RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 Oktober 2015

SEWA TAPAK

Ini sahaja yang mampu di buat oleh Perbadanan Aset Keretapi, hasilnya dikutip di masuk ke tabung Perbadanan Aset Keretapi.

Sedangkan kerja mudah ini pernah di buat suatu ketika dahulu oleh KTMB dan hasilnya masuk ke tabung KTMB. Hasil seperti ini boleh membantu pendapatan KTMB.

KTMB sendiri mempunyai Jabatan Hartanah mampu menguruskan Hartanah.

Kerajaan perlu mengembalikan Aset KTMB di bawah Pengurusan KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

28 Oktober 2015

GAJI LEWAT

Rungutan demi rungutan, malah ada kenyataan "NAKAL" yang dikeluarkan dalam "FACEBOOK", seolah-olah membuat provokasi untuk melaga-lagakan RUM dengan Presiden KTMB.



RUM telah jelaskan, tentang "cuci tahi", tapi pihak-pihak ini samada buat-buat tak faham atau memang tak mahu faham, sedangkan semua usaha telah dilakukan samada Presiden KTMB mahupun RUM, cuma ada kala ianya tidak perlu di "highlightkan" tapi secara umum telah pun dijelaskan melalui "Suara Rum".

Ada yang kata kalau dulu gaji tak lewat, kenapa sekarang lewat?

Taukah dulu ambil duit kat mana, pinjam ngan "multimodal" dan "jual saham MRCB" sekarang Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB nak jual apa?

Sedarkan peninggalan hutang yang banyak, operasi tren tak banyak, pantai timur lumpuh menghakibatkan kerugian lebih kurang RM 70 juta, lokomotif tak de, wagon tak de, ingat tak? tren intercity hanya melarikan 2 koc sahaja dari utara ke KL, sebenarnya banyak lagi masalah yang ada tapi cukup sekadar itu sahaja di "highlightkan".

Dalam keadaan sekarang, usaha sedang giat di jalankan untuk memperbetulkan KTMB, bukan sesuatu yang mudah, tapi sekadar lewat beberapa hari yang masih di benarkan oleh undang-undang, sepatutnya tidak menjadi isu.

RUM berharap kita selaku pekerja dapat memahami keadaan ini, KTMB perlu keluar dari kemelut ini, jangan nanti kita jadi seperti MAS, kalau kita tak bersatu padu menyokong Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB, maka tidak mustahil KTMB boleh jadi seperti MAS.

Peninggalan Mantan Presiden KTMB, Dato Elias Kadir, hari ini kita dapat rasakan peritnya, tapi kepimpinan RUM telah merasakan lebih awal, 96 di buang kerja selama tiga (3) bulan manakala Presiden RUM di buang kerja selama sembilan (9) bulan sebelum dipulihkan jawatan, selama di buang kerja kami tiada gaji, sebabnya kami sudah nampak bahawa KTMB makin merudum, "seolah-olah" ada unsur "sabotaj", andailah RUM lambat "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN", 

Entah lah... apa yang akan terjadi...

Harus di sedari bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan adalah "WARGA KTMB!", Bahasa Keretapi hanya di fahami oleh orang keretapi, dalilnya Pantai Timur telah memecahkan rekod kurang 100 hari pemulihan landasan. RUM yakin usaha-usaha keluar dari kemelut ini cukup gigih dilakukan, maka itu keyakinan perlu diberikan, pada mereka yang membuat provokasi, mengasut hentikanlah, kerana tindakan anda bukan sahaja tidak sihat sebaliknya akan menghakibatkan kerosakan kepada KTMB merugikan masa depan seluruh pekerja "BUKAN EKSEKUTIF".

"MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA"

Bersama ini RUM paparkan petikan whatsapp Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, bila saya selaku Presiden RUM melahirkan rungutan pekerja serta kenyataan provokasi mengenai gaji lewat oleh pihak tertentu. RUM harap ahli-ahli RUM memahami maksud mesej dalam whatsapp ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

27 Oktober 2015

HUBUNGAN DAN HARAPAN

Kenyataan RUM telah jelas, bahawa sebarang pertanyaan atau keraguan boleh inbox, berbahasalah, menghormatilah sesama kita, kalau ini semua tiada, maka Admin tidak teragak-agak untuk "REMOVE" malah "BLOCK".

Semalam 3 individu telah di Remove Friends, dalam masa yang sama Admin telah "accept" lebih 40 individu untuk menjadi Friends, malah lebih kurang 250 sedang menanti untuk di "accept", maka yang di "Remove" masih boleh menjadi "followed" Suara RUM dan boleh membaca di suararum.blogspot.com.

Kenyataan terbuka adalah tidak manis, ianya tidak mengambarkan pengertian "KESATUAN", justeru itu perlu berhati-hati dalam setiap komen yang dibuat.

Perlu disedari, setiap komen dibaca oleh banyak pihak, maka itu kenyataan khususnya menjejaskan imej dan hubungan baik antara RUM dan Pengurusan KTMB hendaklah dielakkan.

RUM menyedari ada pihak yang tidak senang dengan hubungan baik yang terjalin, pihak-pihak tertentu sengaja menimbulkan provokasi yang tidak sihat seolah-olah ingin melagakan hubungan yang terjalin antara RUM dan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Kita perlu menyedari selagi ianya "TIDAK BERTENTANGAN" dengan mana-mana peruntukan undang-undang maka ianya tidak boleh dianggap melakukan kesalahan.

Perlu diingat Prinsip RUM:-
"Andai kebaikan yang dilakukan oleh Pengurusan KTMB, maka RUM akan menyokong 100%, andai ianya bertentangan dengan undang-undang, jangan "SALAHKAN RUM"!.
Justeru itu, mari kita bersama-sama membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB, demi masa KTMB, demi masa depan kita sebagai pekerja, matlamat kita selaku pekerja inginkan faedah yang lebih baik akan tercapai.

Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt, semoga usaha kita selama ini untuk meningkatkan faedah yang lebih baik untuk semua pekerja "BUKAN EKSEKUTIF" tercapai malah hubungan yang baik terus kekal terjalin. In Syaa Allah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

26 Oktober 2015

SUNTIKAN KEWANGAN (GAJI LEWAT)

Sebagai Presiden RUM, saya berat nak menulis kenyataan ini secara terbuka, sebaliknya saya menjelaskan melalui inbox, sekiranya ada pertanyaan mengenai kelewatan pembayaran gaji, maka kerana terlalu ramai yang bertanya maka saya menjelaskan secara terbuka.

RUM rasa musykil kelewatan Suntikan Kewangan dari Kementerian Kewangan, difahamkan Kerajaan telah pun meluluskan sejumlah wang melalui Kementerian Kewangan berdasarkan permohonan KTMB dua (2) bulan lepas.

Sehingga hari ini Suntikan Kewangan masih belum diterima, kelewatan ini sungguh mendukacitakan.

Kini RUM seolah-olah dipersalahkan kerana gaji lewat, suka dijelaskan bahawa pembayaran gaji bukan urusan RUM, tapi urusan Pengurusan KTMB.

Semua masalah adalah kerana pengurusan yang lepas, seperti mana RUM katakan bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB kini sedang "cuci tahi" (maaf bahasa kasar).

RUM amat memahami masalah pekerja, saya dan semua pemimpin RUM pun mengharapkan gaji bulanan, kami juga merasa getirnya, namun RUM tidak lepas tangan turut membantu untuk menyegerakan Suntikan Kewangan, In Syaa Allah, RUM di maklumkan hujung bulan ini ada Suntikan Kewangan walaupun tidak seperti yang dipohon oleh KTMB.

Sejujurnya RUM mengesyaki ada permainan di atas, RUM harap (andaian) pada pihak yang berkenaan hentikan permainan tersebut (sekiranya ada), ikhlaslah membantu KTMB dan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih untuk memulihkan KTMB.

Pada ahli-ahli RUM mohon bersabar, semua perkara ini akan di atasi sedikit masa lagi, beri keyakinan dan kepercayaan kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, bukan sesuatu yang mudah untuk memperbetulkan keadaan.

In Syaa Allah, RUM yakin semua ini akan selesai, RUM akan terus membantu Presiden KTMB dalam menangani perkara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

MENGULANGI KENYATAAN

RUM mengalu-alukan friends baru, namun RUM akan hanya accept mereka yang ada gambar sebagai pengenalan diri, sekiranya nama samaran, pihak RUM tidak akan menerima sebagai Friends.

Suka diingatkan juga bahawa Facebook Suara RUM ini utk memberi ruang pada ahli2 utk mendapat maklumat sebarang aktiviti, perkembangan semasa, maklumat utk disampaikan kepada semua ahli2 RUM.

Sebarang komen hendaklah menulis dgn ayat2 yang sopan, tertib serta berbudaya, pihak admin RUM berhak utk "delete" mana2 kenyataan yang berunsur tidak sihat, pihak admin RUM juga berhak utk "remove friend" atau "block friend" tanpa sebarang notis.

Sebarang aduan atau pertanyaan melibatkan hal individu pekerja, mestilah ahli kesatuan yang berfaedah, bkn ahli kesatuan tidak akan dilayan sama sekali. Pertanyaan hanya dibenarkan melalui inbox shj, bknnya utk paparan umum. Sila kemukakan butiran peribadi nama penuh, no perkhidmatan, no keahlian, markas dan jawatan utk pengesahan ahli. Semua maklumat adalah Rahsia.

Sebelum mengemukakan pertanyaan, sila semak kenyataan dlm wall Suara Rum, samada persoalan yg sebenar telah dijawab dalam wall sebelum ini.

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai individu ahli hendaklah dikirimkan melalui inbox dan bukannya diwall Suara Rum, Insya Allah, pihak admin RUM akan cuba menjawab setiap persoalan, sekiranya aduan itu melibatkan cwgn, sila rujuk kpd pegawai cawangan sdr/i, dikuatiri ianya masih dalam proses perbincangan diperingkat cwgn.

Suka jua diingatkan bahawa sebagai pekerja sdr tertakluk dgn Perjanjian Bersama, sebagai Ahli sdr tertakluk dgn PERATURAN Kesatuan, sebagai Rakyat sdr tertakluk dgn undang2 negara, maka hati2 dalam membuat sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengakibatkan sdr diambil tindakan. 

Sehubungan dgn itu sebarang kenyataan yg bertentangan dgn mana2 perkara yg melibatkan undang2 adalah tanggungjawab individu yg mana berkenaan, pihak admin RUM tidak akan sesekali bertanggungjawab dgn perkara yg bertentangan dgn undang2 yg dilakukan individu dalam mana2 kenyataan atau komen dalam FB Suara Rum.

Kenyataan-kenyataan RUM juga boleh dibaca melalui :-


Sekian, terima kasih.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

TAHNIAH

Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB (RUM) merakamkan ucapan "TAHNIAH" atas perlantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pemgerusi Lembaga Pengarah KTMB.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

MAJIKAN TERBAIK (5 "Akhir") TUNTUTAN RUM GAJI MINIMA RM 1500.00

Seperti kenyataan yang lepas, KTMB ketika diswastakan pada 1.8.1992 mendapat faedah sebanyak 10% + 2 mata gaji lebih baik dari "PENJAWAT AWAM" berdasarkan "take home pay".

Tapi kini "PEKERJA KTMB" ketinggalan di belakang penjawat awam, pekerja tetap terus bekerja, untuk mencari sesuap nasi, walaupun pada dasarnya pendapatan yang diterima ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Di akui benar, KTMB berada di ambang nazak ketika pemerintahan Datuk Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB, KTMB terumbang ambing, 27 pucuk surat kesatuan menjadi dalil kelemahan pengurusan, menutup kelemahan dengan membuang kepimpinan kesatuan. 

Pekerja Bukan Eksekutif yang RUM wakili dan perjuangkan dengan mesej Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja, semata-mata untuk memulihkan KTMB agar imbuhan yang munasabah atau kadar pasaran bagi mengimbangi kos sara hidup yang meningkat.

Pekerja Bukan Eksekutif tidak boleh dipersalahkan, mereka telah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah diamanahkan, jangan hanya kesilapan pengurusan terdahulu, pekerja terus jadi mangsa.

Hari ini, perubahan demi perubahan telah berlaku, di bawah pemerintahan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, kita dapat melihat kerancakkan perkhidmatan keretapi, usaha sedang giat dijalankan, Plan Transformasi 2015-2025 sebagai dalil untuk mencapai matlamat KTMB maju di arena pengangkutan.

Peninggalan hutang yang banyak di bawah pentadbiran Mantan, akan dapat di atasi sekiranya semua berjalan dengan lancar, malah di luar jangkaan andai setiap perancangan yang dilakukan di laksanakan mampu mencatatkan sedikit keuntungan (buat permulaan pada tahun 2016), ini semua akan tercapai dengan kerjasama semua pihak khususnya Kementerian Kewangan.

Maka itu RUM dengan tegas "PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF" tidak boleh di persalahkan mereka layak mendapat "Gaji Minima dan Pelarasan Gaji" seperti mana di dalam tuntutan Perjanjian Bersama ke 8.

Harapan kami "Pekerja Bukan Eksekutif" agar semua pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan yang termaktub dalam Draf Perjanjian Bersama 1.1.2016 - 31.12.2018.

RUM juga akan menghantar Memorandum kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memohon mempertimbangkan permohonan RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

25 Oktober 2015

KTMB VS MAJIKAN TERBAIK (4) TUNTUTAN RUM (CA 8)

KTMB adalah sebuah Syarikat yang telah didaftarkan  di bawah Akta Syarikat manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB sebagai "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL" yang diiktiraf, maksudnya tiada lain pihak yang boleh mewakili "pekerja bukan eksekutif" selain dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).

Sebagai Kesatuan Sekerja yang mewakili "bukan eksekutif" sudah pasti akan menyuarakan kepentingan pekerja bukan eksekutif bagi memastikan faedah kepada pekerja ditambahbaik khususnya kadar upah.

Kita juga menyedari bahawa "TAUKEY" KTMB adalah Kementerian "Kewangan Di Perbadankan" maka "TAUKEY" KTMB merangkap "KERAJAAN YANG MEMERINTAH".

Makanya "KERAJAAN MEMERINTAH" telah membuktikan bahawa mereka adalah "MAJIKAN TERBAIK" dengan menganugerahkan "PENJAWAT AWAM" dengan "GAJI MINIMA" RM 1200.00.
"MAJIKAN" atau sama maksud "TAUKEY" secara nyatanya "PEKERJA KTMB" walaupun di bawah tiket "SEKTOR SWASTA", tapi "TAUKEY" nya adalah "MAJIKAN TERBAIK" iaitu "KERAJAAN YANG MEMERINTAH" atau dengan lain perkataan "TAUKEY GUNASAMA".

Justeru itu antara "PENJAWAT AWAM" dan "PEKERJA KTMB" tiada bezanya berdasarkan "MAJIKAN GUNASAMA", maka sudah pasti tuntutan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB atau nama timang-timangannya adalah RUM menuntut haknya bukan sahaja sama tapi lebih baik dari "PENJAWAT AWAM" dalilnya faedah ketika pengswastaan pada 1.8.1992 adalah lebih baik dari "PENJAWAT AWAM".

Justeru itu tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama ke 8 "GAJI MINIMA" untuk pekerja "BUKAN EKSEKUTIF" bukannya RM 1200.00 sebaliknya  sebanyak RM 150O.00 adalah munasabah berdasarkan "TAKE HOME PAY" berbanding dengan "PENJAWAT AWAM" walaupun pada dasarnya nampak tinggi tapi "PEKERJA KTMB" ketinggalan berbanding "PENJAWAT AWAM".

Maka itu diharapkan  "PENGURUSAN KTMB, PRESIDEN KTMB, LEMBAGA PENGARAH KTMB dan KEMENTERIAN KEWANGAN mempertimbangkan "GAJI MINIMA" untuk "PEKERJA KTMB" sebanyak RM 1500.00.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

24 Oktober 2015

MAJIKAN TERBAIK (3)

Gambar Hiasan
Bila sebut "MAJIKAN TERBAIK" maka dalam ertikata lain ianya merangkumi kepada penyediaan faedah-faedah kepada pekerja untuk menampung kos sara hidup. Tunggak kepada kehidupan seorang pekerja adalah bergantung kepada upah yang diterima selain dari aspek-aspek keselamatan.

Kerajaan (MAJIKAN) telah menonjolkan sifat terpuji dengan menaikkan RM 1200.00 gaji minima kepada pekerjanya (penjawat awam) maka Kerajaan juga telah menaikkan Gaji Minima Negara kepada RM 1000.00 untuk pekerja di Negara ini.

RUM amat memahami kedudukan Kerajaan juga amat memahami kedudukan pekerja maka pada Kerajaan intipatinya melihat kepada kemampuan Syarikat Swasta serta kenaikan harga barang.

Kita juga harus menerima hakikat perbezaan Kerajaan dan Majikan, maka Majikan Terbaik akan melaksanakan yang terbaik kepada pekerjanya, maka hakikat ini telah dilaksanakan sebaik mungkin oleh Kerajaan Malaysia.

Gaji Minima adalah gaji asas, yang memaksa "MAJIKAN" mematuhi pelaksanaan Gaji Minima. 

Maka ini akan menjadikan satu paksaan kepada "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan "GAJI MINIMA", dekat sinilah "KUASA KERAJAAN" melalui pindaan Akta Kerja untuk memaksa "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan "GAJI MINIMA", maka disinilah peranan Kesatuan Gabungan seperti MTUC samada dari segi perundingan secara harmoni atau melalui jalan akhir dengan mengunakan pendekatan "mendesak".

Tidak menolak bahawa kenaikan gaji boleh menimbulkan kenaikan harga barang, malah berdasarkan kepada "track record" peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang, malah "track record" KPDNKK" juga "lemah" dalam penguatkuasaan, kalau ada pun sekadar "hangat-hangat tahi ayam".

Pokok segalanya adalah kewujudan Kesatuan Sekerja, maka Kesatuan Sekerja dalam Syarikat yang mana berkenaan perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kadar upah, manakala Kesatuan Gabungan seperti MTUC perlu memainkan peranan "Pro Aktif", selain menubuhkan kesatuan sekerja dalam mana-mana Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja selain mengunakan pendekatan "mendesak" dalam melaksanakan agenda kepentingan "kaum pekerja", sekiranya ini tidak berlaku, maka semakin hari Kesatuan Sekerja akan berkurangan dan kekuatan pekerja akan lemah.

Kita menyedari bahawa pihak-pihak tertentu tidak gemar dengan Kesatuan Sekerja, malah pelbagai usaha dilakukan untuk memecahbelahkan Kesatuan Sekerja bagi menghilangkan "kekuatan, kehilangan "kekuatan" akan menghakibatkan kuasa "bargain power" akan terhapus, maka itu kesedaran dan kepentingan Kesatuan Sekerja perlu dititik beratkan khususnya Kesatuan Gabungan seperti MTUC.

Senjata utama "KESATUAN SEKERJA" ialah "KEKUATAN" maka "KEKUATAN akan terwujud dengan "KESEDARAN" seterusnya "KEBANGKITAN".

Kerajaan juga perlu mengalakkan penubuhan Kesatuan Sekerja kerana ianya secara tidak langsung boleh membantu kerajaan dalam menanggani gaji yang lebih baik melalui perundingan berasaskan Perjanjian Bersama.

Berbalik kepada "MAJIKAN TERBAIK", RUM menyeru pada "SEMUA MAJIKAN" agar menjadikan "KERAJAAN" sebagai "CONTOH MAJIKAN TERBAIK" dari segi peningkatan faedah seperti "GAJI MINIMA" sebanyak RM 1200.00. Janganlah jadi "MAJIKAN KEDEKUT" hanya memerah keringat pekerja kerana pekerjalah yang menaikan imej dan perniagaan Syarikat, dengan kata lain bahawa :-

"PEKERJA ADALAH ASET SYARIKAT"

TAHNIAH PADA KERAJAAN KERANA MENINGKATKAN GAJI MINIMA UNTUK PENJAWAT AWAM.

"TAUKEY" YANG BAIK AKAN DIHARGAI OLEH PEKERJANYA!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Gaji rendah kerana kesatuan lemah, kecil

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 4 April 2015 9:00 AM

Kebergantungan negara kepada pekerja asing yang makin meningkat menyumbang kepada pengurangan ahli persatuan pekerja yang penting kerana ia mampu meningkatkan gaji dan faedah pekerja.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu membangkitkan lagi kisah gaji rendah, dengan pakar ekonomi melihat lemahnya kuasa pekerja, kebanjiran pekerja asing dan polisi ekonomi kebangsaan sebagai punca utama.

Pakar berkata, masalah berlarutan itu disebabkan polisi perindustrian Malaysia yang bergantung kepada sektor pembuatan.

Namun ia turut berkait dengan pengurangan berterusan keahlian kesatuan disebabkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Malah, seorang pakar ekonomi dalam sebuah forum kebajikan baru-baru ini berkata, hak pekerja yang lebih baik melalui kesatuan dapat memastikan mereka mendapat gaji dan faedah yang lebih baik.

Dr Muhammed Abdul Khalid yang juga penulis Laporan Pembangunan Kemanusiaan Malaysia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MHDR) 2013 berkata, negara dengan kadar kesatuan yang tinggi cenderung memiliki pekerja yang mendapat bayaran lebih adil.

Penyokong kesatuan mendakwa produktiviti industri yang meningkat beberapa tahun lalu tidak padan dengan peningkatan gaji kerana kuasa kesatuan dinafikan dengan kebanjiran pekerja asing.
Gaji tidak seiring dengan produktiviti

Satu kertas kerja gaji minimum Malaysia CIMB 2012 yang memetik kajian Bank Dunia menyatakan, produktiviti Malaysia meningkat ke tahap 6.7% setahun sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, CIMB melaporkan gaji hanya meningkat 2.6% setiap tahun "dengan berlaku penindasan kepada pekerja bergaji rendah dan pasaran buruh yang tidak efisyen".

Ahli veteran kesatuan perdagangan, N Gopal Krishnam (gambar, kanan) berkata trend peningkatan gaji paling rendah ini dibandingkan dengan produktiviti selari dengan penurunan ahli kesatuan.
Pada 1992, 11.4% pekerja menyertai kesatuan, menurut MHDR.

Gopal yang juga setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, jumlah itu sekarang kekal pada 7%.

Kemerosotan pengaruh kesatuan sekerja dalam merunding kenaikan gaji dan faedah daripada majikan juga selari dengan kadar lebih tinggi pekerja asing yang tiba di sini.

Gopal menganggarkan di dalam sektor pembuatan yang masih merangkumi 25% keluaran dalam negara kasar (KDNK), dengan 35% daripada pekerja adalah warga asing.

“Apabila kesatuan berunding untuk gaji lebih baik dan syarikat menolak permintaan tersebut, kita boleh memulakan tindakan industri (untuk menghentikan operasi).

“Apabila kita lakukan begitu, syarikat boleh bergantung kepada pekerja asing untuk meneruskan kerja,” kata Gopal yang juga mengetuai kesatuan pekerja industri pembuatan kenderaan angkut.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran menuduh pekerja asing sebagai kambing hitam, kerana jika mereka diberi pilihan, mereka akan menyertai kesatuan pekerja.

“Masalahnya ialah majikan akan menghantar pekerja asing itu balik ke negara asal mereka sekiranya mereka berbuat begitu. Memandangkan mereka membelanjakan minima RM10,000 untuk datang ke negara ini, mereka tidak akan mengambil risiko tersebut.”

Industri Malaysia yang bercirikan nilai rendah, kos rendah dan gaji rendah menarik pekerja negara miskin yang bekerja dengan gaji dan suasana pekerjaan yang tidak mahu diterima orang tempatan.
“Polisi industri kami adalah berdasarkan pekerja asing,” kata Profesor Adjung Fakulti Ekonomi dan Pembangunan Universiti Malaya, Tan Sri Kamal Salih.

"Perkembangan produktiviti dalam sektor pembuatan lebih tinggi daripada pertanian dan perkhidmatan, tetapi ia masih tidak diterjemahkan kepada gaji lebih tinggi.
"Perniagaan masih boleh mengekalkan gaji rendah kerana mampu bergantung kepada pekerja asing
yang murah," kata Kamal (gambar, kiri).

Pemecahan persatuan

Pekerja yang terlibat dalam kesatuan tidak semestinya lebih baik, kata Gopal, kerana syarikat sering terlepas dengan membuli atau memecat pekerja yang aktif.

Satu kes baru-baru ini adalah pemecatan pegawai kesatuan KTMB tahun lepas kerana menyertai perhimpunan menyeru peletakan jawatan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir.

Syarikat tersebut sudah pun mengembalikan jawatan kepada pemimpin kesatuan itu, kecuali presidennya, Abdul Razak Md Hassan.

Gopal berkata Razak tidak terkejut kerana beliau menolak terma dan syarat KTMB yang termasuk memohon maaf setiap hari bagi tiga bulan di Facebook atas tindakannya.

“Razak menegaskan kebimbangan keselamatan pekerja dan beliau dihukum,” kata Gopal, menjelaskan mengapa kesatuan tersebut mengadakan perhimpunan menyeru peletakan jawatan Elias.

Gopal berkata pada 2013, 18 ahli kesatuannya sendiri dipecat berasingan oleh majikan mereka atas alasan menyertai aktiviti politik.

“Apa yang mereka lakukan hanyalah memberi memorandum resolusi MTUC kepada seorang ahli politik, yang merupakan permintaan kami. Ia merupakan aktiviti persatuan yang sah, tetapi mereka dihukum.”

Sekali lagi, kerana majikan mampu menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing lebih murah dan berkesanggupan, mereka tidak tergerak mahu melayan pekerja dengan baik.

Mengembalikan kuasa perundingan

Satu cara mengubah trend ini dan menaikkan gaji adalah membenarkan pekerja, sama ada tempatan atau asing, untuk mempunyai lebih kuasa perundingan dengan majikan tentang gaji, kata Muhammed.

Ini termasuklah perlindungan lebih baik untuk rakyat asing dan tempatan yang menyertai kesatuan sekerja.

Kajian tentang kesatuan sekerja dan perkembangannya, seperti dilakukan badan pemikir Amerika Syarikat, Economic Policy Institute (EPI), menunjukkan kesatuan sekerja memberi perubahan baik kepada gaji dan faedah.

“Kajian menunjukkan yang kesatuan sekerja tidak menjejaskan kadar kecekapan ekonomi tetapi membawa gaji lebih tinggi, dan bertindak aktif untuk meningkatkan gaji pekerja yang rendah atau sederhana, berbanding mereka yang bergaji tinggi,” kata Lawrence Mishel dalam laporan Januari EPI di laman sesawangnya.

“Perundingan kolektif juga membawa kepada pendapatan syarikat disalurkan lebih kepada gaji berbanding faedah.”

Satu kajian EPI pada 2003 menunjukkan yang kesatuan pekerja meningkatkan gaji pekerja yang menyertainya dalam anggaran 20% dan meningkatkan pampasan, termasuk kedua-dua gaji dan faedah dalam kira-kira 28%.

Muhammed juga mencadangkan menukar polisi gaji minima sedia ada daripada yang ditetapkan setiap bulan kepada sistem yang ditetapkan setiap jam, seperti yang dilakukan ekonomi maju.
Polisi kini adalah RM900 setiap bulan untuk Semenanjung dan RM800 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Masalah dengan gaji bulanan ialah syarikat boleh berkata, ‘Saya akan bayar anda RM900 tetapi anda perlu bekerja 14 jam sehari’. Dengan kadar setiap jam, ia lebih adil kepada pekerja.”

Walaupun perniagaan sering berhujah yang gaji sepatutnya ditetapkan oleh kuasa pasaran, Muhammed berkata pada satu tahap, penggubal dasar perlu juga masuk campur.

“Sama seperti mengatakan yang polisi gaji minima, mesti ada kemahuan politik untuk memperbaiki pendapatan." – 4 April, 2015.

KERAJAAN (MAJIKAN TERBAIK) (2)

foto: google images
Setiap kali RUM menulis SURAT ketika menuntut "BONUS" atau "IMBUHAN" yang diumumkan oleh Kerajaan ketika pembentangan "BAJET" pada setiap tahun adalah berbunyi seperti berikut:-

"Kesatuan mengucapkan tahniah pada YAB Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia kerana mengumumkan "BONUS" kepada "Penjawat Awam", ini satu pembuktian bahawa Kerajaan selaku "MAJIKAN" kepada "Penjawat Awam" sangat prihatin kepada "Pekerjanya", satu contoh terbaik sebagai "MAJIKAN" yang menghargai jasa pekerjanya."

Secara nyata Kerajaan selaku "MAJIKAN" kepada "PENJAWAT AWAM" atau sebutan lain adalah "PEKERJA" mendapat pembelaan yang sewajarnya dengan menikmati pemberian "BONUS" atau "LAIN-LAIN FAEDAH" setiap kali pengumuman "BAJET".

Maka beruntunglah "PENJAWAT AWAM" yang menikmati faedah yang lebih baik dari "MAJIKAN" iaitu "KERAJAAN MALAYSIA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

23 Oktober 2015

PERBEZAAN PENJAWAT AWAM DENGAN PEKERJA SWASTA

foto google
Penjawat Awam "MAJIKAN" nya adalah Kerajaan ianya tertakluk dengan "PERINTAH AM"(General Order).

manakala;

Pekerja Swasta "MAJIKAN" nya adalah "EMPUNYA SYARIKAT" atau "TAUKEY" atau "PEMILIK SYARIKAT" tertakluk di bawah "AKTA KERJA"

kecuali;

Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja, pekerja tertakluk dengan "AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN" Kesatuan yang diiktiraf mempunyai "PERJANJIAN BERSAMA", PERJANJIAN BERSAMA boleh ditambah baik dari "AKTA KERJA" (Faedah minima) melalui perundingan Perjanjian Bersama, yang mana lebih baik hendaklah diguna pakai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

20 Oktober 2015

KENAIKAN TAMBANG KOMUTER

https://en.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuter
RUM akan memberi sokongan penuh sekiranya kerajaan menaikan harga tambang Komuter.

RUM juga akan pertahankan keputusan kerajaan sekiranya bersetuju menaikan tambang komuter.

Kenaikan ini sangat penting, kali terakhir kenaikan ialah pada tahun 2003 kenaikan ini penting demi "survival" KTMB, kenaikan ini sangat penting pada kami kaum pekerja KTMB khususnya "bukan exec" yang menerima gaji di bawah pasaran malah kami ketinggalan berbanding "sektor awam", berdasarkan pada 1 Ogos 1992 kami melebihi 10% + 2 kenaikan gaji tahunan berbanding "kakitangan awam".

Ini ketegasan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

19 Oktober 2015

OUTSORCE (KEPERCAYAAN)

Tuan Haji Sarbini Tijan kini Presiden KTMB malah seorang "WARGA KTMB" maka pihak yang bertanggungjawab mengenai KTMB perlu memberikan kepercayaan kepada Presiden KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB.

Perubahan demi perubahan samada telah atau sedang kini giat dilakukan oleh Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan sokongan dari YB Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Semua Lembaga Pengarah KTMB serta SOA yang mewakili kumpulan eksekutif, RUM yang mewakili kumpulan non Eksekutif atau dengan kata lain, semua Warga KTMB bersama-sama berusaha untuk memulihkan KTMB.

Plan Transformasi 2015-2025 adalah perancangan tempoh 10 tahun untuk membawa KTMB ke era kecemerlangan, maka sepatutnya ianya di beri sokongan oleh pihak yang bertanggungjawab agar Plan Transfomasi ini dapat direalisasikan.

Maka itu kewajaran idea "sekiranya benar" cetusan Perbadanan Aset Keretapi yang ibarat "KERA DAPAT BUNGA" tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya dengan mengunakan aset keretapi seperti tanah yang ada untuk menjana sumber pendapatan bagi membantu KTMB dalam merealisasikan hala tuju KTMB. Perlu disedari membantu KTMB secara langsung membantu Rakyat dalam mendapatkan pengangkutan selesa dan selamat.

Dukacitanya Perbadanan Aset Keretapi gagal melakukan sebaliknya cuba "MENANGGUK DI AIR KERUH" dengan mengambil kesempatan atas kesusahan untuk keuntungan sendiri.

Justeru itu Perbadanan Aset Keretapi dibubarkan dan dikembalikan kepada KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Kenyatan akhbar Majlis rangkaian kesatuan sekerja antarabangsa malaysia




OUTSORCE

Gambar Hiasan/google
RUM dari dulu berpendirian bahawa "OUTSORCE" tidak akan di terima oleh RUM, pasti bantahan akan di buat.

Seperti ETS, RUM memperjuangkan ETS hendaklah di kendalikan oleh KTMB, Alhamdulillah, RUM berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB.

Apa yang RUM dengar, kemungkinan Perbadanan Aset Keretapi dalam perancangan untuk "mengoutsourcekan" ETS, SCS atau keretapi baru yang dimiliki oleh KTMB, maka baki Keretapi Lama dikendalikan oleh KTMB.

Antara lain, ETS dan SCS diserahkan kepada mana-mana Syarikat yang berminat dengan harga tambang ditentukan oleh Syarikat berkenaan, pihak Syarikat berkenaan sebagai "operator", akan membayar sejumlah wang kepada Perbadanan Aset Keretapi sebagai kos sewa.

"Sekiranya benar", idea ini wujud, maka ianya sangat mendukacitakan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kalau kebenaran meletakkan harga kepada Syarikat berkenaan, kenapa tidak di berikan kuasa mutlak untuk meletakkan harga tambang bagi KTMB sebagai sebuah Syarikat untuk menjalankan operasi? 

Dimana pula faedah kepada Rakyat di bawah istilah Pengangkutan Awam dengan kadar tambang yang rendah?

RUM INGIN MENEKANKAN...

Perbadanan Aset Keretapi yang wujud kini, pada Kesatuan tidak memberi sebarang faedah kepada KTMB, Rakyat mahupun Negara.

Sewajarnya Perbadanan Aset Keretapi di bubarkan, melalui Sidang Parlimen yang bermula hari ini, 
adalah diharapkan perkara ini dibangkitkan serta dicadangkan Perbadanan Aset Keretapi di bubarkan dan dikembalikan haknya kepada KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

18 Oktober 2015

MESEJ TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK WARGA KTMB

Gambar Hiasan/google
Kajian Kes Nokia : Sesuatu Yang Perlu Difikirkan:

Semasa sidang akhbar pengumuman pembelian NOKIA oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata "kami tidak membuat apa2 kesilapan, tetapi kami kalah". Setelah berucap, kesemua barisan pengurusan termasuk beliau menitiskan air mata.

Nokia adalah syarikay yang disegani. Mereka tidak melakukan apa2 kesilapan tetapi dunia telah berubah dengan begitu cepat. Pesaing mereka terlalu hebat.

Mereka telah terlepas peluang untuk belajar, mereka terlepas peluang untuk berubah maka mereka terlepaslah peluang untuk berkembang. Mereka bukan hanya terlepas peluang untuk mengaut keuntungan besar malah juga tidak dapat terus bertahan.

Mesej yang terdapat salam cerita ini, jika kita tidak berubah, anda akan terkeluar dari persaingan.
Tidak salah jika anda tidak mahu belajar perkara baru. Walau bagaimanapun jika pemikiran dan mindset tidak dapat mengikut peredaran zaman, anda akan kalah.

Kesimpulan:

1. Kelebihan yang anda miliki semalam akan diganti oleh trend esok hari. Anda tidak perlu lakukan apa2 kesilapan tetapi jika pesaing anda melakukan benda yang BETUL anda akan ketinggalan dan gagal.

2. Perubahan dan memperbaiki diri adalah memberi peluang pada diri sendiri. Dipaksa untuk berubah adalah tindakan yang TIDAK betul.
Sesiapa yang tidak mahu belajar dan berubah pasti akan satu hari tidak relevan dan gagal dalam hidup. Mereka akan belajar dari jalan yang susah dan sukar.
________________________________________________

Untuk renungan dan iktibar semua sahabat2 dlm Ktmb agar BERFIKIR dan BERTINDAK dengan WARAS untuk sentiasa sama2 CEPAT berubah MENDAHULUI PESAING bagi memastikan kehadiran KITA n Ktmb RELEVENT dan LESTARI serta BERMAKNA kepada PELANGGAN.👍😃
TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN
PRESIDEN KTMB

17 Oktober 2015

KOMEN TUAN HAJI SARBINI TIJAN PRESIDEN KTMB MELALUI TOPIK TAMBANG MONORAIL & LRT NAIK KTMB? (8 Oktober 2015)

Di bawah ini komen beliau diangkat sebagai topik untuk tatapan semua pembaca Suara Rum.
_____________________________________

Kos pengeluaran sesuatu unit perkhidmatan atau barangan banyak bergantung kepada kos2 imput seperti bahan mentah/spare part, tenaga letrik/minyak, gaji/elaun, cara/keadah/metodologi menyediakan, jentera/automasi/mekenisasi, dasar2 kerajaan/pemerintah, cukai/insentif/pengecualian, budaya/ugama dan faktor2 alam. Ringkasnya kos terbahagi kepada 2 iaitu kos berubah dan kos tetap. Harga ditetapkan setelah mengambil kira kos berubah + kos tetap+ cukai+ untung. Kebiasaannya orang menggunakan iatilah kos ++. Jika kerajaan/pemerintah/pihak berkuasa menetapkan/mengawal harga maka mereka sering menetapkan harga berdasarkan andaian kos berubah + untung + cukai. Dalam kontek pengangkutan keretapi keadah ini tidak dipraktikkan menyebabkan harga ditetapkan pada tahap terlalu rendah hingga tidak dapat menampong kos berubah. Itu yang menyebabkan operator keretapi terutamanya Ktmb tidak dapat menampong kos operasi selama ini.
Walau pun akhir2 ini kerajaan membiayai kos pembinaan landasan berkembar, pemulihan landasan, baikpulih stokereta, perolehan stokereta yg baru TETAPI mereka masih membebankan operator keretapi seperti Ktmb menyelenggara P.way(landasan, jambatan, terowong, jejatas dll), persemboyanan, komunikasi, eletrifikasi, stesen keretapi, kabin persemboyanan, bilik kawalan operasi tren. Ini tidak berlaku dalam moda pengangkutan yang lain seperti kapal terbang, kapal laut, bas, lori, kereta sewa dan teksi. Sewajarnya operator keretapi seperti Ktmb cuma dikenakan kadar bayaran berdasarkan penggunaan seperti Ton kilometer untuk kargo atau pax per kilometer untuk penumpang. Ini baru adil sebab pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur keretapi perlu diurus dan dibiayai oleh pemerintah/kerajaan seperti moda2 pengangkutan yang lain dengan menggunaakan wang rakyat sebagai pembayar cukai.
Kos tenaga letrik dan minuak bahan api untuk pengangkutan awam keretapi sangat mahal berbanding dinegara2 maju.
Tarif letrik untuk keretapi adalah mengikut kadar perdagangan E3 yang sepatutnya hanya dikenakan mengikut kadar kemudahan awam seperti dinegara2 maju di eropah. Alasan harga dipasaran dunia mahal sudah tidak relevan sebab sekarang harga minyak sudah jatuh melebihi 50% dan dibawah US 50 setong dan Malaysia adalah negara pengeluar dan pengeksport minyak!. Sekarang syarikat minyak kata nilai ringgit jatuh pulak sebagai alasan TETAPI dalam masa yang sama pemerintah kata asas2 ekonomi kita teguh dan kejatuhan nilai mata wang adalah sementara. Faktanya ada dan boleh pakai tetapi kenapa tarif letrik tidak turun sama. Dulu masa harga minyak mahal mereka eksport minyak keluaran negara dengan alasan kualiti minyak keluaran tempatan bermutu tinggi dan import minyak luar yang rendah kualitinya untuk kegunaan dalan negara. Bila harga minyak dunia jatuh mereka tukar stratigi jual minyak keluaran tempatan dalam negera untuk selamatkan petronas dan lain2 supaya rakyat lebih petrotik.
Melihat senerio dalam dan luar negara, saya menyarankan supaya kita sentiasa bemuasabah, berazam, bertindak waras untuk terus berubah mengikut atau mendahului peredaran waktu untuk lebih inovatif, creative, positif dan produktif serta beristiqamah dengannya dalam program mentransformasi diri, kumpulan, Ktmb supaya kita semua dapat berjaya samaw mengharungi segala cabaran demi membela maruah kita dalam Ktmb sebagai anggota organisasi terulung dalam industri perkeretapian dinegara ini dan dirantau pasaran bebas ASEAN, insaallah.

TUAN HAJI SARBINI TIJAN
PRESIDEN KTMB

16 Oktober 2015

KENAIKAN TOL

Gambar carian google
Kenaikan tol yang diumumkan baru-baru ini adalah sangat tinggi, kenaikan yang tinggi ini tidak munasabah.

Rata-rata rakyat khususnya pekerja yang nemiliki kenderaan seperti kereta sebagai "keperluan dan kemudahan" bukannya kemewahan.

Harga kenderaan, pinjaman pembeliaan kenderaan tidak seperti dulu, keistimewaan pinjaman melalui pinjaman pembeliaan kenderaan sehingga 10 tahun, malah deposit kebanyakkan tiada, maka peluang pembeliaan kenderaan sebagai "keperluan dan kemudahan" terbuka luas, tidak seperti dulu, pinjaman kenderaan hanya 5 tahun dengan deposit sekurang2nya 10%, maka keistimewaan yang diwujudkan ini ditafsirkan sebagai "keperluan dan kemudahan".

Kenaikan tol yang sangat tinggi ini, satu tamparan kepada pekerja berpendatan rendah, benar! jalan pilihan tanpa tol ada, maka alasan akan diberikan:-

"kalau tak nak bayar tol, guna jalan yang tiada tol"

Maka adakah jalan yang ada tol hanya untuk mereka yang berkemampuan?

Kerajaan perlu melihat dasar "keperluan dan kemudahan"!

Apakah sistem pengangkutan kita telah menjadi yang terbaik? Sehingga tol boleh dinaikkan?

Lihat pekerja swasta mahupun penjawat awam yang bergaji rendah, janganlah katakan:-

"kalau tak mampu, buat apa gunakan kereta, gunalah motorsikal!"

Persoalannya kenapa kerajaan tidak memastikan keperluan rakyat khususnya berpendapatan rendah dengan memperkukuhkan "pengangkutan awam".

Justeru itu, kerajaan perlu memikirkan kepentingan rakyat yang berpendapatan rendah yang bergantung kepada "keperluan dan kemudahan".

Kesejahteraan rakyat khususnya berpendapatan rendah perlu diutamakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

15 Oktober 2015

HUBUNGAN BAIK SOA & RUM

Buat pertama kali RUM dan SOA berganding bahu dalam menjalinkan hubungan yang baik demi kepentingan KTMB.

Sebelum ini hubungan baik tapi jauh disebabkan pemimpin SOA terdahulu terlupa bahawa SOA walaupun atas nama Persatuan Pegawai-pegawai Kanan KTMB tapi sebenarnya di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja maka peranan yang perlu di mainkan adalah sebagai Kesatuan Sekerja bukannya sebagai Persatuan.

RUM ucapkan tahniah pada Dr Ibrahim, Presiden SOA yang membawa hala tuju SOA berperanan sebagai Kesatuan Sekerja.

Kedua-dua pihak RUM dan SOA akan berganding bahu demi memastikan KTMB berada dilandasan yang betul disamping bersama membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB untuk memulih dan memajukan KTMB.

Hubungan ini akan menjadikan penyatuan kumpulan Eksekutif melalui SOA dan Bukan Eksekutif melalui RUM untuk memartabatkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

09 Oktober 2015

MISI RUM

Bila RUM mengambil pendekatan berjuang untuk kepentingan ahli sehingga mengadakan Piket dan dibuang kerja beramai-ramai, maka segelintir yang tidak faham menyalahkan RUM kerana asyik bergaduh dengan pengurusan.

Bila RUM mengambil pendekatan menyokong kepimpinan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB berdasarkan telah berjaya melarikan tren dipantai timur sehingga pekerja tidak ditukarkan, larian tren sebelah utara, tengah dan selatan telah bertambah dan perancangan Transformasi 2015 - 2025, satu usaha yang mendokong "SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATKAT PEKERJA, segelintir mereka pula mengatakan RUM tunduk dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Aiyaaaaa....

RUM tetap berpendirian...

MISI RUM...

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

Maka sokongan dan dokongan kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sangat diperlukan, kerana RUM sedar bukan mudah untuk "mencuci tahi".

Adalah diharapkan semua pekerja dan pengurusan KTMB mendokong dan bersama dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

08 Oktober 2015

TAMBANG MONORAIL & LRT NAIK KTMB?

Tambang LRT n Monorail nak naik, tambang komuter bila lagi, dah lah tambang LRT n Monorail sememang tinggi berdasarkan perkm berbanding KTMB, sedangkan KTMB terus tertinggal.


Suntikan kewangan dari kerajaan pun sangat perlahan.

Sedarkah, KTMB berhempas pulas kerana sumber kewangan yang lemah, bayar gaji pun lewat, pekerja dah mula merungut, gaji pasaran tuntutan kesatuan akan meleset.

Tuan Haji Sarbini Tijan telah berusaha gigih menunjukan komitment yang tinggi, Dato Ir Nawawi Ahmad dan Lembaga Pengarah KTMB telah berusaha gigih untuk memajukan KTMB dalilnya larian tren telah diperbanyakan, Plan Transformasi 2015 - 2025 telah menunjukan satu hala tuju yang cemerlang, tapi semua ini tidak akan berjaya kalau peruntukan dari kerajaan perlahan, tambang tiket komuter dan kargo masih ditahap rendah jauh di bawah pasaran, pekerja yang bertungkus lumus bersama pengurusan tidak akan kemana sebaliknya hanya menerima gaji di bawah pasaran.

RUM mengesa pihak Kerajaan segera meningkatkan harga tambang, menyuntik sumber kewangan atau perbezaan tambang sekarang dengan kos pasaran digantikan oleh kerajaan.

Kerana KTMB perlu sumber kewangan untuk terus memperbaiki perkhidmatan keretapi yang baik serta memberi keselesaan kepada pengguna.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

05 Oktober 2015

PERTEMUAN DENGAN AHLI DI BENGKEL BATU GAJAH

Atas permintaan ahli-ahli RUM Cawangan Ipoh, saya menghadiri pertemuan dengan ahli-ahli di Batu Gajah . Pertemuan yang tidak dirancang bila mana ahli-ahli dapat tahu saya akan berada di MYRA sempena taklimat Transfomasi KTMB.



Terima kasih pada semua yang hadir, bagi Pihak Ibu Pejabat RUM kami amat hargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

PRESENTATION TRANSFOMATION KTMB

Hari ini Pegawai Utama RUM di jemput menghadiri Presentation Transformation KTMB 2015 - 2025

Turut hadir MOT, EPU, PEMANDU, SPAD dll.

KOMEN RUM

Satu perancangan atau plan transformasi atau hala tuju KTMB yang sangat baik.

RUM mengalu-alukan Transformasi kearah kemajuan KTMB, kebaikan kepada perancangan ini, adalah jalan terbaik menyelamatkan KTMB malah mampu menghasilkan pendapatan kepada KTMB.

RUM berharap semua pihak khususnya MOF, MOT dapat membantu dan memberi perhatian serius demi kepentingan KTMB, kerana kebaikannya pasti akan dinikmati oleh rakyat khususnya kami selaku pekerja yang memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Mudah-mudahan Plan Transformasi ini menjadi kenyataan, marilah kita selaku pekerja KTMB bersama dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB berganding bahu menjayakan Plan 

Transformasi KTMB 2015-2025.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

02 Oktober 2015

Kiriman Draft Perjanjian Bersama

Semua yang telah memberi email.. akan saya kirimkan draf perjanjian bersama sedikit masa lagi... oleh kerana ramai yang meminta... maka saya akan kirimkan bila saya kelapangan. In Syaa Allah.

Pada Pengerusi / Setiausaha / Majlis Exco akan dapat senaskhah Draf Perjanjian Bersama yang akan dikirimkan oleh Setiausaha Agung, Draf boleh di photostat untuk di tunjukan pada AJK Cawangan atau ditampal pada papan kenyataan, seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco ianya hendaklah dicatat "UNTUK AHLI-AHLI RUM SAHAJA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Draf Perjanjian Bersama ke 8 Untuk ahli-ahli RUM sahaja.

Buat pertama kali RUM mengedarkan draf Perjanjian Bersama secara "soft copy" melalui email pada semua ahli-ahli RUM. Keterbukaan ini untuk memberi peluang semua ahli-ahli mengetahui bahawa setiap tuntutan dari RUM adalah melalui Perjanjian Bersama. Setakat ini sambutan permintaan ahli yang inginkan "soft copy draf" sungguh mengalakkan, maka saya buka lagi pada semua yang inginkan draf Perjanjian Bersama ke 8.

Justeru itu ahli-ahli RUM yang ingin sesalinan (soft copy) "Draf Perjanjian Bersama" boleh PM (inbox) Suara Rum dengan memberi nama penuh, no perkhidmatan, jawatan serta depoh untuk pengesahan keahlian dan sertakan email untuk saya kirimkan kepada ahli-ahli yang berkeinginan Draf Perjanjian Bersama, In Syaa Allah, saya akan kirimkan draf berkenaan melalui email.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PERJANJIAN BERSAMA KE 8 1 JANUARI 2016 - 31 DISEMBER 2018

Hari ini 1 Oktober 2015, seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Bersama (CA), pihak kesatuan boleh menghantar draf seawal 1 Oktober 2015.

"TRACK RECORD"

Alhamdulillah, track rekord RUM semenjak CA yang pertama tidak pernah melepasi tarikh yang dibenarkan. Pihak kesatuan melalui Setiausaha Agungnya telah pun menghantar CA kepada Pengurus Besar Sumber Insan dan Pembangunan Organisasi sebentar tadi.

PROSES MENGIKUT AKTA

Berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), pihak pengurusan hendaklah menjawab pelawaan kesatuan secara bertulis dalam masa empat belas (14) hari penerimaan draf cadangan. Dalam masa tiga puluh hari (30) selepas menjawab surat pelawaan kesatuan maka pihak pengurusan hendaklah mengadakan rundingan kolektif.

PROSES PERJANJIAN BERSAMA

1. Rundingan di antara Panel Rundingan Kesatuan dan Panel Rundingan Pengurusan KTMB.

2. Rundingan mungkin beberapa kali untuk mendapatkan persetujuan bersama.

3. Persetujuan Bersama diantara Kesatuan dan Pengurusan KTMB diangkat untuk kelulusan Lembaga Pengarah KTMB

4. Kelulusan Lembaga Pengarah KTMB diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan.

HARAPAN

Mudah-mudahan cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan diterima oleh pengurusan KTMB, malah perundingan dipercepatkan, diselesaikan dengan cukup harmoni demi kepentingan kedua-dua pihak.

AHLI-AHLI RUM

Pada ahli-ahli RUM yang ingin sesalinan (soft copy) "Draf Perjanjian Bersama" boleh PM (inbox) Suara Rum dengan memberi nama penuh, no perkhidmatan, jawatan serta depoh untuk pengesahan keahlian dan sertakan email untuk saya kirimkan kepada ahli-ahli yang berkeinginan Draf Perjanjian Bersama, In Syaa Allah, saya akan kirimkan draf berkenaan melalui email.

Semoga Perjanjian Bersama yang ke 8 ini memberi peningkatan yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM, sama-sama kita doakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.