RUM tertarik dengan mesej di copy paste pada RUM yang dipaparkan di bawah ini, setiap keputusan adalah berlandaskan keputusan Majlis Exco, bukan keputusan individu, prinsipnya perjuangan kami adalah untuk Selamatkan Keretapi "Tanah Melayu". Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Waima dengan apa cara pun selagi ianya dalam lingkungan "aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja" maka RUM akan terus berusaha untuk berjuang demi mempertahankan Keretapi Tanah Melayu.
RUM telah pun menulis bukan sahaja melalui surat/ memorandum/ memohon temu janji/ penulisan dalam Suara RUM/ siaran media malah telah membuat Rally pada Mei 2016 dengan tujuan menarik perhatian pihak yang mana berkenaan tapi yang ada ialah kehampaan.
Maka setiap tindakan mestilah berdasarkan "TEMPOH" satu tempoh yang munasabah bagi bergerak untuk sesuatu tindakan, maka tempoh yang diambil adalah sangat munasabah maka tindakan "menongkah arus perlu dilakukan".
"Jangan salahkan RUM", itu mesej yang dipaparkan, lihat dulu dimana anda yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala isu, anda sombong dan bongkak malah kami maklum! setiap keputusan yang telah dibuat tidak akan ditarik balik, kalau ditarik balik anda akan malu, keegoaan yang tinggi untuk mengaku kesilapan kononnya ibarat "ludah ke langit!". Prinsip yang tidak boleh dihormati sebaliknya akan menjadi satu kebencian.
RUM akan terus berjuang dan berjuang demi mempertahankan Keretapi "Tanah Melayu", RUM bukan sebuah organisasi yang boleh diletakkan di bawah mana-mana pengaruh, kerana RUM mampu untuk menilai dalam setiap satu keputusan yang dibuat, RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang bermaruah!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
10 Ogos 2017
Home »
» MENONGKAH ARUS
MENONGKAH ARUS
Khamis, Ogos 10, 2017