05 Januari 2019

LAWATAN YB MENTERI KE CRRC BATU GAJAH. KENYATAAN YB MENTERI PENGANGKUTAN DALAM SIDANG AKHBARNYA.

RUM telah mendengar seluruh ucapan kenyataan akhbar Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan dalam sidang akhbarnya.

Dalam kenyataan dalam minit 12.44 - 14.44 Yb Menteri telah menekankan bahawa "selaras pendirian kerajaan semua projek adalah melalui tender terbuka", kenyataan ini mencerminkan kejujuran Yb Menteri Pengangkutan selaras dengan janji Yb Menteri dalam pertemuan dengan kami pada 15 November 2018 di Parlimen.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RUM adalah lebih kepada kerisauan setelah Yb Menteri membuat lawatan CRRC Batu Gajah tambahan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia.

Biasa strategi mana-mana Syarikat akan membuat plan pemasarannya untuk memikat pengguna, maka pelbagai pendekatan plan pemasaran akan digunakan untuk mempengaruhi pengguna agar membeli produk mereka samada cara tersurat atau tersirat.

Sudah tentu kami "stake holder" menjadi risau, maka kerisauan kami perlu kami lahirkan supaya pihak yang terlibat samada dalam KTMB sendiri, Yb Menteri mahupun Kerajaan Pemerintah perlu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan plan pemasaran yang digunakan, kerana pendekatan yang terbaik secara telus ialah melalui tender terbuka kerana penilaian terhadap sesuatu produk yang dibeli boleh dibuat melalui  perbandingan terhadap produk lain seperti kos atau harga, kualiti, jangka hayat, teknikal, perpindahan teknologi, jaminan, alat ganti dan pelbagai lagi.

Kerana dasar lama yang dipelopori seperti pembelian set-set tren kepada KTMB ialah tanpa tender terbuka atau lebih tepat "direct nego" maka sudah pasti ada banyak kekurangan melalui perbandingan dengan produk lain.

Justeru itu penekanan dalam kenyataan RUM adalah mengingatkan agar kita tidak mengulangi cara lama yang lebih banyak buruk dari baiknya, namun RUM berkeyakinan tinggi bahawa Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan akan berpegang kepada janjinya malah dalam  kenyataannya di sidang akhbar tetap menekankan bahawa semua projek adalah melalui tender terbuka.

RUM masih beranggapan Yb Anthony Loke seorang yang telus dan berpendirian, sehingga hari ini RUM masih berkeyakinan tinggi Yb Menteri akan memegang janji dan sehingga hari ini Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan boleh dipercayai dan seorang Menteri yang sangat dihormati.

RUM sentiasa memantau setiap pergerakan demi kepentingan KTMB, kerana pengalaman mengajar kami, kami mahu yang terbaik untuk KTMB, kami mahu yang terbaik untuk pekerja kerana nikmatnya dinikmati oleh rakyat malah nama baik akan dipelopori oleh Kerajaan yang memerintah, kerana rakyat kini bijak menilai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • GERAMSebenar 1 atau 2 board ni je yang bodohnya... yang bermasalahnya... dah bodoh tak boleh diajar, dah bodoh tak nak bertanya, dah lama sangat jadi board members pun... patut tambah pandai, tapi tambah bebal... Maaflah pada boa… Read More
  • CERITA PETANG RABUMinggu lepas jumpa dengan mantan presiden ktmb.. saja borak-borak kosong, tukar-tukar fikiran sambil menghirup kopi machiato, ish... nikmatnya rasa kopi machiato... ialah orang belanja... memanglah sedap... lebih sedap dari k… Read More
  • NAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMBNAMPAK GAYA RUM DALAM SATU TEMPOH AKAN SUNGKIT LEMBAGA PENGARAH KTMB KEMUNGKINAN PERANG AKAN DIISTIHARKAN! 3 HARI DAH BERLALU! DINASIHATKAN LEMBAGA PENGARAH KTMB JANGAN MAIN API DENGAN RUM!!!! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja… Read More
  • BELASAH/ TEMPOH/PEMAHAMAN KEPADA BOARD MEMBERSRUM bukan saja-saja nak belasah tanpa sebab, RUM juga tidak sengaja untuk beri sokongan, semua itu ada sebab dan alasan yang munasabah. Dari segi sokongan prinsip RUM adalah menitikberatkan "keharmonian perusahaan" sentiasa a… Read More
  • SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA (Pt 3) PRESIDEN KTMB BARU "JOB" SPECIFIKASIRUM menyedari satu kelemahan pengurusan KTMB ialah kegagalan menyusun "job" spesifikasi dari jawatan tertinggi sehingga jawatan bukan eksekutif, dalilnya pihak pengurusan tidak mampu menunjukan kepada RUM mengenai "job" spesi… Read More