RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label Surat Terbuka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surat Terbuka. Papar semua catatan

09 September 2015

PERTIMBANGKAN PENCEN MINIMA PADA PESARA PENGSWASTAAN. CORETAN UNTUK

YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA
Aku ingin berbicara mengenai "pencen minima" berdasarkan pengalaman sendiri.

Sejujurnya aku tidak sama sekali bersetuju dengan penswastaan KTMB, tapi sebagai pekerja, aku akur, maka pilihan yang aku buat ialah pilihan "B", bersetuju dengan penswastaan. 

Itulah pengalaman aku sebelum KTM diswastakan, maka 1.8.1992 aku telah berkhidmat dengan KTMB dengan menerima kenaikan sebanyak 10% dan tambahan gaji sebanyak 2 mata gaji, iaitu lebih baik dari Syarikat yang lebih awal terlibat dengan penswastaan malah lebih baik dari kakitangan awam. Ketika itu aku hanya ahli RUM atau ahli biasa sahaja.

Kini aku Presiden RUM, umur ku sudah melangkaui 52 tahun, faedah persaraan (wang pencen) yang aku terima dari penswastaan ialah RM 230.00, anggaran simpanan KWSP selepas bersara anggarannya antara RM 70.000 - RM 100,000.00.

Aku faham bila swasta kita menerima faedah melalui KWSP, tapi faedah melalui KWSP terlalu kecil disebabkan kadar potongan KWSP yang sedikit kerana gaji yang kecil.

Alasan Kerajaan adalah kerana adanya KWSP, bila diswastakan, tapi sedarlah dengan simpanan KWSP yang kecil, hutang yang ada, pencen yang tidak mencukupi, maka apa kah kehidupan yang ada selepas bersara?

Pertemuan dengan YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 4 tahun yang lalu mengenai pencen minima telah saya hujahkan melalui satu pertemuan bersama dengan UNI-GLOBAL, iaitu "pekerja KTM akur dengan kehendak Kerajaan, walaupun kami tidak bersetuju dengan penswastaan", YAB DATO SRI PERDANA MENTERI mencatitkan dalam buku nota, tapi selepas 4 tahun, pencen minima untuk pekerja yang terlibat dengan penswastaan tetap tidak berlaku.

Nilai RM 230.00 selepas bersara, kehidupan hari tua dengan kos sara hidup yang tinggi, apa yang boleh kami lakukan untuk menyambung sisa kehidupan? adakah kami rela dengan penswastaan? "kami tak rela", tapi "kami akur", walaupun kami rugi, gaji atau upah berbanding dengan "penjawat awam" bagi pekerja KTMB kini adalah rendah, tapi kami tetap memberi perkhidmatan, kerana kami sedar kami di bawah perkhidmatan sosial, memberi perkhidmatan kepada rakyat, dari kami sebagai wakil kerajaan untuk kesejahteraan rakyat melalui pengangkutan awam di bawah "perkhidmatan perlu".

Hari ini aku Presiden RUM, aku memahami masalah mereka yang terlibat dengan penswastaan berdasarkan pengalaman aku sendiri, bukan sahaja KTMB tapi semua syarikat yang diswastakan, pengalaman menjadikan aku terus untuk berjuang bagi memastikan kehidupan rakan-rakan yang terlibat dengan pengswataan agar selepas persaraan terjamin kehidupan.

Tapi adakah kerajaan menyedari perkara ini? Adakah ini kehendak kami? maka aku menulis bagi pihak semua yang terlibat di bawah penswastaan, kerana aku amat memahami kehendak mereka, kerana ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini, justeru itu aku menulis coretan ini.

Maka selaku Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, saya bagi pihak semua rakan yang telah dibersarakan atas sebab pengswastaan memohon dan merayu pada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA mempertimbangkan kadar "PENCEN PERSARAAN" untuk pekerja yang diswastakan seperti "PENCEN MINIMA" kepada pesara penjawat awam. Sebagai pemimpin kesatuan sekerja, saya berharap melalui pembentangan bajet akan datang Kerajaan akan mempertimbangkan kadar "PENCEN MINIMA" untuk kami yang telah diswastakan.

Kasihani kami, kami juga perlu kehidupan selepas bersara, fahami kami, kerana kami tidak pasti dengan kadar yang ada untuk meneruskan kehidupan selepas kami bersara.
Sekian, Terima kasih.

Kenyataan Rasmi Presiden Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 Januari 2014

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 6

Gambar Hiasan
Datuk Presiden KTMB

Setahun setengah telah berlalu, KTMB merudum bertalu-talu, ungkapan mudah "buat apa pun serba tak jadi", rancang apa pun tak menjadi, wujud masalah bertingkat-tingkat, serba tak kena, serba tak jadi, kandas sana, kandas sini.

Yang tak dijangka-jangka pula terjadi, kelemahan terus terserlah kini, harap setinggi gunung dari ku ini, hancur berderai bak kaca terhempas.

Setahun yang lalu, tersebut "reverse strategy", teguran tersirat telah diberi, wall FB sebagai saksi, ungkapan berdua jua telah diberi, tidak didengari ibarat hidung tinggi.

Kini semua telah terjadi, KTMB merudum kerana kelemahan sendiri, enggan akui tapi menyedari, luahan hati pernah didengari.

Antara permata dan kaca, jawapan yang boleh diberi, nukilan sms yang disampaikan dulu, tak mahu dengari tidak peduli, kerana kaca maka tertumbanglah kini.

Satu, dua, tiga dan empat, kaca jua punya tempat, rasa simpati, tapi apa nak buat, dah terjadi dah pun terlambat, ibarat nasi dah menjadi bubur, tersembam dibumi diatur sendiri, sedih tapi itu naluri, kasih tetap sejati.

pergilah...pergilah.. jangan kembali lagi, jumpa di lain kali, semoga diberkati, diluar sana pasti ada rezeki.

PRESIDEN RUM

13 Januari 2014

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 5

Gambar Hiasan

Datuk Presiden KTMB, ingat lagi kenyataan akhbar di bawah ini, kenyataan berbentuk pujian pada Datuk Presiden KTMB dari RUM, semua ini sebelum consultant ini masuk, sekarang apa jadi Datuk Presiden KTMB? 


RUM satu ketika dulu, memang menyokong Datuk Presiden KTMB 100%, prinsip RUM mudah :-



"Datuk Presiden KTMB buat terbaik untuk Warga KTMB dan KTMB, RUM akan menyokong 100%, sekiranya bertentangan, jangan salahkan RUM".

Datuk Presiden KTMB telah hilang arah atau hilang focos, perencanaan bersikap negatif, sehingga mewujudkan masalah pentadbiran dalam KTMB, sehingga carta organisasi KTMB yang dicadangkan oleh Datuk Presiden KTMB telah tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah, sebaliknya Lembaga Pengarah mencadangkan consultant luar mengkaji serta mewujudkan carta organisasi KTMB.

Andaian RUM bahawa Lembaga Pengarah sendiri sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Presiden KTMB, masakan tidak! Carta organisasi pun terpaksa orang luar buat.

08 Januari 2014

Surat Terbuka untuk Datuk Presiden KTMB - Presiden RUM

Gambar hiasan

Kepada


Datuk Presiden KTMB


Jangan hubungi mana-mana pegawai kesatuan lagi, ianya selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja iaitu telah mengistiharkan perang dengan Datuk Presiden KTMB.


Datuk Presiden KTMB jalankan tugas sebagai Presiden KTMB,
Saya selaku Presiden RUM akan menjalankan tugas sebagai Presiden RUM selaras dengan keputusan Eksekutif, Perlembagaan Kesatuan dan Hak Kesatuan Sekerja!

KEPUTUSAN DAN KETETAPAN TELAH DIBUAT RUM MENOLAK DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB.

PRESIDEN 
KESATUAN PEKERJA2 KTMB