RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 September 2017

USAHA ICLS/MT UMNO

RUM telah berusaha sebaik mungkin dengan kepelbagaian cara untuk menolak RNAA demi Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja, malah usaha ini tidak pernah diiringi dengan putus asa, ianya satu perjuangan tanpa mengerti penat dah lelah, dua (2) perkara menarik telah berlaku semalam.

1. Resolusi RUM dalam forum Tokyo semalam telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan ICLS memberi sokongan solidarity menolak RNAA.

Terima kasih kepada ICLS

2. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah membentangkan isu RNAA yang dibawa oleh YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik. YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik telah membentangkan keluhan RUM mengenai RNAA di hadapan semua Majlis Tertinggi dan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Presiden UMNO, YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik memohon YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dapat kiranya berjumpa dengan kepimpinan Kesatuan dan disokong oleh kebanyakkan Majlis Tertinggi UMNO.

Terima kasih yang tidak terhingga YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik.

Hari ini mesyuarat ITF Railway Section Asia Pacific, RUM akan memohon ITF Railway Section Asia Pacific membawa isu RNAA ke ITF  London untuk memohon sokongan solidarity agar RNAA yang dicetuskan idea oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia di batalkan.

Usaha terus berusaha sebahagian dari lirik lagu RUM, kita terus berusaha bagi memastikan RNAA dibatalkan, RUM telah berusaha kurang lebih selama dua (2) tahun usaha ini bukan sesuatu yang mudah namun tidak juga menjadi sukar sekiranya kita BERSATU PADU mengerakkan seluruh jentera yang ada untuk menolak RNAA.

Harapan kita kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dapat bertemu dengan kepimpinan RUM untuk mendengar keluhan dan alasan kenapa kami menolak RNAA, semoga YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM.

Sama-sama kita berdoa kehadrat Allah Swt, agar usaha kita diberkati dan RNAA dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 September 2017

LEMBARAN BARU/HARAPAN

Sesungguhnya kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB akan membuka satu lembaran baru untuk Selamatkan KTMB, keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu harapan besar yang kami pertaruhkan demi mengembalikan KTMB ke landasan yang betul seterusnya mampu meletakkan KTMB sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing.

RUM akui bukan sesuatu yang mudah untuk memulihkan KTMB yang dalam keadaan "nazak" malah cukup kritikal dalam menghadapi perancangan RNAA, namun harapan masih ada kalau semua pihak bersatu tenaga memberi komitmen 100% dalam usaha memulihkan KTMB.

Kepada semua pihak yang terlibat dengan KTMB dari  "Share Holder", Lembaga Pengarah, Pengurusan KTMB sehingga pekerja, tempoh untuk kerja wayang kamu telah berakhir, buka lembaran baru dengan berusaha gigih untuk memastikan kita semua bersungguh-sungguh memberi komitmen dan bersama CEO baru untuk memberi khidmat bakti demi mengembalikan KTMB ke arah berdaya saing malah memberi satu perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna serta berusaha segigih mungkin mewujudkan idea inovatif bagi merealisasikan KTMB sebagai sebuah Syarikat berorieantasikan perniagaan yang boleh meraih keuntungan.

RUM sendiri akan memberi 100% sokongan dan bersama dengan CEO EN MOHD RANI SAMSUDIN dalam mencapai hasrat ini, kerana RUM tidak akan "bercompromise" dengan mana-mana pihak yang sengaja atau tidak sengaja cuba meranapkan KTMB.

Gandingan antara YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg En Mohd Rani Samsudin Ketua Psgawai Eksekutif KTMB adalah gandingan yang "MANTAP", tinggal kita sahaja dan mereka yang terlibat dengan KTMB menjadi satu BARISAN MANTAP untuk SELAMATKAN KTMB.

Kepada Warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM, ini adalah peluang terakhir untuk kita SELAMATKAN KTMB, andai kita masih ditakuk lama dan berterus terusan begini, maka jangan salahkan sesiapa lagi, kerana kesalahan itu datangnya dari kita sendiri.

RUM berharap dan amat berharap kepada semua warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM berubah kearah memberi 100% komitmen demi Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja.

Pilihan ditangan kita, pisau ditangan kita, andai kita mahu Selamatkan KTMB maka kita hendaklah berubah, andai ada dikalangan kita yang ingin meranapkan KTMB maka pilihan yang ada ialah "TEPUK DADA TANYA SELERA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 September 2017

Hilangnya Lambang Kemegahan KTMB

MESEJ DALAM INBOX DIPAPARKAN
MESEJ INI DIANGGAP KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

Assalam Tuan.
Penampalan baru signboard stese krai dilihat sudh mulai hilang logo dan lambang kemegahan KTMB sebelum ini.Singboard yg lama masih baik dan ada logonya..cmaner boleh tidk atau hilang begitu logo kita sedang ia adalah laluan utama dn pintu masuk ke stesen KTMB yg tidk berlogo.Begitu jugk nasib kod Pejabat Pengurus Wilayah Timur..nasib yg sama semua sudh hilang.
Seolah2 KTMB sudh tidk ada lambang.

Itulah pelek nya..Pegawai KTMB  terlibat sendiri jelas tidk memantau keadaan ini dan diatas apa saja org nk buat kpd syt kita..

Kalau pun benar atau konon nya dia nk ambil KTMB maka KTMB adalah KTMB .tk kan nak masuk leble RAC..
RAC bukan keretapi..mrk hanya pengurusan harta atau asset..apa kaitan dgn service kpd pelangga.service pengangkut adalah keretapi..kalau keretapi Maka Lambang atau yg perlu dilekat disitu itu mesti lah keretapi.

Yg hairan nya kenapa para pegawai kita tidk bersama mengambil berat semua ini.Ada mrk seperti tidk ada..

Ramai org ramai bertanya dulu KTMB ada logo..sekarang sudh tidk ada dan digantikan dgn RAC..Siapa itu RAC..?
Adakah syt Perkeretapian baru..org ramai sudh mulai fening..
Akan datang org ramai atau rakyat nk panggil apa pd kretapi..RAC keretapi kah..?

Kalau keretapi masih dipanggil keretapi Tanah Mrlayu bhd gunakan lah logo KTMB kenapa dihilangkn..

LRT..MRT juga sistem keretapi dgn nama sendiri tapo mrk ada logo masing2..

Hairan kenapa KTM adalah juga jenama kpd sistem keretapi..tp nama hilang atau tidk dipapatkan.

Harta dan aset mrk adalah pengurusan harta ..bukan sistem keretapi..

Tk faham sekarang ..
Siapa yg akan membetulkan keadaan ini..
Siapakah yg layak membetul keadaan ini..

Kakitangan KTMB ..pegawai .atau kakitangan bawahan atau kesatuan .atau tidk boleh sesiapa pon menganggu atau menegur..atau dibiar ikut suka dia..

Siapa kah yg bertanggungjwb dlm keadaan begini..ikut suka kontrak kah nk buat..ikut fomat atau Draf BQ mana..pehak stesen dan wilayah tidk tahu status planning mrk ini utk projek  dan belanja projek adalah dr biayaan oleh badan2 tertentu utk KTMB ..tidk ada org KTMB yg  memantau. Dan memasti ia dibuat menepati skop nya..Sekarang stesen Krai sudh banyak berubah atas biayaan dr pehak tertentu.kjaan melalu peruntuk lain.Banyak dah berubah stesen Krai dr suasana asal dulu.

Rugi pegawai KTMB wilayah tidk ambil tahu krn ini peluang KTMB yg diberi peruntukkn oleh pehak tertentu contoh biayaan bantuan banjir Pantai Timur dlm keadaan kita KTMB sendiri daif maka kita tidk ambil peluang memasti ia di buat menepati hak yg kita mahu...

Fening..sakit kepela..

Apa tah lagi Tuan Pres diperingkat atasan sano..lagi hebatt...

Adus2..KTMB..apa nasib Mu.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah..

Kita perlu berubah..


Selamat Tahun Baru Hijrah


20 September 2017

BENGONG PUNYA MENTERI

Bengong ni... optimum mcm mana, landasan ada 2 je... tren penumpang nak ketepatan waktu, tren penumpang seperti ets, komuter perlu ditambah supaya netizen tak merungut, kargo tu sampingan untuk membantu pendapatan KTMB bagi menampung kos operasi, kalau wujudkan second operator atau multiple operator, maka tren penumpang akan terganggu, lepas tu netizen mengamuk, kalau kau buka lagi pada operator lain, macam mana ktmb nak cover kos operasi sedangkah harga tambang kau orang yang kawal, harga tambang di bawah kos operasi, patutnya kau memperkukuhkan KTMB cari jalan bagaimana membantu KTMB, membantu KTMB sama juga membantu netizen... aiyaaaa... ini apek.... manyak bengong!

Lepas tu kau buat multiple operator, sewa landasan dan sebagainya RAC yang kaut, last sekali KTMB yang mampus, yang netizen tak tau apa-apa terus belasah KTMB, sedangkan kau lah punca segala masalah, jangan penting diri sendiri bro, kena fikir untuk kepentingan KTMB, kepentingan nitezen@rakyat.

RAC ni pulak dahlah tin kosong, apa benda pun tak tau.. duk dibangga sangat... haha... pening bila ada menteri bengong macam ni...

Ada bantahan?, kalau nak cakap merapu tu main jauh-jauh, panggil menteri haprak ni mai debat dgn RUM! Jangan cakap bagus tapi semua itu wayang untuk kepentingan pihak tertentu... porahhhhhh.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 https://www.bharian.com.my 


JOM TUKAR PROFILE!

JOM TUKAR PROFILE!
AYUH TOLAK AHLI PARLIMEN BENTONG!
KECUNDANGKAN PADA PRU 14!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RNAA / RAC - RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1, RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAT

https://youtu.be/ndExR7Aflw8


RNAA / RAC
RUM MENJAWAB KENYATAAN YB MOT DI TV 1,
RUM MENCABAR YB MOT BERDEBAT

YB DATO SERI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
MERANGKAP PRESIDEN MCA/AHLI PARLIMEN BENTONG

RUM berpendirian tegas melalui keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali pada 11-13/9/2017 di Langkawi telah mengambil ketetapan untuk mengambil sebarang tindakan perusahaan malah memutuskan untuk ke Bentong pada PRU 14 membantu mana-mana calon lawan sehingga YB Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang dalam PRU 14.

Kenyataan dalam TV 1 yang dipaparkan dalam ini telah membuktikan hasrat nyata dan jelas bahawa RNAA tetap diteruskan, kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan RUM kerana dengan angkuh cuba mencabar RUM melalui maksud tersirat manakala RAC seolah-olah mendabik dada yang beliau telah wujud selama 25 tahun melalui majlis yang diadakan semalam sedangkan RAC hanya boleh dianggap sebagai sebuah Jabatan sahaja sekiranya dalam KTMB, tiada hebat mananya.

Selain dari itu YB Menteri Pengangkutan telah memperlihat@menunjukkan   kebodohan@kebangangannya melalui kenyataan dalam TV 1 yang seolah-olah berbangga dengan idea yang diutarakan akan meningkatkan pengunaan landasan KTMB menjelang 2020  melalui multiple operator sedangkan RUM mempunyai hujah untuk mematahkan hujah beliau bahawa perkhidmatan melalui KTMB tanpa multiple operator akan memajukan KTMB itu sendiri seperti mana praktis yang dijalankan oleh Keretapi Indonesia. Kenyataan beliau juga telah mengambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai industri keretapi apatah lagi "Bahasa Keretapi" malah beliau langsung tidak memahami sensitiviti mengenai nama "KERETAPI TANAH MALAYU".

Sikap beliau sebagai Menteri Pengangkutan yang langsung tidak mendengar keluhan RUM yang juga ahli-ahlinya rakyat Malaysia adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

RUM tiada pilihan lain akan menentang abis-abisan YB Menteri Pengangkutan Malaysia sehingga RNAA dibatalkan, idea mencetuskan RNAA dengan mewujudkan Multiple Operator yang dikendalikan oleh RAC melalui RNAA adalah idea paling "BODOH" yang dicetuskan oleh YB Menteri Pengangkutan!

Dalam ucapan Presiden RUM di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan telah mencabar YB Menteri Pengangkutan untuk berdebat, kalau YB Menteri Pengangkutan anak jantan sambut cabaran Presiden RUM, kalau Presiden RUM kalah dalam perdebatan, Presiden RUM bersedia meletakkan jawatan sebagai Presiden RUM malah akan memberi notis berhenti kerja KTMB dalam tempoh 24jam, andai YB Menteri Pengangkutan kalah, RUM hanya pinta batalkan RNAA. Demi KTMB kami sanggup lakukan apa sahaja kerana kami SAYANGKAN KTMB.

"LAWAN TETAP LAWAN"
"SEDIA MAIN API"
"ALANG-ALANG SELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN"
"KAMI PEJUANG KAUM PEKERJA"
"KAU USIK RUM@KTMB KAMI LAWAN BALIK"

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#menteripengangkutanmalaysia
#presidenmca
#ahliparlimenbentong


17 September 2017

Tindakan Perusahaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat berhari minggu, RUM kurang sikit menulis minggu ini selepas kesebukan Persidangan Perwakilan, Alhamdulillah Persidangan Perwakilan telah pun selesai,  keputusan secara sebulat suara  telah pun dibuat untuk menolak RNAA, keputusan selanjutnya secara sebulat suara mengambil tindakan perusahaan dan bergerak ke BENTONG dengan tujuan memastikan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan  pencetus RNAA dijatuhkan dalam PRU 14 di parlimen bentong sebagai tindak balas RUM terhadap Menteri Pengangkutan yang ingin meranapkan KTMB.

Selain dari itu untuk makluman Persidangan Perwakilan telah mengumumkan semua kepimpinan RUM yang sedia ada telah terpilih sebagai peneraju RUM bagi penggal 2017 - 2020, pemilihan telah dibuat melalui Mesyuarat Agung Cawangan yang mana semua calon pegawai utama RUM telah menang tanpa bertanding, yang paling menarik dalam sejarah RUM semua kepimpinan cawangan dari Pengerusi sehingga Ajk Cawangan juga menang tanpa bertanding buat pertama kali dalam sejarah RUM, ini melambangkan satu "KEKUATAN" untuk terus berjuang khususnya dalam matlamat menolak RNAA.

Cabaran besar sedang menunggu, kemenangan melalui pemilihan bukan jaminan keselesaan tapi tanggungjawab dan amanah yang dipikul hendaklah dilunaskan tanpa ada perasaan gentar dan takut, malah berusaha segigih mungkin meningkatkan faedah yang lebih baik kepada semua pekerja seterusnya berusaha bersama Pengurusan KTMB meningkatkan produktiviti sehingga mampu memulihkan KTMB selaras dengan slogan RUM "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Ayuh ahli-ahli RUM terus rapatkan barisan, terus bersatu untuk kita bangkit bersama dan berjuang dem "MENOLAK" RNAA, ini periuk nasi kita, ini rumah kita maka yang akan mempertahankan adalah KITA!

Terima kasih Yang Mulia Dato Seri Utama Raja Nong Chik Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sudi hadir seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan RUM, Terima kasih YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang memberi ucapan yang sangat terpuji kerana melahirkan kenyataan yang tidak bersetuju dengan RNAA, Terima kasih kepada def-def jemputan yang hadir di Persidangan Perwakilan RUM, terima kasih kepada semua Perwakilan, Pegawai Cawangan khususnya Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perwakilan yang telah menjayakan Persidangan Perwakilan dengan sukses, terima kasih kepada staf RUM yang bertungkuslumus membuat kerja sehingga persidangan berjalan dengan sukses, terima kasih kepada semua  yang mungkin  tidak disebut dalam kenyataan ini.

TERUS BERJUANG, PASTI MENANG

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 September 2017

SELAMAT DATANG YBHG ENCIK MOHD RANI HISHAM BIN SAMSUDIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KTMB (CEO) 15.9.2017

RUM mengucapkan Selamat Datang kepada YBhg Encik Mohd Rani Hisham bin Samsudin sebagai CEO KTMB  dengan menaruh harapan yang tinggi untuk merobah KTMB ke arah kecemerlangan dan memertabatkan KTMB.

RUM akan dan sedia bersama CEO baru KTMB disamping bersama memajukan KTMB malah akan menjalinkan hubungan dengan baik di bawah prinsip keharmonian perusahaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Terima kasih YM Dato Seri Raja Nong Chik

Terima kasih YM Dato Seri Raja Nong Chik yang berusaha untuk menyampaikan mesej "RNAA yang tidak dipersetujui oleh RUM" dalam satu pertemuan dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai semalam.

RUM amat hargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 September 2017

RAC hendaklah dibubarkan

RAC hendaklah dibubarkan, semua aset-aset di bawah RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB, seperti mana praktis sebelum pengswastaan pada 1.8.1992

Tahniah  YAB DS MENTERI BESAR PERAK, satu tindakan yang baik untuk mengajar RAC yang ibarat lebih sudu dari kuah!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154799858835965&id=11726505964

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 September 2017

INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF) MALAYSIAN COUNCIL

Kepimpinan Kesatuan Sekerja sektor pengangkutan berharap dan berusaha ITF Malaysia Council akan kembali beroperasi lebih aktif dalam menongkah arus pembelaan kaum pekerja di bidang pengangkutan darat/udara dan laut.

ITF Malaysia agak tengelam dan kurang aktif sejak dua (2) tahun yang lalu, dengan    kehadiran Mesyuarat dikalangan 10 kesatuan sekerja berlatarbelakang pengangkutan membincangkan hala tuju kesatuan sekerja pengangkutan. Kehadiran Pen. Setiausaha Agung Bro Rob Johnson yang berpengkalan di London menyemarakkan semangat kepimpinan kesatuan sekerja pengangkutan

Kita menyedari bahawa Pengangkutan memainkan peranan utama khususnya dari sudut pengangkutan awam, malah ianya juga memberi kesan besar dari sudut logistik, tanpa gabungan dari semua kesatuan sekerja sektor pengangkutan darat/udara dan laut maka kekuatan pembelaan isu yang melibatkan kaum pekerja sektor pengangkutan tidak begitu terserlah malah agak mudah diperkotakkatikkan.

Isu MAS melibatkan pembuangan pekerja seramai 6000 orang tidak mendapat pembelaan secukupnya, penubuhan kesatuan sekerja di sektor penerbangan seperti Air Asia/Malindo terhalang oleh majikannya begitu juga dengan faedah bagi pelaut, pengangkutan bas maupun teksi dan sebagainya perlukan pembelaan.

Isu KTMB seperti RNAA menjadi satu isu besar ketika ini antara lain cuba memecahbelahkan kesatuan sekerja seperti RUM malah implikasinya cukup besar sehingga boleh berlakunya pembuangan pekerja seperti mana berlakunya MAS.

Malah berlaku pengambilan pekerja-pekerja asing dalam syarikat-syarikat yang ditawarkan kontrak seperti apa yang berlaku di KLIA, satu tindakan yang membelakangkan pekerja tempatan.

Untuk memperkukuhkan kesatuan sekerja dikalangan kesatuan pengangkutan maka penyatuan dikalangan semua kesatuan sekerja dibentuk kembali agar ianya menjadi satu gabungan yang mantap bagi membela nasib kaum pekerja malah usaha juga akan dilakukan menorganisekan kesatuan-kesatuan sekerja baru seperti sektor pelancungan dan logistik.

Kita menaruh harapan agar semua kesatuan sekerja pengangkutan melalui ITF bangkit dalam menghadapi cabaran yang mendatang dalam masa yang sama bersama dan membantu Majikan meningkatkan produktiviti bagi memastikan Syarikat maju serta mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja.

KENYATAAN  ITF MALAYSIAN COUNCIL


01 September 2017

Salam Eidil Adha

Assalamualaikum wbt.

Disini kami ingin memohon maaf zahir & batin kepada semua yang mengenali kami kepimpinan RUM di atas segala salah dan silap yang pernah kami lakukan samada yang nyata atau tersembunyi - SELAMAT EIDUL ADHA KEPADA SEMUA.

اللهم صلي على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم

Dari kami
Semua Kepimpinan RUM