19 Mac 2015

TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 5)

KETAKUTAN

Bila membaca Part 4, maka itu intipati kebenaran berdasarkan kepada pentafsiran Peraturan Kesatuan.

Bila ahli-ahli tidak memahami peruntukkan Peraturan Kesatuan melalui susur galur peranan maka ianya akan menimbulkan kekalutan, kecelaruan dan ketakutan.

Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah mengambarkan bahawa di sinilah kekuatan kesatuan sekerja, bukan hanya bergantung kepada pemimpin tapi sehingga ke akar umbi.

Maka bila kita BERSATU kita mampu menentang KEZALIMAN, apatah lagi tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB jelas dan nyata telah membelakangi undang-undang.

Kita tidak perlu gentar, andai kata kita masih berpandukan PERATURAN KESATUAN malah tindakan kita sama sekali tidak melanggari sebarang peruntukan Peraturan Kesatuan dan Akta Berkaitan.

Maka sebagai Pejuang Kesatuan Sekerja dari Pemimpin dan Ahli-ahlinya perlu bangkit berpadu suara menentang Kezaliman.

Lari dari perjuangan bermakna kita sebenarnya merelakan kita di zalimi seterusnya meruntuhkan Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Kini rumah kita telah diceroboh orang, adakah kita membiarkan penceroboh membinasakan rumah kita, andai kita membenarkan maka hancurlah kita.

Ayuh bangkit Pejuang-pejuang RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden yang jelas dan nyata telah mencerobohi rumah kita.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • BUDIBICARA MUTLAK (2)MUTLAK "Mutlak" lebih kepada maksud atas dasar "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN @ SYARIKAT" tanpa memperdulikan kepentingan dan keperluan seorang "manusia@insan" tetapi semata-mata untuk kepentingan syarikat atau lain perkataan "no … Read More
  • SEDIH.....Kalaulah Penjawat Awam melalui kenyataan Presiden Cuepasc tertekan dengan kos sara hidup sehingga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kira dah sangat teruk tu... RUM yang selalu mengatakan Pekerja KTMB dengan ibar… Read More
  • BUDIBICARA MUTLAK (BERKONGSI INFO)Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersur… Read More
  • BUDIBICARA MUTLAK (AKHIR)PERANAN KESATUAN SEKERJA Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk  berunding atau menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) (Akta 177) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimb… Read More
  • CUEPACS VS MTUCCUEPACS Cuepacs adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Sektor Awam MTUC MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja mewakili 3 sektor iaitu:- 1. Swasta 2. Sektor Awam 3. Badan Berkanun Maka secara umumnya MTUC adalah Kesa… Read More