15 Mac 2015

Pengerusi Rum Cawangan Gemas (Part 1)

Bila di highlightkan dalam Suara RUM mengenai kenyataan dan perbualan saya dalam Whatsapp... Sdr Abdul Hamid Bin Mire, Pengerusi RUM Cawangan Gemas, jelas dan nyata memberi sokongan malah mendesak saya mengeluarkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan menyebut perbualan beliau dengan Pengurus Wilayah Timur.

Maksudnya Sdr Pengerusi Cawangan Gemas telah mendesak saya untuk menyegerakan tindakan supaya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dengan kadar segera, malah gambaran di beri seolah-olah Pengurus Wilayah Timur juga bersama dengan RUM untuk memastikan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB dikeluarkan dari KTMB.

Inilah sokongan yang di beri kepada saya selaku Presiden RUM yang bertanggungjawab menjaga dan mengawasi Peraturan Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Terima kasih Abdul Hamid Mire, Pengerusi RUM Cawangan Gemas dan Pengurus Wilayah Timur yang menyampaikan maklumat kepada Pengerusi RUM Cawangan Gemas untuk disalurkan kepada saya Presiden RUM.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB