RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 April 2014

RALLY MTUC 1 MEI

Kita kibarkan bendera RUM dengan semangat juang yang tinggi, kita mahu pekerja terus dihormati dan disegani.

Suara Pekerja Suara Rahmat
Suara Rum Suara Keramat

Tamatkan Perkhidmatan Presiden KTMB maka Selamatlah Pekerja dan KTMB!

9/5 KEMUNCAK!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Gemas siap gempur 9/5

HIDUP RUM!
HIDUP RUM!
HIDUP RUM!

Berkumandang dengan hebatnya.... Bergegar di Gemas..... Hebat dan bersemangat lagi!

Kuala Lumpur kami turun...
Saksikan Kekuatan Cawangan Gemas..
Presiden KTMB Pergilah...
Kami tak mahu lagi...



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Penerangan kepada ahli RUM Gemas

Timbalan Presiden RUM sedang memberi ucapan sedang menerangkan fakta melalui pamplet RUM, menjelaskan juga kedudukan KTMB, hala tuju KTMB, masa depan KTMB dan harapan RUM untuk melihat masa depan dengan lebih baik khususnya mengharapkan kadar upah mengikut pasaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RALLY HARI PEKERJA MTUC 1 MEI 2014

Ahli-ahli yang telah mendaftarkan diri pada rally MTUC pada 1 Mei 2014 hendaklah berada di Stesen LRT Putra Taman Jaya, Petaling Jaya, berhampiran Amcorp Mall jam 7.15 pagi. Ahli-ahli yang tidak mendaftarkan diri juga diharapkan dapat hadir.

Pegawai Kesatuan akan berada di stesen putra untuk menyerahkan tshirt RUM untuk kegunaan pada rally berkenaan.

Kita akan bergerak secara kumpulan ke dataran Petaling Jaya!

Pra Piket RUM di Dataran Petaling Jaya, RUM bergerak untuk menamatkan perkhidmatan kontrak Presiden KTMB.

9/5 kemuncak Piket!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja KTMB.


KETETAPAN

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja RUM yang bersidang hari ini 30 April 2014 telah memutuskan bahawa penglibatan RUM pada perhimpunan hari pekerja 1 Mei 2014 atas jemputan MTUC sahaja berdasarkan RUM adalah gabungan MTUC.

RUM tidak akan terlibat dengan mana-mana perhimpunan lain selain dari urusan atau hal-ehwal Kesatuan Sekerja yang berdaftar dengan Akta Kesatuan Sekerja atau hanya dengan Gabungan yang disahkan sebagai mewakili Kesatuan Sekerja.

Sebarang kehadiran dari mana-mana ahli RUM bukanlah menjadi tanggungjawab RUM sebaliknya adalah tanggungjawab individu yang mana berkenaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB



Usaha majukan KTMB

HEBAT..... PRO AKTIF.... BERUSAHA GIGIH... HE IS CHAIRMAN OF KTMB NOT A PRESIDEN KTMB! "MARVELOUS"!!!!!! WE ALWAYS SUPPORT U YB DATO FOR IMPROVING KTMB. 




Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

29 April 2014

CUTI REHAT PART 7

RISAUNYAAAAAAAAAAA........

Antara info yang diterima ialah :-

1. Berapa orang yang telah memohon cuti?
2. Berapa bas yang akan datang ke KL dari wilayah?
3. Berapa jumlah peserta piket?

KIHKIHKIHKIHKIH (JANGAN RISAU NANTI RUM BOCORKAN MAKLUMAT..... TAK YAH PENING-PENING LER..... PANTAU JE SUARA RUM.... PEMANGKU PENGURUS BESAR KORPORAT KAN FRIEND RUM..... BOLEH PANTAU.... SEBAB LATEST INFO DALAM SUARARUM....... KIHKIHKIHKIH.....)

Napa nak risau sangat..... ini kerja RUM, ini dibenarkan oleh Akta... Ahli berhak datang,.... tak yah takut ler.....

RUM bagitau lama dah.... bulan Disember 2013 kita dah war-warkan...lama tu... so apa salahnya... ahli-ahli RUM nak sambut Hari Pekerja sambil berpiket.... macam hari raya..... kihkihkihkih....

MALU????????

MESTILAH MALU..... SEBAB BENA CUKUP BANYAK.... (jawapan bocor) macam-macam ayat keluar..... kihkihkih.....

Tapi ialah..... mana boleh keluar kalau atas desakan RUM.... nanti nampak RUM berkuasa...... katanya..... kihkihkih....

Nak bersyarat ke?????? opsss..... (tutup mulut)

Bila RUM istihar "PERANG", maka peranglah.... (no play-play.... kihkihkih)

9/5..... 10 hari lagi.... tak lama dah.... masih ada pilihan.....

RUM BENAR-BENAR BERSEMANGAT NAK MENGIBARKAN BENDERA RUM DIPEKARANGAN IBU PEJABAT KTMB JALAN HISHAMUDDIN!!!!

KAMI BERGANDING BAHU
MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA
BERUSAHA TERUS BERUSAHA
MENCAPAI APA YANG DICITA

RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLINYA
RUM BERSIAP SEDIA
BERJUANG DENGAN JAYANYA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


CUTI REHAT PART 6

Gambar Hiasan
Berbual-bual dengan pegawai kesatuan tadi dapat merumuskan idea yang baik... idea tersebut ialah :-

Dengan segala hormatnya Kesatuan ingin menjemput Pemangku Pengurus Besar Korporat KTMB di perjumpaan ahli-ahli cawangan gemas yang dijadualkan pada 30.4.2014 di Stesen Keretapi Gemas jam 430 petang.

Tujuan ialah pihak kesatuan ingin berhujah dengan Pemangku Pengurus Besar Korporat mengenai arahan lisan yang dikeluarkan pada Mesyuarat dengan Pengurus KTMB mengenai Cuti Rehat.

Pihak kesatuan sedia maklum Pemangku Pengurus Besar Korporat adalah salah seorang panel perjanjian bersama, adalah sangat sesuai mengeluarkan arahan berkenaan serta sangat sesuai berhujah dengan kesatuan mengenai perkara berkenaan.

Kehadiran adalah sangat diharapkan bagi membuktikan Pemangku Pengurus Besar Korporat bukan "PENGECUT".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


London Underground 48-hour Tube strike gets under way

A 48-hour Tube strike has started after talks broke down between London Underground and the Rail, Maritime and Transport (RMT) union earlier.

The industrial action is over plans to close ticket offices and cut 960 jobs.

The strike started at 21:00 BST and will end at 20:59 on Wednesday. It is thought disruption could continue until Thursday morning.

The conciliation service Acas said its "services remain available" to both parties.

The union and LU have met more than 40 times through Acas since the last 48-hour strike in February, but LU left the last-ditch talks this morning.

On Tuesday and Wednesday, where services can be operated, trains will run from 07:00 BST or as soon as possible after that.

Services are expected to conclude at about 23:00 BST, with no service beyond that, but the last services from central London may depart much earlier, at about 21:30 BST.

Transport for London has issued a document of travel advice to customers.

It has said it plans to run as many services as possible with extra bus and river services, but customers are advised to check their journey before they travel.

The following services are expected to run less frequently and with some stations excluded:

Bakerloo Line: Between Queen's Park and Elephant and Castle
Central Line: Between Epping/Hainault and Leytonstone. Between West Ruislip and White City
District Line: Between Wimbledon and Barking. Between Ealing Broadway and Tower Hill
Hammersmith and City Line: Between Hammersmith and Aldgate
Jubilee Line: Between Wembley Park and Stratford
Metropolitan Line: Between Harrow-on-the-Hill and Aldgate
Northern Line: Across the whole line with a train around every five minutes via Bank and Charing Cross branches in both directions.
Piccadilly Line: Between Acton Town and Heathrow Terminals 1,2,3. Between Arnos Grove and Cockfosters around every 12 minutes.
Downing Street said that the prime minister believed the strike was "unjustified".

"It is wrong because of the disruption that it will bring to the lives of so many Londoners in the next few days," David Cameron's official spokesman said.

But Mick Cash, the RMT's acting general secretary, said: "London Underground have dug themselves into an entrenched position and have refused to move one inch from their stance of closing every ticket office, in breach of the agreement reached previously through Acas which enabled us to suspend the previous round of action.

"Elected members of the Greater London Authority have called for a public consultation on these cuts and the future of the Tube. RMT agrees with that."

Mr Cash said the union remained available for serious and meaningful talks about its alternative proposals.

Mayor of London Boris Johnson, called the strike "pointless".

He said: "More than 600 people have asked for voluntary redundancy and yet, without consulting any of their own members, the RMT is suddenly insisting that London Underground halt this process.

"Commuters and businesses will suffer because a few narrow-minded union barons are currently flexing their muscles in a fight for the leadership of a union where just 30% of members support a strike."

LU has said concessions had already been made, including a promise that a supervisor would work out of every station, rather than one worker overseeing up to five stations.

There would be no compulsory redundancies, it added.

The strike is likely to hit university students taking degree exams. On its website, King's College London says it is aware of students' concerns and will review the impact of strike action.

Football fans travelling to Arsenal's game with Newcastle and Chelsea's Champions League match with Atletico Madrid on Wednesday will also be affected.

Arsenal FC advised fans there were unlikely to be any Tube services after the game and that First Capital Connect trains from Finsbury Park would be much busier than usual.

The RMT is also holding a 48-hour strike from 03:00 BST on Tuesday on the Heathrow Express in a separate row over jobs, pay and cuts.

A second strike, for 72 hours, is also scheduled to start from 21:00 BST on Monday 5 May, if the ticket office dispute is not resolved.

source

Coretan Presiden RUM - Takziah kepada Pak Ya

Setiap kali ke cawangan Alor Setar untuk lawatan, pasti akan hadir seorang ahli, seorang yang sangat setia, seorang yang tidak boleh dilupakan, sejak tahun 2000 mengenali beliau melalui pertemuan dengan ahli- ahli di cawangan Alor Setar, beliau tidak pernah menguzurkan diri dalam setiap pertemuan kelibat beliau sentiasa ada dengan semangat tanpa pernah jemu untuk menghadirkan diri, setiap kali lawatan menjadi satu pengharapan untuk bertemu beliau, kerana beliau adalah penyeri bagi setiap majlis RUM.

Kalau tak silap beliau telah pun bersara pada 2006, , namun walaupun beliau telah bersara, masih terus menghadirkan diri, kadang kadang ke Padang Besar pun beliau pergi, Alor Setar tak payah cakaplah.... Pasti dia akan hadir....

Sampai di stesen Alor Setar, ramai ahli sedang menunggu, mata melilau mencari, mana gerangan orangnya, abg harun mantan setiausaha cawangan turut hadir, rasa seronok berjumpa abg harun, terharu walaupun dah bersara tetap hadir, mata tetap terus mencari mana gerangan orangnya.... Dalam berpelukan dengan abang Harun yang lama tak jumpa, abang Harun memberitahu.... Beliau telah pun ke rahmatullah minggu lalu.... Tersentak, tertitis air mata, terasa kehilangan, kini dia tiada lagi, pertemuan yang diharapkan dengan kahadiran beliau kini tiada lagi...... Benar- benar rasa khilangan. Seorang yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya, hebatnya dia, seorang yang mempunyai budi pekerti yang sangat tinggi, mempunyai pengetahuan agama yang cukup bagus, sentiasa memberi nasihat kepada saya..... Tkasih...tkasih...tiada ungkapan lain dapat diucapkan...

AL FATIHAH buat Allahyarham PAK YA, semoga Allahyarham Pak Ya ditempatkan orang-orang yang soleh. Kali ini lawatan di Alor Setar tiada penyeri lagi, namun dorongan, nasihat dan semangat yang di berikan sentiasa menjadi ingatan yang tidak mungkin di padamkan.

PAK YA TETAP DALAM INGATAN

Abdul Razak Md Hassan

LEGA

Lembah Klang, Pantai Timur, Selatan dan Utara, selama 3 minggu, jumaat, sabtu, dan isnin pilihan hari dalam sessi lawatan ke cawangan telah pun hampir selesai, happy family bila dengar keje lawatan beres, ada ruang sikit untuk keluarga selepas ini.

Tinggal beberapa sessi di lembah Klang dan 30. 4. 2014 jam 4.30 petang.

Alhamdulillah, sambutan ahli dan sokongan dalam sessi lawatan sungguh mengkagumkan, ahli-ahli RUM penuh bersemangat, penat lelah terhibur dengan sokongan ahli malah meningkatkan semua kepimpinan tertinggi RUM untuk terus berjuang.

In Syaa Allah, kami pegawai utama tidak akan pernah jemu maupun merasa lelah untuk terus berjuang demi ahli-ahli RUM yang disayangi.

Berjumpa kita 9/5, dengan satu suara, satu kekuatan di bawah payung RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


CUTI REHAT PART 5

Sepatutnya bila dah duduk dalam Panel Perjanjian Bersama (CA) maksud kandungan dalam CA tu dia arif, bukan hanya sekadar bincang pasal RM, tapi isi kandungannya, maksudnya, pemahamannya, tersiratnya termasuk yang berkait dengan Akta.

Bukan main "bulldozzzzz" sekarang apa jadi, lebih baik tutup mulut, jangan bertindak melulu, nanti kena!! Sekarang kan dah kena!!!

Dah banyak kali bagitau...

Don't underestimate RUM!
Don't think RUM Stupid!

Nanti 9/5.... Entah-entah ada nama lo dalam bena!!!! MALU BESAR NANTI!!!! kihkihkihkihkih...

Lebih baik letak jawatan....cari kerja lain... KTMB tak perlu pegawai bebal!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


CUTI REHAT PART 4

RUM tak sangka, 
RUM tak faham, 
RUM dah pening...
Macam mana salah seorang panel perundingan CA tidak faham, tidak tahu malah bebal, sampai boleh arahkan secara lisan untuk tidak luluskan cuti.


Macam ni punya bebal boleh memegang jawatan Pemangku Pengurus Besar Korporat, patutlah Lembaga Pengarah KTMB tarik balik elaun, rupanya Lembaga Pengarah KTMB dah kesan kebebalan Pemangku Pengurus Besar Korporat.

Lebih baik berambus dari KTMB, tak layak berkhidmat dalam KTMB.... failed!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB



28 April 2014

CUTI REHAT PART 3

RUM nak cadangkan kepada Pemangku Pengurus Besar Korporat keluarkan arahan tidak boleh mengambil cuti pada 9 Mei 2014, "be gentleman", jangan memanggil pegawai-pegawai dari depoh ke Kuala Lumpur, dengan hanya mengeluarkan arahan lisan.

Arahan lisan itu "PENGECUT!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


CUTI REHAT PART 2

RUM nak tanya Pemangku Pengurus Besar Korporat, mengapa cuti tidak boleh diluluskan pada 9 MEI 2014?????

Kenapa tidak seluruh bulan Mei, atau mulai awal Mei sehingga 31 Disember 2014 dikeluarkan arahan cuti tidak boleh diluluskan!

Jangan belajar tinggi-tinggi tapi bangang!!!!

Mari kat RUM.... RUM nak sekolahkan Pemangku Pengurus Besar Korporat!


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

CUTI REHAT

CUTI REHAT

Adalah dinasihatkan pada Pemangku Pengurus Besar Korporat, supaya jangan camputangan hal ehwal kesatuan sekerja dengan percubaan menghalang pekerja-pekerja untuk menghadiri berpiket pada 9 Mei 2014.

Hak cuti rehat adalah hak pekerja, tindakan ini telah mengundang kemarahan kesatuan terhadap Pemangku Pengurus Besar Korporat.

Pemangku Pengurus Besar Korporat juga patut disingkirkan dari KTMB, RUM akan mendesak THE THREE STOOGES di singkirkan dari KTMB.

Ahli-ahli RUM jangan gentar, ahli-ahli RUM berhak memohon cuti, pegawai yang mana berkenaan berhak meluluskan cuti, "user" lebih arif mengenai keperluan kerja dan perkhidmatan, bukannya Pemangku Pengurus Besar Korporat!

9/5 Kita lawan abis-abisan!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


Hebat....hebat..hebat...

Semangat ahli-ahli RUM cawangan Alor Setar di stesen sementara Alor Setar melaungkan "HIDUP RUM!"

9/5 TUNGGU KAMI TURUN....laungan ahli-ahli cawangan Alor Setar.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 April 2014

Tidak sabar menanti 9/5

Semangat ahli-ahli di Padang Besar, Cawangan Alor Setar, yang bersedia turun ke Kuala Lumpur. 9/5.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

26 April 2014

TAHNIAH

RUM mengucapkan tahniah kepada Pengurus Wilayah Timur yang telah menerima anugerah dari DYMM SULTAN KELANTAN.

Penganugerahan ini atas tanggungjawab sebagai Pengurus Wilayah yang sangat berdedikasi yang juga telah meningkatkan imej KTMB.

RUM berbangga mempunyai seorang pegawai KTMB yang boleh menjadi contoh yang baik kepada Warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 April 2014

Suara Pekerja Suara Keramat

RUM CAWANGAN IPOH DENGAN PENUH SEMANGAT JUANG AKAN GEMPUR DI PEKARANGAN IBU PEJABAT KTMB (9/5)!

KASI GEGAR!!!!!

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

Ontime everytime?

Sampai orang luar pun komen ontime everytime!

Sedih...

Apa lagi nak kata...


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenapa RUM menolak Presiden KTMB dan Pekerja jadi mangsa?

LIRIK LAGU RUM

RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLI NYA...
RUM BERSIAP SEDIA 
BERJUANG DENGAN JAYANYA..

Perjuangan RUM untuk ahli-ahlinya..
Berjuang pasti dengan jayanya..LIRIK LAGU RUM

RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLI NYA...
RUM BERSIAP SEDIA 
BERJUANG DENGAN JAYANYA..

Perjuangan RUM untuk ahli-ahlinya..
Berjuang pasti dengan jayanya..

Isu ialah Presiden KTMB..
Kegagalan Presiden KTMB, Pekerja jadi mangsa..

Kenapa RUM menolak Presiden KTMB dan Pekerja jadi mangsa?

Sebab... Bila KTMB rugi, pihak kerajaan khususnya MOF akan bercakap... "KTMB ni kerja lain tak de minta duit je..."

Presiden KTMB pula tidak mengolah pendekatan yang boleh mendatangkan pulangan yang baik kepada KTMB.

Pekerja jadi mangsa, alasan pengurusan KTMB tak ada duit.... sbb rugi... nak bayar gaji pun susah...

Ahli-ahli merungut tiada upgrade dan gaji di bawah pasaran.

Kepimpinan RUM dipersalahkan kerana kegagalan "upgrade dan gaji di bawah pasaran"

Tapi semua berpunca kepada peneraju utama KTMB yang gagal mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Maka RUM telah pun membuat teguran demi teguran, malah bersurat, disebabkan peneraju ketandusan idea, RUM tolong bagi idea, itu pun sampai sekarang tak mampu laksanakan...

So apa lagi....

9/5 lah... Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan.

Sampai bila pekerja nak menjadi mangsa kerana kelemahan urustadbir.... 

Tu sbb RUM berpiket bagi menyelamatkan KTMB, menyelamatkan pekerja!

Apa pilihan RUM? adakah perlu dibiarkan KTMB terus merudum...
Apa pilihan RUM untuk berjuang agar kadar gaji pekerja selaras dengan pasaran...
Apa pilihan RUM untuk menolak kenyataan "ktmb tak de keje lain asyik minta duit"
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB berada dilandasan yang betul..
Apa pilihan RUM untuk memastikan tahap keselamatan pekerja terjamin..
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB dipulihkan...
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB mampu meraih keuntungan...

Tiada pilihan lain.... 
9/5 adalah jawapannya...

Demi pekerja khususnya ahli RUM, Demi KTMB yang disayangi, Demi Negara tercinta, RUM tiada pilihan lain dan tak selamanya kami menjadi mangsa kerana kelemahan urustadbir.... justeru itu pilihan yang tepat ialah.... MOF hendaklah tamatkan perkhidmatan Presiden KTMB.

9/5

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Isu ialah Presiden KTMB..
Kegagalan Presiden KTMB, Pekerja jadi mangsa..

Kenapa RUM menolak Presiden KTMB dan Pekerja jadi mangsa?

Sebab... Bila KTMB rugi, pihak kerajaan khususnya MOF akan bercakap... "KTMB ni kerja lain tak de minta duit je..."

Presiden KTMB pula tidak mengolah pendekatan yang boleh mendatangkan pulangan yang baik kepada KTMB.

Pekerja jadi mangsa, alasan pengurusan KTMB tak ada duit.... sbb rugi... nak bayar gaji pun susah...

Ahli-ahli merungut tiada upgrade dan gaji di bawah pasaran.

Kepimpinan RUM dipersalahkan kerana kegagalan "upgrade dan gaji di bawah pasaran"

Tapi semua berpunca kepada peneraju utama KTMB yang gagal mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Maka RUM telah pun membuat teguran demi teguran, malah bersurat, disebabkan peneraju ketandusan idea, RUM tolong bagi idea, itu pun sampai sekarang tak mampu laksanakan...

So apa lagi....

9/5 lah... Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan.

Sampai bila pekerja nak menjadi mangsa kerana kelemahan urustadbir.... 

Tu sbb RUM berpiket bagi menyelamatkan KTMB, menyelamatkan pekerja!

Apa pilihan RUM? adakah perlu dibiarkan KTMB terus merudum...
Apa pilihan RUM untuk berjuang agar kadar gaji pekerja selaras dengan pasaran...
Apa pilihan RUM untuk menolak kenyataan "ktmb tak de keje lain asyik minta duit"
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB berada dilandasan yang betul..
Apa pilihan RUM untuk memastikan tahap keselamatan pekerja terjamin..
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB dipulihkan...
Apa pilihan RUM untuk memastikan KTMB mampu meraih keuntungan...

Tiada pilihan lain.... 
9/5 adalah jawapannya...

Demi pekerja khususnya ahli RUM, Demi KTMB yang disayangi, Demi Negara tercinta, RUM tiada pilihan lain dan tak selamanya kami menjadi mangsa kerana kelemahan urustadbir.... justeru itu pilihan yang tepat ialah.... MOF hendaklah tamatkan perkhidmatan Presiden KTMB.

9/5

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 April 2014

ROAD SHOW RUM (PEMAHAMAN UNTUK PIHAK YANG BERKENAAN, TAFSIRAN UNTUK ARTIKEL CA YANG CUBA DIPERTIKAIKAN, FAHAM MAKSUD INI SEDALAM-DALAMNYA)

Tujuan Road Show adalah menerangkan kedudukan KTMB seterusnya bertujuan untuk menyelamatkan KTMB, tindakan sedemikian adalah selaras dengan Perjanjian Bersama di bawah produktiviti yang bermaksud membantu KTMB dalam mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan pendapatan KTMB disamping mengalakkan pekerja terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

RUM beranggapan tanpa pemulihan drastik maka KTMB akan hilang arah sehingga menghakibatkan penambahan kerugian yang mampu menjejaskan perkongsian faedah kepada pekerja.

Justeru itu kegagalan Presiden KTMB mengurustadbir KTMB menjadikan implikasi besar bukan sahaja kepada Bukan Eksekutif tapi Eksekutif.

Maka harus disedari bahawa peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan adalah sentiasa dipatuhi, demi memastikan KTMB dan Pekerja sentiasa bersama kearah memertabatkan KTMB secara langsung memberi faedah yang baik kepada pekerja.

Perlu disedari bahawa KTMB adalah milik "Kementerian Kewangan Diperbadankan" bukannya "hak individu", setiap pekerja termasuk Presiden KTMB tertakluk dengan tawaran kontrak oleh kerajaan, pekeliling kerajaan termasuk mematuhi peraturan dalam KTMB dan mematuhi undang-undang Negara.

Justeru itu Presiden KTMB tidak mempunyai kekebalan sekiranya gagal mematuhi tawaran kontrak dan pekeliling kerajaan. Fahami tafsiran secara mendalam termasuk dokumen kontrak yang ditandatangani oleh Presiden KTMB dalam surat tawaran.

Secara jelas, tujuan RUM Road Show adalah wajar demi kebaikan Syarikat, keutamaan RUM bukan sahaja untuk Pekerja, Syarikat, Rakyat malah untuk Kerajaan Yang Memerintah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pemimpin kesatuan kumpulan bukan pendesak

Pemimpin Kesatuan Sekerja sememangnya bukan kumpulan pendesak, ini terbukti apa yang telah RUM lakukan dengan memberi kerjasama yang baik dengan pihak pengurusan KTMB, malah berusaha membantu KTMB dengan mencetuskan idea bagi meningkatkan pendapatan KTMB serta berharap KTMB mampu dipulihkan, ianya selaras dengan hasrat keharmonian perusahaan.

Namun pemimpin Kesatuan Sekerja boleh menjadi kumpulan pendesak sekiranya hasrat yang diharapkan melalui "tempoh tertentu" tidak tercapai.

Kegagalan Presiden KTMB dalam urus tadbir KTMB menjadikan RUM pendesak kerana disebabkan KTMB telah hilang hala tuju yang menyebabkan kerugian kepada pekerja dari aspek kedudukan gaji di bawah pasaran.

Pemulihan KTMB sangat penting, apatah lagi sekiranya KTMB mampu meraih keuntungan maka faedah yang lebih baik mampu dinikmati oleh pekerja KTMB, tuntutan RUM ialah kami mahu KTMB dipulihkan dan mampu meraih keuntungan demi memastikan gaji pekerja dapat ditingkatkan mengikut harga pasaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Sinar Harian

AHLI2 ELEKTRIFIKASI SALAK SOUTH SIAP SEDIA UNTUL 9/5!


GEMPUR DARI AHLI2 ELEKTRIFIKASI SALAK SOUTH SEBENTAR TADI.... 


SIAP SEDIA UNTUL 9/5!


KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

JUANG

15000 PEKERJA KERETAPI ZAMAN 1962/1963.......... MOGOK TERBESAR DAN TERLAMA DALAM SEJARAH MALAYSIA.....

HEBAT PEKERJA KTM..... ORANG DULU-DULU.... ORANG TUA KITA.....BERJUANG DENGAN PENUH SEMANGAT.... BERJUANG UNTUK MENDAPAT GAJI BULAN.... DAN HARI INI KITA NIKMATI...... ATAS USAHA RUM...... ATAS USAHA PRESIDEN RUM YANG PERTAMA..

MEREKA HEBAT!!!! TANPA RASA GENTAR DAN TAKUT.... SEMANGAT YANG TIADA TANDINGANNYA....... SANGGUP BERKORBAN!!!!! TABIK PEJUANG KESATUAN!!!!

DONALD UREN..... THE GREAT LEADER IN HISTORY!!!!!

MEREKA HEBAT!!!!! GENERASI DULU HEBAT!!!! KITA JUGA HEBAT!!!!!!

KALI INI KITA AMBIL SEMANGAT ORANG DULU-DULU....SEMANGAT PEJUANG KESATUAN..... SEMANGAT DONALD UREN.... KITA LAWAN ABIS-ABISAN!!!!!!

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

SELAMATKAN KTMB!!!!!!

GENERASI MUDA PEKERJA KTMB, INI MASA DEPAN ANDA, MASA DEPAN DITANGAN ANDA, KITA TURUN LAWAN ABIS-ABISAN, ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN!!!!!!

9/5 ...................... KITA TURUN!!!!!!!

SELAMATKAN KTMB!!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MANAGEMENT ROAD SHOW

Dengar-dengar citer Datuk Presiden KTMB pulak nak wat Road Show, agak-agaknya nak membalas kenyataan RUM dalam Road Show RUM.

Hahaha.... ROAD SHOW RUM WITH ROAD SHOW PRESIDEN KTMB! "marvelous"!!!! Hahahahaha

Antara soalan yang kemungkinan Datuk Presiden KTMB akan olah ialah APA RUM NAK????

Jawapan buka kat blog RUM dah jawab pun...

Cuma tolong jawab 31 pucuk surat RUM antaranya mengenai :-

1. Consultant Made In India
2. Rolling Stock
3. Infra
4. Pekeliling GM TMOD
5. Hala tuju Datuk Presiden KTMB 2012, 2013 dan 2014.
6. Business Plan Datuk Presiden KTMB with Business Plan Dato Pengerusi KTMB.
7. Opportunity Loss 
8. Mengapa KTMB tiada duit.
9. KTMB merudum salah siapa? RUM atau PRESIDEN KTMB.
10. Soalan cepumas! Suspen... the only know u n me! (hahaha.... Peluru tak pernah abis...)

Atau Datuk Presiden KTMB boleh menganjurkan DEBAT TERBUKA dengan RUM.

No Problem!

Anyday any time... But not ontime everytime... Because Ontime Everytime Failed!

We are Unionist, social workers without salary, we can sacrifice everything, we have our principal, we fight for workers right! Until our dead end!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Customer Always Right

Bila kita order barang, tempahan yang banyak, maka Penjual yang mengambil tempahan mesti mengikut kehendak customer, bukannya ikut kehendak penjual, sebab kita bayar, dah lah bayar dengan duit poket sendiri.... huhu... marah betul dengan penjual berkenaan!! dah lah mahal.... hampeh!!! Dengan kawan lain boleh dapat lagi murah kalau macam tu punya quality!! "kan dah kene maki!!!!

Bila kita nak meniaga, meniaga betul-betul... ikhlas dalam jualan... customer kalau puas hati....lain kali boleh order lagi.... tapi kalau macam ini.... sorry ler.... first n last!!!!!

U FAILED!!!!!

ARAHAN UNTUK CAWANGAN PIKET 9/5 (BAS)

Ahli-ahli RUM yang terlibat dengan tindakan Piket, sila merujuk kepada cawangan, pihak ibu pejabat RUM menyediakan sekurang-kurangnya sebuah bas bagi satu cawangan di luar lembah Klang, sekiranya boleh setiap cawangan perlu menyediakan 2 buah atau lebih bagi satu cawangan. 

Pihak cawangan iaitu Pengerusi / Setiausaha dan Jawatankuasa Cawangan perlu berusaha gigih memastikan setiap ahli yang berfaedah turun untuk Piket 9/5.

Pergerakan BAS dari cawangan - cawangan RUM mestilah bersesuaian dengan waktu, perlu melihat persekitaran, cuaca dan kesesakan lalu lintas di sekitar kuala lumpur.

Adalah diharapkan, sebaik-baiknya BAS bertolak awal dan sebolehnya solat di Masjid Negara bagi memudahkan pengaturan keselamatan dan keselesaan ahli, jangan kelam kabut kerana ianya melibatkan keselamatan ahli, rancang perjalanan dengan bijak.

Pihak Ibu Pejabat berharap semua ahli-ahli RUM berkumpul di stesen KLO jam 3.45 petang untuk bacaan doa selamat dan taklimat keselamatan.

Harap maklum, kerana Piket yang terdahulu cawangan hadir agak lambat kerana kesesakan jalan raya.

Kerjasama amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEMENTERIAN KEWANGAN (DATO PENJAWAT AWAM)

Surat RUM dah berjela-jela di hantar, kenyataan RUM dalam suararum.blogspot.com juga telah menghightlightkan isu, kenyataan akhbar telah pun dikeluarkan, semua telah diwar-warkan.

Semua bukti dah ada, semua dalil dah cukup, apa kah tiada sebarang tindakan, apa kah nak membuatkan KTMB terus tenggelam, apa kah mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan dari Kementerian Kewangan itu satu jawapan untuk membiarkan Dato Presiden KTMB terus menerajui KTMB tanpa arah tuju. Apakah ada agenda tersirat nak membuatkan KTMB terus tenggelam?

Tidak kah Kementerian Kewangan khususnya penjawat awam yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan tidak pro aktif sehingga tidak dapat mengesan kegagalan Datuk Presiden KTMB.

RUM berpiket 9/5! kalau tiada tindakan juga RUM akan mengambil tindakan Piket di pekarangan Kementerian Kewangan, Putra Jaya.

Tindakan ini paling bersesuaian sekiranya rintihan RUM tidak didengari melalui Piket 9/5.

Jangan sampai RUM suruh pulak Pegawai Kementerian Kewangan (penjawat awam letak jawatan pulak) surat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri yang disesalinankan pada RUM kepada penjawat awam berkenaan perlu diambil tindakan segera!

Ingatan kepada Pegawai yang berkenaan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

LAWATAN YB DATO PENGERUSI KE PANTAI TIMUR

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato Pengerusi yang melihat sendiri landasan di pantai timur, sekurang-kurangnya Dato Pengerusi memahami kedudukan landasan di pantai timur, tahniah YB Dato kerana turun padang menyelami dan memahami situasi KTMB.

Inilah kedudukan sebenar landasan di pantai timur, dimana setiap pekerja dari Pengurus Wilayah, Pemandu Lokomotif sehingga penyelenggara landasan terpaksa berhempas pulas bekerja dalam keadaan takut dan berhati-hati kerana mencari sesuap nasi, tambahan pula tanggungjawab bagi memastikan penumpang yang mengunakan perkhidmatan keretapi berada dalam keadaan selamat sehingga sampai ke destinasi.

Kenapa sekarang selepas Dato Pengerusi masuk baru nampak bergerak, (kalau tenguk gambar dalam Facebook Dato Pengerusi, ramai pegawai KTMB malah Dato Presiden siap bagi penerangan pada YB Dato Pengerusi..... Macam bagus je...) selama 2 tahun yang lepas sebelum YB Dato Pengerusi masuk KTMB apa tindakan Presiden KTMB? yang ada dan yang nampak ialah letak papan kenyataan "caution" selepas tu kurangkan kelajuan, selain dari itu apakah tindakan untuk membaikpulih infra landasan. 

Ini contoh yang Dato Pengerusi lihat dengan mata sendiri, RUM dah tak larat nak bercakap, nak menulis surat, dah jemu dengan kelemahan urus tadbir.

Adakah ianya perlu tunggu 1 tahun lagi... 2 tahun lagi... 3 tahun lagi atau tutup perkhidmatan keretapi di pantai timur????

Tindakan segera perlu dilakukan.

1. Tamatkan perkhidmatan Dato Presiden KTMB, surat RUM adalah dalilnya, minit Mesyuarat MBP dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan juga adalah dalilnya.

2. Cari penganti yang sesuai yang boleh berganding bahu dengan Dato Pengerusi.

3. Seorang Presiden yang bagus adalah seorang yang pro aktif, cepat mengenalpasti masalah, bijak menangani masalah, mampu membuat keputusan yang tepat yang penting faham maksud "problem solving", leader must be excellent!

4. Semua 1, 2 dan 3 beres.... In Syaa Allah harapan YB Dato Pengerusi melalui Business Plan di permudahkan.

RUM sangat berharap KTMB dipulihkan, untuk melihat KTMB diambang kecemerlangan.

"9/5"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Blue Koc

Blue koc set 92NK hari ni bergelap dari manik urai - jam sekarang 10 pm masih d Krai.

Terima kasih kepada pekerja, berjaya memulihkannya di Stesen Krai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 April 2014

CARI DUIT

Gambar Hiasan
Mungkinkah selepas ini kerja cari duit dibebankan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah?

Kalau dilihat situasi sekarang, mungkin iya... Bagus... Sbb ini menunjukkan "commitment" yang tinggi dari Dato Pengerusi KTMB, buktinya melalui kesungguhan Dato mencetuskan idea melalui Business Plan yang dibentangkan semalam.

Namun mampukah seorang Pengerusi menjalankan tugas bersekalian tugas Presiden KTMB, kerana RUM menyedari bahawa Presiden KTMB kini tidak mampu menjalankan tugas, dalilnya surat-surat Kesatuan yang telah disahkan melalui Pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD.

Kalau begitu nak buat apa Presiden KTMB ini berada lagi dalam KTMB, baik bagi saja jawatan Presiden KTMB kepada Dato Pengerusi KTMB.... Ehhh... boleh ke....??? Kalau boleh....bagus sangat...

Kalau tak boleh... maka Kementerian Kewangan kena mencari pengganti dengan segera bagi memudahkan Pengerusi KTMB berganding bahu dengan Pengerusi KTMB kerana keperluan "gandingan yang baik" mampu menyaksikan Business Plan yang di cetus oleh Dato Pengerusi mampu diterjemahkan.

Melengahkan sesuatu kerja yang baik akan menghakibatkan kerugian kepada KTMB, warga KTMB malah Rakyat dan imej kerajaan turut tergugat.

Yang paling teruk ialah Imej YB Dato Ir Nawawi Ahmad yang berstatus Ahli Parlimen yang dijangka mempunyai masa depan yang cerah terbantut kerana kegagalan dalam merencanakan pemulihan KTMB.

Pastinya kami warga KTMB yang bercita-cita untuk meningkatkan kadar upah mengikut pasaran juga akan terbantut dengan alasan KTMB rugi (jawapan wajib).

Maka RUM mendesak Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan demi memastikan hala tuju KTMB dipulihkan, seterusnya akan menjadi harapan kepada warga KTMB untuk menikmati upah mengikut pasaran semasa.

(9/5)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

LAWATAN DATO PENGERUSI KTMB

Tahniah Dato atas lawatan ke Pantai Timur, satu usaha yang sangat baik.

Untuk makluman Dato, isu track pantai timur adalah isu yang telah dibangkitkan oleh RUM di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan iaitu kedudukan landasan yang tidak selamat dan berisiko tinggi.

Dukacita dalam siri mesyuarat berkenaan jawapan yang diberikan ialah peruntukan tiada untuk diperbaiki.

Jawapan ini adalah tidak munasabah sama sekali, tanggungjawab mencari duit terletak pada Presiden KTMB bagi memastikan peruntukan ada serta membaiki landasan yang ditafsirkan sebagai kurang selamat.

Sepatutnya isu yang telah dibangkitkan perlu di beri priority yang pertama disebabkan aspek keselamatan! Safety! No Compromise! Untuk pengetahuan Dato.... DUIT TAK BOLEH BELI NYAWA...

Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan Warga KTMB tidak kira eksekutif, mahupun bukan eksekutif, kerana isu ini telah pun dibangkitkan dan telah diminitkan. RUM meletakan kelemahan ini pada Presiden KTMB!

Sehubungan dengan itu pihak RUM berpendirian Dato Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan dengan segera! NO COMPROMISE!

Lagi lama, lagi KTMB bermasalah!


9/5

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB.

YB Dato Pengerusi memberi taklimat mengenai Business Plan

YB Dato Pengerusi sedang memberi taklimat pada pegawai utama RUM dengan begitu semangat sekali, menerangkan hasrat beliau untuk membawa perubahan kepada KTMB, walaupun baru lebih kurang 2 bulan menjawat jawatan Pengerusi KTMB, beliau dapat menyelami masalah KTMB dan berusaha mengolah idea dengan mencetuskan Business Plan. 

Terima kasih YB Dato kerana kesungguhan ini, kami juga merakamkan terima kasih atas kesudian YB Dato melapangkan masa memberi taklimat kepada kami.

In Syaa Allah dengan hasrat murni yang YB Dato, kami akan memberi sokongan dan bersama kearah memajukan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Pegawai Utama RUM sedang menumpukan taklimat YB Dato Pengerusi.

YB Dato Pengerusi sedang memberi taklimat pada pegawai utama RUM

22 April 2014

COMMITTED ( 9/5 )

Dalam apa yang kita lakukan ialah "kesungguhan", tidak sesekali kita lakukan dengan "ambil mudah", "lepas tangan" atau bahasa kini "ada aku kesah"!

Tindakan sedemikian membuat kita hilang hala tuju, tiada fokus yang akhirnya merosakan diri sendiri mahupun organisasi.

Sikap sedemikian perlu disingkirkan dengan menerapkan matlamat hala tuju agar mampu sampai ke destinasi (goal).

Justeru setiap perjuangan perlukan "titik" bagi mencapai kehendak organisasi yang membawa kepentingan keseluruhan anggota dalam organisasi.

Titik bagi organisasi yang dikenali dengan nama timang-timangannya "RUM"... ialah :- "9/5" 

TUNGGU APA LAGI.....

Selamat berjuang!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SEMANGAT

Jawatankuasa keselamatan Piket yang sedang mendengar taklimat serta membincangkan aspek keselamatan untuk persediaan Piket 9/5 di Ibu Pejabat Kesatuan petang semalam.

Walaupun petang semalam hujan lebat, mereka tetap hadir untuk bermesyuarat. Semangat juang mereka dalam berkesatuan adalah sangat kental!

9/5 kami akan turun!!!!

Jgn main-main lo!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
(B.A.R)

Asal-usul Hari Pekerja – Rosa Luxemburg (1894)

Dua minggu lagi, pada 1 Mei, kita akan menyambut acara tahunan Hari Pekerja. Apa sebenarnya maksud hari cuti ini? Adakah ia hari beristirehat semata-mata? Atau hari untuk berhibur dan pergi “shopping” jualan murah?

Mari kita meninjau kembali sejarah awal asal-usul Hari Pekerja yang dicatatkan oleh seorang wanita yang menjadi ikon perjuangan hak rakyat miskin dan hak pekerja, Rosa Luxemburg.
===

Idea bahagia untuk menggunakan hari cuti sebagai kaedah mendesak kepada hak waktu kerja lapan jam sehari mula-mula sekali dicadangkan di Australia. Golongan pekerja di sana memutuskan pada tahun 1856 untuk mengaturkan satu hartal (mogok kerja) dengan program-program perhimpunan dan hiburan sebagai satu demonstrasi menuntut hak waktu kerja lapan jam sehari. Hari yang ditetapkan untuk sambutan tersebut ialah 21 April. Pada mulanya, pekerja-pekerja Australia hanya merancang untuk program itu diadakan pada tahun 1856 sahaja. Namun oleh sebab sambutan tersebut mempunyai kesan yang begitu mendalam terhadap golongan pekerja di Australia, menghidupkan mereka serta meniup semangat mereka, maka ia diputuskan untuk menjadi sambutan setiap tahun.

Apa lagi yang mampu memberikan keberanian yang begitu besar kepada para pekerja dan memberikan mereka keyakinan terhadap kekuatan sendiri selain hartal besar-besaran yang diputuskan oleh mereka sendiri? Apa lagi yang mampu memberikan keberanian kepada hamba abdi kilang-kilang dan bengkel-bengkel selain kejayaan mereka mengemblengkan kekuatan seluruh kaum pekerja? Justeru, idea sambutan Hari Pekerja diterima baik dan bermula dengan Australia, idea ini tersebar ke negara-negara lain sehingga berjaya menawan seluruh dunia pekerja.

Yang terawal sekali mengikut jejak pekerja-pekerja Australia ialah para pekerja di Amerika Syarikat. Pada tahun 1886, mereka memutuskan untuk menobatkan 1 Mei sebagai hari hartal. Pada hari tersebut, 200,000 pekerja meninggalkan tempat kerja mereka dan menuntut hak waktu bekerja lapan jam sehari. Selepas itu, polis dan tindakan undang-undang pihak berkuasa menghalang para pekerja daripada menganjurkan demonstrasi sebesar ini untuk beberapa tahun kemudiannya. Namun, pada tahun 1888, para pekerja telah membuat keputusan bahawa sambutan seterusnya akan berlangsung pada 1 Mei 1890.

Pada masa yang sama, pergerakan pekerja di Eropah menjadi semakin kuat dan bersemangat. Kemuncak pergerakan ini berlaku semasa Kongres Pekerja Antarabangsa pada tahun 1889. Dalam Kongres tersebut yang dihadiri oleh empat ratus orang perwakilan, telah diputuskan bahawa tuntutan utama para pekerja adalah hak waktu bekerja lapan jam sehari. Seorang perwakilan dari kesatuan pekerja Perancis, Lavigne dari Bordeaux telah mengusulkan agar tuntutan tersebut disuarakan oleh kaum pekerja di semua negara melalui suatu tindakan hartal. Wakil daripada Amerika Syarikat kemudiannya memaklumkan rancangan rakan-rakan beliau untuk berhartal pada 1 Mei 1890, lalu tarikh tersebut pun diputuskan oleh Kongres sebagai tarikh keramat sambutan hak pekerja.

Dalam kes ini, seperti yang berlaku di Australia tiga puluh tahun yang lalu, para pekerja pada awalnya menyangka sambutan tersebut hanya untuk sekali sahaja. Kongres tersebut memutuskan bahawa seluruh kaum pekerja di serata dunia akan berhartal bersama-sama bagi menuntut hak waktu bekerja lapan jam sehari pada 1 Mei 1890. Tiada sesiapa pun yang menyebut bahawa sambutan akan diulangi pada tahun-tahun yang akan datang. Tiada sesiapa pun yang dapat meramalkan betapa pantasnya idea ini akan berjaya dan diterima sepenuhnya oleh kaum pekerja di serata tempat. Namun, cukup sekadar sekali menyambut Hari Pekerja untuk setiap orang memahami dan merasai semangat Hari Pekerja dan menyakinkan mereka bahawa ianya patut diraikan secara berterusan.

Hari Pekerja yang pertama menuntut hak waktu bekerja lapan jam sehari. Walaupun selepas tuntutan tersebut telah tercapai, sambutan Hari Pekerja masih diraikan. Selagi perjuangan kaum pekerja terhadap penindasan ke atas mereka masih berlaku, selagi semua tuntutan pekerja masih tidak dipenuhi, selagi itu Hari Pekerja akan menjadi satu lambang untuk semua tuntutan tersebut. Dan apabila hari besok yang lebih cerah menjelma, di mana kaum pekerja sedunia telah berjaya, pada masa itu, seluruh umat manusia mungkin turut menyambut Hari Pekerja sebagai memperingati perjuangan pahit dan segala kesusahan masa lampau.


Penghargaan kepada Pengerusi Lembaga POengarah KTMB

RUM merakamkan penghargaan setinggi terima kasih kepada YB Dato Ir Haji Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang menjemput pegawai utama kesatuan untuk penerangan mengenai Business Plan yang cetusan idea oleh YB Dato Pengerusi KTMB sendiri.

Walaupun kami tidak menghadiri pada sessi Business Plan di MYRA tempoh hari atas sebab protes kami terhadap Presiden KTMB, tidak bermakna kami menolak Business Plan yang diusahakan oleh YB Dato Pengerusi KTMB.

In Syaa Allah, esuk kami akan hadir mendengar taklimat YB Dato, seterusnya kami akan memberi sokongan kepada cetusan idea YB Dato.

Pada kami, kami rasa bertuah, kerana mempunyai Pengerusi KTMB yang pro aktif untuk memaju dan memulihkan KTMB.

Terima Kasih kepada YB Dato'.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PRA PIKET RUM

1 Mei 2014 di Dataran Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall sempena Sambutan Hari Pekerja anjuran MTUC!

RUM gempur dari timur ke selatan, minggu ini ke utara, kita turun pula di Dataran PJ sebelum Piket 9/5!

RUM

21 April 2014

JADUAK LAWATAN (UTARA)

Batu Gajah - 25 April 2014 - Jam 5 petang.

Perai - 26 April 2014 - Jam 11 pagi

Padang Besar - 27 April 2014 - 9.30 pagi

Alor Setar - 27 April 2014 - 2 petang

Taiping - 28 April 2014 - 4.30 petang

Cawangan RUM (utara) tunjukan kekuatan cawangan saudara-saudara.

Tengah, pantai timur dan selatan telah membuktikan kehebatan, bagaimana cawangan utara pula?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Bersemangat

Penolong Bendahari Agung dengan semangat berkobar-kobar mengibarkan bendera RUM (tak sabar untuk berpiket pada 9 Mei 2014) buat pertama kali bendera RUM akan berkibar di pekarangan Ibu Pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin.

300 helai bendera di tempah dari Bandung, Indonesia, untuk persediaan Piket pada 9 Mei 2014.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

19 April 2014

PEMAHAMAN

Soal kerja...soal profesional...tiada istilah benci.... sahabat....abg... Itu "personal"... We are profesional! Di sebut benci... oh...tidak sesekali, kerana sifat "personal" yang telah mewujudkan kasih sayang, bezanya perjalanan ini adalah kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Fahaman "personal" dan "tanggunjawab", dua faktor berbeza... sifat profesional tertanam dalam diri, bila ianya dinamakan "leader".

Lebih jelas ialah bila masa dikenali sebagai "pekerja", bila masa dikenali sebagai "sahabat", bila masa dikenali sebagai "pemimpin kesatuan sekerja". Pengenalan ini sangat penting untuk meletakkan diri bagi memudahkan perjalanan tanggungjawab individu. Disinilah sifat profesional yang perlu dilakukan.

Pemahaman ini penting kerana keutamaan bagi seorang pemimpin untuk menjalankan tugas seperti yang diamanahkan, apatah lagi sesuatu tanggungjawab yang dipikul adalah sangat berat, ta' kala kita sebagai pemimpin dipilih oleh ahli-ahlinya dan bukan dipilih oleh majikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RENUNGAN SEKETIKA..

Anda boleh memperbodohkan semua orang pada 'SESETENGAH MASA'...

Anda boleh memperbodohkan sesetengah orang pada 'SEMUA MASA', tetapi anda tidak boleh memperbodohkan 'SEMUA ORANG PADA SEMUA MASA...

Tidak kira betapa PINTAR nya anda MENYAMAR... lama -kelamaan orang lain akan dapat melihat penyamaran anda dan mengetahui 'DIRI ANDA YANG SEBENARNYA '...

Jangan anda mengambil kesempatan terhadap 'KEBAIKAN ORANG LAIN ...MUSUH JANGAN DICARI ..KAPAL YANG TIDAK BERDESTINASI DAN INDIVIDU YANG TIDAK BERMATLAMAT AKHIRNYA AKAN TERSADAI DI PADANG PASIR..

Tunggu 9hb.5.2014.... 

ONTIME 'PIKET'... 

(Tiger RUM)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Alfatihah.

RUM merakamkan ucapan takziah atas kembalinya kerahmatullah Ayahanda Sdr Shariff, Pengerusi RUM, Cawangan P.Klang.

Semoga Allahyarham ayahanda Sdr Shariif ditempatkan dengan orang2 yg soleh.

18 April 2014

Sekitar Pertemuan dengan ahli-ahli RUM Cawangan Gemas di Kluang

Gambar pertemuan dengan ahli-ahli RUM di Cawangan-cawangan.

KAMI AKAN TURUN 9 MEI 2014
KAMI AKAN GEGARKAN IBU PEJABAT KTMB.

(kata-kata semangat dari ahli-ahli RUM yang dari Kluang)

Pertemuan dengan ahli-ahli di Stesen Kluang Johor di bawah RUM Cawangan Gemas.

pertemuan dengan ahli-ahli cawangan Gemas di stesen kluang.