08 Mac 2018

SATU KELUARGA/ SATU PASUKAN WE ARE RUM FAMILY







Kursus yang dijalankan baru-baru ini adalah untuk melahirkan kepimpinan RUM yang mempunyai jati diri yang tinggi, selain bergerak dalam satu pasukan, usaha ini adalah untuk membentuk generasi baru khususnya dikalangan kepimpinan baru yang rata-rata adalah dikalangan generasi muda untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti serta menjadi contoh yang terbaik kepada ahli-ahli RUM dan ianya bukan sahaja merangkumi sebagai pejuang kaum pekerja tetapi menjadi seorang pekerja yang mempunyai semangat @ dedikasi dalam pekerjaannya selaras dengan motto RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Selain dari itu antara aktiviti yang dijalankan ialah "TEAM BUILDING" untuk melahirkan kepimpinan yang bersifat satu pasukan dan mempunyai semangat kekeluargaan yang tinggi, ibarat sebuah keluarga yang dicubit peha kiri sakit peha kanan atau ditetak air tidak akan putus, usaha ini dilakukan adalah melahirkan kerjasama yang erat sebagai satu pasukan yang kuat dan berjiwa kental dalam mengharungi cabaran sebagai pemimpin kesatuan sekerja.

RUM melakukan sedemikian demi masa depan organisasi RUM itu sendiri bagi memastikan RUM dan KTMB akan terus dipertahankan dari anasir-anasir yang berkepentingan malah berusaha untuk mempertahankan RUM dan KTMB bukan hanya untuk dua (2) tahun, lima (5) tahun atau pun seratus (100) tahun, kerana perjuangan Kesatuan Sekerja adalah untuk memastikan ianya hidup membela nasib serta periuk nasi pekerja sampai bila-bila.

Perasaan takut yang menjadi salah satu perkara utama perlu dikikis, semangat perjuangan yang tinggi tanpa ada rasa gentar maupun berdepan dengan lambungan ombak yang tinggi mampu dihadapi, soal gagal, tidak timbul, usaha mencapai kejayaan, tanpa sikap putus asa menjadikan semangat jati diri yang kental mampu diharungi.

Inilah hasil kursus yang dilakukan, walaupun bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk kepimpinan yang mempunyai jati diri yang tinggi, tapi dari sudut positif RUM berjaya membentuk secara majoriti kepada perserta yang terlibat bagi menjadikan kepimpinan RUM sebagai satu pasukan yang hebat untuk terus berjuang mempertahankan KTMB dan RUM.

Diakhir program kursus rata-rata peserta melahirkan kesedihan untuk berpisah, saat manis, satu keluarga, susah, senang, sedih, ketawa sebagai satu keluarga besar yang hebat, terasa kejap waktu berlalu, terasa perpisahan itu, gambaran hasil kepada satu kejayaan dalam melahirkan sifat kekeluargaan,  satu pasukan demi satu semangat memperjuang dan mempertahankan KTMB dan RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Related Posts:

  • COMMITTED ( 9/5 ) Dalam apa yang kita lakukan ialah "kesungguhan", tidak sesekali kita lakukan dengan "ambil mudah", "lepas tangan" atau bahasa kini "ada aku kesah"! Tindakan sedemikian membuat kita hilang hala tuju, tiada fokus yang akh… Read More
  • LAWATAN DATO PENGERUSI KTMB Tahniah Dato atas lawatan ke Pantai Timur, satu usaha yang sangat baik. Untuk makluman Dato, isu track pantai timur adalah isu yang telah dibangkitkan oleh RUM di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan Kesihatan… Read More
  • SUARA RUM Generasi ke-2 SUARA RUM telah melakukan perubahan aplikasi android kepada 'generasi ke-2'. Dengan perubahan ini selain memudahkan ahli-ahli Kesatuan ini memperolehi maklumat, ianya lebih mudah dan mempunyai banyak fungsi yang berguna. Ver… Read More
  • CARI DUIT Gambar Hiasan Mungkinkah selepas ini kerja cari duit dibebankan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah? Kalau dilihat situasi sekarang, mungkin iya... Bagus... Sbb ini menunjukkan "commitment" yang tinggi dari Dato Pengerus… Read More
  • YB Dato Pengerusi memberi taklimat mengenai Business Plan YB Dato Pengerusi sedang memberi taklimat pada pegawai utama RUM dengan begitu semangat sekali, menerangkan hasrat beliau untuk membawa perubahan kepada KTMB, walaupun baru lebih kurang 2 bulan menjawat jawatan Pengerusi K… Read More