RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label pembaziran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembaziran. Papar semua catatan

26 Januari 2014

PEMBAZIRAN DAN JAWAPANNYA

Gambar Hiasan
Bila sebut soal PEMBAZIRAN, ianya terlalu luas, dari segi kerja, dari segi masa, pembelian barang, kegagalan menyediakan lokomotif, koc, PGC, ketepatan masa, utiliti, wang dan sebagainya.

Siapa yang bertanggungjawab tentang Pembaziran? 

Semua pihak bertanggungjawab, dari Lembaga Pengarah KTMB, Presiden KTMB, Pengurusan KTMB sampai kepada pekerja bukan Eksekutif.

Siapa yang merancang bagi mengelakkan pembaziran?

Idea bagi mengelakkan pembaziran ialah dari Presiden KTMB, iaitu mengenal pasti asas kepada pembaziran seterusnya mengarahkan pihak pengurusan bawahan mengenalpasti, serta menguatkuasakan sebarang aliran pembaziran. Merancang pemulihan bagi memastikan tiada pembaziran.

Merancang dengan betul, memastikan sebarang perkara yang boleh menghakibatkan pembaziran, mengatasi sebarang masalah yang wujud, sebagai contoh kelewatan membaikpulih lokomotif yang telah "overdue" boleh menghakibatkan aspek keselamatan, kerosakan, kebakaran, kegeliciran sehingga menjejaskan perkhidmatan larian tren, ini adalah pembaziran! pembaziran masa, pembaziran wang, kerosakan teruk sehingga terpaksa membaikpulih secara keseluruhan atau boleh tersadai, akibatnya tidak boleh melarikan larian tren penumpang dan kargo, Kegagalan merancang dengan baik menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan dan ini satu pembaziran, seperti surat kesatuan di bawah perkara "opportunity loss".

PEMBAZIRAN 3

Bertanggungjawab dan dipertanggungjawab masing-masing ada peranannya tersendiri, kerana masing-masing mempunyai spesifikasi tugas yang telah ditentukan oleh Syarikat, berdasarkan gred jawatan, serta imbuhan gaji yang diterima.

Dalam hal ini ada beberapa perkara yang berbeza iaitu yang mengawal, meluluskan, yang memantau, yang mengarah dan yang melaksanakan kerja.

Justeru itu yang melaksanakan kerja berdasarkan arahan diberi, tidak boleh mengengkari perentah, walaupun tak betul, maka kena akur, walaupun ianya salah, kalau tidak akan dicop sebagai individu yang tidak mematuhi arahan, malah akan ditukarkan, namun rungutan terus didengari bahawa mereka tidak mahu terus bersekongkol, justeru itu RUM sebagai "watch dog" terus mengambil perhatian dan membangkitkan, kerana implikasinya adalah pekerja yang menerima arahan serta masa depan yang kelam.

Berbeza dengan mengawal dan menghentikan, disinilah tanggungjawab besar bagi mengawal salahlaku dalam bentuk arahan yang diberikan, apakah pengawalan telah dibuat, apakah perkara yang salah boleh dibenarkan, perlukah kelulusan diberi atau terpaksa buat keputusan yang drastik demi menyelamatkan pembaziran dan keruntuhan.

Justeru itu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah, kegagalan adalah satu perkara yang menjadikan kita sebenarnya bersekongkol dan membiarkan terus pembaziran berlaku.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PEMBAZIRAN 1 & 2

PEMBAZIRAN 1

SIAPA YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN?

1. LEMBAGA PENGARAH KTMB

2. PRESIDEN KTMB

3. PENGURUS BESAR KTMB

4. PENGURUS KANAN KTMB

5. PEKERJA EKSEKUTIF KTMB

6. PEKERJA NON EKSEKUTIF KTMB


PEMBAZIRAN 2

1. APAKAH TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH KTMB?

2. APAKAH TANGGUNGJAWAB PRESIDEN KTMB?

3. APAKAH TANGGUNGJAWAB PENGURUS BESAR?

4. APAKAH TANGGUNGJAWAB PENGURUS KANAN?

5. APAKAH TANGGUNGJAWAB PEKERJA EKSEKUTIF?

6. APAKAH TANGGUNGJAWAB PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF?


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 Januari 2014

Jangan bicara soal Pembaziran!

Gambar Hiasan
Majlis Tandatangani Perjanjian Bersama yang dijadualkan pada 27.1.2014 adalah seperti berikut:-

Jam 10.00 pagi Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara RUM dan KTMB.

Jangka masa yang diambil ialah 30-45min.

Selepas itu jamuan ringan yang akan disertai oleh Pengurusan KTMB, RUM dan SOA.

Jam 11.00 pagi, Majlis tandatangan Perjanjian Bersama diantara Pengurusan dan SOA.

Jumlah kehadiran keseluruhan iaitu Pengurusan KTMB, RUM dan SOA ialah seramai 49 orang.

Majlis diadakan berbeza waktu selepas RUM kemudian SOA disebabkan melibatkan proses tandatangan perlu diadakan dengan teratur serta dua buah organisasi yang berbeza.

Kos jamuan ringan ialah RM 10.00 satu kepala, dianggarkan lebih kurang RM 490.00.

Demi mengelakkan pembaziran wang KTMB, maka RUM dengan senang hati membayar kos jamuan ringan tersebut.

11 Januari 2014

Consultan tidak bertanggung jawab, Presiden KTMB terpalit. - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Add caption
Datuk Presiden KTMB, sanggup mempertahankan consultant abis-abisan, sedangkan isu ini telah setahun berlalu, sekarang isu consultant dah terpalit kepada Datuk Presiden KTMB, kerana isu consultant maka isu makin besar dan marak, isu menjadikan KTMB terus merudum oleh kedua-dua yang dipertanggungjawabkan iaitu consultant dan Datuk Presiden KTMB.

Datuk Presiden KTMB agaknya berfikir, bahawa perlantikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB adalah dari consultant!

Menolak Presiden KTMB, bermakna secara tidak langsung consultant itu disingkirkan.

RUM menentang sebarang usaha mana-mana pihak yang ingin menjahanamkan KTMB!

RUM akan lawan abis-abisan!

06 Januari 2014

Pembaziran - Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


Mengharap sesuatu yang digambarkan sebagai pencapaian 2013 melalui majalah tahunan, tapi hampa dan kosong!


FAILED!!



Yang boleh dinilaikan ialah satu pembaziran wang percetakan majalah tahunan.