RUM menyedari bahawa betapa sukarnya pekerja swasta lain yang bergaji RM 2.000.00 atau sekurang-kurang bergaji minima RM 1000.00 yang tiada rumah kuarters terpaksa menyewa rumah, kalau dilembah klang sewa rumah yang paling murah dengan nilai RM 500.00 itu pun bukan mudah nak dapat.
Ada yang bernasib baik dapatlah rumah PPR dengan kos sewa RM 124.00 itu pun bukan mudah nak dapat, ada yang minta rekemen VVIP pun belum tentu dapat.
Pekerja KTMB yang bernasib baik akan dapat kuarters KTMB dengan kadar sewa paling murah iaitu RM 30.00, pergilah cari kat mana pun tak dapat tambah-tambah yang duduk di Lembah Klang.
RUM mempertahankan kenaikan harga sewa kuarters kerana RUM amat memahami dengan kadar upah yang diterima oleh pekerja KTMB khususnya yang berpendapatan rendah, kemudahan yang diterima ini semenjak zaman british lagi berdasarkan keperluan di bawah perkhidmatan sosial.
Bayangkan bila rumah kuarters diletakkan di bawah harga pasaran, tambahan di bawah RNAA kuarters adalah milik RAC maka pasti RAC akan mengenakan kos sewa mengikut harga pasaran, mampukah kamu wahai pekerja KTMB? Malah kini RAC sedang mendesak KTMB untuk menaikkan kadar sewa kuarters, manakala sejauh mana pengurusan KTMB mampu mempertahankan?
Bayangkan hari ini sdr/sdri menikmati kadar sewa rumah RM 30.00 + RM 15.00 penyelenggaraan, selepas ini kadar sewa rumah di naikkan kepada harga sewa rumah paling murah di Lembah Klang iaitu RM 500.00, RM 500.00 - RM 45.00 = RM 455.00, sdr/sdri telah kehilangan pendapatan@upah dari gaji sebanyak RM 455.00.
Cuba bayangkan kehilangan RM 455.00 yang sdr/i terima dari upah, sebelum ini RM 455.00 sdr/i boleh atau mampu untuk membeli barang-barang keperluan, mana nak ganti RM 455.00 yang telah hilang kerana membayar kenaikan sewa kuarters?
Sedarlah sdr/i bahawa RNAA adalah satu malapetaka yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan, mereka tidak peduli kesusahan pekerja seperti kita yang berpendapatan rendah, mereka hanya fikir "perut" mereka, soal kita selaku pekerja hanya terletak kepada kita.
Itu baru satu sudut yang dipanggil faedah "kuarters" untuk pekerja KTMB dan belum lagi faedah-faedah yang lain seperti termaktub dalam Perjanjian Bersama, maka andai kita rasa selesa, leka, maka janganlah terkilan bila kita kehilangan banyak faedah yang telah kita nikmati hari ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
08 Januari 2018
KUARTERS/ RNAA
Isnin, Januari 08, 2018
RNAA
Related Posts:
TETAP MENUNGGU DENGAN SABAR KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNOWalaupun Mesyuarat MKT telah membawa isu RUM antara lain YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO telah bersetuju untuk menemui RUM dengan mencadangkan satu pertemuan diadakan terlebih dahulu… Read More
IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN1. Syukur Alhamdulillah implementasi RNAA telah ditangguhkan, usaha semua pihak khususnya sokongan dari ahli-ahli RUM dalam memperjuangkan penolakkan RNAA fasa awalan telah berjaya dengan penangguhan ini, terima kasih khusus … Read More
IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN (PART 2.)8. RAC sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan apa-apa tugas berkaitan industri perkeretapian, mereka tidak memahami atau mengetahui apa jua kerja-kerja yang dilakukan oleh KTMB, dalilnya projek Skypark bermasalah seperti la… Read More
IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 318. Namun dalam hal lain ada beberapa syarikat telah kecewa dengan pengumuman ini, kerana hasrat mereka untuk mengambilalih bidang-bidang tersebut tertangguh, namun pasti mereka tetap tidak berputus asa untuk meneruskan hasra… Read More
IMPLEMENTASI RNAA DITANGGUHKAN SELAMA 2 TAHUN PART 4 (AKHIR)26. Majlis Exco yang bersidang pada 15/1/2018 telah membincangkan mengenai penangguhan ini secara serius telah melahirkan bahawa penangguhan ini sebagai pembuktian hujah-hujah yang dipapar antara lain ialah niat tersirat dan … Read More