28 Januari 2014

Komuter@Keuntungan (Komen dalam wall suara rum, ini jawapannya)

Berbicara tentang komuter yang mengatakan keuntungan makin meningkat, adalah benar dan tidak benar, di akui benar disebabkan dengan kehadiran Komuter yang dipanggil Six Car Set (SCS) iaitu dengan kehadiran SCS sebanyak 38 set dengan harga RM 2B. Dengan kehadiran SCS yang dibeli oleh kerajaan maka penumpang telah bertambah, tapi ianya tidak mengambarkan keuntungan, tetapi sebagai perkhidmatan sosial maka kerajaan hanya memberi manfaat kepada rakyat mengunakan perkhidmatan awam yang murah dan selamat.

Berbalik kepada tidak benar, memang diakui bahawa pendapatan KTMB meningkat dari segi penambahan penumpang, namun pendapatan yang diterima adalah tidak berbaloi dengan kos harga tambang yang murah berdasarkan perkilomter berbanding dengan ERL, LRT, MONOREL dan LRT Putra. KTMB masih menanggung subsidi yang besar bagi setiap penumpang yang mengunakan perkhidmatan komuter.

Namun secara bernasib baik, Datuk Presiden KTMB beruntung, dikala dia menjawat sebagai Presiden KTMB, SCS mula sampai ke negara dan beroperasi pada tahun 2012. Nasib baik inilah yang menyelamatkan nama baik Datuk Presiden KTMB. (Datuk Elias Kadir menjawat jawatan Presiden KTMB pada 2.5.2012)


Namun hasil yang diusahakan ini, adalah mantan Pengarah Urusan KTMB, yang mencetuskan idea dan membuat permohonan kepada kerajaan, untuk menambahkan set-set komuter yang kian kurang kerana bermasalah, serta kegagalan sebuah syarikat yang dipanggil MKRC untuk membaikpulih set-set komuter sedia ada iaitu "three car set". 

Sebenarnya kalau dikaji "three car set" kini berada dihujung jalan, sememangnya ada usaha-usaha untuk membaikpulih dari kalangan jurutera dan pekerja maintenance EMU, yang dilaksanakan sekarang, difahamkan 2 atau 3 set EMU, telah berjaya dibaik pulih, namun masih tidak memadai kerana keperluan yang banyak sangat diperlukan kerana jarak tambahan perjalanan setelah siap landasan berkembar.

Dilihat dari sudut availabilty set EMU "three car set" kini hanya dalam lingkungan 10 set sehari, (kalau salah tolong betulkan)' berbanding pada zaman mantan pengarah urusan KTMB, ialah diantara 24-32 set sehari, ini mengambarkan kedudukan pembaikpulihan dirancang dengan perlahan dan hanya bergantung kepada SCS.

Jadi boleh dikatakan bahawa Datuk Presiden KTMB gagal merancang dengan baik bagi memastikan set-set komuter "three car set" dibaik pulih sepenuhnya, kerana membaikpulih "three car set" seperti "re-engineering" akan mengembalikan set-set ini seperti berkeadaan baru dan lebih murah dari membeli set-set baru, disinilah dikata menjimatkan kos, bukannya secara berterusan mewujudkan pembaziran.

Keperluan idea yang baik, merancang dengan baik dan mempersembahkan dengan cukup berkesan akan memberi keyakinan kepada pemegang saham (MOF) untuk membaik pulih, kerajaan perlu diberi keyakinan bagi membantu memperuntukan sumber kewangan atau jawapan yang lain ialah seperti kata Nabil : 

"lu pikirlah sendiri"...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • CERITA KARGO LAGI Gambar Hiasan Difahamkan kedudukan Kargo diutara juga kritikal, kebiasaannya satu syarikat kargo kedua terbesar selepas Syarikat Simen hanya telah booking untuk mengunakan pengangkutan Kargo KTMB sehingga 20.1.2014 sebany… Read More
  • Rail Patah lagi! Gambah Hiasan Berlaku lagi Rail Patah di Salak S -SPK Up Line jam 6.30 petang, 15.1.2014, di km 391.524 dengan jarak 2 inci. Namun demi keselamatan perintah awas telah dikeluarkan dengan kadar segera iaitu 391.600 - 3… Read More
  • Komuter@Keuntungan (Komen dalam wall suara rum, ini jawapannya) Berbicara tentang komuter yang mengatakan keuntungan makin meningkat, adalah benar dan tidak benar, di akui benar disebabkan dengan kehadiran Komuter yang dipanggil Six Car Set (SCS) iaitu dengan kehadiran SCS sebanyak 38 … Read More
  • KARGO MERUDUM Gambar Hiasan Maklumat yang diterima Business Kargo iaitu kontena di Port Klang dikatakan merudum, kecuali ICT untuk tempoh bulan Januari sehingga 20.1.2014, difahamkan di Pasir Gudang juga turut mengalami situasi yang sa… Read More
  • HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 4: KAMI BUDAK SEKOLAH RENDAH! Gambar Hiasan Hala tuju 2014 (Direction) 3, Carta yang dipaparkan ada menunjukan kegagalan menaikkan harga kargo yang melibatkan “opportunity loss” sebanyak RM 30 Juta. Pihak kesatuan merakamkan ucapan tahniah, teguran pi… Read More