RUM ingat bila Peneraju RAC lama bersara, digantikan Peneraju RAC Baru, jangkaan RUM RAC ni akan berwajah baru, idea baru, berinovasi, bervisi...
Tapi bila kenyataan akhbar 17hb Januari 2019 dikeluarkan, RUM terkejut... tidaklah sampai melompat... terkejut ketawa terbahak-bahak.. kihkihkih... rupanya termasuk "GENG CD CETAK ROMPAK"... adeiiiiiii.....
RUM terfikir apakah alaf baru menjelang 2020, adakah Malaysia ini mula ketandusan pakar-pakar idea berinovasi, atau mungkin meletakkan individu-individu yang "BLANK" tidak mampu mencetuskan idea yang berinovasi, kalau ginilah caranya makanya RAC kekal sebagai "wal hasil balik asal".
RUM sentiasa menekankan RAC tidak diperlukan seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, kerana tugasan RAC adalah kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh KTMB malah KTMB jauh berkemampuan dari RAC.
Kalau dari segi kos pengurusan kewujudan RAC ianya boleh dianggap pembaziran berbanding dengan apa yang telah terwujud dalam KTMB, maka itu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan perlu mengkaji kedudukan RAC semula, cadangan RUM adalah RAC perlu dibubarkan seperti mana SPAD dan diletakkan di bawah KTMB, RUM yakin KTMB mampu mengendalikan RAC seterusnya mencetuskan idea-idea baru dari pembangunan hartanah seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh En Rani Samsuddin CEO KTMB dalam kenyataan akhbar pada awal tahun lepas.
Kerajaan perlu berani merubah dasar lama kepada dasar baru dan bukannya terus terima pakai dasar lama, kerana dasar lama telah dikesan banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.
Tambahan info yang dapat dikesan ialah pihak-pihak tertentu sedang beriya-iya melobi untuk mendapatkan pengunaan tanah di bawah kawal selia RAC samada untuk pembangunan seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RAC atau untuk pengunaan dan kepentingan pengusaha operator kargo, malah RUM juga dapat menghidu bahawa usaha-usaha gigih pihak tertentu serta ada kemungkinan kalangan pihak tertentu yang telah termakan budi berdasarkan pelaburan yang telah dibuat sebelum ini.
Justeru itu kita berharap seperti yang diwar-warkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan ini bersih hendaklah dikekalkan, bukannya sekadar indah khabar dari rupa, RUM bergerak sebagai "watch dog" tidak akan berdiam diri malah akan bangkit menyuarakan tentangan sekiranya ada perkara yang melibatkan kepentingan KTMB, RUM tidak gentar untuk terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
25 Januari 2019
Home »
» PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
RUM MENGHIDU SESUATU
PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) RUM MENGHIDU SESUATU
Jumaat, Januari 25, 2019
Related Posts:
Semoga kamu tewas dalam PRU14"Second Operator" perjanjian yang akan ditandatangani pada 19/12/17 di Saloma Bistro akan diteruskan! Terbaiklah MoT!!! Satu kejayaan Kerajaan Hari ini yang dicetuskan ideanya oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lain Menteri Pengang… Read More
HENTIKAN RNAA@SECOND OPERATOR YB DATO AZIZ KARPAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN.RUM kerap marah dengan Menteri Pengangkutan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai, malah Majlis Exxo telah buat keputusan untuk turun ke Bentong berusaha membantu pihak lawan sehingga Yb Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang di PRU 14, se… Read More
Dato Seri Liow Tiong Lai hilang sokongan dalam PRU 14?Alamak Tan Sri Lim Ah Lek... RUM tau Dato Sri Liow Tiong Lai mantan Setiausaha Politik masa Tan Sri sebagai Menteri Sumber Manusia satu ketika dulu, RUM tidak merasakan Dato Sri Tiong Lai akan menang pada PRU 14 di Bent… Read More
Hentikan RNAA… Read More
IMAMS VS RNAA Ada juga yang salahkan KSU & TKSU.. Iya ada juga salah sebab mereka tiada pendirian! Sedikit asakan maka akurlah mereka! Last sekali mereka jadi mangsa... sebab apa? Kata mereka.. saya ikut arahan boss... har...har..har..… Read More