19 Oktober 2015

OUTSORCE

Gambar Hiasan/google
RUM dari dulu berpendirian bahawa "OUTSORCE" tidak akan di terima oleh RUM, pasti bantahan akan di buat.

Seperti ETS, RUM memperjuangkan ETS hendaklah di kendalikan oleh KTMB, Alhamdulillah, RUM berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB.

Apa yang RUM dengar, kemungkinan Perbadanan Aset Keretapi dalam perancangan untuk "mengoutsourcekan" ETS, SCS atau keretapi baru yang dimiliki oleh KTMB, maka baki Keretapi Lama dikendalikan oleh KTMB.

Antara lain, ETS dan SCS diserahkan kepada mana-mana Syarikat yang berminat dengan harga tambang ditentukan oleh Syarikat berkenaan, pihak Syarikat berkenaan sebagai "operator", akan membayar sejumlah wang kepada Perbadanan Aset Keretapi sebagai kos sewa.

"Sekiranya benar", idea ini wujud, maka ianya sangat mendukacitakan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kalau kebenaran meletakkan harga kepada Syarikat berkenaan, kenapa tidak di berikan kuasa mutlak untuk meletakkan harga tambang bagi KTMB sebagai sebuah Syarikat untuk menjalankan operasi? 

Dimana pula faedah kepada Rakyat di bawah istilah Pengangkutan Awam dengan kadar tambang yang rendah?

RUM INGIN MENEKANKAN...

Perbadanan Aset Keretapi yang wujud kini, pada Kesatuan tidak memberi sebarang faedah kepada KTMB, Rakyat mahupun Negara.

Sewajarnya Perbadanan Aset Keretapi di bubarkan, melalui Sidang Parlimen yang bermula hari ini, 
adalah diharapkan perkara ini dibangkitkan serta dicadangkan Perbadanan Aset Keretapi di bubarkan dan dikembalikan haknya kepada KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • PERSOALAN ADAKAH SPAD JAGUH KESELAMATAN? SPAD LAGI RUM tidak menentang SPAD, RUM cuma meragui kewibawaan SPAD. Diantara BAS dan KERETAPI? Mana yang lebih selamat? Bicara kini... Kebelakangan ini... Berapa banyak kemalangan nyawa yang melibatkan BAS? Terbaru BAS… Read More
  • Menang! Buat pertama kali selepas 5 penggal aku menang tanpa bertanding.... Banggakan aku? Boleh kah aku tak pedulikan ahli-ahli? Buat apa aku peduli? Ada aku kesah... Hahahaha.... Aku dah menang... Pergi mampus lah ahli-ahli....… Read More
  • AKHBAR NST Read More
  • AKHBAR METRO HARI INI Read More
  • SURAT SPAD Antara lain menyebut bahawa bersedia untuk berdialog dengan RUM. Esuk RUM akan keluarkan surat menyambut cadangan CEO SPAD yang juga sahabat RUM untuk berdialog. Tentukan masa, tempat, RUM akan menghadirkan diri. Pastika… Read More