RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label SPAD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPAD. Papar semua catatan

14 Julai 2014

BERITA TV3

Gambar Hiasan
Kelajuan Bas Ekspres 
Kemalangan Maut

Apa komen SPAD? 

SPAD hanya pandai tutup laluan keretapi, tak payah siasat, tak payah apa pun, terus buat keputusan ad hoc, ini lah kehebatan SPAD! 

SPAD MAN! bijak menutup landasan keretapi & bertambah bijak menutup cerita mengenai kemalangan Bas di lebuhraya!

TAHNIAH SPAD MAN!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 Julai 2014

Mesej ikhlas dari yang prihatin

Di bawah ini di paparkan kenyataan seseorang yang RUM hormati, kenyataan ikhlas untuk tatapan umum.

Tkasih byk2 pada penulis komen ini, bagi pihak warga RUM kami amat hargai.

Kenyataan ini adalah mesej ke dalam inbox RUM

RUM

----------------------------------------------------------
Asalam. Bagai nak rak kata orang RUM punya protes tentang EK...saya tengok takde sepatah haram response dia atau KTMB Board dimana2 ....apakah mereka anggap ini semua bagai ribut dalam cawan kopi saje...Menteri baru pun diam, KSU pun diam. Pada mereka mungkin tiada isu besar tentang EK dan SPAD juga. Apa strategi lain agaknya, secara personal tentulah saya ingin lihat perubahan yg sangat positif dari usaha gigih RUM dan rakan2 kini. Agak kechiwa kerana berselang bulan ada sahaja derailment gerabak dimana2. Atau kerajaan sudah mangli dgn KTMB sebagai public service dan hanya minat subsidizing the service forever. Tapi billions of RM spent for double tracking...siapa operatorsnya...siapa pula yg untung dari infrastruktur itu...apa yg boleh RUM contribute....saya sendiri punya banyak persoalan sebab KTMB is close to my heart..whats the future prospect of KTMB or railservices in Malaysia, and where is the role of RUM, now and then.....regards..

Terima kasih. Mcm2 ada. Rakyat tak tahu pun isu begitu...yg publik lihat berita derailment...tiket balik raya...isu jangkapanjang tidak nampak wpon duit rakyat berbillion digunakan untuk railservices dan infra. SPAD dan MOT perlu ada rancangan dasar yg sustainable dari segi investment, services dan juga nasib pekerja KTMB. Jika keadaan berterusan begini, alamatnya KTMB akan dijual kpd investors lain yg berminat dgn asetnya. Wpon keretapi bukan sektor yg lucrative, tetapi ianya backbone kpd ekonomi sektor transportation. Baru2 ini saya ke UK dan berpeluang menggunakan railservices Glasgow ke London, saya lihat konsep multi operators digunapakai untuk semua journeys termasuk persaingan sesama mereka seperti konsep bus ekspress kita. Saya menaruh harapan KTMB boleh ditransform kpd entity yg boleh menguntungkan dimasa depan kita. Salam.

12 Julai 2014

SPAD VS DATUK PRESIDEN KTMB

Pengerusi SPAD bersama Presiden KTMB
Kedua-dua ini sepatutnya dilupuskan, ibarat kain buruk yang sudah tidak berguna lagi.

Nak simpan pun tak guna kain buruk ni, dah koyak rabak, adalah eluk dihumban kelongkang atau dihumban kelombong atau dibuat sebagai pemula untuk menghidupkan unggun api. Ini lah umpama yang paling sesuai untuk Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB dan Pengerusi SPAD. 

Kedua-dua ini akan memburukkan imej kerajaan yang memerintah di mata rakyat di negara ini, di mata RUM sudah cukup jelas seperti apa yang diumpamakan tadi.

Seorang bacul takut bertanggungjawab dan seorang (SPAD MAN) Hero seantero dunia akan menyelamatkan manusia dari kemalangan jiwa (Untuk keretapi sahaja...., Bas, Lori dll.... rekod kemalangan nyawa yang terbanyak adalah amat Selamat...)

Orang yang tak tahu bolehlah kamu perdaya, orang yang bodoh bolehlah kamu tipu, tapi kamu tak boleh tipu atau perdayakan Railwaymen Union of Malaya. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

03 Julai 2014

Kemalangan Jalanraya

foto: FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
Kebelakangan ini kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan seperti BAS dan LORI seperti menjadi - jadi, apakah ianya kecuaian manusia atau kelemahan penguatkuasaan?

Siapakah yang harus bertanggungjawab?

Di Malaysia agensi penguatkuasaan jalanraya terdapat beberapa pihak seperti Pihak Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kini terwujudnya agensi baru yang lebih berkuasa di bawah Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Persoalannya bila berlaku insiden - insiden sebegini siapakah yang perlu bertanggungjawab khususnya dari segi penguatkuasaan undang-undang, adakah dengan kewujudan SPAD berlakunya pertindihan kuasa sehingga menimbulkan kekeliruan kepada agensi penguatkuasaan yang lain.

Berdasarkan kepada kewujudan SPAD sebagai "SURUHANJAYA" maka kuasa tertinggi dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan adalah terletak kepada SPAD, justeru persoalan timbul apakah SPAD tidak berfungsi kearah matlamat penubuhan atau SPAD tidak memahami fungsi penubuhan atau mungkin agensi - agensi kekeliruan dalam menguatkuasakan undang-undang.

Kalau persoalan ini timbul, bagaimana pula keraguan dan keyakinan rakyat dalam menilai kebersanan fungsi agensi - agensi berkenaan, apakah kemungkinan akan terhakis keyakinan rakyat kepada agensi berkenaan.

Maka dilihat dari sudut sebelum kewujudan SPAD, masalah berlakunya insiden - insiden kecelakaan kurang didengari kekerapan berlakunya kemalangan, berkemungkinan agensi yang sedia ada telah menjalankan penguatkuasaan yang sungguh berkesan, kalau ini benar maka kewujudan SPAD memungkinkan kewujudan pertindihan kuasa ke atas agensi penguatkuasaan yang terwujud sebelum kewujudan SPAD.

Justeru itu kalau kebenaran ini wujud maka adakah SPAD masih relevan? kerajaan perlu menilai kewujudan SPAD kerana apa yang diperhatikan kini antara SPAD, KTMB dan MOT seolah-olah berlaku kecelaruan tugas, begitu juga dengan agensi - agensi lain seolah-olah berlaku pertindihan tugas yang mewujudkan kecelaruan bidang kuasa. 


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB



KEKEBALAN SPAD

Ybhg Tan Sri Dato Syed Hamid Albar, inikah sikap anak buah Tan Sri?

Ini namanya nak tunjuk kuasa, yang aku berkuasa boleh buat apa aku suka, aku boleh parking kat tempat orang hilang upaya, aku boleh hentikan perkhidmatan keretapi, depa nak mati kemalangan bas pun... ada aku kesah... semua depa yang bertanggungjawab bukan aku... aku dapat elaun... jalan - jalan. .. tinjau - tinjau... pakai kasut tumit tinggi kat kawasan tak selamat pun.... apa aku peduli....

Hang semua tak tau ka?

Aku SPAD lah...
RAJA SEGALA-GALANYA.... RAJA DI DARAT! 
AKU KEBAL...
SIAPA BOLEH GANGGU GUGAT AKU!

KOMEN RUM...

PHUIIIII. ... HANG NI MEMANG ANAK HARAM JADAH!!!!!. HANG TAU LAH NANTI LANGIT TINGGI KA RENDAH...

NI HERO KAMPUNG NAK MAI....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

02 Julai 2014

SPAD bersikap berat sebelah

Best laju - laju ni, jangan risau SPAD pun tak kesah... yang SPAD kesah/ macam bagus sangat/ terlampau bertanggungjawab dengan keselamatan/menjaga kepentingan rakyat. .. ops. .. Tan Sri Pengerusi SPAD bagitau itu penumpang punya tanggungjawab....

Sumber Video

So BAS & LORI boleh laju - laju. .. kihkihkih

SPAD... OH SPAD...

JADI MACAM IKAN SPAD LER...

KIHKIHKIH

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

30 Jun 2014

Pengerusi SPAD 'Cakap Tak Serupa Bikin'

Kalaulah ini orangnya yang berbicara topik keselamatan berjawatan Pengerusi SPAD, sedangkan prosedur keselamatan tidak dipatuhi, perlukan ia dihormati? 

RUM dah hilang hormat!

Kalau nak SPAD dihormati, lantik individu ada pengalaman dan faham bahasa keretapi. 

Kalau tanya RUM.

Ramai mantan expert KTMB yang sangat luas pengetahuannya, berpengalaman, berkelayakan, mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi masih ada di luar sana. 

Kalau nak bandingkan Tan Sri Syed Hamid Albar dengan mantan-mantan ini ibarat langit dengan bumi!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan Setiausaha Agung RUM.

Kenyataan Setiausaha Agung RUM. 


Komen RUM begini..

Sudah - sudahlah Tan Sri Pengerusi SPAD untuk komen,
Makin banyak kenyataan yang di keluarkan, kita orang makin menyampah.

Sekarang ni pun bila baca kenyataan Tan Sri... hati tu dah meluap - luap terbakar!

RUM sedang pertimbang untuk buat kenyataan akhbar nak belasah Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Mesej kepada Tan Sri Pengerusi SPAD

Ada sesiapa boleh sampaikan mesej di bawah ini kepada Tan Sri Pengerusi SPAD.



RUM pun nak tahu samada semua BAS Ekpress dihentikan perkhidmatan pada musim raya ini atas arahan SPAD!

KAHKAHKAH....

MAPUH MU PENGERUSI SPAD, MU KACAU KTMB, KAWE PUN NOK KACAU MU, MU NOK MAIN2 DENGE RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

29 Jun 2014

NIOSH BELASAH SPAD

1. SPAD baru setahun jagung, semua yang ada dalam SPAD nak tunjuk hero, cuba nilai balik berapa ramai kah expertise yang ada dalam SPAD yang mahir dalam bidang - bidang tertentu.

2. Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD apa dia tahu? Sekadar melancong naik tren khas, katanya regulator keselamatan, cuba tengok gambar Tan Sri Pengerusi SPAD dan Datin Sri, mana dia aspek aspek keselamatan sebagai individu yang perlu berada di atas landasan? SPAD KEBAL KE? Pandai kata pasal keselamatan tapi tanggungjawab memenuhi aspek keselamatan diabaikan.

      2.1 Kasut Keselamatan?
      2.2 Topi Keselamatan? 
      2.3 Sijil 038?

3. Selepas melancong dengan tren khas, rombongan pertama terdiri pegawai SPAD dan turut disertai Penyanyi Jemputan Khas dari KTMB(famous kawan kita tu) bertolak dari Kuala Lumpur ke Tumpat menaiki tren khas dan selamat sampai ke destinasi iaitu Tumpat, manakala dari Tumpat ke Kuala Lumpur dinaiki pula Tan Sri Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD bersama rombongan SPAD melancong menaiki tren khas ke Kuala Lumpur dan selamat sampai ke destinasi, sambil meninjau-ninjau, makan-makan dan beraksi kenangan, maknanya pergi dan balik perjalanan itu selamat! tapi bila buat kenyataan tidak selamat. (Lakukan telah terhidu)

3. Sebenarnya Tan Sri Hamid Albar Pengerusi SPAD dah termalu, sekejap cakap A, sekejap cakap B, sekejap cakap C, sekejap cakap D!..... kihkihkih itu yang RUM cakap SPAD yang diketuai Tan Sri Pengerusi SPAD dah melalut! Kalau bahasa kasar dah "buang tebiat"!

4. SPAD telah menunjukan satu kelemahan yang ketara, kebodohan terserlah, sehingga seorang kuli mampu mempertikaikan kewibawaan SPAD.

5. Sekarang NIOSH belasah SPAD!

KAHKAHKAH.... PADANG MUKA LO..... BODOH! !!!!

MALU BESAR LO!

SPAD LO FAILED!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

28 Jun 2014

LORI TANGKI BAWA BAHAN KIMIA BOCOR

RUM nak tanya adakah pengguna yang mengunakan lebuhraya utara selatan selamat lagi?

RUM nak mencadangkan pada Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar berhentikan semua lori kimia dari mengunakan lebuhraya PLUS mahupun lebuhraya persekutuan demi kepentingan rakyat yang menggunakan perkhidmatan lebuhraya, SPAD sebagai regulator keselamatan perlu bertindak segera demi memastikan pengguna yang mengunakan lebuhraya plus dan persekutuan adalah selamat.

Jangan sampai nanti dikatakan bahawa ini tanggungjawab pengguna lebuhraya.





Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Awat hang melalut....

RUM nak bgtau pada Tan Sri Dato Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, RUM hanya menangguhkan PIKET, dengan kenyataan paling bodoh ini, RUM boleh bila - bila masa mengadakan PIKET/DEMONTRASI secara aman menentang SPAD!

Kebelakangan ini nampak kenyataan kepimpinan politik mantan Menteri membuat kenyataan makin melalut! 

Kesian kat YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kenyataan Setiausaha Agung RUM yang juga adalah Ketua Penerangan UMNO BAHAGIAN TAMPIN.


Kenyataan Tan Sri Hamid Albar Pengerusi SPAD

http://alturl.com/ybi4o
SATU KENYATAAN PALING DANGKAL OLEH SEORANG PENGERUSI SPAD

SPAD SEMEMANGNYA PATUT DI BUBARKAN!

Kemalangan Bas keruntuhan Besi pembinaan LRT, keselamatan pengguna kenderaan di bawah pembinaan landasan LRT tidak selamat, kenapa jalan berkenaan tidak ditutup!

Adakah itu juga diletakan di bawah tanggungjawab pengguna?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

27 Jun 2014

Piket batal selepas SPAD tangguh tutup laluan keretapi Gua Musang-Gemas

Kesatuan Pekerja-Pekerja Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) menangguhkan piket yang sepatutnya diadakan petang ini bagi membantah penutupan landasan Gua Musang-Gemas pada 27 Jun selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menarik kembali keputusan tersebut.

Pre‎siden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan (gambar) berkata, penangguhan itu diputuskan bagi membolehkan kesatuan meneliti terlebih dahulu perkembangan mengenai pembatalan tersebut daripada SPAD sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kita bukan membatalkan piket tapi menangguhkan untuk melihat dahulu perkembangan,. Setelah itu baru kita putuskan mahu teruskan atau batal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ekoran pendirian SPAD untuk meneruskan arahan  penutupan ‎landasan Gua Musang-Gemas atas faktor keselamatan,  KPPKTMB dalam kenyataannya pada Isnin lalu menyatakan akan mengadakan piket bagi membantah keputusan SPAD itu.
Piket bantahan penutupan landasan Gua Musang-Gemas itu sepatutnya diadakan petang ini di hadapan ibu pejabat suruhanjaya tersebut.

Presiden kesatuan  itu berkata lagi, pembatalan penutupan itu dimaklumkan oleh Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad yang mengambil tanggungjawab memastikan  aspek keselamatan melalui prosedur berdasarkan Aturan Peraturan KTMB, Peraturan Operasi dan Peraturan Urusan Jalan.

"Selepas mesyuarat lembaga pengarah SPAD, pengerusi KTMB ki‎ra-kira jam 4 petang menelefon saya mengenai perkembangan itu.

"Beliau berkata SPAD bersetuju membatalkan setelah tanggungjawab diberikan kepada beliau mewakili KTMB," katanya.

Beliau pada masa yang sama menyelar Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir yang disifatkan gagal menjalankan peranannya.

Katanya, kesatuan melahirkan kekecewaan terhadap sikap lepas tangan presiden itu dimana ia terpaksa ditanggung oleh pengarah yang prihatin terhadap nasib pekerja KTMB dan rakyat Pantai Timur.

"Kita melahirkan kekecewaan amat mendalam terhadap presiden yang tidak menjalankan tanggungjawab dan peranannya.

"Meskipun kita berterima kasih kepada Datuk Nawawi namun tanggungjawab itu sepatutnya terletak di bawah presiden," katanya.

Beliau juga menyifatkan Nawawi menjadi penyelamat kepada kakitangan dan rakyat di Pantai Timur dan imej KTMB sendiri.

Antara lain beliau juga menyelar SPAD agar selepas ini lebih memahami dan melakukan analisis dalam aturan kereta api.

"SPAD kena faham prosedur operasi landasan kereta api. Ia bukan seperti jalan raya. Ada cara dan langkah.

"SPAD tidak boleh turut kononnya mengikut akta suruhanjaya itu. Bukan itu yang sepatutnya," katanya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan peruntukan RM400 juta untuk menaiktaraf laluan Gemas-Gua Musang melibatkan laluan sepanjang 322 kilometer yang menyebabkan laluan itu bakal ditutup.

Meskipun bantahan daripada kesatuan yang menyatakan tindakan penutupan bukan sahaja menjejaskan lebih 300 pekerja bahkan kepada rakyat Pantai Timur namun SPAD bertegas menutup landasan tersebut  atas faktor keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih. – 26 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

AKHBAR NST


AKHBAR METRO HARI INI


PERSOALAN ADAKAH SPAD JAGUH KESELAMATAN?

SPAD LAGI

RUM tidak menentang SPAD,
RUM cuma meragui kewibawaan SPAD.

Diantara BAS dan KERETAPI?
Mana yang lebih selamat?

Bicara kini...
Kebelakangan ini...
Berapa banyak kemalangan nyawa yang melibatkan BAS?
Terbaru BAS masuk longkang..
Apa komen SPAD?

Kita tengok pembinaan LRT
Tiang besi menghempap kereta...
Apa komen SPAD?



KALAU jaguh keselamatan?
Di mana peranan SPAD bagi mengatasi kemalangan BAS?

Kalau jaguh keselamatan?
Bagaimana tiang besi terhempap kereta ketika pembinaan LRT di kelana jaya?
Adakah keselamatan kenderaan tidak selamat lagi sekiranya bergerak dibawah pembinaan LRT, MRT atau mana-mana jejantas?
Di manakah peranan SPAD?

ATAU

Adakah SPAD nak menutup kelemahan yang ada dengan membuktikan bahawa penutupan laluan Gua Musang - Gemas sebagai pembuktian SPAD menjalankan tanggungjawab seperti termaktub dalam Akta Pengangkutan Awam Darat.

Please! Jangan ada lagi...
WAYANG TINGGI PRODUCTION!

SPAD KINI DALAM PEMANTAUAN RUM!!!!

RUM tetap berpendirian bahawa SPAD tidak menjalankan tugas dengan adil dan kepercayaan RUM kepada SPAD telah pun terhakis.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Menang!

Buat pertama kali selepas 5 penggal aku menang tanpa bertanding....

Banggakan aku?
Boleh kah aku tak pedulikan ahli-ahli?
Buat apa aku peduli?
Ada aku kesah...
Hahahaha....

Aku dah menang...
Pergi mampus lah ahli-ahli....
3 tahun lagi...
Aku tetap Presiden...

Hahahaha....

Mampus kau....

Tapi...

Adakah itu aku?
Tidak!

Aku tetap aku...
Perjuangan aku...
Tanggungjawab aku...
Amanah yang diberikan....
Semangat yang ada...
Akan aku lawan....

Biarpun ombak setinggi gunung...
Akan aku redah....

Perjuangan....
Perjuangan....

Bukan untuk diri....
Bukan untuk pangkat...

Tapi untuk ahli-ahli....

Kerana aku puas...
Aku bangga....
Aku untuk RUM....
RUM untuk aku....
Akan aku juang....
Hingga di penjara...
Akan aku juang....
Ketitisan darah yang terakhir.....

Inilah union....
Perjuangan yang tiada bernoktah...
Perjuangan turun - temurun...
Untuk warga pekerja!

Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

SURAT SPAD

Antara lain menyebut bahawa bersedia untuk berdialog dengan RUM.

Esuk RUM akan keluarkan surat menyambut cadangan CEO SPAD yang juga sahabat RUM untuk berdialog.

Tentukan masa, tempat, RUM akan menghadirkan diri.

Pastikan dialog terbuka dalam sebarang aspek!

Kita tak pernah gentar nak berdepan dengan sesiapa pun, malah sangat mengalu-alukan Ybhg Tan Sri Dato Syed Hamid Albar untuk hadir sekali.

KULI TETAPI KULI
KULI AKAN BERDEPAN DENGAN SIAPA SAHAJA... WAIMA YAB DS PERDANA MENTERI.

WE ARE UNIONIST!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB