02 Oktober 2015

PERJANJIAN BERSAMA KE 8 1 JANUARI 2016 - 31 DISEMBER 2018

Hari ini 1 Oktober 2015, seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Bersama (CA), pihak kesatuan boleh menghantar draf seawal 1 Oktober 2015.

"TRACK RECORD"

Alhamdulillah, track rekord RUM semenjak CA yang pertama tidak pernah melepasi tarikh yang dibenarkan. Pihak kesatuan melalui Setiausaha Agungnya telah pun menghantar CA kepada Pengurus Besar Sumber Insan dan Pembangunan Organisasi sebentar tadi.

PROSES MENGIKUT AKTA

Berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), pihak pengurusan hendaklah menjawab pelawaan kesatuan secara bertulis dalam masa empat belas (14) hari penerimaan draf cadangan. Dalam masa tiga puluh hari (30) selepas menjawab surat pelawaan kesatuan maka pihak pengurusan hendaklah mengadakan rundingan kolektif.

PROSES PERJANJIAN BERSAMA

1. Rundingan di antara Panel Rundingan Kesatuan dan Panel Rundingan Pengurusan KTMB.

2. Rundingan mungkin beberapa kali untuk mendapatkan persetujuan bersama.

3. Persetujuan Bersama diantara Kesatuan dan Pengurusan KTMB diangkat untuk kelulusan Lembaga Pengarah KTMB

4. Kelulusan Lembaga Pengarah KTMB diangkat untuk kelulusan Kementerian Kewangan.

HARAPAN

Mudah-mudahan cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan diterima oleh pengurusan KTMB, malah perundingan dipercepatkan, diselesaikan dengan cukup harmoni demi kepentingan kedua-dua pihak.

AHLI-AHLI RUM

Pada ahli-ahli RUM yang ingin sesalinan (soft copy) "Draf Perjanjian Bersama" boleh PM (inbox) Suara Rum dengan memberi nama penuh, no perkhidmatan, jawatan serta depoh untuk pengesahan keahlian dan sertakan email untuk saya kirimkan kepada ahli-ahli yang berkeinginan Draf Perjanjian Bersama, In Syaa Allah, saya akan kirimkan draf berkenaan melalui email.

Semoga Perjanjian Bersama yang ke 8 ini memberi peningkatan yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM, sama-sama kita doakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.