24 Januari 2014

Jangan bicara soal Pembaziran!

Gambar Hiasan
Majlis Tandatangani Perjanjian Bersama yang dijadualkan pada 27.1.2014 adalah seperti berikut:-

Jam 10.00 pagi Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara RUM dan KTMB.

Jangka masa yang diambil ialah 30-45min.

Selepas itu jamuan ringan yang akan disertai oleh Pengurusan KTMB, RUM dan SOA.

Jam 11.00 pagi, Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara Pengurusan dan SOA.

Jumlah kehadiran keseluruhan iaitu Pengurusan KTMB, RUM dan SOA ialah seramai 49 orang.

Majlis diadakan berbeza waktu selepas RUM kemudian SOA disebabkan melibatkan proses tandatangan perlu diadakan dengan teratur serta dua buah organisasi yang berbeza.

Kos jamuan ringan ialah RM 10.00 satu kepala, dianggarkan lebih kurang RM 490.00.

Demi mengelakkan pembaziran wang KTMB, maka RUM dengan senang hati membayar kos jamuan ringan tersebut.


Untuk makluman, pihak RUM sendiri yang mencadangkan tandatangan berasingan, demi menyelaraskan majlis lebih mudah, senang dan teratur, malah pihak RUM juga mencadangkan agar jamuan diadakan sekadar penyeri majlis iaitu jamuan ringan menolak makanan tengahari demi menjimatkan wang KTMB.

Untuk makluman juga pihak RUM sebenarnya tidak bersetuju untuk mengadakan rundingan Perjanjian Bersama di Medan, Indonesia sebaliknya mencadangkan di dalam Malaysia sahaja, tapi akur dengan kehendak Datuk Presiden KTMB.

Pihak RUM dari asal menentang sebarang pembaziran dalam KTMB.

Pihak RUM cukup terkilan dengan andaian untuk membazirkan wang KTMB.

Cuma RUM nak bertanya apakah hasil Business Plan yang dianjurkan di MYRA? adakah ianya memberi faedah kerana kehadiran melibatkan 150 peserta? Tidak kah itu Pembaziran?

Perlantikan Consultant untuk membuat kajian mengenai carta organisasi KTMB dan Skim Gaji KTMB yang difahamkan kos pembayaran consultant ialah RM 1juta, Adakah ini memberi faedah atau mungkin satu pembaziran?

Apakah hasil dengan mengadakan Mesyuarat bersama diantara SRT dan KTMB? Bukankah itu pembaziran?

Jamuan Ais Cream dan Makan Durian, bukankah itu pembaziran?

Cuba kira pengunaan Minyak pada Lokomotif Ircon berbanding dengan Lokomotif baru, bukankah itu pembaziran?

Menarik Wagon dengan mengunakan 2 Lokomotif ircon, bukankah itu pembaziran.

Koc yang dibaikpulih kononnya untuk pejabat presiden di KL Central yang terbiar dengan kos lebih dari RM 50.000, bukankah itu pembaziran.

Wagon yang tersadai kat Batu Gajah lebih dari 6bulan, tidak lah itu pembaziran.

Melantik Consultant Made In India yang bergaji RM 30.000 dan dapat Ex Gratia tanpa memberi sebarang faedah pada KTMB, bukan lah itu satu pembaziran.

Jangan bicara tentang pembaziran, kalau pembaziran yang berlaku tidak dikawal. RUM mampu menghighlightkan pelbagai perkara lain kalau disebut sebagai Pembaziran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB