18 Mac 2014

Business Plan Part 11 (akhir)

KONKLUSI (13 Dalil)

1. Business Plan kali kedua bagi tahun 2014 anjuran Yb Dato Pengerusi sebagai pembuktian kegagalan Business Plan Pertama yang dianjurkan oleh Datuk Presiden KTMB.

2. Pembuktian bahawa Yb Dato Pengerusi KTMB telah hilang kepercayaan kepada Datuk Presiden KTMB, dalilnya apa perlu Yb Dato Pengerusi mencampuri urusan pengurusan KTMB iaitu urusan Presiden KTMB yang mempunyai "executive power".

3. Para 1 dan 2 telah membuktikan bahawa semua surat kesatuan berjumlah 31 pucuk surat dan kenyataan dalam Suara RUM adalah benar.

4. Surat kesatuan yang menjelaskan kegagalan Datuk Presiden KTMB di bawah tajuk kerugian peluang (opportunity loss)

5. Datuk Presiden KTMB masih mengekalkan consultant made in India yang tiada membawa sebarang kebaikan kepada KTMB, menyebabkan kerugian melalui pembayaran upah yang besar serta pembaziran wang KTMB.


6. Datuk Presiden KTMB telah melakukan pembaziran wang KTMB melalui kegagalan Business Plan yang pertama.

7. Kelemahan urustadbir Datuk Presiden KTMB dalam mewujudkan perancangan yang tidak berkesan untuk memulihkan KTMB, dalilnya Datuk Presiden KTMB mengunakan "reverse strategy".

8. Tindakan Datuk Presiden KTMB seolah-olah memberi ruang pengambilalihan KTMB oleh pihak luar terutaman MMC.

9. Implikasi kepada tindakan Datuk Presiden KTMB akan menjejaskan peluang penyemakkan semula gred gaji pekerja kerana KTMB tidak mampu menambah pendapatan (revenue)

10. Kehilangan "experties" KTMB yang telah dan akan meletakkan jawatan dalam KTMB.

11. Masa depan KTMB seperti hilang punca.

12. Demi memastikan usaha Yb Dato' Pengerusi KTMB melalui Business Plannya, menjadi kenyataan.

13. Imej KTMB tergugat dengan teruk, hilang kepercayaan pengguna serta merugikan wang rakyat dan menjejaskan nama baik kerajaan yang memerintah.

Dengan ini Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan mandat Majlis Eksekutif yang bersidang pada hari ini, 18.3. 2014 mengambil ketetapan:-

1. Memohon YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan campurtangan dengan segera dengan tujuan menamatkan perkhidmatan Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB dengan kadar segera.

2. Sidang ini juga memutuskan mengambil pendirian melahirkan keputusan mengambil tindakan "PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN" pada 9.5.2014 Jam 4.30 petang - 7.00 petang diperkarangan Ibu Pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Tindakan sedemikian adalah dengan tujuan merayu pada YAB Dato' Sri mengambil tindakan segera bagi mengelakan KTMB terus merudum dan menyelamatkan KTMB, justeru itu RUM mendesak Datuk Presiden KTMB hendaklah ditamatkan perkhidmatan.

Tarikh piket ini sempena :-

1. Sempena sambutan Hari Pekerja.
2. Genap 2 tahun Datuk Presiden KTMB menjawat jawatan Presiden KTMB.

Sehubungan dengan itu, semua cawangan-cawangan kesatuan diarahkan bersiap sedia menjayakan tindakan PIKET/DEMONTRASI SECARA AMAN.

KITA TUNJUKAN KEKUATAN RUM

"UNITY IS OUR STRENGTH"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB