KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, kelulusan itu berdasarkan Perjanjian Bersama antara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) dan Persatuan Pegawai-pegawai KTMB (SOA)
“Ini merupakan Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan RUM dan ke-6 antara KTMB dan SOA. Perjanjian Bersama ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nawawi berkata, KTMB menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan yang prihati dengan permintaan kesatuan pekerja KTMB untuk mendapat pelarasan gaji yang baik bagi meringankan kos sara hidup.
Menurutnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sangat prihatin terhadap golongan pekerja dan warga KTMB komited untuk terus memberi perkhidmatan terbaik. – MYNEWSHUB.CC
08 April 2017
KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik
06 April 2017
PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TERIMA KASIH YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Syukur Alhamdulillah Perjanjian Bersama yang ke 8 telah pun diluluskan dengan "Pelarasan Gaji Sebanyak 13%".
Pihak Kesatuan merakamkan ucapan "JUTAAN TERIMA KASIH" kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Kelulusan ini mencerminkan YAB DATO SERI PERDANA MENTERI amat prihatin kepada kami gologan pekerja yang berpendapatan rendan serta melaksanakan tugas-tugas di bawah Perkhidmatan Sosial.
Terima kasih juga kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB yang merestui tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama yang ke 8.
RUM akan terus memberi sokongan seperti mana RUM telah melahirkan sokongan kepada YAB DATO SERI PERDANA MENTERI.
Sekali lagi bagi pihak seluruh warga KTMB kami merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB