29 April 2014

Coretan Presiden RUM - Takziah kepada Pak Ya

Setiap kali ke cawangan Alor Setar untuk lawatan, pasti akan hadir seorang ahli, seorang yang sangat setia, seorang yang tidak boleh dilupakan, sejak tahun 2000 mengenali beliau melalui pertemuan dengan ahli- ahli di cawangan Alor Setar, beliau tidak pernah menguzurkan diri dalam setiap pertemuan kelibat beliau sentiasa ada dengan semangat tanpa pernah jemu untuk menghadirkan diri, setiap kali lawatan menjadi satu pengharapan untuk bertemu beliau, kerana beliau adalah penyeri bagi setiap majlis RUM.

Kalau tak silap beliau telah pun bersara pada 2006, , namun walaupun beliau telah bersara, masih terus menghadirkan diri, kadang kadang ke Padang Besar pun beliau pergi, Alor Setar tak payah cakaplah.... Pasti dia akan hadir....

Sampai di stesen Alor Setar, ramai ahli sedang menunggu, mata melilau mencari, mana gerangan orangnya, abg harun mantan setiausaha cawangan turut hadir, rasa seronok berjumpa abg harun, terharu walaupun dah bersara tetap hadir, mata tetap terus mencari mana gerangan orangnya.... Dalam berpelukan dengan abang Harun yang lama tak jumpa, abang Harun memberitahu.... Beliau telah pun ke rahmatullah minggu lalu.... Tersentak, tertitis air mata, terasa kehilangan, kini dia tiada lagi, pertemuan yang diharapkan dengan kahadiran beliau kini tiada lagi...... Benar- benar rasa khilangan. Seorang yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya, hebatnya dia, seorang yang mempunyai budi pekerti yang sangat tinggi, mempunyai pengetahuan agama yang cukup bagus, sentiasa memberi nasihat kepada saya..... Tkasih...tkasih...tiada ungkapan lain dapat diucapkan...

AL FATIHAH buat Allahyarham PAK YA, semoga Allahyarham Pak Ya ditempatkan orang-orang yang soleh. Kali ini lawatan di Alor Setar tiada penyeri lagi, namun dorongan, nasihat dan semangat yang di berikan sentiasa menjadi ingatan yang tidak mungkin di padamkan.

PAK YA TETAP DALAM INGATAN

Abdul Razak Md Hassan