15 Oktober 2015

HUBUNGAN BAIK SOA & RUM

Buat pertama kali RUM dan SOA berganding bahu dalam menjalinkan hubungan yang baik demi kepentingan KTMB.

Sebelum ini hubungan baik tapi jauh disebabkan pemimpin SOA terdahulu terlupa bahawa SOA walaupun atas nama Persatuan Pegawai-pegawai Kanan KTMB tapi sebenarnya di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja maka peranan yang perlu di mainkan adalah sebagai Kesatuan Sekerja bukannya sebagai Persatuan.

RUM ucapkan tahniah pada Dr Ibrahim, Presiden SOA yang membawa hala tuju SOA berperanan sebagai Kesatuan Sekerja.

Kedua-dua pihak RUM dan SOA akan berganding bahu demi memastikan KTMB berada dilandasan yang betul disamping bersama membantu Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB untuk memulih dan memajukan KTMB.

Hubungan ini akan menjadikan penyatuan kumpulan Eksekutif melalui SOA dan Bukan Eksekutif melalui RUM untuk memartabatkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • MELANCUNG Dalam keadaan KTMB kritikal.. Dalam keadaan kemelut yang begitu besar sehingga penutupan periuk nasi seorang kuli... Dalam keadaan kemelut yang begitu besar sehingga kuli dihalau keluar dari rumah kuarters... Difaha… Read More
  • KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA Maklumat yang diterima ialah saya selaku Presiden RUM akan menerima surat mengosongkan rumah kuarters sebelum 30 September 2014, maka selepas ini semua yang menerima "buang kerja tanpa notis" juga akan menerima nasib yang sa… Read More
  • PERJUANGANTentu ada onak dan duri... Perjuangan tidak pernah kenal erti kalah, apatah lagi menentang kezaliman dan penganiayaan. Perjuangan tidak mengangkat senjata... Perjuangan tidak perlu sampai mengadaikan nyawa... Perjuangan menu… Read More
  • Balas Dendam Presiden KTMB keatas peserta piket Read More
  • KEKEJAMAN PRESIDEN KTMBPRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN RUM TELAH DIARAH MENGOSONGKAN RUMAH KUARTERS! DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM DENGAN IZIN KESATUAN PEKERJA2 KTMB. … Read More