan telah jelas...
PERATURAN KESATUAN
Kenyataan telah jelas...
AKTA KESATUAN SEKERJA
Kenyataan telah jelas...
AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
Kenyataan telah jelas...
Ada pihak - pihak yang ingin mencabar Presiden RUM?
Bukan TAKBUR... tapi untuk membuktikan kebenaran..
Bukan BACUL... kerana kebenaran jelas dan nyata... tidak pernah terkencet-kencet dalam seluar!
Sebab Presiden RUM bukan macam Presiden KTMB yang mengunakan undang-undang rimba!
Presiden RUM
SEMINAR RUM DI PORT DICKSON
Seminar yang dijalankan baru-baru ini di Port Dickson dengan kehadiran penceramah hebat dalam mendekatkan diri mengenal erti Perjuangan Kesatuan Sekerja serta memahami hala tuju RUM.
Ceramah ini mengunakan kos yang besar melibatkan lebih kurang RM 28,000.00. Wang ini adalah wang ahli-ahli melalui pembayaran yuran bulanan.
Maka itu, setiap peserta yang menyertai seminar berkenaan, hendaklah menterjemahkan dengan pengertian melalui perjuangan kesatuan sekerja.
Sekiranya gagal atau mengambil tindakan sebaliknya atau selepas kursus tersebut cuba meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan maka peserta tersebut telah menyalahgunakan wang ahli yang di bayar untuk tanggungan perbelanjaan kursus.
RUM mengunakan peruntukan besar semata-mata untuk meningkatkan kefahaman kepimpinan dan terusnya berbakti kepada ahli-ahli, jangan jadikan ianya satu pembaziran, ahli-ahli di luar sana bergantung kepada pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat seterusnya mampu membela nasib mereka.
Presiden
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
16 Mac 2015
Bukti Keselamatan Terabai
Bukan kenyataan RUM melalui gambar yang dipaparkan, tapi terpanggil bila perkara yang RUM bangkitkan seperti kenyataan ini melalui surat RUM maka saya selaku Presiden RUM dan seramai 96 orang di buang kerja. Kenyataan menyatakan dari aspek keselamatan, di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk.
Pertikaian ialah kelemahan Presiden KTMB dan menyebabkan aspek keselamatan terabai.
Dalilnya gambar ini, ini adalah kenyataan seorang pekerja dalam Facebook sebagai bukti kebenaran RUM katakan, bila RUM menyuarakan kebenaran maka pemimpin RUM dibuang kerja.
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ada apa2 nak komen?
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
15 Mac 2015
PENGERUSI RUM CAWANGAN GEMAS (Part 2)
Pengerusi RUM Cawangan Gemas adalah antara yang terbaik di kalangan yang baik.
Dalilnya...
Memberi maklumat pada RUM seperti mana yang telah dipaparkan dalam Suara RUM.
Diteliti keinginan beliau untuk menyampaikan maklumat kepada Presiden RUM berkemungkinan untuk membolehkan RUM terus menyalurkan bantahan melalui Suara RUM tentang kelemahan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengenai Lokomotif yang ditenggelami banjir besar di Pantai Timur dengan kerjasama Pengurus Wilayah Timur.
Usaha Sdr Pengerusi RUM Cawangan Gemas ini adalah selaras dengan dasar kesatuan iaitu kelulusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali melalui penyaluran maklumat untuk diketahui umum melalui media rasmi RUM iaitu Suara RUM.
Usaha ini sangat di alu-alukan, bagi Presiden RUM terus menghighlightkan kebenaran tentang kelemahan yang terwujud atau telah dilakukan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan hasrat menyegerakan penamatan Presiden KTMB.
Terbukti gandingan Pengurusan iaitu Pengurus Wilayah Timur dan Pengerusi RUM Cawangan Gemas dalam mengerakkan kerja dan bersama dengan satu matlamat iaitu menyingkirkan Datuk Elias Kadir Presiden yang jelas dan nyata "NON PERFORMING PRESIDENT" demi Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.
Terima kasih sahabat... terus berjuang pasti menang.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PESANAN
Satu saya nak pesan... jangan cari duit/projek/pangkat atau apa jua yang boleh menjual atau mengadai RUM.
Jalan singkat ini, akan mengancurkan RUM seterusnya ahli-ahli yang berfaedah.
MARUAH RUM tidak boleh dijual beli dengan apa-apa jenis material, kesilapan percaturan maka akan memusnahkan RUM, keseluruhan ahli-ahlinya, jangan biarkan RUM diletakkan di bawah mana-mana pengaruh, kerana yang jadi mangsa ialah masa depan pekerja khususnya ahli-ahli yang berfaedah.
Jagalah RUM... Sayangi RUM...
RUM nyawa kepada ahli-ahlinya...
Menyesal dulu pendapatan...
Menyesal kemudian sudah tidak berguna...
Presiden RUM
Pengerusi Rum Cawangan Gemas (Part 1)
Bila di highlightkan dalam Suara RUM mengenai kenyataan dan perbualan saya dalam Whatsapp... Sdr Abdul Hamid Bin Mire, Pengerusi RUM Cawangan Gemas, jelas dan nyata memberi sokongan malah mendesak saya mengeluarkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan menyebut perbualan beliau dengan Pengurus Wilayah Timur.
Maksudnya Sdr Pengerusi Cawangan Gemas telah mendesak saya untuk menyegerakan tindakan supaya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan kadar segera, malah gambaran di beri seolah-olah Pengurus Wilayah Timur juga bersama dengan RUM untuk memastikan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dikeluarkan dari KTMB.
Inilah sokongan yang di beri kepada saya selaku Presiden RUM yang bertanggungjawab menjaga dan mengawasi Peraturan Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Terima kasih Abdul Hamid Mire, Pengerusi RUM Cawangan Gemas dan Pengurus Wilayah Timur yang menyampaikan maklumat kepada Pengerusi RUM Cawangan Gemas untuk disalurkan kepada saya Presiden RUM.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
CABARAN
Alhamdulillah... Allah Swt terus memberi kekuatan... untuk terus berjuang... Demi RUM... Demi ahli-ahlinya...
Biarpun seribu halangan muncul... tetap aku hadapi... kerana itu asam garam perjuangan....
Andai aku gugur... aku tak pernah terkilan... kerana aku... aku tau nawaitu aku... aku tau siapa aku...
Biarkan mereka...
Tapi aku tidak akan mengaku kalah... aku akan berjuang... sehingga titisan darah yang terakhir...
Aku bangga... aku dilahirkan seorang pejuang kaum pekerja khususnya RUM..
Tkasih sahabat yang terus memberi semangat dan dorongan... terima kasih kepada keluarga ku yang terus memberi kata-kata semangat...
Tiada apa di dunia ini... selain berbakti...
Terima kasih...
Terus berjuang....
Tiada pengertian gentar...
Kata sahabat...
Kita akan gembira walaupun di penjara!
Syukur Alhamdulillah...
Tkasih Ya Allah...
Kerana aku menjadi seorang pejuang...
Alhamdulillah...
Kerana MU jua...
Aku begini...
Yang baik datang dari Allah Swt...
Yang buruk datang dari diri ku sendiri...
Allahuakbar!
Presiden RUM
Biarpun seribu halangan muncul... tetap aku hadapi... kerana itu asam garam perjuangan....
Andai aku gugur... aku tak pernah terkilan... kerana aku... aku tau nawaitu aku... aku tau siapa aku...
Biarkan mereka...
Tapi aku tidak akan mengaku kalah... aku akan berjuang... sehingga titisan darah yang terakhir...
Aku bangga... aku dilahirkan seorang pejuang kaum pekerja khususnya RUM..
Tkasih sahabat yang terus memberi semangat dan dorongan... terima kasih kepada keluarga ku yang terus memberi kata-kata semangat...
Tiada apa di dunia ini... selain berbakti...
Terima kasih...
Terus berjuang....
Tiada pengertian gentar...
Kata sahabat...
Kita akan gembira walaupun di penjara!
Syukur Alhamdulillah...
Tkasih Ya Allah...
Kerana aku menjadi seorang pejuang...
Alhamdulillah...
Kerana MU jua...
Aku begini...
Yang baik datang dari Allah Swt...
Yang buruk datang dari diri ku sendiri...
Allahuakbar!
Presiden RUM
GENTAR
Saya sedikit pun tak gentar... Biarpun puluhan penjuru cuba membunuh saya... Selagi saya berpegang kepada PERATURAN KESATUAN dan Akta berkaitan.
Cuma nasihat saya pada mereka kembali kepada Peraturan Kesatuan dan Akta Berkaitan.
Kembali kepada landasan perjuangan kaum pekerja dan pengertian Kesatuan Sekerja.
Duit boleh cari.. maruah Kesatuan perlu dijaga... Peraturan Kesatuan perlu dipatuhi... Akta dihormati... RUM adalah kesatuan sekerja... jangan main politik... saya dibesarkan dalam arena politik... saya arif dengan Peraturan Kesatuan dan Akta Berkaitan.
Jangan sampai di beli....
Bangkit dan sedarlah... Demi perjuangan kaum pekerja dan generasi masa depan.
Sayangi RUM
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
14 Mac 2015
PENGUMUMAN
SEORANG PEGAWAI CAWANGAN RUM dan SEORANG AHLI BIASA, telah di tamatkan perkhidmatan 2 bulan yang lepas, RUM tidak maklumkan sebab memberi peluang pada individu berkenaan membuat "RAYUAN", dukacitanya "RAYUAN" ditolak!
Pembuangan kerja ini berdasarkan "KEMELUT RUM"
Sekarang RUM campurtangan! Maka apakah kita perlu membenarkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB meneruskan langkah bersifat "BINATANG" ini, atau kita nak terus "JILAT JUBUR PRESIDENT KTMB"
PRESIDEN KTMB berhati "BINATANG!!!!!!!"
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB
AGRESIF
RUM akan lebih agresif dalam menghentam Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dan semua konco - konconya, alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.... alang-alang mandi biar sampai basah.
Jangan tanya kenapa bahasa RUM kasar, bahasa kasar dan kurang ajar adalah layak untuk orang yang zalim dan jahat. Maka yang jahat dan zalim itu adalah Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dan konco - konconya. Bahasa baik dah abis tempoh! Selagi Datuk Elias Kadir Presiden KTMB berada dalam KTMB maka bahasa yang sesuai adalah "BAHASA MENCARUT!
Kalau tanya bolehkah bahasa kurang ajar digunakan.... jawapannya... YES!
ini bahasa UNIONIST! Ini aktiviti unionist!
Kalau tak tau apa itu "UNIONIST" maka ianya tidak layak jadi "UNIONIST", "UNIONIST" tidak boleh di beli, tidak ada kepentingan, tidak boleh memikirkan diri sendiri, perjuangan dia hanya untuk "KAUM PEKERJA" sahaja khususnya untuk Ahli-ahlinya....
Maka itu "UNIONIST" akan serang Datuk Elias Kadir Presiden KTMB secara maksimum iaitu memalukan Presiden KTMB sehingga dia terberak-berak dalam seluar! malah MALU ini akan dihebahkan di seluruh dunia dengan memaklumkan kepada semua rakan kesatuan sekerja di peringkat antarabangsa!
Apa aku kesah! Aku tak pernah terhutang budi dengan sesiapa, maka aku akan lawan abis-abisan, sebab aku tak malu apa yang aku buat, kerana aku tahu siapa aku! Aku tahu "NAWAITU" aku! Aku adalah "PEJUANG RUM", Pewaris "DONALD UREN"!
SI ZALIM DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB ADALAH "SANGAT JAHAT" DAN "PESAKIT MENTAL" KERANA MEMPUNYAI SIFAT ZALIM IAITU MENZALIMI RAILWAYMEN UNION OF MALAYA!
TUNGGU RUM AKAN KELUAR BAHASA MENCARUT!!!!!
NAK BAGITAU AWAL-AWAL BAHASA MENCARUT ADALAH BAHASA UNIONIST, BAHASA UNIONIST YANG MAKSIMUM!!!!!
Bahasa baik, kesian dan simpati tidak ada lagi, tempoh dah tamat!
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB
13 Mac 2015
SURAT TERBUKA KEPADA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB
Datuk Presiden KTMB,
Semoga Datuk Presiden KTMB mempunyai kesihatan yang baik dan waras selalu.
Datuk.... Masa Timbalan Menteri Sumber Manusia mencadangkan cadangan penyelesaian yang boleh diterima oleh RUM, Datuk tak mahu, Datuk masih berdegil dengan kehendak Datuk iaitu syarat-syarat yang tidak masuk akal malah ianya bertentangan dengan Akta.
Datuk memang pakar bulldoze... Datuk tak mahu dengar cakap Timbalan Menteri Sumber Manusia malah Datuk terus kekal dengan pendirian Datuk, inilah kelemahan Datuk.
Andai Datuk menerima cadangan Timbalan Menteri Sumber Manusia maka hari ini Suara RUM mungkin agak perlahan, tidak seagresif macam sekarang sehingga memaparkan gambar Datuk, maka itu Datuk tak boleh salahkan saya, kerana kesalahan sebenar adalah pada Datuk yang berdegil untuk mengekalkan syarat Datuk.
Datuk tak boleh menghalang Hak Kebebasan Bersuara Kesatuan Sekerja ianya tidak ada kena mengena dengan Datuk secara peribadi serta KTMB. RUM telah diiktiraf oleh Kerajaan mengikut saluran undang-undang yang sah, maka kebebasan bersuara adalah "hak budibicara mutlak RUM", tindakan atau usaha Datuk untuk menghalang adalah silap.... tidak semua boleh bulldoze....
Datuk... satu sikap Professional saya ialah saya tidak pernah menyentuh hal peribadi, biarpun ada yang meminta saya menceritakan hal peribadi Datuk, saya tetap menolak... kerana antara saya dengan Datuk tiada isu peribadi, sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab secara profesional dan menghentam Datuk atas kapasiti Datuk sebagai Presiden KTMB dan saya sebagai Presiden RUM.
Saya bukan tak kenal Datuk, saya "kenal sangat", mula dulu masa Datuk baru menjawat jawatan Presiden KTMB, Datuk dah bagitau saya... "aku tak peduli sapa... aku langgar sahaja" sehingga Datuk menulis surat kepada Mantan YB Menteri Pengangkutan mengenai Six Car Set (SCS), saya bagi pandangan iaitu "jangan", tapi Datuk nak buat juga, cuma Datuk terima pandangan saya jangan disesalinankan pada semua pihak, kerana itu tidak sihat.
Last sekali Datuk kena panggil dengan YAB Dato Sri Perdana Menteri.
"YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA menasihatkan Datuk jangan gaduh dengan Menteri". Itu yang Datuk bagitau saya...
Datuk yang saya kenali sememangnya berprinsip "BULLDOZE", tindakan Datuk sekarang masih meneruskan teknik "BULLDOZE", maka itu Datuk buang saya selaku pekerja dengan niat, saya tak boleh jadi "PRESIDEN RUM", kini Datuk menggunakan pendekatan mengugut Pegawai2 RUM dengan Notis Tunjuk Sebab iaitu jelas dan nyata Datuk telah mencampuri urusan Kesatuan, dengan mempersoalkan hak dan kewajipan seorang pegawai kesatuan, tindakan Datuk itu satu kesilapan yang besar kerana mengunakan taktik "BULLDOZE". Datuk, hak Akta tidak boleh dipertikaikan kerana hak Akta adalah jelas dan nyata ia memihak pada RUM.
Tindakan Datuk mengenakan Notis Tunjuk Sebab adalah dengan tujuan mengugut dan menakutkan pegawai-pegawai RUM dengan niat RUM berpecah serta pegawai-pegawai RUM akan menyalahkan saya seterusnya akan memecat saya selaku Presiden RUM, kalau itu niat Datuk, sekali lagi Datuk silap besar, kerana setiap pemecatan mesti berlandaskan peruntukan PERATURAN RUM ianya sangat mustahil kerana setiap langkah saya berdasarkan peruntukan PERATURAN KESATUAN dan HAK AKTA, malah syukur Alhamdulillah RUM tetap bersatu, kecuali satu (1) atau (2) dah terkencet-kencet dalam seluar, yang terkencet-kencet ini berkemungkinan takut projek mereka tergugat atau peluang kenaikan pangkat mereka terjejas atau lebih bersifat berkepentingan diri atau terpengaruh dengan dakyah songsang.
Sekarang Datuk sakit... Datuk meracau.. sebab apa... Datuk sebenarnya ada penyakit... penyakit "kemurungan", maka itu Datuk buat sesuka hati kerana Datuk geram dengan Presiden RUM sampai meletakkan kesalahan berdasarkan peruntukan Perjanjian Bersama terhadap pegawai-pegawai RUM yang bertanggungjawab menyokong kepimpinan RUM sampai begitu sekali kedangkalan fikiran Datuk sehingga tidak dapat membezakan tafsiran "pekerja" dan "pegawai kesatuan", malunya Datuk.. gambaran ini bukanlah satu sikap yang perlu ditunjukkan oleh "seorang graduan dari Harvard", sebaliknya tindakan Datuk lebih menjerumuskan seorang "pesakit mental", kerana saya yakin individu yang berstatus pelajarannya setakat "darjah 6", juga memahami apa itu tafsiran "pekerja" dan "pegawai kesatuan".
Datuk.... tulisan saya melalui Suara RUM adalah sebahagian daripada aktiviti-aktivii kesatuan sekerja yang telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali iaitu Kuasa Tertinggi Kesatuan Pekerja2 KTMB, maka ianya menjadi dasar RUM untuk terus menyampaikan mesej kepada pihak luar.
Suara RUM adalah "MEDIA RASMI" Kesatuan Pekerja2 KTMB seperti mana akhbar - akhbar yang terdapat di negara ini, maka itu tidak timbul isu untuk menulis kebenaran, tulisan RUM adalah hak yang perlu diwar-warkan bagi menghebahkan kepada ahli-ahli RUM maupun orang awam dengan tujuan menarik perhatian ramai, cuma Suara RUM adalah aktiviti kecil, berbanding aktiviti yang lebih hebat seperti "PIKET" dan "MOGOK", maksudnya "SUARA RUM, PIKET DAN MOGOK ADALAH AKTIVITI - AKTIVITI RUM".
Jadi Datuk tak payah pening - pening, kalau Datuk rasa tak puas hati, Datuk boleh rujuk dengan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, maka mereka boleh memberi jawapan, macam mana Datuk arahkan GM TMOD meminta kepastian tentang kedudukan saya selaku Presiden RUM kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia.
Demi kebaikan Datuk, nama baik Datuk berhentilah dari Presiden KTMB kerana RUM akan terus menulis sehingga Datuk keluar dari KTMB, kerana tulisan melalui SUARA RUM adalah sebahagian dari "senjata" Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM).
Maka itu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB harus menyedari bahawa hak Presiden RUM adalah selaras dengan PERATURAN KESATUAN DAN HAK AKTA yang ada dalam negara, selagi Datuk berdegil, maka Presiden RUM akan terus melawan kerana tanggungjawab serta amanah bagi pihak ahli-ahli RUM terletak di bahu saya, kerana saya cukup takut dipersoalkan di kemudian hari dan saya tidak perlu takut dengan Datuk Presiden KTMB, kerana Datuk juga seorang "pekerja" yang statusnya "makan gaji".
Setakat ini tulisan saya... In Syaa Allah sekiranya ada kelapangan saya akan menulis lagi...
Wsalam
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
12 Mac 2015
NASIHAT SEPUPU
Sepupu : Macam mana kes kau jak?abg ada baca surat khabar... (sepupu seorang vvip ketika berjumpa di Ipoh baru-baru ini)
Saya : Masih lagi dibuang kerja, tinggal saya sorang, saya tak boleh terima syarat Presiden KTMB, kalau saya terima, saya menjual MARUAH RUM, sedangkan dari peruntukan undang-undang, saya pasti kebenaran di pihak saya.
Sepupu : Sudahlah tu... ajak ingat bila ajak kena buang kerja, ramai yang akan tolong, yang lari lagi ramai, yang takut ramai, last sekali kau tinggal sorang, fikir diri sendiri, jangan duk sebuk hal orang, kau tolong orang pun bukan dia orang hargai, fikir diri kau dan anak-anak kau..
Saya : Saya tak jawab... saya hanya "senyum".
Sebenarnya ramai yang berkata demikian, termasuk mantan Pengarah Urusan KTMB dan beberapa orang kenamaan, kebenaran kenyataan ini adalah benar... tapi saya tetap berpegang pada "prinsip", atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan berdasarkan job spesifikasi saya melalui peruntukan dalam "PERATURAN KESATUAN", kalau saya mendengar pandangan mereka, maka RUM pasti di bawah pengaruh "DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" atau ayat undang-undang "DI BAWAH PENGARUH MAJIKAN".
"Tidak sama sekali menjual MARUAH RUM, biar diri sendiri terbakar".
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB
11 Mac 2015
MESEJ YANG RUM TERIMA KELUHAN PEKERJA DI PANTAI TIMUR
"salam tuan presiden RUM...
mahu bertanya tentang perkembangan east cost line...
1. apakah nasib east cost line,yang rata2 penggunaan train amat penting dibelah sana...
2. berapa lama akan diambil masa tuk pemulihan line sana..
3 .apakah nasib pekerja disana...
-hangat diperkatakan akan dipindahkan..
- pencerahan tentang proses perpindahan masih belum jelas.samada bersifat sementara atau kekal..
-tentunya masalah kuarters akan timbul.jika dipindahkan anggaran sewa rumah dalam rm500 ke atas sebulan.
-khusus kepada kru train,y mana kita fhm train mkin berkurangan.jika pindah ke tempat baru tetapi tiap bulan byk 'spare' dari kerja..
4. kesian dengan nasib mereka.bukan dipinta tuk jd begini..
5. apakah tindakan kita dan RUM akan keadaan east cost line..
5. pandangan sy, G.Musang - KL dan G.Musang - JB masih boleh dibuat operation.tuk rehab track x perlu kita gantung operation train.ipoh-pdg besar,dari single to double track operation train still on..bkn 1st time kerja2 rehab dilakukan dlm KTMB tetapi x pernah off operation.
pekerja2 disana sudah tentu risau memikirkan nasib mereka..selepas kejadian banjir,hanya basic pay sahaja dan ia cukup2 makan.tetapi kene memikirkan masa depan y memerlukan stu jumlah wang y agak besar (perpindahan).mereka gaji tidak besar tuan..kesian mereka dan keluarga..
amt berharap RUM dpt membantu dlm hal ini..
mereka memrlukan penjelasan info dan action y sebetulnya.bkn dlm keadaan berteka teki..
kami percaya kemampuan RUM..tq tuan..cakna nasib pantai timur.."
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
IMPLIKASI PENURUNAN PENGANGKUTAN KARGO DAN PENUMPANG.
Gambar hiasan |
Ramai yang beranggapan bahawa penurunan pengangkutan Kargo dan Penumpang lebih kepada "Ravenue", benar bila penurunan penumpang dan kurangnya larian kargo maka jawapan pasti ialah "RAVENUE".
So "RAVENUE" kurang apa pasal RUM nak sebuk - sebuk, itu kerja pengurusan bukan kerja RUM, kerja RUM adalah menjaga kebajikan dan faedah pekerja.
Benarlah kerja RUM menjaga kebajikan dan faedah pekerja, maka tak sepatutnya RUM sebuk - sebuk nak campurtangan kerja pengurusan.
Sebenarnya anggapan ini salah... kenapa?
Bila sebut faedah dan kebajikan pekerja, maka RUM melihat jangka pendek dan jangka panjang.
Jangka pendek ialah, pekerja kurang kerja atau tenaga kerja tidak dimaksimumkan.
Makanya pekerja hanya mendapat gaji pokok sahaja, sebab elaun sampingan untuk menambah pendapatan berdasarkan pendapatan kami yang rendah telah hilang, disinilah aspek tanggungjawab RUM dari aspek kebajikan, berdasarkan jangka pendek ini, ramai ahli-ahli RUM merungut kerana pendapatan sampingan telah hilang disebabkan kelemahan pengurusan.
Dari aspek jangka panjang, seperti mana telah dijelaskan sebelum ini, bahawa kita mahu KTMB maju serta mampu mencapai keuntungan, andai ianya berjaya, maka faedah pekerja seperti "gaji mengikut pasaran" boleh dinikmati, malah "bonus" tidak lagi bergantung kepada ehsan kerajaan, sebaliknya KTMB yang mungkin telah mendapat keuntungan mampu memberi "bonus" yang lebih baik dari kerajaan.
Seperti mana hasrat kerajaan tujuan menswastakan KTMB adalah menjadikan KTMB berdaya maju dan mampu memberi pulangan yang baik dan mampu berdikari.
Hala tuju atau hasrat penswastaan sebenarnya telah hilang, sebaliknya KTMB terumbang ambing di bawah kepimpinan yang lemah.
Maka itu, penyelesaian yang terbaik ialah Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak perlu disambung kontrak sebaliknya memberi peluang calon baru yang berkeupayaan, mempunyai idea yang inovatif, mampu menyahut cabaran dengan hasrat memulihkan KTMB serta berusaha dalam satu tempoh KTMB boleh mencapai keuntungan seiring hasrat kerajaan iaitu penswastaan.
Kami pekerja KTMB kehausan untuk mengecapi perubahan malah kami bersedia menyahut cabaran demi memastikan KTMB berjaya di arena pengangkutan negara.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DATA PENURUNAN PENUMPANG
Penurunan penumpang dalam pengunaan tren diperturunkan Data ini untuk membuktikan dalam tempoh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memegang jawatan lebih dari 30% penurunan penumpang berbanding sebelum beliau menerajui Presiden KTMB.
Kenapa turun dengan banyak?
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
BUSINESS PLAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB
Tahun 2012 n 2013 seramai 100 pegawai kanan KTMB terlibat di MYRA merangka Business Plan hanya wayang tinggi production.
Hanya wayang untuk menggelapkan mata semua yang terlibat!
Akhirnya kemasukan Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB pada 2014 pula mencadangkan Transformasi yang di uruskan oleh PEMANDU mengambil tempat.
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tak malu ka? Hang punya Business Plan campak pi mana?
Maknanya hang punya Business Plan tak boleh pakai, haru biru, sampai keselamatan pekerja terabai...
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB FAILED!
Kalau ada yang support dia sambung kontrak lagi... maka betul - betul "KAYU".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DALAM TEMPOH 3 TAHUN Datuk Elias Kadir Presiden KTMB
Kalau ada... saya rela letak jawatan...
Tiada kepentingan diri..
Hanya pada saya memulihkan KTMB..
Demi pekerja...
Saya saya sanggup...
Jadi Barua..
Kerana apa ..
Pekerja adalah KULI...
Masa depan mereka....
Upah mereka...
Di bawah gaji pasaran...
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB...
Nak marah!
Biaq pi...
Abg.. adik...
Prinsip. ..
Tidak boleh dijual beli...
Kau naiya...
Kau jahat....
Kau ugut....
Kerana mereka hanya memperjuangkan sesuap nasi....
Kau nak buat bunuh aku....
Apa aku peduli...
Kerana prinsip aku....
Hanya....
Untuk ahli-ahli aku...
Aku dilahirkan....
Seorang pejuang....
Kerana aku sedar...
Aku seorang KULI...
Aku susah...
Mereka juga susah...
Hanya pada saya memulihkan KTMB..
Demi pekerja...
Saya saya sanggup...
Jadi Barua..
Kerana apa ..
Pekerja adalah KULI...
Masa depan mereka....
Upah mereka...
Di bawah gaji pasaran...
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB...
Nak marah!
Biaq pi...
Abg.. adik...
Prinsip. ..
Tidak boleh dijual beli...
Kau naiya...
Kau jahat....
Kau ugut....
Kerana mereka hanya memperjuangkan sesuap nasi....
Kau nak buat bunuh aku....
Apa aku peduli...
Kerana prinsip aku....
Hanya....
Untuk ahli-ahli aku...
Aku dilahirkan....
Seorang pejuang....
Kerana aku sedar...
Aku seorang KULI...
Aku susah...
Mereka juga susah...
Aku tetap aku...
Aku hanya seorang pejuang....
Bunuh aku...
Aku tak kesah...
Aku tetap bangga...
Aku seorang kuli...
Kerana apa...
Aku UNIONIST!
Kerana apa...
Aku dipertanggungjawabkan...
Untuk mengawasi PERATURAN KESATUAN....
Aku hanya seorang pejuang....
Bunuh aku...
Aku tak kesah...
Aku tetap bangga...
Aku seorang kuli...
Kerana apa...
Aku UNIONIST!
Kerana apa...
Aku dipertanggungjawabkan...
Untuk mengawasi PERATURAN KESATUAN....
Aku tak kan peduli...
Yang aku tau...
Aku menjalankan tanggungjawab aku...
Kau Bunuhlah aku...
Aku tetap...
Seorang ..
Yang aku tau...
Aku menjalankan tanggungjawab aku...
Kau Bunuhlah aku...
Aku tetap...
Seorang ..
UNIONIST!
ABDUL RAZAK MD HASSAN
PRESIDEN RUM
PRESIDEN RUM
10 Mac 2015
NOTIS TUNJUK SEBAB
Notis tunjuk sebab ini telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan KTMB di bawah Unit Perhubungan Perusahaan & Pekerja, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi, KTMB.
Satu notis tunjuk sebab jelas dan nyata bertentangan dengan Seksyen 4 (1) dan 5 (1) (d) (ii), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177 )
Satu tindakan "UNION BUSTING" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
RUM tidak akan berdiam diri, tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB secara terang terangan mencampuri urusan Kesatuan Pekerja2 KTMB dan mengugut pegawai-pegawai Rum dengan niat memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu menyertai aktiviti – aktiviti kesatuan sekerja.
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB adalah "BAPA UNION BUSTING MALAYSIA".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KEDUDUKAN KARGO
Gambar Hiasan |
Perbandingan antara tahun 2012, 2013 dan 2014 berdasarkan “ravenue” dan “tonnage”, bagi membuktikan kebenaran kata-kata RUM.
Di bawah ini di turunkan data berkenaan.
RAVENUE - 2012 - 126,984.643
- 2013 - 138,398.723
- 2014 - 147,104.855
TONNAGE - 2012 - 6,106.909
- 2013 - 6,630,502
- 2014 - 6,072,131
Di lihat data ini memang ada kebenaran bahawa peningkatan penambahan pendapatan (ravanue) , kenaikan ini berdasarkan kenaikan harga Kargo.
Dilihat kepada muatan “tonnage” , maka jelas bahawa “tonnage” merosot dengan banyaknya.
Kenapa “tonnage” merosot, jawapannya adalah berdasarkan kenyataan kesatuan iaitu kedudukan lokomotif dan wagon yang banyak sakit maka tidak berkemampuan menarik larian lokomotif kargo dengan banyaknya, teguran secara bersurat telah pun dikeluarkan.
Sekiranya melalui perancangan awal kemasukan Datuk Elias Kadir berdasarkan kemasukan sebagai Presiden KTMB pada 2 Mei 2012 melalui teguran-teguran RUM secara lisan dan bersurat maka hari ini, jumlah itu berkemungkinan lebih dari sekali ganda.
Adakah teguran RUM ini salah?
Pembaca boleh menilainya sendiri…
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
TOLONG BAGITAU RUM
Jika RUM salah... tolong betulkan...
Tunjukkan kepada RUM satu pembaharuan atau kejayaan yang telah dilakukan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dalam tempoh 3 tahun kontraknya yang akan berakhir pada 30 April 2015.
Sebab RUM selaku "watch dog", tak nampak pun satu perubahan atau kejayaan yang dilakukan oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB