25 Ogos 2017

KOMEN PENGGUNARUM MENJAWAB



RUM merakamkan ribuan terima kasih atas komen pengguna ini. RUM juga mengakui kelewatan akan menjadikan kemarahan kepada pengguna/nitezen, "customer always right".

Ada beberapa sebab menjadi tren lewat.

1. Pihak KTMB telah berusaha segigih mungkin untuk membaikpulih landasan bagi memastikan tren-tren beroperasi semula.

2. Pihak KTMB terikat dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Darat (SPAD) agar mematuhi makenisma keselamatan.

3. Dalam pembaikpulihan banyak melibatkan jabatan lain termasuk Elektrifikasi khususnya melibatkan keselamatan tren.

4. Pekerja bertungkuslumus siang dan malam untuk menyiapkan landasan.

Ramai yang menyalahkan KTMB, sebenarnya ramai yang tidak tahu landasan lembah klang telah beroperasi semenjak 1995, dari sudut jangka hayat, bebanan tren, kekerapan tren, lokasi yang tidak selamat adalah antara punca memungkinkan kegelinciran. Pihak KTMB telah berusaha untuk memastikan dari semua aspek sudut keselamatan.

Pihak KTMB juga telah lama memohon peruntukkan dari kerajaan untuk membaikpulih landasan khususnya di Lembah Klang, hanya tahun lepas sahaja diluluskan dan kini sedang "rehab" membaikpulih landasan, ianya bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa yang panjang.

Jangan samakan dengan MRT atau lain-lain perkhidmatan tren, kerana landasan MRT atau lain-lain perkhidmatan tren adalah baru, bebanan tren dan kekerapan tren tidak sama dengan KTMB, maka dari sudut perbezaan adalah ketara, begitu juga dengan kekerapan tren dari sudut masa, peruntukan pembelian set-set adalah tidak mencukupi berbanding dengan LRT STAR, LRT PUTRA maupun MRT yang peruntukan pembelian set-set ini mencukupi malah mempunyai set apungan (spare) ini tidak berlaku kepada KTMB yang mempunyai jarak kurang lebih 2800km kalau dibandingkan dengan tren-tren jarak pendek.

Kementerian Pengangkutan sendiri menyedari perkara ini, tapi tindakan Kementerian Pengangkutan yang tidak efiksyen menjadikan KTMB mangsa keadaan, soal tomahan, kejian dan kecaman terhadap KTMB yang tempiasnya terpalit kepada pekerja sudah menjadi kebiasaan, setiap kali berlaku kamilah jadi mangsa, sedangkan "PUNCA" penyebab adalah Kementerian Pengangkutan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku, cuma pihak RUM tidak berniat highlightkan, kalau dihightlightkan maka Kementerian Pengangkutan akan "MALU BESAR".

Begitu juga dengan SPAD yang kononnya penguatkuasa, tapi tidak mengkaji secara menyeluruh dan tidak memberi pendapat maupun konklusi penyelesaian sebaliknya hanya mencari salah.

Pihak pengurusan KTMB tidak akan menjawab atau memberi kenyataan sebegini kerana ia terikat dengan peraturan-peraturan tertentu, namun RUM yang kini berjuang untuk Selamatkan KTMB terpanggil menjelaskan keadaan agar pengguna/nitezen tidak menyalahkan KTMB.

Secara terus terang KTMB ibarat "ANAK TIRI" setiap perkara tercicir malah kelemahan Kementerian Pengangkutan, KTMB jadi mangsa kononnya Kementerian Pengangkutan itu betul, bagi menutup kelemahan kini Kementerian Pengangkutan mewujudkan Railway Network Access Aggrement (RNAA) kononnya idea ini untuk menjadikan KTMB lebih efiksyen malah agenda tersirat mereka kalau dikaji secara mendalam hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

Kami pekerja khususnya RUM mewakili pekerja KTMB merasa terkilan apatah lagi kami juga punyai perasaan sebagai insan, bila tomahan demi tomahan yang dilemparkan tanpa ada sebarang kajian tetapi hanya mengunakan perasaan marah, kami dikambing hitamkan, tak mengapa kami terima hakikat "customer always right", kami terima kecaman, tomahan dan hinaan ini.

In Syaa Allah segala kelemahan yang ada melalui teguran membina kami terima secara terbuka demi membetulkan kelemahan yang ada, kami juga sentiasa berusaha dan akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik, kepada pihak Kementerian Pengangkutan hentikanlah "hangky pangky" ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab malah tolonglah memenuhi kehendak KTMB sebagai "USER" bukan kehendak kamu yang pengetahuan industri perkeretapian di bawah tahap "0".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

video