RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Januari 2014

Hala Tuju (Direction) 1.

Gambar Hiasan
Menarik untuk diperkatakan, kerana hala tuju mengambarkan bahawa hasrat untuk mencapai "target" seterusnya ialah "goal". 

Memberi maklumat apakah impian yang diharapkan, apakah impian yang perlu dicapai, apakah impian untuk mencapai matlamat, selain menceritakan sebuah harapan, sebuah impian yang mampu menjadi kenyataan.

Perkongsian adalah sesuatu yang sangat baik, bagi menjalinkan hubungan dan kerjasama, perkongsian akan memberi keyakinan bagi meningkatkan kerjasama dari semua pihak untuk mencapai matlamat, kerana semua pihak akan berkongsi serta berusaha bersama-sama untuk memastikan sebuah impian dan sebuah harapan menjadi kenyataan.

Dalam menyatakan impian, maka impian itu perlu jelas, tepat dan pastikan matlamat pada penghujungnya ialah keberhasilan. Impian itu perlu tinggi, impian itu perlu nyata, impian itu perlu membangkitkan semangat dalam ertikata setiap aspek itu perjuangan berdasarkan tanggungjawab, keikhlasan dan amanah, maka ianya mampu menjadi kenyataan.

Justeru itu, hala tuju yang ingin disampaikan mesti "nyata", "berpotensi", mampu mengembalikan keyakinan serta sebuah harapan yang meniti kejayaan dan kecemerlangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

30 Januari 2014

PERKHIDMATAN TREN INTERCITY - Kelemahan Perancangan

Gambar Hiasan
Perkhidmatan tren intercity adalah perkhidmatan tren antarabandar diantara Kuala Lumpur ke Padang Besar, Kuala Lumput ke Tumpat dan Kuala Lumpur ke Woodlands Singapore.

Kemuncak pendapatan tertinggi tren ini ialah pada musim-musim cuti sekolah dan cuti raya iaitu seperti tahun baru cina yang akan disambut esuk, sambutan pada musim-musim seperti ini akan memberi pulangan yang tinggi sekiranya perkhidmatan tren tambahan atau penyambungan koc yang banyak pada satu-satu perkhidmatan seperti ekpress langkawi dan lain-lain.

Stok kereta yang terdapat dalam KTMB kini sekitar 200 buah koc, yang boleh digunakan hanya sekitar 105 buah koc sahaja, iaitu pengunaan sekitar 53%, bermaksud 47% koc berada dalam keadaan sakit dan perlu diperbaiki dengan segera.

Pengunaan koc bagi setiap perkhidmatan tren kini adalah sekitar 7.5 buah koc bagi sesuatu jajaran sedangkan kemampuan sebuah lokomotif mampu menarik lebih 15 buah koc tertakluk kuasa kuda lokomotif atau dengan kemampuan Power Unit Car (PGC) yang membekalkan kuasa letrik pada koc mampu membekalkan letrik sebanyak 12 koc.

28 Januari 2014

Komuter@Keuntungan (Komen dalam wall suara rum, ini jawapannya)

Berbicara tentang komuter yang mengatakan keuntungan makin meningkat, adalah benar dan tidak benar, di akui benar disebabkan dengan kehadiran Komuter yang dipanggil Six Car Set (SCS) iaitu dengan kehadiran SCS sebanyak 38 set dengan harga RM 2B. Dengan kehadiran SCS yang dibeli oleh kerajaan maka penumpang telah bertambah, tapi ianya tidak mengambarkan keuntungan, tetapi sebagai perkhidmatan sosial maka kerajaan hanya memberi manfaat kepada rakyat mengunakan perkhidmatan awam yang murah dan selamat.

Berbalik kepada tidak benar, memang diakui bahawa pendapatan KTMB meningkat dari segi penambahan penumpang, namun pendapatan yang diterima adalah tidak berbaloi dengan kos harga tambang yang murah berdasarkan perkilomter berbanding dengan ERL, LRT, MONOREL dan LRT Putra. KTMB masih menanggung subsidi yang besar bagi setiap penumpang yang mengunakan perkhidmatan komuter.

Namun secara bernasib baik, Datuk Presiden KTMB beruntung, dikala dia menjawat sebagai Presiden KTMB, SCS mula sampai ke negara dan beroperasi pada tahun 2012. Nasib baik inilah yang menyelamatkan nama baik Datuk Presiden KTMB. (Datuk Elias Kadir menjawat jawatan Presiden KTMB pada 2.5.2012)

Satu kenyataan yang disokong oleh Kesatuan Pekerj2 KTMB.

Dasar pengswastaan di Malaysia banyak yg gagal dari berjaya menguntungkan rakyat sebaliknya rakyat menanggung beban. Kini kastam yg bergelar 'diraja' pun nak di koporatkan kemudian di swastakan, kenapa polis dan tentera yg ada di raja tak di swastakan?. Dah gila kah kerajaan ni?


Majlis Tandatangan Perjanjian Bersama

Majlis tandatangan Perjanjian Bersama berjalan dengan lancar dihadiri oleh pihak pengurusan KTMB diketuai oleh Datuk Presiden KTMB manakala RUM pula dihadiri semua Jawatankuasa Kerja, Pengerusi/Setiausaha Cawangan Klang, Sentul n Kuala Lumpur, turut serta ialah Exco dari sekitar Lembah Klang.

Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, seterusnya ialah Majlis menandatangani bermula diantara kedua-dua pihak, selepas selesai menandatangani dokumen, maka Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Bersama diantara Presiden KTMB dan Presiden RUM, diikuti sessi bergambar. Jangka masa yang diambil ialah 20min.

Selesai sessi majlis, maka sessi jamuan ringan yang turut dihadiri oleh SOA, masa yang diambil ialah lebih kurang 15minit shj, kemudian semua pegawai RUM bersurai.

Yang menarik Majlis ini ialah tiada kehadiran seorang pun wakil dari Lembaga Pengarah KTMB, malah Majlis ini, buat pertama kalinya, tiada ucapan dari Presiden KTMB dan Presiden RUM, walaupun dalam aturcara Majlis tertulis ada ucapan. Semuanya secara ringkas bagi memastikan kelansungan tandatangan perjanjian bersama selesai serta dapat "diendorse" di Makamah Perusahaan dengan sesegera mungkin.

Tandatangan ini sangat penting demi memastikan faedah yang terkandung dipelihara dengan baik, serta menjamin faedah golongan bukan Eksekutif, pihak RUM melaksanakan tanggungjawab ini demi masa hadapan pekerja bukan Eksekutif khususnya ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Januari 2014

Pertukaran dokumen Perjanjian Bersama Yang Ke 7

Hari ini 27 Januari,  pertukaran dokumen Perjanjian Bersama Yang Ke 7 yang telah ditandatangani antara pihak KTMB dengan pihak Kesatuan Pekereja telah berlangsung dalam suasana harmoni. Menurut saudara Razak, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dilaman sosial Facebook, inilah kali pertama CA ditandatangani awal berbanding sebelum ini.

"..ini kali pertama CA ditandatangani awal, keputusan kelulusan elaun yang terkandas di Kementerian Kewangan hanya didapati pada 27.12.2013, hanya selepas kelulusan dari MOF, baru CA boleh ditandatangani. " Ujar Saudara Razak Md Hassan

26 Januari 2014

WE ARE UNIONIST!



PEMBAZIRAN DAN JAWAPANNYA

Gambar Hiasan
Bila sebut soal PEMBAZIRAN, ianya terlalu luas, dari segi kerja, dari segi masa, pembelian barang, kegagalan menyediakan lokomotif, koc, PGC, ketepatan masa, utiliti, wang dan sebagainya.

Siapa yang bertanggungjawab tentang Pembaziran? 

Semua pihak bertanggungjawab, dari Lembaga Pengarah KTMB, Presiden KTMB, Pengurusan KTMB sampai kepada pekerja bukan Eksekutif.

Siapa yang merancang bagi mengelakkan pembaziran?

Idea bagi mengelakkan pembaziran ialah dari Presiden KTMB, iaitu mengenal pasti asas kepada pembaziran seterusnya mengarahkan pihak pengurusan bawahan mengenalpasti, serta menguatkuasakan sebarang aliran pembaziran. Merancang pemulihan bagi memastikan tiada pembaziran.

Merancang dengan betul, memastikan sebarang perkara yang boleh menghakibatkan pembaziran, mengatasi sebarang masalah yang wujud, sebagai contoh kelewatan membaikpulih lokomotif yang telah "overdue" boleh menghakibatkan aspek keselamatan, kerosakan, kebakaran, kegeliciran sehingga menjejaskan perkhidmatan larian tren, ini adalah pembaziran! pembaziran masa, pembaziran wang, kerosakan teruk sehingga terpaksa membaikpulih secara keseluruhan atau boleh tersadai, akibatnya tidak boleh melarikan larian tren penumpang dan kargo, Kegagalan merancang dengan baik menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan dan ini satu pembaziran, seperti surat kesatuan di bawah perkara "opportunity loss".

PEMBAZIRAN 3

Bertanggungjawab dan dipertanggungjawab masing-masing ada peranannya tersendiri, kerana masing-masing mempunyai spesifikasi tugas yang telah ditentukan oleh Syarikat, berdasarkan gred jawatan, serta imbuhan gaji yang diterima.

Dalam hal ini ada beberapa perkara yang berbeza iaitu yang mengawal, meluluskan, yang memantau, yang mengarah dan yang melaksanakan kerja.

Justeru itu yang melaksanakan kerja berdasarkan arahan diberi, tidak boleh mengengkari perentah, walaupun tak betul, maka kena akur, walaupun ianya salah, kalau tidak akan dicop sebagai individu yang tidak mematuhi arahan, malah akan ditukarkan, namun rungutan terus didengari bahawa mereka tidak mahu terus bersekongkol, justeru itu RUM sebagai "watch dog" terus mengambil perhatian dan membangkitkan, kerana implikasinya adalah pekerja yang menerima arahan serta masa depan yang kelam.

Berbeza dengan mengawal dan menghentikan, disinilah tanggungjawab besar bagi mengawal salahlaku dalam bentuk arahan yang diberikan, apakah pengawalan telah dibuat, apakah perkara yang salah boleh dibenarkan, perlukah kelulusan diberi atau terpaksa buat keputusan yang drastik demi menyelamatkan pembaziran dan keruntuhan.

Justeru itu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah, kegagalan adalah satu perkara yang menjadikan kita sebenarnya bersekongkol dan membiarkan terus pembaziran berlaku.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEMBAZIRAN 1 & 2

PEMBAZIRAN 1

SIAPA YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN?

1. LEMBAGA PENGARAH KTMB

2. PRESIDEN KTMB

3. PENGURUS BESAR KTMB

4. PENGURUS KANAN KTMB

5. PEKERJA EKSEKUTIF KTMB

6. PEKERJA NON EKSEKUTIF KTMB


PEMBAZIRAN 2

1. APAKAH TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH KTMB?

2. APAKAH TANGGUNGJAWAB PRESIDEN KTMB?

3. APAKAH TANGGUNGJAWAB PENGURUS BESAR?

4. APAKAH TANGGUNGJAWAB PENGURUS KANAN?

5. APAKAH TANGGUNGJAWAB PEKERJA EKSEKUTIF?

6. APAKAH TANGGUNGJAWAB PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF?


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Januari 2014

Jangan bicara soal Pembaziran!

Gambar Hiasan
Majlis Tandatangani Perjanjian Bersama yang dijadualkan pada 27.1.2014 adalah seperti berikut:-

Jam 10.00 pagi Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara RUM dan KTMB.

Jangka masa yang diambil ialah 30-45min.

Selepas itu jamuan ringan yang akan disertai oleh Pengurusan KTMB, RUM dan SOA.

Jam 11.00 pagi, Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara Pengurusan dan SOA.

Jumlah kehadiran keseluruhan iaitu Pengurusan KTMB, RUM dan SOA ialah seramai 49 orang.

Majlis diadakan berbeza waktu selepas RUM kemudian SOA disebabkan melibatkan proses tandatangan perlu diadakan dengan teratur serta dua buah organisasi yang berbeza.

Kos jamuan ringan ialah RM 10.00 satu kepala, dianggarkan lebih kurang RM 490.00.

Demi mengelakkan pembaziran wang KTMB, maka RUM dengan senang hati membayar kos jamuan ringan tersebut.

Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Yang Ke 7

Gambar Hiasan
Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Yang Ke 7, 1.1.2013-31.12.2015 akan diadakan pada 27.1.2014, jam 10.00pagi, bertempat Di Ballroom, Ibu Pejabat KTMB.

Semua elaun yang telah dipersetujui dan yang terkandas di Kementerian Kewangan telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan akan di bayar mulai bulan Februari 2014.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Keikhlasan dan Wayang


Gambar Hiasan
Bila sebut soal keikhlasan, memang rasa bangga, sebab dalam setiap yang kita lakukan, mestilah berdasarkan keikhlasan, kerana keikhlasan akan menjadi setiap perkara yang kita lakukan akan bertambah baik dan akan dapat merasakan satu kepuasan, kepuasan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Tapi kalau keikhlasan itu seperti wayang, kita hanya sekadar menonton wayang, masuk panggung bayar tiket, tonton film selama 2 jam, lepas habis film, maka habis lah apa yang ditonton, maknanya kita hanya menonton wayang dalam tempoh 2 jam, lepas tu wayang lain pun ditayangkan.

Inilah berlaku dalam kehidupan antara keikhlasan dan wayang, antara kaca dan permata, dua maksud yang sama, tak kenal maka tak cinta, tapi bila dah kenal, maka kita akan tahu samada cinta itu berbentuk keikhlasan atau pun wayang. Samalah dengan kepercayaan, kepercayaan diberi kerana keikhlasan, tapi kalau dah wayang, hanya setakat menonton wayang, maka tiada lagi keikhlasan. Hilanglah kepercayaan.

Puas dan tenguk wayang, wayang dah pun TAMAT!

Bila putih menjadi hitam,
hitam pula menjadi putih,
Langkah bijak mengekal cara,
Tetap kalah dihujung sana.

Bicara mudah, mengaburi mata,
Terpedaya pula semua,
Bijak hanya berkata,
Terlupa strategi mereka.

Rentak arah jgn dikata,
Kalau tak tau permainannya,
Terlupa baca, tersirat yg ada,
Kecundang pula jadinya.

Tepuk bangga, tidak terleka,
Bahasa ada, kenal belaka,
Leader berkata, banyak makna,
Tersirat juga jawapannya.

Jgn dikata bangga semua,
Kalau tk kenal siapa dia,
Kaca permata macam sama,
Yang tahu sj kenal mereka.

RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

22 Januari 2014

PROPOSAL MMC DAN KARGO KTMB YANG MERUDUM

Gambar Hiasan
Info terkini yang diterima ialah "proposal" dari MMC kepada Kementerian Kewangan hanya mengambil pengangkutan Kargo sahaja, bermakna lokomotif dan wagon semua yang berorientasikan perniagaan kargo akan diambilalih oleh MMC.

Kalau ini benar, perniagaan yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada KTMB akan diambilalih oleh MMC. MMC bijak tersangat bijak dalam mencari jalan yang menguntungkan.

Kerana mereka menyedari potensi keuntungan adalah melalui pengangkutan Kargo, malah dalam aspek lain, MMC tidak perlu memikirkan mengenai infra dan lain-lain, kerana antara cadangan MMC ialah infra dan lain-lain adalah tanggungjawab kerajaan.

Kembali kepada situasi Kargo KTMB hari ini, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh RUM, dapat dilihat, sambutan dari pelanggan yang mengunakan Kargo KTMB telah merosot, seperti kontena di Pelabuhan Klang, di Pasir Gudang serta di Padang Besar disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan kos pengangkutan kargo, sehingga menyebabkan pendapatan KTMB melalui Kargo merudum.

Gambaran seolah-olah ada kaitan diantara cadangan MMC untuk mengambilalih pengangkutan Kargo KTMB dengan masalah yang berlaku dengan kedudukan Kargo KTMB yang merudum disebabkan kenaikan harga Kargo.

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 6

Gambar Hiasan
Datuk Presiden KTMB

Setahun setengah telah berlalu, KTMB merudum bertalu-talu, ungkapan mudah "buat apa pun serba tak jadi", rancang apa pun tak menjadi, wujud masalah bertingkat-tingkat, serba tak kena, serba tak jadi, kandas sana, kandas sini.

Yang tak dijangka-jangka pula terjadi, kelemahan terus terserlah kini, harap setinggi gunung dari ku ini, hancur berderai bak kaca terhempas.

Setahun yang lalu, tersebut "reverse strategy", teguran tersirat telah diberi, wall FB sebagai saksi, ungkapan berdua jua telah diberi, tidak didengari ibarat hidung tinggi.

Kini semua telah terjadi, KTMB merudum kerana kelemahan sendiri, enggan akui tapi menyedari, luahan hati pernah didengari.

Antara permata dan kaca, jawapan yang boleh diberi, nukilan sms yang disampaikan dulu, tak mahu dengari tidak peduli, kerana kaca maka tertumbanglah kini.

Satu, dua, tiga dan empat, kaca jua punya tempat, rasa simpati, tapi apa nak buat, dah terjadi dah pun terlambat, ibarat nasi dah menjadi bubur, tersembam dibumi diatur sendiri, sedih tapi itu naluri, kasih tetap sejati.

pergilah...pergilah.. jangan kembali lagi, jumpa di lain kali, semoga diberkati, diluar sana pasti ada rezeki.

PRESIDEN RUM

21 Januari 2014

CERITA KARGO LAGI

Gambar Hiasan
Difahamkan kedudukan Kargo diutara juga kritikal, kebiasaannya satu syarikat kargo kedua terbesar selepas Syarikat Simen hanya telah booking untuk mengunakan pengangkutan Kargo KTMB sehingga 20.1.2014 sebanyak 2000 TEU's sahaja, dijangka sehingga akhir bulan ini hanya mencapai sebanyak 3,000 TEU's, sungguh-sungguh mengerikan.

Pada kebiasaannya purata pencapaian sebulan melalui syarikat berkenaan ialah 9,000 TEU's, ini menunjukan kemorosotan sebanyak lebih kurang 65%. Satu jumlah peratusan yang tinggi, sehingga mampu menjejaskan pendapatan KTMB.

Pihak RUM yakin punca penurunan ini berikutan kenaikan harga tambang Kargo, seperti kenyataan sebelum ini iaitu kelemahan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Presiden KTMB.

Suka dijelaskan bahawa sebelum ini, kenaikan adalah sebanyak 100-200% yang dilaksanakan hanya pada 1-7.1.2014, namun dengan campurtangan Lembaga Pengarah, maka penurunan kepada 20%.

Namun ada pelanggan yang gembira dengan penurunan harga kargo kepada 20%, ada juga yang bertindak memboikot, memboikot adalah satu gejala yang tidak sihat, namun boikot ini berkemungkinan juga kerana rasa kurang senang sebilangan pelanggan dengan cara kenaikan yang dibuat.

KARGO MERUDUM

Gambar Hiasan
Maklumat yang diterima Business Kargo iaitu kontena di Port Klang dikatakan merudum, kecuali ICT untuk tempoh bulan Januari sehingga 20.1.2014, difahamkan di Pasir Gudang juga turut mengalami situasi yang sama, turut dikesan trafik ceramik tidak berjalan pada bulan Januari.

Gambaran ini, kedudukan perniagaan Kargo terjejas dengan serius yang boleh menghakibatkan kehilangan pendapatan, kehilangan pelanggan, pekerja diletakkan dalam simpanan, pembaziran wang dan lain-lain.

Nampaknya kelemahan urus tadbir Presiden KTMB, makin serius, yang tidak boleh dibendung lagi, justeru itu, RUM mendesak Presiden KTMB meletakan jawatan segera demi menyelamatkan KTMB. Lembaga Pengarah KTMB perlu mengambil langkah drastik bagi memastikan kelemahan urus tadbir ini dapat dibendung dengan segera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SUARA RUM Generasi ke-2

SUARA RUM telah melakukan perubahan aplikasi android kepada 'generasi ke-2'. Dengan perubahan ini selain memudahkan ahli-ahli Kesatuan ini memperolehi maklumat, ianya lebih mudah dan mempunyai banyak fungsi yang berguna. Versi terbaru ialah dengan memasukkan RSS dari blog Labour Bulletin dan RSS MTUC


Gambarajah 1
Merujuk kepada 'Gambarajah 1' diatas, anda akan dapati 4 ikon disebelah bawah iaitu:

1. All
2. Latest
3. Unread
4. Star

Saya akan menerangkan secara ringkas kegunaan 4 ikon tersebut.

1. All - dengan menyentuh ikon ini, anda akan membaca keseluruhan kandungan blog SUARA RUM
2. Latest - Membaca artikel terkini dari blog SUARA RUM
3. Unread - Hanya artikel yang belum dibaca sahaja dipaparkan
4. Star - Ketika anda membaca artikel-artikel didalam blog SUARA RUM, terdapat artikel yang ingin anda baca atau membuat rujukan dilain masa, anda hanya perlu sentuh ikon "Star" dan artikel berkenaan akan disimpan untuk rujukan anda kemudian.

Bukan setakat itu sahaja fungsi yang terdapat pada generasi android ke-2 SUARA RUM. Anda boleh gunakan klik kiri, pada peranti anda (bergantung jenis handphone anda, saya guna samsung S3) anda akan dapat paparan seperti dibawah.

Gambarajah 2
Dalam gambarajah 2 diatas, anda perhatikan terdapat 6 ikon iaitu:

1. Update All
2. Mark All Read
3. Hide Read
4. Delete All
5. Delete All Read
6. More

Untuk mengetahui kegunaannya sila ikuti penerangan ringkas saya dibawah

1. Update All - Dengan menyentuk ikon ini, kandungan aplikasi SUARA RUM akan diupdate kepada artikel terkini.
2. Mark All Read - ini bermakna anda menandakan semua artikel sebagai telah dibaca
3. Hide Read - ini bererti anda menyembunyikan artikel yang telah dibaca
4. Delete All - Anda akan memadam semua kandungan artikel SUARA RUM didalam aplikasi ini diperanti anda. (fungsi ini tidak memadamkan artikel di blog)
5. Delete All Read - Anda memadam semua artikel yang telah dibaca, sama seperti di nombor 4, tetapi hanya yang telah anda baca sahaja akan dipadamkan.
6. More - ikon "More" ini membunyi 6 pilihan

1. Undelete All
2. Clean Up
3. Clear Cache
4. Settings
5. Feedback
6. Fullscreen On
Anda boleh mencubanya dan alami sendiri perubahan yg disediakan untuk berikan maklumat pantas dan mesra pengguna.

Untuk dapatkan SUARA RUM generasi ke-2 ini anda boleh dapatkan di PLAY STORE dengan buat carian untuk "SUARA RUM". Anda uninstall aplikasi SUARA RUM yang ada dan install SUARA RUM V2 dari Play Store.

20 Januari 2014

Hendak seribu daya, jika tak nak....

Boleh pun lakukan, tahniah, pastikan ianya tidak perlu menunggu rakyat bising baru nak gerak, jadualkan lawatan mengejut sekerap yang boleh, pastikan tindakan ini berkesan, mana yang melakukan kesalahan pastikan tindakan undang-undang diambil!



Peraturan mana yang diguna pakai oleh majikan Ayamas?

Staff Ayamas di Mydinmall di hukum
kerana mencuri wang majikan
Kalau benarlah cerita yang dimuatkan di laman sosial "Giler Kentangblog" ini, Satu kejutan! undang-undang mana di gunakan sehingga mengambil tindakan sebegini, mana dia "natural justice", adakan mereka ini tiada kesatuan sekerja untuk diwakili maka boleh berbuat sedemikian rupa, kalau benar seperti ini, Kementerian Sumber Manusia perlu mengambil tindakan segera, prosedur yang diperuntukan ada, guna prosedur yang betul sebagai pengajaran sekiranya terbukti bersalah, bukan mengunakan cara ini untuk menghukum dengan memalukan pekerja dikhalayak ramai. Tindakan ini serupa udang-undang hutan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Kita akan gembira walau di mana kita berada, andaipun di dalam penjara - Presiden RUM


Semangat perjuangan yang tidak mengenal takut dan gentar,
Semangat perjuangan Kesatuan Sekerja yang memperjuangkan hak pekerja, 
Semangat perjuangan yang rela berjuang sehingga dipenjarakan.

Semangat perjuangan mempertahankan hak tidak kira dimana!

Tabik spring pada pemimpin kesatuan sekerja keretapi Korea.

Seperti ungkapan Timbalan Presiden RUM :-

"Kita akan gembira walau di mana kita berada, andaipun di dalam penjara"


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB

19 Januari 2014

INDIA::: Railway union ballot: 90% employees in favour of strike

 
VADODARA: A majority of railwaymen are in favour of a strike to press for their long-standing demands. This was stated by officials of National Federation of Indian Railwaymen (NFIR), who had conducted a strike ballot for two days to know the views of the railway employees, on Saturday.

It was during the national convention of NFIR held at Vishakhapatnam in December that the convention had taken a historic decision to hold a strike ballot on Indian Railways as the long pending demands of the railwaymen, which had been accepted by the ministry of railways were not being considered by the finance ministry.

"During the two days, 96.4 per cent railwaymen exercised their voting rights. Almost 90 per cent railwaymen have favoured the strike call," general secretary of Western Railway Mazdoor Sangh and vice-president of NFIR J G Mahurkar said.

The strike ballot was conducted at platform number one of Vadodara railway station and simultaneous arrangements were done at all railway stations, including Anand, Nadiad, Petlad, Khambhat, among others under the jurisdiction of Vadodara railway division.

Antara maruah dan imbuhan?

Gambar Hiasan
Dengar-dengar citer dalam industri pengangkutan, ada dua individu yang berjawatan CEO akan meletakan jawatan, seorang sedang bercuti dan seorang masih bekerja akan meletakan jawatan.

Presiden KTMB belum dengar cerita lagi, RUM harap MOF buat keputusan cepat-cepat!

Letak jawatan ini boleh dipuji, sebab pergi dengan bermaruah, walaupun dipaksa masih tetap pergi dengan bermaruah, sebab "market" tak tahu. Ditamatkan perkhidmatan belum sampai tempoh, adalah satu tindakan yang boleh dianggap menjejaskan maruah dan kredibiliti, rekod pun hancur, walaupun untungnya ditamatkan perkhidmatan kerana ada berbaki imbuhan dapatlah baki imbuhan, kalau meletakan jawatan maknanya tiada sebarang imbuhan.

Antara maruah dan imbuhan?

Tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

18 Januari 2014

PENJAWAT AWAM JAWATAN TERTINGGI DARI KACAMATA RUM

Dalam pemerhatian RUM, banyak masalah yang wujud dikalangan pekerja mahupun rakyat adalah berpunca dari mereka yang diamanahkan mengambil jalan mudah atau kurang mahir dalam menangani isu atau tidak dilatih dalam menyelesaikan masalah.

Dari sudut ini sifat kepimpinan dikalangan pegawai tertinggi kerajaan tidak sampai ditahap dikehendaki iaitu dari aspek "PROBLEM SOLVING", ini menjadikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani masalah pekerja mahupun rakyat.

Ada beberapa contoh seperti di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan, dan banyak kementerian lagi tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani sekiranya ada isu, ada pihak-pihak mencari alasan dengan menunding jari pada kementerian lain, kononnya dengan memberi alasan begini maka ianya bukan masalah kementerian yang berkenaan, ada pula terus mengambil keputusan terus dirujuk kepada Menteri untuk mendapat persetujuan ke Mahkamah dan bermacam-macam lagi perkara yang seolah-olah mereka ini sekadar lepas tangan dan ambil jalan mudah sehingga timbul rungutan pekerja dan rakyat.

BANK PERUMAHAN RAKYAT

Gambar Hiasan
RUM banyak mendengar rungutan dikalangan pekerja sektor swasta yang agak sukar mendapat pinjaman dari Bank yang mempunyai syarat yang ketat, walaupun andaian mengatakan kemudahan pinjaman perumahan bagi pekerja itu ada. Ini menyukarkan pekerja-pekerja memiliki rumah kediaman sendiri, apatah lagi kadar faedah yang agak tinggi menjadikan tempoh bayaran balik bulanan menjadi satu beban kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.

RUM juga menyedari bahawa kerajaan ada memperuntukkan rumah rakyat atau rumah sederhana murah atau sebagainya, namun penyediaan perumahan ini tidak mencukupi sudah pasti pekerja terpaksa mencari rumah yang bersesuaian yang dibina oleh pemaju swasta.

Perumahan adalah satu asas yang paling penting dalam sesuatu kehidupan, penyediaan bagi setiap individu pekerja untuk mendapatkan sebuah rumah adalah perkara wajib bukan sahaja untuk berteduh tapi untuk hari tua.

17 Januari 2014

Menteri, Dengarlah Suara Golongan Pekerja, Rakyat Malaysia

Bila baca kenyataan akhbar semalam 16.1.2014, dalam Berita Harian kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri, Malaysia yang mengarahkan Menteri Kabinet hendaklah turun padang adalah sesuatu yang sangat mengalakkan.

Pihak RUM sangat mengalu-alukan kenyataan sedemikian, Menteri yang mana berkenaan hendaklah turun padang, tak perlu diarahkan, situasi kenaikan kos sara hidup adalah musuh kaum pekerja malah seluruh rakyat Malaysia, jangan tunggu sampai diarahkan baru nak bertindak, jangan tunggu sampai pekerja merungut, rakyat mengeluh baru nak bertindak, buatlah seperti mana turun padang untuk meraih undi ketika PRU, baru rakyat rasa diambil berat. Kekecewaan melanda hati pekerja khususnya rakyat, kita mahukan tindakan, kita mahukan penyelesaian, kita mahu nasib pekerja dan rakyat terbela.

Dalam masa yang sama, bukan sahaja kos harga barang, tapi masalah kaum pekerja, masalah kesatuan sekerja, masalah pemimpin kesatuan sekerja yang dibuang kerja, masalah pekerja seperti pekerja Hong Leong Bank yang dibuang kerja perlu diambil perhatian serius, perlu turun padang menangani masalah pekerja, kerana pekerja adalah aset negara, pekerja yang membangunkan ekonomi negara.

Harapan RUM adalah satu tindakan mengatasi masalah, setiap pemimpin sepatutnya faham apa itu "PENYELESAIAN MASALAH", pemahaman ini menjadikan ianya layak dipanggil "PEMIMPIN", justeru itu harapan RUM, adanya penyelesaian masalah bagi mengatasi rungutan kesatuan sekerja, pekerja dan rakyat amnya.

Sekali lagi, RUM mengalu-alukan kenyataan YAB Dato Sri Timbalan Perdana Menteri, Malaysia kerana arahan kepada Menteri Kabinet agar turun padang menyelami hati rakyat Malaysia.

Semoga turun padang, bukan sekadar turun padang tapi ialah penyelesaian bagi mengatasi masalah yang kian menjadi kerunsingan kaum pekerja dan rakyat keseluruhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Januari 2014

RUM Memuji Kenyataan Khairy Jamaluddin

http://goo.gl/hQRvd6
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad memuji kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan oleh portal berita Astro Awani hari ini. Portal tersebut memuatkan kenyataan Khairy mengenai situasi di dalam negara sekarang ini mengenai kenaikan pelbagai jenis barangan serta pemotongan subsidi.
“I hope the government does not agree with the requests for hikes such as assessment fees and bus fares that have nothing to do with the slashing of subsidies,” - KJ
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad didalam laman sosial kesatuan, memuji sikap Khairy yang prihatin dengan prihatin dengan bebanan rakyat khasnya kaum pekerja.
"Macam ni boleh dipuji, ada rasa prihatin dan tanggungjawab, bukannya seperti ada menteri-menteri yang cakap melalut, kita mahu duduk di atas sana prihatin, membantu serta meringankan beban pekerja khususnya rakyat Malaysia." Ujar Abd Razak Md Hassan, Presiden RUM

UNDUR ATAU RUM AKAN BERPIKET!


Kenangan Piket RUM, akan berulang lagi, tindakan ini akan diambil sehingga Datuk Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan.

RUM sekali dah istihar "PERANG" akan perang abis-abisan, demi warga KTMB dan KTMB.


UNDUR ATAU RUM AKAN BERPIKET!

Rail Patah lagi!


Gambah Hiasan
Berlaku lagi Rail Patah di Salak S -SPK Up Line jam 6.30 petang, 15.1.2014, di km 391.524 dengan jarak 2 inci.
Namun demi keselamatan perintah awas telah dikeluarkan dengan kadar segera iaitu 391.600 - 391.500 dengan had kelajuan 15kmph.

Apa dah jadi Datuk Presiden KTMB? Duit tak ada ke Datuk Presiden KTMB? So duit tak ada, kena salahkan pekerja ke? kene salahkan pengurusan ke? 

RUM nak ulang kenyataan Datuk Presiden KTMB, seperti "DUIT NO PROBLEM, ITU KERJA AKU, AKU TAHU CARI DUIT!"

So apa alasan Datuk Presiden KTMB selepas ini pulak? 

Agak-agak nak jawab macam ni ke? "DUIT BUKAN KERJA AKU, TAPI KERJA DATO' SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA MERANGKAP MENTERI KEWANGAN".

Kalaulah itu jawapannya, RUM nak jawab "Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan kene menjawat jawatan Presiden KTMB, tak yahlah susah-susah lantik Datuk Presiden KTMB jadi Presiden KTMB".

Jawapan RUM, "Datuk Presiden KTMB telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden KTMB, maka beliau sepatutnya ditamatkan kontrak sebagai Presiden KTMB"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

15 Januari 2014

Gagal Dalam Penswastaan KTMB Sebagai Syarikat Berorientasikan Keuntungan


Hari ini ditemubual oleh wartawan bebas dari Finland yang berpengkalan di Bali, temubual berkisar mengenai Keretapi, sejarah, perkembangan semasa, pengswastaan KTMB.


Perbualan juga turut menceritakan pendirian RUM, ideologi RUM, malah menerangkan kelemahan Datuk Presiden KTMB dalam mengurustadbir KTMB.



Penceritaan juga memberi gambaran bahawa pentadbir KTMB yang terbaik adalah warga KTMB sendiri, berdasarkan perbandingan serta rekod yang sedia ada.


Antara lain hanya Warga KTMB yang faham Bahasa Keretapi.

Tambahan perbualan ialah bahawa pengswastaan keretapi ini gagal, sewajarnya KTMB dikembalikan kepada sektor awam.

Turut menyatakan sokongan kepada korean railway yang membantah pengswastaan, kerana pembuktian melalui KTMB yang telah gagal dalam pengswastaan, kerana hasrat untuk menjadikan KTMB sebagai syarikat berorientasikan keuntungan tidak kesampaian, 20 tahun selepas pengswastaan, apa hasilnya? Termasuk kegagalan Marak Unggul dalam menjanakan pendapatan yang lebih baik serta mampu meraih keuntungan, tapi sebaliknya tekanan terhadap pekerja sebagai satu strategi pengurangan kos.

Seterusnya Lokomotif, koc dan lain2 terus bertambah sakit.

Kesian dengan KTMB dan Warga KTMB dan rakyat amnya kerana kesilapan percaturan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

14 Januari 2014

"KANGKUNG" - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kangkung
Asalamualakum

Salam Maulidulrasul.

Cerita kangkung menjadi topik hangat minggu ini dalam Facebook malah dalam group whatsupp, ada yang berkata sinis, perli, kutuk dan pelbagai lagi.

Sekarang ini, tak boleh salah cakap, salah cakap pasti kena, inilah situasi yang berlaku dalam suasana kehidupan hari ini.

2 perkara yang boleh dilihat:-

Kenyataan YAB Dato Sri Perdana Menteri cuba menjelaskan bahawa tak semua barang naik, ada juga barang turun, beliau mengumpamakan kangkung sebagai contoh bahawa kangkung turun harga, kesilapan YAB Dato Sri Perdana Menteri ialah mengumpamakan "kangkung", kononnya untuk mencari ayat mudah bagi senang difahami.

2. Sebaliknya orang ramai yang juga adalah pekerja tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana kenaikan harga barang lalu memutarkan ayat "kangkung".

13 Januari 2014

Bukan tanya Hishamuddin - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


RUM tak berapa setuju pertanyaan ini ditujukan kepada Hishamuddin, tapi kenyataan ini perlu ditujukan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, RUM akan bertambah setuju kalau mendesak Hishamuddin menasihatkan Menteri Kewangan menamatkan kontrak perkhidmatan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, kerana kelemahan-kelemahan urus tadbir yang berlaku sehingga banyak kegelinciran berlaku.

(http://alturl.com/nv54f)

"SECRET WORDS" - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Gambar Hiasan
RUM sentiasa mengikuti perkembangan dan maklumat terkini, sentiasa peka dalam persekitaran, kerana persekitaran membuat kita sedar apa yang berlaku serta bersedia untuk tindakan selanjutnya.

Buatlah wayang, mainlah banyak mana wayang, iklankan sahaja sebab wayang, wayang gambar dah tahu siapa pengarahnya.

RUM nak bagi tahu RUM akan tentang abis-abisan, RUM tunggu wayang cerita iklan. Dalang muncul dengan wayang, Wayang tetap ditentang, Disebalik cerita ada wayang.

hehehe... pening sikit nak faham, tapi yang faham tetap akan faham...

Coming soon movie "DALANG COME AGAIN?"

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 5

Gambar Hiasan

Datuk Presiden KTMB, ingat lagi kenyataan akhbar di bawah ini, kenyataan berbentuk pujian pada Datuk Presiden KTMB dari RUM, semua ini sebelum consultant ini masuk, sekarang apa jadi Datuk Presiden KTMB? 


RUM satu ketika dulu, memang menyokong Datuk Presiden KTMB 100%, prinsip RUM mudah :-



"Datuk Presiden KTMB buat terbaik untuk Warga KTMB dan KTMB, RUM akan menyokong 100%, sekiranya bertentangan, jangan salahkan RUM".

Datuk Presiden KTMB telah hilang arah atau hilang focos, perencanaan bersikap negatif, sehingga mewujudkan masalah pentadbiran dalam KTMB, sehingga carta organisasi KTMB yang dicadangkan oleh Datuk Presiden KTMB telah tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah, sebaliknya Lembaga Pengarah mencadangkan consultant luar mengkaji serta mewujudkan carta organisasi KTMB.

Andaian RUM bahawa Lembaga Pengarah sendiri sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Presiden KTMB, masakan tidak! Carta organisasi pun terpaksa orang luar buat.

Reject offers to privatise KTMB, union urges govt - Business Times

Reject offers to privatise KTMB, union urges govt
By Sharen Kaur
Published: 2014/01/13

RAILWAYMEN'S Union of Malaya (RUM) hopes government intervention in Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) will stop private parties from putting up proposals to take over the company.

KTMB - which is involved in freight, intercity and commuter train services - is loss-making and due to that it has been the subject of a takeover target by several parties for more than a decade.

Year-on-year the Ministry of Finance Inc allocates money to the ailing company to help run its operations. Last year, more than RM150 million was given to KTMB.

RUM president Abdul Razak Md Hassan said the union's 3,600 members are against proposals by any private parties to take over KTMB.

Nasihat untuk ahli

RUM ingin menasihatkan ahli2 yang khususnya tertuduh, seawal melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebaik sahaja menerima surat pertuduhan sila rujuk pegawai Kesatuan yang terhampir atau inbox SUARA RUM seberapa segera untuk mendapat khidmat nasihat serta tindakan-tindakan susulan.

Kepada pegawai-pegawai Kesatuan tolong bertindak dengan segera mana-mana ahli yang mengemukakan aduan, beri khidmat nasihat awal bagi memastikan nasib ahli terbela.

12 Januari 2014

Sistem Kapitalis Kembali Bertapak - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Andai mereka menghayati kehidupan insan susah, pasti mereka memahami, tapi adakah mereka memahami, lihat bagaimana pekerja dibuang kerja, pemimpin kesatuan sekerja yang berjuang utk kepentingan pekerja, dibuang kerja.

Pemimpin2 kesatuan sekerja hanya menyuarakan apa yang berlaku, apa kehendak pekerja, meningkat taraf kehidupan kaum pekerja, suara pemimpin kesatuan sekerja adalah suara pekerja.

Tapi kini, diabad ini, sistem kapitalis kembali bertapak, dimanakah kerajaan ketika ini, berdiam? Melihat? atau membiarkan?

Kos sara hidup, adalah musuh kaum pekerja, apakah kehidupan pekerja akan terus tertekan?

Hanya mereka di atas sana, perlu mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut ini. 

Pekerja tidak akan berhenti bersuara, bersuara dan bersuara, malah bersedia turun dijalan, sekiranya tekanan yang dihadap terus meningkat.

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Persoalan:-
Siapakah Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB?

KTMB kini ketiadaan Pengerusi Lembaga Pengarah, sehingga hari ini, tiada pengisian setelah Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad tamat kontrak pada 1.10.2013.

Pihak kesatuan telah mengemukakan rayuan kepada YAB Dato' Sri Perdana Menteri, Malaysia agar Dato' Seri Ir Mohamad Zin disambung lagi, dukacita sehingga hari ini tiada jawapan balas, termasuk dari pegawai-pegawai kanan MOF.

Dari segi hubungan dengan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamad dengan RUM, hubungan adalah sangat baik, isu-isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan, malah Dato Seri pernah membantu ahli RUM dipulihkan jawatan, selepas dijatuhkan hukuman buang kerja, bila RUM mengemukakan rayuan.

11 Januari 2014

Consultan tidak bertanggung jawab, Presiden KTMB terpalit. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Add caption
Datuk Presiden KTMB, sanggup mempertahankan consultant abis-abisan, sedangkan isu ini telah setahun berlalu, sekarang isu consultant dah terpalit kepada Datuk Presiden KTMB, kerana isu consultant maka isu makin besar dan marak, isu menjadikan KTMB terus merudum oleh kedua-dua yang dipertanggungjawabkan iaitu consultant dan Datuk Presiden KTMB.

Datuk Presiden KTMB agaknya berfikir, bahawa perlantikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB adalah dari consultant!

Menolak Presiden KTMB, bermakna secara tidak langsung consultant itu disingkirkan.

RUM menentang sebarang usaha mana-mana pihak yang ingin menjahanamkan KTMB!

RUM akan lawan abis-abisan!

10 Januari 2014

Knuckle Coupler Lokomotif Ircon. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Gambar Hiasan
Pihak kesatuan mendapat lapuran bahawa pagi tadi locomotif Ircon 6665, terputus di depoh Batu Gajah, lapuran diterima ialah nuckle coupler tersebut hanya "welding tampung" (welding yang tidak kukuh, tidak mampu menahan beban tarikan)

Loko berkenaan ditarik oleh lokomotif lain dengan disambung beberapa lokomotif untuk diisi minyak, lokomotif ircon berkenaan berada ditengah dan terputus, lokomotif yang menarik beberapa lokomotif lain terputus dengan meninggalkan lokomotif ircon dengan jarak 100meter, secara bernasib baik ianya terputus dalam depoh.

Sungguh mengejutkan! Pihak kesatuan juga telah menghighlightkan isu keselamatan mengenai lokomotif ircon melalui surat rasmi dan dalam mesyuarat Majlis Bersama Pusat, alasan yang diberikan ialah pihak ircon akan berusaha memperbaiki lokomotif ircon bagi memastikan tahap keselamatan ditahap yang dikehendaki.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.




Pihak kesatuan terpanggil untuk melahirkan rasa kehairanan bila surat-surat kesatuan yang dihantar kepada serta lain-lain surat turut disesalinankan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenai kedudukan tahap keselamatan seperti lokomotif, koc dan lain lain yang telah overdue yang boleh menghakibatkan kemalangan serta mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja malah penumpang terus membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah pihak kesatuan juga merasa hairan dengan tindakan SPAD yang seolah-olah mendiamkan diri mengenai kedudukan landasan yang juga berada dalam keadaan kritikal.

Pihak kesatuan beranggapan, seolah-olah pihak SPAD turut bersekongkol dengan Presiden KTMB, tanpa memberi arahan atau tekanan supaya tindakan segera perlu diambil malah mendesak Presiden KTMB ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalan mengatasi masalah-masalah yang telah berlarutan. Pihak kesatuan mendesak SPAD bertindak segera sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

09 Januari 2014

PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG TERLIBAT DENGAN PENGSWASTAAN. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Gambar Hiasan
Pihak Rum ingin menyampaikan seperti mana yang telah dihasratkan oleh semua kesatuan dalam GLC melalui memorandum yang disampaikan oleh UNI-GLC kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mengenai PENCEN MINIMA kepada semua bekas kakitangan awam yang terlibat dalam syarikat-syarikat yang diswastakan termasuk KTMB yang telah diswastakan pada 1.8.1992.

Pekerja-pekeja yang terlibat pada dasarnya menolak pengswastaan pada ketika itu, tapi akur dengan kehendak kerajaan maka ramai pekerja telah memilih untuk diswastakan, namun demikian, pada pekerja ini, yang telah bersara ada yang hanya menikmati lebih kurang RM 175.00 kadar pencen sebulan.

Justeru itu, bagi pihak pekerja- pekerja yang telah diswastakan memohon pertimbangan YAB Dato Sri Perdana Menteri mempertimbangkan PENCEN MINIMA dengan satu kadar munasabah bagi semua pekerja di dalam syarikat- syarikat yang telah diswatakan.

Pihak kesatuan memohon rayuan ini dipertimbangkan bagi mengimbangi kos kehidupan yang makin meningkat.

Isu Hong Leong Bank - Kenyataan Rasmi World Federation Trade Union Asian.

World Federation Trade Union

Alhamdulillah terima kasih kepada semua pihak yang telah mula membangkitkan isu Hong Leong Bank, banyak yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan facebook, termasuk blog, masalah ini sangat besar yang perlu ditangani segera, bagi pihak WFTU, kami ahli gabungannya amat menghargai.

Harapan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia campurtangan dengan segera, kerana pembuangan 27 pekerja Hong Leong Bank adalah satu tindakan zalim, dari seramai 27orang pekerja, 21 adalah berbangsa melayu.

Pertemuan saya dengan Datuk Ahmad Maslan minggu lepas mengenai perkara ini, diharapkan dapat tindakan segera.

Kenyataan Rasmi World Federation Trade Union Asian.

KARGO Derail pagi tadi SPK-Angkasapuri



Derail jam 0528..4 boogie 8 roda..seret lebih 100m.

Datuk Presiden KTMB apa komen?

If i was u, i resign 24hours!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Januari 2014

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB: KENAIKAN HARGA KARGO/KEGAGALAN PRESIDEN KTMB

Gambar hiasan
Pihak kesatuan sangat mengalu-alukan kenaikan harga pengangkutan kargo KTMB, kenaikan ini akan membantu penambahan kewangan KTMB, kita semua menyedari bahawa kenaikan harga kargo telah sangat lama tidak dinaikan, malah pengangkutan harga kargo jauh lebih murah dari pengangkutan lain seperti lori. Satu kejayaan bila kerajaan meluluskan kenaikan harga kargo KTMB.

Kenaikan mesti mengambil kira kepentingan luaran dan dalaman, kenaikan tidak boleh dibuat mengikut kehendak sendiri atau “syok sendiri” tanpa menilai persekitaran luaran dan dalaman, sebagai contoh kenaikan perlu dinilai berdasarkan :-
1. Kepentingan KTMB
2. Kepentingan Pekerja
3. Kepentingan Pengguna
4. Kepentingan Pelanggan
5. Kepentingan Rakyat
6. Kepentingan Negara

Kesemua aspek di atas mempunyai kepentingan, kesilapan percaturan dalam mengambilkira semua aspek akan menghakibatkan kerugian kepada semua pihak. Bermaksud perancangan yang tepat dan mengambil kira semua sudut sangat diperlukan, agar tidak menghakibatkan berlakunya rungutan, walaupun pada dasarnya, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, strategi menang-menang dalam analisis perlu dipertimbangkan bagi mewujudkan keadilan dalam semua aspek.