08 April 2014

KAKI BODEK

Kaki bodek membodek ini sebenarnya tidak yakin dengan kemampuan fikirannya sendiri, Lepas itu mengharapkan orang yang dibodek agar menjadi "jesus the saviour" atau pemberi Rahmat kepada mereka.

Orang yang membodek berlindung dari sebalik tabir kepatuhan, nampak macam bagus, tapi sebenarnya mempunyai maksud tersirat.

Ada pula yang suka dengan kaki pembodek, tapi kedua-dua ini sebenarnya bersifat "penipu", menipu diri sendiri dan menipu orang lain.

Sebagai seorang yang berpendirian "genuine" maka perlu mengenal pasti siapa suka dibodek atau membodek, kerana kedua-dia sikap ini adalah orang yang tidak boleh dipercayai kerana bersikap penipu.

Bodek inilah sebenarnya "wayang gambar" sekadar wayang yang mempunyai agenda peribadi.

Dari sudut organisasi, maka adanya orang yang sebegini adalah orang yang berkepentingan diri, secara langsung akan merosakkan organisasi.

Yang nak kena atau sudah kena bodek perlu berhati-hati kerana nanti terjun lombong, so kenal lah mana kaca dan mana permata, kerana kepentingan organisasi perlu diutamakan.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB