RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

28 Mei 2014

KELUHAN SEORANG PENGURUSAN.

Gambar Hiasan
"Penat kerja macam ni.... orang atas buat taik.... kita kena tanggung"

Cubalah fikir-fikirkan..... 

Wahai THE THREE STOOGES sedarkah anda kenyataan di atas... atau anda memang buta tuli!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Mei 2014

SAJA GUA SUKA SUKA 1

Gambar Hiasan
Gua memang suka menyakat, saja suka-suka.... kata orang... tak nyakat tak best... nyakat ni akan mewujudkan kemesraan, akan tambah-tambah sayang lagi....

Kihkihkihkihkihkih...

So gua suka-suka nak nyakat.... nak nyakat "Pengurus Kanan Fleet n Maintenace" ialah "gua lama kenal dia".... kawankan... cuma dia lelaki.... kalau pompuan... mau gua jatuh cinta....

Kihkihkihkihkihkihkihkihkih.........

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


Lunch dengan VIP

Gambar Hiasan
Lunch dengan VIP..... hahaha...... menariknya.... memang sesuai gelaran Maharaja Lawak Antarabangsa diberikan...... tepat sekali! hahahaha..... lu cakap belakang pun... gua tau.... hahahaha....... malu lo.... kalau bawa citer.... citer tak betul.... orang pun dah kenal lo..... dia pun tau.... lo "WAYANG TINGGI PRODUCTION".

KAHKAHKAHKAHKAH.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


SESSI PEMBELAJARAN 4 (AKHIR)

Gambar Hiasan
Siapakah RUM?

RUM adalah Ketua Juri Maharaja Lawak Antarabangsa yang mengumumkan "THE THREE STOOGES" ini telah menjuarai Maharaja Lawak Antarabangsa. Kehebatan terserlah untuk mengharumi nama negara.

Tahniah untuk pemenang!

Kihkihkihkihkihkihkihkihkih.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


SESSI PEMBELAJARAN 3

Gambar Hiasan
Sessi pembelajaran kita telah sampai sessi 2, maka sessi 3 dikenali sebagai "three stooges" kerana ada 3 katogeri jawapan, justeru itu perlu tahu apakah peranan "THE THREE STOOGES" ini?

Peranan "THE THREE STOOGES" adalah untuk memenangi "MAHARAJA LAWAK ANTARABANGSA", kerana kehebatan melawaknya lebih hebat dari "MAHARAJA LAWAK ASTRO"! Justeru itu ianya telah diangkat untuk dipertandingkan diperingkat antarabangsa bersesuaian dengan kelayakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


SESSI PEMBELAJARAN 2

Siapakah Pemangku Pengurus Besar Korporat?

Beliau adalah seorang pekerja yang berpelajaran tinggi berkategori "PEKERJA ANGKAT BEG".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


SESSI PEMBELAJARAN 1

Siapakah Presiden KTMB?

Presiden KTMB adalah seorang yang bijak lagi pandai yang berhasrat untuk menengelamkan KTMB, kelayakan beliau ialah "NON PERFORMING PRESIDENT".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


SESSI PEMBELAJARAN

Siapakah "Consultant Made In India"?

"Consultant Made In India" adalah seorang "budak suruhan", kepandaian dan kebijaksanaan ialah menipu KTMB untuk mendapatkan rm 30.000sebulan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


26 Mei 2014

DERAIL LAGI

Gambar hiasan
Tren 29 tergelincir diantara kemubu - bertam kilometer 376.5 jam 9.15 malam tadi. ADNS 2631 Bogie Selatan 4 roda tergelincir.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 Mei 2014

Tren 347 Derail

LATEST INFO

Tren 347 derail d Stesen Genuang (main line). Difahamkan 8 wagon belakang putus dekat home signal kemudian hentam belakang, derail 2 roda.

Kenyataan RUM merupakan lapuran kejadian, tiada sebarang andaian atau tuduhan dibuat, walaupun begitu RUM sebagai sebuah organisasi berhak membuat sebarang andaian berdasarkan aspek keselamatan adalah dalam bidangkuasa RUM.

Yang tidak berhak membuat sebarang andaian ialah seorang pekerja yang tertakluk dengan prosedur tindakan tatatertib.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Mei 2014

TAK LUPA

Bila kebelakangan ini tulisan RUM lebih menjerumuskan hal ehwal RUM, tidak bermaksud RUM lupakan isu yang ada, cuma sedikit pemahaman diberikan pada kepimpinan baru 2014-2017, malah mengenai prosedur tindakan tatatertib dikeluarkan selepas pertanyaan diutarakan oleh seorang ahli.

Isu tetap isu...
Pendirian tetap pendirian...
RUM berpendirian...
Datuk Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB (untuk pemahaman ahli)

1. Ahli-ahli yang menerima surat tunjuk sebab adalah dinasihatkan seberapa segera berjumpa dengan mana-mana pegawai Kesatuan yang terhampir atau ke ibu pejabat RUM untuk mendapatkan khidmat nasihat.

2. Khidmat nasihat akan diberikan kepada ahli-ahli bagi membantu menjawab surat tunjuk sebab.

3. Kegagalan menjawab surat tunjuk sebab dengan tepat akan menghakibatkan ahli-ahli yang tertuduh akan dikeluarkan satu surat pertuduhan untuk diadili melalui melalui proses "siasatan dalaman". Kegagalan ini juga akan menghakibatkan kesukaran pegawai Kesatuan untuk menyediakan hujah-hujah yang tepat bagi menangkis surat pertuduhan sekiranya dikeluarkan oleh pihak pengurusan.

4. Pekerja yang tertuduh yang,juga ahli kesatuan perlu berjumpa atau ke pejabat kesatuan sesegera mungkin sebaik mendapat surat pertuduhan.

5. Pihak kesatuan akan menamakan pegawai Kesatuan dari kalangan Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan RUM, untuk mewakili ahli yang tertuduh dalam "siasatan dalaman".

6. Pegawai Kesatuan yang mewakili ahli tertuduh akan memanggil ahli yang tertuduh untuk satu sessi soal siasat bagi mendapat pemahaman yang jelas mengenai ayat pertuduhan di dalam surat pertuduhan serta memahami susur galur kejadian sehingga menyebabkan pekerja yang juga ahli Kesatuan dikenakan pertuduhan.

7. Persediaan soalan jangkaan pendakwa bagi pihak majikan oleh pegawai kesatuan bagi proses bengkel siasatan dalaman.

8. Satu sessi bengkel "siasatan dalaman" akan dibuat dengan memanggil tertuduh ke pejabat kesatuan untuk proses "pra siasatan dalaman" yang turut dihadiri jawatankuasa Perhubungan Perusahaan bagi memastikan semua hujah-hujah menolak surat pertuduhan. Proses pra "siasatan dalaman" ini mencari solusi yang terbaik, memahamkan pekerja tertuduh yang juga ahli Kesatuan tentang proses siasatan dalaman, serta menyediakan hujah-hujah tambahan bagi persediaan proses "siasatan dalaman" yang sebenar.

9. Proses "siasatan dalaman" sebenar dijalankan oleh pihak pengurusan diketuai :-
1. 3 panel iaitu 1 Pengerusi Panel dan 2 sebagai Panel.
2 Tertuduh
3. Pendakwa 
3. Wakil Pekerja.
4. Saksi pihak majikan (jika ada)
5. Saksi pihak tertuduh (jika ada)

10. Proses selanjutnya ialah penyediaan "submission" oleh pegawai Kesatuan untuk membuat konklusi dari siasatan dalaman sebenar dan menyerahkan pada Pengerusi Tindakan Tatatertib KTMB dalam tempoh 14 hari.

11. Menunggu keputusan dari Jawatankuasa Tindakan Tatatertib KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 Mei 2014

BAKAL PEMIMPIN RUM - PERLEMBAGAAN KESATUAN

Bila nak jadi Pegawai Kesatuan khususnya Pengerusi/Setiausaha/Bendahari Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan kena baca, kena faham, Perlembagaan Kesatuan!

Bila kita faham, baru mudah nak urus tadbir cawangan. Kalau kita tak faham, cawangan jadi huru hara, maka ahli akan marah RUM.

RUM

PERFECT 8 (akhir)

Bakal Pemimpin RUM

Kenyataan yang dikeluarkan ini hanya sebahagian pengetahuan untuk dikongsi dengan pemimpin RUM cawangan yang bakal memegang jawatan yang sebaik sahaja diumumkan pada Mesyuarat Agung Cawangan RUM yang dijadualkan pada 18 - 22 Jun 2014.

Mudah-mudahan saudara yang terpilih akan memahami sedikit pengetahuan untuk memacu RUM kearah kecemerlangan.

Pengetahuan selanjutnya akan diberi penekanan pada kursus-kursus yang akan dianjurkan oleh RUM.

RUM

PERFECT 7

Semua Perfect adalah asas untuk menjadi pemimpin Kesatuan, namun dalam pergerakan kesatuan, bukan menjadi tujuan utama kita untuk mewujudkan pertikaian. Matlamat ialah memberi kebaikan kepada ahli-ahli dan syarikat, prinsip mewujudkan keharmonian perusahaan adalah matlamat utama.

Justeru sekiranya wujud pertikaian adalah berpunca dari pihak yang lagi satu iaitu majikan dan bukannya Kesatuan.

RUM

PERFECT 6

Dalam semua yang diperkatakan melalui "PERFECT - PERFECT 5" maka perlu ada sikap bagi seorang pemimpin kesatuan sekerja ialah "GILA". Pelengkap "GILA" ini akan menjadi "BULLET" pada kesatuan sekerja, kerana kalau tak cukup "GILA", maka Kesatuan Sekerja yang diterajuinya akan kecundang.

RUM

PERFECT 5

"MUNASABAH" juga tidak cukup, kerana dalam sesuatu isu, permainan perlu bijak, tanpa permainan yang bijak juga akan kecundang, contoh permainan yang baik ialah "TEMPOH". "TEMPOH" memainkan peranan penting bukan saja dari aspek penyelesaian, tapi dari aspek "TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN".

RUM.

PERFECT 4

Dalam memahami pengetahuan undang-undang dan keberanian, apakah ianya masih mencukupi, masih juga tidak.

Ianya perlukan juga dari aspek mengenai "MUNASABAH", tanpa "MUNASABAH" dalam satu tindakan, maka kita akan kecundang, bila kita kecundang maka yang menjadi mangsa ialah ahli-ahli dan menjejaskan imej Kesatuan Sekerja.

RUM

PERFECT 3

Adakah keberanian itu mencukupi melalui kenyataan "PERFECT 2"?

Sebenarnya ianya masih tidak mencukupi, kerana apa pun keberanian juga perlu pengetahuan, pengetahuan dari seluk beluk undang-undang, seperti " PERJANJIAN BERSAMA, AKTA KERJA, AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN, AKTA KESATUAN SEKERJA DAN LAIN-LAIN AKTA berkaitan pekerja.

RUM

PERFECT 2

Bila "PERFECT & PERFECT 1" digabungkan maka ianya akan menjadi pelengkap.

Pelengkap ini akan menjadi satu kekuatan, namun kekuatan ini perlu ditambah dengan keberanian, keberanian akan memberi output bukan sahaja pada ahli-ahlinya tapi Kesatuan Sekerja yang diterajui.

RUM

PERFECT 1

Bila menjadi pegawai kesatuan, satu yang perlu ditetapkan pendirian ialah jangan mengejar pangkat.

Pangkat akan datang dari aspek kerja hakiki yang "PERFECT", tidak perlu mengunakan platform Kesatuan, kerana mengunakan platform Kesatuan akan melemahkan kekuatan.

Maksudnya ialah menolak unsur-unsur kepentingan diri.

RUM

PERFECT

Bila kita menjadi pegawai Kesatuan, selalu perlu diingatkan ialah "PERFECT", maksudnya bila jadi pegawai Kesatuan kerja hakiki mesti "PERFECT", kerana bila kita "PERFECT" baru kita mampu bersuara, kalau kita tidak "PERFECT", bila ditangkap oleh majikan "KITA MAMPUS" dan yang teruknya kita jadi "YES BOSS" maka "AHLI PULA MAMPUS" kerana kita tak berani bersuara.

RUM

SAJA NAK PESAN

RUM bukan mahu bangkitkan semua isu secara terbuka, cuma nak ingatkan banyak isu yang boleh dibangkitkan secara terbuka. 

Kebanyakan isu RUM mengunakan saluran rasmi samada melalui bersurat maupun melalui mesyurat rasmi, tidak manis menelanjangi pihak pengurusan secara terbuka kecuali terpaksa.

Begitu juga seperti Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan KTMB yang dilihat seolah-olah nak menjolok sarang tebuan.... Hati-hati.... Pujian dah melambung.... Nak main game... Nak main tafsiran.... Tertonggeng nanti.....

So diingatkan jangan cuba-cuba, sebab kalau RUM buka mulut dan melahirkan secara terbuka... Ada yang tak tidur malam nanti...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 Mei 2014

SIJIL KELAYAKAN PEMANDU LOKOMOTIF (LANJUTAN KENYATAAN TIM PRES)

Siapa sebenarnya bertanggungjawab?

1. SENIOR LOKOMOTIF INPECTOR?
2. PENGURUS WILAYAH?
3. PENGURUS BESAR OPERASI?
4. PENGURUS BESAR INTERCITY?
5. PENGURUS BESAR? KESELAMATAN, KESELAMATAN DAN PEKERJAAN?
6. PRESIDEN KTMB?

Siapa yang perlu diambil tindakan tatatertib?

Pekerja jugak ke????

Ooooo....kami kuli...kamilah perlu diambil tindakan tatatertib kerana memandu tanpa Sijil Kelayakan Pemandu Lokomotif.

Banyak lagi sijil-sijil kelayakan yang belum diwar-warkan lagi....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KECEWA

Setiap hari memikirkan...
Kenapa kau berubah...
Dulu aku percaya...
100% kepercayaan ku berikan...

Kerana apa?
Kerana dia?
Mana pendirian mu...
Aku tau...
Pertama ku kenal...
Kau yang terbaik...
Tapi kini...
Kau mengancurkan...
Sebuah harapan...
Kau mengancurkan...
Ribuan hati...
Kau melukakan...
Hati ini...

Tidak kah kau mengerti...
Apa itu harapan...
Apa itu perjuangan...
Apa itu kesengsaraan...
Sedihkan....

Kalau kau mampu mengerti...
Kalau kau mampu memahami...
Kalau kau mampu berkongsi...
Maka...
Tiada isu hari ini...

Semua telah berlalu...
Hari ini...
Kau tidak diperlukan lagi...
Cukuplah...
Mengertilah...
Fahamilah...
Kami tetap berjuang...
Sehingga...
Titisan darah yang terakhir...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

21 Mei 2014

Releks ler....

Pengurus Kanan Fleet....

SAJA GUA SUKA SUKA.... NAK SEBUT GELARAN JAWATAN TU!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Tunggu...

Coming Soon..... Best bullet.... Terangkat! Mistake yang mampu mengegarkan....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SOLIDARITY

RUM memberi sokongan penuh pada kesatuan-kesatuan dalam TNB melalui surat yang telah dikeluarkan dipaparkan di wall fb suararum.






RUM

19 Mei 2014

BUKAN AHLI (SIASATAN DALAMAN)

RUM ingin nasihatkan pada "BUKAN AHLI", sertailah RUM, "jangan dah terhantuk baru nak tergadah".

Kes salah laku sehingga boleh diambil tindakan tatatertib perlu dijalankan melalui Siasatan Dalaman, kes-kes juga sehingga ke Mahkamah Perusahaan, diperingkat KTMB ianya boleh diwakili oleh wakil pekerja, di Jabatan Perhubungan Perusahaan hanya boleh diwakili Pegawai Kesatuan yang bertauliah, di Mahkamah Perusahaan hanya boleh diwakili oleh Pegawai Kesatuan yang bertauliah atau Peguam yang bertauliah.

RUM mempunyai "experties" untuk mewakili ahli-ahli, justeru itu RUM hanya akan mewakili ahli-ahli yang berfadah sahaja!

Kebelakangan ini, bukan ahli telah datang untuk memohon bantuan RUM bagi mewakili tertuduh ke Siasatan Dalaman.

RUM ingin jelaskan, RUM tidak boleh mewakili mana-mana bukan ahli!. Adalah menjadi tanggungjawab RUM menolak sebarang permohonan pertolongan dari bukan ahli, ianya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Kesatuan.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan bukan ahli menyertai RUM, kerana RUM adalah milik semua ahli yang berfaedah.

Diulangi lagi...
"JANGAN DAH TERHANTUK BARU NAK TERGADAH"

Susah sama susah..
Senang sama senang...
Itu Ahli RUM...
RUM milik ahli yang berfaedah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

18 Mei 2014

Brake Block 2 (PANAS)

Suka atau tidak suka, brakeblock terpaksa disegerakan pembeliaan, kelewatan akan menjerumuskan kepada lumpuhnya perkhidmatan keretapi.

Gambar hiasan
Lembaga Pengarah duk wat apa? Duk lena tidur diulit mimpi indah ke? Duk bersekongkol dengan Presiden KTMB ke? Duk datang mesyuarat kutip elaun saja ke?

RUM mula bertambah-tambah nak marah..... Kalau benda kecil macam ni pun nak jadi isu.... Kalau rasa tak mampu mengodak Presiden KTMB letak saja jawatan.

Kepantangan RUM kalau benda-benda macam ini pun boleh jadi isu, apa tah lagi "kalau" atau "macam" atau "seolah-olah" nak menjahanamkan KTMB.

Bangun dan bangkitlah wahai Lembaga Pengarah KTMB, anda semua akan terpalit dengan kelemahan Presiden KTMB.

Bertindak segera sebelum masalah lebih teruk dalam KTMB.

Ingat..... Warga pekerja KTMB yang mengharapkan pembetulan dan pemulihan segera kerana masa depan kami warga pekerja bergantung pada KTMB, malah KTMB ibarat "BAPAK KAMI YANG PUNYA"!

Jangan nanti sampai ada pihak kata dah terlambat nak memulihkan KTMB maka jalan yang terakhir ialah mengistiharkan bankrup seperti yang berlaku pada Syarikat Penerbangan MAS.

RUM dah bangkitkan isu ini cukup lama dengan setiap sesalinan surat dihantar kepada semua Lembaga Pengarah KTMB.

So????????

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Brake Block

Brake Block

Baru dapat info, brake block dah tiada stock di depoh-depoh, ini menimbulkan satu risiko besar kepada tren-tren KTMB.

Apa dah jadi? 
Adakah ini sabotaj? 
Siapa yang sabotaj? 
Adakah ini sabotaj pada Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB?

Undur....Undur....
Datuk Presiden KTMB!

Hancus!!!!!!!!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Beginilah caranya...


Akhirnya inilah jawapan....
Masih ingatkah lagi....
Bila Air Asia nak ambil kepentingan MAS...
Tapi dapat bantahan dari Kesatuan...
Then....
Down....down... down...
Akhirnya sebuah persoalan...
Yang dirungkaikan dengan sebuah jawapan....


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

17 Mei 2014

Keretapi Laju

Gambar hiasan
RUM pernah satu ketika membantah Keretapi Laju masa tu zaman PAK LAH, PAK LAH telah pun membatalkan cadangan Keretapi Laju.

Bila terwujudnya SPAD melalu Plan Transformasi iaitu NKRA, idea mewujudkan Keretapi Laju tercetus kembali, dengar khabarnya ianya berkemungkinan akan diimplementasikan.

Persoalan?

1. Apakah keuntungan kewujudan Keretapi Laju?

2. Apakah implikasi Keretapi Laju kepada KTMB?

3. Apakah faedah Keretapi Laju kepada Rakyat berpendapatan rendah?

4. Melalui Pelaburan yang tinggi, jangkamasa titik pulang modal dijangka bila?

5. Andai ianya projek swasta atau modal swasta, sampai satu tempoh adakah ianya dikembalikan kepada kerajaan kerana kegagalan membayar hutang?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERLANTIKAN BARU (MOF)

RUM berharap Kementerian Kewangan dapat menyegerakan perlantikan baru Presiden KTMB, syarat-syarat kontrak sangat jelas, bagi menamatkan seorang Presiden, RUM sendiri mengetahui syarat-syarat kontrak berkenaan.

Kementerian Kewangan (MOF) tidak perlu lama untuk membuat keputusan, kerana mereka sendiri menyedari kedudukan Datuk Elias Kadir "NON PERFORMING PRESIDENT".

Janganlah membiarkan atau membenarkan KTMB terus merudum, RUM hampir-hampir beranggapan seolah-olah ianya disengajakan sebagai satu strategi untuk mengadaikan KTMB.

Perlantikan kali ini hendaklah tempoh kontraknya hanya selama 2 tahun sahaja, bagi memastikan Presiden KTMB yang dilantik benar-benar "PERFORM", sekiranya "PERFORM" baru boleh dipertimbangkan untuk penyambungan kontrak semula, sekiranya tidak, maka kontrak hendaklah ditamatkan. Jangan macam sekarang kerana kontrak 3 tahun itu terlalu lama.

Justeru itu RUM mendesak MOF menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB dengan segera.

Kami RUM tidak berhasrat untuk berpiket ke Putra Jaya, tapi jangan memaksa kami untuk berpiket ke Putra Jaya.

Kami RUM sentiasa bersiap sedia berjuang sehingga berjaya.

"SELAMATKAN KTMB, 
SELAMATLAH PEKERJA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MASEU desak CEO MAS letak jawatan


NOW! CEO MAS DIMINTA LETAK JAWATAN OLEH MASEU APA KATA INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF) MALAYSIA, MEMANGGIL SATU MEETING UNTUK KITA BERGABUNG PIKET SELURUH PENGANGKUTAN DALAM NEGARA INI. RUM BERSIAP SEDIA UNTUK MENGEMPUR..... 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


16 Mei 2014

KULI

Gambar hiasan
Aku tak pernah bangga...
Aku tak kesah apa orang kata..
Aku hanya insan kerdil...
Aku hanya mahu kesempurnaan..
Aku hanya mahu kepuasan..
Aku hanya tau..
Aku seorang kuli..
Aku tau aku bukan kaya...
Aku juga tau...
Hidup aku...
Kais pagi makan pagi..
Aku hanya tau..
Sebuah kesengsaraan...
Aku bukan mahu kaya...
Aku mahu kebahagian...
Aku hanya mahu...
Sebuah kesempurnaan...
Untuk keluarga...
Untuk anak ku...
Untuk masa depan ahli-ahli ku..
Untuk masa depan sebuah keluarga...
Yang nama glamournya pekerja...
Tapi tetap seorang...
Kuli....

Nukilan RUM

15 Mei 2014

Putrajaya Mu Tunggu Kami Datang


Terima Kasih kerana terus memberi semangat! perjuangan yang belum selesai, gendang perang akan terus dipalu, kita tetap dengan semangat juang yang tinggi terus mengibar panji-panji, kan kita gegar sekali lagi, destinasi putra jaya bakal kita kunjungi. Kau tidak lagi diperlukan di KTMB.


Hidup Pekerja...
Hidup RUM...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Hujan bukan penghalang dan alasan

Bendahari Agung RUM dah jadi Hantu Bungkus.... mau kasi cekik itu Presiden KTMB kasi KTMB rugi.... kasi susah kuli.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Tanpa gaji, tanpa upah, ikhlas berjuang


Semangat Bro Kita ini.... tanpa gaji...tanpa upah... antara orang yang terakhir yang membantu RUM mengemaskan kelengkapan perang.

Salute lu bro...

Ahli utus surat


Pihak RUM mengucapkan terima kasih kepada ahli yang prihatin dengan perjuangan RUM ini sebahagian dari tanda sokongan padu ahli-ahli RUM terhadap apa yang diperjuangkan oleh RUM selama ini. RUM menghargai sokongan saudara-saudara. - admin

Warna

Apa maksud warna baju Piket RUM?
Warna Merah / Biru / Putih

Merah - Lambang keberanian
Biru - Kuli
Putih - Bersih / Ikhlas

Warna memainkan peranan penting dalam mencorakan bersatu, kekuatan, keberanian bagi kami yang disebut sebagai "KULI". "KULI berjuang dengan niat yang bersih dan ikhlas untuk menyelamatkan KTMB dan meningkatkan pendapatan atau upah yang lebih baik iaitu selaras dengan kadar pasaran.

Terbukti warna berkenaan telah menonjolkan keberanian dan kebangkitan suara keramat "kuli", kuli mampu mengegarkan.

Dari aspek lain ianya juga sebahagian dari aspek pemasaran, iaitu memasarkan produk RUM iaitu sebuah kesatuan sekerja yang lantang bersuara demi kepentingan pekerja-pekerja KTMB selain menjual produk berasaskan tag line "NON PERFORMING PRESIDENT"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TAG LINE - NON PERFORMING PRESIDENT

NON PERFORMING PRESIDENT 
Kalau dibaca dan difahami tag line ini ianya sangat dalam maksudnya sehingga melayakkan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB menerima anugerah "Guinness Record of Malaysia"!

Hebat bebenor Datuk Presiden KTMB! kihkihkihkihkih....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


14 Mei 2014

PIKET (PUTRA JAYA)

Piket 9 Mei 2014
Ramai yang bertanya mengenai tindakan susulan, pihak RUM sedang menunggu dan menilai perkembangan terkini sebelum membuat keputusan selanjutnya.

Bagi menyesuaikan keadaan maka pihak RUM akan menunggu satu tempoh yang munasabah atau satu ruang waktu yang sewajarnya sebelum PIKET kedua akan diadakan.

Piket kedua seperti yang telah diumumkan ialah di Pekarangan Kementerian Kewangan, Putra Jaya.

Tarikhnya seperti dikatakan dipara 2 kenyataan ini. Jawatankuasa Kerja RUM akan bersidang tidak lama lagi untuk mengkaji setiap sudut sebelum mengenalpasti tarikh yang sesuai iaitu satu tarikh yang mampu mengegarkan.

Ahli-ahli RUM terus kekalkan semangat perjuangan yang tinggi bagi memastikan kekentalan perjuangan kita mampu menghasilkan kejayaan.

RUM tidak pernah gentar dalam merealisasikan perjuangan sehingga mencapai kejayaan demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA!"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Semangat

Semangat tidak boleh terhenti, semangat sentiasa berterusan, tidak boleh sesekali leka, tidak boleh alpa, sentiasa peka, bergerak terus sehingga kita mencapai matlamat.

Terus....terus...terus kekalkan semangat perjuangan yang tinggi, kita akan tetap berjuang sehingga mencapai kejayaan.

Kita akan tunjukkan kuasa "KULI"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 Mei 2014

Sijil Cuti Sakit Palsu

Akibat menipu, tidak selamat, blog ini pernah memaparkan sikap dan pendirian RUM didalam isu ini bahawa "RUM HANYA MEMBELA MEREKA YANG TERANIYA BUKAN YANG MENIPU!

Untuk baca kenyataan yang telah dikeluarkan terdahulu mengenai ini sila klik disini

- admin

Gambar sejuta makna


UTAMAKAN KESELAMATAN

NKRA - Siapa beri maklumat tidak tepat kepada PM ?

Baru dapat clarification.... Kenyataan YAB Dato Sri Perdana Menteri mengenai Komuter peratusan 94.6 % adalah tidak tepat.

Siapa yang bagi maklumat salah?

Yang sebenarnya ialah 98%.

Tapi itu tidak bermaksud satu kejayaan Presiden KTMB tapi satu kejayaan Kerajaan yang memerintah yang membeli 38 set SCS dengan idea mantan Pengarah Urusan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB