26 Oktober 2015

SUNTIKAN KEWANGAN (GAJI LEWAT)

Sebagai Presiden RUM, saya berat nak menulis kenyataan ini secara terbuka, sebaliknya saya menjelaskan melalui inbox, sekiranya ada pertanyaan mengenai kelewatan pembayaran gaji, maka kerana terlalu ramai yang bertanya maka saya menjelaskan secara terbuka.

RUM rasa musykil kelewatan Suntikan Kewangan dari Kementerian Kewangan, difahamkan Kerajaan telah pun meluluskan sejumlah wang melalui Kementerian Kewangan berdasarkan permohonan KTMB dua (2) bulan lepas.

Sehingga hari ini Suntikan Kewangan masih belum diterima, kelewatan ini sungguh mendukacitakan.

Kini RUM seolah-olah dipersalahkan kerana gaji lewat, suka dijelaskan bahawa pembayaran gaji bukan urusan RUM, tapi urusan Pengurusan KTMB.

Semua masalah adalah kerana pengurusan yang lepas, seperti mana RUM katakan bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB kini sedang "cuci tahi" (maaf bahasa kasar).

RUM amat memahami masalah pekerja, saya dan semua pemimpin RUM pun mengharapkan gaji bulanan, kami juga merasa getirnya, namun RUM tidak lepas tangan turut membantu untuk menyegerakan Suntikan Kewangan, In Syaa Allah, RUM di maklumkan hujung bulan ini ada Suntikan Kewangan walaupun tidak seperti yang dipohon oleh KTMB.

Sejujurnya RUM mengesyaki ada permainan di atas, RUM harap (andaian) pada pihak yang berkenaan hentikan permainan tersebut (sekiranya ada), ikhlaslah membantu KTMB dan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih untuk memulihkan KTMB.

Pada ahli-ahli RUM mohon bersabar, semua perkara ini akan di atasi sedikit masa lagi, beri keyakinan dan kepercayaan kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, bukan sesuatu yang mudah untuk memperbetulkan keadaan.

In Syaa Allah, RUM yakin semua ini akan selesai, RUM akan terus membantu Presiden KTMB dalam menangani perkara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB