RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

26 Mac 2018

LEMBAM VS LEMBAB

Isu dalam KTMB tak de... setakat ni semua boleh di bawa berbincang... so tak ada isu... kalau ada isu pun melibatkan si lembam... itu pun kita dah ambil pendekatan "silent".. 

Yang ada isu RNAA.... belasah melalui tulisan pun... depa macam tu... buta tuli... MoT memang lembab banget, keputusan Majlis Tertinggi Umno pada bulan Septembar 2017 meminta adakan satu pertemuan dengan MoT/ MoF bersama RUM tak kesampaian, maka harapan nak jumpa YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri juga tak kesampaian.

PRU dah hampir, apa nak kata lagi?

Kalau RUM buat keputusan, lain pula jadi... tapi keadaan memaksa kami membuat keputusan.

Sabar... sabar... terus sabar...
Lose for win....
Mungkin dah tak boleh gunakan lagi...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Mac 2018

TERIMA KASIH RAC MEMAHAMI NILAI SEJARAH

RUM memang agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RAC dalam wall facebooknya, macam tidak percaya, walaubagaimanapun RUM amat menghargai, ini yang kita mahukan, rasa kasih sayang terhadap khazanah negara.

Khazanah negara cukup luas pengertiannya, bukan sekadar aset-aset yang telah tercatat sebagai warisan sejarah tetapi KTMB yang telah terwujud sejak 1885 juga warisan sejarah yang perlu dipertahankan bukannya untuk dijual maupun digadai hanya untuk mencari sumber pendapatan yang menguntungkan pihak-pihak yang berkepentingan.

Harapan RUM kepada RAC semudah menjentik jari iaitu akuilah kemampuan RAC yang ianya tidak lebih hanya sebagai pemegang amanah, maka sebagai pemegang amanah segala hak warisan KTMB perlu dipertahankan tanpa ada sebarang "compromise", kerana kami sedar setakat mana kemampuan RAC, malah kami tahu RAC tidak lebih sekadar "ukur tanah & kutip sewa.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SOLIDARITY

JUST SHARE
YANG DICOPY PASTE DIHANTAR MELALUI WHATSAPP.

Asalamualaikum.
Perdana Menteri Malaysia
Timb. Perdana Menteri
Menteri Pertahanan
Menteri Sumber Manusia
Jemaah Menteri Menteri Kabinet

Apakah Salah dan Dosa Rakyat Batu Arang terutama sekali kakitangangan SME ORDNANCE SDN BHD ya Allah dah 20.3.18 sedihnya gaji bulan Februari belum Di bayar .
Sabagai saorang Rakyat  Batu Arang yang perihatin dan bekas kakitangan Syarikat ini (1972-2009) sungguh sedih melihat keadaan ini. Saya tidak mahu tuduh sesiapa tapi siapa nak jaga kebajikan pekerja pekerja ini.
Kepada pemimpin pemimpin parti politik inilah masanya untuk membuktikan bahawa pemimpin memang perihatin tentang Rakyat.
Harap ma'alum Kakitangan Syarikat ini adalah yang terbaik dan perihatin terhadap kemajuan Syarikat.Kebanyakan pekerja pekerja ini adalah penduduk penduduk Batu Arang ,Tasik Puteri,Kota Puteri,Ijok,Bukit Badung,Jaya Setia,Rawang dan Bandar Bandar berdekatan.
Siapa perlu Di pertanggongjawabkan sudah tentu Majikan.Pemimpin pemimpin tempatan lansung tak ambil berat tentang masalah masalah mereka.
Diantara masalah yang Di hadapi olih pekerja pekerja:
1.Kebelakangan ini gaji selalu lambat  kadang kadang melebehi 7hb yang ditetapkan olih undang undang buruh.Yang paling terbaru gaji bulan Februari belum Di bayar hingga hari ini sudah pun 21.3.18.
2.Potongan KWSP Kadang berbulan tak Di carumkan.
3.Potongan PERKESO pun sama
4.Potongan Tabung Haji pun sama
5.Lain lain potongan  termasok Potongan LHDN, ZAKAT  pun sama agaknya.
Pekerja pekerja yang  telah mengambil pinjaman dari bank lagi bermasalah sebab bayaran lambat Di kenakan denda lagi.
Apa nak jadi ? Dulu Syarikat ini Kerajaan ada kepentingan ia itu kerajaan ada memegang saham tetapi sejak Di swastakan tak faham Apa sudah jadi.
Sekali lagi Saya tidak mahu salahkan sesiapa hanya ingin tahu siapa yang bertanggongjawab dalam masalah ini .
Akhir sekali Saya memohon jasa baik Kerajaan Malaysia terutama sekali Kepada  Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dapat membantu pekerja pekerja ini.
Cadangan Cadangan dari Saya adalah:
1.Satu siasatan perlu Di adakan secara terperinci atas masalah ini olih agensi agensi dan institute institute kerajaan segera.
2.Saya yakin jika DSNR bolih selamatkan PROTON  MAS  tidak mustahil untuk DS menyelamatkan SME ORDNANCE SDN BHD.BATU ARANG.Hanya DS sahaja yang bolih bantu.Tolonglah DS.
Kerajaan perlu ambil alih Syarikat ini dengan rakan kongsi yang Kommited  Jujur Dan Telus.
3.Industri ini adalah  satu reputasi penting negara .Hanya satu satunya industri pertahanan yang mengeluaran produk produk  pertahanan untuk Angkatan Tentera  Polis dan lain lain badan badan kerajaan.
"SME ORDNANCE SDN BHD IS THE ONLY DEFENCE INDUSTRY IN THE COUNTRY AND IS  OF NATIONAL INTEREST"
Saya sungguh simpati dengan pekerja pekerja ini ada yang sudah Di panggil olih bank bank untuk tuntut bayaran pinjaman.Mengikut slip gaji  gaji Di potongan tetapi tidak Di salurkan pada bank.Sampaikan pihak peguam pun sudah mula memangil.
Pekerja pekerja ini ada yang suami isteri kerja Di sini. Mereka terpaksa sewa
rumah.Rumah syarikat yang sedia ada telah pun dirobohkan dan ini menyulitkan untuk mereka mencari rumah sewa.

Keadaan ini sudah agak lama hanya pekerja pekerja ini tidak dapat mengambil tindakan sebab tiada tempat lain berkerja yang berdekatan.

Saya pernah berkerja Di SME dari tahun 1972-2009.Sapanjang Saya berkhidmat tiada masalah begini.

1.Gaji tiap 25hb
2.Bunus tahunan
3.Kerja banyak kontrek dengan MINDEF PDRM dan lain lain.
4.Semua jenis produk pertahanan Small Arms, Pyro Technics,Medium Calibre, Large Caliber, Rifle Styer, Light Aircraft MD3, Metal Boxes,Carpentary Depatment,EPD Plastics dan lain lain.

5.I have observed the company growing from one single small arms production line to multiple production lines and with the creation of a few subsidiaries.
6.The company was officially opened by the 2nd Prime Minister of Malaysia the late Tun Abdul Razak.The Large Caliber Plant was officiated by our beloved PM Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
7.Lastly I strongly request that the government should step in to help this company
8.The economy of Batu Arang depends on SMEO.

Sekali lagi memohon jasa baik Kerajaan Malaysia dan Pemimpin Pemimpin Negara untuk memberi perhatian yang Ikhlas Telus dan Memberi harapan pada Rakyat Batu Arang khususnya Kakitangan SMEO.

Yang benar

Riyiamal Ali Nordin
Bekas Pekerja SMEO SDN.BHD.(1973-2009)
Bekas Pengerusi NUPCIW Cawangan SMEO
Bekas Timb Setiausaha Agong NUPCIW


19 Mac 2018

KELEMAHAN PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) / KEMENTERIAN PENGANGKUTAN "OUT OF DATE"

RUM banyak menulis mengenai RAC sebelum ini, apa yang RUM tulis adalah berkaitan dengan RAC yang hanya pandai mengutip sewa, hal-hal lain bermasalah, malah pelaksanaan projek Skypark juga bermasalah sehingga Audit Negara membuat komen.

RUM menulis bukan untuk mencari salah, tapi adalah kerana ingin membuktikan RAC sebagai satu Perbadanan yang tiada berkemampuan malah berhasrat menonjolkan diri hanya berpegang kepada Akta Keretapi bahawa semua aset keretapi adalah milik RAC, tanpa menilai dan mengkaji apa itu Keretapi Tanah Melayu Berhad, termasuk sejarahnya, dasarnya dan mengapa ianya diswastakan.

RUM juga tidak salahkan RAC kerana RUM mengetahui kelemahan ketara yang wujud malangnya tangan-tangan ghaib yang menjadi dalang kononnya untuk menyelamatkan keberhutangan KTMB lebih kurang RM 2.8B sejak pengswastaan tapi keberhutangan Prasarana melangkaui RM 18B tidak pula dibangkitkan.

Lucunya semua kenyataan RUM secara tersiratnya telah diakui oleh seseorang yang sangat penting, pengakuan ini telah membuktikan semua penulisan RUM dalam laman Suara RUM adalah terbukti benar, tapi malangnya sehingga kini pihak-pihak yang berkenaan masih gagal menghentikan RNAA sebaliknya menangguhkan pelaksanaan RNAA selama dua (2) tahun.

RUM juga menerima maklumat bahawa syarikat yang berhasrat untuk mewujudkan second operator masih terus berusaha untuk mendapatkan hak untuk menjalankan projeknya, mereka tidak berputus asa, manakala Kementerian Pengangkutan terus berlengah untuk membeli  lokomotif diesel dengan kepelbagaian alasan serta kajian, bila fikir perkara ini seolah-olah ada kewujudan merosakkan perancangan untuk mengembalikan perkhidmatan kargo yang lebih efiksyen agar ruang dapat diwujudkan melalui pelaksanaan second operator.

Terbaru makluman yang diterima usaha gigih sedang dijalankan melalui teknik melobi untuk mendapatkan kerja-kerja pembaikpulihan lokomotif kelas 24, lokomotif kelas 24 ini telah menjadi satu isu sehingga berlakunya masalah dalaman KTMB, malah RUM amat kuat mempertahankan Lokomotif kelas 24 untuk memastikan kerja-kerja dapat dilakukan oleh pekerja KTMB sendiri, harap Kementerian Pengangkutan tidak tergula-gula dengan lobi yang sedang dibuat dan tidak mustahil kementerian pengangkutan kalah dengan percubaan melobi, al maklum kami kenal siapa Kementerian Pengangkutan.

Biasalah cabaran dalam menghadapi situasi dalam KTMB, yang tidak pernah kering dari permasalahan yang berlaku, mereka tidak mahu melihat kepentingan KTMB, mereka tidak mahu melihat kepentingan pengguna malah mereka akan memberi pelbagai alasan dan pasti alasan terakhir mereka akan menyalahkan KTMB.

Sampai bila mereka perlu berfikir dengan waras demi untuk meningkatkan kepentingan perkhidmatan serta mampu melonjakan KTMB sebagai sebuah organisasi pengangkutan Keretapi yang maju seperti mana negara-negara maju mengolah sehingga sistem perkeretapiannya mampu memuaskan setiap hati pengguna malah mampu melonjakkan ekonomi negara dan kami pekerja tidak akan menjadi mangsanya.

Entahlah....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Mac 2018

SIMPATI DENGAN CUEPACS TUNTUTAN UMUR PERSARAAN 62 TAHUN

RUM menyedari bahawa tuntutan cuepacs umur persaraan dari 60 - 62 tahun adalah tidak releven, malah tuntutan cuepacs bukan baru tapi semenjak tahun 2016, malah RUM sendiri telah membuat komen dalam Suara RUM tidak bersetuju dengan tuntutan ini kerana ianya tidak sesuai buat masa ini di Malaysia.

RUM juga tidak menolak hak cuepacs untuk menuntut umur persaraan yang lebih kerana negara-negara luar telah pun meningkatkan umur persaraan melebihi 65 tahun, maka tuntutan cuepacs adalah munasabah berdasarkan had persaraan di negara luar, namun isu umur pengswastaan bukanlah isu utama yang perlu diketengahkan, sebaliknya cuepacs sewajarnya meletakkan isu utama ialah mengenai kos sara hidup iaitu pendapatan atau upah penjawat awam yang perlu ditingkatkan.

Kos sara hidup adalah isu utama yang berkait dengan kadar upah, maka cuepacs sewajarnya menjadikan tuntutan kepada kerajaan ialan mengkaji kadar upah penjawat awam yang berada diparas kemiskinan. Kajian gaji kepada penjawat awam sewajarnya dibuat berdasarkan praktis kerajaan adalah lima (5) tahun sekali, cuma buat pertama kali dalam tempoh lima (5) tahun tiada pelarasan gaji.

RUM menyedari walaupun ceupacs adalah Kesatuan Sekerja yang gabungannya dari kalangan Kesatuan Sekerja tidak mempunyai Perjanjian Bersama kecuali mempunyai Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sekadar mempunyai kuasa permesyuaratan tertinggi tetapi tidak mempunyai kuasa "bargain power" selaras dengan konvensyen ILO namun tidak semestinya membenarkan tiada kajian perlu dibuat. Maka sewajarnya cuepacs menekankan tuntutan kajian gaji atau kadar upah atau menuntut pelarasan gaji dan bukannya menuntut tambahan umur persaraan.

Seperkara lagi, dari cuepacs beriya-iya mencadangkan umur persaraan lebih baik mencadangkan kepada kerajaan agar kajian semula dilakukan kepada kadar atau formula pencen, maka jaminan pekerja yang bersara adalah lebih terjamin berbanding dengan pekerja terpaksa bekerja sehingga umur persaraan 62 tahun, sedangkan jumlah yang terlibatnya tidak besar berbanding dengan pesara yang terlibat.

Isu lain yang RUM lihat yang wajar cuepacs perjuangkan ialah "pekerja kontrak" yang jaminan kerja serta faedah pekerjaannya adalah sangat minima, sewajarnya ini boleh dijadikan sebagai isu utama memperjuangkan isu pekerja kontrak agar diserapkan sebagai pekerja tetap, bukan sahaja ianya memberi jaminan pekerjaan sebaliknya faedah yang diterima adalah sama baik dengan penjawat awam yang bekerja tetap.

Sebenarnya banyak lagi yang patut cuepacs memperjuangkan faedah yang lebih baik kepada penjawat awam berbanding dengan umur persaraan, malangnya cuepacs sendiri mencari nahas dengan mendapat kecaman nitezen khususnya generasi muda yang menagih pekerjaan.

Apapun itu adalah hak cuepacs untuk berjuang dalam semua sudut, cuma janganlah idea-idea yang dicadangkan boleh mendapat kecaman nitezen, malah cuepacs boleh berperanan untuk memperjuangkan nasib pekerja muda dan generasi baru kearah yang lebih baik dalam mengharungi masa akan datang yang penuh dengan cabaran.

Pada RUM faedah yang berjaya dituntut oleh cuepacs akan menjadi garis panduan kepada RUM untuk menuntut kepada KTMB dan kerajaan, biarpun KTMB telah diswastakan namun KTMB tetap di bawah perkhidmatan sosial serta 100% milik Kementerian Kewangan @ Kerajaan, kegagalan pihak cuepacs menuntut maka akan menimbulkan implikasi kepada tuntutan RUM, justeru itu RUM amat berharap cuepacs mampu memainkan peranan sebagai Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


11 Mac 2018

SPAD 20sen





RUM setuju dengan kenyataan ini, bagaimana pula Suruhanjaya Perkhidmatan Darat (SPAD) yang cuba mengenakan setiap harga tiket pengguna tren dikenakan cas 20sen yang akan dikenakan kepada KTMB.

Adakah SPAD identiti perniagaan?

Kos harga tambang KTMB yang murah berbanding dengan kos operasi kemudiannya dikenakan cas sebanyak 20sen untuk setiap tiket yang dikeluarkan di bayar kepada SPAD berapakah kehilangan pendapatan KTMB, sedangkan KTMB dalam keadaan kritikal dari sudut "flow cash" nya.

SPAD tidak membantu KTMB, sebaliknya cuba menjadikan KTMB sebagai kambing hitam serta melemahkan kewangan KTMB, sewajarnya SPAD memberi bantuan malah menggesa Kerajaan agar bantuan kewangan diperuntukkan kepada KTMB agar perkhidmatan KTMB mampu ditambahbaikkan.

Please SPAD berfikiran lebih jauh kedepan mampu berfikir diluar kotak dalam memastikan KTMB dibantu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna bukannya cuba mencari keuntungan dengan memeras KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja KTMB


09 Mac 2018

PENCEN MINIMA PESARA GLC HARAPAN KAMI KERAJAAN MEMERINTAH MEMPERTIMBANGKAN

Pencen minima bagi pekerja yang dibersarakan awal perlu ditingkatkan, wajarkah pencen minima dalam lingkungan RM 150 - RM 500.00?

Apa yang mantan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) dapat? Adakah dapat saham? dengan gaji kecil, nak pilih "A", "B" atau "C", pilihan yang ada 95% pilih "B" sebab terpaksa, nak kerja, maka keputusan Kerajaan ketika itu ialah pengswastaan, maka pekerja terpaksa akur, kononnya Keretapi Tanah Melayu yang diswastakan mampu memperolehi keuntungan, tapi kami yang terpaksa akur, tiada pilihan lain, seolah-olah ditipu.

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pencen mengatakan kami telah menikmati KWSP, nak bagitau kami yang dah kerja lebih 30 tahun tak sampai RM 150.000 simpanan KWSP, nak makan apa, hutang keliling pinggang! kalau kami masih dalam kerajaan kami dapat lebih dari apa yang kami dapat melalui simpanan KWSP.

Inilah hasil pengswastaan KTM, sampai sekarang tiada untung, ada untung sebab jual saham, bukannya hasil operasi, rata-rata yang dah bersara semuanya di paras kemiskinan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi macam-macam alasan.

Sedarkah, kami akur kehendak kerajaan ketika itu, katanya bila swasta kami akan dapat lebih baik, semuanya satu alasan mengula-gulakan kami!

Lepas dua puluh lima (25) tahun diswastakan KTMB terus dirundung malang, campurtangan Kementerian Pengangkutan membuat KTMB terus bermasalah, kami yang jadi mangsa, mereka tidak memperdulikan kami, dari sudut faedah yang diterima jauh ketinggalan dari penjawat awam.

Keretapi ni mana boleh untung selagi dikatakan bahawa kami memberi "PERKHIDMATAN SOSIAL" semua dikawal kerajaan, tambah-tambah dengan campurtangan Kementerian Pengangkutan, tak kemanalah KTMB, yang ada, pihak tertentu ya ng mendapat keuntungan atas hasil jual tanah keretapi.

Ini semua idea Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, tak betul ke? kami yang mengalami, kami yang merasa, kami taulah!

Takkan hari ini kami nak hidup dengan RM 150 - 500.00, nak makan apa, tak kan sampai ke tua nak kerja, dengan kos sara hidup yang makin tinggi.

Kerajaan perlu memikirkan nasib semua pekerja yang dipaksa tanpa rela menerima pengswastaan, jangan biarkan pesara ini sampai satu hari terpaksa jadi pengemis, kami dah banyak berkorban, demi kepentingan pengguna di bawah perkhidmatan sosial, hargailah kami, jangan anak tirikan kami.

Timbangkan permintaan kami dari seluruh warga mantan pesara yang diswastakan, kerana kehidupan masa tua kami, atas kehendak kerajaan ketika itu membuat kami di bawah tahap kemiskinan, secara keseluruhan yang terlibat kurang lebih 200.000 pekerja dari kepelbagaian syarikat yang diswastakan, jangan anak tirikan kami yang dipaksa tanpa rela menerima pengswastaaan.

Kami merayu kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA mempertimbangkan melalui memorandum yang telah dihantar oleh Presiden Uni-Global iaitu Ybhg Datuk Haji Shafiee BP Mammal pada tahun 2016.

Semoga kami yang menuntut ini diberi perhatian.

Bagi Pihak Semua Pesara Yang Diswastakan

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Mac 2018

SATU KELUARGA/ SATU PASUKAN WE ARE RUM FAMILY







Kursus yang dijalankan baru-baru ini adalah untuk melahirkan kepimpinan RUM yang mempunyai jati diri yang tinggi, selain bergerak dalam satu pasukan, usaha ini adalah untuk membentuk generasi baru khususnya dikalangan kepimpinan baru yang rata-rata adalah dikalangan generasi muda untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti serta menjadi contoh yang terbaik kepada ahli-ahli RUM dan ianya bukan sahaja merangkumi sebagai pejuang kaum pekerja tetapi menjadi seorang pekerja yang mempunyai semangat @ dedikasi dalam pekerjaannya selaras dengan motto RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Selain dari itu antara aktiviti yang dijalankan ialah "TEAM BUILDING" untuk melahirkan kepimpinan yang bersifat satu pasukan dan mempunyai semangat kekeluargaan yang tinggi, ibarat sebuah keluarga yang dicubit peha kiri sakit peha kanan atau ditetak air tidak akan putus, usaha ini dilakukan adalah melahirkan kerjasama yang erat sebagai satu pasukan yang kuat dan berjiwa kental dalam mengharungi cabaran sebagai pemimpin kesatuan sekerja.

RUM melakukan sedemikian demi masa depan organisasi RUM itu sendiri bagi memastikan RUM dan KTMB akan terus dipertahankan dari anasir-anasir yang berkepentingan malah berusaha untuk mempertahankan RUM dan KTMB bukan hanya untuk dua (2) tahun, lima (5) tahun atau pun seratus (100) tahun, kerana perjuangan Kesatuan Sekerja adalah untuk memastikan ianya hidup membela nasib serta periuk nasi pekerja sampai bila-bila.

Perasaan takut yang menjadi salah satu perkara utama perlu dikikis, semangat perjuangan yang tinggi tanpa ada rasa gentar maupun berdepan dengan lambungan ombak yang tinggi mampu dihadapi, soal gagal, tidak timbul, usaha mencapai kejayaan, tanpa sikap putus asa menjadikan semangat jati diri yang kental mampu diharungi.

Inilah hasil kursus yang dilakukan, walaupun bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk kepimpinan yang mempunyai jati diri yang tinggi, tapi dari sudut positif RUM berjaya membentuk secara majoriti kepada perserta yang terlibat bagi menjadikan kepimpinan RUM sebagai satu pasukan yang hebat untuk terus berjuang mempertahankan KTMB dan RUM.

Diakhir program kursus rata-rata peserta melahirkan kesedihan untuk berpisah, saat manis, satu keluarga, susah, senang, sedih, ketawa sebagai satu keluarga besar yang hebat, terasa kejap waktu berlalu, terasa perpisahan itu, gambaran hasil kepada satu kejayaan dalam melahirkan sifat kekeluargaan,  satu pasukan demi satu semangat memperjuang dan mempertahankan KTMB dan RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


07 Mac 2018

DARI KACAMATA PRESIDEN RUM KEMELUT MTUC

Sebenarnya saya dah malas nak berkecimpung dengan MTUC, tak abis-abis bermasalah sejak selepas Tan Sri Zainal Rampak kalah dalam pemilihan, semenjak itu MTUC selalu bermasalah, ada sahaja yang tidak kena, mencari salah.

Mesyuarat baru mula ayat pertama keluar "point of order" lepas itu berkisar mengenai Perlembagaan MTUC, ada sahaja yang tidak kena, semua salah.

Bila saya baca Minit Mesyuarat MTUC, adeiii... letihnya.. isu yang banyak ada tidak dibincangkan... yang ada orang ni salah... orang itu salah... tapi isu pekerja.. isu melibatkan kementerian entah kemana... itu belum emai yang dihantar si A tulis... si B pun menulis... entah apa-apa... yang saya nampak masing-masing cuba membuktikan kebenaran tapi tiada yang cuba cari titik persefahaman untuk sebuah penyelesaian.

Kini keanggotaan gabungan makin berkurangan, yang tidak membayar yuran gabungan sehingga hilang kelayakkan makin bertambah, penubuhan kesatuan baru makin berkurangan... yang ada asyik bercakaran... entahlah sampai bila... kelmarin jumpa satu pemimpin kesatuan yang juga melahirkan rasa bosan dengan kerenah yang berlaku.. sempat beliau katakan "kalau macam ini aku tak nak bayar yuran gabungan lagi"... tidak ke mereka yang menjadi pemimpin cuba menyelami hati kepimpinan gabungan lain yang dah makin "cemuih" dengan kerena yang dibuat... sebagai pemimpin hati nurani gabungan juga perlu dibaca, kerana kami bukan mudah terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dengan tujuan untuk mempengaruhi kami.

Nama "BARISAN MANTAP" adalah idea saya sendiri... niat dihati adalah ingin memantapkan MTUC... ingat dihati agar MTUC kembali berjuang untuk kaum pekerja seperti satu ketika dahulu...

Tapi sayang.. bila kejujuran tiada.. banyak sangat "game".. permainan kotor... yang mengambil kesempatan... yang berkepentingan diri... sekadar hendak nama.. sekadar hendak jawatan...  tapi tanggungjawab... dasar MTUC entah kemana... dah macam main masak-masak...

Sejak pemilihan MTUC yang lepas.. saya dah menjangkakan apa yang bakal berlaku... jangkaan saya benar... Mesyuarat Majlis Am hampir tercetus pergaduhan... tidak pernah berlaku dalam sejarah MTUC selama saya berkecimpung dalam arena kesatuan sekerja.

Sejujurnya saya dah menjangkakan.. saya terus menjauhkan diri.. walaupun ada yang berusaha mempengaruhi untuk hadir dalam Mesyuarat Majlis Am... dah tawar hati... sebab mereka tidak pernah berubah... maka lebih baik membisu dan menjauhkan diri... bukan bermakna merajuk.. tapi dah tahap membosankan...

Apalah nak jadi dengan MTUC? kadang-kadang bila perhati semua dah tua.. tapi perangai macam budak-budak... malu kepada generasi muda... malu pada golongan belia... malu pada semua...

Namun saya tetap menaruh harapan mereka mampu kembali ke pangkal jalan, memertabatkan MTUC.. kembali kepada dasar MTUC.. kepada yang berkepentingan... yang mengambil kesempatan... saya mohon hentikan semua ini.. lihatlah diluar sana... banyak isu melibatkan kesatuan sekerja... banyak isu melibatkan kaum pekerja...

Jalankanlah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.. ingat kita akan dipersoalkan dikemudian hari... hentikanlah permainan kotor... tenguklah cermin... adakah kita benar-benar berjuang demi kaum pekerja di negara ini?

Sejujurnya umur kita sudah penghujung, jawatan sudah tidak memberi apa-apa pengertian... saya sendiri kalau dalam MTUC sudah tidak berminat lagi.. kalau ada pun.. hanya berharap... generasi muda@belia yang mengambilalih kepimpinan MTUC... yang lama.. yang bermasalah... sudah-sudahlah... hentikanlah... kerana... saya sudah bosan melihat telatah kamu...

Andai kamu semua terus bermasalah... saya sarankan agar pemilihan semula diadakan atau carilah jalan perdamaian.. fikirkan kepentingan gabungan dan warga pekerja yang seolah-olah telah kehilangan payung tempat berteduh.

Niat saya ikhlas... demi kepentingan kaum pekerja... malah pandangan saya supaya pemilihan diadakan bukan bermakna saya ingin bertanding semula... saya sudah cukup dengan jawatan yang saya sandang kini.. yang ada dalam hati untuk melahirkan kepimpinan muda terus berjuang bukan sahaja untuk RUM tapi seluruh kaum pekerja di negara ini.. tumpuan utama kini hanya dengan RUM.. sebelum saya bersara dan meninggalkan terus organisasi kesatuan sekerja.

Mudah-mudahan ada kesedaran kepada semua mereka agar ikhlas dalam perjuangan... ikhlas untuk kembali kepangkal jalan dan berjuang demi kaum pekerja.

Saya juga berhak menulis bagi pihak RUM, kerana RUM adalah gabungan yang berfaedah, maka RUM menulis agar diluar sana dapat membaca dan memahami apa yang berlaku dalam MTUC, kerana RUM adalah gabungan yang berfaedah tidak mahu jadi mangsa kerana mereka yang bercakaran.

Sudah-sudahlah... hentikanlah semua itu, kembalilah kepada dasar perjuangan Kaum Pekerja, dasar dan matlamat MTUC itu sendiri kerana kami mahu MTUC kembali gah seperti dahulu kala walaupun tidak sehebat organisasi kesatuan sekerja di luar negara.

Semoga dengan tulisan ini ada kesedaran dari mereka semua agar kembali kelandasan perjuangan dengan satu matlamat Memertabatkan MTUC.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Mac 2018

PENDIRIAN RUM DALAM KEMELUT MTUC, RUM MENYERU HENTIKAN PERTELAGAHAN DAN KEMBALI FOKUS ASAS PENUBUHAN MTUC.

RUM melihat dan meneliti perkembangan MTUC secara dekat yang kebelakangan ini berlaku pertelagahan dipucuk kepimpinan MTUC.

Sesungguhnya pertelagahan ini telah menghakibatkan kesan besar kepada Kesatuan Gabungan serta seluruh warga pekerja dinegara ini yang terhimpit dengan kepelbagaian isu.

RUM merasa sedih dan amat malu sebuah organisasi yang mewakili semua Kesatuan Gabungan yang merangkumi keseluruhan ahli-ahlinya melebihi 600,000 malah mewakili seluruh warga pekerja telah berlaku kemelut pertelagahan pucuk kepimpinan MTUC.

MTUC diwujudkan adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Solidarity dari kalangan semua gabungan kesatuan sekerja serta menjalinkan persaudaraan dikalangan semua gabungan serta kepimpinan, kewujudan perpecahan ini telah melahirkan kecacatan Solidarity seterusnya mencetuskan perpecahan dikalangan kepimpinan gabungan kesatuan sekerja

RUM berpendirian tidak akan memihak kepada mana-mana kumpulan yang bertelagah dalam kepimpinan MTUC, tindakan tidak memihak ini adalah tidak mahu bersekongkol dengan mana-mana pihak yang boleh mencetuskan perpecahan dan menghakiskan kekuatan Kesatuan Sekerja di negara ini.

RUM menyeru kedua-dua pihak maupun siapa yang terlibat dalam kemelut ini kembali kepangkal jalan dan menyelami asas penubuhan MTUC itu sendiri, seterus RUM amat berharap agar semua pihak yang terlibat hentikan pertelagahan ini dan kembali kemeja rundingan untuk satu perdamaian demi kepentingan oganisasi yang bergabung dan keseluruhan warga pekerja di negara ini.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, cuma hentikan keegoaan maupun sifat kepentingan diri, sebaliknya fokus kerana kehadiran kita selaku pemimpin adalah untuk membela nasib kaum pekerja.

RUM menyeru kepada semua kepimpinan MTUC hentikan pertelagahan  ini, masing-masing dah berusia, masing-masing boleh fikir dengan waras demi kembalikan MTUC ke jalan yang betul dan bukannya menjadikan MTUC makin hari ibarat "hidup segan mati tak mahu".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Mac 2018

PEMUDA MCA BERDEMONTRASI

RUM melihat ini satu "wayang" atau mungkin satu "lawak jenaka" bila Pemuda MCA membuat demontrasi terhadap NAZRI.

Kononnya MCA adalah jaguh kepada "bangsa cina", sedangkan kes hanya melibatkan "individu" atau kalau ada isu pun hanya sekadar "isu lemah" yang tidak perlu  sehingga melakukan Demontrasi, ianya boleh diselesaikan melalui perundingan dalaman.

Kenyataan NAZRI juga berasas walaupun "pedas" tak sewajarnya membiarkan sebarang kenyataan dari mana-mana pihak yang menyentuh kerajaan atau parti memerintah, sebagai kepimpinan Melayu, Nazri berhak menyuarakan pandangan beliau kerana ianya telah mengusik Parti Memerintah apatah lagi dari individu yang menjadi kaya raya hasil dari kerajaan memerintah, soal yang menulis kenyataan itu berbentuk fitnah tidak timbul, masakan tiada angin pokok bergoyang.

RNAA adalah isu nama "TANAH MELAYU" di bawah Kementerian Pengangkutan yang Menterinya adalah Presiden MCA, di usik malah dipinda sehingga wujudnya RNAA, jangka panjang atau secara tersiratnya satu hari nanti nama Keretapi "Tanah Melayu" itu terkubur, secara simboliknya identiti "Tanah Melayu" itu akan hilang, maknanya Presiden MCA sudah mengusik identiti "TANAH MELAYU, malangnya tiada siapa pun berani mempertahankan kerana "MENJAGA HATI".

Kini dengan berani NAZRI membuat komen mengenai kenyataan individu "RAJA GULA", maka MCA keluar menjadi HERO dengan DEMONTRASI meminta NAZRI meminta maaf, apakah kepimpinan Melayu akan terus "MENJAGA HATI?" sedangkan kenyataan NAZRI boleh dianggap kenyataan yang benar.

Udahlah tu, henti-hentikanlah "MENGAMBIL HATI" adakah MCA ada mengambil hati Melayu, hati bangsa Cina pun mereka tidak ambil tahu sehingga undi Cina berubah haluan malah mengikut info di Bentong 90% undi Cina tidak kepada MCA, MCA hanya dapat undi dari Melayu dan India, malah dijangkakan MCA akan jadi seperti Parti Gerakan pada PRU 14 ini.

RUM sendiri akan mengesa ahli-ahli RUM malah akan meminta ahli-ahli RUM berkempen kepada saudara dan kenalan dimana ada calon MCA jangan mengundi mereka, kerana kami marah dengan kewujudan RNAA.

Cuma kepada Parti Memerintah Utama beranilah mempertahankan hak melayu jangan membenarkan waima sekadar nama hilang ditelan bumi semata-mata "MENJAGA HATI", kami memerhati jangan sampai kami terasa hati, ingatlah lagu yang didendangkan "ANAK KECIL MAIN API".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Mac 2018

Sokong kenyataan Nazri

RUM nak sokong Nazri... apa ada hal! MCA konon nak jadi HERO... Tiong Lai nak jadi Hero... RNAA tu buat diam je... tak payahlah... WE SUPPORT NAZRI!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


01 Mac 2018

Seminar RUM Berjaya melahirkan pemimpin pelapis.

Seminar RUM selama 5hari 4malam telah pun selesai, Terima kasih pada CEO KTMB, penceramah jemputan, para peserta yang menjayakan program RUM demi melahirkan kepimpinan yang mempunyai jati diri serta mampu berkhidmat dengan penuh dedikasi sebagai pekerja dan berbakti untuk ahli-ahlinya.

Seminar ini sangat berjaya membentuk jati diri dalam menghadapi cabaran pada masa akam datang dan melahirkan pemimpin yang berwibawa demi masa depan RUM dan KTMB.

Semoga para peserta yang pulang, selamat kembali ke destinasi masing, kita terus berjuang demi kepentingan pekerja khususnya ahli-ahli RUM, serta mempertahankan organisasi RUM dan KTMB.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB