RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label RNAA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RNAA. Papar semua catatan

03 Mac 2018

Sokong kenyataan Nazri

RUM nak sokong Nazri... apa ada hal! MCA konon nak jadi HERO... Tiong Lai nak jadi Hero... RNAA tu buat diam je... tak payahlah... WE SUPPORT NAZRI!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Februari 2018

TETAP MENUNGGU DENGAN SABAR KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Walaupun Mesyuarat MKT telah membawa isu RUM antara lain YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO telah bersetuju untuk menemui RUM dengan mencadangkan satu pertemuan  diadakan terlebih dahulu diantara MOT, MOF & RUM sebelum pertemuan dengan YAB Perdana Menteri dilakukan, keputusan ini telah dibuat pada Mesyuarat MKT pada September 2017.

Sehingga hari ini tiada sebarang Mesyuarat diadakan seperti mana keputusan yang tercatat dalam Minit Mesyuarat MKT.

RUM tidak hairan kenapa keputusan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat MKT tidak terlaksana sehingga hari ini yang dipengerusikan oleh  Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia kerana RUM sedar bahawa MoT tidak bersedia untuk bertemu dengan RUM malah tidak mampu berhujah dengan RUM, malah kami sedar bahawa tindakan keputusan MKT khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri yang tidak mahu membelakangkan Kementerian Pengangkutan, kalau dilihat dari sudut tempoh melangkaui tiga (3) bulan atau sudah melebihi seratus (100) hari, seolah-olah Kementerian Pengangkutan tidak ambil peduli dengan keputusan MKT.

Namun kami tetap bersabar dan mengharapkan walau tanpa pertemuan antara MoT dan MoF, YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sudi menemui kami beri kami peluang menjelaskan implikasi RNAA, andai pertemuan diantara MoT, MoF dan RUM diadakan dalam waktu terdekat kami juga bersedia untuk hadir, tiada masalah untuk kami berdepan dengan MoT.

Kami sedar hanya YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sahaja yang mampu menyelesaikan masalah kewujudan RNAA, kami tetap tidak berputus asa untuk menemui YAB Dato Seri Perdana Menteri untuk kami menjelaskan implikasi RNAA.

Semoga pertemuan yang kami harapkan dipermudahkan, kami terus bersabar dan tidak sesekali berputus asa untuk menghentikan RNAA.

Harapan kami sangat besar demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


23 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 4 (AKHIR)

26. Majlis Exco yang bersidang pada 15/1/2018 telah membincangkan mengenai penangguhan ini secara serius telah melahirkan bahawa penangguhan ini sebagai pembuktian hujah-hujah yang dipapar antara lain ialah niat tersirat dan tidak kemampuan RAC sehingga membuatkan ianya tertangguh maka itu Majlis Exco mengambil pendirian tetap mengemukakan bahawa PEMBATALAN RNAA HENDAKLAH DILAKSANAKAN, justeru itu Majlis Exco mengambil ketetapan tetap meneruskan usaha untuk mengambil tindakan perusahaan seterusnya akan membantu pihak lawan dalam PRU 14 di Parlimen Bentong.

27. Penangguhan ini bukan satu alasan untuk menyedapkan hati kami, sesekali tidak boleh diberi gula-gula untuk kami menarik atau menangguhkan keputusan kami, kami akan tetap berpendirian untuk mempertahankan Keretapi "TANAH MELAYU" dari pihak-pihak yang berkepentingan, warisan negara tidak sesekali boleh dikuburkan.

28. Demi kepentingan KTMB dan Warga KTMB kami bersedia berdepan dengan apa jua cabaran, prinsip kami sebagai pejuang kaum pekerja kami akan mempertahan pekerja, syarikat yang kami sayang malah akan mempertahankan kepentingan pengguna dan perkhidmatan sosial.

29. Maka itu Majlis Exco berpendirian akan berusaha menjatuhkan Yb Menteri Pengangkutan sehingga beliau kecundang di PRU 14.

30. Kami tetap menaruh harapan untuk berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, beri ruang kepada kami untuk menjelaskan implikasi RNAA, kami yakin dengan campurtangan YAB Dato Seri Perdana Menteri RNAA akan dibatalkan.

31. Kami menuntut RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB, kerana RAC hanya sebuah cabang jabatan KTMB yang dipinda melalui pindaan Akta Keretapi 1991.

32. Dengan kemasukkan RAC di bawah pentadbiran KTMB, KTMB mampu menguruskan dengan baik malah membantu KTMB dari sumber pendapatan aset, ianya juga adalah hasrat CEO KTMB untuk membangun aset yang ada untuk kepentingan KTMB yang boleh memberi pulangan yang baik.

33. Menyedari kos subsidi yang ditanggung oleh KTMB maka melalui perancangan pembangunan aset KTMB melalui keuntungannya akan mampu menampung perbezaan kos tambang yang disubsidikan kepada pengguna.

34. Sekiranya semua cadangan ini diterima dan diimplementasikan maka Kerajaan boleh melihat bahawa KTMB tidak lagi bergantung kepada suntikan sebaliknya KTMB mampu berdikari.

35. RUM amat berharap cadangan dari kami iaitu RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB dapat direalisasikan hanya dengan campurtangan YAB Dato Seri Perdana Menteri ianya menjadi kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 3

18. Namun dalam hal lain ada beberapa syarikat telah kecewa dengan pengumuman ini, kerana hasrat mereka untuk mengambilalih bidang-bidang tersebut tertangguh, namun pasti mereka tetap tidak berputus asa untuk meneruskan hasrat mereka.

19. Mereka tiada hujah maupun mempunyai fakta yang kukuh untuk menolak hujah-hujah RUM, mereka hanya ada hujah berunsurkan temberang.

20. Masalah berlaku mengenai RNAA ini juga ada kaitan dengan pengurusan KTMB yang gagal berhujah secara kukuh dan menerangkan implikasi RNAA malah pengurusan KTMB gagal mempertahankan kehendak (needs) KTMB, RUM tidak menolak pengurusan KTMB tidak berani atau terpaksa mengikut kehendak MoT.

21. Surat yang dikeluarkan oleh RAC kepada KTMB sama maksud yang terkandung dalam warta kerajaan 1992, maka andai pengurusan KTMB berani sikit maka dokumen RNAA tidak perlu ditandatangani, menandatangani dokumen RNAA secara rasmi menyerah hak kepada RAC dan membatalkan warta kerajaan 1992, maka itu penekanan dari MoT kepada KTMB bahawa dokumen RNAA telah ditandatangani kononnya tidak boleh buat apa-apa.

22. Fakta kukuh dari CEO KTMB yang memainkan peranan utama sehingga ianya ditangguhkan, fakta yang diutarakan oleh CEO KTMB membuat pihak RAC terkapai-kapai dan akhirnya menangguhkan RNAA.

23. Antara hujah RUM ialah KTMB akan kerugian besar sekiranya RNAA dilaksanakan ianya telah diakui oleh CEO KTMB.

23. Kalau KTMB mempunyai CEO awal seperti En Mohd Rani Samsuddin maka isu RNAA pasti tidak akan wujud, namun masih tidak terlambat untuk membatalkan RNAA.

24. Usaha Yb Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB melalui caranya juga menjadikan RNAA ditangguhkan.

25. RUM pada dasarnya lega pada peringkat awalannya dengan penangguhan ini, namun pendirian RUM ialah membatalkan RNAA.

#bersambung

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


21 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN (PART 2.)

8. RAC sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan apa-apa tugas berkaitan industri perkeretapian, mereka tidak memahami atau mengetahui apa jua kerja-kerja yang dilakukan oleh KTMB, dalilnya projek Skypark bermasalah seperti lapuran audit negara.

9. Keputusan mewujudkan RNAA adalah satu tindakan tergesa-gesa atas desakan pihak-pihak tertentu sehingga memaksa pihak pengurusan dan board KTMB terpaksa menyetujui, mereka mengambil kesempatan terhadap kelemahan KTMB, sedangkan kelemahan berpunca dari mereka.

10. Perancangan awal dengan mewujudkan RNAA adalah untuk mengoutsorcekan semua jabatan KTMB, satu perkiraan "mudah kerja" dan mengambil kesempatan oleh pihak tertentu, kononnya dengan mewujudkan RNAA maka KTMB sebagai operator boleh mencapai keuntungan.

11. Kononnya lagi dengan semua bidang teknikal yang dioutsorcekan tidak membebankan KTMB ini akan menguntungkan KTMB.

12. Gangguan atau desakan dari pihak kontraktor untuk mengambilalih projek-projek tertentu.

13. Kepentingan peribadi menjadikan RNAA dicetuskan dengan mengatakan idea ini terbaik malah pihak-pihak berkenaan menyembunyikan fakta implikasi demi menjayakan RNAA.

14. Mereka target Januari 2018 (idea awal) boleh beroperasi dengan menyerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu, dengan desakan RUM yang memecahkan strategi perancangan mereka, mereka terkedu  pilihan yang ada ialah menangguhkan.

15. Malah perancangan awal mereka telah target sekurang-kurangnya 4000 orang pekerja akan ditamatkan perkhidmatan, mereka terkedu bila RUM membangkitkan isu ini.

16. Sekiranya dilaksanakan RNAA pada Disember 2017, maka KTMB pada 1 Januari 2018 tidak boleh beroperasi, malah semua perkhidmatan tergantung maka akan jadi isu negara kerana RAC masih teraba-teraba untuk melaksanakan semua yang tersebut dalam dokumen RNAA.

17. Penangguhan ini boleh dianggap bersifat sementara kerana PRU 14 akan tiba, ianya mengelakkan isu terus dibangkitkan.

#bersambung

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Januari 2018

IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN

1. Syukur Alhamdulillah implementasi RNAA telah ditangguhkan, usaha semua pihak khususnya sokongan dari ahli-ahli RUM dalam memperjuangkan penolakkan RNAA fasa awalan telah berjaya dengan penangguhan ini, terima kasih khusus kepada CEO KTMB yang gigih mempertahankan KTMB dan seluruh warga KTMB.

2. RNAA yang dijadualkan berkuatkuasa akhir Disember 2017 telah ditangguhkan selama dua tahun.

3. Surat telah dikeluarkan oleh RAC mengenai penangguhan tersebut kepada CEO KTMB.

4. Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh KTMB akan terus dijalankan oleh KTMB sendiri.

5. Tiada sebarang penyewaan yang perlu dibayar kepada RAC dalam tempoh 2 tahun.

6.  Dalam tempoh 2 tahun semua pekerja berada dalam kategori selamat.

7. RUM akan menulis secara berperingkat mengenai perkara ini dan akan melahirkan pendirian RUM seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#bersambung


08 Januari 2018

KUARTERS/ RNAA

RUM menyedari bahawa betapa sukarnya pekerja swasta lain yang bergaji RM 2.000.00 atau sekurang-kurang bergaji minima RM 1000.00 yang tiada rumah kuarters terpaksa menyewa rumah, kalau dilembah klang sewa rumah yang paling murah dengan nilai RM 500.00 itu pun bukan mudah nak dapat.

Ada yang bernasib baik dapatlah rumah PPR dengan kos sewa RM 124.00 itu pun bukan mudah nak dapat, ada yang minta rekemen VVIP pun belum tentu dapat.

Pekerja KTMB yang bernasib baik akan dapat kuarters KTMB dengan kadar sewa paling murah iaitu RM 30.00, pergilah cari kat mana pun tak dapat tambah-tambah yang duduk di Lembah Klang.

RUM mempertahankan kenaikan harga sewa kuarters kerana RUM amat memahami dengan kadar upah yang diterima oleh pekerja KTMB khususnya yang berpendapatan rendah, kemudahan yang diterima ini semenjak zaman british lagi berdasarkan keperluan di bawah perkhidmatan sosial.

Bayangkan bila rumah kuarters diletakkan di bawah harga pasaran, tambahan di bawah RNAA kuarters adalah milik RAC maka pasti RAC akan mengenakan kos sewa mengikut harga pasaran, mampukah kamu wahai pekerja KTMB? Malah kini RAC sedang mendesak KTMB untuk menaikkan kadar sewa kuarters, manakala sejauh mana pengurusan KTMB mampu mempertahankan?

Bayangkan hari ini sdr/sdri menikmati kadar sewa rumah RM 30.00 + RM 15.00 penyelenggaraan, selepas ini kadar sewa rumah di naikkan kepada harga sewa rumah paling murah di Lembah Klang iaitu RM 500.00, RM 500.00 - RM 45.00 = RM 455.00, sdr/sdri telah kehilangan pendapatan@upah dari gaji sebanyak RM 455.00.

Cuba bayangkan kehilangan RM 455.00 yang sdr/i terima dari upah, sebelum ini RM 455.00 sdr/i boleh atau mampu untuk membeli barang-barang keperluan, mana nak ganti RM 455.00 yang telah hilang kerana membayar kenaikan sewa kuarters?

Sedarlah sdr/i bahawa RNAA adalah satu malapetaka yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan, mereka tidak peduli kesusahan pekerja seperti kita yang berpendapatan rendah, mereka hanya fikir "perut" mereka, soal kita selaku pekerja hanya terletak kepada kita.

Itu baru satu sudut yang dipanggil faedah "kuarters" untuk pekerja KTMB dan belum lagi faedah-faedah yang lain seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama, maka andai kita rasa selesa, leka, maka janganlah terkilan bila kita kehilangan banyak faedah yang telah kita nikmati hari ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 November 2017

Kesatuan pekerja ulangi desakan batal perjanjian halang transformasi KTMB

November 15, 2017

PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengulangi desakan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang didakwa akan menghalang usaha ketua pegawai eksekutifnya (CEO) mentransformasikan KTMB.

Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan mendakwa RNAA yang diwujudkan berlandaskan idea korup, memberi kuasa mutlak kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melakukan pembangunan yang hanya akan menguntungkannya.

“Sistem RNAA yang bakal diwujudkan ini secara negatifnya hanya menguntungkan PAK dan mengancam pembangunan KTMB.

“Malah idea inovatif yang dicetuskan CEO KTMB juga sukar dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RNAA ialah perjanjian mengasingkan pengendali perkhidmatan kereta api di bawah KTMB, dengan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaran aset yang bakal diletakkan di bawah RAC.

Pada 5 Mei lalu, Razak dilaporkan berkata, RNAA bakal memberi implikasi besar kepada pekerja dan KTMB, daripada sudut perkhidmatan dan kepentingan negara, termasuk menyebabkan pemberhentian 4,000 kakitangan KTMB.

Mengulas lanjut, Razak berkata, kesatuan itu menyambut baik rancangan CEO, Mohd Rani Hisham Samsudin meneroka projek pembangunan hartanah di tanah milik KTMB di sekitar Lembah Klang kerana ia boleh menjadikannya agensi mampu menjana keuntungan.

“Untuk mencapai hasrat cetusan idea inovatif ini yang mana kesatuan menyokongnya demi kebaikan KTMB, kerajaan hendaklah membubarkan RAC dan menyerapnya dalam jabatan di bawah KTMB.

“Maka, semua pemilikan aset hendaklah dikembalikan kepada KTMB bagi memastikan pembangunannya mencapai hasrat seperti diinginkan CEO KTMB.”

Beliau menggesa kerajaan memberi peluang kepada Rani Hisham yang dilantik perdana menteri untuk membuktikan kemampuannya.

“Keyakinan perdana menteri perlu diselarikan dengan perubahan struktur perniagaan KTMB yang lebih luas dan bukan hanya fokus kepada bidang perkeretapian.

“Sudah tiba masanya KTMB diolah menjadi perniagaan global bukan sahaja dari sudut hartanya, malah mampu menjadi pengeluar lokomotif, koc, set komuter dan sebagainya.”  [FMT] 


13 November 2017

Terima RNAA kerana tidak arif asal usul KTMB

Owh.. Lembaga Pengarah KTMB...

Kalau 2 Lembaga Pengarah KTMB ini faham KTMB/SAYANG KTMB/TAU ASAL USUL KTMB, pasti dia tidak "sign" terima RNAA.. sekarang kerana 2 Lembaga Pengarah ini menyusahkan semua pihak terutamanya RUM yang berusaha mempertahankan KTMB, inilah akibatnya bila "JIWA KERETAPI" tiada! Tambah masalah lagi bila ada Lembaga Pengarah KTMB yang datangnya dari MCA atas rekemendasi Yb Menteri Pengangkutan! hancus...

Harapan yang ada kegigihan yang tinggi dari CEO KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Hentikan RNAA

Ahli RUM tahu apa nak buat


Hadiah

Kalau ada faedah@pulangan $ atau hadiah waima "power bank berpasir" pasti ramai yang tolong@sokong, kalau RNAA ramai yang tidak mahu tolong@sokong, sebab tiada mendatangkan faedah@pulangan $ maupun hadiah apatah lagi tiada powerbank berpasir, walaupun Keretapi "TANAH MELAYU" untuk kepentingan rakyat, bangsa dan Negara!

Dunia zaman sekarang, nilai perjuangan berlandaskan kepentingan rakyat, bangsa dan negara dah makin pupus!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 November 2017

Susah Senang Diharungi Bersama

Kita bergerak demi mempertahankan KTMB, kita bersama dengan SRUT, susah sama susah, senang sama senang, malah kita akan berusaha dari semua sudut untuk mempertahankan KTMB dari anasir-anasir yang berkepentingan.

RUM berusaha terus berusaha..

We are Railwaymen!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB


07 Oktober 2017

Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh

Tanya dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, apa dia buat? Sebuk dengan Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh dari seorang Menteri! Haprak punya Menteri!

Dia ingat dia bijak! Menyusahkan semua orang, fokuslah... banyak cara nak baiki KTMB.. cuma perlu "JUJUR & AMAMAH" fikir untuk kepentingan Rakyat@Pengguna...

Ini Menteri punya pasal Kerajaan yang dapat nama buruk! Failed!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Baca 


20 September 2017

JOM TUKAR PROFILE!

JOM TUKAR PROFILE!
AYUH TOLAK AHLI PARLIMEN BENTONG!
KECUNDANGKAN PADA PRU 14!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RNAA / RAC - RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1, RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAT

https://youtu.be/ndExR7Aflw8


RNAA / RAC
RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1,
RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAT

YB DATO SERI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
MERANGKAP PRESIDEN MCA/AHLI PARLIMEN BENTONG

RUM berpendirian tegas melalui keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali pada 11-13/9/2017 di Langkawi telah mengambil ketetapan untuk mengambil sebarang tindakan perusahaan malah memutuskan untuk ke Bentong pada PRU 14 membantu mana-mana calon lawan sehingga YB Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang dalam PRU 14.

Kenyataan dalam TV 1 yang dipaparkan dalam ini telah membuktikan hasrat nyata dan jelas bahawa RNAA tetap diteruskan, kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan RUM kerana dengan angkuh cuba mencabar RUM melalui maksud tersirat manakala RAC seolah-olah mendabik dada yang beliau telah wujud selama 25 tahun melalui majlis yang diadakan semalam sedangkan RAC hanya boleh dianggap sebagai sebuah Jabatan sahaja sekiranya dalam KTMB, tiada hebat mananya.

Selain dari itu YB Menteri Pengangkutan telah memperlihat@menunjukkan   kebodohan@kebangangannya melalui kenyataan dalam TV 1 yang seolah-olah berbangga dengan idea yang diutarakan akan meningkatkan pengunaan landasan KTMB menjelang 2020  melalui multiple operator sedangkan RUM mempunyai hujah untuk mematahkan hujah beliau bahawa perkhidmatan melalui KTMB tanpa multiple operator akan memajukan KTMB itu sendiri seperti mana praktis yang dijalankan oleh Keretapi Indonesia. Kenyataan beliau juga telah mengambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai industri keretapi apatah lagi "Bahasa Keretapi" malah beliau langsung tidak memahami sensitiviti mengenai nama "KERETAPI TANAH MALAYU".

Sikap beliau sebagai Menteri Pengangkutan yang langsung tidak mendengar keluhan RUM yang juga ahli-ahlinya rakyat Malaysia adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

RUM tiada pilihan lain akan menentang abis-abisan YB Menteri Pengangkutan Malaysia sehingga RNAA dibatalkan, idea mencetuskan RNAA dengan mewujudkan Multiple Operator yang dikendalikan oleh RAC melalui RNAA adalah idea paling "BODOH" yang dicetuskan oleh YB Menteri Pengangkutan!

Dalam ucapan Presiden RUM di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan telah mencabar YB Menteri Pengangkutan untuk berdebat, kalau YB Menteri Pengangkutan anak jantan sambut cabaran Presiden RUM, kalau Presiden RUM kalah dalam perdebatan, Presiden RUM bersedia meletakkan jawatan sebagai Presiden RUM malah akan memberi notis berhenti kerja KTMB dalam tempoh 24jam, andai YB Menteri Pengangkutan kalah, RUM hanya pinta batalkan RNAA. Demi KTMB kami sanggup lakukan apa sahaja kerana kami SAYANGKAN KTMB.

"LAWAN TETAP LAWAN"
"SEDIA MAIN API"
"ALANG-ALANG SELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN"
"KAMI PEJUANG KAUM PEKERJA"
"KAU USIK RUM@KTMB KAMI LAWAN BALIK"

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#menteripengangkutanmalaysia
#presidenmca
#ahliparlimenbentong


28 Ogos 2017

Tolak RNAA demi kepentingan pengguna dan negara.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua sahabat/kenalan/Pengguna KTMB.

Minggu lepas seolah-olah bala@musibah yang datang, macam-macam tragedi yang tidak diingini datang sehingga menimbulkan kemarahan pengguna, dari Pengerusi Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja semua kena, RUM sendiri terpalit bila baca komen-komen rasa nak demam pun ada.

Dalam menghadapi cabaran RNAA dengan niat RUM nak pertahankan KTMB demi kebaikan semua pihak bukan sahaja ahli-ahli RUM, tapi semua yang berperanan dalam KTMB malah RUM pertahankan demi kepentingan pengguna dan negara malangnya musibah yang datang, rasa sedikit terduduk, malu dan sebagainya.

Bukan kehendak kami bila musibah itu datang dalam keadaan landasan yang uzur, tetiba kable letrik putus menjadi pergerakan tren terganggu, semua itu bukan kehendak kami, tapi apakan daya ianya berlaku, walaupun RUM bukan sebahagian dari pengurusan namun RUM terpaksa mempertahankan kerana ianya imej KTMB.

Ia benar, kita tidak boleh salahkan pengguna, teranglah beribu kali, berilah penjelasan apa pun mereka tidak akan faham, ibarat kata mereka semua mahu yang terhidang, bukan salah mereka kerana mereka membayar harga untuk sebuah perkhidmatan, ini adalah hakikat yang perlu diterima, maka apa sahaja komen yang dilemparkan harus diterima walaupun hati pedih.

Apa nak buat, bukan perkara baru, nak salahkan sapa? Andai peruntukan terhad, tambang murah, kerajaan pula tidak membantu kos perbezaan tambang yang diberi subsidi, kos penyelenggaraan yang tinggi, suntikan boleh dikatakan minima tak mampu menanggung kos perbelanjaan, peruntukan pembaikpulihan terhad, pembelian set-set tren yang tidak mencukupi, set-set apungan (spare) tidak ada, bila berlaku rawatan jadual/kerosakan kecil atau besar maka set ganti tiada, ini akan menghakibatkan gangguan perkhidmatan, lokomotif banyak yang "overdue", koc sakit payment kepada kontraktor tidak berbayar sehingga melebih RM 200 juta telah menyekat kemampuan kontraktor bergerak secara efiksyen, kontraktor pun nak bayar gaji pekerja nak beli sparepart dan sebagainya, banyak masalah yang berlaku yang menyekat atau kekangan aktiviti-aktiviti pekerjaan dan perkhidmatan KTMB, ini sedikit yang dihighlightkan sebenarnya banyak lagi.

KTMB tidak boleh bergerak sebagai identiti sebagai syarikat berorientasikan swasta, maka bila telah diswastakan pada 1.8.1992 inilah yang berlaku, inilah hasil pengswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan maka hari ini semua boleh nampak bagaimana kedudukan KTMB.

Kini hendak pula dilaksanakan RNAA, kalau sistem swasta yang dipraktiskan semenjak 1.8.92 gagal adakan RNAA idea yang terbaik? Please pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan, jangan segala perancangan yang dibuat boleh menjahanamkan KTMB, jangan terus-terusan jadikan KTMB kambing hitam, RUM bukan baru menghighlightkan masalah ini, masalah ini telah RUM perjuangkan sejak 20 tahun yang lalu, ianya bukan perkara semalam yang boleh meletakan semata-mata kesalahan pengurusan KTMB maupun pekerja.

Cabaran dalam menghadapi perjuangan ini, benar ianya tidak semudah menjentik jari, 20 tahun RUM perjuangkan kembalikan KTMB ke sektor awam, tapi tidak diendahkan, tiada mana-mana syarikat perkeretapian didunia yang beroperasi sebagai perkhidmatan sosial mampu berdikari atau mampu beroleh keuntungan tanpa bantuan sepenuhnya dari kerajaan, siapa pun yang menerajui KTMB akan pasti menemui kegagalan kecuali kerajaan membuka ruang KTMB bergerak 100% beridentiti swasta dengan skop jaminan kerajaan, maka ada kemungkinan KTMB boleh mengorak langkah yang lebih mantap.

Wahai ahli-ahli RUM dan warga KTMB teruslah bersatu, usahalah sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran ini, berilah perkhidmatan yang terbaik, kepada yang sambil lewa dan tidak ambil peduli, ubahlah sikap menjadi yang terbaik, kalau enggan tinggalkan KTMB, kerana kami tidak mahu hanya nila setitik rosak susu sebelanga.

Mudah-mudahan hari yang mendatang akan menjauhkan segala musibah yang datang, mari kita sama-sama pertahankan KERETAPI TANAH MELAYU!

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Ogos 2017

MENUNJUKKAN KEBODOHAN/ RNAA

Apakah ayat "MENUNJUKKAN KEBODOHAN" ini tepat? seperti yang dipaparkan dalam topik Notis Pengosongan Depoh Ang Seng 1

Sebenarnya ianya sekadar pesepsi yang mengambarkan kebodohan tapi sebaliknya mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "MEMPERBODOHKAN", kalau ayat "memperbodohkan" ini tepat maka Menteri dan Tim Menteri adalah bijak orangnya bersesuaian dengan status mereka sebagai penyandang jawatan Menteri atau Tim Menteri.

Di olah lagi ayat "memperbodohkan" maka mereka yang yakin dengan Menteri dan Tim Menteri ini sebenarnya telah "diperbodohkan" akhirnya siapa-siapa yang percaya atau terpercaya maka yang percaya dan terpercaya ini mungkin bodoh atau memang bodoh.

Kenapa ayat "memperbodohkan" ini diutarakan? sebab ianya perlu jelas tujuan dan hasrat tersirat sehingga melaksanakan RNAA maka siapa yang yakini RNAA ini adalah perancangan RNAA ini adalah baik maka mereka telah diperbodohkan, diperbodohkan atas dasar apa? Setiap ungkapan Menteri dan Tim Menteri itu adalah kononnya betul atas dasar yang mengungkap ungkapan itu adalah seorang Menteri dan Tim Menteri.

Kenapa "memperbodohkan" itu dilihat satu "kebijaksanaan?" Pasti terwujudnya agenda "mengenyangkan perut", maka tujuan "mengenyangkan perut" mesti mempunyai rangka strategi yang kemas menyakinkan agar mudah "diperbodohkan".

Ada juga yang suka "diperbodohkan" ada juga yang suka "buat-buat bodoh", orang-orang begini sifatnya adalah dengan sengaja tapi mempunyai agenda tersendiri, contohnya sanggup diperbodohkan untuk mendapat imbuhan (kata glamour orang sekarang "dedak") kerana "kepentingan perut".

Konklusi "memperbodohkan"  adalah satu agenda tersembunyi untuk mencapai hasrat agar RNAA terlaksana, mereka-mereka ini sangat bijak asal mampu mengenyangkan perut atau mempunyai agenda peribadi tanpa memperdulikan kehendak pekerja, KTMB, rakyat maupun negara!

Cuma jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan, waima kamu seorang Menteri kamu juga tetap seorang manusia, kecuali kamu bukan manusia!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Ogos 2017

Haprak


18 Ogos 2017

RNAA - haprak busuk sebusuk2nya.

RNAA

Lagi satu kenyataan Menteri Haprak!

RUM bila-bila masa boleh berdebat dengan Menteri ini!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


https://www.nst.com.my/business/2017/08/269267/government-open-ktmb-cargo-forwarding-monopoly


14 Ogos 2017

EMAIL PERBINCANGAN KUARTERS KTMB & RAC

RUM terima gambar email ni... lebih kurang maksudnya mengenai kuarters KTMB.

RUM tak nak lah citer panjang-panjang, kalau orang kata RUM bawa cerita@teori@andaian maka email ni sebagai bukti.

Dalam taklimat RUM kepada ahli-ahli RUM mengenai Implikasi RNAA telahpun diperjelaskan.

Warga KTMB boleh fikir sendiri, MOT punya hal kononnya idea "MARVELLOUS"!

Yang tak tau citer duk senyap-senyap...

Kalau RUM nak olah lagi panjang bila-bila pun boleh... tapi malaslah... rasanya dah puas bagi penjelasan malah menulis dalam Suara RUM ni pun dah byk...

So apa dalam fikiran... attack YB MENTERI PENGANGKUTAM MAKSIMUM! Jangan lupa YB TIM MENTERI PENGANGKUTAN... 2X5 je...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB