RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label buang kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buang kerja. Papar semua catatan

06 September 2014

Anggota RUM tunggu masa diberhentikan kerja

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, beliau percaya saki-baki anggotanya yang menyertai piket Mei lalu kini hanya menunggu masa untuk diberhentikan kerja oleh majikan mereka.

KTMB kini bertindak memberhentikan pekerja tersebut sedikit demi sedikit, katanya yang turut dikenakan tindakan sama, 29 Ogos lalu.

Terbaru, seramai tiga orang pekerja KTMB diberhentikan kerja tanpa notis, menjadikan jumlah pekerja yang dikenakan tindakan tersebut seramai lima orang setakat ini, katanya.

Tiga individu itu ialah wakil pembantu trafik Muhammad Faizal Shahibul Kiraya, wakil pelansir Zahit Zakaria dan pengerusi RUM cawangan Ipoh Mohamad Yusuf Mohamed Rashid.

“Setiap hari pekerja akan diberhentikan sehingga mencapai jumlah 110 orang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya, 110 orang pekerja itu merupakan individu yang berjaya dikesan oleh pihak pengurusan KTMB sebagai peserta piket 9 Mei.

Katanya, pihak pengurusan bertindak demikian kerana menganggap tindakan industri tersebut melanggar undang-undang.

“Mereka (pengurusan KTMB) tiada kuasa untuk berkata begitu dan tindakan mereka ini mendahului kuasa mahkamah,” katanya.

Beliau memetik kandungan Sekyen 4 Akta 177, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menggariskan bahawa syarikat tidak berkuasa untuk menghalang aktiviti kesatuan.

Beliau menegaskan bahawa RUM juga tidak akan merayu untuk mendapatkan semula jawatan masing-masing.

“Kami berada di pihak yang benar,”  katanya yang turut bercadang untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah. [MK]

Bekas Presiden CUEPACS berikan pandangan

Tuan Haji Muhammad Abas mula bersuara! beliau ialah Mantan Presiden RUM selama 20 tahun, Mantan Setiausaha Agung CUEPACS dan Presiden CUEPACS. 

Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB kami menghargai kenyataan ini.

Beliau juga adalah Guru saya dalam Kesatuan Sekerja. 

Presiden
Kesatuan Pekerja2 KTMB

--------------------------------------------------------

'Buang kerja kerana piket tak pernah berlaku'

9:33AM Sep 6, 2014

Bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Muhammad Abas hairan dengan tindakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad memberhentikan kakitangan yang menyertai piket.

Beliau yang juga bekas presiden Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) berkata, kakitangan yang menyertai piket pimpinannya sebelum ini tidak pernah dikenakan tindakan seperti itu.

“Dulu pernah berlangsung piket selama 23 hari, tiada langsung pekerja yang diberhentikan tetapi ini baru tiga hari dah ada yang kena berhenti,” katanya.

Muhammad turut menekankan bahawa segala aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan pekerja tidak boleh dicampuri sama sekali oleh pihak majikan.

Katanya, RUM harus mengemukakan perkara ini kepada perdana menteri kerana ia melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Sebagai mantan presiden RUM, saya menyeru supaya KTMB mengambil semula pekerja yang telah diberhentikan kerana tindakan memberhentikan pekerja ini tidak relevan,” katanya.

Beliau mengulas tindakan KTMB menyingkirkan pemimpin RUM dan juga anggota kesatuan tersebut atas pembabitan dalam satu piket pada 9 Mei lalu.

Piket yang disertai ratusan anggota RUM itu bagi mendesak presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang sepanjang perkhidmatannya. [MK]

05 September 2014

Buang Kerja Tanpa Notis 3


Buang Kerja Tanpa Notis 2