22 Ogos 2017

NOTIS PEMBERITAHUAN PENGOSONGAN DEPOH ANG SENG.

RUM dapat copy paste yang dihantar kepada RUM dari ahli-ahli-ahli RUM yang meminta RUM beri penjelasan mengenai perkara ini.

RUM sendiri terkejut dan tidak menyedari status kedudukan Tanah Depoh Ang Seng sehingga Notis ini disampaikan kepada RUM.

RUM merasa hairan bila mana Depoh Ang Seng ini yang telah terwujud sebelum KTMB diswastakan pada 1.8.92 adalah pendudukan secara "haram" ibarat "Depoh Setinggan", dimana silapnya RUM sendiri tidak pasti.

Cuma RUM boleh sedari bahawa KTM ketika sebelum swasta adalah agensi kerajaan maka kemungkinan ada "kebenaran" untuk menduduki tanah tersebut (sekadar andaian) namun bila telah diswastakan maka KTMB mungkin tidak lagi mempunyai "kebenaran", malah aset yang dimiliki oleh KTMB telah diserah pemilikan hak kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC), maka mungkin atas dasar itu maka "hak kebenaran" telah ditarik balik.

Namun menjadi juga kemuskilan RUM, KTM mempunyai aset tanah yang banyak sebelum pengswataan 1.8.92, mengapa membina depoh atas tanah bukan milik KTM? andai tanah itu milik KTM, ketika bila aset pemilikan hak bertukar tangan, RUM benar-benar keliru.

Persoalan lanjutan adakah Depoh Ang Seng yang menjalankan aktiviti-aktiviti kerja melibatkan dua (2) jabatan iaitu Jabatan Urusan Jalan dan Jabatan Semboyan adalah sebahagian dari aktiviti pekerjaan untuk perkhidmatan KTMB antara lain ialah KTMB menjalankan "perkhidmatan sosial" untuk kerajaan memerintah bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat, mengapa wujud "pecah perintah" dari sudut pemilikan tanah antara KTMB/RAC dan Persuruhjaya Tanah Persekutuan? Mesej yang sama ialah ketiga-tiga agensi adalah agensi kerajaan tapi seolah-olah ketiga-tiga agensi tidak sedar bahawa matlamat pekerjaan adalah untuk kerajaan memerintah atau untuk kepentingan negara, gambaran boleh ditafsirkan juga bahawa mereka hanya pentingkan jabatan atau agensi yang mereka wakili tanpa melihat agenda yang sebenar untuk Negara.

RUM benar-benar keliru, pelik malah lucu adakah mereka sedar atau tanpa sedar bahawa setiap pekerjaan perlu difikirkan untuk kepentingan negara atau kepentingan rakyat dan negara telah dijadikan pilihan kemudian atau terakhir.

Entahlah, makin hari makin kusut dan makin serabut bila memikirkan perancangan yang dibuat termasuk RNAA, seolah-olah mereka sudah tidak fikirkan lagi untuk kepentingan rakyat dan negara, buatlah sesuka hati biar semua hancur kononnya ini adalah idea terbaik.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 3 : KERUGIAN PELUANG Inilah sepatutnya "goal" 2014! atau sekurang-kurangnya 50% sebagai target pencapaian tahun 2014. Carta kerugian peluang (opportunity loss) melalui surat kesatuan bertarikh 20 Ogos 2013. Perkiraan kasar (andaian RUM) men… Read More
  • Surat Terbuka untuk Datuk Presiden KTMB - Presiden RUM Gambar hiasan Kepada Datuk Presiden KTMB Jangan hubungi mana-mana pegawai kesatuan lagi, ianya selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja iaitu telah mengistiharkan perang dengan Datuk Presiden KTMB.… Read More
  • SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 6 Gambar Hiasan Datuk Presiden KTMB Setahun setengah telah berlalu, KTMB merudum bertalu-talu, ungkapan mudah "buat apa pun serba tak jadi", rancang apa pun tak menjadi, wujud masalah bertingkat-tingkat, serba tak kena, … Read More
  • HALA TUJU 2014 (DIRECTION) 2 Gambar Hiasan Banyak juga mesej yang diterima serta komen mengenai hala tuju 2014 yang dibentangkan oleh Datuk Presiden KTMB dan Pengurus Besar KTMB, komen yang diterima adalah "macam biasa, tiada sebarang pembaharuan, ma… Read More
  • SURAT TERBUKA KEPADA DATUK PRESIDEN KTMB PART 5 Gambar Hiasan Datuk Presiden KTMB, ingat lagi kenyataan akhbar di bawah ini, kenyataan berbentuk pujian pada Datuk Presiden KTMB dari RUM, semua ini sebelum consultant ini masuk, sekarang apa jadi Datuk Presiden KTMB?&nb… Read More