RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 Ogos 2017

PERKHIDMATAN SOSIAL/JEPUN EKSPRESS RAKYAT/TIMURAN DLL

Satu yang menarik Keretapi Jepun sanggup untuk melarikan tren biarpun hanya mempunyai satu (1) penumpang, walaupun Keretapi Jepun telah membuat keputusan untuk menutup sebuah stesen keretapi, namun oleh kerana menyedari bahawa ada satu (1) penumpang yang hendak mengunakan tren, Keretapi Jepun sanggup melarikan jajaran tren tersebut sehingga pengguna tamat belajar. Larian special tren ini adalah satu contoh bahawa kerajaan jepun prihatin dalam memberi perkhidmatan sosial demi kepentingan rakyat biarpun hanya untuk satu individu.

Di Malaysia Tren Ekspress Rakyat, Ekspress Timuran dan lain-lain Ekspress sanggup dihentikan perkhidmatannya kerana tren-tren ini tidak memberi pulangan yang baik kerana tambang yang dikenakan adalah di bawah kos operasi, setiap larian tren ini adalah merugikan, namun dari sudut perkhidmatan sosial keperluan tren-tren ini adalah dikatogerikan sebagai amat diperlukan, sedihnya perkhidmatan ini dihentikan tanpa melihat kepentingan pengguna@rakyat.

Disinilah kelemahan Kementerian Pengangkutan yang tidak efiksyen tanpa melihat kepentingan rakyat tanpa membantu KTMB untuk memastikan tren-tren Ekspress ini dilarikan semula, dimanakah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan untuk memastikan perkhidmatan sosial demi kepentingan rakyat? Mereka hanya melihat bagaimana KTMB ini boleh dikecilkan dan diagih-agihkan kepada pihak-pihak tertentu melalui perancangan RNAA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
======

The train that stops at a station everyday to pick up ONE passenger so she can get to school

Japan Railways runs a train for only one passenger since three years.

A high-school girl takes the train from Kami-Shirataki station in the northernmost island of Hokkaido, Japan and the same train drops her back from school.

She is the only passenger to travel in the train and Japan Railways has made the decision to run the train only for her.

Japan government was planning to shut the station down due to its remote location, until they noticed it being used by a school girl on everyday basis, which is why they kept the train moving until she graduates. Japan Railways even rescheduled the train according to her school timings. The girl is supposedly going to graduate this March, after which the train service will be shut down permanently.

People are saluting the Japan government for their step of keeping education as top priority and made a comment of Facebook post, which shows the CCTV footage, 'Why should I not want to die for a country like this when the government is ready to go an extra mile just for me. This is the meaning of good governance penetrating right to the grassroot level. Every citizen matters. No Child left behind!'  


28 Ogos 2017

Tolak RNAA demi kepentingan pengguna dan negara.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua sahabat/kenalan/Pengguna KTMB.

Minggu lepas seolah-olah bala@musibah yang datang, macam-macam tragedi yang tidak diingini datang sehingga menimbulkan kemarahan pengguna, dari Pengerusi Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja semua kena, RUM sendiri terpalit bila baca komen-komen rasa nak demam pun ada.

Dalam menghadapi cabaran RNAA dengan niat RUM nak pertahankan KTMB demi kebaikan semua pihak bukan sahaja ahli-ahli RUM, tapi semua yang berperanan dalam KTMB malah RUM pertahankan demi kepentingan pengguna dan negara malangnya musibah yang datang, rasa sedikit terduduk, malu dan sebagainya.

Bukan kehendak kami bila musibah itu datang dalam keadaan landasan yang uzur, tetiba kable letrik putus menjadi pergerakan tren terganggu, semua itu bukan kehendak kami, tapi apakan daya ianya berlaku, walaupun RUM bukan sebahagian dari pengurusan namun RUM terpaksa mempertahankan kerana ianya imej KTMB.

Ia benar, kita tidak boleh salahkan pengguna, teranglah beribu kali, berilah penjelasan apa pun mereka tidak akan faham, ibarat kata mereka semua mahu yang terhidang, bukan salah mereka kerana mereka membayar harga untuk sebuah perkhidmatan, ini adalah hakikat yang perlu diterima, maka apa sahaja komen yang dilemparkan harus diterima walaupun hati pedih.

Apa nak buat, bukan perkara baru, nak salahkan sapa? Andai peruntukan terhad, tambang murah, kerajaan pula tidak membantu kos perbezaan tambang yang diberi subsidi, kos penyelenggaraan yang tinggi, suntikan boleh dikatakan minima tak mampu menanggung kos perbelanjaan, peruntukan pembaikpulihan terhad, pembelian set-set tren yang tidak mencukupi, set-set apungan (spare) tidak ada, bila berlaku rawatan jadual/kerosakan kecil atau besar maka set ganti tiada, ini akan menghakibatkan gangguan perkhidmatan, lokomotif banyak yang "overdue", koc sakit payment kepada kontraktor tidak berbayar sehingga melebih RM 200 juta telah menyekat kemampuan kontraktor bergerak secara efiksyen, kontraktor pun nak bayar gaji pekerja nak beli sparepart dan sebagainya, banyak masalah yang berlaku yang menyekat atau kekangan aktiviti-aktiviti pekerjaan dan perkhidmatan KTMB, ini sedikit yang dihighlightkan sebenarnya banyak lagi.

KTMB tidak boleh bergerak sebagai identiti sebagai syarikat berorientasikan swasta, maka bila telah diswastakan pada 1.8.1992 inilah yang berlaku, inilah hasil pengswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan maka hari ini semua boleh nampak bagaimana kedudukan KTMB.

Kini hendak pula dilaksanakan RNAA, kalau sistem swasta yang dipraktiskan semenjak 1.8.92 gagal adakan RNAA idea yang terbaik? Please pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan, jangan segala perancangan yang dibuat boleh menjahanamkan KTMB, jangan terus-terusan jadikan KTMB kambing hitam, RUM bukan baru menghighlightkan masalah ini, masalah ini telah RUM perjuangkan sejak 20 tahun yang lalu, ianya bukan perkara semalam yang boleh meletakan semata-mata kesalahan pengurusan KTMB maupun pekerja.

Cabaran dalam menghadapi perjuangan ini, benar ianya tidak semudah menjentik jari, 20 tahun RUM perjuangkan kembalikan KTMB ke sektor awam, tapi tidak diendahkan, tiada mana-mana syarikat perkeretapian didunia yang beroperasi sebagai perkhidmatan sosial mampu berdikari atau mampu beroleh keuntungan tanpa bantuan sepenuhnya dari kerajaan, siapa pun yang menerajui KTMB akan pasti menemui kegagalan kecuali kerajaan membuka ruang KTMB bergerak 100% beridentiti swasta dengan skop jaminan kerajaan, maka ada kemungkinan KTMB boleh mengorak langkah yang lebih mantap.

Wahai ahli-ahli RUM dan warga KTMB teruslah bersatu, usahalah sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran ini, berilah perkhidmatan yang terbaik, kepada yang sambil lewa dan tidak ambil peduli, ubahlah sikap menjadi yang terbaik, kalau enggan tinggalkan KTMB, kerana kami tidak mahu hanya nila setitik rosak susu sebelanga.

Mudah-mudahan hari yang mendatang akan menjauhkan segala musibah yang datang, mari kita sama-sama pertahankan KERETAPI TANAH MELAYU!

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 Ogos 2017

KOMEN PENGGUNARUM MENJAWAB



RUM merakamkan ribuan terima kasih atas komen pengguna ini. RUM juga mengakui kelewatan akan menjadikan kemarahan kepada pengguna/nitezen, "customer always right".

Ada beberapa sebab menjadi tren lewat.

1. Pihak KTMB telah berusaha segigih mungkin untuk membaikpulih landasan bagi memastikan tren-tren beroperasi semula.

2. Pihak KTMB terikat dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Darat (SPAD) agar mematuhi makenisma keselamatan.

3. Dalam pembaikpulihan banyak melibatkan jabatan lain termasuk Elektrifikasi khususnya melibatkan keselamatan tren.

4. Pekerja bertungkuslumus siang dan malam untuk menyiapkan landasan.

Ramai yang menyalahkan KTMB, sebenarnya ramai yang tidak tahu landasan lembah klang telah beroperasi semenjak 1995, dari sudut jangka hayat, bebanan tren, kekerapan tren, lokasi yang tidak selamat adalah antara punca memungkinkan kegelinciran. Pihak KTMB telah berusaha untuk memastikan dari semua aspek sudut keselamatan.

Pihak KTMB juga telah lama memohon peruntukkan dari kerajaan untuk membaikpulih landasan khususnya di Lembah Klang, hanya tahun lepas sahaja diluluskan dan kini sedang "rehab" membaikpulih landasan, ianya bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa yang panjang.

Jangan samakan dengan MRT atau lain-lain perkhidmatan tren, kerana landasan MRT atau lain-lain perkhidmatan tren adalah baru, bebanan tren dan kekerapan tren tidak sama dengan KTMB, maka dari sudut perbezaan adalah ketara, begitu juga dengan kekerapan tren dari sudut masa, peruntukan pembelian set-set adalah tidak mencukupi berbanding dengan LRT STAR, LRT PUTRA maupun MRT yang peruntukan pembelian set-set ini mencukupi malah mempunyai set apungan (spare) ini tidak berlaku kepada KTMB yang mempunyai jarak kurang lebih 2800km kalau dibandingkan dengan tren-tren jarak pendek.

Kementerian Pengangkutan sendiri menyedari perkara ini, tapi tindakan Kementerian Pengangkutan yang tidak efiksyen menjadikan KTMB mangsa keadaan, soal tomahan, kejian dan kecaman terhadap KTMB yang tempiasnya terpalit kepada pekerja sudah menjadi kebiasaan, setiap kali berlaku kamilah jadi mangsa, sedangkan "PUNCA" penyebab adalah Kementerian Pengangkutan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku, cuma pihak RUM tidak berniat highlightkan, kalau dihightlightkan maka Kementerian Pengangkutan akan "MALU BESAR".

Begitu juga dengan SPAD yang kononnya penguatkuasa, tapi tidak mengkaji secara menyeluruh dan tidak memberi pendapat maupun konklusi penyelesaian sebaliknya hanya mencari salah.

Pihak pengurusan KTMB tidak akan menjawab atau memberi kenyataan sebegini kerana ia terikat dengan peraturan-peraturan tertentu, namun RUM yang kini berjuang untuk Selamatkan KTMB terpanggil menjelaskan keadaan agar pengguna/nitezen tidak menyalahkan KTMB.

Secara terus terang KTMB ibarat "ANAK TIRI" setiap perkara tercicir malah kelemahan Kementerian Pengangkutan, KTMB jadi mangsa kononnya Kementerian Pengangkutan itu betul, bagi menutup kelemahan kini Kementerian Pengangkutan mewujudkan Railway Network Access Aggrement (RNAA) kononnya idea ini untuk menjadikan KTMB lebih efiksyen malah agenda tersirat mereka kalau dikaji secara mendalam hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

Kami pekerja khususnya RUM mewakili pekerja KTMB merasa terkilan apatah lagi kami juga punyai perasaan sebagai insan, bila tomahan demi tomahan yang dilemparkan tanpa ada sebarang kajian tetapi hanya mengunakan perasaan marah, kami dikambing hitamkan, tak mengapa kami terima hakikat "customer always right", kami terima kecaman, tomahan dan hinaan ini.

In Syaa Allah segala kelemahan yang ada melalui teguran membina kami terima secara terbuka demi membetulkan kelemahan yang ada, kami juga sentiasa berusaha dan akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik, kepada pihak Kementerian Pengangkutan hentikanlah "hangky pangky" ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab malah tolonglah memenuhi kehendak KTMB sebagai "USER" bukan kehendak kamu yang pengetahuan industri perkeretapian di bawah tahap "0".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

video  

24 Ogos 2017

KOMEN PENGGUNA/PAGE KTMB

RUM membaca semua komen pengguna dalam wall FB PAGE KTMB, semuanya dalam keadaan marah-marah kerana kelewatan tren yang menyebabkan kelewatan ke tempat kerja atau mungkin menganggu urusan pengguna.

Dalam keadaan sesuatu tragedi kita tidak pernah meminta ianya berlaku, bila berlaku akan menyusahkan semua pihak malah pihak KTMB sedaya upaya berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan.

Dalam keadaan tertentu RUM akui ada beberapa kelemahan seperti yang dirungutkan iaitu kegagalan membuat pengumuman, walaupun ada pengumuman mungkin rasa tidak puas hati timbul disebabkan pengguna marah bila berlaku kelewatan tren.

RUM juga akui bahawa pengurusan KTMB tersepit bila berlaku insiden yang tidak diingini kerana tidak berani mengeluarkan kenyataan disebab beberapa halangan, justeru itu dalam keadaan tertentu maka KTMB teruk dibelasah oleh pengguna.

RUM juga tidak boleh terlampau keluar kenyataan secara terbuka, sekadar boleh mengutarakan kelembapan dan ketidak efisyennya Kementerian Pengangkutan yang menyebabkan semua ini berlaku, maka KTMB menjadi mangsa tomahan, pekerja terkena tempiasnya.

Kepada pihak pengurusan KTMB yang mana kesilapan itu, tolong perbetulkan dengan kadar segera, kepada pekerja bersabarlah memang nasib kita yang kena hentam, apa nak buat kelemahan mereka kita jadi mangsa.

RUM tetap berpendirian segala masalah yang berlaku adalah "berpunca" dari kementerian pengangkutan seperti mana kenyataan-kenyataan yang pernah RUM keluarkan, kalau pihak Kementerian Pengangkutan tidak berpuas hati dengan kenyataan ini, RUM sedia berdebat, jangan fikirkan RUM ini tidak tahu apa-apa, kau orang yang lembab, kami yang bermasalah.

Kepada pengguna tiada perkataan lain yang sesuai selain dari memohon maaf, jangan marah kami, pergi marah Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan, mereka perlu bertanggungjawab!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Ogos 2017

KENYATAAN YAB DATO SRI PERDANA MENTERI DISOKONG OLEH RUM

Menteri Pengangkutan sewenang-wenangnya menolak kepakaran pekerja tempatan yang dilaksanakan oleh KTMB sejak 130 tahun dahulu dengan keinginan melaksanakan RNAA.

Siapa dapat imej busuk? Kerajaan khususnya YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA atas idea yang diwujudkan RNAA oleh Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan dan Tim Menteri Pengangkutan.

Kedua-dua mereka ini telah mewujudkan idea yang kononnya baik tapi memberi implikasi besar kepada Pekerja/KTMB/ Rakyat dan Negara, mereka sendiri memperlekehkan usaha-usaha dan kepakaran pekerja tempatan khususnya KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KEPADA BAKAL PRESIDEN KTMB

Pihak kesatuan amat mengalu-alukan kehadiran malah menaruh harapan yang tinggi agar dapat bertemu, berkenalan serta bertukar-tukar pandangan.

Pihak kesatuan bersedia memberi kerjasama yang baik bagi mengeratkan hubungan keharmonian perusahaan, matlamat kami adalah untuk kemajuan KTMB dan impak kemajuan KTMB akan memberi pulangan yang baik kepada pekerja malah kepada rakyat dan Negara.

Semoga bakal Presiden KTMB akan berusaha segigih mungkin membawa hala tuju baru demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerjs-Pekerja KTMB.


Perbaiki diri...

Kepada

PENGURUS BESAR INTERCITY

Tolong baca komen ini, jangan duk lena diulit mimpi, orang duk complain, terlalu banyak complain, kelemahan perlu diperbetulkan dengan kadar segera, kita asyik nak salah MoT dalam masa yang sama kita tak betulkan kelemahan yang ada, mula nak angin satu badan!!!

Kepada

PENGERUSI EXCO LEMBAGA PENGARAH

Please tenguk Pengurus Besar Intercity ni, tegur-tegurlah, RUM dah banyak kali bangkit isu kelemahan Pengurus Besar Intercity tapi macam membela dia... adeiiiii..

RUM letih dan malu dengan kelemahan-kelemahan yang ada, please... please... baiki segera kelemahan.. kalau tak perform... tolong tukar... kalau tak de orang dalam KTMB, banyak lagi kat luar ada...

Penat tenguk... penat... penat!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Menteri jawablah...

RUM amat setuju YB Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh YB Serdang, jangan lepas tangan dan menyalahkan KTMB!

Segalanya "berpunca" kelembapan Kementerian Pengangkutan tak efiksyen!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Sumber disini 


MENUNJUKKAN KEBODOHAN/ RNAA

Apakah ayat "MENUNJUKKAN KEBODOHAN" ini tepat? seperti yang dipaparkan dalam topik Notis Pengosongan Depoh Ang Seng 1

Sebenarnya ianya sekadar pesepsi yang mengambarkan kebodohan tapi sebaliknya mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "MEMPERBODOHKAN", kalau ayat "memperbodohkan" ini tepat maka Menteri dan Tim Menteri adalah bijak orangnya bersesuaian dengan status mereka sebagai penyandang jawatan Menteri atau Tim Menteri.

Di olah lagi ayat "memperbodohkan" maka mereka yang yakin dengan Menteri dan Tim Menteri ini sebenarnya telah "diperbodohkan" akhirnya siapa-siapa yang percaya atau terpercaya maka yang percaya dan terpercaya ini mungkin bodoh atau memang bodoh.

Kenapa ayat "memperbodohkan" ini diutarakan? sebab ianya perlu jelas tujuan dan hasrat tersirat sehingga melaksanakan RNAA maka siapa yang yakini RNAA ini adalah perancangan RNAA ini adalah baik maka mereka telah diperbodohkan, diperbodohkan atas dasar apa? Setiap ungkapan Menteri dan Tim Menteri itu adalah kononnya betul atas dasar yang mengungkap ungkapan itu adalah seorang Menteri dan Tim Menteri.

Kenapa "memperbodohkan" itu dilihat satu "kebijaksanaan?" Pasti terwujudnya agenda "mengenyangkan perut", maka tujuan "mengenyangkan perut" mesti mempunyai rangka strategi yang kemas menyakinkan agar mudah "diperbodohkan".

Ada juga yang suka "diperbodohkan" ada juga yang suka "buat-buat bodoh", orang-orang begini sifatnya adalah dengan sengaja tapi mempunyai agenda tersendiri, contohnya sanggup diperbodohkan untuk mendapat imbuhan (kata glamour orang sekarang "dedak") kerana "kepentingan perut".

Konklusi "memperbodohkan"  adalah satu agenda tersembunyi untuk mencapai hasrat agar RNAA terlaksana, mereka-mereka ini sangat bijak asal mampu mengenyangkan perut atau mempunyai agenda peribadi tanpa memperdulikan kehendak pekerja, KTMB, rakyat maupun negara!

Cuma jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan, waima kamu seorang Menteri kamu juga tetap seorang manusia, kecuali kamu bukan manusia!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


NOTIS PENGOSONGAN DEPOH ANG SENG (1)

Sambungan..

Setelah disiasat maka mengikut maklumat yang didapati tanah Depoh Ang Seng ini di pajak oleh KTM selama tempoh enam puluh (60) tahun dan berakhir pajakannya pada tahun 2013. Masalah yang dikesan tiada usaha sambung pajakan berpunca dari RAC yang membuat keputusan tanpa perbincangan dengan KTMB sehingga menghakibatkan tanah Depoh Ang Seng tidak disambung pajakan, apa punca RAC campurtangan tanpa pengetahuan KTMB tidak dapat dikenalpasti, pihak RUM akan cuba mengesan motifnya.

Difahamkan pihak KTMB akan mengemukakan rayuan mengenai Notis yang telah disampaikan, peliknya alamat notis adalah kepada RAC? apa kena mengena dengan RAC sedangkan ianya pajakan yang dibuat oleh KTM atau mungkin berstatus aset maka tanggungjawab itu diletakkan kepada RAC?

Persoalannya tanah tersebut yang dipajak adalah untuk kegunaan KTMB dari sudut keperluan kerja, bukannya keperluan kerja RAC sehingga memerlukan campurtangan RAC, tambahan pula mengikut tafsiran pemilikan RAC hanya berstatus pemilikan tanah bergeran bukannya berstatus tanah pajakan. Persoalan selanjutnya adakah RAC mengetahui keperluan kerja industri keretapi yang melibatkan jabatan urusan jalan dan semboyan, jawapannya mudah, RAC tiada pengetahuan mengenai industri keretapi, justeru itu mengapa RAC camputangan sehingga membelakangkan KTMB sehingga gagal menyambung pajakan?

RUM berani katakan pengetahuan RAC dalam industri keretapi adalan "zero" (0) atau "nil", RAC nak cabar RUM mengenai perkara ini.. silakan..

Dengan pengeluaran "Notis" ini, ada beberapa pilihan yang perlu dilakukan.

a) Membuat rayuan untuk satu tempoh
b) Pihak KTMB terpaksa memikirkan perpindahan kerja urusan jalan dan semboyan dengan lokasi yang sesuai untuk memastikan kerja-kerja tidak terjejas.
c) Berlaku pertukaran pekerja dari Depoh Ang Seng ke suatu destinasi yang lain.
d) Pembinaan Depoh baru melibatkan kos perbelanjaan.

Empat (4) perkara ini akan pasti menyusahkan ianya bukan sahaja boleh menganggu kepentingan perkhidmatan, melibatkan pertukaran pekerja sehingga menyusahkan pekerja malah terpaksa mengeluarkan peruntukan bajet untuk membangunkan depoh baru dengan lokasi yang sesuai, implikasi lain ialah campurtangan RAC yang bakal menyulitkan perancangan kerana RAC disedari atau boleh dianggap "mat sebuk @ tunjuk pandai" tapi apa pun tiada.

Antara lain jalan penyelesaian yang ada ialah perpindahan kerja:-

a) Perpindahan kerja-kerja urusan jalan dan semboyan ke Depoh Elektrifikasi salak south, tidak mungkin berlaku kerana ruang kawasan yang sempit kecuali syarikat yang menyewa sebahagian lokasi berkenaan diarah keluar.
b) Perpindahan kerja urusan jalan ke Depoh Shah Alam, tidak pasti kedudukan lokasi mencukupi menampung ruang yang ada.
c) Perpindahan kerja semboyan ke kajang, tidak pasti kedudukan lokasi mencukupi menampung ruang yang ada.

Implikasi yang ada ialah menyusahkan pekerja dari sudut ulang alik kerja dan kuarters yang mana akan meningkatkan kos perbelanjaan pekerja.

RUM sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja memandang serius mengenai perkara ini, RUM beranggapan punca kepada masalah ini ialah campurtangan RAC sehingga menganggu fungsi keperluan kerja KTMB.

Bayangkan apabila pelaksanaan RNAA apa akan terjadi? Letih... bila orang bodoh tak tau kerja bercita-cita besar, manakala Menteri yang kononnya bijak tapi mencetuskan huru hara menjadi KTMB berjalan songsang, manakala Timbalan Menteri yang pernah kata "I ada Master of Business" telah menujukkan kebodohannya, "Master of Business" yang telah mencetuskan musnahnya KERETAPI "TANAH MELAYU".

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan baru-baru ini, Timbalan Menteri berkenaan bukan "MELAYU" dia "JAWA". RUM tak komen apa-apa.. RUM hanya tersenyum, maklum "code name" Presiden RUM ialah.. aabg_senyum... opss nama ni penah digunakan 20 tahun dahulu... hehe...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Ogos 2017

POCOP (DAH BANYAK KALI HIGHLIGHTKAN)

RUM dah banyak kali ingatkan..
Berhenti Pocop!!
Nanti kena tangkap..
Sendiri susah..
Kemudian kami pemimpin RUM pun susah..

Pocop ni sama dengan istilah... "MENCURI"
Makna siapa-siapa yang "pocop" ini adalah "PENCURI!"

Kena "buang kerja" tau..
Kalau pengurusan ni "keras sikit"..
Buat "lapuran polis"..
Ke dalam....

Awat lagu ni...
Cukup-cukuplah!!

RUM jenuh nak pertahankan pekerja...
RUM jenuh nak pertahankan KTMB..
Tapi ada segelintir manusia..
Yang masih tak sedar-sedar..
Masih buat lagi..
Lepas tu cari RUM..

Masa buat tu tak ingat!
Masa curi seringgit dua tak ingat!
Bila kena tangkap..
Cari RUM..

Oklah RUM ni lawyer...
Tapi kalau ada bukti kukuh..
RUM nak pusing kot mana?
Lepas tu apa kata..
Aku bayar yuran lah..
RUM kena tolonglah...
Adeiiiii..

Kau orang mencuri..
Kita orang pulak..
Nak subahat...
Dosa...
Kami pun tanggung sama..

Cukup-cukuplah tu...
Tak kena tangkap tak pe..
Kena tangkap macam mana?

RUM merayu pada semua..
Tolonglah hentikan benda tak berfaedah ni..
Tolong... tolong..

Malu tau.. malu...
Bukan kamu sahaja yang malu..
Kami pun malu..
Ibu bapa kamu pun malu...

Berhentilah semua gejala buruk ini!
RUM pohon...
Jangan susahkan rakan-rakan lain..
Malah "IMEJ" RUM...
Juga terjejas!

Maaflah RUM terpaksa highlight perkara ini..
Walaupun ibarat "meludah ke langit"
Demi kebaikan semua pihak..
Pahit pun terpaksa luahkan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


NOTIS PEMBERITAHUAN PENGOSONGAN DEPOH ANG SENG.

RUM dapat copy paste yang dihantar kepada RUM dari ahli-ahli-ahli RUM yang meminta RUM beri penjelasan mengenai perkara ini.

RUM sendiri terkejut dan tidak menyedari status kedudukan Tanah Depoh Ang Seng sehingga Notis ini disampaikan kepada RUM.

RUM merasa hairan bila mana Depoh Ang Seng ini yang telah terwujud sebelum KTMB diswastakan pada 1.8.92 adalah pendudukan secara "haram" ibarat "Depoh Setinggan", dimana silapnya RUM sendiri tidak pasti.

Cuma RUM boleh sedari bahawa KTM ketika sebelum swasta adalah agensi kerajaan maka kemungkinan ada "kebenaran" untuk menduduki tanah tersebut (sekadar andaian) namun bila telah diswastakan maka KTMB mungkin tidak lagi mempunyai "kebenaran", malah aset yang dimiliki oleh KTMB telah diserah pemilikan hak kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC), maka mungkin atas dasar itu maka "hak kebenaran" telah ditarik balik.

Namun menjadi juga kemuskilan RUM, KTM mempunyai aset tanah yang banyak sebelum pengswataan 1.8.92, mengapa membina depoh atas tanah bukan milik KTM? andai tanah itu milik KTM, ketika bila aset pemilikan hak bertukar tangan, RUM benar-benar keliru.

Persoalan lanjutan adakah Depoh Ang Seng yang menjalankan aktiviti-aktiviti kerja melibatkan dua (2) jabatan iaitu Jabatan Urusan Jalan dan Jabatan Semboyan adalah sebahagian dari aktiviti pekerjaan untuk perkhidmatan KTMB antara lain ialah KTMB menjalankan "perkhidmatan sosial" untuk kerajaan memerintah bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat, mengapa wujud "pecah perintah" dari sudut pemilikan tanah antara KTMB/RAC dan Persuruhjaya Tanah Persekutuan? Mesej yang sama ialah ketiga-tiga agensi adalah agensi kerajaan tapi seolah-olah ketiga-tiga agensi tidak sedar bahawa matlamat pekerjaan adalah untuk kerajaan memerintah atau untuk kepentingan negara, gambaran boleh ditafsirkan juga bahawa mereka hanya pentingkan jabatan atau agensi yang mereka wakili tanpa melihat agenda yang sebenar untuk Negara.

RUM benar-benar keliru, pelik malah lucu adakah mereka sedar atau tanpa sedar bahawa setiap pekerjaan perlu difikirkan untuk kepentingan negara atau kepentingan rakyat dan negara telah dijadikan pilihan kemudian atau terakhir.

Entahlah, makin hari makin kusut dan makin serabut bila memikirkan perancangan yang dibuat termasuk RNAA, seolah-olah mereka sudah tidak fikirkan lagi untuk kepentingan rakyat dan negara, buatlah sesuka hati biar semua hancur kononnya ini adalah idea terbaik.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


21 Ogos 2017

HELLO SPAD

RUM nak tanya KTM MALAYSIA ni kat mana? Sorry RUM tak taulah.... kalau RUM tak tau.. mustahil SPAD tak taukan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Ogos 2017

Haprak


18 Ogos 2017

RNAA - haprak busuk sebusuk2nya.

RNAA

Lagi satu kenyataan Menteri Haprak!

RUM bila-bila masa boleh berdebat dengan Menteri ini!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


https://www.nst.com.my/business/2017/08/269267/government-open-ktmb-cargo-forwarding-monopoly


RNAA - Jelas lagi nyata!

RNAA

Jelas lagi nyata!

Terbaik punya Menteri Pengangkutan... lu boleh kasi jual semua... Ini kali PRU 14.. kita orang akan pastikan lu kalah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Ogos 2017

ECRL "PERKHIDMATAN AWAM" KTMB PERBANDINGANNYA.

Foto hiasan

RUM perhati komen-komen yang mengatakan ECRL bila beroperasi kos tambangnya adalah murah berdasarkan "PERKHIDMATAN SOSIAL".

RUM amat bersetuju pengangkutan awam diistilahkan "PERKHIDMATAN SOSIAL", maka KTMB dan lain-lain perkhidmatan keretapi seperti MONORAIL, LRT STAR, PUTRA & MRT disebut "PERKHIDMATAN SOSIAL"

Perkhidmatan Sosial membawa maksud memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dengan kos tambang yang murah dan bersubsidi bagi meringankan beban tanggungan kos sara hidup dari sudut pengangkutan awam.

Dari sudut ECRL semua mengetahui kos pembuatan ECRL adalah tinggi, berkemungkinan pengunaan tren yang digunakan ialah "keretapi laju".

Ada tiga (3) perkara yang penting dari sudut perniagaan.

1. Kos Operasi
2. Titik pulang modal
3. Keuntungan

Bila difikir sudut ini maka dengan kos pembuatan yang tinggi maka harga tambang pasti tinggi yang tidak mungkin bagi sesuatu syarikat memberi diskaun sehingga merugikan syarikat, makanya yang akan menanggung kos bersubsidi itu adalah kerajaan.

Sekiranya kerajaan tidak memberi subsidi maka pasti ECRL akan mengalami kerugian, contoh yang diberi berdasarkan tambang "keretapi laju" ialah ERL dengan jarak 57 km tambangnya ialah RM 55.00.

Bolehkah tambang yang dikenakan seperti tambang KTMB yang dikatogerikan di bawah harga kos operasi? Bolehkah tambang diberikan mengikut tambang sepert MONORAIL, LRT STAR, PUTRA LRT & MRT?

Iya jawapannya pasti boleh tapi risikonya dengan kos pembuatan yang tinggi, kos operasi dan keperluan menjana keuntungan maka mampukah kerajaan menanggung kos bersubsidi? Kalau kerajaan mampu maka kita boleh beranggapan bahawa kos harga tambang adalah rendah mungkin seperti MONORAIL, LRT STAR, LRT PUTRA & MRT. Sekiranya kerajaan tidak mampu maka ada dua (2) risiko.

1. Kos tambang yang dikenakan adalah sangat tinggi yang tidak memungkinkan rakyat mampu mengunakan perkhidmatan ECRL.

2. ECRL akan mengalami kerugian.

RUM menulis ini berdasarkan pengalaman dalam KTMB yang mana semenjak tertubuhnya KTMB melalui pengswastaan pada 1.8.92,  KTMB mengalami kerugian sehingga RM 2.8B.

Kenapa rugi? Mesejnya sama iaitu "PERKHIDMATAN SOSIAL" memberi harga tambang di bawah harga "KOS OPERASI", malah kini kerajaan tidak menanggung kos bersubsidi yang diberikan kepada pengguna perkhidmatan keretapi dalilnya KTMB terpaksa dengan arahan Kementerian Kewangan agar menjual pegangan saham KTMB seperti saham 28% pegangan KTMB dalam projek YTL di Sentul malah kini beberapa proses sedang dijalankan untuk menjual saham-saham yang ada.

Kalau ini diteliti melalui perbandingan yang dibuat maka agar mustahil ECRL boleh memberi tambang yang murah kerana kerajaan sendiri tidak mampu menanggung kos bersubsidi.

Sekiranya kerajaan mampu maka hari ini KTMB tidak mempunyai masalah malah tidak akan mengalami kerugian malah tidak diambil kesempatan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan RNAA kononnya untuk menghapuskan hutang berjumlah RM 2.8B.

Kewujudan RNAA kononnya menghapuskan hutang RM 2.8B boleh dianggap satu sandiwara bila KTMB akan menyewa semua lokomotif, koc, wagon, eletrifikasi, semboyan, landasan, bangunan dan lain-lain, kos sewaan ini akan pasti tinggi berdasarkan tambahan kepada kos perkhidmatan dan penjanaan keuntungan RAC sedangkan KTMB sebagai operator tidak mampu kerana harga tambang adalah rendah berbanding kos operasi yang harga tambangnya dikawal oleh kerajaan. Dalilnya MONORAIL, LRT STAR, LRT PUTRA yang dikendalikan oleh Syarikat Swasta diawalnya diambilalih oleh Prasarana kerana Syarikat berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi dan pembinaannya.

Kementerian Pengangkutan jangan cakap berbelit-belit dengan alasan kononnya untuk menghapuskan hutang RM2.8B, persoalannya hutang PRASARANA kurang lebih RM 21B tiada isu pula!

Kesimpulannya RUM boleh beranggapan bahawa agak mustahil harga tambang ECRL boleh diberi dengan harga serendah KTMB, kalau boleh dan subsidinya ditanggung kerajaan kenapa tidak dijadikan KTMB sebagai contoh yang kerajaan menanggung kos subsidinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 Ogos 2017

Menilai Kritikan Terhadap ECRL Yang Bernilai RM 55 Bilion

COPY PASTE KOMEN

Rum copy paste komen ini diangkat ke wall RUM, dimana komen ini telah tertulis satu kenyataan dan di komen pula oleh Pengerusi RUM Cawangan Johor.

-----

Menilai Kritikan Terhadap ECRL Yang Bernilai RM 55 Bilion

Hari ini berlegar satu tulisan mendakwa pembinaan ECRL bernilai RM55 bilion sebagai sesuatu yang tidak ekonomik. Menurut Penulis tanpa nama tersebut berdasarkan statistik penggunaan ETS sekarang, kerajaan perlu kenakan caj RM 2777 untuk setiap penumpang.

1. Tulisan tersebut walaupun nampak cerdik sebenarnya sangat bangang. Jika ia benar-benar cerdik tentu beliau letak nama.

2. Membuat kiraan kos pembinaan pengangkutan awam berdasarkan pulangan hasil jualan tiket adalah kiraan tidak bertanggung jawab. Membina pengangkutan awam adalah tanggungjawab sosial dan ekonomi kerajaan.

3. Jika pendapatan ECRL tidak mencukupi untuk bayar pinjaman, kerajaan kena tampung sebab ini pengangkutan awam

4. Mana boleh kiraan bayar hutang lagi 10 tahun ambil jumlah penumpang hari ini. Kita buat projek masa depan ikut anggaran penggunaan masa depan.

5. Apa yang penulis tersebut tidak faham ECRL selain pengangkutan awam, adalah pengangkutan kargo antara pelabuhan ke pelabuhan dan pantai timur.

6. Selain itu ECRL akan jana pembangunan ekonomi baru di sepanjang lebih 22 stesen yang dibina akan mewujudkan bandar-bandar baru.

7. Dalam anggaran konservatif setiap bandar ini akan mewujudkan nilai ekonomi RM 10 juta sebulan. Justeru ada nilai ekonomi sekitar RM 220 juta sebulan dan RM 2.2 Bilion setahun. Dalam masa 10 tahun ECRL akan mewujudkan nilai ekonomi sekitar RM 220 bilion.

8. Jadi penjanaan ekonomi setempat sahaja sudah lebih besar dari kos pembinaan. Ini belum termasuk jualan tiket, perkhidmatan kargo dan periklanan.

9. Kalau setakat pandai matematik tidak usahlah buat komentar hal pembangunan negara.

Credit to Ab Jalil Backer...

Sy kongsikan artikel ini dari seorang facebooker pro kerajaan....

Sy bersetuju dengan kenyataan diatas ya bila mana dikatakan pengangkutan awam maka adalah tanggungjawab kerajaan memberi perkhidmatan sosial kepada dengan menanggung sebarang perbezaan kos untuk menjadikan perkhidmatan ecrl relevan dari segi kos tambang kepada rakyat.

Persoalan kenapa hanya tertumpu hanya pada projek ecrl dan tidak kepada ktmb yang dah tertubuh dan berjasa lebih daripada 130 tahun.kenapa perlu di jarah ktmb dengan perlaksanaan RNAA yang betul mencipta peluang dalam masalah bukan sebagai penyelesai masalah.


14 Ogos 2017

RAC tahu jual aset.

Alamak sampai orang awam buat komen, tanak semak... eh... lupa nak ternak ular... kalau tak ternak ulak... nak bela naga.... kihkihkih..

Inilah tanah milik RAC, kawal selia pun tak.boleh... ialah...  mereka ni hanya pandai sewa n jual je.... haha

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTNB


EMAIL PERBINCANGAN KUARTERS KTMB & RAC

RUM terima gambar email ni... lebih kurang maksudnya mengenai kuarters KTMB.

RUM tak nak lah citer panjang-panjang, kalau orang kata RUM bawa cerita@teori@andaian maka email ni sebagai bukti.

Dalam taklimat RUM kepada ahli-ahli RUM mengenai Implikasi RNAA telahpun diperjelaskan.

Warga KTMB boleh fikir sendiri, MOT punya hal kononnya idea "MARVELLOUS"!

Yang tak tau citer duk senyap-senyap...

Kalau RUM nak olah lagi panjang bila-bila pun boleh... tapi malaslah... rasanya dah puas bagi penjelasan malah menulis dalam Suara RUM ni pun dah byk...

So apa dalam fikiran... attack YB MENTERI PENGANGKUTAM MAKSIMUM! Jangan lupa YB TIM MENTERI PENGANGKUTAN... 2X5 je...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Ogos 2017

LONTARAN HARGA TAMBANG ERCL

Almaklum hari minggu ni tak de kerja, baca kenyataan-kenyataan dalam Facebook pro n kontra, maka saya terfikir nak lontarkan idea ini melibatkan ERCL, saya anggap minggu ini isu panas mengenai ERCL. Lontaran ini sekadar idea sepontan amdaian @ teori tak semestinya betul maupun salah sekadar teori setelah membuat penilaian, kot ada yang berminat nak bincangkan adalah sgt dialu-alukan.

Secara jujur saya setuju dengan projek ini ERCL demi mengorak satu langkah kehadapan dari sudut Pengangkutan Keretapi di Negara ini.

PERBANDINGAN TAMBANG BAGI ERCL dengan ERL

PROJEK ECRL

Jarak Dari KL ke Tumpat 620km

ERL Jarak antara KL ke KLIA 57km

620km ÷ 57 = 10.87

Tambang ERL - KL CENTRAL - KLIA = RM 55.00

ECRL - 10.9 x RM 55.00 = RM 599.50

Perkiraan yang berlaku oleh pihak-pihak luar menyatakan bahawa tambang adalah RM  2500.00 satu perjalanan, perkiraan ini berdasarkan kos pembinaan ECRL ialah RM 55B dibahagikan dengan tempoh membayar hutang.

Kalau dibandingkan dengan ERL kos lebih murah berbandingkan dengan perkiraan pihak luar yang jatuh meleset dari RM2500.00 kepada RM 599.50 satu perjalanan.

PERSOALAN

1. Sy bersetuju perkiraan pihak luar berdasarkan tempoh pembayaran balik hutang sekiranya tidak ECRL akan kerugian. Kalau kos ini diambil kira mampukan rakyat mengunakan pengangkutan ECRL?

2. Andai perkiraan mengunakan tambang ERL maka kos tambang yang akan dikenakan ialah RM 599.00.

a) Mampukah rakyat mengunakan perkhidmatan ECRL walaupun dengan nilai yang telah dikurangkan kepada RM 599.50?

b) Mampukan kerajaan membayar hutang kembali berdasarkan tempoh pinjaman, sekiranya harga tambang dikira berdasarkan tambang perkm dengan mengunakan perbandingan ERL?

c) Sekiranya kerajaan gagal membayar hutang kerana kos perkhidmatan yang dikenakan rendah apakah risikonya?

Mungkin ini boleh jadi topik perbincangan...

PRESIDEN RUM


APALAH NAK JADI.....

Cantik komen ini sehingga tak terjawab pihak RAC dalam wallnya sehingga kawan saya telah di BLOCK!

RAC buat kerja apa pun tak jadi@taktau, macam kawan RUM cakap perbincangan RNAA dengan KTMB bawa consultant sekali, tau nak caj sewa je... apa yang dia nak caj.. barang apa nak caj dia tak reti..  last sekali tanya balik kepada KTMB.

Yang RAC tau ukur tanah, sewa tanah, jual tanah, buat projek pun delay, lagi kononnya nak kuatkuasakan Akta Keretapi, aiyaaa... Menteri punya arahan semua ikut, baju sendiri tak mahu ukur..

Samalah yang duk sokong Menteri, sokong bawa rebah!

Hancus ler..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


11 Ogos 2017

BENTONG KAMI PASTI TURUN

RUM mengkaji kedudukan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bentong yang telah menang dengan majoriti  kecil iaitu 379 undi pada PRU 13.

Keputusan ini menunjukkan bahawa YB Dato Seri Liow Tiong Lai hanya menang tipis, ikut info YB Dato Seri Liow Tiong Lai mungkin bertanding tempat lain, kononnya ditempat selamat, tempat selamat pun kami turun!

Dalam pertemuan dengan Pakatan Harapan di Parlimen baru-baru ini, Presiden RUM telah menawarkan diri sebagai Pemidato dimana-mana kawasan yang YB Dato Seri Liow Tiong Lai bertanding, RUM akan berusaha bersungguh-sungguh agar YB Dato Seri Liow Tiong Lai Ahli Parlimen Bentong kecundang dalam PRU 14.

Kami apa peduli, kau nak runtuhkan KTMB dan RUM, maka apa masalah kalau kami runtuhkan YB Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, biar sama-sama runtuh!

Ini perjuangan! Bukan soal kalah maupun menang, tapi "MARUAH" / "NAWAITU", biarpun lautan api, tetap akan diredah!

Jangan main dengan Railwaymens Union of Malaya (RUM) Kesatuan Sekerja yang bermaruah, akan mempertahankan KTMB dan RUM yang kami sayangi,  sesekali tidak akan membenarkan KTMB & RUM runtuh!

Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai kepangkal lengan, kami "PEJUANG" bukan bacul yang boleh diberi "DEDAK".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Ogos 2017

IDEA MISKIN

Kalau istilah "IDEA MISKIN" di utarakan kepada sebuah Kementerian apakah maksudnya? Maksudnya Kementerian yang gah dan hebat hanya pada namanya, tapi tidak mampu mengexplorekan sebuah "IDEA KREATIF", maka runtuhlah sebuah Kementerian yang sewajarnya memberi perkhidmatan kepada rakyat!

Maka kepimpinan Kementerian itu bila mencetuskan "IDEA MISKIN" perlu diganti bagi mengangkat kembali mertabat sebuah Kementerian, sekiranya tidak maka akan runtuhlah sebuah Kementerian kerana gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada Rakyat.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


LUCU TENGUK KOMEN MEREKA

Dahlah tak mampu menolong, dahlah setahun lebih tak buat apa-apa, tu nak panggil apa? Tak ke sombong namanya, bila kita mengusik.. tau pulak marah.. tau pulak hantar tentera.. komen dalam wall RUM.. haha... lucu.. dah tak boleh komen... report.. block pulak suara rum.. adeiii... failedlah!

Kalau hujah dengan fakta tak pe.. tapi hujah dengan sampah.. gi semak-semak dulu dalam wall suara rum.. jangan main tembak... nampak sangat pakai songkok kat kaki..

Dah orang nak tolong.. kalau orang nak tolong... kita nak tolak... yang selama ni kau orang buat apa? Duk tenguk... duk langut... apa bendalah kau orang ni... malunya...

Jangan sampai menambah lagi kebencian.. kalau betul2 nak tolong.. tolonglah... bukan nak cari salah dan menegakkan benang yang basah.

Kita bergerak dan berhujah.. kita lawan berlandaskan fakta, kita nak pertahankan KERETAPI "TANAH MELAYU" bukannya nak memusnahkan KERETAPI "TANAH MELAYU" Kalau betul "MELAYU" ayuh kita sama-sama pertahankan, jangan hanya sekadar melaungkan slogan, slogan hanya dibibir, buktikan dengan perbuatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


MENONGKAH ARUS

RUM tertarik dengan mesej di copy paste pada RUM yang dipaparkan di bawah ini, setiap keputusan adalah berlandaskan keputusan Majlis Exco, bukan keputusan individu, prinsipnya perjuangan kami adalah untuk Selamatkan Keretapi "Tanah Melayu". Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Waima dengan apa cara pun selagi ianya dalam lingkungan "aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja" maka RUM akan terus berusaha untuk berjuang demi mempertahankan Keretapi Tanah Melayu.

RUM telah pun menulis bukan sahaja melalui surat/ memorandum/ memohon temu janji/ penulisan dalam Suara RUM/ siaran media malah telah membuat Rally pada Mei 2016 dengan tujuan menarik perhatian pihak yang mana berkenaan tapi yang ada ialah kehampaan.

Maka setiap tindakan mestilah berdasarkan "TEMPOH" satu tempoh yang munasabah bagi bergerak untuk sesuatu tindakan, maka tempoh yang diambil adalah sangat munasabah maka tindakan "menongkah arus perlu dilakukan".

"Jangan salahkan RUM", itu mesej yang dipaparkan, lihat dulu dimana anda yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala isu, anda sombong dan bongkak malah kami maklum! setiap keputusan yang telah dibuat tidak akan ditarik balik, kalau ditarik balik anda akan malu, keegoaan yang tinggi untuk mengaku kesilapan kononnya ibarat "ludah ke langit!". Prinsip yang tidak boleh dihormati sebaliknya akan menjadi satu kebencian.

RUM akan terus berjuang dan berjuang demi mempertahankan Keretapi "Tanah Melayu", RUM bukan sebuah organisasi yang boleh diletakkan di bawah mana-mana pengaruh, kerana RUM mampu untuk menilai dalam setiap satu keputusan yang dibuat, RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang bermaruah!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB



09 Ogos 2017

TERIMA KASIH LIKE/SHARE & VIRALKAN KENYATAAN SUARA RUM

RUM rasa gembira hanya kerana paparan dalam SUARA RUM, pihak Pakatan Harapan mengambil perhatian, rupanya SUARA RUM menarik perhatian Pakatan Harapan khususnya Yb Ahli Parlimen Kluang dan Yb Ahli Parlimen Serdang.

Malah RUM boleh beri pujian kepada Yb Ahli Parlimen Serdang yang membuat "homework" manakala Ahli Parlimen Kluang memberi hujah-hujah yang bernas.Terima kasih juga kepada Yb Ahli Parlimen Kuala Langat dan semua Ahli Parlimen yang hadir dan sudi menerima keluhan RUM.

Kehadiran ramai  Yb Ahli Parlimen telah menunjukan mereka mengambil berat, terima kasih kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir memberi pandangan dan seterusnya mewakili barisan Pakatan untuk Sidang Akhbar.

RUM merakamkan terima kasih kepada semua yang "LIKE" n " SHARE" sehingga menarik perhatian Ahli Parlimen Malaysia  seterusnya menjemput kepimpinan RUM untuk mendengar keluhan dan rintihan.

Pada mereka yang "LIKE n SHARE" dengan tujuan menviralkan setiap kenyataan Suara RUM diucapkan ribuan terima kasih, terus bantu RUM memviralkan setiap kenyataan Suara RUM.

RNAA HENDAKLAH DIHENTIKAN!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Perpindahan aset KTMB akan 'membunuh' syarikat - Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Aset KTM Berhad (KTMB) tidak wajar dipindahkan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kerana ia akan membebankan syarikat tersebut serta kebajikan pekerja-pekerjanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) president Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanpa aset, KTMB akan menanggung hutang yang besar dan berdepan kemungkinan besar untuk dijual kepada pihak lain.

"Sepatutnya, KTM perlu mengurus asetnya sendiri. Dalam keadaan kini, ia seolah-olah akan 'membunuh' KTM," kata Muhyiddin dalam satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Sidang media tersebut diadakan selepas perjumpaan dengan ahli Kesatuan KTM.

Tambah Muhyiddin, KTM perlu dilindungi memandangkan ia adalah 'tulang belakang' sistem pengangkutan di Malaysia sejak berdekad lamanya.

"Pakatan Harapan bersetuju bahawa KTM perlu dikekalkan kerana ia adalah satu institusi warisan (heritage institute)," kata Muhyiddin.

Perjanjian Akses Rangkaian Keretapi (RNAA) adalah perjanjian antara RAC dan KTMB dimana syarikat KTMB akan memindahkan aset-asetnya kepada RAC.

Aktiviti perpindahan aset ini dilaporkan bakal selesai pada tahun depan.

Astro Awani 


HARAPAN selesai masalah KTMB, jika menang PRU

Pakatan Harapan hari ini memberi tawaran penyelesaian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjanjian itu didakwa akan merugikan KTMB dan mesti diselesaikan bagi mempertahankan pengangkutan bersejarah di Malaysia.

“Pertamanya Pakatan Harapan setuju KTMB yang wujud sejak sekian lama mesti dikekalkan dan dipertahankan kerana banyak beri kemudahan kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Kami dapati dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian pengangkutan tentang masa depan KTMB maka kedudukan KTMB tak boleh tahan dalam jangka masa kehadapan.

“Akhirnya KTMB terpaksa tutup kerana tindakan yang diambil iaitu RNAA dan RAC bawa banyak masalah, bukan hanya kepada pegawai tapi pengurusan KTMB,” kata Muhyiddin dalam sidang media di bangunan sementara Parlimen hari ini.

Terdahulu anggota parlimen HARAPAN menerima kunjungan dari Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai Perjanjian RNAA dan RAC.

RNAA merupakan perjanjian antara RAC dan KTMB. Ia didakwa sebagai cetusan idea Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan bakal menyebabkan campur tangan dalam operasi KTMB.

RUM yang diketuai oleh presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, jika RNAA dilaksanakan ia akan memberi akibat sangat buruk kepada KTMB, termasuk kemungkinan pembuangan pekerja.

Dalam pertemuan itu, antara cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN kepada KTMB adalah membatalkan perjanjian tersebut serta memindahkan aset RAC ke KTMB sebagai cara memaksimumkan nilai asetnya.

Menurut Razak, saiz kecil RAC akan menghalang KTMB menambah pendapatan daripada sumber Transit- Oriented Development (TOD) termasuk pengiklanan serta penjualan barangan (retail).

"Aset-aset itu pula perlu dipindahkan ke KTMB dan KTMB harus dibenarkan menambah kepakaran dalam bidang ini supaya pendapatan dapat dijana bagi mencapai keuntungan dan mengurangkan keperluan untuk meningkatkan harga tiket.

"Selain itu melaksanakan tender terbuka untuk semua pembelian aset dan perkhidmatan serta tidak menswastakan KTMB," tambah beliau lagi.

Sementara itu Abdul Razak berkata pihaknya berharap kepimpinan gabungan HARAPAN dapat menyelesaikan isu tersebut.

“Nama pun Pakatan Harapan, kami menaruh harapan kepada kamu supaya RNAA ini dibatalkan dan keretapi perlu dipertahankan. RNAA adalah ancaman untuk menjatuhkan warisan negara yang kita tahu KTMB adalah untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Sekiranya ia tidak dipertahankan, KTMB makin lama makin terhapus dan kewujudan 130 tahun akan hilang begitu sahaja dan ia adalah idea dari kementerian pengangkutan yang bagi saya idea miskin,” katanya.

Pihak RUM turut meminta supaya HARAPAN menyerap pekerja KTMB menjadi penjawat awam.

“Harapan kami pada Pakatan Harapan dengan penuh harapan RNAA dapat dibatalkan dan jika Pakatan Harapan memerintah KTMB diserapkan kembali menjadi penjawat awam,” katanya.


Read more at https://malaysiakini.com/news/391356#7H7SA0f0Hz6oiYPu.99


PERBINCANGAN MEJABULAT ANTARA PAKATAN HARAPAN DAN RUM DI PARLIMEN

RUM ingin merakamkan penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Barisan YB Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menjemput kepimpinan RUM untuk mendengar keluhan dan rintihan dari RUM.

Kami menaruh "HARAPAN" dengan penuh "PENGHARAPAN" agar KTMB dipertahankan demi menyelamatkan Warisan Negara.

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Terima Kasih yang tidak terhingga.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Ogos 2017

JUAL TANAH

RUM terpanggil bila ianya di TAG ke RUM dalam satu akaun FB yang cukup popular dan telah diviralkan.

Setelah disiasat tanah tersebut asalnya adalah kuarters KTMB yang diduduki oleh Pengurus Besar KTMB, kuaters tersebut juga telah runtuh, kawasannya ialah sekitar Taman Titiwangsa.

Komen RUM

Inilah kebijaksanaan RAC yang hanya pandai menyewa dan menjual harta bekas milik KTMB, setelah pindaan Akta Keretapi 1991 semua harta dipindah milik kepada RAC.

Kalau ini sahaja yang pandai budak tak sekolah pun tahu macam mana nak menjual harta, apa lagi kalau RNAA wujud, macam-macam lah dia orang nak sewa dan jual.

Kata YB Menteri Pengangkutan, RNAA diwujudkan untuk mengemaskan peranan RAC dan KTMB, sedangkan dokumen rasmi 1992 yang mengatasi Akta 1991 telah memperkemaskan, RNAA bertujuan membatalkan dokumen 1992, hasrat tak lain memberi kuasa mutlak kepada RAC untuk membuat sewenang-wenangnya dalilinya melalui dokumen tender yang dipaparkan menjual tanah.

Kalaulah setakat idea "MENJUAL", aiyaa.. nampaknya itu sahajalah idea yang ada, tak mampu mengembangkan idea yang lebih canggih.

RUM mencadangkan RAC DIBUBARKAN, segala aset dipindah kepada Kementerian Kewangan kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran KTMB. Biar segala aset dikendalikan oleh KTMB kerana asalnya bukan sahaja dikendalikan oleh KTMB tapi adalah milik KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Ogos 2017

Apa sudah jadi dgn Malaysian Railway Academy (MyRA)?

Apa sudah jadi dgn Malaysian Railway Academy (MyRA)?

[Rujukan]

Malaysian Railway Academy (MyRA), formerly known as Akademi KTM was established as a private higher educational institution under the Private Higher Educational Institutions section 52 of the companies act 1965 in October 1991. Managed by Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), MyRA offers a wide range of educational opportunities  in the field of training, education and development.

It all started in January 2009 with the establishment of the Learning Resource Centre in Batu Gajah, Perak. At that time, it offered a training and education development known itself to become the hub for Railway Related Industrial professional and advance technical training centre. In terms of Training and Education Development MyRA have identified 5 Categories as Development Program, Management Program, Safety Program, Operational and technical Program and Jabatan Pembangunan Kemahiran(SLDN).

MyRA’s existing strength was built through its excellent track record and the agreement of memorandum of understanding (MOU) between University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) with Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)ON 18 November 2011. MyRA has grown to be among the biggest Bumiputra private educational institution spread in the areas of Railway Engineering Technology.

MyRA also established local collaboration with the public and private universities such as local technical and the International Railway institution with continuous knowledge sharing globally amongst The Rail Organization In Malaysia, ASIA, ASEAN & The Union International Railway (UIC Europe), thus Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) under the Minitry of Human Resources to develop National Occupational Skill Standards(NOSS).

Now, MyRA is proud of its history that has brought continuous educational growth into the future. In recent times, we are able to extend our affordable quality programmes to many individuals in the effort to enhance knowledge and skills. It has become our absolute commitment to provide training and education to perform job effectively and ensure that KTMB achieves its corporate objectives, besides providing a professional qualifications by broadening awareness of the working environment helps to develop individual performance, thus assuring students a career and life enhancing investment for the future which new skills can be acquired and existing skills developed, to allow all staff to give maximum contribution to benefit KTMB.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=386403001412683&id=386294264756890


KECEWA

RUM bukan  parti politik..
RUM adalah Kesatuan Sekerja..
RUM juga mengalu-alukan..
Mana-mana pihak membantu RUM!
Yang penting RNAA dihentikan!
RNAA pemusnah..
Keretapi "TANAH MELAYU"
Yang musnahkan..
Adalah MELAYU..
Kalau bukan MELAYU..
Kenapa sampai sekarang tidak hentikan!
Udahlah..
Cakap sahaja "MELAYU"
Aku pejuang "MELAYU"
Sekadar nama "TANAH MELAYU"
Sekadar menjentik jari..
Semudah itu..
RNAA boleh dihentikan..
Kecewa dengan MELAYU!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Ogos 2017

MASALAH & PERJUANGAN

Duduk dalam union ni, tak pernah kering dengan masalah, selepas satu (1) datang satu (1) lagi, malah ada kala datangnya bertindih atau hari-hari boleh dikatakan ada masalah yang perlu diselesaikan.

Memang kerja union ini bergelumang dengan masalah, bergelumang dengan tafsiran undang-undang, adakala memihak kepada pekerja, adakala memihak kepada majikan, ahli-ahli yang tidak memahami akan menyalahkan kesatuan, itu lumrah atau asam garam permainan berkesatuan.

Hari ini RUM berdepan dengan isu besar melibatkan Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dengan cadangannya RNAA, satu masalah besar, paling besar yang perlu dihadapi dan ditempuhi berbanding pembuangan kerja seramai 97 orang.

Mana nak fikir KTMB, mana nak fikir PEKERJA, mana nak fikir tentang RUM, semua perlu diambil tindakan bagi menyelamatkan keadaan, satu cabaran besar buat semua kepimpinan RUM.

Datang pula masalah dari segelintir manusia yang berkepentingan, disokong oleh pihak Kementerian walaupun Kementerian itu sedar bahawa ianya satu kesalahan bertentangan dengan undang-undang, tapi tetap diteruskan.

Owh dunia, makin pelik manusia ini, berkepentingan jadi tunggak pegangan, tanpa melihat kepentingan rakan-rakan lain, memikirkan perut sendiri, perjuangan berdasarkan keikhlasan sudah tiada lagi, ini yang berlaku hari ini malah berlaku dalam banyak organisasi.

Cabaran terus mendatang, ianya satu permainan, kalah atau menang itu bukan persoalan, tapi maruah sebuah perjuangan itu yang perlu didirikan.

Kekuatan, jati diri, nawaitu itu pegangan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar sampai basah, sesekali tidak lari dari landasan perjuangan.

Kami pemimpin kesatuan sekerja dengan nama timang-timangannya RUM akan berjuang dan terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Ogos 2017

BATAL RNAA GUNA AIR LIUR

Batal RNAA sebenarnya menyelamatkan KERETAPI "TANAH MELAYU", semudah menjentik jari, tak perlu guna duit, tak perlu abiskan duit, tak perlu janji apa-apa, tak perlu umumkan apa-apa, tak perlu tabur apa-apa,  guna air liur je.

Cuma ruginya tak "masyuk", ruginya pada syarikat-syarikat yang dah hantar proposal, ruginya pada manusia-manusia tertentu.

Mana lebih "BERNILAI", hanya mereka berkepentingan atau "MARUAH TANAH MELAYU" itu sendiri... "MARUAH MELAYU" itu sendiri.

Dari sudut "NILAI", "TIDAK TERNILAINYA" bagi  "UMAT MELAYU" di "TANAH MELAYU" walaupun hanya sekadar nama "TANAH MELAYU".

Kalau ada nak campak ke "MULUT BUAYA" maka orang-orang yang berkepentingan dicampakkan terlebih dahulu, ada pun tak guna biarpun memegang jawatan tinggi, ibarat tidak layak duduk dimuka bumi, pengkianat Bangsa Melayu!

Udah-udahlah tu, hentikanlah, fikirkan dari mana kita, asal kita, demi "BANGSA MELAYU".

Hanya sekadar menjentik jari, hanya sekadar air liur, semudah itu membatalkan.

MALU SEMALU-MALUNYA kalau ini juga tidak mampu dipertahankan, kalau ini keputusan paling mudah tanpa mengunakan wang, hanya sekadar air liur juga tidak mampu dipertahankan, iya udah... cukuplah perjuangan yang ditulis atas nama MELAYU.

Sekadar "AUTA" je lah..

Kalau tak "AUTA".... Aku cakap tak betul... BATALKANLAH RNAA... Kalau tak BETUL.. maknanya BETUL LAH CAKAP AKU!

"SEMUDAH MENJENTIK JARI"

PRESIDEN RUM


01 Ogos 2017

TOLONGLAH WAHAI MELAYU

Aku nak minta tolong ngan sapa?
Aku MELAYU...
Aku minta tolong ngan MELAYUlah
Kalau aku "minta tolong dengan DAP!"
Aku kata "aku sokong DAP!"
Kau orang marah..
Beriya-iya attack aku..
Report FB aku@SUARA RUM..
Block FB aku@SUARA RUM..

Saluran?
Saluran dah macam-macam saluran aku gunakan...
Nak jumpa..
Tak dapat-dapat...
Nak kata apa lagi?

Nak kata aku apa?
Aku marah?
Memanglah aku dah marah..
Kalau aku tak marah..
Aku bukan MELAYU..

Bila aku marah..
Aku tulislah..
Apa yang ada dalam otak aku..
Aku paparkan...
Nama pun DEMOKRASI..
Media Rasmi..
Macam Surat Khabar..

Lagi apa aku nak buat..
Suruh sabar...
Suruh sabar macam mana lagi...
Cuba bagitau?

Kau MELAYU..
Aku pun MELAYU..
Aku sayang Keretapi Tanah Melayu..
Aku sayang MELAYU..
Aku sayang TANAH MELAYU..

Tapi kau?

Aku harap kau MELAYU..
Juga sayang MELAYU..
Sayang Keretapi TANAH MELAYU..
Sayang TANAH MELAYU..

Kalau dah sayang?
Apa lagi..
Hentikanlah RNAA!
Buktikan kau itu MELAYU..
Jangan cakap aku "PEJUANG MELAYU!"
Jangan cakap "KERIS TERHUNUS!"
Jangan "SEKADAR CAKAP!"

AKU MOHON..

TOLONGLAH...
HENTIKAN RNAA..
BUKTIKAN KAU MELAYU!
Yang mempertahankan..
Satu-satunya nama KERETAPI "TANAH MELAYU"

SELAMATKANLAH KERETAPI "TANAH MELAYU!"

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"

PRESIDEN RUM