17 September 2017

Tindakan Perusahaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat berhari minggu, RUM kurang sikit menulis minggu ini selepas kesebukan Persidangan Perwakilan, Alhamdulillah Persidangan Perwakilan telah pun selesai,  keputusan secara sebulat suara  telah pun dibuat untuk menolak RNAA, keputusan selanjutnya secara sebulat suara mengambil tindakan perusahaan dan bergerak ke BENTONG dengan tujuan memastikan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan  pencetus RNAA dijatuhkan dalam PRU 14 di parlimen bentong sebagai tindak balas RUM terhadap Menteri Pengangkutan yang ingin meranapkan KTMB.

Selain dari itu untuk makluman Persidangan Perwakilan telah mengumumkan semua kepimpinan RUM yang sedia ada telah terpilih sebagai peneraju RUM bagi penggal 2017 - 2020, pemilihan telah dibuat melalui Mesyuarat Agung Cawangan yang mana semua calon pegawai utama RUM telah menang tanpa bertanding, yang paling menarik dalam sejarah RUM semua kepimpinan cawangan dari Pengerusi sehingga Ajk Cawangan juga menang tanpa bertanding buat pertama kali dalam sejarah RUM, ini melambangkan satu "KEKUATAN" untuk terus berjuang khususnya dalam matlamat menolak RNAA.

Cabaran besar sedang menunggu, kemenangan melalui pemilihan bukan jaminan keselesaan tapi tanggungjawab dan amanah yang dipikul hendaklah dilunaskan tanpa ada perasaan gentar dan takut, malah berusaha segigih mungkin meningkatkan faedah yang lebih baik kepada semua pekerja seterusnya berusaha bersama Pengurusan KTMB meningkatkan produktiviti sehingga mampu memulihkan KTMB selaras dengan slogan RUM "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Ayuh ahli-ahli RUM terus rapatkan barisan, terus bersatu untuk kita bangkit bersama dan berjuang dem "MENOLAK" RNAA, ini periuk nasi kita, ini rumah kita maka yang akan mempertahankan adalah KITA!

Terima kasih Yang Mulia Dato Seri Utama Raja Nong Chik Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sudi hadir seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan RUM, Terima kasih YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang memberi ucapan yang sangat terpuji kerana melahirkan kenyataan yang tidak bersetuju dengan RNAA, Terima kasih kepada def-def jemputan yang hadir di Persidangan Perwakilan RUM, terima kasih kepada semua Perwakilan, Pegawai Cawangan khususnya Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perwakilan yang telah menjayakan Persidangan Perwakilan dengan sukses, terima kasih kepada staf RUM yang bertungkuslumus membuat kerja sehingga persidangan berjalan dengan sukses, terima kasih kepada semua  yang mungkin  tidak disebut dalam kenyataan ini.

TERUS BERJUANG, PASTI MENANG

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • YTL 1 - DULU DAN SEKARANG... DULU..... 1. Dulu siapa yang nak sangat-sangat Bangunan KTMB? 2. Dulu siapa yang beriya-iya nak KTMB? 3. Lepas tu siapa yang beriya-iya nak kan Keretapi Laju? SEKARANG.... 1. Sekarang siapa yang beriya-iya nak Bangun… Read More
  • GEMPUR Perjuangan belum selesai... Tunggu masa dan ketika... Gerak jentera perlu disusun segera.. Ledakan semangat membakar jiwa.. Kita lawan mereka... Tidak mungkin kita jadi mangsa.. Kita tetap raja... Raja Kesatuan membela peke… Read More
  • YTL Bila sebut pasal YTL ni.... gi tengok tanah keretapi kat Sentul. .. sapa punya? Macam mana dia mendesak semua rumah keretapi dirobohkan dan memaksa pekerja melalui pengurusan supaya pindah... Perkampungan Keretapi di… Read More
  • MISKIN Gambar Hiasan Kami miskin.. Kami tidak berharta.. Kami bukan orang kaya.. Kami tau itu susah.. Kami tau itu sengsara.. Kami tau itu keperitan.. Kami kuat... Kami tidak gentar... Kami akan lawan.. Kami tau masa depan.. Kam… Read More
  • MEMPERTAHANKAN Gambar Hiasan RUM mengharapkan Kementerian Kewangan terus berpendirian tetap tanpa goyah untuk mempertahankan KTMB dari naga yang sedang berkeliaran. Kekalkan KTMB milik negara dan rakyat. RUM akan terus berjuang "memper… Read More