Memaparkan catatan dengan label business plan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label business plan. Papar semua catatan
22 April 2014
Penghargaan kepada Pengerusi Lembaga POengarah KTMB
Selasa, April 22, 2014
business plan
RUM merakamkan penghargaan setinggi terima kasih kepada YB Dato Ir Haji Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang menjemput pegawai utama kesatuan untuk penerangan mengenai Business Plan yang cetusan idea oleh YB Dato Pengerusi KTMB sendiri.
Walaupun kami tidak menghadiri pada sessi Business Plan di MYRA tempoh hari atas sebab protes kami terhadap Presiden KTMB, tidak bermakna kami menolak Business Plan yang diusahakan oleh YB Dato Pengerusi KTMB.
In Syaa Allah, esuk kami akan hadir mendengar taklimat YB Dato, seterusnya kami akan memberi sokongan kepada cetusan idea YB Dato.
Pada kami, kami rasa bertuah, kerana mempunyai Pengerusi KTMB yang pro aktif untuk memaju dan memulihkan KTMB.
Terima Kasih kepada YB Dato'.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
20 Mac 2014
PIKET : HALA TUJU DATO' PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB
Khamis, Mac 20, 2014
business plan, Piket
![]() |
Gambar Hiasan |
Business Plan yang dianjurkan oleh Dato Pengerusi adalah lebih munasabah kerana mempunyai hala tuju, walaupun secara umumnya tidak meletakkan "Target".
Kenapa tidak diletakkan "Target" jawapan mudah iaitu Dato Pengerusi mahu memfokuskan kelemahan-kelemahan yang ada bagi tujuan memperbetulkan apa yang tidak dibetulkan oleh Datuk Presiden KTMB.
Jawapannya Dato Pengerusi menyedari bahawa masalah utama ialah "rolling stock" dan "infra", kalau ini dibetulkan (dasar) maka selepas itu mudah untuk mencapai "target"!, maksudnya menjalankan operasi yang sedia ada, seterusnya memperbetulkan kelemahan, mewujudkan percambahan idea business baru, pemasaran baru serta memperbanyakkan larian tren khususnya Kargo, kerana kargo boleh dijadikan punca pendapatan utama KTMB.
Disinilah kebijaksanaan Dato' Pengerusi!
Teruskan RUM sentiasa bersama Dato' Pengerusi.
Jangan lupa 9 Mei 2014, Kita turun ramai-ramai tolak Datuk Presiden KTMB!
Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB
18 Mac 2014
Business Plan Part 11 (akhir)
Selasa, Mac 18, 2014
business plan
KONKLUSI (13 Dalil)
1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB.
2. Pembuktian bahawa Yb Dato Pengerusi KTMB telah hilang kepercayaan kepada Datuk Presiden KTMB, dalilnya apa perlu Yb Dato Pengerusi mencampuri urusan pengurusan KTMB iaitu urusan Presiden KTMB yang mempunyai "executive power".
3. Para 1 dan 2 telah membuktikan bahawa semua surat kesatuan berjumlah 31 pucuk surat dan kenyataan dalam Suara RUM adalah benar.
4. Surat kesatuan yang menjelaskan kegagalan Datuk Presiden KTMB di bawah tajuk kerugian peluang (opportunity loss)
5. Datuk Presiden KTMB masih mengekalkan consultant made in India yang tiada membawa sebarang kebaikan kepada KTMB, menyebabkan kerugian melalui pembayaran upah yang besar serta pembaziran wang KTMB.
17 Mac 2014
Business Plan Part 10
Isnin, Mac 17, 2014
business plan
ADILKAH KEPADA YB DATO PENGERUSI?
Kalau ikut kebiasaannya Pengerusi KTMB jarang-jarang turun padang kecuali dalam majlis tertentu sahaja, lebihnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah atau di Pejabat Lembaga Pengarah KTMB, itulah kebiasaannya.
Datuk Presiden KTMB mempunyai kuasa "EXECUTIVE POWER", perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan, pembuat keputusan dll di bawah kuasa Presiden KTMB, maka disinilah letaknya tanggungjawab besar kepada Presiden KTMB dalam menerajui KTMB, jatuh bangunnya KTMB terletak kepada Presiden KTMB!
Mungkin pembaca mengatakan tidak adil, kenapa hanya perlu Presiden KTMB sahaja, kenapa tidak semua pegawai atasan KTMB dan semua pekerja KTMB?
Business Plan Part 9
Isnin, Mac 17, 2014
business plan
Harapan Dan Cabaran Pengerusi
Dalam pengetahuan RUM, satu-satunya Pengerusi KTMB semenjak pengswastaan pada tahun 1992 yang turun padang serta melaksanakan program Business Plan! malah kini YB Dato Pengerusi lebih kerap turun padang untuk mengetahui, mempelajari, mendekati dan memahami KTMB, usaha-usaha ini adalah dengan tujuan keinginan beliau secara bersungguh-sungguh untukmemulihkan KTMB. (good job)
RUM mengikuti setiap perkembangan YB Dato Pengerusi, justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada RUM untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
15 Mac 2014
Business Plan Part 8.
Sabtu, Mac 15, 2014
business plan
Apakah Business Plan ke 2 mampu mencapai apa yang diharapkan?
Dari pemerhatian RUM, Business Plan yang dicetuskan idea oleh YB Dato Pengerusi adalah baik, walaupun RUM tidak melibatkan diri, RUM berkeyakinan bahawa YB Dato Pengerusi berkemampuan mencetuskan idea- idea yang bernas, bagaimana nak memulihkan KTMB serta meningkatkan pendapatan (revenue) KTMB, walaupun RUM menulis sebelum berakhirnya Business Plan, malah tidak tahu apa yang diputuskan, tapi naluri RUM sangat yakin kebolehan dan kemampuan YB Dato Pengerusi, RUM pasti bahawa diakhirnya satu rumusan yang mampu membina KTMB ke era pemulihan.
Namun demikian, RUM tetap mengandaikan bahawa Business Plan yang disediakan nanti gagal diimplementasikan, RUM beranggapan usaha Yb Dato Pengerusi, akhirnya sia-sia sahaja, kenyataan Business Plan Part 6, surat kesatuan telah pun dinyatakan.
Business Plan Part 7
Sabtu, Mac 15, 2014
business plan
KEWAJARAN
Sesuatu yang pelik/luarbiasa/lucu berlaku, bila perancangan dibuat melalui Business Plan untuk tahun 2014 dibuat 2 kali, satu dianjurkan oleh Presiden KTMB, satu lagi dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang baru.
(kalau org tk faham, pasti akan ketawakan KTMB, lucu banget, kihkihkih)
Secara logiknya adalah tidak wajar sama sekali dilakukan Business Plan buat kali ke 2, kecuali ada sebab yang munasabah (gagal), kerana Business Plan yang pertama telah pun dilaksanakan, pastinya Business Plan peringkat pertama yang dicetuskan idea oleh Datuk Presiden KTMB adalah terbaik. Pada dasarnya Business Plan peringkat pertama adalah digunapakai sebagai garis panduan untuk membina perniagaan serta target pencapaian KTMB yang berakhir pada 31 Disember 2014.
Business Plan Part 6
Sabtu, Mac 15, 2014
business plan
Surat Kesatuan Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dipaparkan untuk tatapan umum, bertarikh 10 Mac 2014.
BUSINESS PLAN AND KTMB TRANSFORMATION RETREAT
Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan kepada pihak kesatuan untuk menghadiri program seperti perkara di atas.
Pihak kami berbangga dan sangat berbesar hati menerima jemputan berkenaan, malah sentiasa akan berusaha untuk memberi kerjasama dalam semua aspek penganjuran KTMB khususnya dari YB Dato’, apatah lagi ianya satu perancangan yang sangat baik, bagi memastikan KTMB berjaya dipulihkan, pihak kesatuan sentiasa mengalu-alukan setiap usaha untuk menambahbaikan KTMB.
14 Mac 2014
Business Plan Part 5
Jumaat, Mac 14, 2014
business plan
Ada 2 gambar yang dipaparkan, kedua-dua gambar telah dimasukan sebelum ini.
1. Business Plan 2014 oleh Datuk Presiden, KTMB
2. Business Plan 2014 oleh Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Apa maksudnya?
Ikuti episod seterusnya...
1. Business Plan 2014 oleh Datuk Presiden, KTMB
2. Business Plan 2014 oleh Dato' Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Apa maksudnya?
Ikuti episod seterusnya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
13 Mac 2014
Business Plan Part 4
Khamis, Mac 13, 2014
business plan
"ONTIME EVERYTIME"
Setahun 9 bulan slogan "ONTIME EVERYTIME" ini digunapakai melalui cetusan idea Datuk Presiden KTMB.
Kalau ditafsirkan atau digali kandungan "ONTIME EVERYTIME" ini cukup luas dan dalam maksudnya.
Apakah hasil dan kejayaan slogan ini, kalau dilihat hasil nya ialah "NIL", hanya seronok untuk glamour, seronok untuk disebut, kononnya slogan ini akan membawa satu kejayaan kepada KTMB.
Slogan ini tiada membawa sebarang pengertian atau "kurang gali, kata Ogy Ahmad Daud dalam Akedemik Fantasia sebagai pengkritik" yang ada ialah menunjukkan kegagalan Presiden KTMB, kerana kegagalan Presiden KTMB sendiri mendalami atau mengali maksud "ONTIME EVERYTIME".
Justeru itu adalah wajar slogan ini ditarik balik, kerana ianya tidak lagi praktikal, malah tidak menunjukkan sebarang keberhasilan.
U FAILED!!!!!
ikuti episod selanjutnya...
Business Plan Part 3
Khamis, Mac 13, 2014
business plan
Hari ini 13 Mac sehingga 16 Mac 2014, maka akan berlangung Businesee Plan di MYRA, Batu Gajah, Perak.
Pihak Rum merakamkan tahniah kepada YB Dato Ir Haji Nawawi, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang merencana dan membentangkan Business Plan KTMB.
Walaupun hanya lebih kurang 3 minggu menjejaki di KTMB, YB Dato telah menunjukkan langkah awal bagi mencari solusi untuk memulih KTMB,
PERTAMA KALI DALAM SEJARAH KTMB! Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB turun padang dengan mewujudkan idea dan mengetuai Business Plan KTMB, Tahniah Dato.
Usaha-usaha ini, sangat dialu-alukan oleh pihak RUM, kami warga pekerja mendoakan usaha ini akan membuahkan hasil seterusnya mampu mengembangkan Businees Plan yang berinovatif kearah memulihkan KTMB.
Tahniah kepada YB Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
ikuti episod selanjutnya....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Mac 2014
Business Plan Part 2: ANGGARAN KOS PERBELANJAAN BUSINESS PLAN 3-5 SEPTEMBER 2013
Selasa, Mac 11, 2014
business plan
![]() |
Gambar Hiasan |
Anggaran Perbelanjaan
3 hari 2 malam dengan jumlah peserta 150 orang.
150 x RM 50 x 3hari = RM 22.500.00
Andaian kos gaji purata eksekutif RM 4K (minima) x 150 x 3hari / 22 hari ialah RM 88.818.00
Pentadbiran, Pengangkutan dan hostel dianggarkan RM 30.000.00.
Jumlah keseluruhan ialah RM 141.318,00
IKUTI EPISOD SELANUTNYA....
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB
Bussines Plan Part 1
10 Mac 2014
Business Plan Part 1
Isnin, Mac 10, 2014
business plan
Pada 3-5 September 2013, Presiden KTMB telah pun mengadakan Business Plan di MYRA Batu Gajah, kehadiran seramai 150 orang.
Sehingga hari ini apakah rumusannya? RUM beranggapan Business Plan yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB telah gagal. Kenapa gagal? Adakah ianya satu pembaziran? Apakah bukti gagal? Apakah tindakan yang telah diambil?
Ikuti episod selanjutnya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB